The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SUHAIDA MT SALLEH, 2022-02-20 11:40:07

BAB 1 RANGSANGAN DAN GERAK BALAS

NOTA SAINS TINGKATAN 3

C'GU SUHAIDA MT SALLEH

C'GU SUHAIDA MT SALLEH

SOALAN (MASTERI PT3 2017)

a) Namakan satu reseptor pada kulit
manusia.(1m)

b) Rajah menunjukkan bintik-bintik
timbul yang berbeza terdapat di
sebelah nombor pada butang lif.
Jelaskan tujuan bintik-bintik tersebut.
Bagaimana ia membantu golongan
tertentu untuk menggunakan lif (2m)

ULASAN
Jelaskan fungsi bintik-bintik yang terdapat pada butang lif dan organ deria yang terlibat.

JAWAPAN

a) Reseptor tekanan (1m)
b) Bintik-bintik itu membolehkan orang buta mengetahui nombor tingkat yang

hendakditekan. Apabila orang buta menyentuh butang lif, deria sentuhan dirangsang
(1m) dan dia dapat merasakan corak titik yang berbeza dan menekan butang yang
betul (1m)

C'GU SUHAIDA MT SALLEH

SOALAN (KBAT PT3 2017)
a) Namakan organ deria untuk melihat? (1m)
b) Rajah di bawah menunjukkan keadaan saiz anak mata seorang pemerhati sebelum

dan selepas membuat pemerhatian ke arah langit pada waktu siang. Jelas mengapa
saiz anak mata berubah. (2m)
c) Semasa gerhana matahari, pihak planetarium menasihati orang ramai supaya
memerhatikan gerhana matahari menggunakan filem sinar-x. Jelaskan mengapa.
(3m)

C'GU SUHAIDA MT SALLEH

TAMATPANDUAN MENJAWAB

Jelaskan mengapa saiz anak mata berubah saiz dari saiz besar ke kecil dan perlunya
menggunakan filem.

ARAS KBAT
Mengaplikasi

SAMPEL JAWAPAN
a) Mata (1m)
b) Perubahan keamatan cahaya menyebabkan saiz anak mata berubah dari besar ke

kecil (1m). Sebelum pemerhatian, pemerhati melihat dalam keamatan cahaya rendah.
Oleh itu, saiz anak mata adalah besar bagi membenarkan lebih cahaya masuk ke
dalam mata. Semasa pemerhatian, pemerhati melihat ke arah keadaan keamatan
cahaya tinggi. Oleh itu, saiz anak mata menjadi kecil bagi mengurangkan cahaya
yang masuk ke dalam mata.(1m)
c) Filem sinar-X mengurangkan cahaya yang sampai ke dalam mata. (1m) Cahaya tidak
sampai ke retina (1m). Hal ini mengelakkan kerosakan mata. (1m)

C'GU SUHAIDA MT SALLEH

Cikgu Suhaida Mt Salleh

SAINS TINGKATAN 3-SMK Sri Utama

C'GU SUHAIDA MT SALLEH


Click to View FlipBook Version