SMK TENGKU INTAN ZAHARAH,
DUNGUN, TERENGGANU
PROJEK SAINS SEM 2022
KELAB KERJAYA
TAJUK :
FLAVA BROWN SCRUB
DISEDIAKAN OLEH :
BIL NAMA KELAS
1 SITI NAJWA NAZIHAH BT ABD LATIF 4 INTAN 2
SUKRI
2 AUNI NADZIRAH BINTI ZAINUDDIN 4 INTAN 1
3 NUR HADIRAH QALIESHA 1 INTAN 1
GURU PEMBIMBING :
PUAN NORHAYATI @ NOR AIDANI & PUAN ROSIDAH BT RAMLI
PERHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta
nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat
juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini
kepada guru pembimbing kami, Puan Norhayati @ Nor Aidani dan Puan
Rosidah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka
ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudah cara untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan kami segala
kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya
menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada pelajar-pelajar
Tingkatan 5 yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang
saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap
pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang
terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus
ini. Terima kasih.
PENDAHULUAN
Kami menjalankan kajian terhadap bahan-bahan yang digunakan untuk
produk kami bagi memenuhi kehendak pelanggan semasa. Kajian yang
kami jalankan ialah berkaitan dengan gabungan bahan semula jadi iaitu
Pokok Aloe Vera, serbuk kopi dan gula perang. Kami mendapat
pengetahuan tentang faedah-faedah bahan yang kami gunakan untuk
merawat kulit.
Kami membuat kajian ini untuk mengetahui kelebihan Flava Brown Scrub
kami yang tiada pada produk yang lain dan kesan positif produk kami
terhadap kulit.
Kami bertiga bekerja keras dan saling membantu dalam mencari data dan
maklumat bagi menyiapkan produk ini. Kami menggunakan data dan
maklumat yang diperoleh untuk menulis laporan lengkap.
Definisi
Pokok Lidah Buaya
Lidah buaya (Aloe vera) adalah spesies tumbuhan dengan daun berdaging tebal dari
genus Aloe.Tumbuhan berasal dari Jazirah Arab, dan tanaman liarnya telah menyebar ke
kawasan beriklim tropika, semi-tropika, dan kering di pelbagai belahan dunia.Tanaman
lidah buaya banyak dibudayakan untuk pertanian, pengubatan, dan tanaman hias, dan
dapat juga ditanam di dalam pasu.Lidah buaya banyak ditemukan dalam produk seperti
minuman, kosmetik. Walaupun banyak digunakan secara tradisional atau komersial,
ujian klinik terhadap tanaman ini belum membuktikan keberkesanan ekstrak lidah buaya
untuk pengubatan dan kecantikan. Contoh kebaikan :
1. Melambatkan proses penuaan
Memiliki kandungan air yang tinggi, aloe vera berupaya melambatkan proses penuaan
dengan menghapuskan sel kulit mati dari dalam dan meningkatkan penghasilan
kolagen.Kajian ke atas 30 wanita berusia 45 tahun ke atas yang menyapu gel aloe vera
pada wajah mereka dengan kerap selama 90 hari mendapati kulit mereka semakin anjal.
Bukan itu sahaja, aloe vera juga boleh mengurangkan erythema atau kesan merah pada
kulit. Malah kandungan air yang tinggi membuatkan aloe vera berupaya untuk
menyegarkan, melembabkan dan membantu memulihkan kulit kering dan rosak.Kini,
anda boleh awet muda dengan aloe vera.
2. Merawat dan melindungi kulit
Tentu sekali semua orang tahu bahawa kebaikan aloe vera yang paling diketahui ramai
ialah untuk melindungi kulit. Jika anda sering mengalami masalah kulit dan sukar untuk
buat penjagaan kulit yang berkesan, cubalah tanam aloe vera di rumah.
Sifat anti alergi pada lidah buaya sangat berkesan dalam merawat semua jenis masalah
kulit. Antaranya, kegatalan dan kemerahan, benjolan, psoriasis dan sebagainya.
Selain itu, gel aloe vera turut berupaya untuk melindungi kulit daripada kerosakan
selepas melakukan terapi radiasi.
Serbuk kopi
Sejarah mencatat bahawa penemuan kopi sebagai minuman berkhasiat dan berenergi
pertama kali ditemukan oleh Bangsa Etiopia di benua Afrika sekitar 3000 tahun (1000 SM)
yang lalu. Kopi kemudian terus berkembang hingga saat ini menjadi salah satu minuman
paling popular di dunia yang dipasarkan oleh kalangan masyarakat. Malaysia sendiri
telah mampu memasarkan lebih dari 400 ribu ton kopi per tahun. Kopi dimanfaatkan
bukan hanya untuk makanan dan minuman sahaja. Kopi juga digunakan sebagai bahan
untuk merawat kulit. Kopi menjadi salah satu minuman yang sangat popular. Bukan
hanya dimanfaatkan sebagai minuman, kopi juga kerap kali ditambahkan dalam produk
pewangi dan kecantikan. Menurut beberapa penelitian, kopi memiliki banyak potensi
yang menyihatkan untuk kulit.
1. Menurunkan risiko kanser kulit
Sinar matahari dapat menyihatkan tubuh. Akan tetapi, kesannya terhadap kulit secara
langsung dan dalam waktu yang lama boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Penelitian
yang terperinci pada Journal of Investigative Dermatology menunjukkan jika kafein oral
atau topikal dapat mendorong pengurangan keratinosit (penghasil protein keratin yang
menggantikan sel-sel kulit) yang rosak akibat sinar UV. Jadi, kafein merangsang
apoptosis (kematian sel) keratinosit yang rosak. Dengan begitu, sel yang rosak tidak
tidak akan bertambah . Kesan tersebut dapat menurunkan risiko terjadinya kanser kulit
dan pertumbuhan sel abnormal secara tidak terkendali.
2 . Mengatasi jerawat
Terakhir, kandungan antioksidan, stimulan, dan asam klorogenat pada kopi yang dapat
membantu kulit dalam mengatasi jerawat. Jerawat di kulit terjadi ketika minyak, sel-sel
kulit mati dan zat-zat lain menyumbat pori-pori. Menggosok wajah dengan serbuk kopi
dapat membantu membersihkan kulit mati dan membuka pori-pori yang tersumbat.
GULA PERANG
Gula perang ialah suatu produk gula sukrosa dengan warna perangnya yang
tersendiri disebabkan kandungan molasesnya. Ia gula lembut ditapis separa atau
tidak ditapis langsung yang terdiri daripada hablur gula dengan kandungan molases
yang sedikit sama ada ia dalam bentuk sisa yang tertinggal (gula perang semulajadi)
mahupun ditambah kepada gula putih yang ditapis (gula perang komersil).
1. Membuat kulit sehat dan bercahaya
Untuk mendapatkan kulit sehat dan bercahaya, bisa menggunakan brown sugar.
Caranya cukup mudah, hanya perlu mencampurnya dengan minyak zaitun dan
lemon.
Setelah itu gunakan sebagai exfoliator.
Brown sugar juga memiliki asam glikolat, dan bersifat anti bakteri sehingga
menjadi pilihan yang baik serta alami seperti halnya pembersih wajah dan scrub.
2.Sebagai perawatan kulit anti penuaan
Brown sugar dianggap sebagai salah satu cara merawat kulit untuk mencegah
penuaan. Kita boleh membuat campuran brown sugar dengan putih telur dan
lemon, kemudian mengoleskannya di wajah secara teratur. Adapun sifat anti
penuaan brown sugar berasal dari molases atau gula tetes tebu.
Cara - cara penyediaan produk :
Bahan-bahan ;
1. Aloe vera / Pokok lidah buaya
2. Serbuk kopi
3. Gula perang
Langkah-langkah :
1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu pokok lidah buaya,
serbuk kopi dan gula perang.
2. Cuci pokok lidah buaya dengan bersih sehingga kotoran dan getah
hilang.
3. Potong kepada beberapa bahagian kecil kalau ia terlalu besar
4. Gunakan alat pengupas dengan berhati-hati untuk membuang
bahagian daun hijau sehingga isi putih Aloe vera kelihatan.
5. Kikis isi Aloe vera dengan menggunakan sudu atau pisau
6. Kisar isi Aloe vera menggunakan mesin pengisar sehingga ia tidak
berketul-ketul.
7. Letakkan isi Aloe vera yang telah dikisar ke dalam mangkuk
8. Masukkan serbuk kopi dan campurkannya dengan isi Aloe vera yang
telah dikisar sehingga sebati
9. Masukkan gula perang dan kacau perlahan-lahan supaya gula perang
tidak larut
10. Simpankan campuran dalam suhu bilik // Simpankan campuran
dalam peti ais
Perbandingan dan kelebihan produk Flava Brown scrub
1. Sesuai dengan kulit yang sensitif dengan bahan kimia yang terdapat
dalam produk lain
2. Tidak pedih jika terkena luka kerana menggunakan bahan semula jadi
3. Mengurangkan rasa panas kerana aloe vera yang boleh menyejukkan
kulit
4. Mesra wuduk kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang
tidak sah solat dan 100% semula jadi.
5. Bahan - bahan yang mudah didapati.
6. Memutihkan dan melembabkan kulit
Lampiran
1. https://www.bing.com/ck/a?!&&p=1e38afba0df146beJmltdHM9MT
Y2Mjk0MDgwMCZpZ3VpZD0yZmU2NjI1Mi1lZjAxLTZkZjUtMmM2
YS02ZGI2ZWU5MzZjYzQmaW5zaWQ9NTE4OQ&ptn=3&hsh=3&fcli
d=2fe66252-ef01-6df5-2c6a-6db6ee936cc4&u=a1aHR0cHM6Ly9
3d3cuYWNhZGVtaWEuZWR1LzM2MDU2OTMyL2ZvbGlvX3NhaW5z
X3NlbV8zX2RvY3g&ntb=1
2. https://www.bing.com/ck/a?!&&p=b740c7f22782ee8fJmltdHM9M
TY2Mjk0MDgwMCZpZ3VpZD0yZmU2NjI1Mi1lZjAxLTZkZjUtMmM
2YS02ZGI2ZWU5MzZjYzQmaW5zaWQ9NTI2Ng&ptn=3&hsh=3&fcl
id=2fe66252-ef01-6df5-2c6a-6db6ee936cc4&u=a1aHR0cHM6Ly
93d3cubWVkaWNhbG5ld3N0b2RheS5jb20vYXJ0aWNsZXMvMjY1O
DAw&ntb=1
3. https://www.bing.com/ck/a?!&&p=6c753d9b08b61a7fJmltdHM9M
TY2Mjk0MDgwMCZpZ3VpZD0yZmU2NjI1Mi1lZjAxLTZkZjUtMmM
2YS02ZGI2ZWU5MzZjYzQmaW5zaWQ9NTE5OA&ptn=3&hsh=3&fcl
id=2fe66252-ef01-6df5-2c6a-6db6ee936cc4&u=a1aHR0cHM6Ly
9lbi53aWtpcGVkaWEub3JnL3dpa2kvQ29mZmVl&ntb=1