Laporan Program Sukarelawan Kadet Pandu Puteri Tarikh: 23 March 2024 Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi Tempat: Taman Ujana Rimba Tropika, Kota Kinabalu Pada 20 March 2024 hari rabu, semua ahli pandu puteri menyertai aktiviti sukarelawan iaitu sesi pembersihan kawasan Taman Ujana RImba Topika, Kota Kinabalu di bawah beberapa guru pembimbing dari Kadet Pandu Puteri. Terdapat seramai 42 orang kadet yang terlibat dalam program tersebut. Program sukarelawan ini dianjurkan sebagai sebahagian usaha kami bagi menjaga kebersihan alam sekitar dan memelihara flora serta keindahan kawasan Taman Rimba itu. Program ini bertujuan untuk membersihkan sampah-sarap yang terbuang secara tidak bertanggungjawab di kawasan Taman Rimba. Dengan itu, kami secara sukarelawan membantu penghuni Taman Rimba untuk membersihkan kawasan bersama-sama supaya dapat meringankan beban kerja pembersihan mereka dan menjalankan obligasi sebagai seorang warganegara Malaysia. Program ini dilaksanakan untuk menyediakan persekitaran yang bersih dan selamat untuk pengguna Taman Rimba. Justeru, tempat yang bersih dan selamat mampu menumpulkan semangat masyarakat untuk melakukan aktivitiriadah di Taman Rimba. Pada 23 March, kesemua ahli pandu puteri telah berkumpul di Taman Rimba pada pukul 7.30 pagi. Program dimulakan dengan pemberian ucapan para guru penasihat kita iaitu, Puan Roselyn dan Puan Syndie serta pengerusi kita, Monna kepada semua ahli kadet untuk menjalankan tugas masing-masing. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Sabah Tanah Airku, lagu Dunia, bacaan doa serta kata-kata hikmah juga dijalankan pada sesi seterusnya. Program pembersihan kita telah mula tepat jam 8 pagi. Kita bekerjasama dengan ketua patrol untuk mengumpulkan sampah-sarap seperti plastik, kertas dan tin yang teradpat di kawasan Taman Rimba. Sebahagian daripada ahli pandu puteri juga membantu untuk menyapu daun-daun kering dan dikumpulkan ke dalam beg plastik hitam. Dengan adanya kerjasama semua kadet, kawasan Taman Rimba menjadi lebih bersih dan indah. Dalam hal ini, ahli masyarakat dapat menikmati suasana yang bersih dan menyegarkan semasa bersukan atau berjalan di Taman Rimba. Pelaksanaan program ini telah meningkatkan kesedaran semua ahli pandu puteriterhadap kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Akhirnya, program ini dilaksanakan dengan berjaya disebabkan atas kerjasama dan semangat semua ahli pandu puteri . Sesi pembersihan diakhiri dengan penyampaian sepatah dua kata daripada guru penasihat kami. Antara cadangannya termasuklah program sebegini perlu banyak dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran semua ahli terhadap kelestarian alam sekitar. Saya berharap program ini dapat memberi impak positif kepada kelestarian alam sekitar. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pembimbing dan ahli pandu puteri yang telah menyertai dan menyumbangkan masa serta tenaga mereka. Disediakan oleh, Lucy Lau Ying Ying 6.1 Sukarelawan
Gambar pelaksanaan
Memo Program Kesukarelawan Kadet Pandu Puteri
Senarai Nama Kadet Pandu Puteri yang Terlibat
Memo Permohonan Kebenaran Aktiviti Kesukarelawan Kadet Pandu Puteri
6.1.1 Aktiviti Sukarelawan yang Kedua Laporan Program Sukarelawan Penanaman Bunga Kertas Kadet Pandu Puteri Tarikh: 17 April 2024 Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi Tempat: Bangunan Pentadbiran Baharu Institut Pendidikan Guru Pada minggu kelima belas perjumpaan unit beruniform, kesemua ahli persatuan unit beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), Bulat Sabit Merah Malaysia (BSMM), Persatuan Pengakap, Pandu Puteri Kadet dan Puteri Islam telah berkumpul di tapak perhimpunan Bangunan Pentadbiran Baharu Institut Pendidikan Guru bermula pada pukul 7.00 pagi. Minggu ini, Persatuan Bulan Sabit Merah ditugaskan untuk mengadakan majlis perhimpunan, menaikkan bendera dan menyanyikan lagu Negaraku, lagu IPGM dan lagu Kami Guru Malaysia. Selepas 30 minit, majlis berakhir. Selepas perhimpunan unit beruniform, kami menuju ke ruang lapang Bangunan Pentadbiran Baharu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk mengikuti kursus Slot Bantu Mula yang diketuai oleh pembimbing kita iaitu Puan Roselyn. Aktiviti diteruskan dengan praktikal asas Bantu Mula secara berkumpulan. Aktiviti berkumpulan ini memberi peluang kepada semua ahli untuk berkomunikasi dan meningkatkan tahap pemahaman terhadap bantuan kecemasan. Selain itu, aktiviti diikuti dengan aktiviti sukarelawan penanaman bunga kertas di bawah bimbingan Dr Christina. Beliau mencadang bahawa semua ahli pandu puteri untuk membawa anak bunga kertas dan ditanam di sekeliling kawasan persekitaran institut. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan keindahan dalam institut dan memastikan aktiviti mesra alam dijalankan dengan lebih berkesan. Dalam hal ini, penanaman bunga dapat mewujudkan persekitaran yang cantik dan indah dan menarik minat para pengunjung untuk melancong institut kita. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan semangat kerjasama antara warga institut. Akhirnya, aktiviti penanaman bunga kertas ini telah berjaya sepenuhnya dengan kerjasama dan semangat ahli pandu puteri. Aktiviti penanaman diakhiri dengan penyampaian daripada guru pembimbing. Cadangan yang perlu dilaksanakan termasuk keperluan untuk menganjurkan lebih banyak program sedemikian untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan guru pelatih tentang kelestarian alam sekitar. Saya berharap usaha ini dapat memberi impak positif kepada kelestarian alam sekitar. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pembimbing dan ahli pandu puteri yang telah menyertai dan menyumbangkan masa serta tenaga mereka. Disediakan oleh, Lucy Lau Ying Ying
Gambar pelaksanaan
6.2 Ladam Kuda Laporan Program Sukarelawan Kadet Pandu Puteri Tarikh: 7 Februari 2024 Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi Tempat: Bangunan Pentadbiran Baharu Institut Pendidikan Guru Pada minggu kelima perjumpaan unit beruniform, kesemua ahli persatuan unit beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), Bulat Sabit Merah Malaysia (BSMM), Persatuan Pengakap, Pandu Puteri Kadet dan Puteri Islam telah berhimpun di tapak perhimpunan Bangunan Pentadbiran Baharu Institut Pendidikan Guru bermula pada pukul 7.00 pagi. Pada minggu ini, Persatuan Pengangkap telah bertugas untuk mengendalikan upacara perhimpunan dengan menaikkan bendera, nyanyian lagu Negaraku, lagu IPGM dan lagu Kami Guru Malaysia. Setelah 30 minit kemudian, kesemua upacara selesai. Ketua komander yang bertugas pada hari itu adalah Tuan Abdul Aziz di mana beliau telah memberikan arahan kepada semua jurulatih untuk menjalankan tugas masing-masing mengikut persatuan yang mereka akan kendalikan. Selepas perhimpunan, kami telah bergerak ke kawasan lapang Bangunan Pentadbiran Baharu Institut Pendidikan Guru untuk menjalankan aktiviti ladam kuda. Kami telah belajar teknik dan cara ladam kuda dengan bersungguh-sungguh oleh pembimbing kita iaitu Dr. Cristina. Dengan itu, aktiviti ladam kuda telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Apabila menjalankan aktiviti ladam kuda, kumpulan Melur telah diberi tugasan untuk melakukan upacara menaikkan bendera sambil menyanyi lagu dunia, bacaan doa dan kata-kata hikmah. Selepas itu, kami mendengar ucapan daripada penasihatiaitu Puan Camila. Justeru, aktiviti ladam kuda pada hari tersebut berjalan dengan berjaya dan lancar. Setiap kumpulan telah menjalankan aktiviti ladam kuda dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat supaya disiplin sentiasa dikekalkan dan dieratkan. Seterusnya, kami menjalankan aktiviti latihan kawad kaki. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk belajar langkah dan teknik kawad kaki atas bimbingan ketua patrol. Ketua patrol juga dipantau oleh Dr. Cristina untuk memastikan semua kadet pandu puteri dapat belajar dengan langkah yang tepat. Pada pukul 9.30 pagi, perjumpaan Unit Beruniform tamat dan semua ahli bersurai. Disediakan oleh, Lucy Lau Ying Ying
Gambar pelaksanaan
6.2.1 Pembentukan Ladam Kuda dan Tujuannya Pertama sekali, ladam kuda dibentuk sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji). Pembentukan ladam kuda memudahkan pemimpin guru untuk mengenal pasti jumlah ahli Pandu Puteri yang terlibat dalam aktiviti, pemantauan pemakaian setiap ahli, pemberian arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan. Lebih-lebih lagi, pembentukan ladam kuda merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang lain. Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda: Cara 1: Untuk Pasukan Kecil(Kurang dari 20 ahli) Cara 2: Untuk Pasukan Besar. Istiadat mengangkat bendera diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Kemudian, Kapten akan meneruskan istiadat dengan menjemput seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Diterusi dengan kapten akan memberikan ucapan dan taklimat. Pada masa itu kapten boleh mengumumkan aktiviti yang akan dijalankan pada haritersebut. Kapten memberikan arahan selanjutnya dengan arahan “Pasukan, keluar baris!” manakala semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dari Ladam Kuda. Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, pasukan diminta melantik ketua pasukan berdasarkan bilangan ahli, tiga orang bagi pasukan bendera, seorang pembaca doa serta seorang penyampai kata-kata hikmat. 6.2.2 Arahan serta Langkah Pembentukan
Rajah Langkah Pembentukan Ladam Kuda
Definisi : 6.3 Simpulan dan Ikatan Kemahiran menggunakan tali dalam simpulan dan ikatan perlu dipelajari dan dikuasai dalam pergerakan kepanduan. Dalam kehidupan seharian, tali digunakan sepanjang masa, tempat dan keadaan seperti di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan juga kegiatan luar. Simpulan: Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya Digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana Contoh: Buku Sila, Simpul Manuk, Bunga Geti, Tindih kasih, Simpul Balak, Simpul Belit Ikatan: Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh,tiang dan papan untuk membuatjambatan,tiang bendera, menara dan sebagainya. Ikatan Seraya, Ikatan Serong, Ikatan Lilit Kacang, Ikatan Silang Tungku, Ikatan Silang Gunting
6.3.1 Buku Sila Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh,menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula. Teknik: Fungsi: Menyambung 2 tali yang sama saiz. Mengikat pembalut segitiga semasa pertolongan cemas Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain. 1. 2.Masukkan hujung A di bawah B. Lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah. 3.
Rajah untuk mengikat buku sila Video Pengajaran Ikatan Buku Sila:
Ikatan Simpul Manuk biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya Digunakan untuk mengikattali pada tiang atau balak. Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting. Teknik: 6.3.2 Simpul Manuk 1.Mulakan simpul pada kayu Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi 2. 3.Tarik hujung tali. Fungsi:
Rajah untuk membuat simpulan manuk Video Pengajaran Simpul Manuk:
6.3.3 Bunga Geti Ikatan Bunga Keti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal. Teknik: Fungsi: Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz. Tarik kedua-dua talitersebut untuk membentuk simpul Mengikattali kesuatu tanjul. Mulakan simpul Masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul
Rajah untuk membuatikatan bunga keti Video Pengajaran Ikatan Bunga Keti:
Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai. 6.3.4 Tindih kasih Teknik: Fungsi: Digunakan untuk membuattanjul yang tidak boleh menjerut. Menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu di sekeliling badan mangsa Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan. 1. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut. 2. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut. 3.
Rajah untuk membuat simpulan tindih kasih Video Pengajaran Simpulan Tindih Kasih:
6.3.5 Simpul Balak Ikatan Lilik Balak atau simpul balak adalah ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu dan sebagainya. Fungsi: Ikatan sementara untuk mengikattali ke batang kayu,tiang atau papan dengan tujuan menariknya Mengangkat kayu bulat, papan atau tiang Memulakan ikatan serong Teknik: Gunakan tali dengan mengelilingi kayu. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.
TARIK Rajah untuk membuat simpul balak Video Pengajaran Simpul Balak:
Digunakan untuk mengikattali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal. Mengunci ikatan atau simpulan yang dibuat 6.3.6 Simpul Belit Simpul belit merupakan satu simpulan mudah tetapi kemas untuk mengikat hujung tali pada mata kail, pancang,pokok dan sebagainya. Teknik: Fungsi:
Rajah untuk membuat simpul belik: Video Pengajaran Simpul Belik:
6.3.7 Ikatan Seraya Ikatan Seraya ini selalunya digunakan untuk mengikat kayu, buku, tiang dan seumpamanya yang bersudut tepat bagi membuat jambatan, tiang bendera, gajet dan lain-lain. Ikatan seraya dimulakan dan dimatikan dengan lilit manuk. Teknik: Fungsi: Mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gajet, menara, tiang, bendera dan lain-lain 1. Mulakan dengan simpulan manuk. Lilitkan ketat-ketat seperti di dalam rajah. 2. 3. Matikan dengan simpulan manuk juga.
Rajah untuk membuatikatan seraya Video Pengajaran Ikatan Seraya:
6.3.8 Ikatan Serong Ikatan Serong digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Ikatan ini juga merapatkan dan mengikat dua batang kayu atau buluh yang bersilang berbentuk “X”. Teknik: Fungsi: Membuatjambatan, menara, gejet dan menyambung kayu. Merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang. Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang. 1. 2.Belitkan membujur dan melintang. Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas. 3. Matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk. 4.
Rajah untuk membuatikatan serong Video Pengajaran Ikatan Serong:
6.3.9 Ikatan Lilit Kacang Ikatan Lilit Kacang dimulakan dengan menggunakan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul manuk juga. Ikatan ini digunakan untuk mengikat batang-batang kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gajet atau projek. Teknik: Fungsi: Mengikat batang-batang kayu/buluh bagi membuat lantai untuk sesuatu gajet/binaan. Mulakan dengan memggunakan simpul manuk atau lilit balak. 1. Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga selesai. 2.
Kayu Lantai Rajah untuk membuatikatan lilit kacang Kayu Utama Video Pengajaran Ikatan Lilit Kacang:
6.3.10 Ikatan Silang Tungku Ikatan Silang Tungku digunakan untuk mengikat beberapa batang kayu sehingga boleh didirikan seperti tungku untuk digunakan sebagai penyokong. Teknik: Fungsi: Digunakan untuk mengikat 3 batang kayu atau buluh yang sama saiz. Gunanya ialah bagi membuatrakit. Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk. 1. Belitkan pada ketiga-tiga batang kayu berselang-selang. 2. 3.Masukkan di celah-celah batang kayu Matikan ikat silang tungku dengan menggunakan simpul manuk pada kayu tengah. 4.
Rajah untuk membuatikatan silang tungku Video Pengajaran Ikatan Silang Tungku:
Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk. Belitkan kedua-dua tiang dengan kuat dan ketat. Belitkan dicelah-celah dengan kuat. 6.3.11 Ikatan Silang Gunting Ikatan Silang Gunting digunakan untuk mengikat beberapa batang kayu atau buluh yang selari supaya boleh menghasilkan silang seperti gunting. Caranya ialah dengan memulakan lilitan manuk dan kemudian lilitkan tali pada batang-batang kayu atau buluh dengan kemas dan ketat. Matikan ikatan dengan memasukkan tali di celahcelah kayu atau buluh agar bersilang seperti gunting. Menyambung 2 batang kayu bagi membuat kaki yang bersilang Menyambung kayu supaya menjadi panjang Menguatkan kayu yang tidak begitu kuat Teknik: Fungsi: Matikan dengan simpul manuk.
Rajah untuk membuatikatan silang gunting Video Pengajaran Ikatan Silang Gunting:
SEKIAN, TERIMA KASIH E-Buku Log Pandu Puteri (MPU 3441a)