The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lucy, 2023-03-30 09:00:39

BMMB 3203 LUCY LAU YING YING TUGASAN 2

BMMB 3203 LUCY LAU YING YING TUGASAN 2

1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN - PENTAKSIRAN BERTERUSAN - KURSUS : MORFOLOGI BAHASA MELAYU KOD KURSUS : BMMB3203 KANDUNGAN : TUGASAN 1 – TUGASAN INDIVIDU TUGASAN 2 – PENGHASILAN PRODUK Nama Pelajar : LUCY LAU YING YING No Angka Giliran : 2021072340251 Kumpulan : PISMP BM SJKC Ambilan : JUN 2022 No. Telefon Bimbit : 01110503693 Alamat E-mel : [email protected] Nama Pensyarah Kursus: DZULKIFLI BIN MOHD ASPAH Markah : KRITERIA 30% PENULISAN 30% PENGHASILAN PRODUK Jumlah ( 60 %) Pemeriksa 1 Pemeriksa 2


2 Kandungan Penghargaan 1.0 Pengenalan 2.0 Pembentukan Kata 2.1 Analisis Kesalahan Kata Terbitan dari Sudut Morfologi 2.2 Analisis Kesalahan Kata Majmuk dari Sudut Morfologi 2.3 Analisis Kesalahan Kata Ganda dari Sudut Morfologi 3.0 Isu Kesalahan Kata 3.1 Percampuran Kod 3.2 Kata Pinjaman Asing 4.0 Rumusan Rujukan Muka Depan 3 4 4 4 5 6 8 8 9 10 11


3 Penghargaan Setinggi-tinggi syukur kepada Tuhan yang maha esa kerana dengan bertuahNya, kerja kursus BMMB 3203 iaitu Morfologi Bahasa Melayu dapat saya siapkan dan kemaskini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya telah menghadapi banyak cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi sebelum dapat menghasilkan kerja kursus ini. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah saya, iaitu Encik Dzulkifli Bin Mohd Aspah kerana telah banyak memberi bantuan serta membimbing saya menyiapkan kerja kursus tersebut. Beliau juga telah memberi penjelasan kepada saya supaya saya akan mudah memahami kehendak soalan sebelum memulakan kerja kursus ini. Encik Dzulkifli Bin Mohd Aspah telah mengajar saya subjek Morfologi Bahasa Melayu dengan penuh hatinya. Saya amat bersyukur kerana mempunyai seorang pensyarah yang rela membantu saya dalam kerja kursus serta sentiasa yang memberikan dorongan dan nasihat tanpa sungutan. Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya. Semasa saya melaksanakan kerja kursus ini, mereka telah banyak memberi sokongan kepada saya supaya saya sentiasa bersifat positif dalam menyiapkan kerja kursus ini. Keyakinan mereka terhadap saya telah membolehkan saya sentiasa rajin dan fokus dalam menyiapkan kerja kursus ini. Ibu bapa merupakan insan yang paling penting kepada saya kerana mereka telah memberikan kecerdasan otak dan kecergasan badan serta dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan saya. Mereka telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga telah banyak memberi cadangan dan nasihat kepada saya supaya saya dapat menghasilkan kerja kursus yang baik. Tanpa motivasi dan bantuan yang telah diberikan oleh mereka, saya tidak akan sentiasa fokus dan bersemangat serta berusaha dalam menyiapkan kerja kursus ini.


4 1.0 Pengenalan Bahasa sebagai alat perhubungan yang signifikan dalam kehidupan manusia. Ahli masyarakat dapat berkomunikasi dan menghasilkan penulisan untuk menyampaikan perasaan, pendapat, pengalaman dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu telah menjurus ke arah keharmonian dan perpaduan untuk menjana negara yang bersatu padu dan menjadi contoh negara yang mengamalkan demokrasi berbilang kaum. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Kebangsaan di Malaysia (Mior,2011). Menurut Awang Sariyan (1996), bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dasar bahasa negara Malaysia bermula dengan idealisme bagi menyaksikan negara yang bersatu padu. Dengan itu, bahasa Melayu dilihat sebagai bahasa yang paling sesuai untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. 2.0 Pembentukan Kata Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataanya. Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu terhasil melalui proses penggabungan morfem dengan morfem yang lain seperti proses tunggal, proses pengimbuhan, proses pemajmukan dan proses penggandaan. Nik Safiah Karim et al. (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Dengan ini, pembentukan kata bergantung pada unsur leksikal yang sedia ada. 2.1 Analisis Kesalahan Kata Terbitan dari Sudut Morfologi Nik Safiah Karim et al. (2010), menerangkan kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Kata terbitan juga mengalami proses pengimbuhan dengan menerima imbuhan awalan, sisipan, akhiran dan apitan (Abdullah Hassan, 1993). Pengimbuhan telah menghasilkan bentuk kata seperti kata terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah morfem bebas yang menerima imbuhan.


5 Rajah 1 Kesalahan Kata Terbitan Berapitan Berdasarkan rajah 1, perkataan menunjukan mengalami kesalahan dari sudut morfologi. Perkataan ini merupakan kata terbitan berapitan kata kerja di mana imbuhan meN-...-an telah digunakan. Dalam hal ini, kesalahan penggunaan imbuhan meN-...an telah menyebabkan kekeliruan dalam bahasa Melayu. Misalnya, kata dasar tunjuk telah membawa maksud cara melakukan sesuatu dengan tujuan memberitahu cara-cara membuatnya. Oleh itu, penggunaan meN-...-kan adalah lebih sesuai terhadap kata dasar tunjuk. Dengan adanya imbuhan meN-...-kan, perkataan menunjukan dieja sebagai menunjukkan. Hal ini kerana perkataan menunjukkan terbentuk daripada apitan meN-...-kan dan kata dasar tunjuk. Rajah 2 Kesalahan Kata Terbitan Berawalan Merujuk rajah di atas, kesalahan kata terbitan berawalan ditunjukkan di mana kata dasar bangsa kehilangan imbuhan awalan ber-. Dengan ini, kesalahan tatabahasa akan ditunjukkan dengan mengelirukan pembaca tidak dapat menerima maklumat dengan jelas. Imbuhan awalan ber- membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif sama ada berpelengkap atau tanpa pelengkap. Misalnya, pengarang ingin menjelaskan Mejar Oci seorang yang berasal dari Jepun. Justeru, perkataan bangsa perlu mengandungi imbuhan awalan ber- untuk menghasilkan kata kerja dengan memberi maksud beliau berasal dari Jepun. 2.2 Analisis Kesalahan Kata Majmuk dari Sudut Morfologi Proses pemajmukan adalah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus (Siti Hajar Abdul Aziz, 2010). Kata majmuk dieja secara berasingan dan satu unit yang tidak boleh menerima sisipan unsur lain. Tamsilnya, kerusi malas yang dirangkaikan sebagai kata majmuk tidak dapat diselitkan unsur lain seperti kata hubung “yang”. Misalnya, kata majmuk terdiri daripada bentuk yang telah mantap, penggandaan dan pengimbuhan dalam bahasa Melayu.


6 Rajah 3 Kesalahan dalam Pengimbuhan Kata Majmuk Berdasarkan rajah di atas, terdapat kesalahan pengimbuhan kata majmuk di mana perkataan bersatupadu tidak dipisahkan. Hal ini kerana Kamus Dewan Edisi Keempat (2015) tidak menunjukkan bahawa perkataan bersatupadu secara tidak langsung dan perkataan ini tidak mempunyai makna yang lengkap. Tamsilnya, kata majmuk satu padu dengan menerima imbuhan ber- untuk menghasilkan kata terbitan. Dengan itu, kata majmuk bersatupadu perlu dipisahkan menjadi bersatu padu dengan membawa maksud bersatu benar-benar dengan bekerjasama untuk mencapai kemajuan. Rajah 4 Kesalahan dalam Kata Majmuk Berdasarkan rajah, terdapat kata majmuk yang mendukung maksud hiasan iaitu simpulan bahasa seperti khabar angin. Namun, kata majmuk khabarangin dalam teks menunjukkan kesalahan di mana simpulan bahasa khabarangin tidak dipisahkan. Hal ini kerana perkataan khabarangin tidak bermakna. Kata majmuk khabarangin perlu dipisahkan dan diejakan sebagai khabar angin dengan memberi makna sesuatu berita atau khabar yang belum pasti atau benar. 2.3 Analisis Kesalahan Kata Ganda dari Sudut Morfologi Menurut Nik Safiah Karim et al. (2010), proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dengan ini, kata dasar mengalami proses penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Penggandaan terbahagi kepada tiga iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.


7 Rajah 5 Kesalahan dalam Penggandaan Separa Merujuk rajah di atas, terdapat kesalahan penggandaan separa dari sudut morfologi. Kata ganda berbagai menunjukkan kesalahan kerana kata berbagai tidak digandakan. Hal ini kerana perkataan berbagai memberi makna berbanding manakala berbagai-bagai membawa maksud pelbagai jenis. Dalam ayat tersebut, penulis ingin menjelaskan bahawa seorang pengarang telah menerima pelbagai jenis penghargaan dan anugerah. Justeru, perkataan berbagai perlu digandakan dan dieja kepada berbagai-bagai. Berbagai-bagai merupakan kata ganda separa kata berimbuhan dengan menerima imbuhan ber-. Rajah 6 Kesalahan Penggandaan Penuh Berdasarkan rajah 6, terdapat kesalahan dalam penggandaan penuh kata tunggal iaitu perkataan dewan dewan. Penggandaan penuh merupakan proses menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Dengan ini, penggandaan penuh perlu digandakan dengan menggunakan tanda sempang “- ”. Hal ini kerana akan menyebabkan kekeliruan dalam beberapa frasa apabila kata ganda dieja tanpa sempang. Oleh itu, dewan dewan perlu dieja dengan tanda sempang seperti dewan-dewan.


8 3.0 Isu Kesalahan Kata 3.1 Percampuran Kod Percampuran kod adalah satu fenomena biasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia kerana rakyat Malaysia dapat berbahasa lebih daripada satu. Kachru (1978), menjelaskan bahawa percampuran kod ialah penggunaan satu atau lebih bahasa untuk menyesuaikan perubahan unit linguistik terhadap satu bahasa yang lain dan merujuk kepada bahasa yang bercampur. Fenomena ini berlaku ketika seseorang berkomunikasi menggunakan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain. Fenomena ini sering diwujudkan di negara Malaysia kerana terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek seperti bahasa Melayu, Cina, Tamil dan lain-lain. Rajah 7 Percampuran Kod dalam Dialog Fenomena percampuran kod bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dikenali sebagai bahasa rojak (Roksana Bibi, 2015). Dalam hal ini, percampuran kod terbahagi kepada empat bentuk iaitu penukaran kod tempelan, penukaran kod dalam perkataan, penukaran kod antara ayat dan penukaran kod dalam ayat. Misalnya, penukaran kod tempelan telah ditunjukkan dalam dialog di atas di mana satu perkataan bahasa Inggeris digunakan dalam keseluruhan ayat bahasa Melayu. Contohnya, perkataan meeting telah digunakan dalam dialog ini. Justeru, perkataan meeting perlu ditukarkan kepada mesyuarat atau perjumpaan dalam bahasa Melayu dengan membawa maksud yang sama. Percampuran kod dalam bahasa Melayu akan menyebabkan kekeliruan bahasa berlau dan penggunaan bahasa Melayu semakin kurang diamalkan dalam kalangan masyarakat kini. Dengan itu, generasi muda atau generasi Y akan belajar dan sering menggunakan percampuran kod dalam penulisan atau pertuturan. Menurut Anne Jeffrey & Saidatul Nornis (2020), kecenderungan generasi muda atau generasi Y mewujudkan percampuran kod dalam bahasa Melayu akan menjatuhkan martabat dan menenggelamkan peranan bahasa Melayu standard di negara kita.


9 3.2 Kata Pinjaman Asing Bahasa Melayu semakin dipinggirkan dalam masyarakat moden kini kerana tidak diberikan keutamaan pada tempat dan haknya. Menurut Awang Sariyan (2005), keadaan ini berlaku berkait rapat dengan gejala kata pinjaman. Peminjaman kata adalah menerima pinjaman dari pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, bahasa Sanskrit dan bahasa Arab. Kini, bahasa Melayu telah menerima banyak istilah dan kata daripada bahasa Barat terutamanya daripada bahasa Inggeris. Rajah 8 Kata Pinjaman Inggeris dalam Bahasa Melayu Berdasarkan rajah 8, terdapat kata pinjaman Inggeris iaitu perkataan efisien yang merupakan kata yang dipinjam dari bahasa Inggeris lalu diterapkan dalam bahasa Melayu. Perkataan efisien adalah pembinaan istilah pinjaman dengan mengambil ejaan yang sesuai. Contohnya, perkataan efficient dalam bahasa Inggeris telah diterapkan kepada efisien dalam bahasa Melayu. Pinjaman istilah ini dilakukan sekiranya bahasa Inggeris mempunyai istilah tersebut dan sesuai dengan sistem bunyi bahasa Melayu. Rajah 9 Kata Pinjaman Inggeris dalam Bahasa Melayu Merujuk rajah 9, terdapat isu peminjaman imbuhan awalan dan kata dalam bahasa Inggeris iaitu perkataan supranasional. Dalam hal ini, imbuhan pinjaman daripada bahasa Inggeris ialah supra-. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015), awalan pinjaman adalah imbuhan asing yang dipinjam daripada bahasa asing dan tidak semua imbuhan asing dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu bertaraf. Peminjaman imbuhan awalan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu adalah untuk menampung kemasukan kata pinjaman khususnya keperluan istilah. Hal ini demikian kerana peminjaman imbuhan awalan daripada bahasa asing melengkapkan keperluan dan menghasilkan istilah yang utuh dalam bahasa Melayu.


10 4.0 Rumusan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan telah memberi banyak manfaat kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana kita menggunakan bahasa Melayu untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden dan sebagai alat untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Dalam hal ini, kita perlu bekerjasama memartabatkan bahasa Melayu dengan menguasai kemahiran berbahasa supaya kedudukan bahasa Melayu tidak direndahkan. Dengan itu, rakyat Malaysia dapat mewujudkan perpaduan dan memperoleh ilmu untuk memajukan negara Malaysia ke arah yang tinggi dan moden.


11 Rujukan Abdullah Hassan. (1993). Tatabahasa pedagogi bahasa Melayu. Utusan Publications & Distributors. Anne Jeffrey Kihob., & Saidatul Nornis Hj.Mahali. (2020). Kerancuan bahasa dalam karangan murid sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah. Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 31(2), 97-132. Universiti Malaysia Sabah. Awang Sariyan. (1996). Warna dan suasana. Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kachru, B. B. (1978). Code-mixing as a communicative strategy. International Dimensions of Bilingual Education, 107-124. Georgetown University Press. Kamus Dewan. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mior Khairul Azrin. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, cabaran, dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Jurnal Pendidikan Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 4(1), 33-48. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Roksana Bibi. (2015). Penyerapan bahasa dalam pertembungan budaya: Kesalingan pinjam meminjam dalam kalangan tiga kelompok masyarakat di Singapura. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 6. Samin Rabani, & A. Halim Ali. (2022). Unsur-unsur pemerkasaan bahasa Melayu dalam drama Anak Tanjung karya Noordin Hassan. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 10(1). https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/161 Siti Hajar Abdul Aziz. (2010). Pragmatik linguistik. Pragmalinguistic analysis of Malay language. Penerbit Universiti Malaya.


Click to View FlipBook Version