The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN SEBELUM MERDEKA DAN SELEPAS MERDEKA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suzli, 2023-09-13 12:11:19

DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN SEBELUM MERDEKA DAN SELEPAS MERDEKA

DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN SEBELUM MERDEKA DAN SELEPAS MERDEKA

ASSIGNMENT KUMPULAN (1/3) EXECUTIVE DIPLOMA IN BUSINESS MANAGEMENT (EDBM) SUBJEK: PENGAJIAN MALAYSIA PENSYARAH DR. MUHAMAD BIN AHMAD TAJUK: DASAR PENDIDIKAN / PELAJARAN KEBANGSAAN SEBELUM MERDEKA DAN SELEPAS MERDEKA NAMA: 1. SUZLI SIRAJUDDIN – 600449 2. BAVANI SUBRAMANIAM – 600416 3. KAYYAL VILLI MAHENDRAN – 600453 4. SHERYLLANE ROWENA– 600443


1) DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN (DPK) • Termaktub dalam Akta Pelajaran 1961, yang berasaskan kepada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. • Matlamat utama ialah untuk mencapai perpaduan negara yang merangkumi aspek-aspek sosio ekonomi dan politik. • Lahir berasaskan kesedaran para pemimpin negara yang menyedari perlunya diwujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi menggantikan sistem pendidikan yang diwarisi dari zaman penjajah. • Pada zaman British • Tiada dasar pelajaran yang tetap. • Sekolah berbilang bahasa berkembang mengikut kehendak kumpulan etnik. • Wujud lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali terasing di antara satu dengan yang lain : - Sekolah Melayu - Sekolah Agama - Sekolah Inggeris - Sekolah Cina - Sekolah Tamil • Orang Melayu diberikan pendidikan pada tahap yang rendah.


• Selepas merdeka • Memberikan perhatian utama terhadap bidang pendidikan dalam membangunkan negara. • Untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. • Melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berakhlak, berketrampilan dan sebagainya. • Sebelum Laporan Razak 1956 disyorkan, terdapat beberapa laporan atau penyata utama yang mengemukakan syor ke arah satu sistem pelajaran kebangsaan. a) Penyata Barnes 1950 - Dipengerusikan oleh L. J. Barnes; • Penubuhan satu corak sekolah rendah – Dibuka kepada murid daripada semua bangsa dan diajar oleh guruguru pelbagai bangsa dan keturunan. • Memansuhkan sekolah rendah vernakular yang berbeza-beza mengikut kaum. • Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama, manakala bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. • Tempoh persekolahan diseragamkan, kepada enam tahun. Persekolahan percuma diberikan kepada semua murid. • Mengadakan sebuah sekolah bilingual • Aliran Melayu dan Inggeris sebagai langkah bagi memupuk integrasi di antara kaum di Tanah Melayu. b) Penyata Fenn-Wu 1951 Dr. William Fenn (ahli akademik dari China) dan Dr. Wu Teh Yao (PBB), telah diminta untuk mengkaji sistem dan pelaksanaan sekolah Cina.


• Menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu, bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dan persediaan buku-buku teks. • Menyokong pembentukan sistem pendidikan kebangsaan, sekolah Cina diteruskan secara berasingan dan haruslah berorientasikan Tanah Melayu. • Ordinan Pelajaran diluluskan • menyediakan dua jenis sekolah kebangsaan, bahasa pengantar Melayu dan bahasa pengantar Inggeris. • Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam sistem pelajaran kebangsaan. • Ordinan ini tidak dapat dilaksanakan berikutan kemelesetan ekonomi. c) Penyata Razak 1956 • Selepas menang pilihanraya 1955, satu jawatankuasa telah dibentuk yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. • Mengkaji dan menilai sistem pendidikan yang sedia ada dan mengemukakan syor-syor yang sesuai bagi mewujudkan satu dasar pelajaran yang boleh diterima oleh semua pihak. • Penyata Razak mencadangkan dua perkara utama • Setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran • Mewujudkan satu sistem pendidikan bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu. • Mengutamakan unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan negara sebagai satu matlamat yang perlu dicapai untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat majmuk di negara ini. • Penyata Razak telah menyatakan:


- Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. - Mengesyorkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan - untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan juga membentuk identiti kebangsaan. - Diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran tahun 1957. • 1959, mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran yang dicadangkan oleh Laporan Razak. – Bantahan dan rasa tidak puas hati rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu. – Guru sekolah Melayu yang tidak puas hati kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. – Persatuan Guru-guru Sekolah Cina berpendapat sebahagian daripada Penyata Razak mengabaikan kepentingan pendidikan, bahasa dan kebudayaan Cina. d) Penyata Rahman Talib (1960) • Penyata Rahman Talib mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu (i) Pelaksanaan pelajaran rendah percuma selama sembilan tahun; (ii) Kenaikan darjah secara automatik dari darjah satu hingga tingkatan tiga; (iii) Peperiksaan penilaian sekolah rendah; (iv) Peluasan pelajaran teknik dan vokasional; dan (v) Pengalihan bahasa pengantar.


• Seterusnya laporan ini berpendapat bahawa sistem pelajaran telah dilaksanakan dengan berkesan, mengikut syor-syor Laporan Razak dan patut diteruskan. • Cadangan Laporan Rahman Talib telah dimaktubkan menjadi Akta Pelajaran 1961. • Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat – satu proses yang mengutamakan perpaduan masyarakat berbilang kaum. – mestilah berupaya menangkis gejala-gejala seperti perkauman, keturunan, agama, bahasa, perasaan kedaerahan dan sebagainya. • 1974, sebuah jawatankuasa kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula dasar pelajaran kebangsaan. – Untuk memperbaiki perlaksanaan dasar agar selaras dengan keperluan semasa dalam memenuhi keperluan tenaga kerja untuk pembangunan negara, pembinaan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. • Laporan jawatankuasa kebinet itu kemudiannya diterbitkan pada tahun 1979. • Sistem pendidikan kebangsaan telah dikemaskini selaras dengan keperluan pembangunan negara. • Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. • Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. • Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua. • Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. • Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. • Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun. • Mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar. • Memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu Menulis, Membaca dan Mengira. • Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional. • Mempelbagaikan kemudahan pendidikan di peringkat universiti, terutamanya dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.


• Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin. • Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib • Peluang pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. • Menggalakkan kegiatan ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin seperti pasukan kadet tentera, polis, pengakap dan bomba. 2) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK) • Sebagai garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti Malaysia di peringkat antarabangsa. • Mengambil kira latar belakang sejarah dan kedudukan negara ini sebagai pusat tamadun, serta pertemuan dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. • Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh semua komuniti. • Apa juga asal usulnya mestilah menggambarkan ciri-ciri yang mudah dikenali sebagai sebahagian dari keadaan tempatan. • Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga cara terhadap nilai-nilai asas yang menjadi pendukung kepada unsurunsur lain. • Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 - tiga prinsip asas ke arah pembentukan kebudayaan kebangsaan; • Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. – Budaya Melayu merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada hampir 200 juta umat manusia yang mendiami rantau ini sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau ini dijadikan teras kepada kebudayan kebangsaan Malaysia.


• Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. – Prinsip ini bertepatan dengan suasana masyarakat berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya. – Unsur-unsur budaya Cina, India dan Arab dan lain-lain yang sesuai diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. – Kesesuaian selagi ianya tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara dan asasasas moral dan kerohanian sejagat, serta Islam sebagai agama rasmi negara. • Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. – Penerimaan unsur-unsur Islam adalah sesuai dengan perkembangan sejarah negara ini yang menerima kedatangan Islam sejak 600 tahun yang lampau dan menjadi agama anutan sebahagian besar umat di rantau ini. Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. – Pembentukan kebudayaan kebangsaan mempunyai tiga objektif berikut: • Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. • Mempupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang lahir dari kebudayaan kebangsaan. • Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan aspek pembangunan sosio ekonomi. • Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut: • Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; • Meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; • Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme; • Memenuhi keperluan sosiobudaya; • Meninggikan taraf dan mutu kesenian.


3) KESIMPULAN • Dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai sosio-ekonomi dan politik negara pada satu-satu masa. • Oleh kerana sifatnya yang dinamik, maka dasar-dasar kerajaan sentiasa berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan pucuk pimpinan dari semasa ke semasa. • Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei, segala dasar yang digubal khususnya pada awal tahun 1970an, adalah berteraskan DEB sebagai dasar induk yang bertujuan untuk mencapai perpaduan negara. • Pada masa kini dasar-dasar kerajaan adalah berteraskan Wawasan 2020 sebagai memenuhi hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. • Prinsip-prinsip asas dasar-dasar berkenaan tetap kekal seperti asal. Apa yang berbeza adalah pendekatan kerana ia perlu disesuaikan dengan perubahan masa.


Click to View FlipBook Version