The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-42
TEMPAT : DEWAN MERAK KAYANGAN, BALAI FELDA
TARIKH : 25 JUN 2024
MASA : 7.30 PAGI - 1.00 PETANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shafiq suhaimi, 2024-06-24 01:53:49

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-42

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-42
TEMPAT : DEWAN MERAK KAYANGAN, BALAI FELDA
TARIKH : 25 JUN 2024
MASA : 7.30 PAGI - 1.00 PETANG

Keywords: MAT42

AGUNG Myuar TAHUNAN 42 KOPERASIPEKERJAFELDA MALAYSIABERHAD BERSATU BERJIMAT KOGUNA BERSATU BERJIMAT KOGUNA KOPERASIPEKERJAFELDA MALAYSIABERHAD maptkoguna/bil42/2024


Rekaan Grafik & Ilustrasi Oleh : DFA Sdn. Bhd. Cetakan 2023 @ Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (KOGUNA) Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, Ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Anggota Lembaga Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (KOGUNA), Aras 12.2 Menara FELDA, Platinum Park, No.11 Persiaran KLCC 50088 Kuala Lumpur. “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku” (Surah Taha Ayat 25-28) AGUNG Myuar TAHUNAN 42 KOPERASIPEKERJAFELDA MALAYSIABERHAD BERSATU BERJIMAT KOGUNA BERSATU BERJIMAT KOGUNA KOPERASIPEKERJAFELDA MALAYSIABERHAD maptkoguna/bil42/2024


ISI KANDUNGAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE- 42 (KOGUNA) 1 Notis Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-42 3 Moto, Piagam Pelanggan, Visi & Misi, Anggota Lembaga, Pengurusan, Anugerah & Pencapaian 11 Maklumat Korporat 14 Garis Panduan Perjalanan Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-42 21 Agenda Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-42 24 AGENDA 1 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-41 52 AGENDA 2 Melantik satu Jawatankuasa terdiri daripada 6orang Perwakilan dan 4 orang Anggota Lembaga Koperasi untuk Menentusahkan Deraf Minit Mesyuarat Agung Tahunan 56 AGENDA 3 Membentang dan Meluluskan Laporan Anggota Lembaga Pengarah Tahun 2023 62 AGENDA 4 Membentangkan Laporan Kewangan Terauditbagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023, Pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 114 AGENDA 5 Membentang dan Meluluskan Cadangan Pembahagian Keuntungan 2023 118 AGENDA 6 Menimbang dan Meluluskan Usul - Usul 120 AGENDA 7 Menimbang dan Meluluskan Pindaan kepada Undang-Undang Kecil Koguna 124 AGENDA 8 Menetapkan Had Maksima Keterhutangan Koperasi 2024/2025 126 AGENDA 9 Membentang dan Meluluskan Anggaran Belanjawan 2025 134 AGENDA 10 Membentang & Meluluskan Pembayaran 136 AGENDA 11, 12 & 13 • Melantik Juruaudit Luar 2024/2025 • Menimbang dan Meluluskan Pelaburan Koperasi Bagi Tahun 2024/2025 • Pemilihan 4 Orang Anggota Lembaga Koperasi 2024/2027 Mengikut Undang-Undang Kecil 142 Senarai Perwakilan Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (KOGUNA) Sesi 2024/2025 148 Senarai Pembekal


NOTIS MESYUARAT Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (KOGUNA) Bil : 1/4 KOGUNA-AGM42(07)2024 Tarikh : 07 JUN 2024 Semua Perwakilan KOGUNA, Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (KOGUNA) NOTIS MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-42 Dengan ini diberi notis bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang Ke-42 Koperasi Pekerja FELDA Malaysia Berhad (KOGUNA) akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :- Tarikh : 25 Jun 2024 (Selasa) Masa : 8.00 Pagi Tempat : Dewan Merak Kayangan, Balai FELDA Agenda-agenda Mesyuarat adalah seperti berikut :- 1. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-41 yang diadakan pada 23 Ogos 2023 (Rabu). 2. Melantik satu Jawatankuasa terdiri daripada 6 orang perwakilan dan 4 orang Anggota Lembaga Koperasi untuk menentusahkan deraf Minit Mesyuarat Agung Tahunan. 3. Membentang dan meluluskan Laporan Lembaga Pengarah tahun 2023. 4. Membentangkan Laporan Kewangan Beraudit bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023, pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman. 5. Membentang dan meluluskan Cadangan Pembahagian Keuntungan tahun 2023. 6. Menimbang dan meluluskan usul-usul. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 1


7. Menimbang dan meluluskan pindaan kepada Undang-Undang Kecil KOGUNA. 8. Menetapkan had maksima keterhutangan koperasi tahun 2024/2025. 9. Membentang dan meluluskan Anggaran Belanjawan tahun 2025. 10. Membentang dan meluluskan pembayaran. 11. Melantik Juruaudit Luar tahun 2024/2025. 12. Menimbang dan meluluskan Had Pelaburan Koperasi bagi tahun 2024/2025. 13. Pemilihan 4 orang Anggota Lembaga Koperasi tahun 2024/2027 mengikut peruntukan UndangUndang Kecil. “BERSATU, BERJIMAT” Yang benar, (MOHAMMAD HAFIZ MOHAMAD RAPIAH) Setiausaha KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 2


MOTO MISI Moto yang sentiasa digunapakai dalam koperasi ini adalah”Bersatu dan Berjimat” PIAGAM PELANGGAN 1. Meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi. 2. Menjalankan aktiviti Pembiayaan, Perladangan, Perumahan, Pengguna, Pengangkutan, Perlombongan dan Pelancongan. 3. Meningkatkan kemudahan Pembiayaan kepada anggota berdasarkan kemampuan & kepenggunaan. 4. Meningkatkan program pendidikan dan latihan kemahiran pengurusan dan perniagaan kepada Anggota. 5. Menyalurkan sumbangan / bantuan kebajikan yang bersesuaian kepada Anggota dan keluarga Anggota. 6. Memberikan kerjasama baik dengan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta lain-lain agensi. 7. Berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan pulangan dari perniagaan yang dijalankan kepada Anggota menerusi Dividen dan lain-lain khidmat dari masa ke semasa. Untuk menjadi koperasi terkemuka dengan pertumbuhan perniagaan terbaik di Malaysia VISI KOGUNA akan terus - menerus meningkatkan sosio-ekonomi anggota dengan menyediakan penyelesaian kewangan selaras dengan nilai-nilai dan prinsip koperasi. Usaha proaktif mempelbagaikan aktiviti pelaburan dan perniagaan adalah kunci untuk menjadi koperasi yang cemerlang di negara. KOGUNA juga terus komited dan sentiasa memelihara kecemerlangannya sebagai sebuah organisasi yang dinamik dengan amalan keusahawanan, kebijaksanaan dan integriti yang sangat baik dan terus bercita-cita untuk pengembangan perniagaan melalui kerjasama, perpaduan dan profesionalisma di kalangan Anggota dalam semua cabaran bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 3


LATAR BELAKANG KOGUNA Koperasi Pekerja FELDA Malaysia Berhad (KOGUNA) ditubuhkan pada tarikh 14 Jun 1980 oleh sekumpulan kakitangan FELDA dengan tujuan meningkatkan kepentingan ekonomi Anggotanya serta dapat membantu dari segi kebajikan dan masalah kewangan. Sehingga kini Koperasi Pekerja FELDA Malaysia Berhad (KOGUNA) terus berkembang maju dengan mempunyai jumlah keanggotaannya melebihi 5,776 Anggota di seluruh Malaysia dengan Saham terumpul melebihi RM 23 juta. Pencapaian KOGUNA terus meningkat dan diiktiraf menjadi koperasi terbaik di kedudukan yang ke -10 daripada 350 Koperasi Terbaik Malaysia pada tahun 2023. Pada hari Jumaat 31 Mac 2023, Angkatan Koperasi Malaysia (ANGKASA) melalui Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah telah mengiktiraf Koperasi Pekerja FELDA Malaysia Berhad (KOGUNA) sebagai salah satu koperasi yang menjalankan aktiviti berlandaskan patuh Syariah. KOGUNA juga telah merubah corak perniagaan melalui perniagaan Francais dimana pada tarikh 11 Mei 2022, KOGUNA telah membuka satu perniagaan Francais iaitu Boat Noodle yang beralamat di NO 33-G, Jln Seri Putra 1/10, Bandar Seri Putra, 43000 Bangi, Selangor. Pada 1 Ogos 2022 Koperasi Pekerja FELDA Malaysia Berhad (KOGUNA) dengan secara rasmi telah beroperasi penuh di alamat Aras 12.2, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11 Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur. KOGUNA turut menjalankan kerjasama bersama pihak SAWARI dan pada 01 Mac 2023 telah mengambil alih operasi lot kedai SAWARI di Tingkat 10, Menara FELDA. KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 4


BENGKEL PENGUKUHAN PEMATUHAN SYARIAH DAN PENYERAHAN SIJIL PEMATUHAN SYARIAH ANGKASA


ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI Sesi 2023-2024 Sesungguhnya kecemerlangan sesebuah koperasi bergantung antara tiga elemen utama yang saling melengkapi antara satu sama lain iaitu Anggota Koperasi, Anggota Lembaga Koperasi [Pengurusan] serta Pekerja-Pekerja Koperasi [Pentadbiran]. Sokong menyokong antara ketiga pihak tersebut adalah asas yang akan menentukan kejayaan apa sahaja aktiviti yang dilaksanakan. Bagaimanapun semangat ”kekitaan” dan wadah ”Bersatu Berjimat” adalah asas kepada ”survival” koperasi kita ini. Oleh yang demikian, kita perlu merenung sejenak dan kembali kepada isu asas kenapa kita menjadi sebahagian daripada warga koperasi yang kita cintai ini baik sebagai Anggota, Pengurusan mahupun Pentadbiran. Selaku wakil Anggota Lembaga Koperasi sesi 2023-2024, menyarankan agar semua warga koperasi berperanan aktif menentukan organisasi yang kita anggotai ini kekal cemerlang dengan menyokong apa jua aktiviti koperasi baik dari segi ekonomi, sosial dan ke masyarakatan yang dijalankan. Sumbangan anggota walau sekecil mana saiznya atau dalam apa jua bentuk sekalipun, amatlah tinggi nilainya kepada koperasi kita ini WAN HARFADLI BIN WAN ABD RAHIM Pengerusi KOGUNA 6 KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD


NIK NAZRI BIN MOHD RAZALI Bendahari KOGUNA SAFIE BIN MUDA Anggota Lembaga KOGUNA MOHAMMAD HAFIZ BIN MOHAMAD RAPIAH Setiausaha KOGUNA MUHAMMAD ZUL AZRI BIN MOHD AKIL Anggota Lembaga KOGUNA AHMAD TARMIZI BIN MOHD ZAIN Anggota Lembaga KOGUNA AHMAD THOHIR BIN LONG Anggota Lembaga KOGUNA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 7


MAT NIZAM BIN SAIRI Anggota Lembaga KOGUNA MOHD ROZLAN BIN DAUD Anggota Lembaga KOGUNA MAT NAZRI BIN MAT NAYI Anggota Lembaga KOGUNA NURFADHILAH BINTI MOHD TIMYATI Anggota Lembaga KOGUNA MUHAMMAD NUR FIKRI BIN ZULKIFLI Anggota Lembaga KOGUNA KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 8


KAKITANGAN PENGURUSAN Sesi 2023-2024 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 9


KAKITANGAN PENGURUSAN Sesi 2023-2024 KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 10


JAWATANKUASA AUDIT DALAM Sesi 2023-2024 WAN HASNI BINTI WAN HASAN SITI ROHANIDAR BINTI MOHAMAD SANI NORZIELA BINTI MOHD MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 11


ANAK SYARIKAT KOGUNA Trading Sdn Bhd Aras 12.2 Menara FELDA, Platinum Park, No 11 Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur No Pendaftaran Syarikat : 154674-P BADAN GABUNGAN Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, 47301 Petaling Jaya, Selangor No Tel : 03-7806 1977 PANEL PEGUAM MESSRS. Halim Ashgar No. 15, Ground Floor, Blok 4, Worldwide Bussines Center, Jalan Karate 13/47, Seksyen 13, 40675 Shah Alam, Selangor. Tel No : 03-551 3387 INSTITUSI KEWANGAN MAYBANK Cawangan Jalan Raja Muda Kuala Lumpur BANK RAKYAT Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD JAWATANKUASA AUDIT DALAM • Siti Rohanidar Binti Mohamad Sani • Norziela binti Mohd • Wan Hasni binti Wan Hasan PEMILIKAN PERNIAGAAN FRANCAIS Boat Noodle Bandar Seri Putra 33-G, Jln Seri Putra 1/10, Bandar Seri Putra, 43000 Bangi, Selangor Boat Noodle One Maxim Sentul G-01, One Maxim, 1, Jalan Pelangi 2, Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur JURUAUDIT LUAR Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia Changkat Semantan, Off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur Tel No : 03 - 2083 4000 PEMILIKAN PERNIAGAAN KEDAI MAKANAN Sawari Cafe Menara Felda Aras 10, Menara Felda, Platinum Park, No 11 Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpu MAKLUMAT KORPORAT Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (KOGUNA) ALAMAT Aras 12-2, Menara Felda, Platinum Park, No 11 Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur NO. TELEFON 03-9212 7990 Faks : 03-9212 7992 NO. PENDAFTARAN NEGARA38 Bertarikh : 14 Jun 1980 EMEL [email protected] koguna.promosi@ felda.net.my SOSIAL MEDIA/ WEBSITE KoperasiPekerjaFelda KogunaRasmi 011-13029638 (Unit Pentadbiran) 011-156804138 (Unit Pembiayaan) 011-13045138 (Unit Keanggotaan) www.koguna.com koguna.official koguna.official KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 12


EKSPO JUALAN KOGUNA SABAH 2023


PANDUAN PERJALANAN Mesyuarat Agung Perwakilan 2024 GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI GP 14-02 – ETIKA MESYUARAT AGUNG 1. PERHIMPUNAN Anggota-anggota koperasi hendaklah berhimpun di suatu tempat pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan seperti mana dalam notis mesyuarat. 2. BAHASA RASMI Bahasa Rasmi bagi mesyuarat hendaklah Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, bahasa-bahasa lain dibenarkan mengikut kesesuaian. 3. PENGERUSI MESYUARAT Pengerusi mesyuarat hendaklah sebagaimana ditetapkan oleh undang- undang kecil. 4. AGENDA MESYUARAT Agenda mesyuarat hendaklah sebagaimana dinyatakan dalam Notis Mesyuarat. 5. KUORUM Kuorum hendaklah sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang kecil dan Peraturan-Peraturan Koperasi. 6. MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LALU Minit mesyuarat agung yang lalu akan diedarkan dan dibentang untuk pengesahan. Selain dari pembetulan minit, perbincangan ke atasnya tidak dibenarkan. Hanya selepas pengesahan dibuat, anggota-anggota boleh bertanya sekadar mendapat penjelasan sahaja. Perbahasan terhadapnya tidak dibenarkan. 7. SETIAUSAHA MESYUARAT Setiausaha atau orang yang diarahkannya hendaklah mencatat perjalanan mesyuarat. Minit Mesyuarat hendaklah disiapkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh mesyuarat agung diadakan. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 15


8. HAK HAK ANGGOTA Anggota-anggota yang layak hadir dalam mesyuarat mempunyai hak untuk bercakap, menyuarakan pendapat, pandangan, cadangan dan mengundi atas sesuatu perkara yang dibincangkan dalam agenda mesyuarat. 9. LAPORAN TAHUNAN a. Laporan Tahunan yang mengandungi Laporan Lembaga dan Penyata Kewangan Teraudit akan dibentangkan untuk dibincangkan setelah minit mesyuarat agung yang lalu disahkan. Penerimaannya hendaklah di bawah syor ″Telah diterima dan diluluskan”. b. Laporan Tahunan hendaklah diberi keutamaan daripada perkara lain. Sesuatu syor boleh dibuat terhadap mana-mana perkara dalam laporan tersebut dan ia hendaklah dibuat dengan persetujuan Pengerusi Mesyuarat. 10.TERTIB BERCAKAP a. Anggota yang ingin bercakap hendaklah bangun dan apabila diberi keizinan oleh Pengerusi, beliau hendaklah berdiri dan mengajukan ucapannya kepada Pengerusi Mesyuarat. b. Apabila lebih daripada seorang anggota bangun untuk bercakap, anggota yang terdahulu hendaklah diberi keutamaan untuk bercakap. Walau bagaimanapun, keputusan terletak kepada Pengerusi mesyuarat agung. c. Anggota tidak boleh bercakap lebih daripada sekali di atas sebarang usul atau pindaan yang sama kecuali (sebagai pembawa usul atau pindaan kepada usul itu) untuk menjawab. Sekiranya ada pindaan dibuat ke atas usul asal, anggota berkenaan boleh bercakap sekali lagi terhadap pindaan yang dibuat itu. d. Seseorang anggota tidak boleh mengganggu anggota lain yang sedang bercakap, kecuali – i. jika hendak membuat teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat. Ketika itu anggota yang sedang bercakap hendaklah menarik perhatian kepada perkara yang hendak disampaikan untuk pengetahuan mesyuarat dan diserahkan kepada Pengerusi Mesyuarat untuk memutuskannya; atau ii. jika hendak menerangkan apa-apa perkara yang disampaikan oleh anggota yang bercakap itu dalam ucapannya dengan syarat anggota yang sedang bercakap itu mahu memberi laluan dan anggota yang hendak mencelah itu diberi izin oleh Pengerusi Mesyuarat. e. Jika seseorang anggota mengganggu seorang anggota lain yang sedang bercakap semasa mesyuarat sedang berjalan atau menggunakan bahasa kasar atau biadab dan ingkar mematuhi arahan Pengerusi Mesyuarat apabila diminta menjaga tertib mesyuarat, namanya akan dicatat oleh Pengerusi Mesyuarat. Ia akan diminta meninggalkan bilik mesyuarat dan tidak akan dibenarkan masuk selagi ia tidak meminta maaf yang memuaskan dan diterima oleh Pengerusi Mesyuarat. f. Jika Pengerusi Mesyuarat memberi arahan untuk bertenang, atau apa-apa arahan yang ada kaitan dengan mesyuarat, anggota yang sedang bercakap hendaklah kembali duduk dan anggota lain tidak dibenarkan bercakap sehingga Pengerusi Mesyuarat memberi kebenaran untuk meneruskan perbincangan. KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 16


11. HAD MASA BERCAKAP Pembawa usul atau pindaan tidak dibenarkan bercakap lebih daripada lima minit. Anggota yang membicarakan usul selepas itu tidak dibenarkan melebihi tiga (3) minit, kecuali jika dibenarkan masa tambahan oleh Pengerusi Mesyuarat. Tambahan masa yang diberi hendaklah tidak melebihi dua (2) minit. 12.ISI-ISI UCAPAN a. Anggota hendaklah menghadkan percakapan kepada perkara yang dibincangkan sahaja, dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa yang tidak ada kaitan dengan perkara yang dibincangkan itu. b. Perkara-perkara yang dalam pertimbangan atau perbicaraan mahkamah tidak boleh dibincang. c. Perkara-perkara yang telah diputuskan oleh mesyuarat tidak boleh dipertimbangkan semula kecuali dengan adanya usul tersendiri bagi membatalkan keputusan mesyuarat berkenaan dengan perkara itu. d. Seseorang anggota tidak boleh menggunakan bahasa kasar atau biadab dan tidak boleh mengeluarkan sangkaan buruk terhadap orang lain. e. Nama, kelakuan dan sifat Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong atau nama DYMM RajaRaja Melayu atau TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi mesyuarat. f. Seseorang anggota yang bercakap tidak boleh menggunakan - i. perkatan-perkataan derhaka kepada negeri; ii. perkataan-perkataan yang membangkitkan perasaan melawan terhadap kerajaan yang memerintah, dan iii. perkataan-perkataan yang menaikkan perasaan sakit hati dan permusuhan antara kaum dan agama di Malaysia. g. Jika pada pendapat Pengerusi, bahawa apa-apa usul atau pindaan atau perbahasan yang akan dijalankan atas usul atau pindaan itu tujuannya melanggar peraturan ini, maka Pengerusi boleh menolak usul atau pindaan berkenaan itu, atau memberhentikan perbahasan itu dan memerintahkan supaya usul atau pindaan berkenaan itu tidak dibahaskan lagi. 13.MENUTUP UCAPAN/PERBAHASAN Setelah sesuatu usul dikemukakan kepada mesyuarat, seorang anggota boleh mencadangkan usul itu diputuskan. Jika pada pendapat Pengerusi, usul itu tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan, maka usul itu boleh dikemukakan untuk diputuskan dengan serta merta. Ia hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibincang walaupun pembawa usul asal atau pindaan tidak berpeluang menjawab. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 17


14.USUL (MOTION) a. Sebarang cadangan pertama di dalam satu perkara itu akan dikenali sebagai usul asal dan semua cadangan mengenai perkara yang sama dikenali sebagai pindaan. b. Tiap-tiap usul atau pindaan-pindaan kepadanya hendaklah ada pencadang dan penyokongnya dan hendaklah dibentangkan secara bertulis. c. Tiap-tiap usul yang hendak dimasukkan ke dalam agenda hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha koperasi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat agung diadakan. d. Seseorang anggota yang ingin menarik balik atau mengubah atau meminda isi-isi sesuatu usul yang dibuat olehnya boleh berbuat demikian dengan memberitahu secara bertulis berkenaannya kepada Setiausaha sebelum tarikh mesyuarat agung. Walau bagaimanapun, disyaratkan pindaan itu pada pendapat Pengerusi tidak mengubah asas atau tujuan yang terkandung dalam usul asal itu. e. Apabila sesuatu usul itu ditarik balik selepas ianya dimasukkan dalam agenda mesyuarat agung, Pengerusi, apabila tiba masanya, mengisytiharkan dalam mesyuarat agung bahawa usul tersebut telah ditarik balik dan tidak boleh dibahas lagi. 15.CADANGAN DAN SOKONGAN a. Sesuatu usul atau pindaan tidak boleh dibincangkan atau dibahas sehingga ia mendapat sokongan. Jika tiada sokongan, usul atau pindaan itu gugur dengan sendirinya. b. Seseorang anggota tidak boleh mencadang atau menyokong lebih daripada sekali bagi sesuatu usul. Pencadang atau penyokong sesuatu usul atau pindaan usul tidak boleh mengemukakan (mencadang) atau menyokong pindaan lain kepada usul tersebut. 16.PINDAAN Jika sebarang pindaan dikemukakan dan disokong terhadap sesuatu usul, pindaan selanjutnya tidak boleh dibuat sehingga pindaan terdahulu itu dibatalkan. Apabila pindaan kepada usul tersebut diisytiharkan, usul yang dipinda menjadi usul asal, yang mana pindaan-pindaan selanjutnya boleh dikemukakan tertakluk kepada para 18 Etika ini. 17.HAK MENJAWAB a. Pembawa usul (termasuk pembawa pindaan yang menjadi usul asal) mempunyai hak untuk menjawab dengan syarat dia hendaklah menjawab kepada ucapan yang dibuat olehnya terdahulu. Perkara-perkara baru tidak boleh dibangkitkan. Setelah menjawab, usul hendaklah diundi dengan segera untuk mendapatkan suara majoriti anggota-anggota yang hadir. b. Jika usul asal telah diganti dengan pindaan, hak menjawab diberikan kepada orang yang membawa pindaan. KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 18


18.USUL TERGEMPAR Sebarang usul yang tidak dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat agung tidak boleh dikemukakan dalam mesyuarat untuk dibahas. 19.PENGUNDIAN a. Semua perkara hendaklah diputuskan dengan kelebihan undi kecuali perkara perkara berkaitan dengan Pindaan Undang-undang Kecil. Jika undi sama banyak, perkara yang dibincangkan disifatkan kalah. Pengerusi tiada undi pemutus. b. Pengerusi mesyuarat tidak boleh mengundi berkenaan sebarang perkara mengenai dirinya. 20.ADAB ANGGOTA TIDAK BERCAKAP Masa mesyuarat sedang berjalan — i. Anggota hendaklah masuk ke dewan atau keluar daripada dewan atau membawa diri dalam dewan dengan tertib adab; ii. Seseorang anggota tidak boleh melintas ruangan tengah dewan tanpa apa-apa urusan; iii. Anggota-anggota tidak boleh membaca surat-surat khabar, buku- buku, surat-surat atau lain-lain kecuali dengan perkara-perkara yang ada kaitan dengan perkara yang dibahas; dan iv. Masa seseorang anggota bercakap, anggota lain hendaklah diam dan tidak mengganggu. 21.KUASA PENGERUSI MESYUARAT DAN TERTIB DALAM MESYUARAT a. Bila anggota-anggota ditegur oleh pengerusi berkenaan dengan peraturan mesyuarat atau bangun semasa perbahasan berjalan, mana-mana anggota yang sedang bercakap atau yang hendak bercakap, hendaklah duduk dan Mesyuarat hendaklah diam supaya percakapan Pengerusi dapat didengar dan tidak terganggu. b. Adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi memastikan supaya etika mesyuarat ini dipatuhi dan keputusannya mengenai apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh diminta ditimbangkan semula. c. Pengerusi setelah menarik perhatian mesyuarat kepada kelakuan seseorang anggota yang degil dengan menyebutkan perkara-perkara yang tidak kena mengena dengan perkara mesyuarat boleh memerintahkan dia berhenti bercakap. d. Pengerusi hendaklah memerintahkan mana-mana anggota yang berkelakuan tidak baik keluar dengan serta merta daripada mesyuarat. e. Anggota yang diperintahkan keluar menurut perenggan 21(d), dengan serta merta hendaklah keluar dari dewan mesyuarat dan tidak dibenarkan masuk hingga habis mesyuarat. f. Jika sesuatu perkara berbangkit mengenai prosedur, maka proses pengundian untuk membuat keputusan adalah tidak diperlukan. Adalah memadai dengan keputusan pengerusi sahaja. Sekiranya perkara yang dibincangkan melibatkan perkara hakiki (substantive) maka keputusan hendaklah dibuat secara pengundian. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 19


g. Jika mesyuarat agung membincangkan sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan pengerusi, maka mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh seorang yang lain sehingga keputusan telah dibuat. Dalam hal ini prinsip ″Natural Justice″ hendaklah terpakai. h. Pengerusi hendaklah menasihatkan anggota yang hadir dalam mesyuarat supaya sentiasa berada di dalam dewan mesyuarat sepanjang mesyuarat diadakan bagi memastikan kuorum mesyuarat adalah mencukupi pada setiap masa. i. Jika berlaku kekacauan besar dan luar jangka dalam mesyuarat, Pengerusi boleh, jika pandangannya wajar, menangguhkan mesyuarat tanpa perlu meminta keputusan mesyuarat selama yang ditetapkan olehnya. KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 20


AGENDA MESYUARAT 1. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-41 yang diadakan pada 23 Ogos 2023 (Rabu). 2. Melantik satu Jawatankuasa terdiri daripada 6 orang perwakilan dan 4 orang Anggota Lembaga Koperasi untuk menentusahkan deraf Minit Mesyuarat Agung Tahunan. 3. Membentang dan meluluskan Laporan Lembaga Pengarah tahun 2023. 4. Membentangkan Laporan Kewangan Beraudit bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023, pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman. 5. Membentang dan meluluskan Cadangan Pembahagian Keuntungan tahun 2023. 6. Menimbang dan meluluskan usul-usul. 7. Menimbang dan meluluskan pindaan kepada Undang-Undang Kecil KOGUNA. 8. Menetapkan had maksima keterhutangan koperasi tahun 2024/2025. 9. Membentang dan meluluskan Anggaran Belanjawan tahun 2025. 10. Membentang dan meluluskan pembayaran. 11. Melantik Juruaudit Luar tahun 2024/2025. 12. Menimbang dan meluluskan Had Pelaburan Koperasi bagi tahun 2024/2025. 13. Pemilihan 4 orang Anggota Lembaga Koperasi tahun 2024/2027 mengikut peruntukan UndangUndang Kecil. 21 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42


MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN OUTLET FRANCAIS BOAT NOODLE SENTUL


AGENDA 1 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke - 41


KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD MINIT MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-41 TARIKH : 23 Ogos 2023 (Rabu) MASA : 10.00 Pagi TEMPAT : Dewan Bankuet 3, Menara FELDA KEHADIRAN : 66 Perwakilan seperti di Lampiran 1 PERLANTIKAN PENGERUSI MESYUARAT Dicadangkan : Dan Dipersetujui : Bahawa ; Encik Rozlan bin Daud (No. Anggota : A006911) dilantik atas cadangan Encik Mohd Faiezal bin Abdul Hamid (No. Anggota : A010512) dan disokong sebulat suara oleh perwakilan untuk mempengerusikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-41. AGENDA 1 : MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-40 BERTARIKH 31 OKTOBER 2022 (ISNIN) Dibentang : Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-40 bertarikh 31 Oktober 2022 (Isnin). Dicadangkan : Dan Dipersetujui : Bahawa; Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-40 yang diadakan pada 31 Oktober 2022 (Isnin) atas cadangan Encik Azlin bin Abdullah (No. Anggota : A003577) dan disokong oleh Encik Ahmad Tarmizi bin Mohd Zain (No. Anggota : A007187). 1.1 Mohd Faiezal bin Abdul Hamid (No. Anggota : A010512) meminta penjelasan bagi bukti pembayaran pembiayaan Anggota Lembaga Koperasi. Wan Harfadli bin Wan Abd Rahim (No. Anggota : A008978) menjelaskan bahawa kutipan yang telah diperoleh bagi pembiayaan Anggota Lembaga Koperasi adalah berjumlah RM 260,628.65. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 25


1.2 Ahmad Tarmizi bin Mohd Zain (No. Anggota : A007187) meminta penjelasan bagi perkara permohonan bersama Etiqa Takaful untuk mendapatkan senarai bagi tuntutan insuran dan takaful. Wan Harfadli bin Wan Abd Rahim (No. Anggota : A008978) menjelaskan bahawa tidak dapat diperoleh dari pihak Etiqa Takaful. Pihak Koperasi telah mendapat pandangan dari Pengarah Audit Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi Tuntutan Wang Tak Dituntut bagi semakan. Jika wang tersebut tidak dilupuskan, ianya akan tetap menjadi liabiliti kepada Koperasi. AGENDA 2 : MELANTIK SATU JAWATANKUASA PENENTUSAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-41 TERDIRI DARI 4 ANGGOTA LEMBAGA DAN 6 ORANG PERWAKILAN Dicadangkan Dan Dipersetujui : Bahawa ; Majlis sebulat suara bersetuju melantik 4 orang anggota Lembaga dan 6 orang perwakilan untuk Menentu sahkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-41. Anggota yang dipilih adalah seperti berikut : BIL NAMA NO. ANGGOTA 1. Mohd Rozlan bin Daud A006911 2. Ahmad Thohir bin Long A003723 3. Nik Nazri bin Mohd Razali A009457 4. Mat Nizam bin Sairi A012755 5. Encik Azlin bin Abdullah A003577 6. Encik Mohd Rohanas bin Mohd Nor A008628 7. Mohd Zunaidi bin Zulkefle A010158 8. Encik Norhafizul bin Che Pauzi A013734 9. Encik Mohd Syahrul Syam bin Md Rashid A007603 10. Encik Khalid bin Halidin A002991 KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 26


AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MELULUSKAN LAPORAN LEMBAGA PENGARAH TAHUN 2022 Dibentang : Laporan Lembaga Pengarah 2022 dibentangkan oleh Mohammad Hafiz bin Mohamad Rapiah (No. Anggota : A014105). Dicadangkan : Dan Dipersetujui : Laporan Lembaga Pengarah Tahun 2022, atas cadangan Ahmad Tarmizi bin Mohd Zain (No. Anggota: A007187) dan disokong oleh Anuar bin Ali (No. Anggota: A004258). AGENDA 4 : MEMBENTANG LAPORAN KEWANGAN BERAUDIT BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022, SERTA PANDANGAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM) Dicadangkan : Dan Dipersetujui : Laporan Kewangan Beraudit Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 yang telah diaudit oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibentangkan oleh Encik Wan Harfadli bin Wan Abd Rahim (No. Anggota : A008978). 4.1 Ahmad Tarmizi bin Mohd Zain (No. Anggota: A007187) meminta penjelasan bagi perkara Penghutang Perdagangan yang terdapat perbezaan di antara lejar kewangan Koperasi berbanding senarai kawalan penghutang perdagangan yang telah disediakan. Wan Harfadli bin Wan Abd Rahim (No. Anggota : A008978) menjelaskan bahawa pelarasan perakaunan akan dilakukan berikutan rekod tersebut adalah rekod manual pada permulaan penubuhan Koperasi dan tidak dapat dibuat pengesahan. 4.2 Ahmad Tarmizi bin Mohd Zain (No. Anggota: A007187) meminta penjelasan bagi perkara Pelbagai Pemiutang di mana pihak Koperasi tidak dapat mengemukakan senarai pelbagai pemiutang bagi menyokong baki akaun tersebut. Wan Harfadli bin Wan Abd Rahim (No. Anggota : A008978) menjelaskan bahawa rekod bagi senarai-senarai pelbagai pemiutang (tuntutan insurans belum dibayar dan penamatan takaful Keluarga) tidak dapat diperoleh dari pihak Etiqa Takaful. Pihak Koperasi telah mendapat pandangan dari Pengarah Audit Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi Tuntutan Wang Tak Dituntut bagi semakan. Jika wang tersebut tidak dilupuskan, ianya akan tetap menjadi liabiliti kepada Koperasi. 4.3 Mohd Kamrin@Tamrin bin Zakaria (No. Anggota : A002871) meminta penjelasan bagi perkara Pinjaman Anggota yang terdapat perbezaan di antara lejar kewangan Koperasi berbanding senarai kawalan pembiayaan yang disediakan untuk jenis-jenis pembiayaan Anggota, Cukai Jalan Anggota, dan pembiayaan Anggota Lembaga Koperasi. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 27


4.3 Rozainie Ekhwan bin Roslan selaku Pengurus Besar KOGUNA menjelaskan bahawa perbezaan tersebut berikutan terdapat kesalahan Pengurusan memasukkan nilai pembiayaan Anggota semasa pemindahan data daripada manual ke sistem dan akan dibuat semakan semula. Cik Nurul Syahirah binti Azhar selaku Ketua Juruaudit SKM menjelaskan bahawa semakan telah dibuat ketika pengauditan Suruhanjaya ke atas Koperasi dan perbezaan tersebut adalah daripada pemindahan rekod manual ke sistem (yang mempunyai pengurangan atau disebut muqassah) dan meminta Pengurusan Koperasi untuk membuat semakan semula. 4.4 Mohd Faizuri bin Zakarial (No. Anggota : A006909) meminta penjelasan mengenai kutipan pembiayaan Anggota Lembaga Koperasi sama ada dijalankan ataupun tidak. Wan Harfadli bin Wan Abd Rahim (No. Anggota : A008978) menjelaskan bahawa kutipan yang telah diperoleh bagi pembiayaan Anggota Lembaga Koperasi adalah berjumlah RM 260,628.65. 4.5 Mohd Faiezal bin Abdul Hamid (No. Anggota: A010512) meminta penerangan berkenaan Honorarium Lembaga sama ada yang akan dibayar ataupun yang telah dibuat bayaran. Wan Harfadli bin Wan Abd Rahim (No. Anggota : A008978) menjelaskan bahawa perkara tersebut adalah hanya peruntukan untuk pembayaran dan tiada sebarang pembayaran Honorarium Lembaga dibuat bagi tahun 2022. 4.6 Mohd Faiezal bin Abdul Hamid (No. Anggota: A010512) meminta penjelasan bagi perkara Perbelanjaan Anggota Lembaga (perjalanan Anggota Lembaga Pengarah) yang bersara dilihat melebihi had yang sepatutnya seperti boleh dibuat tuntutan sewenang-wenangnya tanpa kawalan dari Pengurusan. Mohammad Hafiz bin Mohamad Rapiah (No. Anggota A014105) memaklumkan bahawa terdapat ketirisan kewangan dalam perkara ini dengan tiadanya surat rasmi bagi tuntutan perjalanan Anggota Lembaga bersara. Pada 28 Februari 2023, Program Penilaian Aturan KOGUNA telah dijalankan bagi penambahbaikan garis panduan dan aturan Koperasi. Salah satu penambahbaikan adalah sebarang program atau mesyuarat, perlu di dalam pengetahuan semua Anggota Lembaga dan disertakan Surat Rasmi sebelum pembayaran tuntutan perjalanan tersebut dilakukan. Wan Harfadli bin Wan Abd Rahim (No.Anggota : A008978) juga memaklumkan bahawa cadangan penambahbaikan agar mesyuarat Anggota Lembaga dilakukan secara hybrid (atas talian) untuk mengurangkan kos tuntutan perjalanan tersebut. Encik Hamni @ Farid bin Mat Dros, selaku wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa SKM telah menegur Koperasi untuk berjimat cermat dan secara berhemah agar perkara perbelanjaan yang tinggi tidak menjadi isu berbangkit pada Mesyuarat Agung Perwakilan yang akan datang. KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 28


4.7 Mohd Faizuri bin Zakarial (No. Anggota : A006909) meminta penjelasan bagi elaun-elaun Anggota Lembaga Koperasi yang tinggi dan menimbulkan kecurigaan dalam kalangan Perwakilan. Rozainie Ekhwan bin Roslan selaku Pengurus Besar KOGUNA menjelaskan bahawa penstrukturan semula elaun elaun tersebut telah dilakukan dan mesyuarat Anggota Lembaga dijalankan secara hybrid bergilir-gilir bagi tahun 2023 untuk Langkah berjimat cermat. Mohammad Hafiz bin Mohamad Rapiah (No. Anggota A014105) menjelaskan bahawa aturan daripada Program Penilaian Aturan KOGUNA bagi jumlah kelayakan elaun tersebut telah diambil pakai daripada pekeliling FELDA sebagai langkah pengurangan kos perbelanjaan Anggota Lembaga Koperasi pada tahun ini. 4.8 Mohd Faiezal bin Abdul Hamid (No. Anggota: A010512) meminta penjelasan bagi penambahbaikan yang telah dilakukan oleh Pengerusi Modal Insan kepada Koperasi berikutan elaun telah diberikan dan tidak mahu menjadi liabiliti sematamata kepada perbelanjaan Koperasi. Md Jaffar bin Mohamed Noah (No. Anggota: A000899) selaku Pengerusi Modal Insan, memaklumkan bahawa elaun dan jawatan tersebut telah diluluskan pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-40. Penambahbaikan yang telah dilakukan adalah meneliti tatatertib kakitangan Koperasi dan telah membantu Pengurusan mengambil tindakan tatatertib kepada salah seorang kakitangan yang mempunyai masalah disiplin, kehadiran dan tingkah laku. Selain itu juga telah membantu dalam kutipan tuntutan pembayaran bagi pengangkutan bas ke ladang FGV. 4.9 Mohd Syahrul Syam bin Md Rashid (No. Anggota: A007603) mencadangkan agar Koperasi mengambil maklum berkenaan pelaburan yang akan dilakukan seiring taklimat Hala Tuju 5 tahun KOGUNA oleh YBhg. Datuk Ir. Mohamad Ali bin Hj. Ramli berikutan memerlukan pelaburan perbelanjaan yang banyak dan Anggota mengharapkan keuntungan dan dividen Koperasi akan meningkat. Safie bin Hj Muda (No. Anggota: A002957) memaklumkan bahawa perbelanjaan tahun 2022 yang tinggi berikutan pembukaan perniagaan yang dijalankan oleh KOGUNA iaitu perniagaan francais Boat Noodle di Bandar Seri Putra, Bangi pada bulan Mei tahun 2022 dan keuntungan akan meningkat pada tahun 2023. 4.10 Mohd Faizuri bin Zakarial (No. Anggota : A006909) mencadangkan agar bonus pekerja yang tinggi tidak diberikan bagi tahun 2022 bagi membantu pengurangan perbelanjaan Koperasi. Cadangan ini disokong oleh Nor Muhammad bin Jaapar (No. Anggota : A009772). Dicadangkan : Dan Dipersetujui : Laporan Kewangan Beraudit Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 atas cadangan Mohd Indera bin Salleh (No. Anggota : A013294) dan disokong oleh Azlin bin Abdullah (No. Anggota : A003577). MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 29


AGENDA 5 : MEMBENTANG DAN MELULUSKAN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN 2022 Dibentang : Pembahagian Keuntungan 2022 dibentangkan oleh Encik Wan Harfadli bin Wan Abd Rahim (No. Anggota : A008978) Ahmad Tarmizi bin Mohd Zain (No. Anggota: A007187) meminta penjelasan bagi dividen dicadangkan 2% berjumlah RM 469,306.03 di dalam bahagian perkara yang perlu ditolak selepas pembahagian berkanun. Cik Nurul Syahirah binti Azhar selaku Ketua Juruaudit SKM menjelaskan bahawa perbelanjaan yang tinggi bagi pembukaan francais The Original Boat Noodle pada tahun 2022 menyebabkan dividen Koperasi menurun dan keuntungan perniagaan ini akan meningkat pada tahun 2023 seiring dividen Koperasi. Diluluskan : Bahawa , Pembayaran dividen kepada Anggota Koperasi berdasarkan keuntungan 2022 adalah atas kadar 2 % yang berjumlah RM 469,306.03 atas cadangan Encik Mohd Faizuri bin Zakarial (No. Anggota: A006909) dan disokong oleh sebulat şuara oleh semua perwakilan. AGENDA 6 : MENIMBANG DAN MELULUSKAN USUL-USUL a) Usul Lembaga BIL USUL DIKEMUKAKAN KEPUTUSAN MESYUARAT 1. Bahagian I — Permulaan (Penambahan tafsiran) “Kumpulan FELDA” meliputi FELDA, syarikat-syarikat, perbadanan-perbadanan, koperasi-koperasi yang ditubuhkan oleh FELDA dan subsidiari yang dimiliki oleh syarikat-syarikat, perbadanan-perbadanan dan koperasi-koperasi yang ditubuhkan oleh FELDA; “Lembaga” ertinya badan pengelola koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal-ehwal koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut Seksyen 2 Akta Koperasi 1993; Usul dicadangkan oleh Saiful bin Bahrom (No. Anggota: A009125) dan disokong sebulat suara oleh perwakilan 2. 2. Bahagian V - Organisasi dan Pengurusan Koperasi Pemilihan perwakilan dan urusan Mesyuarat Agung Kawasan. 26. (6) Kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan hendaklah satu pertiga daripada jumlah anggota yang layak menerima notis mesyuarat dalam kawasan yang berkenaan atau sepuluh orang, mengikut mana yang kurang. Sekiranya dalam masa tiga puluh minit selepas waktu yang ditetapkan bagi mesyuarat itu, bilangan anggota yang hadir belum mencukupi kuorum, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan. Usul dicadangkan oleh Saiful bin Bahrom (No. Anggota: A009125) dan disokong sebulat suara oleh perwakilan KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 30


b) Usul Anggota i) Pindaan UUK BIL USUL DIKEMUKAKAN ULASAN KEPUTUSAN MESYUARAT 1. Anggota bersekutu tidak boleh dilantik sebagai ALK dan hanya dibenarkan untuk Anggota biasa sahaja. Pencadang : Nurul Syarifah Binti Daud (No. anggota : A013327) Penyokong : Siti Aishah Yusoff (No. anggota : A013992) 1. Merujuk Undang-undang Kecil KOGUNA fasal 35; Lembaga Koperasi hendaklah mengandungi dua belas (12) orang yang terdiri daripada perwakilan yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Perwakilan, menurut seksyen 42 Akta dan Perenggan (d) fasal (1) Undang- Undang Kecil. 2. Merujuk pekeliling dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM.IP.(AM):7964 SJ.5 JILID.2(23) - Pemansuhan Pekeliling Berhubung Penglibatan Pesara Sebagai Anggota Lembaga bagi Koperasi yang Dianggotai oleh Kakitangan Kerajaan dan Swasta ; Pekeliling berhubung Penglibatan Pesara Sebagai Anggota Lembaga bagi Koperasi yang Dianggotai Oleh Kakitangan Kerajaan Dan Swasta bertarikh 3 April 2012 yang telah memutuskan bahawa bilangan pesara dalam Lembaga koperasi tersebut hendaklah tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah anggota Lembaga adalah dimansuhkan. 3. Keputusan adalah bergantung pada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Koperasi Usul dicadangkan oleh Ahmad Tarmizi bin Mohd Zain (No. Anggota A007187) dan disokong oleh Saiful bin Bahrom (No. anggota : A009125) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 31


BIL USUL DIKEMUKAKAN ULASAN KEPUTUSAN MESYUARAT 2. Disyorkan supaya Anggota yang berpencen tidak layak untuk memegang jawatan Anggota Lembaga, dan hanya diberi peluang kepada Anggota yang aktif dan masih dalam perkhidmatan sahaja Pencadang : Mat Nazri bin Mat Nayi (No. anggota : A0006996) Penyokong : Syafri Hailee bin Muhamad (No. anggota : A007534) 1. Merujuk Undang-Undang Kecil KOGUNA fasal 35; Lembaga Koperasi hendaklah mengandungi dua belas (12) orang yang terdiri daripada perwakilan yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Perwakilan, menurut seksyen 42 Akta dan Perenggan (d) fasal (1) Undang- Undang Kecil. 2. Merujuk pekeliling dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM.IP.(AM):7964 SJ.5JILID.2(23) -Pemansuhan Pekeliling Berhubung Penglibatan Pesara Sebagai Anggota Lembaga bagi Koperasi yang Dianggotai Oleh Kakitangan Kerajaan dan Swasta ; Pekeliling berhubung Penglibatan Pesara Sebagai Anggota Lembaga bagi Koperasi yang Dianggotai Oleh Kakitangan Kerajaan Dan Swasta bertarikh 3 April 2012 yang telah memutuskan bahawa bilangan pesara dalam Lembaga Koperasi tersebut hendaklah tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah anggota Lembaga adalah dimansuhkan. 3. Keputusan adalah bergantung pada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Koperasi. Usul dicadang dan disokong sebulat suara oleh Perwakilan dengan merujuk keputusan Usul Anggota (1). KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 32


BIL USUL DIKEMUKAKAN ULASAN KEPUTUSAN MESYUARAT 3. Anggota yang berpencen di syorkan supaya tidak layak menjadi Anggota Lembaga. Pencadang : Mat Nazri bin Mat Nayi (No. anggota : A006996) Penyokong : Syafri Hailee bin Muhamad (No. anggota : A007534) 1. Merujuk Undang-Undang Kecil KOGUNA fasal 35; Lembaga Koperasi hendaklah mengandungi dua belas (12) orang yang terdiri daripada perwakilan yang dipilih Oleh Mesyuarat Agung Perwakilan, menurut seksyen 42 Akta dan Perenggan (d) fasal (1) Undang- Undang Kecil. 2. Merujuk pekeliling dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia SKM.IP.(AM):7964 SJ.5 JILID.2(23) Pemansuhan Pekeliling Berhubung Penglibatan Pesara Sebagai Anggota Lembaga bagi Koperasi yang Dianggotai Oleh Kakitangan Kerajaan dan Swasta ; Pekeliling berhubung Penglibatan Pesara Sebagai Anggota Lembaga bagi Koperasi yang Dianggotai Oleh Kakitangan Kerajaan Dan Swasta bertarikh 3 April 2012 yang telah memutuskan bahawa bilangan pesara dalam Lembaga koperasi tersebut hendaklah tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah anggota Lembaga adalah dimansuhkan. 3. Keputusan adalah bergantung pada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Koperasi Usul dicadang dan disokong sebulat suara Oleh Perwakilan dengan merujuk keputusan Usul Anggota (1). MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 33


BIL USUL DIKEMUKAKAN ULASAN KEPUTUSAN MESYUARAT 4. Pindaan (UUK KOGUNA) 21 (2), ”gagal menjelaskan yuran menurut undangundang kecil 56 tiga bulan berturutturut dengan tiada kebenaran Lembaga kecuali kepada pesara kumpulan FELDA” kepada ” Anggota yang gagal menjelaskan yuran bulanan menurut Undang-undang Kecil 56 sebanyak tiga bulan berturut-turut dengan tiada kebenaran bertulis daripada Lembaga” Pencadang : Ahmad Tarmizi Mohd Zain (No. anggota : A007187) Penyokong : Mohamad Shamsol Abdul Razak (No. anggota : A007844) Pindaan Undang-undang Kecil KOGUNA fasal 21 (2) (e) ; gagal menjelaskan yuran menurut Undangundang Kecil 56 tiga bulan berturut-turut dengan tiada kelulusan Lembaga Usul di cadang Oleh Wan Mohd Farid bin Wan Azizi (No. Anggota: A012451) dengan pindaan dan disokong sebulat suara Oleh Perwakilan. 6.1 Muhammad Zul Azri bin Mohd Akil (No.Anggota:A008934) meminta penjelasan sama ada usul pertama (1) diluluskan, Anggota Lembaga Koperasi semasa dan tidak bertanding akan serta merta lucut jawatan sebagai Anggota Lembaga ataupun terus kekal sehingga tamat tempoh memegang jawatan ALK. Encik Hamni @ Farid bin Mat Dros, selaku wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa sekiranya usul tersebut diluluskan, impaknya besar di mana Anggota Lembaga koperasi semasa (bersara dan tidak bertanding) akan lucut jawatan serta merta selepas pindaan Undang-undang Kecil diluluskan Oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 34


6.2 Ahmad Tarmizi bin Mohd Zain (No. Anggota : A007187) menjelaskan bahawa bagi usul ke empat (4) adalah diusulkan agar tiada pengecualian diberikan dan kesamarataan bagi semua Anggota Koperasi. Encik Hamni @ Farid bin Mat Dros, selaku wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Wilayah Persekutuan mencadangkan bagi Anggota yang bersara boleh kekal sebagai Anggota pasif dan tidak mencarum bagi tiaptiap bulan dengan meletakkan syarat minima modal yuran dalam jumlah yang bersesuaian bergantung pada syarat Koperasi. Mohammad Hafiz bin Mohamad Rapiah (No. Anggota A014105) menjelaskan bahawa menurut perenggan 50(b) Akta, setiap anggota hendaklah melanggan lima ratus ringgit Malaysia (RM500.00) syer sebagai sumbangan minimum dan hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang dinyatakan di bawah fasal (2). Syer minimum ini tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan Anggota itu tamat. Muhammad Zul Azri bin Mohd Akil (No. Anggota:A008934) mencadangkan usul empat (4) diluluskan dengan pindaan agar perkara ini diperhalusi dan diteliti di peringkat Anggota Lembaga dan keputusan tersebut dimaklumkan kepada perwakilan. Cadangan ini disokong oleh Mohd Faiezal bin Abdul Hamid (No. Anggota: A010512) 6.3 Mohd Faiezal bin Abdul Hamid (No. Anggota: A010512) memohon penjelasan adakah terdapat klausa di dalam Undang-undang kecil bagi pengelasan Anggota bersekutu dan tidak bersekutu atau hanya kefahaman di peringkat Anggota Lembaga sahaja. Mohammad Hafiz bin Mohamad Rapiah (No. Anggota A014105) menjelaskan di dalam Undang-undang kecil bagi perkara 11 (1 )(b) kelayakan menjadi Anggota iaitu : - “pesara FELDA, dan Anak Syarikat Kumpulan FELDA” sahaja. 6.4 Mohd Faiezal bin Abdul Hamid (No. Anggota: A010512) mencadangkan agar bagi usul pada Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang diberikan asas atau perkara asal sebelum pindaan terbaru dilakukan untuk memberi kefahaman pemakilan berkenaan usul tersebut. Mohammad Hafiz bin Mohamad Rapiah (No. Anggota A014105) memaklumkan cadangan tersebut diterima pakai dan penambahbaikan akan dilakukan pada Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 35


ii) Tambahan UUK BIL USUL DIKEMUKAKAN ULASAN KEPUTUSAN MESYUARAT 1. Anggota Lembaga Koperasi perlu di kalangan Pegawai Kanan FELDA terutamanya Pengerusi adalah di antara Pengurusan Tertinggi FELDA. Pencadang : Nurul Syarifah Binti Ahmad Daud (No. anggota : A013327) Penyokong : Siti Aishah Yusoff (No. anggota : A013992) 1. Merujuk Undang-undang Kecil KOGUNA fasal 35; Lembaga Koperasi hendaklah mengandungi dua belas (12) orang yang terdiri daripada perwakilan yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Perwakilan, menurut seksyen 42 Akta dan Perenggan (d) fasal (1) UndangUndang Kecil. Usul ditolak atas cadangan Mohd Tamrin @Kamrin bin Zakaria (No. Anggota: A002871) dan disokong sebulat suara oleh Perwakilan. iii) Pentadbiran BIL USUL DIKEMUKAKAN ULASAN KEPUTUSAN MESYUARAT 1. Syor dinaikkan kadar manfaat Khairat Kematian kepada RM 10,000.00. Pencadang : Mat Nazri bin Mat Nayi (No. anggota : A006996) Penyokong : Syafri Hailee bin Muhamad (No. anggota : A007534) Kadar manfaat Tabung Bantuan Khairat kematian bagi kematian akibat kemalangan adalah berjumlah RM 10,000.00 Keputusan adalah bergantung pada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Koperasi Usul ditolak atas cadangan Mohd Faiezal bin Abdul Hamid (No. Anggota: A010512) dan disokong oleh Mohd Ridzuan bin Ismail (No. Anggota: A007084) 2. Jawatan Penolong Setiausaha dimansuhkan daripada KOGUNA. Pencadang : Anuar bin Ali (No. anggota A004258) Penyokong : Khairul Azwan Mohd Amir (No. anggota : A010686) Merujuk Undang-undang Kecil KOGUNA fasal 40, perkara (l)(b); Melantik di kalangan Anggota Lembaga seorang Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Keputusan adalah bergantung pada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Koperasi. Usul atas cadangan Mohd Khalid bin Halidin (No. Anggota: A002991) dan disokong sebulat suara oleh Perwakilan. KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 36


BIL USUL DIKEMUKAKAN ULASAN KEPUTUSAN MESYUARAT 3. Laman web perlu dikemas kini dan menarik Pencadang : Anuar bin Ali (No. anggota A004258 Penyokong : Khairul Azwan Mohd Amir (No. anggota : A010686) Laman web dikemas kini dengan pertambahan pemakluman dan informasi terbaru dari masa ke semasa. Keputusan adalah bergantung pada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Koperasi Usul di cadang dan disokong sebulat suara oleh Perwakilan. 4. Mohon perbetulkan kenyataan di dalam penyata insurans KOGUNA kepada tabung kebajikan. Mohon maklum kepada setiap rancangan. Pencadang : Anuar bin Ali (No. anggota A004258) Penyokong : Khairul Azwan Mohd Amir (No. anggota : A010686 Kenyataan potongan di saham penyata telah ditukar kepada KOGUNA — TKAK bermula bulan Mei 2023. Keputusan adalah bergantung pada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Koperasi Usul di cadang dan disokong sebulat suara oleh perwakilan. 5. Setiap pelaburan / perniagaan di bawah KOGUNA dapat memberi diskaun terhadap Anggota. Pencadang : Hashim bin Ishak (No. anggota A009745) Penyokong : Zairl Najiah binti Alwi (No. anggota : A012486) Manfaat kepada setiap Anggota melihat kepada prestasi serta kedudukan kewangan bagi projek yang dijalankan Keputusan adalah bergantung pada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Koperasi Usul di cadang dan disokong sebulat suara oleh Perwakilan agar diserahkan kepada Anggota Lembaga Koperasi untuk meneliti dan diperhalusi usul tersebut. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 37


BIL USUL DIKEMUKAKAN ULASAN KEPUTUSAN MESYUARAT 6. Penjamin pinjaman mengikut tangga gaji. Pencadang : Hashim bin Ishak (No. anggota A009745) Penyokong : Zairl Najiah binti Alwi (No. anggota : A012486) Merujuk Syarat-syarat Pembiayaan Tawarruqdan Murabahah ; Had limit potongan gaji pada Penyata Gaji Anggota adalah sebanyak 60 % / 40 % Keputusan adalah bergantung pada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Koperasi Usul di cadang dan disokong sebulat suara oleh Perwakilan agar diserahkan kepada Anggota Lembaga Koperasi untuk meneliti dan diperhalusi usul tersebut. 7. Perlantikan Jawatan Utama KOGUNA harus selari dengan Undang-undang Kecil 40. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari sahaja Merujuk Undang-undang Kecil KOGUNA Fasal 40, perkara (1)(b); Melantik di kalangan Anggota Lembaga seorang Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Keputusan adalah bergantung kepada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Koperasi. Usul di cadang dan disokong sebulat suara oleh Perwakilan agar diserahkan kepada Anggota Lembaga Koperasi untuk meneliti dan diperhalusi usul tersebut. KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 38


c) Usul Lembaqa i) Aturan-aturan Pemilihan Anggota Lembaga BIL USUL DIKEMUKAKAN KEPUTUSAN MESYUARAT 1. Tajuk Aturan-aturan ini adalah dinamakan ”Aturan-aturan Pemilihan Anggota” Koperasi. 2. Tafsiran Melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang berlainan maksudnya di dalam aturan-aturan ini, maka : ”Akta” ertinya Akta Koperasi 1993; ”aturan” ertinya aturan-aturan Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi dan sebarang pindaan yang dibuat kepadanya dari masa ke semasa; ”Undang-undang Kecil” ertinya Undang-undang Kecil Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad FELDA. 3. Tujuan Tujuan aturan- aturan ini adalah seperti berikut: a) Aturan-aturan ini diwujudkan di bawah Undang Undang Kecil 35 dan berkuatkuasa selepas persetujuan mesyuarat agung perwakilan tahunan dan Suruhanjaya. b) Tujuan aturan-aturan ini ialah untuk memilih Anggota Lembaga di Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 4. Kelayakan Perwakilan yang memenuhi kelayakan berikut boleh dipilih sebagai Anggota Lembaga a) Telah menjadi anggota sekurang-kurangnya dua puluh empat (24) bulan sebelum atau pada 31 Disember tahun sebelumnya; b) Seorang anggota Lembaga seperti yang dinyatakan di Undang-undang Kecil 26 (10) atau seorang perwakilan yang telah dipilih semasa mesyuarat kawasan tahun berkenaan; c) Mempunyai pegangan modal yuran sebanyak RM500 (lima ratus ringgit) sebelum atau pada 31 Disember tahun sebelumnya; 1. Usul (f) ditolak atas cadangan Mohd Faizuri bin Zakarial (No. Anggota A006909) dan disokong sebulat suara Oleh Perwakilan. 2. Usul (g) ditolak atas cadangan Ahmad Tarmizi bin Mohd Zain (No. Anggota : A007187) dan disokong sebulat suara Oleh perwakilan. 3. Usul-usul selain (f) dan (g) diterima atas cadangan Muhammad Zul Azri bin Mohd Akil (No. Anggota : A008934) dan disokong Oleh sebulat suara Oleh perwakilan. 4. Keputusan Usul Lembaga, Aturan (1) ini ditolak dan disokong sebulat suara. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 39


BIL USUL DIKEMUKAKAN KEPUTUSAN MESYUARAT d) Mempunyai yuran tidak kurang dari RM2,000 (dua ribu ringgit); e) Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan pendidikan diploma atau yang setaraf dengannya atau berpengalaman dalam pengurusan koperasi; f) Kouta Lembaga tidak boleh melebihi 40% (empat puluh peratus) dikalangan Lembaga yang bersara dari khidmat bersama kumpulan Felda kerana berdasarkan kepada pengalaman lama dalam koperasi, masih sihat dan berkemampuan memberi khidmat kepada koperasi, pembimbing, penasihat dan mengetahui sejarah dan penubuhan. g) Dipilih mengikut cara yang diperuntukan di dalam Undang-undang kecil; h) Mematuhi Undang-undang Kecil 36 5. Permohonan Penamaan untuk memenuhi kekosongan Anggota Lembaga dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Koperasi hendaklah dimajukan dan diterima oleh Setiausaha Koperasi dalam masa tidak kurang dari (1) bulan sebelum Tarikh mesyuarat agung perwakilan tahunan. 6. Borang Penamaan Borang penamaan tersebut hendaklah diisi dengan lengkap dan sempurna dan hendaklah dicadang oleh seorang perwakilan dan disokong oleh seorang perwakilan lain. 7. Pemilihan anggota Lembaga Pemilihan anggota Lembaga hendaklah dilaksanakan di mesyuarat agung perwakilan tahunan secara undi sulit 8. Pengira undi Pengira undi hendaklah dilantik di mesyuarat agung tersebut di kalangan audit atau anggota yang tidak bertanding untuk tugas mengira undi atau menjadi saksi pengiraan undi secara digital dan merekod pengiraan undi. KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 40


BIL USUL DIKEMUKAKAN KEPUTUSAN MESYUARAT 9. Anggota Lembaga sebagai perwakilan Seseorang anggota Lembaga hendaklah :- a) Dianggap sebagai seorang perwakilan dalam mesyuarat agung perwakilan tahunan yang diadakan ; b) Menjadi seorang perwakilan dalam mesyuarat agung perwakilan tahunan walaupun ia mengosongkan jawatan atau tidak dipilih sebagai Lembaga ; dan c) Tempoh menjadi perwakilan adalah sehingga Mesyuarat Agung Kawasan terdekat. 10.Pemakaian Aturan-aturan ini adalah tertakluk dan hendaklah dibaca bersekali dengan Undang-undang Kecil Koperasi dan Akta. AGENDA 7 : MENIMBANG DAN MELULUSKAN PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL - Tiada MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 41


AGENDA 8 : PEMILIHAN 4 ORANG ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH 2023/2026 MENGIKUT PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG KECIL Dilaporkan : Bahawa ; i) Menurut peruntukan Undang-undang Kecil KOGUNA perkara 37(1) dan 37(2), satu pertiga atau 4 orang Anggota Lembaga hendaklah mengosongkan jawatan secara bergilir-gilir pada tiap-tiap Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan. Pada Mesyuarat Agung Pemakilan Tahunan yang ke 41 (sesi 2023-2026), Anggota Lembaga Koperasi yang mengambil giliran untuk mengosongkan jawatan adalah seperti berikut :- BIL NAMA NO. ANGGOTA 1. Encik Aziz Jaafar bin Maat A003750 2. Encik Aziz bin Md Isa A002826 3. Encik Roslan bin Maarof A001020 4. Encik Md Jaffar bin Mohamed Noah A000899 Namun, hanya dua (2) orang yang bersetuju dan bersedia menawarkan diri untuk dipilih semula iaitu .- BIL NAMA NO. ANGGOTA 1. Encik Roslan bin Maarof A001020 2. Encik Md Jaffar bin Mohamed Noah A000899 ii) Anggota Lembaga berikut tidak diberi pertimbangan untuk penentusahan memenuhi kriteria “layak dan sesuai” kerana penilaian tapisan kewangan yang tidak memuaskan. Maklumat adalah seperti berikut :- BIL NAMA NO. ANGGOTA 1. Encik Aziz bin Md Isa A002826 KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD 42


iii) Encik Aziz Jaafar bin Maat telah menarik diri daripada bertanding. Manakala 5 orang Anggota Perwakilan telah menawarkan diri untuk bertanding sebagai Anggota Lembaga Koperasi iaitu - BIL NAMA NO. ANGGOTA 1. Muhammad Nur Fikri bin Zulkifli A009870 2. Ahmad Tarmizi bin Mohd Zain A007187 3. Mohamad Shamsol bin Abdul Razak A007844 4. Mat Nazri bin Mat Nayi A006996 5. Muhammad Zul Azri bin Mohd Akil A008934 iv) Kesemua Anggota yang ingin bertanding sebagai Anggota Lembaga Koperasi hendaklah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terlebih dahulu. Ini tertakluk kepada Akta Koperasi 1993, Subseksyen 43(2). Senarai Anggota yang telah mendapat kelulusan daripada SKM adalah seperti berikut :- BIL NAMA NO. ANGGOTA 1. Encik Roslan bin Maarof A001020 2. Encik Md Jaffar bin Mohamed Noah A000899 3. Muhammad Nur Fikri bin Zulkifli A009870 4. Ahmad Tarmizi bin Mohd Zain A007187 5. Mohamad Shamsol bin Abdul Razak A007844 6. Mat Nazri bin Mat Nayi A006996 7. Muhammad Zul Azri bin Mohd Akil A008934 Keputusan undian adalah seperti berikut :- BIL NAMA UNDI KELAYAKAN 1 Encik Roslan bin Maarof 16 Tidak Layak 2 Encik Md Jaffar bin Mohamed Noah 16 Tidak Layak 3 Muhammad Nur Fikri bin Zulkifli 43 Layak 4 Ahmad Tarmizi bin Mohd Zain 49 Layak 5 Mohamad Shamsol bin Abdul Razak 35 Tidak Layak 6 Mat Nazri bin Mat Nayi 44 Layak 7 Muhammad Zul Azri bin Mohd Akil 61 Layak MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE- 42 43


Click to View FlipBook Version