SENI UKIRAN Presented by: Noor Aqeela Shazleen binti Saiful (PP2312129T) Presented by: Noor Aqeela Shazleen binti Saiful (PP2312129T)
PENGENALAN Proses menorah, menggores, atau memahat dengan menggunakan alat seperti pahat untuk membuat reka bentuk pada kayu ataupun barang-barang perhiasan yang lain. Seni ukiran atau seni pertukangan tangan yang menjadi tradisi dalam kalangan masyarakat Melayu. Seni ukiran banyak digunakan pada hiasan binaan Istana, rumah, masjid, pintu gerbang, alat permainan, alat muzik, senjata, alatan memasak dan juga pengangkutan.
PRINSIP ASAS SENI UKIRAN Harmoni Jalinan Garisan Kesatuan Penegasan Ruang Rupa Irama dan Pergerakan
ALAT Mesin Jigsaw Set Pahat Gergaji Kecil Memotong dan menebuk bahagian lengkungan Digunaka untuk menebuk, membuang dan melicinkan bahagian dasar kayu Memotong bahagian kayu yang tidak diperlukan Ketam Kayu Merata dan melicinkan permukaan kayu
Cetar Digunakan untuk membentuk kayu pada peringkat permulaan Gandin Kayu Mengetuk pahat untuk menebuk kayu Kikir Pari Merata dan melicinkan ukiran kayu Kertas Pasir Melicinkan permukaan ukiran ALAT
BAHAN Kayu meranti merah Kayu cengal Kayu merbau Kayu jelutung Berus Varnis Syelek
MOTIF Motif flora Motif yang terhasil dalam seni ukiran ialah awan larat atau ragam hias yang diilhamkan daripada beberapa unsur. Awan larat terbahagi kepada dua jenis iaitu awan larat Melayu Asli (awan larat jawi) dan awan larat Jawa. Motif fauna Seni ukiran Melayu banyak menggunakan unsur flora sama ada jenis yang menjalar ataupun berbunga. Penghasilan motif flora dikaitkan dengan kedatangan Islam Pengukir menghasilkan motif fauna yang telah diabstrakkan.
Motif Geometri Motif Kosmos Motif Kaligrafi Penggunaan motif geometri diambil daripada bentuk bulatan dan segi tiga yang disusun secara selari dan berulang bagi menampakkan hasil yang kemas. Motif kosmos menggunakan unsur alam seperti matahari, bulan, bintang, awan bergerak, bukit bukau, ombak dan sebagainya. Motif ini selalunya digunakan di tebar layar bumbung rumah dan juga pintu gerbang. Motif kaligrafi bercirikan Islam yang menggunakan tulisan Arab dan juga tulisan jawi. Seni ukiran kaligrafi biasanya diletakkan pada tempat tertentu seperti masjid, surau, pintu rumah dan juga rehal.
JENIS UKIRAN Ukiran ini tidak tembus dan tidak mempunyai corak timbul pada permukaannya UKIRAN LAYANG UKIRAN TEBUK TIMBUL BERSILAT Ukiran yang ditebuk timbus. Bahagian motif yang diukir akan timbul dan mempunyai silat
JENIS UKIRAN Ukiran ini tidak ditebuk tembus tetapi motif yang dihasilkan tidak mempunyai silat UKIRAN TEBUK TIMBUL TANPA SILAT UKIRAN TEBUK TEMBUS BERSILAT Ukiran ini mempunyai silat pada ukirannya.
JENIS UKIRAN Ukiran tebuk tembus tanpa silat ini pada bahagian dasar permukaannya ditebui menjadi lubang. UKIRAN TEBUK TEMBUS TANPA SILAT
Pola ialah bentuk, diagram atau model yang digunakan apabila menghasilkan sesuatu ukiran. Terdapat tiga jenis pola yang dihasilkan iaitu pola bujang, pola pemidang dan juga pola pelengkap. POLA CORAK UKIRAN
BENTUK-BENTUK SILAT Silat Leper Silat Belah Rotan Silat Dada Tuma Corak silat ini menyerupai belah rotan tetapi sifatnya lebih leper dan rendah Silat jenis ini berbentuk separuh bulatan seperti rotan yang dibelah dua Diukir lengkung ditengah bunga. Bentuknya seperti silat belah rotan tetapi bentuk pada bahagian cembung dipelbagaikan.
BENTUK-BENTUK SILAT Silat Minangkabau Silat Serong Berasaskan bentuk atap rumah orang Minangkabau iaitu mempunyai batas bumbung di tengahnya dan serong di kedua-dua tepinya. Bahagian tepi ukiran ini menyerong dan rendah. Bahagian tengahnya pula lebih tinggi dan tajam. Corak dihasilkan secara menyerong, me;lengkung atau mencuram dan menimbulkan bentuk di bahagian tepi.
PROSES SENI UKIRAN
PROSES SENI UKIRAN
SEKIAN.. TERIMA KASIH SEKIAN.. TERIMA KASIH