TADIKA PINTAR AL HUSNA NS 0030070-X) PT 5809 JALAN 9/3M DESA ANGGERIK 71800 NILAI NEGERI SEMBILAN [email protected] 012 652 1997 PANDUAN IBUBAPA & PERATURAN TADIKA 2023
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH Memperkembangkan potensi murid berumur 4-6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. VISI DAN MISI SEKOLAH VISI Melahirkan pelajar yang cintakan agama dan ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berkemahiran, cerdas, cergas, dan berketrampilan. MISI 1. Menanamkan ilmu al-Quran & fardhu ain. 2. Mempraktikkan adab-adab yang baik. 3. Menekankan kepentingan menuntut ilmu. 4. Menguasai kemahiran sosial, membaca, menulis, mengira dan menaakul 5. Menanamkan keyakinan diri 6. Membentuk konsep diri yang positif 7. Membina kecerdasan badan & kepentingan mempunyai tubuh yang sihat.
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN SEKOLAH 2023 MOHD MUHLIS BIN SUKIR PENGERUSI 019 3005692 ANIZA BINTI ABD RAHMAN GURU BESAR 012 6521997 ROSIDAH BINTI HAYANI SITI ZULAIKHA BINTI ROSLY GURU KELAS TAHAP 2 GURU KELAS TAHAP 1 017 221 1026 011 39271718
WAKTU PERKHIDMATAN DAN CUTI TADIKA TADIKA HARI MASA KELAS AL QURAN, MODUL ASAS DAN AKTIVITITI PEMBELAJARAN ISNIN - JUMAAT 8.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI PROGRAM QAILULLAH 12.00 TENGAHARI - 3.00 PETANG PRATAHFIZ 12.00 TENGAHAHRI – 6.00 PETANG KELAS AL-QURAN JUNIOR & REMAJA RABU & KHAMIS 8.30 – 10.00 MALAM KELAS MEMANAH/ TAEKWANDO RABU / JUMAAT 11.00 - 11.50 PAGI *tertakluk kepada permintaan dan SOP Para pelajar dikehendaki sampai ke tadika 15 minit lebih awal. Penggal persekolah dan cuti tadika adalah mengikut takwim persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Perkhidmatan pada cuti persekolahan hanya dibuka untuk pelajar-pelajar pratahfiz/transit dan program cuti sekolah sahaja. Pelajar diminta membawa bekal sendiri dari rumah untuk waktu minum pagi. Tadika hanya menyediakan makan tengahari & minum petang sahaja. Pelajar transit dikenakan caj tambahan sebanyak RM 20/hari untuk perkhidmatan pada hari cuti sekolah. Anak-anak yang tidak sihat batuk / selsema / atau merekodkan suhu badan melebihi 37.5 tidak dibenarkan hadir ke sekolah.
MODUL UTAMA : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI Santapan Jiwa Pagi Syahadah & Iqrar, Hafazan quran, Hafazan hadis, (Sistem Gelombang Baru) nasyid, Asmaul husna, Adab dan tatasusila, Doa belajar. Kelas Al Quran Teknik Al-Baghdadi: Teknik yang menarik, mudah dan sistematik Buku yang ringkas dan padat Murid dapat menguasai asas bacaan al-quran dengan seronok Murid dapat membaca Al-Quran dengan harakat yang betul & bertajwid Muqaddam/ Musyhaf Al Quran Amali solat Solat Dhuha Bimbingan pergerakan dan bacaan dalam solat, zikir & doa selepas solat Kelas Bacaan Bahasa Melayu (Kaedah Fonetik) Bacalah Anakku (Buku 1-8) English Read Easy (Book 1-8) Modul Asas Dan Aktiviti Pembelajaran : Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK) Tunjang Matapelajaran/Aktiviti Pembelajaran Komunikasi Bahasa Melayu Kemahiran berkomunikasi, membaca dan menulis. English Communication skill, reading and writing Kerohanian, Sikap & Nilai Pendidikan Islam Akidah, Ibadah, Sirah, Akhlak, Jawi,B. Arab mudah Keterampilan Diri Mengenali & mengurus emosi sendiri serta membina kemahiran sosial
Perkembangan Fizikal & Estetika Aktiviti Fizikal & Penjagaan Kesihatan. Kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar, kemahiran manipulatif dan pergerakan berirama. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) Kreativiti & Estetika. Muzik, Drama dan Seni Visual.
Sains & Teknologi Matematik, Awal Pengalaman awal matematik termasuk pranombor, konsep nombor, operasi nombor, nilai wang, konsep masa dan waktu, serta bentuk dan ruang Sains Awal Pembentukan sikap dan penguasaan kemahiran proses sains melalui penyiasatan terhadap alam hidupan, alam bahan dan alam fizikal Kemanusian Mengenali & menghargai diri sendiri, orang lain, komuniti, alam sekitar, negara & global. Refleksi Recap PdP harian Pesanan Sebelum Al Fatihah & Zikir, Hafazan Doa, Doa Ibu Ayah, Doa Balik/Penutup Guru, Doa Kesejahteran Pemimpin & Negara, (Sistem Gelombang Baru) Pesanan, Selawat, Tasbih Kifarah & Surah Al ‘Asr MODUL TAMBAHAN : 12.00 TENGAHARI – 6.00 PETANG Khidmat Diri Kemahiran kendiri dan kebersihan diri Story / Zikir Time Sesi mendengar cerita / berzikir sebelum tidur. Solat Zuhur & Asar Berjemaah Bimbingan wudhuk, azan, iqamat dan solat yang betul. Kelas Pra Tahfiz Asas Tilawah Al-Quran Pengukuhan asas Al-Quran melalui buku latihan & permainan kreatif serta bacaan muqaddam Asas Hafazan Hafazan Juzuk 30 ( Juzuk Amma) mengikut Kaedah Neuro Nadi Al Baghdadi (Mengaktifkan otak kiri dan kanan)
Jawi Membaca suku kata dan menulis huruf jawi dengan betul. Bahasa Arab Mengenal huruf-huruf hijaiyah, dan mempelajari bahasa Arab mudah Asas Fardhu Ain Rukun Islam, Rukun Iman & Asmaul Husna. Memahami asas beriman dan beribadah kepada Allah
Akhlak Sirah Adab & Doa Harian Mengamalkan adab dan akhlak yang mulia dalam kehidupan Sirah Rasulullah S.A.W Mengenali sirah dan peribadi Rasulullah SAW serta berusaha mencontohinya YURAN TAHUNAN DAN BULANAN Yuran Tahunan hendaklah dibayar secara sekaligus/ dua/ tiga kali sahaja. (Jumlah keseluruhan hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada bulan Mac). Yuran bulanan hendaklah dibayar sebelum 7hb setiap bulan. Notis bayaran yuran akan dihantar melalui whatsApp group pada setiap 25 haribulan. Bagi yang mempunyai tunggakan, notis tunggakan akan disertakan. Pengesahan bayaran yuran akan dibuat melalui resit rasmi penerimaan yuran. CAJ LEBIH MASA/KELEWATAN Caj lebih masa akan dikenakan kepada pelajar yang pulang lewat dari masa yang telah ditetapkan. Sesi pagi >12.15 Tengahari RM 5 / 30 MINIT Sesi Petang >6.15 petang
PEMAKAIAN UNIFORM DAN BAJU SUKAN Hari Uniform Tadika Isnin, Rabu, Jumaat Pakaian sukan Selasa dan Khamis Uniform PraTahfiz & tudung kuning (Perempuan) Isnin – Jumaat Semua pakaian hendaklah dilabelkan dengan nama sendiri bagi mengelakkan tertukar / hilang. Pelajar-pelajar transit/Pra Tahfiz digalakkan memakai seluar kecil di dalam untuk basahan ketika mandi.
WAKTU REHAT & MAKAN TENGAHARI HARI/MENU MINUM PAGI MAKAN TENGAHARI 10.00-10.30 PAGI 12.30-1.00 TENGAHARI ISNIN Roti Planta/Kaya Air Suam Nasi Putih Ayam Pindang & Kubis Air Suam SELASA Nasi Goreng Nasi Putih Air Suam Kurma Ayam & Kentang Air suam RABU Bihun Sup Nasi Putih Air Suam Sup Sawi & Carrot Minggu 1 & 3 Ayam Goreng Air Suam KHAMIS Bubur Nasi Nasi Putih Air Suam Ayam Kicap & Kentang Air Suam JUMAAT Kuih (Donut/karipap/cucur/apam) Nasi Putih Air Suam Ayam Kari & Kentang Air Suam ISNIN Sandwic Nasi Putih Air Suam Ayam Paprik & Carrot Air Suam SELASA Nasi Lemak Nasi Putih Minggu 2 & 4 Air Suam Ayam Sup & Kentang Air Suam RABU Bihun Tomyam Nasi Putih Air Suam Tomyam Telur Dadar Air Suam KHAMIS Mee Goreng Nasi Putih Ayam Masak Lemak & Kentang Air Suam Air Suam JUMAAT Kuih (Donut/karipap/lempeng/apam) Nasi Putih Air Suam Ayam Kari & Kentang Air Suam
Pelajar dibenarkan membawa bekal makanan sendiri dari rumah (selain makanan ringan) sekiranya perlu. Pelajar diwajibkan membawa botol air sendiri berisi air putih/kosong sahaja (sebarang air berwarna adalah dilarang) bagi mengelakkan berkongsi cawan. Air tambahan disediakan. ALAT MAINAN Pelajar-pelajar dilarang membawa sebarang bentuk alat mainan ke sekolah kecuali atas permintaan guru bagi tujuan pembelajaran. Sekiranya didapati pelajar membawa mainan tanpa kebenaran, mainan tersebut akan dirampas dan hanya dipulangkan setelah dituntut oleh ibubapa/penjaga. PERALATAN Pelajar tidak perlu membawa alat tulis sendiri. Tetapi jika ingin berbuat demikian, sila pastikan semua alat tulis dilabelkan dengan nama sendiri. Peralatan Khas Pelajar Transit / PraTahfiz Peralatan mandi @ Sabun mandi kebersihan diri Berus & ubat gigi (jika perlu) Tuala Pakaian bersih (uniform PraTahfiz) Plastik baju kotor Kelengkapan tidur Bantal kecil sekiranya perlu. Tilam disediakan. Pampers/alas plastik bagi pelajar yang belum pandai mengawal pembuangan air kecil semasa tidur * semua peralatan perlu dilabelkan dengan nama sendiri. *pelajar digalakkan untuk memakai seluar dalam untuk digunakan sebagai basahan ketika mandi. BUKU-BUKU & KERJA RUMAH Bagi mengelakkan kehilangan buku, semua buku hendaklah ditinggalkan di tadika. Buku aktiviti yang tidak sempat disiapkan di sekolah dan buku bacaan sahaja akan dibenarkan dibawa pulang.
PENTAKSIRAN (STANDARD PRESTASI) Pentaksiran tahap pengusaaan pelajar (Standard Prestasi) akan dilaksanakan setiap 4 bulan sekali. Laporannya akan dimaklumkan/diserahkan kepada ibubapa/penjaga melalui Buku/Rekod Laporan. Walaubagaimanapun Ibubapa boleh sentiasa berhubung dengan guru kelas anak masing-masing untuk mengetahui perkembangan dari masa ke semasa. AKTIVITI TADIKA Aktiviti Tarikh Cadangan Hari Guru/ Amal Islamai/ Jamuan Raya 16/5/2023 – Selasa Pentaksiran 1 19/6/2023 – Jumaat Celik Haji Aulad 19/7/2023 - Rabu Lawatan 23/8/2023 - Rabu Hari Kemerdekaan / Malaysia 14/9/2023 - Jumaat Sukan 16/9/2023 – Sabtu Maulidur Rasul 29/9/2023 - Jumaat Pentaksiran 2 6/10/2023 - Jumaat Sesi Fotografi 8/11/2023 - Rabu Graduasi 9/12/2023 - Sabtu Sambutan Hari Lahir Jumaat setiap hujung bulan / pada tarikh aktiviti yang ada jamuan pada bulan berkenaan. Pentaksiran 3 2/2/2023 – Jumaat Maklumat lanjut berkenaan aktiviti akan dimaklumkan kepada ibubapa melalui notis/surat kebenaran/jemputan selewat-lewatnya seminggu sebelum aktiviti dijalankan.
HARAPAN & KOMITMEN Kami guru-guru Tadika Pintar Al Husna akan berusaha sedaya upaya memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya kepada pelajar. Namun demikian, besar harapan kami agar mendapat kerjasama dari pihak ibubapa dalam membantu anakanak mengulangkaji di rumah. Dengan hal demikian kesinambungan ilmu dan proses pembelajaran yang berterusan akan dapat dilaksanakan. Semoga slogan “pintar soleh cemerlang” akan menjadi kenyataan. In shaa Allah. KOMEN/CADANGAN Sebarang komen atau cadangan sila sampaikan melalui : 012 6521997 [email protected] Sekian, terima kasih.