The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Taukee Om, 2020-11-13 06:04:30

ISLAM DAN CABARAN SEMASA

ISLAM DAN CABARAN SEMASA

(JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI)

MPU 2012 : PENGAJIAN ISLAM
TAJUK : ISLAM DAN CABARAN SEMASA

NAMA PELAJAR : NO . PENDAFTARAN
1) MUHAMMAD ZARUL IRFAN BIN MOHD ZAIDI 21DDT18F1175
2) MUHAMMAD ISMA DANIEL BIN HAZMAN FAIZ 21DDT18F2041
3) MUHAMMAD ANAS BIN MOHD NAZER 21DDT18F2050
4) MUHAMMAD TIRMIZI BIN RAMLI 21DDT18F2049

DISEMAK OLEH :
PN.NURUL ADHA BINTI RAJALI

TARIKH HANTAR

SEMESTER 4/5 SESI JUN 2020

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1) PENDAHULUAN ……………………………………………………. ……….3

2) PENYALAHGUNAAN DADAH……………………………............................4
2.1 PUNCA-PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH
2.2 FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH
2.3LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH

3) SEKS BEBAS…………………………………………………………………..7
3.1 FAKTOR BERLAKUNYA SEKS BEBAS
3.2 KESAN TERHADAP SEKS BEBAS
3.3 LANGKAH MENANGANI SEKS BEBAS

4) SUMBANG MAHRAM………………………………………………………..9
4.1 DEFINISI
4.2 MAKSUD DARI SEGI BAHASA
4.3 PUNCA-PUNCA SUMBANG MAHRAM
4.4 KESAN – KESAN SUMBANG MAHRAM
4.5 LANGKAH MENGATASI GEJALA SUMBANG MAHRAM

5) KESIMPULAN………………………………………………………………...11

6) RUJUKAN……………………………………………………………………..12

PENDAHULUAN
Penyalahgunaan dadah adalah masalah yang paling ketara dan amat
membimbangkan . Ini disebabkan penyalahgunaan dadah merupakan racun
masyarakat yang paling merbahaya . Ia boleh menghancurkan mereka yang terlibat
, masyarakat dan negara . Jika perkara ini tidak di cegah sebelum merebak ke
seluruh masyarakat terutama golongan belia sudah tentu kemajuan , keamanan dan
kemakmuran sesebuah negara itu akan tergugat . Dari sudut agama , dadah juga
dibincangkan secara khusus . Di dalam kitab suci Al-Quran , istilah “Khamar”
yang diharamkan digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh
menghilangkan fikiran . Oleh yang demikian , dadah boleh dikategorikan sebagai
satu daripada jenis “Khamar” kerana ia boleh memabukkan , mengkhayalkan , dan
menyebabkan penagihan , dan pergantungan , perubahan tingkah laku , emosi ,
ragam , dan pemikiran .

(Ini adalah contoh gambar yang di ambil dari laman google)

PUNCA-PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH

1)Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa

- Hal inimemang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar
kesenangan hidup pada hari ini . Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi
menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi
untuk keluarga . Secara tidak langsung , masa yang sepatutnya diluangkan bersama
anak-anak menjadi terhad . Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati
kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu
bapa .

2)Pengaruh Rakan Sebaya

- Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan
rakan sebaya merek . Oleh itu , pemilihan rakan yang sesuai harsulah dilakukan
dengan bijaksana oleh setiap remaja , Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh
mereka terlibat dalam pengambilan dadah , secara tidak langsung mereka
sendiriakan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka . Budaya ini harus dikikis
kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius . Para remaja perlu
bersikap rasional pada setiap masa .

3)Tekanan/Depresi

- Kini , remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah
semata-mata , harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi
yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada
remaja .

4) Kurang Pendidikan Ugama

- Pada masa sekarang , kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah
disebabkan oleh kuragnya didikan agama . Hal ini berlaku kerana ibu bapa tidak
memberi perhatian kepada anak mereka . Tambahan lagi , dalam dunia moden ini
remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakan akal
fikiran mereka .

FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH

1)Kurang didikan agama oleh ibu bapa

- Berlaku apabila seseorang yang kurang kekuatan iman menyebabkan mereka
lebih mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan . Ibu bapa
seharusnya memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna dan cukup untuk
mereka membawa diri masing masing.

2)Pemberontakan diri

- Anak-anak yang memberontak atau memprotes terhadap ibu bapa mereka
apabila sesuatu yang diingini tidak dipedulikan oleh ibu bapa .

3)Gangguan Emosi

- Sesetengah individu mengunakan dadah adalah untuk melupakan masalah
yang dihadapinya kerana dadah dapat menghilangkan kawalan otak dan
mengkhayalkan .

4)Ibu bapa yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka

- Ini dapat dilihat apabila ibu bapa yang sibuk bekerja lupa untuk memberikan
kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja .

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH

1)Pihak Kerajaan mengenakan hukuman yang berat .

- Misalnya di berikan hukuman mati(gantung) bagi pengedar dadah

2)Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah .

- Sebagai contoh , mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah , seminar ,
pameran dan sebagainya .

3)Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan .

- Masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas
dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan . Ibu bapa perlu
mengawasi dan bertanggunggjawab dalam menjaga anak-anak mereka .

4)Penubuhan pusat-pusat pemulihan .
- Menubuhkan rumah–rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi
rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur ,
bangsa dan lain-lain .

- Pusat Serenti

SEKS BEBAS

1)Seks bebas adalah salah satu bentuk perilaku menyimpang dimana "bebas" yang
dimaksudkan ialah melebihi batas-batas norma yang ada.
2)Pengertian seks adalah merupakan proses interaksi antara individu dengan
individu.
3)Perngertian bebas adalah terlepas dari kewajipan, aturan, tuntutan, nilai agama,
dan nilai kesusilaan.

FAKTOR BERLAKUNYA SEKS BEBAS
1)Penyebab utama berlakunya seks bebas ialah keinginan diri sendiri. Lazimnya ,
perasaan ingin mencuba di samping nafsu yang tidak terkawal boleh mendorong
seseorang melakukan seks bebas tanpa memikirkan kesan buruk perbuatan
tersebut.

2)Golongan remaja terutamanya paling mudah terpegaruh dan sering terdedah
kepada unsur-unsur pergaulan bebas yang menjurus kepada seks bebas.

KESAN TERHADAP SEKS BEBAS
1)Seks bebas menyebabkan keruntuhan akhlak kerana pelaku seks bebas akan
mengingkari ajaran agama. Mereka akan mengamalkan budaya hendonisme iaitu
budaya yang mementingkan keseronokan semata- mata dan merekan tidak peduli
akan ajaran-ajaran agama serta mereka tidak takut akan dosa.
2)seterusnya adalah peningkatan kes pembuangan dan pembunuhan bayi.
Kehamilan luar nikah menyebabkan mereka takut untuk memikul tanggungjawab
yang berat lalu mencari jalan singkat dengan penguguran bayi.
3)Seks bebas ini juga menyebabkan penyakit yang boleh membawa kepada
maut.Contoh penyakit tersebut ialah AIDS.

LANGKAH MENANGANI TINGKAH LAKU SEKS BEBAS

1)Merawat dan memelihara hati. Sebagai contoh kita haruslah ingat pada Allah
dimanapun kita berada.

2)Selalu memuji bebesaranNya.

3)Mengambil wudhuk jika mengalami tuntutan nafsu

SUMBANG MAHRAM

DEFINISI
1)Maksud : Sumbang mahram adalah hubungan jenis antara mereka yang
mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di
sisi undang-undang atau dilarang dalam oleh adat resam .
2)Contoh : Hubungan jenis antara remaja dengan ibu-bapa mereka ,adik
beradik,ibu-bapa saudara,datuk dan sebagainya.
MAKSUD DARI SEGI BAHASA
1)Perkataan “sumbang “ dari sudut bahasa boleh diistilahkan sebagai tidak
mematuhi adat,melanggar adat ,atau tidak sopan
2)Perkataan mahram pula ialah laki-laki dan perempuan yang diharamkan
berkahwin menurut agama islam seperti adik beradik dan lain-lain lagi .

PUNCA-PUNCA SUMBANG MAHRAM
1)Tidak mengamalkan kehidupan yang dianjurkan oleh islam
2)Batasan pergaulan
3)Iman lemah
4)Pengaruh media sosial
5)Pakaian yang tidak menutup aurat (mengghairahkan)

KESAN-KESAN SUMBANG MAHRAM
1)Mereka akan kehilangan kepercayaan kepada mahram yang lain.

2)Hubungan kekeluargaan yang dulu akrab kini menjadi renggang

3)Menghadapi gangguan atau masalah psikologi di dalam diri mereka

4)Mudah terjerumus di dalam masalh sosial seperti pergaulan bebas atau menjadi
liar.

LANGKAH MENGATASI GEJALA SUMBANG MAHRAM
1)Melaporkan kejadian sumbang mahram

2)Menitikberatkan didikan agama

3)Asingkan tempat tidur

4)Jaga batas pergaulan antara ahli keluarga

KESIMPULAN

Gejala sumbang mahram ini bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap biasa
dalam masyarakat kita,tambahan pula majoriti masyarakat kita beragama islam
yang mana sudah jelas bahawa gejala ini adalah salah di sisi agama islam . Oleh
itu,semua pihak harus berganding bahu untuk tampil dan bekerjasama memberi
sepenuh komitmen untuk membendung dan seterusnya membanteras gejala
sumbang mahram ini .

RUMUSAN
Internet
https://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/definisi-dan-jenis-dadah/
https://www.psychologymania.com/2012/06/pengertian-seks-bebas.html
https://www.jais.gov.my/v2/page.php?id=450&k=sumbang%20mahram


Click to View FlipBook Version