The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kisah seorang kanak-kanak dengan alien.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1135-15-aisyah, 2021-10-19 03:14:04

KEMBARA DARWIN DAN PIKO

Kisah seorang kanak-kanak dengan alien.

KKKEEEMMMBBBAAARRRAAA
DDDAAARRRWWWIIINNN DDDAAANNN

PPPIIIKKKOOO



Darwin seorang anak yatim yang
tinggal berseorangan di sebuah desa.
Suatu malam yang gelap gelita , dia
terjaga dari tidur yang lena kerana
terdengar
suatu bisikan di luar halamannya. Dia
pun pergi keluar untuk melihat kerana
perasaan ingin tahu yang tinggi.

Dia berasa terkejut kerana melihat
sebuah kapal yang berbentuk kotak dan

berduri . Tiba-tiba sesuatu makhluk
yang sangat kecil dan comel

menghampirinya. Makhluk kecil yang
comel tersebut mengatakan “
pikocuuuuu” kepada Darwin



Darwin berasa hairan dan bertanya
kepada makhluk tersebut “Siapakah
kamu ni ?” , “Apakah tujuan kamu ke sini
?”. Makhluk kecil tersebut menghampiri
Darwin dan berkata “Hai! Nama saya

Piko. Saya ingin mencari kawan
baharu.Saya datang jauh dari Planet

Aurora.



Saya sering melihat kamu keseorangan
dan kesepian di rumah yang usang ini.
Adakah kamu tidak gembira?. Darwin
mengangguk dengan lemah. Piko berasa
simpati dengan nasib Darwin yang malang.
Piko pun mengajak Darwin untuk menjadi
sahabatnya, “Adakah Darwin ingin
menjadi kawan Piko”. Darwin
menganggukkan kepalanya dengan penuh
semangat kerana Piko merupakan sahabat
pertamanya. Piko baik sekali kepadanya.
Kemudian mereka berdua bersiar-siar ke
bukit Melur hingga ke larut malam.





“Apa kata awak tinggal dengan saya

Piko ? Mari lah .”
“Eh, mana boleh Darwin , nanti mak
saya akan berasa sedih dan risau

kerana saya meninggalkannya.”
“Habis itu awak nak tinggalkan saya
juga lah ni ?, sampai hati awak Piko.”

Kemudian Darwin berlari pulang ke
rumahnya kerana berasa sedih apabila Piko
ingin pulang ke rumah nya . Lalu , Piko
berasa serba salah dan cuba untuk
memujuk Darwin.

“Darwin , mana awak ni ?” “ awak masih
marahkan saya ke ?” , tanya Piko kepada
Darwin
“ Awak kan nak balik , awak kan ingin
meninggalkan saya seorang diri .” , kata
Darwin dalam keadaan marah .
“Sebenarnya, saya ingin membawa awak
bersama untuk pulang ke rumah saya” ,
kata Piko
“Oh , kalau begitu saya setuju” , kata
Darwin kepada Piko dengan nada yang
girang

Piko dan darwin pun pulang ke
Planet Aurora bersama-sama.
Maka mereka berdua pun tiba di
Planet Aurora dengan perasaan
yang gembira dan di sambut
dengan hangat oleh keluarga Piko.



NILAI MURNI

1.Nilai persahabatan
2.Nilai simpati
3.Nilai kasih sayang
4.Baik hati

SENARAI KATA TUGAS &
KATA ADJEKTIF:

KATA TUGAS



1.di (kata sendi)
2.untuk (kata hubung)
3.kerana(kata hubung)
4.Siapakah (kata tanya)
5.Apakah ( kata tanya)
6.Hai! (kata seru)
7.Adakah (kata tanya)
8.sekali (kata penguat)
9.hingga (kata sendi nama)
10.dan (kata hubung)

SENARAI KATA TUGAS &
KATA ADJEKTIF:

KATA ADJEKTIF:
1.gelap ( warna)
2.kecil (ukuran)
3.comel (pancaindera)
4.baharu (waktu)
5.jauh (jarak)
6.usang (waktu)
7.gembira (perasaan)
8.sedih (perasaan)
9.risau (perasaan)
10.girang (perasaan)

Penulis dan Editor:
Fatin Amira Hazirah
Binti Abdul Hamid
Umi Nabila Binti
Ridza
Siti Nur Aisyah Binti
Rohimi


Click to View FlipBook Version
Previous Book
The Lost Star's Sea By C. Litka
Next Book
Resumo Imprensa 19OUT21