SKRIP PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERKAHWINAN AZAM & AINA BINTI JOHARI
SABTU, 7 DISEMBER 2019
CUE PERKARA CATATAN
Permulaan (Kompang dimainkan) – Pengantin berarak ke dewan Tunggu
Majlis Cue
(Silat)
(Pengantin masuk dewan) – ibu pengantin beri air
minuman
Ucapan Alu Diiringi oleh paluan kompang, sama cantik dan sama
Aluan padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan
(MC 1) pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi
menawan, pasangan Raja Sehari
MUHAMMAD AZAM BIN ASRI DAN AINAA BINTI JOHARI
(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin) (Pengantin
duduk sedia atas pelamin)
(MC 2) Anak Cina memasang lukah,
(MC 2) Lukah dipasang di Tanjung Selasih,
(MC 1) Pasangan pengantin segak melangkah,
Mara menuju mahligai kasih.
Dari Nilai sampai ke Pontian,
Harapnya tiada saman polis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon kami mulakan majlis.
Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum W.B.T.
Yang diraikan pasangan mempelai, AZAM DAN AINAA,
Yang dihormati, ahli keluarga, saudara-mara, teman dan
rakan mempelai, hadirin dan hadirat serta para tetamu
yang dirahmati sekalian.
Bagi pihak tuan rumah, pertama sekali saya ucapkan
selamat datang kepada Ahli Keluarga Rombongan
Pengantin Perempuan yang mungkin pertama kali sampai
ke Pontian.
Terima kasih atas kesudian meraikan
Majlis Perkahwinan AZAM DAN AINAA.
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
(MC 2) Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
(MC 1) Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan
(MC 1) dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan
(MC 2) mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-
Fadhil Ustaz Muhamad Fairus Sharrif.
(MC 1)
(MC 2) Dipersilakan.
(Bacaan Doa)
Amin Amin Ya Rabbal Al Amin.
Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.
Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemua jua
Bagi tidak membuang masa lagi, majlis diteruskan dengan
acara menepung tawar.
Dengan itu, majlis dengan sukacitanya menjemput;
Ibu bapa pengantin lelaki,
Yang Berbahagia Prof Madya Dr Haji Cikgu Asri Selamat
dan isteri Puan Hajjah Cikgu Zaidah Wahab.
Dipersilakan.
Seterusnya dijemput;
Ibu dan ayah pengantin perempuan,
Tuan Johari Md Ali dan isteri Puan Zalifah Sulaiman.
Dipersilakan.
Seterusnya dijemput;
Pak Ngah dan Mak Ngah Azam sebelah ibu, Tuan Haji
Adnan Wahab dan isteri Puan Hajjah Asiah Ahmad.
Dipersilakan.
Seterusnya, dijemput;
(senarai yang sudi untuk merenjis akan dikemaskini hari
majlis)
Demikianlah tadi, acara menepung tawar bagi
memeriahkan majlis persandingan pasangan raja sehari.
Puan dibawa ke Gunung Ledang,
Dibawa dengan penuh beradab,
Pinggan mangkuk telah terhidang,
Kini masa makan beradab.
(MC 2) Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini,
iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa majlis dengan
segala hormatnya menjemput pasangan pengantin ke meja
makan yang disediakan untuk bersama ahli keluarga bagi
menikmati hidangan yang disajikan.
(Pengantin berjalan dari pelamin ke meja makan)
(Pengantin duduk sedia di meja)
(MC 1) Semerbak bunga seroja,
Dibelai dara pingitan,
Lauk pauk penuh semeja,
Jemput semua menikmati hidangan
Bagi hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah
malu janganlah segan untuk sama-sama menikmati juadah
enak yang disediakan.
(MC 1) Dipersilakan semua tetamu untuk menjamu selera.
Seterusnya, majlis dengan ini menjemput kedua
mempelai untuk acara memotong kek.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
(MC 2) (Pengantin memotong kek)
Tidak terungkap yang mampu dilafazkan selain rasa
syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas
daripada ahli keluarga buat semua, atas kesudian untuk
hadir dan memeriahkan majlis pada hari yang penuh
keberkatan ini.
Sebelum mengakhiri majlis, majlis dengan sukacitanya
menjemput dan mempersilakan pasangan pengantin dan
juga keluarga pengantin perempuan untuk sesi fotografi di
atas pelamin.
(MC 1) Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kami bagi pihak keluarga pengantin memohon maaf atas
segala kekurangan sepanjang mengacarakan majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa bali,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.
(MC 1 DAN Sekian.
2) Wabillahitaufiq Walhidayah. Assalamualaikum WBT.