The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DATO’ BENTARA DALAM MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikguharizhamid, 2021-04-18 22:56:29

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

DATO’ BENTARA DALAM MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI

DATO’ BENTARA DALAM MUHAMMAD
IBRAHIM MUNSYI

MAKLUMAT PERSERTA

NAMA : AMIR HAQEM BIN AHMAD NADZRI

KELAS : 6 IBNU KHALDUN
EMAIL : [email protected]

ALAMAT : SK AYER BALOI
SEKOLAH KAMPUNG AYER BALOI.

82100 AYER BALOI,
PONTIAN

PENDAHULUAN

Dato’ Bentara Dalam Muhammad Ibrahim Munsyi merupakan seorang pendidik
Malaysia yang mempunyai banyak jasa di dalam perkembangan pendidikan di Johor.
Muhammad Ibrahim adalah anak bongsu Munsyi Abdullah, tokoh persuratan Melayu.
Jasa dan sumbangan beliau dalam pendidikan di negeri Johor banyak memberikan
kesan sehingga kini. Beliau adalah salah seorang pembesar negeri Johor dan beliau
antara pembesar yang menjadi saksi ketika penubuhan Undang-undang Tubuh
Kerajaan Negeri Johor pada 1895. Dato Muhammad Ibrahim Munsyi digelar ‘munsyi’
bermaksud pengajar. Beliau sememangnya sorang pendidik dan pengajar.

BIODATA TOKOH PEMIMPIN

Beliau lahir pada 2 Mei 1840 di negeri Melaka
Beliau telah meninggal dunia pada 5 April 1904
Beliau adalah seorang ahli Bahasa Melayu,pendidikan dan pentadbir serta
digelar Bapa atau Pengasas Pendidikan Melayu Johor.
Beliau adalah anak bongsu Munsyi Abdullah yang merupakan seorang tokoh
persuratan Melayu.
Bapa beliau bersama anak-anaknya berhijrah dari Melaka ke Singapura
selepas kematian isterinya.

PENDIDIKAN TOKOH

Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi mendapat
pendidikan agama dan inggeris.

Beliau seorang pendidik sebuah sekolah di
Teluk Belanga.

Beliau menjadi pengajar Bahasa Melayu
kepada pegawai British di Singapura

KERJAYA TOKOH

 Guru di Sekolah Melayu Teluk Belanga.
 Pengajar bahasa Melayu kepada pegawai British di Singapura.
 Sebagai Dato’ Bentara Dalam
 Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
 Timbalan Menteri Besar
 Beliau juga seorang penulis dalam buku bertajuk "



SUMBANGAN TOKOH

 Beliau memperkembangkan sistem pendidikan Melayu pada tahun 1883.
 Sebuah Jabatan Pelajaran ditubuhkan bertujuan untuk memberi pendidikan

yang luas selain pelajaran Al-Quran
 Penubuhan 4 buah sekolah Melayu yang seterusnya berkembang ke

daerah Muar, Batu Pahat dan tempat lain.
 Beliau juga ditugaskan untuk mengawasi perkembangan sekolah Inggeris

dan Cina

NILAI KEPIMPINAN TOKOH

Generasi kini perlulah mempunyai sikap seperti Dato'Bentara Dalam Muhammad Ibrahim Munsyi
seperti :

Kegigihan beliau memartabatkan ilmu pengetahuan terutama dalam kemahiran menulis dan
membaca.
Sikap beliau yang sanggup berkorban demi bangsa. Beliau sanggup berhijrah ke negeri luar untuk
melihat sendiri kemajuan dan kekurangan masyarakat sekeliling bagi menyebarkan serta meluaskan
pengetahuan.
Sikap bertanggungjawab beliau dalam usaha gigih beliau memperkembangkan sistem pendidikan
Melayu.
Bersikap penyayang dan adil di mana beliau telah memberi pelajaran kepada semua orang tidak kira
bangsa atau agama.

KESIMPULAN

Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi merupakan seorang pemimpin yang
memperjuangkan ilmu pengetahuan dalam pemikiran dikalangan orang Melayu.
Beliau mahu masyarakat sekeliling tidak ketinggalan dibandingkan dengan
masyarakat luar. Selain itu, beliau sanggup berkorban ke negeri luar bagi
memperoleh pengalaman berdasarkan pemerhatian ke atas kemajuan masyarakat
lain. Beliau amat menitikberatkan kemahiran membaca dan menulis dikalangan
orang Melayu agar tidak ditertawakan oleh orangInggeris. Beliau adalah seorang
tokoh pemimpin demi memajukan masyarakat Melayu khusus rakyat negeri Johor.

BIBLIOGRAFI

• Dewan Bahasa dan Pustaka (2017)
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=munsyi&d=243192&

• Wikipedia Ensiklopedia Bebas (2017)
https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Ibrahim_Munsyi

• Malaya Kingdom
https://malaya-kingdom-00.fandom.com/wiki/Ibrahim_Munsyi


Click to View FlipBook Version