10.4: KEUNIKAN MASYARAKAT
BUMIPUTERA SARAWAK
Nama guru: Megala Munusamy
Nama murid: Nur Syafiqah binti Mohd Hayari Sabri.
Kelas: 2KAA
Tajuk: Kaum Bidayuh
~Asal Usul Kaum Bidayuh~
o Dalam bahasa Bidayuh, ‘Bi’ bermaksud ‘orang’ dan
‘Dayuh’ bermaksud ‘Darat’. Oleh itu, Bidayuh bermaksud
‘Orang Darat’. Bidayuh dikenali sebagai Dayak Darat oleh
orang Eropah pada masa dahulu untuk membezakan
mereka daripada masyarakat Iban (Dayak Laut). Bagi
Dayak Laut, perkataan ‘Laut’ digunakan disebabkan
mereka sudah pandai menggunakan perahu walapun
tinggal di pedalaman. Tidak seperti orang Bidayuh,
mereka tiada kemahiran menggunakan perahu semasa
kedatangan orang Eropah.
~Maklumat tentang
Kaum Bidayuh~
Orang bidayuh merupakan saudara terdekat masyarakat melanau, kayan,
kenyah dan penan. Etnik bidayuh juga mempunyai reka bentuk rumah yang
unik, bentuk rumah bulat dan juga rumah panjang yang diperbuat daripada
buluh. Lazimnya, penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak
jauh di kawasan pedalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan
keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.Struktur rumah panjang
kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang
masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat
daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh.
Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau
buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.
Tempat Tinggal Kaum
Bidayuh
o
o
o
Cara Pemakaian Kaum Bidayuh
(Wanita)
oBagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah
termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan
sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi
dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan
kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung
kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau
penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman
manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat
Bidayuh.
Cara Pemakaian Kaum Bidayuh
(Lelaki)
oKaum lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan
sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau
berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan
seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah
dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala
kaum lelaki masyarakat ini.