The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mhssyafiqah, 2021-09-19 19:33:22

SEJARAH-KAUM BIDAYUH LATEST

SEJARAH-KAUM BIDAYUH

10.4: KEUNIKAN MASYARAKAT
BUMIPUTERA SARAWAK

Nama guru: Megala Munusamy
Nama murid: Nur Syafiqah binti Mohd Hayari Sabri.
Kelas: 2KAA
Tajuk: Kaum Bidayuh

~Asal Usul Kaum Bidayuh~

o Dalam bahasa Bidayuh, ‘Bi’ bermaksud ‘orang’ dan
‘Dayuh’ bermaksud ‘Darat’. Oleh itu, Bidayuh bermaksud
‘Orang Darat’. Bidayuh dikenali sebagai Dayak Darat oleh
orang Eropah pada masa dahulu untuk membezakan
mereka daripada masyarakat Iban (Dayak Laut). Bagi
Dayak Laut, perkataan ‘Laut’ digunakan disebabkan
mereka sudah pandai menggunakan perahu walapun
tinggal di pedalaman. Tidak seperti orang Bidayuh,
mereka tiada kemahiran menggunakan perahu semasa
kedatangan orang Eropah.

~Maklumat tentang

Kaum Bidayuh~

o Orang bidayuh merupakan saudara terdekat masyarakat melanau, kayan,
kenyah dan penan. Etnik bidayuh juga mempunyai reka bentuk rumah
yang unik, bentuk rumah bulat dan juga rumah panjang yang diperbuat
daripada buluh. Lazimnya, penempatan rumah panjang suku kaum
Bidayuh terletak jauh di kawasan pedalaman dan tanah tinggi. Ini adalah
bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.Struktur
rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah
panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh
diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula
daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat
daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada
kayu belian.

Tempat Tinggal Kaum
Bidayuh

o

o

o

Cara Pemakaian Kaum Bidayuh
(Wanita)

oBagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah
termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan
sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi
dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan
kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung
kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau
penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman
manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat
Bidayuh.

Cara Pemakaian Kaum Bidayuh
(Lelaki)

oKaum lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan
sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau
berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan
seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah
dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala
kaum lelaki masyarakat ini.


Click to View FlipBook Version