The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azmareeza ija, 2024-01-07 09:13:36

Tentang NOVEL RSJ (1)

Tentang NOVEL RSJ (1)

1


2 HAK CIPTA TERPELIHARA Mana-mana watak yang terkandung di dalam cerita ini hanyalah rekaan sematamata. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia i


3 PENGHARGAAN Saya ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya akhirnya saya dapat juga menyiapkan folio sejarah kesusasteraan melayu ini dalam tempoh mana yang telah ditetapkan oleh pihak ums. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Fatin iaitu merupakan pensyarah bagi mata pelajaran sajarah kesusasteraan melayu sepanjang berada di ums. Beliau banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan untuk menyiapkan folio novel cerita rakyat ini. Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada ayah saya Ludovicus Maurice, ibu saya Mariam Binti Abdul Talip, serta ahli keluarga lain yang telah banyak nmembantu saya dari segi kewangan mahupun pengetahuan atau mencari bahan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain kerana banyak memberi kerjasama dengan berkongsi pengetahuan mengenai folio ini melalui tunjuk ajar yang diberikan ii


4 PRAKATA Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja kursus Sejarah Kesusasteraan Melayu, perkamusan Dan terjemahan. Saya Azmareeza Binti Ludovicus Maurice berasal bersyukur mendapat tugasan ini kerana banyak perkara yang boleh saya pelajari seperti penghasilan novel sastera cerita rakyat tentang masyarakat sekeliling dan kisah hidup orang dahulu kala. Saya juga tahu bagaimana menganalisis dan membuat laporan berdasarkan artikel yang dibaca dengan cara yang betul. Saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pensyarah yang banyak membantu saya iaitu Cik Fatin. Beliau banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak menolong untuk menyiapkan tugasan ini iii


5 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Hak Cipta Terpelihara i Penghargaan ii Prakata iii Isi kandungan iv Cerita pertama 1-22 Cerita Kedua 23-42 Pengajaran Dan Mesej 43 Informen 44 Bibliografi 45 iv


6 Suatu ketika dahulu, terdapat sebuah kampung bernama Kampung Melugus, Papar yang terkenal dengan suatu sosok ghaib yang digelar sebagai Si Kokok. 1


7 Si Kokok merupakan sosok ghaib yang amat ngeri berwajah hodoh dan bertubuh seperti manusia tetapi kakinya terbalik ke belakang. Bukan itu sahaja, rambutnya juga menyerupai seperti seorang pontianak. Kokok ini merupakan sesuatu benda halus yang jarang dijumpai tetapi dikatakan berada di sebuah kampung Papar yang terletak di Melugus. Sosok si Kokok ini amat ditakuti oleh masyarakat terdahulu terutamanya kanak-kanak. 2


8 Cerita ini bermula apabila heboh berita daripada masyarakat kampung yang mereka tidak membenarkan anak mereka untuk bermain di luar apabila waktu maghrib menjelang. Hal ini kerana Si Kokok ini amat suka kepada budak degil yang bermain pada waktu maghrib iaitu waktu Si Kokok mencari mangsa. 3


9 Disebabkan hal ini, apabila tiba waktu maghrib, semua para ibu akan menghalang anak mereka untuk keluar bermain di luar dan menyuruh anak mereka balik serta mandi untuk membersihkan diri setelah banyak menghabiskan masa sepanjang bermain di luar. 4


10 Cerita ini bermula apabila tiga sekawan yang bernama Azmi, Hafiz Dan Leo ingin mencari lokan dan berani untuk masuk ke dalam hutan Melugus ini. Tujuan mereka untuk memilih hutan Melugus ini kerana mereka tahu bahawa hutan ini merupakan hutan yang terkenal dengan lokan yang banyak. Disebabkan mereka bertiga berani, mereka pun masuk ke dalam hutan Melugus untuk mencari lokan. 5


11 Ketika mereka masuk ke dalam hutan, mereka bertiga pun memulakan misi mencari lokan di dalam hutan dan kemudian, seorang dari mereka iaitu Azmi berfikir untuk mencari lokan secara menyendiri dengan tujuan untuk melihat dan menghafal jalan hutan tersebut sambil berkata di dalam hati “kan lagi bagus kalau aku mencari lokan di tempat lain, mana lah tahu ada banyak lokan di tempat lain” 6


12 Lalu dia pun berkata kepada dua rakannya agar dapat bahagi tempat dan bahagian untuk mereka bertiga mencari lokan dengan lebih banyak. “Pis, Leo, kamu cari lah di sini, saya mahu mencari lokan di hujung sana, nanti kita jumpa di tempat ini balik ya” kata Azmi kepada dua rakannya dengan penuh yakin. 7


13 Pada mulanya, dua rakannya ini tidak setuju dengan cadangan dia kerana mereka takut jika terjadi sesuatu apabila mereka berpecah. “jangan macam-macam Azmi, nanti terjadi sesuatu macam mana? Di sini saja lah dengan kami” kata Hafiz kepada Azmi. 8


14 Namun, Azmi tetap nekad untuk berpecah dan berani untuk berjauhan dengan rakannya. “Tak adalah, aku ni berani tak penakut, lagi pun sekejap saja ni aku cari. nanti kita jumpa di sini lah balik” balas Azmi kepada rakannya. Lalu Hafiz Dan Leo pun menggelengkan kepala mereka dan terpaksa setuju dengan keputusan yang dibuat oleh Azmi. 9


15 Setelah itu, Azmi, Hafiz Dan Leo berpecah kepada dua bahagian iaitu Azmi mencari lokan di bahagian hujung, Hafiz Dan Leo pula mencari lokan di tempat kanan yang tidak jauh dari jalan keluar hutan itu lalu meneruskan pencarian lokan mereka. 10


16 Semakin hari semakin suntuk, cuaca pun berubah menjadi gelap… Kemudian, Azmi yang terlalu leka untuk melanjutkan perjalanan sambil mengumpul lokan hasil pencariannya sehingga dia tidak sedar bahawa dirinya sudah semakin jauh dari dua orang rakannya. “Haa, mana sudah Hafiz Dan Leo ni?” kata Azmi sambil menggaru kepalanya. 11


17 Dia sangat leka untuk mencari lokan sehingga tidak sedar hari sudah semakin lewat dan semakin suntuk di mana pada waktu seperti ini adalah kemunculan si Kokok yang mencari mangsa yang ada di dalam hutan tersebut. “Rasanya, sudah cukup banyak dah lokan ni, dah boleh balik dah” katanya sekali lagi lalu berkemas dan ingin kembali ke tempat perjanjian mereka semula. 12


18 Pada waktu itu, Hafiz Dan Leo yang berada di tempat perjanjian telah menyedari bahawa Azmi tidak muncul di tempat yang dijanjikan kerana sudah tiba masanya untuk mereka balik Dan berehat di rumah. “mana sudah Azmi ni? Risau pula aku” kata Hafiz. “Entahlah, ini lah susahnya kalau dia degil tadi balas Leo. 13


19 Azmi yang mencari jalan untuk sampai di tempat perjanjian mereka bertiga kemudiannya sesat dan melihat ke arah sekeliling lalu berfikir di mana keberadaan dirinya ketika itu kerana dia berasa pelik dengan tempat tersebut seolah-olah dia jauh dari dua rakannya. “ aku dah di mana ni? Kenapa tempat ni lain macam rasanya” kata Azmi sambil meneruskan perjalanannya mencari rakannya. 14


20 Tanpa dia sedari, sebenarnya Si Kokok telah menyembunyikan dia daripada rakannya kerana dia telah menjadi salah satu mangsa Si Kokok. 15


21 Rakan-rakannya terus dengan segera mencari dia dan semakin risau kerana tidak menjumpai dia di merata tempat dan hari juga semakin gelap yang membuatkan hati mereka berdua tidak tenteram. 16


22 Mereka tidak dapat melihat di mana keberadaan Azmi. Walaupun sebenarnya Azmi ini berada dekat dengan mereka berdua tetapi dia telah disembunyikan oleh Si Kokok lalu mata Hafiz dan Leo ini telah dikaburkan oleh Si Kokok agar tidak melihat Azmi. 17


23 Tiba-tiba, apabila Azmi mencari rakannya, dia ternampak seorang perempuan yang mempunyai rupa yang sangat hodoh tersenyum kepadanya lalu ingin menghampirinya. Rupa-rupanya sosok ini adalah Si Kokok. 18


24 “Harghhhh!!!” belum sempat kejadian itu berlaku, dia sudah jatuh pengsan lalu terhentak kepalanya di batu tanah dalam hutan tersebut. 19


25 Hafiz dan Leo tidak sedap hati lalu bergegas balik dan melaporkan segera kepada ketua kampung tentang kehilangan Azmi di dalam hutan itu dan menceritakan semuanya kepada ketua kampung. 20


26 Lalu, dengan segera muncul lah orang-orang kampung yang muda dan tua datang untuk menolong dengan cara mereka membawa beberapa parang dan kemudian menghempaskan satu parang dengan parang yang lain sebanyak beberapa kali. 21


27 Hal ini kerana, Si Kokok amat benci apabila mendengar bunyi parang yang dihempaskan dan takut untuk mendengarkan bunyi itu. Lalu, Azmi pun muncul dan ditemukan di bawah pokok yang besar lalu di bawa balik ke rumah. Kerana terlalu terkejut, tiga hari selepas kejadian, Azmi terkena demam keteguran dan akhirnya dia menjadi seorang yang babau dan tidak dapat bercakap dengan baik setelah kejadian tersebut berlaku. 22


28


29 Pada suatu hari, terdapat sebuah tempat yang amat dikenali dengan rupa seperti bukit dan batu besar yang pelik dan misteri di sebuah kampung yang bernama Kampung Sapat di Papar. 23


30 Dikatakan bahawa batu ini mempunyai cerita yang sering diperkatakan oleh masyarakat terdahulu sebagai batu sumpahan. Batu sumpahan ini merupakan batu yang penuh dengan misteri dan digelar sebagai “Batu Masap” oleh masyarakat kampung. Tempat ini terletak berdekatan dengan hutan yang sangat besar. 24


31 Pada suatu hari, terdapat sekumpulan suku kaum dusun yang sangat suka untuk mengadakan makan minum dan berpesta dengan menari dalam keramaian serta bermain alat muzik seperti gong serta alat kulintangan yang merupakan salah satu alat sebagai penghibur dalam pesta keramaian mereka. 25


32 Pada ketika itu, masyarakat suku kaum dusun sangat suka untuk menari dan terlalu terhibur sepanjang pesta tersebut sehingga tidak sedar sehari semakin suntuk untuk menjadi malam. Mereka sangat suka untuk menghiburkan diri dengan berpesta di tepi hutan. 26


33 Apabila mereka bersuka ria pada malam itu, mereka berfikir untuk meriahkan lagi pesta tersebut sehingga mereka dapat melupakan masalah peribadi mereka. Hal ini merupakan perkara biasa bagi mereka kerana mereka tidak peduli tentang apa yang mereka lakukan. yang mereka tahu ialah mereka cuma merasa seronok dengan cara menyertai pesta dan mabuk setiap malam. “mari mari! Kita meriahkan lagi dengan sorakan!” 25


34 Sehari semakin suntuk, waktu malam pun telah tiba dan seorang lelaki dusun tua yang terlalu mabuk ketawa terbahak-bahak lalu terfikir untuk menambahkan kemeriahan pesta tersebut dan berkata “lebih baik saya mencari sesuatu untuk menambahkan hiburan malam ini” lalu dia terlihat ada seekor kucing dan anjing yang sedang lalu di tepi jalan raya itu. 26


35 Dengan fikirannya yang tidak betul itu, lelaki dusun tua itu terus berjalan menuju ke arah anjing dan kucing dengan tujuan untuk menangkap kedua-dua haiwan itu dengan kejam. Dia membawa alatan seperti kayu yang tajam dengan niat untuk memukul kucing dan anjing ini agar tidak dapat terlepas dari tangannya. “Mari sini kau binatang! Kau tidak terlepas dari aku mulai saat ini ha ha ha!” Kata orang tua dusun itu tanpa rasa bersalah. 27


36 Dia terus membawa kayu sambil berlari menuju ke arah kucing itu dan memukul kucing itu sebanyak beberapa kali sehingga kucing itu tidak dapat lari daripadanya dan berkata “Nyah kau binatang!” lalu ketawa terbahak-bahak. Setelah itu, dia menghumban batu yang besar menuju ke arah anjing yang dikejarnya juga sehingga terkena di badan anjing tersebut sambil berkata “nah baru tahu! mahu lari dari saya?” Lalu menangkap anjing tersebut. 28


37 Kemudian, orang tua itu pergi semula ke pesta dengan membawa kedua-dua haiwan tersebut yang kelihatan dalam kesakitan dan ingin lari dari tempat tersebut. Orang lain hanya melihat dan ketawa selepas melihat kesakitan yang dialami oleh haiwan tersebut. Tanpa membuang masa, lelaki dusun tua itu mengurung anjing dan kucing tersebut di dalam sangkar untuk dijadikan permainan hiburan mereka pada lewat malam nanti. 29


38 Lelaki dusun tua itu kembali berpesta dan menikmati makanan malam mereka sambil bergembira lalu menyanyi dengan hati yang gembira dan senang hati. “haaa mari kita menari semula, sekejap lagi akan ada persembahan yang akan saya tayangkan. Yang penting kita seronok dulu” kata lelaki tua dusun itu dengan senang hati. 30


39 Malam pun telah lewat, hari pun semakin hendak hujan, namun masyarakat dusun ini tidak mempedulikan keadaan tersebut. Malah mereka menjadi lebih gembira dan amat suka untuk meneruskan pesta keramaian tersebut. Mereka seolah-olah tidak tahu bahawa mereka berdepan dengan sesuatu yang buruk kerana mereka telah melakukan hal yang sangat jahat pada malam itu dengan melibatkan haiwan yang tidak bersalah secara sengaja. 31


40 Tiba masanya, kucing dan anjing yang dikurung di dalam sangkar telah dikeluarkan oleh lelaki tua tersebut. Lelaki dusun tua itu mengeluarkan kucing dan anjing tersebut untuk memulakan hiburan mereka bagi memeriahkan lagi majlis keramaian mereka. Lalu dia pun membuka sangkar kucing terlebih dahulu dan menarik kaki kucing itu lalu memasukkan ke dalam kawah, selepas itu barulah dia mengeluarkan pula anjing dari sangkar itu dan dilemparkan ke dalam kawah tersebut. “haa, mampus lah kamu kali ini ha ha” kata lelaki dusun itu dengan ketawa kecilnya. 32


41 Sekumpulan masyarakat dusun itu meletakkan kawah yang besar yang berisi air. Sambil itu juga, dia meletakkan kucing dan anjing itu dan berkata “HA HA HA , lawan lawan lawan!” lalu semua pun ketawa beramai-ramai.” 33


42 Semua orang ketika melihat pergaduhan anjing dan kucing di dalam kawah sambil ketawa tanpa belas kasihan terhadap haiwan tersebut. Bagi mereka, ini merupakan satu hiburan tambahan yang membuatkan keramaian mereka bertambah meriah pada malam itu. 34


43 Sepanjang pergaduhan anjing dan kucing di dalam kawah itu, mereka terus menyambung pesta tersebut sambil menari mengalai dan bermabuk-mabukan tanpa berfikir musibah yang akan berlaku apabila mereka melakukan hal tersebut. 35


44 Disebabkan terlalu asyik dalam pesta tersebut, tiba-tiba hal yang buruk telah berlaku pada malam itu sehingga cuaca malam itu bertukar menjadi lebih suram dan hujan semakin lebat. 36


45 Tanpa mereka sedari, perbuatan mereka ini merupakan perbuatan yang sangat melampau kerana telah membawa haiwan yang tidak bersalah untuk dijadikan hiburan.37


46 Tetapi, walaupun hujan semakin lebat, mereka masih tidak mempedulikan cuaca tersebut malah mereka lebih bersuka-ria dengan mengalai dan bermain alat muzik kulintangan itu. 38


47 Tiba-tiba, “Arghhhh!!” sekumpulan masyarakat yang bermain alat kulintangan tersebut berteriak kesakitan kerana di sambar kilat termasuk semua orang yang berada di tempat tersebut. 39


48 Setelah itu, air lumpur pula menimbus mereka sehingga menjadi seperti rupa bukit dan batu yang amat besar. 40


49 Batu yang amat besar yang tercipta daripada tubuh badan masyarakat dusun ini menyebabkan batu ini sering diperkatakan oleh masyarakat di Kampung daerah Papar Sapat. Batu ini apabila dilihat, menjadi salah satu batu yang amat ngeri dan tidak ada seorang pun yang berani untuk masuk ke dalam pagar tempat Batu Masap ini. 41


50 Hal ini kerana tempat ini telah dikunci dan tidak dibenarkan seorang pun masuk ke dalam tempat ini kerana mempunyai tragedi yang ngeri dan sehingga sekarang bukit ini dikenali sebagai Batu Masap di Mogon. ~ TAMAT ~ 42


Click to View FlipBook Version