The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-folio Keyakinan Tidak Hilang Dengan Syak ini menerangkan tentang asas kaedah fiqh dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan keraguan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohammadikhwan.noor42, 2022-05-15 00:34:24

E-folio Keyakinan Tidak Hilang Dengan Syak MPU23052

E-folio Keyakinan Tidak Hilang Dengan Syak ini menerangkan tentang asas kaedah fiqh dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan keraguan.

Muka Surat|1

MPU 23052 – SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
SESI II 2021/2022

KONSEP ASAS KAEDAH FIQH – KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN
DENGAN SYAK
DAD2-S2

Nama pensyarah : Puan Nurshakhuzaimah Sahmat

Nama pelajar Nombor matriks

Mohammad Ikhwan Bin Mohd 05DAD21F1045
Noor
Nur Shahirah Izzani Ajis 05DAD21F1015
Aiman Bin Aman 05DAD21F1021
Muhammad Lutfi Hakimi Bin 05DAD21F1009
Marwan joni
Muhammad Musli Bin Tindu 05DAD21F1017
Muhammad Amy Suhaimi Bin 05DAD21F1043
Ismail

ISI KANDUNGAN Muka Surat|2

Muka hadapan 1
Isi kandungan 2
3
i.Penghargaan 4
ii.Objektif kajian 5
iii.Pengenalan
7
iv.Isi huraian 8
1.0 Punca timbulnya syak/keraguan 9
2.0 Impak buruk syak/keraguan 11
3.0 Kaedah-kaedah fiqh 13
4.0 Aplikasi kaedah fiqh 14
15
v.Kesimpulan
vi.Rujukan
vii.Lampiran

Muka Surat|3

i. PENGHARGAAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Allahdulillah, Alhamdulillah diucapkan sebagai suatu tanda kesyukuran kehadap Allah
S.W.T atas izin dan limpah kurniaan-NYA tugasan ini dapat kami hasilkan dengan
jayanya tanpa ada sebarang pemasalahan ketara yang timbul. Serta selawat dan salam
buat junjungan baginda Nabi Muhammad S.A.W. Hal ini hadis baginda sedikit
sebanyak digunakan dalam kajian tugasan ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah subjek Sains, Teknologi dan
Kejuruteraan dalam Islam kami iaitu Puan Nurshakhuzaimah Sahmat atas bimbingan
dan dorongan beliau sepanjang kami menjalankan tugasan ini. Beliau sangat ambil
perhatian serta sudi membantu menjawab persoalan pelajarnya sepanjang
penghasilan tugasan ini dijalankan.

Tidak dilupakan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan sepasukan yang sudah
berkorban masa dan tenaga serta mengembleng idea dalam menjayakan tugasan ini
bersama-sama dari mula sehingga siapnya tugasan ini. Tanpa pengorbanan dari rakan-
rakan sepasukan ini sudah pasti tugasan yang sepatutnya ringan dibuat bersama-sama
ini menjadi berat untuk disiapkan.

Muka Surat|4

ii. OBJEKTIF KAJIAN

Melalui tugasan ini, kami rangkumkan beberapa objektif seperti :

Tugasan ini menjelaskan kepada pelajar-pelajar serta kepada masyarakat tentang
kaedah yang dapat menjelaskan keyakinan kepada sesuatu perkara yang tidak
boleh diubah kerana sesuatu keraguan dari satu benda. Selain itu, menyatakan
punca timbulnya perasaan syak di kalangan seseorang dalam kehidupan seharian.
Seterusnya, menerangkan impak buruk syak kepada individu. Di samping itu,
menerangkan kaedah-kaedah fiqh yang bersesuaian untuk menylesaikan sesuatu
isu tersebut. Selanjutnya, menyatakan aplikasi kaedah fiqh dalam menyelesaikan
masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Tugasan ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan serta memberi pendedahan
yang amat penting untuk diambil berat oleh pelajar serta masyarakat. Pendedahan
tentang kaedah fiqh secara terbuka juga amatlah perlu dititikberatkan supaya
dapat mentapkan keyakinan yang dipegang oleh kita serta dapat mengelakkan
daripada gangguan syak atau keraguan yang tidak pasti status kebenarannya.

Muka Surat|5

iii. PENGENALAN

Apakah itu kaedah fiqh? Mengapakah kaedah fiqh diperlukan? Bagi menyelesaikan
masalah-masalah baharu yang berlaku pada zaman ini dengan menyatakan hukum,
kaedah fiqh diguna pakai sebagai suatu panduan umum untuk membuat hukum-
hukum islam bagi menyelesaikan suatu masalah tersebut. Hukum masalah yang timbul
dapat diselesaikan dengan mudah melalui prinsip umum dengan merujuk kepada
sumber-sumber hukum lain. Untuk mengeluarkan pecahan atau cabang hukum dalam
Islam, kaedah fiqh dijadikan sebagai panduan dan dasar. Dalam menyelesaikan
sesuatu masalah, kaedah fiqh juga digunakan sebagai sumber hukum dan hujah
sokongan. Melalui bidang kejuruteraan, kaedah fiqh diguna pakai kedalam
penyelidikan projek samada projek berkaitan dengan penciptaan ataupun inovasi. Hal
ini bagi menjamin penyelidikan projek yang diusahakan oleh jurutera itu mematuhi
syarak dan dapat memberi manfaat yang berpanjangan kepada masyarakat.

Dari segi bahasa ‘Kaedah Fiqh’ merupakan gabungan dua perkataan bahasa Arab,
dimana perkataan tersebut adalah ‘Qawaid’ dan ‘Fiqh’. Qawaid merupakan suatu kata
jamak daripada Qaidah. Perkataan Qawaid bermaksud asas, tapak atau prinsip.
Manakala perkataan Fiqh atau Fiqah bermaksud kumpulan kaedah untuk menentukan
hukum suatu permasalahan.

Melihat kepada sudut istilah syarak pula, hukum yang terpakai secara umum kepada
sebahagian besar masalah-masalah cabang ialah ‘Fiqh’. Kaedah fiqh juga disebut
sebagai ‘prinsip’ didalam istilah perundangan, akan tetapi ia dibentuk di dalam
perkataan yang jauh lebih ringkas dan padat serta luas maknanya untuk merangkumi
masalah cabang dan furu’ (prinsip-prinsip fiqah yang bersifat umum) yang berkaitan.
Kaedah fiqah ditakrifkan oleh sebahagian ulama sebagai kaedah-kaedah hukum
bersifat umum yang bersumberkan dalil-dalil al-Quran dan hadis.

Muka Surat|6

Kaedah fiqh memainkan beberapa peranan dalam bidang kejuruteraan islam.
Termasuklah, memudahkan pemahaman terhadap hukum-hakam untuk diguna pakai
dalam persoalan kejuruteraan islam. Sebelum suatu penyelidikan dimulakan, kaedah
mempunya formula asas yang boleh diguna pakai sebagai rujukan. Al-Quran, hadis dan
kaedah feqah menjadi rujukan bagi menentukan hukum kepada persoalan yang timbul
berkaitan akan kejuruteraan. Hal yang demikian seorang jurutera islam hendaklah
mengunakan kaedah fiqh sebagai sandaran kepada usaha ciptaan dan inovasi mereka.

Selain itu, kaedah fiqh berperanan untuk membantu jurutera untuk menyelesaikan
persoalan yang melibatkan isu-isu dalam bidang kejuruteraan. Semasa menjalankan
operasi, jurutera menggunakan kaedah fiqh untuk mengnal pasti dan menyelesaikan
isu yang timbul. Melalui kaedah fiqh ini, segala isu yang timbul ketika jurutera sedang
menjalankan operasi mampu diatasi ( dengan izin-NYA), serta mendapat keberkatan
dan keredhaan dari Allah S.W.T.

Disamping itu, kaedah fiqh menyediakan hukum-hukum yang menyeluruh bagi
menangani isu-isu kecil dalam bidang kejuruteraan. Bagi menjawab segala persoalan
tentang cabang atau sampingan yang timbul berkaitan dengan kejuruteraan adalah
amat sesuai untuk mengguna kaedah fiqh. Jurutera tersangatlah memerlukan kaedah
fiqh ini untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan kejuruteraan kerana isu berkaitan
kejuruteraan adalah sangat luas dan memerlukan hukum yang menurut perspektif
Islam agar penyelidikan dalam membangunkan ciptaan atau inovasi dapat dilakukan
dengan jayanya.

Di dalam kajian ini, kami menekan konsep asas akidah fiqh dimana tajuknya ‘keyakinan
tidak boleh dihilangkan dengan syak’. Dari segi bahasa ‘keyakinan’ bermaksud suatu
ilmu yang tidak ada bersamanya keraguan. Dari segi istilah pula terhasilnya kepastian
yang jazam ada sesuatu itu berlaku atau tidak berlaku. Manakala ‘syak’ pula dari segi
Bahasa bermaksud ragu-ragu. Dalam istilah ‘syak’ bermaksud ragu-ragu terhadap
sesuatu perbuatan sama ada berlaku atau tidak berlaku iaitu tidak murajjah (suatu
yang memberatkan salah sat uke atas satu yang lain).

Muka Surat|7

1.0 PUNCA TIMBULNYA SYAK

Punca utama timbulnya persaan syak-wasangka atau keraguan di dalam hati manusia
adalah tidak lain,tidak bukan merupakan suatu bisikan daripada syaitan yang ingin
melemah dan menyesatkan manusia.

Firman Allah S.W.T :

٦٠ ‫واَ ٱل َشي َط َٰ َنَ ِإ َن ُهََۥَ۞ل ُك َم َع ُدوَ ُّم ِب َي‬٦‫د‬١ُ ‫أَ َلوأ َِمنَأٱع َعهُب َُدد ِإولِ ِي ينَُك ََمه َٰ َي ََٰذ َاب ِ ِ يِنَ ََءَٰصا َدَطََم ُّمأنس ََتّ َِلق َيتعمَ ُب‬

Maksudnya: Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu
tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi
kamu”,(61) dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus.

(Surah Yasin : 60 – 61)

Dalil yang menyatakan Syaitan membisikkan keraguan ke hati manusia, Firman Allah

S.W.T : َ‫ٱ َّل ِذي ُي َوس ِو ُسَ ِ ِفَ ُص ُدو َِر ٱل َنا ِس‬

Maksudnya : Yang membisikan (kejahatan) ke dalam dada manusia
(Surah Al-Naas : 5)

Menurut tafsiran Al-Imam al-Qurtubi Rahimahullah memaksudkan, perasaan syak syaitan
tersebut di ibaratkan seperti doa untuk mentaatinya(syaitan). Bisikan syaitan tersebut
dalam kata-kata halus yang tidak mampu didengari dengan telinga, namun boleh sampai
dan dirasakan di dalam hati manusia.

Muka Surat|8

2.0 IMPAK BURUK SYAK/KERAGUAN

i. MENGANGGU AKTIVITI SEHARIAN

Aktiviti-aktiviti seharian seseorang yang selalu mempunyai perasaan keraguan ini pada
kebiasaannya terganggu. Hal ini kerana individu tersebut kebiasaanya akan mengambil
masa yang agak lama untuk menyiapkan seusatu tugas akibat daripada perasaan ragu
yang timbul menyebabkan dia kerap mengulagi perbuatan bagi menyiapkan tugas
tersebut.

ii. MEMBUAT HIDUP MENDERITA

Jiwa seseorang individu itu tidak tenang akibat daripada kerap mempunyai perasaan syak
menyebabkan mereka kurang keyakinan diri. Hal yang demikian juga meninggalkan
tekanan akibat rasa tidak berguna dan berputus asa kerana tidak dapat melakukan hal
yang sepatutnya dengan sempurna.

iii. MENINGGALKAN SUNNAH RASUL

Perasaan ragu-ragu juga mampu menyebabkan seseorang mengabaikan sunnah
Rasulullah S.A.W . Misalnya, perkara ini sering terjadi semasa seseorang mengambil
wudhu’. Keraguan mula timbul apabila suatu persoalan bermain didalm fikiran mereka
seperti bilangan basuhan yang kebiasaanya kita akan membasuh sebanyak tiga kali.
Namun, bagi seseorang didalam dilema keraguan akan membasuh berulang kali sehingga
menyebabkan basuhan wudhu’ yang sepatutnya sunat 3 kali menjadi lebih. Justeru,
mendorong kepada pembaziran air kerana banyak menggunakan air semasa menggambil
wudhu’.

iv. MEROSAKAN AKIDAH

Lebih ketara teruknya apabila perasaan ragu tersebut turut menguji keimanan seseorang,
sekiranya dia memilih untuk melayan bisikansyaitan akan mengakibatkaniman seseorang
itu terbatal. Antara persoalan yang menjadi keraguan di minda mereka termasuklah
hilangnya keiman daripada rukun iman seperti menafikan kewujudan, kekuasaan serta
keesaan Allah S.W.T, mempunyai syak yang tidak baik terhadap qada’ dan qadar,
mempersoalkan hari kiamat dan lain-lain perkara yang berpotensi membatalkan iman
mereka.

Muka Surat|9

3.0 KAEDAH-KAEDAH FIQH

Terdapat empat kaedah utama yang mebina fiqh menurut Al-Qadhi Husin al-Syafi’e.
Antara kaedah tersebut yang penting dan termasyur bagi memudahkan proses
mengeluarkan hukum terhadap sesuatu adalah:

‫ال َي ِق َي َّلَ ُي َزا َُل ِبال َش َك‬

Maksudnya : Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan).

Sebahagian ulama mensyarahkan makna kaedah di atas dengan menyatakan: Apabila
sesuatu perkara(pendirian) itu dapat dipastikan(yakin) oleh seseorang itu, lalu orang
tersebut merasakan keraguan (syak) adakah hilang atau tidak sesuatu yang dia pastikan
tersebut ? Jawapannya, tidak kerana pada asasnya kepastian perkara tersebut adalah
masih kekal. Jadi apa yang menjadi kepastiaannya tersebut kekal di atasnya. Rujuk Syarah
Al-Qawa’idَAl-Fiqhiyyah (hlm. 45).

Seterusnya, terdapat juga kaedah yang mempunyai sandaran dari nas-nas syarakdaripada
Al-Quran dan juga Al-Sunnah. Antaranya adalah firman allah S.W.T:

‫ِإ َنَ ال َّظ َنَ ََّل ُي ْغ ِ ِ َن ِم ََن ال َح َق َش ْي ًئا‬

Maksudnya : Sesungguhnya zhan (sangkaan) tidak menandingi kebenaran walau sedikit
pun.

Surah Yunus (36)

Menurut tafsiran Imam al-Thabari, ayat tersebut menyebutkan : tidak mempengaruhi
walau sedikitpun ke atas keyakinan apabila berlakunya syak(keraguan). Kedudukan
keyakinan tidak sedikit pun dapat digatikan oleh syak. Syak juga tidak memberi sebarang
faedah oleh sebab sesuatu perkara tersebut berhajat kepada keyakinan. Rujuk Al-Jami’َ
Al-Bayan, Al-Thabari (15/89).

M u k a S u r a t | 10

Selain itu, kaedah lain juga :

‫ا ْْ َل ْصل َب َقاء َما كا َنَ َع َل َما كا ََن‬

Maksudnya : Pada asasnya, sesuatu itu kekal mengikut keadaan asalnya.

Tamsilnya, bagi menjelaskan kaedah ini, apabila terdapatnya seseorang hamba Allah
S.W.T yang mahu berpuasa tersebut makan pada penhujung malam. Adakah sah
puasanya ? apabila dia mengesyaki jika fajar tela terbit atau tidak. Jadi pusanya adalah sah
oleh sebab hukum asalnya adalah masih kekalnya malam. Rujuk Al-Asybah wal Nazhair,
Al-Suyuthi (hlm.52).

Akhir sekali, kaedah : ‫ال َي ِق َُي ََّل ُي َزا َُل ِإ َّلَ ِبال َي ِق َي‬

Maksudnya : Keyakinan tidak dihilangkan melainkan dengan suatu keyakinan juga.

Justeru, apabila seseorang yang dalam keadaan taharah(suci) meyakini dirinya masih
dalam keadaan tesebut, lalu dia mengesyaki jika ada berlaku sesuatu perkara yang boleh
menyebabkannya dalam keadaan berhadas atau masih berkeadaan suci. Jika dia meyakini
bahawa ada berlakunya hadas maka taharahnya batal. Namun, jika ia hanya keraguan dan
tiada yang dapat meyakini dia bahawasanya terdapat berlakunya hadas maka dia masih
berada dalam taharah.

Misalnya, terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata
bahawa Rasulullah S.A.W barsabda :

َ‫َِإي َ ْذاخ ُ َروَ َجج ََنَدَ ِأم َ َحَن ُاد ُلك َْمَم ِْسِفَِجَب ِ ْدَط َِنحِهََّنََشَيْي ًْئسا َمَف َأعَ ْش َكص ََْلو ًتاَعأل ْْيوَ ِ ََهي ِأجَ َخَدَر َِريجَ ًِمح ْان َُه ََ ْشءَ أ ْمَ ََل َف َل‬

Maksudnya : Apabila salah seorang kamu mendapati ada sesuatu di dalam perutnya lalu
dia berasa musykil sama ada telah keluar sesuatu dari perut atau tidak, maka janganlah
dia keluar dari masjid sehinggalah dia mendengar ada bunyi atau mendapati ada bau.

M u k a S u r a t | 11

4.0 APLIKASI KAEDAH FIQH

Berikut disertakan beberapa contoh pengaplikasian kaedah dia atas agar lebih mudah
untuk difahami. Antaranya :

• Dalam isu perceraian, tidak jatuhnya talak terhadap sesebuah pasangan tersebut
jika si suami hanya mengesyaki jika dia sudah menceraikan isterinya atau pun
tidak. Selagi pasangan yang merasa yakin bahawa mereka masih bergelar suami
isteri yang sah, perasaan syak tersebut tidak dapat memberi kesan sedikit pun
terhadap keyakinan mereka. Hal ini penceraian hanya akan berlaku jika si suami
benar-benar yakin dan pasti bahwa dia telah menceraikan isterinya. Erti kata
lainnya, penceraian tersebut tidak terjadi hanya kerana terlintanya syak.

• Manakala dalam isu bilangan rakaat di dalam solat, jika seseorang itu berasa syak
tentang bilangan rakaat solatnya maka hendaklah dia menghilangkan syak dengan
mengambil pendapat yang paling yakin dan pasti.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh abu Sa’id Al-Khurdi R.A beliau
berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

‫إ َذا َش َ َك أ َح ُد ُك ْمَ ِ ِفَ الَ َصش َلَِتَك َِه َوَفللَي ْْمَ َِيَي ْ َدع ِرَلَك َْمَما ا َ ْص َّس َت َْلي ََثق َ َنَل ًثا أ َْم أ ْرَب ًعا َفل َي ْط َر َِح‬

Maksudnya : Apabila salah seorang kamu berasa syak di dalam solatnya, kemudian dia
tidak tahu berapa rakaatkah yang telah dia lakukan sama ada tiga rakaat atau empat
rakaat, maka hendaklah dia menghilangkan syak dan dia perlulah membina
berdasarkan apa yang dia yakin.

Hal ini juga dikuatkan lagi dari sebuah hadis dari Abd al-Rahman bin ‘Auf R.A di man

beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
‫اِثلْنثََتْْنصَتَِْيَل ِِتَي َِوَه َِإوَاذلا ََوحاََّ ِشَنح ََدكَ َِيةَ ُِكَِفَفلو َيََاَن ْلس َجثْ َجاع ََللل َدََهِتو ْاَثْهِ ََُي َومَاو َا ِوْحَُِل َْهِدرََفَبَوَةِعَََاجولِإاَ ِفَلزلَذياَيا َ ْدََسِجشةَ ََقعَ ْلبُكََثهَََِالَمِأَفَث ْ ََناي َللُيًْثثساَْن َُست ُِّْلجث ََِْدَمَمََي‬
‫أ َفَلح َُيد ُْكج ْ َمَعل َِهِاَف‬ ‫ِإَ َواذال َث َ َشل َِكََث‬
َ‫َب ِّ ِ ََق ِم ْن‬ ‫ل ُي ِتَ َمَ َما‬

Maksudnya : Apabila salah seorang dari kamu berasa ragu-ragu terhadap bilangan
rakaat sama ada dua rakaat dan satu rakaat, maka jadikanlah ia sebagai satu rakaat.
Apabila berasa syak sama ada dua rakaat atau tiga rakaat, maka jadikanlah ia sebagai

M u k a S u r a t | 12

dua rakaat. Dan apabila seseorang itu syak sama ada tiga rakaat atau empat rakaat
maka jadikanlah ia sebagai tiga rakaat.

Meskipun begitu, bagi sesiapa sahaja yang mempelajari ilmu usul fiqh maka dia akan
tahu bahawa setiap kaedah mesti mempunyai pengecualian dalam beberapa
permasalahan.

Antara permasalahan yang dikecualikan dari kaedah ‘keyakinan tidak hilang dengan
adanya syak’ adalah seperti berikut :
• Sekiranya ada seekor haiwan yang kencing di dalam air yang berkuantiti banyak,
kemudian air itu berubah sifatnya, dan seseorang itu tidak tahu adakah air tersebut
berubah dengan air kencing atau perkara lain maka ia dihukum sebagai najis.
• Bagi individu yang bertayammum bagi menggantikan wudhu akibat ketiadaan air,
lalu selesai individu tersebut bertayamum dan mengesyaki jika dia ternampak
fatamorgana (suatu fenomena pembiasan cahaya) atau air meyebakan tayammum
individu tersebut terbatal.

M u k a S u r a t | 13

v. KESIMPULAN

Tuntasnya, selepas menjalankan kajian ini apa yang boleh dipelajari termasuklah
pegertian kaedah fiqh iaitu panduan umum untuk membuat hukum -hukum islam bagi
menyelesaikan suatu masalah. Selain itu, mengetahui punca timbulnya perasaan syak,
dimana ia merupakan suatu tipu daya syaitan terhadap manusia agar mereka lemah
dan sesat dari pangkuan jalan yang benar. Seterusnya, membuka minda tentang
implikasi syak terhadap individu seperti meroskkan akidah.Selanjutnya, mempelajari
kaedah-kaedah fiqh seperti ‘keyakinan tidak dihilangkan dengan syak’, ‘pada asasnya,
sesuatu itu kekal mengikut keadaan asalnya’ dan sebagainya. Tidak dilupakan juga,
apakah aplikasi kaedah fiqh seperti tidak berlakunya penceraian pasangan suami isteri
jika hanya perasaan syak. Setiap individu terutamanya orang-orang islam diingatkan
supaya meninggalkan segala keraguan dan syak dalam kehidupan dan sedaya upaya
untuk meyakinkan diri agar ketenangan dapat dicapai. Hal ini, sejajar dengan sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh al-Hasan bin ‘Ali R.Anhuma bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda :

َ‫َد ْعَ َما َي ِري ُب َكَ ِإ َل َما َلَ َي ِري ُب َ َك َف ِإ ََن الص ْد َقَ ُط َمأ ِني َنةَ َو ِإ ََن الك ِذ َبَ ِري َبة‬

Maksudnya : Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak
meragukan kamu. Sesungguhnya kebenaran itu adalah ketenangan dan pembohongan
itu suatu yang meragukan.

Riwayat Al-Tirmizi (2518)

M u k a S u r a t | 14

vi. RUJUKAN

- https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-usul-fiqh/3917-irsyad-usul-al-
feqh-siri-ke-43-makna-dan-aplikasi-kaedah-keyakinan-tidak-hilang-dengan-
syak

- https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1038-
irsyad-al-fatwa-ke-158-cara-mengubati-penyakit-was-was

- http://langittanpatiang.blogspot.com/2015/05/penyakit-was-was.html
- https://supernuke.blogspot.com/2020/11/aplikasi-kaedah-fiqh-dalam-

sains.html?m=1

M u k a S u r a t | 15

vii. LAMPIRAN

JABATAN PENGAJIAN AM

BORANG MARKAH PEMBENTANGAN
MPU23052 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

SESI II 2021/2022

TAJUK PEMBENTANGAN : Asas kaedah Fiqh – Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak
PROGRAM/SEKSYEN : DAD2-S2

ATRIBUT

PROFESIONALISME JUMLAH MARKAH 20%

BIL. NO. PEND. NAMA

Keyakinan Diri (5)
Integriti (5)

Etika Kerja (5)
Hubungan Kerja (5)

1. 05DAD21F1045 Mohammad Ikhwan Bin Mohd Noor
2. 05DAD21F1015 Nur Shahirah Izzani Ajis
3. 05DAD21F1021 Aiman Bin Aman
4. 05DAD21F1009 Muhammad Lutfi Hakimi Bin Marwan joni
5. 05DAD21F1017 Muhammad Musli Bin Tindu
6. 05DAD21F1043 Muhammad Amy Suhaimi Bin Ismail

Dinilai oleh:

Pensyarah Kursus,
MPU23052 Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam,
Tarikh:

M u k a S u r a t | 16

CARTA GANTT E-FOLIO

CARTA GANTT

PERANCANGAN e-FOLIO (E-MAJALAH)

KRITERIA PERANCANGAN PROJEK MINGGU PEMPROSESAN e-FOLIO

1234567 8 9 10 11 12

Perancangan tajuk e-folio dan perbincangan
dengan pensyarah kursus.
MINGGU SUAI KENAL
Pembahagian tugasan kumpulan dan CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
pengumpulan data dan maklumat.

Memasukkan bahan-bahan yang
dibincangkan, proses editing bagi

penghasilan e-folio

Penambahan bahan maklumat dan proses

kemaskini dengan maklumat tambahan

Kemaskini semua item, semakan ejaan dan

hantar link kepada pensyarah

Penghantaran e-Majalah


Click to View FlipBook Version