MUSKAT
Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Pakaian rasmi ini
mula dipakai pada tahun 1960, iaitu semasa
Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong Ke-3 Tuanku Syed Putra Jamalullail. Pakaian
ini diilhamkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra,
Perdana Menteri Pertama.
Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna
hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas
bercorak awan larat dan bunga raya yang
melambangkan bunga kebangsaan Malaysia.
KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ria'yatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mus'tain Billah.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong Ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi
Billah Shah.
Seri Paduka Baginda Yang
Di-Pertuan Agong Ke-15 Sultan
Muhammad V.