EDIBLE
LANDSCAPE
RBTS 3073
KERJA LAPANGAN
PBS 2022
PENGENALAN
Edible Landscape adalah pendekatan reka bentuk taman yang menggabungkan
penggunaan tanaman yang boleh dimakan dan diselangselikan dengan tumbuhan hiasan
yang lain. Komposisi penggunaan tumbuhan dalam edible landscape ini adalah terdiri 50%
daripada tumbuhan edible dan dikenali sebagai landskap lembut. Kebiasaannya tumbuhan
akan ditanam di suatu sudut yang sempit, minimum dan digabungkan dengan hiasan
landskap.
GAMBAR PELBAGAI SUDUT PANDANGAN EDIBLE LANDSCAPE
Pandangan Gambar
Pelan
Hadapan
Sisi
ULASAN
Reka bentuk Edible Landscape menyumbang nilai estetik dengan mewujudkan
persekitaran ataupun ruang luar yang selesa, menarik dan berfungsi sebagai sumber bahan
makanan segar. Edible Landscape merupakan landskap yang ditanam dengan tumbuhan
yang boleh dimakan seperti pokok herba atau sayur-sayuran. Landskap ini amat sesuai
ditanam di kawasan sekolah walaupun mempunyai ruangan yang terhad. Unsur keindahan
yang terhasil daripada lanskap yang dibina dapat memberikan rasa yang tenang kepada
individu yang melihat. Landskap ini dapat menghiasi persekitaran sekolah dengan tanaman
sayuran dan herba serta berfungsi sebagai kebun dapur. Konsep ini adalah satu pendekatan
reka bentuk taman yang menggabungkan penggunaan tanaman makanan dan tanaman lain.
PERANCANGAN EDIBLE LANDSCAPE
Landskap yang dibina haruslah dapat memberi impak terhadap peningkatan kualiti
alam persekitaran di sekolah. Penggunaan elemen landskap yang lembut dan ruang yang
cekap akan dapat membentuk sebuah Edible Landscape yang tersusun dan menarik.
Kesesuaian kawasan persekitaran perlu diambil kira agar landskap yang dibina adalah
seimbang dan saling berharmoni.
Aspek Perancangan
Ruang Berdasarkan nisbah warga sekolah dengan
pembangunan bagi kawasan institusi
pendidikan mengikut piawaian keperluan
pembahagian ruang lanskap yang telah
ditetapkan dan fungsi penggunaan
landskap.
Jenis Tanaman Pemilihan jenis tanaman untuk Edible
Landscape adalah berasaskan tanaman
herba dan sayuran yang boleh dimakan.
Jarak Tanaman 1. Bayam merah
2. Cili
3. Serai
4. Daun pandan
5. Terung ungu
6. Sawi putih
Penanaman tanaman adalah secara bebas
untuk mewujudkan keadaan semula jadi.
ANALISIS TAPAK
Analisis tapak dilakukan berdasarkan data-data tapak yang ada mulai dari batas,
bentuk, ukuran dan sebagainya sehingga perancangan landskap dapat berfungsi dengan baik
secara optimal. Tanah yang lapang dan subur diperlukan untuk memastikan tumbuhan yang
ditanam dapat membiak sehingga tempoh matang. Oleh itu, keadaan tanah haruslah dirawat
dan digembur terlebih dahulu sebelum menyemai anak benih. Kawasan yang dipilih juga
haruslah mempunyai pendedahan matahari yang mencukupi dalam sehari dan menerima
jumlah hujan atau air yang cukup.
Analisi SWOT Penerangan
Strengths (Kekuatan)
- Mempunyai tanah yang lapang dan landai yang
Weakness (Kelemahan) sesuai untuk penanaman herba dan sayuran.
Opportunities (Peluang)
- Menjadi kawasan tumpuan kerana berada
Threats (Ancaman) berdekatan kantin sekolah.
- Mendapat cahaya matahari yang mencukupi.
- Mempunyai pengudaraan yang baik.
- Tanah tidak subur dan padat.
- Jauh daripada sumber air.
- Menjadi laluan pintas murid.
- Tanah tidak perlu ditambak dan tiada kerja-kerja
pemotongan.
- Sesuai ditanam dengan pelbagai spesies tumbuhan
landskap.
- Saiz ruang memadai untuk membina Edible
Landscape.
- Herba dan sayuran yang ditanam tidak subur atau
terbantut.
- Tanaman dirosakkan oleh serangga perosak atau
murid-murid yang melalui kawasan tersebut.
RANCANGAN DAN LAKARAN
JUSTIFIKASI PEMILIHAN
Item Penerangan
Sawi putih
Biji benih yang ditanam mengambil masa yang singkat
Bayam merah untuk bercambah dan memerlukan cahaya matahari
Cili yang panjang untuk berbunga dan berbuah.
Terung ungu Mempunyai kelopak daun berwarna hijau yang sedang
besar, batang yang berwarna putih dan bunga kuning
Daun pandan yang bersaiz kecil yang sesuai untuk landskap.
Serai
Air pancut hiasan Mempunyai rupa dan warna daun yang menarik serta
Batu lanskap dan Pebble stone memerlukan suhu yang sederhana tinggi untuk
membesar kerana bayam merah memerlukan
kelembapan.
Merupakan pokok berbuah renek yang menghasilkan
buah yang mempunyai warna merah, hijau, kuning
atau oren yang bergantung pada tahap
kematangannya.
Sayuran pelbagai guna yang mudah dan baik untuk
otak. Terung sesuai ditanam di sekolah yang beriklim
tropika. Mempunyai bentuk daun lebar, berbentuk oval
dan mempunyai lekukan dan berwarna hijau.
Bunganya selalu berwarna ungu dengan saiz ia
kembang sekitar 2 cm sahaja.
Tumbuhan berdaun yang menghasilkan bau
semulajadi yang manis dan lembut serta selamat
digunakan oleh murid.
Serai mempunyai daun yang halus dan panjang serta
mempunyai bau yang unik. Boleh digunakan untuk
menjadi ramuan atau penambah perisa makanan.
Meningkatkan nilai landskap dan melembapkan udara
persekitaran.
Memberikan warna, tekstur dan meningkatkan ciri-ciri
semulajadi tanah.
PRINSIP REKA BENTUK
Prinsip-prinsip reka bentuk digunakan bagi mencorakkan sesuatu ruang secara fizikal
dan menghasilkan kesan-kesan estetik serta kepelbagaian fungsi sesuatu Edible Landscape.
Prinsip Reka Bentuk Penerangan
Kesatuan (unity)
Keringkasan (simplicity) Pemilihan dan penggunaan elemen secara konsisten dan
berulang-ulang dapat mewujudkan kesatuan dan suasana
Keanekaan (variety) harmoni yang sesuai dengan konsep, tema dan idea reka
bentuk.
Kontras
Keseimbangan (balance) Keringkasan menekankan ciri-ciri keharmonian iaitu
Penumpuan (focalization) penggunaan kombinasi ciri-ciri dan sifat-sifat yang hampir
Ritma (rhythm) serupa dari segi bentuk, saiz, warna dan fungsi. Pemilihan
dan penggunaan elemen yang penting, ringkas dan mudah
bagi menghasilkan persekitaran yang berfungsi, menarik
dan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Keanekaan boleh diwujudkan melalui penggunaan dan
gabungan pelbagai elemen seperti bentuk, warna, saiz,
garisan dan ruang secara harmoni dan berkesan bagi
mewujudkan kepelbagaian kesan rekabentuk tetapi tidak
menjejaskan kesatuan dan kesederhanaan.
Rekabentuk yang mempunyai elemen yang bertentangan
dari pelbagai ciri-ciri rekabentuk bagi menonjolkan
perbezaan dan reka bentuk yang tidak hambar dengan
melebihkan tumpuan pada satu-satu elemen.
Mewujudkan keseragaman dan kestabilan pemandangan
dan ruang yang dihasilkan melalui susunan elemen-
elemen landskap di dalam sesuatu gubahan.
Penggunaan elemen dalam reka bentuk yang dapat
menghasilkan kesan daya penarik, tumpuan yang tinggi
dan khusus serta menghasilkan satu daya pandangan ke
arah satu titik tumpu iaitu pada air pancut hiasan.
Perubahan dari satu keadaan dan ruang kepada keadaan
dan ruang yang lain secara berperingkat-peringkat bagi
menentukan arah pandangan dan pergerakan di samping
mewujudkan suasana keharmonian dan kesinambungan
serta keselesaan di segi penggunaan warna, garisan, rupa
bentuk dan tekstur dan ketinggian yang efektif.
JADUAL KERJA (CARTA GANTT)
Aktiviti Minggu
12345678
Pemilihan tapak landskap
Mengumpul maklumat tentang
tanaman dan bahan landskap
Membuat pengiraan belanjawan dan
kos penyelenggaraan
Membuat lakaran pelan landskap
Membuat pembersihan pada tapak
landskap
Mengukur jarak penyusunan tanaman
Membina air pancut dan batu hiasan
Memindah dan menyusun anak pokok
Membuat penjagaan berkala
Membuat laporan projek
BELANJAWAN KOS (ANGGARAN) Harga Kuantiti Amaun
Seunit (RM)
Bil. Item (RM)
150 gm 6.00
1. Biji benih sawi putih 2.00 250 gm 4.50
2. Biji benih bayam merah 3.50 150 gm 8.00
3. Biji benih cili 3.50 150 gm 6.00
4. Biji benih terung ungu 2.00 52.00
5. Anak pokok pandan 6.50 8 56.00
6. Anak pokok serai 7.00 8 122.00
7. Air pancut hiasan landskap 122.00 1 30.00
8. Pebble stone 3.00 10 kg 43.00
9. Simen 21.50 2 200.00
10. Batu pejalan kaki 25.00 8 527.50
JUMLAH
RUMUSAN
Edible Landscape adalah lanskap yang boleh dimakan dan suatu gaya landskap
kediaman yang diolah menggunakan spesies tanaman yang diselangselikan dengan
tumbuhan hiasan yang lain. Persekitaran yang bersih dan indah berlatarkan pelbagai tanaman
berkeupayaan menjadikan sekolah sebagai tempat yang sentiasa singgah di hati setiap warga
sekolah dan menjadi nilai tambah dalam memberi ketenteraman jiwa. Edible Landscape
sebenarnya bukan semata-mata untuk memperindahkan alam sekitar sekolah, tetapi dalam
masa setiap murid boleh mengetahui dengan jelas setiap pokok ulam-ulaman tempatan dan
sayuran yang selama ini sudah terkenal sebagai bahan makanan digemari. Justeru, ini
membuktikan matlamat meningkatkan kesedaran mendalam dalam kalangan murid supaya
menghargai setiap kurniaan Tuhan semakin mendapat tempat.