The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shane.faizul, 2022-11-07 17:25:07

MPU 3062 (NURUL NASUHA BINTI MANSOR)

MPU 3062 (NURUL NASUHA BINTI MANSOR)

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG,
JALAN COLLEGE, 93200 KUCHING, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
TUGASAN 1

NAMA PELAJAR NURUL NASUHA BINTI MANSOR
ANGKA GILIRAN 2020042340082
NO. KAD PENGENALAN 010308-13-0426
KUMPULAN PISMP BM (SK) JUN 2021
KOD KURSUS MPU 3062
NAMA KURSUS KOKURIKULUM- UNIT BERUNIFORM
NAMA PENSYARAH ENCIK V. RAJASEGARA A/L M.VELOO
TARIKH HANTAR 27 OGOS 2022

1

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk
dan fahami.

Tandatangan pelajar: __________________ Tarikh: _________________

2

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

NAMA NURUL NASUHA BINTI MANSOR
NO. KAD PENGENALAN 010308130426
ANGKA GILIRAN 2020042340082
AMBILAN BM SK PISMP JUN 2021
KURSUS MPU 3062- KOKURIKULUM- UNIT
BERUNIFORM
NAMA PENSYARAH ENCIK V. RAJASEGARA A/L M VELOO

3

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran dalam
kalangan ahli tentang cara untuk menjadi seorang ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin.
Melalui penglibatan dalam Bulan Sabit Merah Malaysia, seseorang ahli akan didedahkan tentang
cara-cara menjalankan rawatan ke atas seseorang mangsa sama ada semasa tenang atau ketika
cemas.

Bulan Sabit Merah Malaysia berhasrat untuk melatih para ahli supaya memahami prinsip-
prinsip pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat asas dan lanjutan. Antara
objektif penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah:

1. Melatih ahli supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas untuk kegunaan
diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

2. Melatih ahli supaya mempunyai kemahiran berkaitan dengan perrkhidmatan
pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat lanjutan.

3. Melahirkan lebih ramai atau jurulatih untuk pihak pasukan bantuan sukarela yang
mana Bulan Sabit Merah Malaysia mampu mengembang, membentuk, memimpin
dan merancang kegiatan kesukarelaan melalui aktiviti berpersatuan.

Pelbagai aktiviti dijalankan dalam Bulan Sabit Merah Malaysia. Ini termasuklah latihan
kawad kaki, latihan pertolongan cemas, lawatan ke hospital iaitu ke wad kecemasan, ceramah
tentang punca-punca penyakit dan juga pencegahannya serta perkhemahan rekreasi. Kegiatan
luar juga turut diadakan bertujuan untuk memperluaskan pandangan, pengalaman dan
pengetahuan semua ahli persatuan ini.

4

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

2.0 SEJARAH
2.1 Pengasas Palang Merah

Gambar 1: Henry Dunant

Bapa Palang Merah Jean Henry Dunant dilahirkan pada 8 Mei, 1828 di Geneva,
Switzerland dan meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 di Heidden, Zurich, Switzerland.
Beliau lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri Dunant. Beliau seorang rakyat
Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan agamawan Kristian aliran Calvinisme yang
kuat. Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria, benua Afrika, beliau
menyaksikan Pertempuran Solferino di kampung Solferino, Itali kini. Buku tulisannya 'A
Memory of Solferino' telah menceritakan keperitan mangsa perang di kalangan orang
awam dan tentera. Pertempuran Solferino melibatkan tentera Perancis menentang
tentera Austria. Henry Dunant dilahirkan di Geneva, Switzerland. Bapanya ahli
perniagaan Jean-Jacques Dunant dan ibunya Antoinette Dunant-Colladon. Keluarganya
penganut Kristian aliran Calvinisme dan merupakan keluarga elit di Geneva. Ibu bapanya
merupakan aktivis sosial, banyak meluangkan masa membantu anak-anak yatim dan
anak mangsa perceraian. Ibunya bekerja di rumah sakit dan biasa membantu mereka
yang miskin. Sejak 1836 Henry Dunant sering mengikuti ibu bapanya membuat kerja-kerja
kebajikan di sebuah penjara Toulon, Switzerland. Pada 1846 Henry Dunant melihat
sendiri pemberontakan dan menyertai Persatuan Geneva untuk Alm. Kemudian bersama
rakan-rakan telah menubuhkan dan pengasas 'Thursday Association' iaitu satu pasukan
muzik untuk mengkaji kitab Bible dan membantu mereka yang menderita. Dia
melapangkan masa untuk melawat banduan di penjara dan pelbagai kerja sukarela lain.

5

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Pada 30 November 1852 Henry Dunant telah mengasaskan Persatuan Pemuda Kristian
(Young Men's Christian Association / YMCA) cawangan Geneva. Tiga tahun kemudian
Henry terlibat dalam mesyuarat di Perancis untuk mengasaskan pertubuhan
antarabangsa tersebut namun pada tahun yang sama Henry Dunant tersingkir dari Kolej
Calvin kerana markah peperiksaan amat rendah. Dia kemudian bekerja dengan syarikat
pengurup wang Lullin und Sautter. Syarikat-syarikat Henry Dunant di Algeria telah
bankrap seperti firma kewangan CriditGenevois akibat satu skandal. Pada 17 Ogos 1868
beliau diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Perdagangan Geneva kerana amalan
mengelirukan. Oleh itu masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan. Henry Dunant
meletakkan jawatan setiausaha pada 25 Ogos 1867 dan pada 8 September 1867
meletakkan jawatan dari ICRC. Sejak itu Gustave Moynier telah menjadi Presiden dan
memainkan peranan utama dalam ICRC. Pada Februari 1868 ibu Henry Dunant
meninggal dunia. Pada 1868 juga Henry Dunant disingkir dari YMCA kerana muflis. Pada
1867 Henry Dunant meninggalkan Geneva dan enggan kembali lagi. Gustave Moynier
pula merancang agar semua wang insuran tidak diserahkan kepada Henry Dunant. Malah
cenderahati 'Sciences Morales' dari Festival Paris Sedunia tidak diberi kepadanya
sebaliknya diserahkan kepada Gustave Moynier dan Dufour agar wang diserahkan
kepada Majlis. Napoleon III setuju membayar separuh hutang-hutang Henry Dunant jika
kawan-kawan Dunant membayar yang lain. Tetapi usaha ini juga dihalang oleh Moynier.
Dunant pindah ke Paris dalam keadaan papa kedana. Namun dia tetap meneruskan misi
kemanusiaan dan organisasi sukarela.

Sepanjang Peperangan Perancis-Prusia (1870-1871) dia mengasaskan
Persatuan Bantuan Bersama (Common Relief Society) dan 'Perikatan Bersama untuk
Tamadun dan Pemerintahan'. Dia mencadangkan rundingan perlucutan senjata dan
mengadakan mahkamah antarabangsa bagi memnyelesaikan konflik-konflik
antarabangsa. Dia juga menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Kemudian dia
bekerja di sebuah perpustakaan. Henry Dunant masih hidup bankrap dan terhutang akibat
mengabaikan kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Semua
kawan dan lawan menjauhkan diri. Walaupun dia dilantik sebagai ahli kehormat Persatuan
Palang Merah Austria, Belanda, Sweden, Prusia dan Sepanyol tetapi dia semakin
dilupakan. Dia berpindah-randah dari Stuttgart, Rome, Corfu, Basel dan Karlsruhe. Di
Stuttgart dia bertemu dengan Rudolf Muller di Universiti Tubingen, Jerman. Pada 1881
dengan bantuan rakan dia kembali ke kampung halamannya di Heiden, Geneva. Pada

6

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

1887 Henry Dunant pergi ke London dan menerima bantuan kewangan dari pelbagai
pihak dan kembali ke Heiden Julai 1887. Pada 30 April 1892 beliau terlantar sakit di
hospital yang dipunyai oleh Dr Hermann Altherr. Di Heiden, Henry Dunant bertemu
dengan seorang guru muda bernama Wilhelm Sonderegger dan isterinya Susanna. Rene,
iaitu anak Wilhelm Sonderegger telah menerbitkan surat-surat daripada Henry Dunant
kepada bapanya Wilhelm Sonderegger. Mereka menubuhkan cawangan Palang Merah
Heiden. Pada 1890 Henry menjadi presiden kehormat dan mahu meneruskan visi
kemanusiaannya. Tetapi Gustave Moynier tetap memusuhinya. Wilhelm Sonderegger
meninggal dunia pada 1904 ketika berusia 42 tahun.

Pada September 1895, George Baumberger, ketua editor Die Ostschweiz, St.
Gallen telah menulis rencana mengenai pengasas Palang Merah dan telah menemubual
Henry Dunant di Heiden. Akhirnya Henry Dunant menerima pelbagai pingat termasuk
Swiss Binet-Fendt Prize dan pingat dari Pope Leo XIII. Dia juga menerima sokongan Tzar
Rusia, Maria Feodorovna. Selepas itu sumbangan dan derma wang mencurah-curah
sejak itu kepadanya. Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah
Keamanan (Peace Prize) yang pertama. Pada 1903 Heney Dunant diberi ijazah doktor
kehormat dari Universiti Heidelberg, Jerman dan akhirnya dia terlantar di hospital
sehingga dia meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 jam 10 malam. Pada akhir hayatnya
dia mengalami tekanan perasaan akibat kemelesetan, bangkrap, dikejar pemungut
hutang dan kritikan daripada Moynier. Dia pernah meminta jururawat memeriksa makanan
sama ada telah diracun atau tidak. Walaupun masih Kristian, dia beralih kepada
Calvinisme dan merancang agama umum. Ironinya, Henry Dunant dan Gustave Moynier
tidak pernah berdamai. Henry Dunant dikebumikan tanpa sebarang upacara di
perkuburan Sihlfeld, Zurich, Switzerland.

Dalam wasiatnya, dia mahu mendermakan wangnya kepada rumah kebajikan
Heiden, pertubuhan kebajikan di Norway dan Switzerland. Dia juga mahu wang dibayar
kepada pemiutang-pemiutang. Hari lahirnya 8 Mei diisytiharkan sebagai Hari Bulan Sabit
Merah/ Palang Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry
Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai tempat di serata dunia
dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh ICRC
kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja-kerja kemanusiaan. Filem 'Henry Dunant: Du
Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.

7

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
2.2 Sejarah Penubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa

Gambar 2: Lambang Bulan Sabit Merah dan Palang Merah
Persatuan Bulan Sabit Merah di peringkat dunia lebih dikenali sebagai Palang
Merah. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828
di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai Bapa Palang Merah. Idea menubuhkan
Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan pertempuran di Solferino,
Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk
membantu dan merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry
Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera.
Inisiatif Henry Dunant ialah:
i. Membantu tentera yang cedera dan sakit.
ii. Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa
peperangan.
iii. Menukar rumah dan gereja berdekatan untuk dijadikan hospital sementara.
iv. Meminta pertolongan penduduk setempat memberi pertolongan cemas tanpa
mengira agama dan negara tentera terbabit .
v. Menggunakan kempen dan slogan 'Tuttifratelli' (Kitakan bersaudara). Slogan ini
mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar Castiglione delle Stiviere.
vi. Membantu membebaskan beberapa doktor dari pasukan Austria yang telah
ditawan oleh Perancis.

8

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Hasil daripada pengalaman tersebut, beliau telah menerbitkan buku bertajuk
"Kenangan Di Solferino". Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di Eropah
bagi menyedarkan mereka betapa menderitanya mangsa peperangan tidak kira tentera,
tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat. Buku ini berjaya menyedarkan
ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan dan mahu merealisasikan dua cadangan
Henry Dunant, iaitu:

i. Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan
orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.

ii. Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-
mana pasukan hendaklah dibantu.

1600 buah buku telah dicetak dengan wang sakunya sendiri dan dikirim kepada
ahli politik, ketua tentera dan ketua kerajaan di serta Eropah dengan cadangan utamanya,
“Sebuah organisasi neutral mesti ditubuhkan bagi membantu tentera yang cedera”.
Cadangan Henry Dunant mendapat perhatian daripada pakar undang-undang Gustave
Moynier dan menjadikan isu itu sebagai agenda utama dalam mesyuarat Persatuan
Kebajikan Geneva (Geneva Society for Public Welfare) pada 9 Februari 1963. Mereka
mengkaji cadangan Dunant dan mencadangkan lima ahli jawatankuasa khas dan Henry
Dunant salah seorang daripadanya. Ahli lain ialah GustaveMoynier, Ketua tentera
Switzerland Jeneral Henri Dufour, Doktor Louis Appia dan Theodore Maunoir. Mesyuarat
pertama mereka pada 17 Februari 1863 dan tarikh ini dianggap sebagai tarikh penubuhan
Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC). Pada mulanya kelima-lima ahli majlis ini
bercanggah pendapat kerana berbeza visi, perancangan, kepentingan peribadi dan
menuduh Henry Dunant terlalu idealis. Henry Dunant meneruskan pengembaraan dan
terus dengan idea-ideanya iaitu 'organisasi sukarela'.

Pada Oktober 1863, 14 negara mengambil bahagian dalam mesyuarat di Geneva
bagi membincangkan isu 'membantu tentera yang cedera semasa peperangan'. Peranan
Henry Dunant cuba diperkecilkan oleh Gustave Moynier. Pada 1864 Parlimen Switzerland
telah mengatur pertemuan diplomatik dari 12 negara bagi menandatangani Konvensyen
Geneva. Hasilnya pada 1864 Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) ditubuhkan
tanpa kehadiran beliau sendiri. Konvensyen Geneva 1964 juga berdasarkan cadangan

9

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Henry Dunant dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ini. Dengan bantuan
beberapa orang yang berminat, Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa
bagi membantu mereka yang cedera dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah.
Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu
lambang iaitu Palang Merah yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk
memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara
tersebut. Pada tahun 1876, ketika berperang dengan Rusia, Turki telah menggunakan
lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara
Islam. Pada mulanya Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah tidak bersetuju dengan
tindakan turki dan mendakwa Palang Merah tidak ada kaitan dengan agama Kristian.
Akhirnya pada tahun 1929, Persindangan Palang Merah Antarabangsa mengiktiraf
lambang Bulan Sabit Merah yang diguna pakai.

2.3 Sejarah Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia

Gambar 3: Logo Bulan Sabit Merah Malaysia
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang
ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957
dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan
Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan
persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan
kemudian di negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di
Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah

10

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa
pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.

Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta
penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, suatu penggubalan akta
baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta
1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan
cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu
Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1
Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar
nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran
penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia. Bulan Sabit Merah Malaysia
ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut:

i. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidak sesuai lagi
Persatuan palang Merah di semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibu pejabatnya
jauh di London. Satu akta parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu
Federation of Malaya red Cross Society (Incorporation) Act of Parliament (Act No. 4 of
1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.

ii. Apabila Malaya ditukar nama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan
Sarawak di bawahnya, telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysia red
Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law
of Malasyia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.

iii. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malaysia Red
Crescent Society (Change of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
(Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).

Sehingga tahun 2004, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah mempunyai 15
cawangan dan 148 chapter dengan keanggotaan seramai 290,832 ahli. Pada 25 Mac
2007, satu Mesyuarat Majlis PBSMM kali ke-116 telah memutuskan penjenamaan semula
bagi PBSMM yang melibatkan pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia

11

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

(BSMM). Akhirnya pada 27 Jun 2007, Surat Pekeliling telah dikeluarkan dan diedarkan
kepada semua cawangan bagi memaklumkan pertukaran tersebut secara rasmi.

2.4 Prinsip Bulan Sabit Merah

Bagi memantapkan kewibawaan pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit
Merah, terdapat 7 Prinsip Asas pergerakan iaitu kemanusiaan, kesaksamaan,
keberkecualian, kebebasan, khidmat sukarela, ketunggalan dan kesejagatan. Setiap
prinsip dihuraikan seperti berikut:

i. Kemanusian

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk
memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan
pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua
ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-
menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama,
dan kedamaian yang berkekalan dalam kalangan manusia.

ii. Kesaksamaan

Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam
kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi
keutamaan kepada keskes kecemasan yang paling serius.

iii. Keberkecualian

Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, persatuan tidak
menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang
bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi.

iv. Kebebasan

Walaupun berupa badan sokongan, kepada pihak yang berkuasa awam, dan
tertakluk kepada undang-undang negara, persatuan tetap menjaga autonominya supaya
ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.

v. Khidmat Sukarela

12

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan untuk mencari
untung.

vi. Ketunggalan

Hanya ada satu persatuan palang merah atau bulan sabit merah dalam sesebuah
negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi
seluruh negara.

vii. Kesejagatan

Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh
dunia di mana semua persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta
saling membantu di antara satu sama lain.

2.5 Undang-Undang Kemanusian Antarabangsa

Pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah International Committee Red
Cross (ICRC) di Kuala Lumpur menempatkan Delegasi Serantau yang meliputi aktiviti-
aktiviti di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Jepun, serta Pusat Sumber
Serantau yang menyokong kerja delegasi-delegasi ICRC di Asia Tenggara dan Asia
Timur. ICRC telah hadir di Malaysia semenjak awal dekad 1970-an, bekerjasama dengan
pihak-pihak berkuasa dalam melawat orang dalam tahanan serta mempromosikan dan
menyebarkan undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) selaras dengan
mandatnya yang telah diberikan di bawah Konvensyen Geneva tahun 1949. Hari ini, ICRC
telah menjalin hubungan kerja yang erat dengan beberapa Kementerian termasuk
Kementerian Luar Negeri Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan
Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis, Jabatan
Peguam Negara, serta lain-lain pihak berkepentingan.

i. Penglibatan dengan Angkatan Tentera Malaysia

13

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Penjalinan hubungan yang kukuh dengan Angkatan Tentera Malaysia merupakan
unsur penting dalam usaha ICRC untuk bekerjasama dengan pembuat-pembuat
keputusan dalam bidang ketenteraan di semua peringkat. ICRC membantu pihak
Angkatan Tentera untuk memasukkan UUKA ke dalam pengajaran dan latihannya. Hasil
daripada sumbangan ICRC, dalam tahun 2007 sukatan pelajaran latihan Angkatan
Tentera Laut telah mula merangkumi mata pelajaran UUKA. ICRC terus menyokong
pembangunan latihan UUKA di dalam Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara. Di atas
jemputan Angkatan Tentera, ICRC kerap mengadakan taklimat bagi pegawai-pegawai
kanan tentera di Kolej Kakitangan Tentera, Pusat Peperangan Bersama (PESAMA),
Pusat Pengaman di Port Dickson dan Unit Perubatan Tentera di Kem Terendak [18],
Melaka. ICRC dan Angkatan Tentera Malaysia bersama-sama menganjurkan pelbagai
seminar dan bengkel yang membabitkan tajuk-tajuk berkenaan dengan undang-undang
konflik bersenjata (UUKB). ICRC menaja pegawai-pegawai terpilih ke luar negara untuk
menghadiri kursus-kursus UUKB dan juga menyertai latihan-latihan tentera di Malaysia
seperti EX Keris Strike.

ii. Mengukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian
Dalam Negeri

ICRC telah meneruskan usaha untuk memupuk hubungan kerja dengan beberapa
jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Memandangkan kepakaran ICRC dalam
isu-isu berkaitan dengan penahanan serta pengalaman lamanya dalam membantu pihak-
pihak berkuasa untuk memenuhi keperluan kemanusiaan bagi orang yang dinafikan
kebebasan, ICRC sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen berkenaan isu
pendatang-pendatang haram dalam tahanan.

Satu projek kerjasama yang baru muncul adalah dengan Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia, di mana sukarelawan-sukarelawannya merupakan antara orang yang
pertama bertindak balas jika terdapat kematian secara beramai-ramai berikutan daripada
bencana alam. Bersama dengan Jabatan tersebut, ICRC sedang menghasilkan modul
latihan mengenai pengurusan mayat manusia jika terdapat kematian secara beramai-
ramai demi membenarkan keluarga-keluarga mangsa untuk dimaklumkan tentang nasib
orang yang tersayang. ICRC turut menemui pegawai-pegawai tertinggi Polis Diraja
Malaysia bagi membincangkan peluang-peluang untuk kerjasama dalam masa hadapan,

14

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

termasuk menganjurkan bengkel-bengkel penguatkuasaan undang-undang bagi
pegawai-pegawai kanan polis berkenaan dengan Piawai-piawai Kepolisan Antarabangsa
dan hak asasi manusia.

Baru-baru ini, ICRC telah menganjurkan sesi taklimat untuk lebih daripada 200
pegawai Malaysia yang sedang menunggu untuk dihantar ke misi Pengaman Malaysia
PBB ke Timor Timur, Sudan dan Lubnan. Sesi-sesi taklimat mengenai peranan, mandat
dan aktiviti-aktiviti ICRC telah diadakan dengan pegawai-pegawai kanan polis di Ibu
Pejabat PDRM di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Kolej Polis di Cheras dan Pusat Latihan
Polis di Ulu Kinta.

iii. Mempromosikan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa

ICRC mempromosikan pemeteraian dan kesertaan ke dalam triti Undang-Undang
Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) serta memberi nasihat kepada Negara-negara
mengenai langkah-langkah perundangan dan pentadbiran untuk melaksanakan triti
tersebut. Bagi tujuan ini, ICRC mengendalikan pelbagai latihan, bengkel dan acara untuk
mempertingkatkan tahap kesedaran UUKA di kalangan agensi-agensi kerajaan dan
institusi-institusi pendidikan utama. Ia telah menghasilkan pangkalan data perundangan
dan undang-undang model yang telah diterima-pakai oleh negara-negara, termasuk
Malaysia (contohnya Akta Konvensyen Geneva 1962, Akta Pelaksanaan Konvensyen
Periuk Api Pembinasa Anggota 2000, Akta Konvensyen Senjata Kimia 2006).

ICRC menyokong kerja Jawatankuasa Kebangsaan UUKA dan sehingga kini, 93
Jawatankuasa Kebangsaan seumpana ini wujud di serata dunia. Dalam tahun 2007,
Jawatankuasa Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (JUKAM) telah
ditubuhkan. JUKAM dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri. Hari ini, Jabatan
Penyelidikan, Triti dan Perundangan Antarabangsa, di bawah Kementerian Luar Negeri,
bertindak sebagai sekretariat JUKAM. ICRC terus berusaha untuk mempromosikan
UUKA di Malaysia menerusi JUKAM dan agensi-agensi kerajaan individu serta Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia.

iv. Bekerjasama dengan Universiti-universiti

15

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Sejak tahun 2004, ICRC telah menganjurkan pelbagai seminar, ceramah,
simposium, serta pertandingan perdebatan dan mahkamah moot bersama-sama dengan
institusi-institusi seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti
Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan
Universiti Teknologi MARA. ICRC turut menyokong usaha-usaha pihak-pihak berkuasa
universiti untuk merangka sukatan pelajaran model mengenai UUKA untuk dimasukkan
ke dalam kursus-kursus akademik berkaitan dengan undang-undang, sains politik dan
hak asasi manusia.

v. Membolehkan keluarga-keluarga untuk terus berhubung dengan orang
yang tersayang

Selaku sebahagian daripada rangkaian pertalian keluarga Pergerakan
Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, ICRC dengan kerjasama Bulan
Sabit Malaysia menyediakan perkhidmatan pengesanan dan perkhidmatan-perkhidmatan
lain kepada keluarga-keluarga yang perlu menghubungi orang yang tersayang mereka
setelah dipisahkan akibat daripada situasi konflik, bencana atau kejadian-kejadian lain.
ICRC bekerjasama dengan penuh ketelusan dengan pihakpihak berkuasa berkenaan
untuk memastikan bahawa orang dalam tahanan di luar negara (termasuk Guantanamo
Bay) dapat berutus dengan keluarga-keluarga mereka melalui pertukaran Perutusan
Palang Merah.

vi. Perkongsian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia

Sejak tahun 2002, ICRC telah bekerja rapat dengan Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk mempromosikan persepaduan program pelajaran Penerokaan Undang-
undang Kemanusiaan (PUUK) di sekolah-sekolah. Ini telah tercapai dalam tahun 2007
apabila bahagian-bahagian berkaitan dalam modul PUUK telah disepadukan ke dalam
sukatan pelajaran “Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan‟, yang sedang diajar di
seluruh negara kepada pelajar-pelajar berusia 15 tahun. Dianggap sebagai paling maju di
Asia, kerjasama di antara Kementerian Pendidikan dengan ICRC sering disebut sebagai
kajian kes amalan terbaik untuk menunjukkan bagaimana untuk bersama-sama
menghasilkan program PUUK. Dalam tahun 2009, ICRC telah menyerahkan program

16

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

tersebut kepada Kementerian Pelajaran dan Bulan Sabit Merah Malaysia, yang
merupakan rakan kongsi kebangsaan ICRC dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah. Kini, ICRC kekal sebahagian daripada proses perundingan dan latihan demi
menyokong pembangunan program PUUK dengan lebih lanjut lagi.

3.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

17

3.1 STRUKTUR ORGANISASI FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
3.1.1 ANTARABANGSA PRESIDEN PERSEKUTUAN

PERHIMPUNAN AGUNG

MAJLIS EKSEKUTIF SETIAUSAHA AGUNG

BENDAHARI SEKRETARIAT PERSEKUTUAN
AGUNG

SURUHANJAYA PERHIMPUNAN AGUNG

BANTUAN PEMBAN- KESIHATAN & BELIA SURUHANJ
GUNAN KHIDMAT AYA

MASYARAKAT KEWANGAN

PERSATUAN KEBANGSAAN (AHLI PERHIMPUNAN)
3.1.2 KEBANGSAAN

3.1.1 KEBANGSAAN

18

URUSETIA FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
KEBANGSAAN
JAWATANKUASA KEBANGSAAN
URUSETIA JAWATANKUASA EKSEKUTIF
CAWANGAN CAWANGAN
CABANG
URUSETIA UNIT
CABANG

PASUKAN KEBAJIKAN BANTUAN SUKARELA LAIN-LAIN UNIT

PASUKAN KEBAJIKAN PASUKAN KEBAJIKAN

Rajah 1: Carta Organisasi Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat
Kebangsaan

19

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Rajah 2: Struktur dan Organisasi peringkat kebangsaan/ negeri/ daerah/ IPG
Berdasarkan Rajah 2, satu organisasi pusat akan mengandungi Senat

BSMM, Majlis Kebangsaan, Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan dan
Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan. Setiap cawangan-cawangan dan
jawatankuasa serta beberapa jawatankuasa masing-masing dibentuk disetiap
negeri dan wilayah persekutuan Malaysia.
Senat BSMM

Senat BSMM ialah badan tertinggi dalam organisasi. Senat tidak
mempunyai kuasa eksekutif. Didalam senat terdapat 25 senator yang akan dilantik
atas budi bicara Majlis Kebangsaan dan dikalangan ahli-ahli BSMM. Peranan
utama senat adalah untuk meningkatkan imej dan matlamat persatuan sejajar
dengan prinsip-prinsip pergerakan.

20

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Majlis Kebangsaan
Majlis Kebangsaan merupakan badan yang terpenting dan mempunyai

kuasa mengendalikan pengurusan serta mengawal semua hal-hal persatuan.
Mesyuarat akan diadakan sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun dan
memerlukan satu pertiga ahli bagi membentuk korum. Majlis ini yang terdiri
daripada:
1) Pengerusi Kebangsaan
2) Timbalan Pengerusi Kebangsaan
3) Empat naib pengerusi kebangsaan. Seorang daripadanya dipilih dikalangan
pengerusi cawangan.
4) Pengerusi jawatankusa-jawatankuasa kebangsaan.
5) dua orang wakil daripada setiap cawangan (pengerusi cawangan/ naib
pengerusi/ pengarah cawangan/ setiausaha kehormat/ bendahari kehormat).
6) Pengarah Angkatan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.
7) Ketua Pertubuhan Perubatan Malaysia (MMA).
8) Seorang wakil daripada setiap kementerian kerajaan yang bertanggungjawab
berkenaan pendidikan, alam sekitar, hal ehwal negeri, kesihatan dan belia.

Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan pula menguruskan hal ehwal

persatuan. Ahlinya terdiri daripada:
1) Pemegang jawatan utama (Pengerusi, timbalan, naib pengerusi dan bendahari
kehormat).
2) Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan.
3) Wakil daripada setiap 5 zon.

21

3.1.3 SEKOLAH FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

GURU PENASIHAT
PENGERUSI

NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA
BENDAHARI

AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWANTANKUASA AHLI JAWATANKUASA

Rajah 3: Organisasi BSMM di Sekolah

Objektif:

1. Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang
dirancang.Ini akan membawa keseronokan dan memberi peluang kepada
pelajar untuk bergaul dan memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah.

2. Menanam nilai kesihatan dan kecergasan dalam diri pelajar.
3. Pengajaran dan pembelajaran ilmu pertolongan cemas akan

membolehkan pelajar berkemahiran untuk menolong diri dan orang lain.
4. Menanam semangat berkerjasama, tanggungjawab, taat setia dan

cintakan sekolah dan negara.

22

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
5. Mencungkil dan memupuk bakat kepimpinan di kalangan pelajar dalam

pengurusan unit dalam pertubuhan di sekolah.
6. Memupuk tali persahabatan di antara ahli-ahli.
7. Melalui latihan kawad dan pertandingan, pelajar dapat mematuhi

peraturan, undang-undang dan displin.

Aktiviti :
1. Perjumpaan mingguan
2. Latihan Kawad Kaki
3. Kursus
4. Pertandingan Kawad Kaki
5. Perkhemahan
6. Perbarisan
7. Peperiksaan Pertolongan Cemas
8. Jamuan Makan Malam
9. Kutipan Hari Bendera
10. Sukarela amal
11. Pameran

23

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
3.2 PENGURUSAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

3.2.1 PENDAFTARAN AHLI
Pendaftaran sebagai ahli BSMM boleh dilakukan secara online atau melalui
pengisian borangyang boleh didapati di cawangan BSMM. Yuran BSMM adalah berdasarkan
kategori keahlian. Di bawah merupakan contoh maklumat yang dikehendaki oleh BSMM.

24

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

3.2.2 PENDAFTARAN KUMPULAN
Penubuhan Pasukan Kanak-kanak Bulan Sabit Merah Malaysia mestilah

didaftarkan oleh Pemimpin Link. Sesebuah pasukan kanak-kanak mestilah
mempunyai keahlian sekurang-kurangnya 12 orang ahli untuk didaftarkan.
Pasukan kanak-kanak merupakan unit pertama dalam keluarga Bulan Sabit Merah
Malaysia sebelum seseorang ahli kanak-kanak itu memupuk minat, mempelajari
dan menguasai asa Bulan Sabit Merah pada peringkat awal. Pasukan kanak-
kanak Bulan Sabit Merah Malaysia terbuka kepada murid Tahap Dua yang terdiri
daripada Tahun 4 hingga Tahun 6. Oleh yang demikian, para pemimpin mestilah
mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa ahli bagi bergiat aktif dalam
kegiatan Bulan sabit Merah Malaysia di sekolah masing-masing. Kebenaran
bertulis daripada ibubapa merupakan salah satu daripada peraturan kokurikulum
yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Keahlian PBSMM di peringkat sekolah dan penubuhannya di peringkat
sekolah, PBSMM dibahagikan kepada 2 unit iaitu:

25

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

1. Unit Kanak-kanak (link) bagi ahli sekolah rendah
2. Unit Belia (Youth) bagi ahli sekolah menengah

Untuk menubuhkan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah
perlu mengikut prosedur sekolah dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Berikut merupakan langkah-langkah penubuhan PBSMM di peringkat sekolah.
1. Tubuh jawatankuasa penaja penubuhan PBSMM. (Tindakan : Guru)
2. Kemukakan permohonan bertulis kepada pengetua atau guru besar. (Tindakan:
Guru)
3. Terima dan kaji permohonan serta pertimbangkan sokongan kepada
permohonan. (Tindakan: Pengetua/ Guru Besar)
4. Jika lulus, mulakan proses permohonan pendaftaran sebagai unit gabungan
PBSMM.(Tindakan: Guru)
5. Dapatkan borang pendaftaran sama ada pasukan belia atau pasukan kanak-
kanak dan lengkapkan(dalam tiga salinan) (Tindakan: Guru)
6. Dapatkan borang pendaftaran keahlian, semua ahli perlu mendaftar dengan
menggunakan borang tersebut. (Tindakan: Guru)
7. Kutip borang yang diisi maklumat yang diperlukan berserta yuran pendaftaran
dan hantar borang pendaftaran pasukan dan pendaftaran keahlian kepada
setiausaha BSMM - cawangan. (Tindakan: Guru)
8. Terima borang pendaftaran dan yuran keahlian.(Tindakan: Setiausaha BSMM
cawangan)
9. Pertimbangkan permohonan pendaftaran yang diterima. (Tindakan: Setiausaha
BSMM cawangan)
10. Proses kad keahlian dan dihantar ke sekolah. (Tindakan: Setiausaha BSMM
cawangan)

26

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

11. Terima kelulusan pendaftaran dan kad keahlian. (Tindakan: Pengetua/ Guru
Besar)

12. Tubuh organisasi PBSMM di sekolah. (Tindakan: Penolong Kanan
Kokurikulum)

13. Dapatkan perlembagaan, sukatan pelajaran, skema latihan, skema penilaian
pencapaian, senarai aktiviti tahunan dan sebagainya. (Tindakan: Penolong Kanan
Kokurikulum)

14. Buat perancangan tahunan dan takwim perjumpaan serta aktiviti yang
dicadangkan. (Tindakan: Guru)

15. Sediakan laporan penubuhan PBSMM di sekolah dan hantar kepada JPN
negeri (Unit Kokurikulum) serta satu salinan kepada setiausaha BSMM cawangan.
(Tindakan: Pengetua/ Guru Besar/ Penolong Kanan Kokurikulum)

Sijil rasmi akan dikeluarkan oleh ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit
Merah Malaysia sebagai bukti bahawa sesebuah pasukan yang terdapat di
sekolah itu telah berdaftar. Kesatuan Bulan Sabit Merah di peringkat cabang
hendaklah memastikan bahawa pemimpin Pasukan Kanak-kanak diberikan
tauliah perlantikan sebagai pemimpin pasukan. Di samping itu, kad keahlian juga
akan dikeluarkan kepada para pemimpin.

Setelah kad keahlian dan sijil pendaftaran Pasukan Kanak-kanak
diperoleh, segala aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia boleh dijalankan. Semua
pemimpin pasukan boleh menjalankan aktiviti ini dengan berpandukan kepada
buku panduan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan Bukan Sabit Merah
Malaysia. Berdasarkan Buku Panduan Bulan Sabit Merah untuk kanak-kanak,
kebanyakan aktiviti lebih kepada pembentukan jati diri, latihan kepimpinan asas
pertolongan cemas, sejarah Bulan Sabit Merah dan Palang Merah serta undang-
undang kemanusiaan.

3.3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

27

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Peraturan penubuhan pasukan Kanak-kanak Bulan Sabit Merah Malaysia boleh
dirujuk melalui Buku Panduan No.2, Bulan Sabit Merah Malaysia. Antara perkara
berkaitan dengan penubuhan Pasukan Kanak-kanak adalah seperti berikut:

Pasukan Kanak-kanak

Pasukan ini ditubuhkan di sekolah rendah dengan pengetahuan asas seperti:

a) Kesihatan
b) Pertolongan Cemas
c) Persahabatan antarabangsa dan melatih ahli-ahli berfikir cara-cara

memberi pertolongan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Ahli-ahli juga digalakkan membuat permainan kanak-kanak dan gambar-gambar
berbuku untuk kanak-kanak di rumah kebajikan dan hospital.

Penaung

Apabila sesebuah Pasukan Kanak-kanak Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan
di sekolah rendah, Guru Besar agi sekolah berkenaan secara automatik akan
dilantik sebagai penaung bagi pasukan tersebut.

Pemimpin

Pemimpin (biasanya terdiri daripada guru yang menjaga) pasukan di sekolah
rendah yang dipanggil Pemimpin Kanak-kanak (Link Leader). Beliau akan dibantu
oleh Penolong Pemimpin Kanak-kanak.

Seksyen

Pasukan kanak-kanak boleh mempunyai dua atau lebih seksyen. Setiap seksyen
hendaklah mempunyai tidak kurang daripada 8 orang ahli. Setiap seksyen akan
diketuai oleh seorang ketua yang dipanggil ketua seksyen dan dibantu pula
penolong ketua seksyen.

Tanggungjawab pemimpin kanak-kanak

28

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Pemimpin kanak-kanak bertanggungjawab terhadap tatatertib latihan, kecekapan,
pakaian seragam, rekod dan kewangan pasukan kanak-kanak dan menentukan
pegawai-pegawai dan ahli menerima arahan-arahan tertentu untuk menjalankan
tugas. Dengan kelulusan jawatankuasa daerah, pemimpin perlu menganjurkan
kursus/ latihan berdasarkan sukatan pelajaran persatuan.

Tanggungjawab Penolong Pemimpin Kanak-kanak

Penolong Pemimpin Kanak-kanak membantu menjalankan tugas yang diserahkan
kepadanya oleh pemimpin dan memimpin pasukan Link semasa ketiadaan
pemimpinnya.

Tanggungjawab Ketua Utama Seksyen

Ketua utama seksyen bertanggungjawab kepada semua seksyen. Beliau perlu
menjalankan tugas yang telah diserahkan kepadanya oleh ketua pemimpin.
Semasa ketiadaan pemimpin atasan, tugas-tugas pasukan akan diserahkan
kepada beliau.

3.4 TAKWIM DAN PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

Jadual 1: Contoh Perancangan Tahunan
4.0 PENDIDIKAN BULAN SABIT MERAH

29

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
4.1 LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Lagu Bulan Sabit Merah” telah pertama kali dimainkan sewaktu perasmian rasmi
pertukaran nama pergerakan dari Palang Merah Malaysia ke Bulan Sabit Merah Malaysia.

Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara

Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Lirik: Dato Dol Ramli.
Lagu: Dato Johari Salleh.

4.2 COGAN KATA dan IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

30

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Perkara yang wajib dan diterangkan kepada pelajar ialah cogan kata dan bacaan
ikrar. Cogan kata bagi persatu BSMM ialah ‘BERKHIDMAT’. Ikrar pula ialah persetiaan
yang perlu difahami dan sentiasa dalam ingatan setiap ahli. Persetiaan ini adalah
mustahak pada waktu penerimaan ahli baharu.

Ikrar ini biasanya dibaca oleh semua pegawai dan ahli Bulan Sabit Merah Malaysia
sebagai janji atau persetiaan yang mereka akan menjalankan tugas dan tanggungjawab
sukarela kepada persatuan. Berikut ialah ikrar berkenaan:

BAHAWA KAMI, AHLI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, BELIA PERSATUAN

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DENGAN INI BERJANJI, AKAN TAAT KEPADA

TUHAN, SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG & YANG DIPERTUAN

NEGERI KAMI, BERDASARKAN PRINSIP RUKUN NEGARA, SERTA AKAN

BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA, MEMBANTU MEREKA YANG

SAKIT DAN MENDERITA, BERDASARKAN KEPADA PRINSIP PALANG MERAH DAN

BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT; KEMANUSIAN; KESAKSAMAAN;

KEBERKECUALIAN; KEBEBASAN; PERKHIDMATAN; SUKARELA;

KETUNGGALAN; KESEJAGATAN.

4.3 UNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

31

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Etika pemakaian Pakaian PBSM terbahagi kepada dua iaitu kategori pakaian
pelatih atau pelajar dan pakaian pemimpin. Perbezaan pakaian antara pelatih dan
pemimpin hanyalah dari segi bush jaket dan pangkat. Gambar di bawah adalah contoh
pakaian lengkap seragam pelajar dari kanak-kanak hingga remaja. Baju seragam dan
aksesori yang terdapat pada pakaian pelatih atau pelajar adalah seperti gambar di bawah:

Gambar 4: Uniform BSMM

32

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Gambar 5: Uniform No. 2 bagi pegawai lelaki

Gambar 5: Uniform No. 3 bagi pegawai lelaki

33

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Gambar 7: Uniform No. 2 bagi pegawai perempuan

Gambar 8: Uniform No. 5 Belia/ Kanak-kanak (Link) lelaki
34

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Gambar 9: Uniform No. 5 Belia/ Kanak-kanak (Link) Wanita

Gambar 10: Aksesori Uniform BSSM

35

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
5.0 PETI PERTOLONGAN CEMAS DALAM BULAN MERAH MALAYSIA

36

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan
perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering
dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis
dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali.Setiap rumah perlu
ada peti pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah,kilang,hotel dan
kawasan rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan
awam seperti bas, teksi, kapalterbang dan sebagainya.

Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah:

1. Dresing steril - beberapa saiz.

2. Plaster - beberapa saiz.

3. Bendej tiga segi ( kain anduh )

4. Pembalut kain kasa ( bendej penggulung )

5. Larutan Flavin ( Iodin)

6. Larutan atau krim antiseptik

7. Gunting kecil

Gambar 13: Peti pertolongan cemas

37

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Jadual 2: Peralatan asas yang perlu ada dalam peti

Setiap ahli BSSm perlu mengetahui kegunaan bahan dan peralatan di dalam peti pertolongan
cemas. Jadual dibawah menunjukkan fungsi alat dan bahan di dalam peti pertolongan cemas:

BIL PERKARA KEGUNAAN

1. Triangular bandage (kain anduh) Untul mengampu bahagian kecederaan/
kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang
2. Sterile eye pad didapati ada kepatahan tulang
Non-sterile gauze Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing
Melakukan pencucian/pembebat luka‡
3. Membuat balutan/memberi tekananpada
Sterile gauze perdarahan dan menstabilkankepatahan
KEGUNAAN
BIL PERKARA

38

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Elastic bandage/crepe bandage Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk
4. membalut luka dan jugakecederaan ringan
eg.
Roller bandage dislocation(terseliuh)
Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber
5. G l o v e - d i s p o s a b l e /nonsterile jangkitan
Memotong gauze/bandage
6. Scissor Melekatkan balutan dan pembebat
7. Adhesive tape
Melakukan pencucian/pembebatan luka
Sterile multi-trauma
8. Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada luka
sebelum membalut.
dressing/ gauze Mencuci luka pada kawasan sukar
Untuk antiseptic
9. Alcohol prep pads
Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar
10. Cotton buds
11. Acriflavine (ubat kuning) Melegakan kesakitan otot

Dettol (boleh diganti dengan
12.

Normal Saline solution 0.9%)
13. LMS solution (minyak kuda)

39

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

LAPORAN MINGGUAN

TARIKH PERKARA/ AKTIVITI
10 OGOS 2022 PENGENALAN KURSUS MPU 3062

17 OGOS 2022 TAKLIMAT BUKU LOG
24 OGOS 2022 BELAJAR KAWAD KAKI
7 SEPTEMBER 2022 BELAJAR IKATAN DAN SIMPULAN
BELAJAR SEJARAH UB, LAGU UB DAN IKRAR
14 SEPTEMBER 2022
21 SEPTEMBER 2022 UB
28 SEPTEMBER 2022 PERHIMPUNAN PAGI
PERHIMPUNAN PAGI
1 OKTOBER 2022 PENYELENGGARAAN DAN PENYELIAAN
5 OKTOBER 2022 KHEMAH BERSAMA TN HJ AHMADI
12 OKTOBER 2022 AMALI MASAKAN RIMBA
19 OKTOBER 2022 AMALI KAWAD KAKI, IKATAN DAN SIMPULAN
26 OKTOBER 2022
(25-28 OKTOBER MENJALANI PBS
PERKHEMAHAN) CUTI
2 NOVEMBER 2022
PERKHEMAHAN

PERHIMPUNAN PAGI

40

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

LAPORAN PERKHEMAHAN

TARIKH DAN MASA PERKARA/ AKTIVITI

25 Oktober 2022

(Selasa)

0730-1200 Taklimat penyediaan dan mendirikan khemah dan

gajet Unit Beruniform

1200-1400 Pengurusan diri / Merarau

1400-1600 Mendirikan Khemah dan pembinaan gajet

1600-2000 Pengurusan diri, makan malam, solat,

tazkirah/moral

2000-2200 Pandu arah, Peta Tapo, Komunikasi radio amatur

26 Oktober 2022 (Rabu)

0530-0630 Solat Subuh dan Tazkirah

0630-0730 Malaysia Cegas/Menaikkan Bendera/Lagu

Patriotik,Negaraku

0730-0800 Sarapan Pagi

0800-0900 Istiadat pagi, Pemeriksaan Khemah/Ujian Kraf

Perkhemahan

0900-1100 Kawad kaki/ Pertolongan Cemas

1100-1400 Pengurusan diri/ Merarau

1400-1600 Pertolongan cemas/ Kawad Kaki

1600-2000 Pengurusan diri, Solat, Tazkirah/Moral

2000-2200 Amali Pandu Arah

27 Oktober 2022

(Khamis)

0530-0530 Solat Subuh dan Tazkirah

0630-0730 Malaysia Cergas/Menaikkan bendera/Lagu

Patriotik,Negaraku

0730-0800 Sarapan Pagi

41

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

0800-0900 Istiadat Pagi, Pemeriksaan Khemah/Ujian kraf
Perkhemahan
0900-1200 Ikatan dan simpulan
1200-1400 Pengurusan diri, makan malam, solat tazkirah/moral
1400-1600 Ikatan dan simpulan
1600-2000 Pengurusan diri, makan malam, Solat tazkirah/moral
2000-2200 Ujian Masakan/ Masakan Rimba
28 Oktober 2022
(Jumaat)
0530-0630 Solat Subuh dan Tazkirah
0630-0730 Malaysia Cergas/Menaikkan bendera/Lagu
Patriotik,Negaraku
0730-0800 Sarapan Pagi
0800-1100 Istiadat pagi, Break Camp, Majlis Penangguhan
Rasmi
1100-1400 Merarau
1400-1600 Pembersihan Kawasan

42

FOLIO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Rujukan

Amir Hamzah Aman (2014). Bulan Sabit Merah Malaysia. Kuala Lumpur, Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (2000). Pendidikan Dalam Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah. Kuala Lumpur, Penerbit Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

43


Click to View FlipBook Version