The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU3062 BUKU LOG (MOHAMMAD FAIZUL BIN WILI)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shane.faizul, 2022-11-07 10:24:03

MPU3062 BUKU LOG (MOHAMMAD FAIZUL BIN WILI)

MPU3062 BUKU LOG (MOHAMMAD FAIZUL BIN WILI)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS BATU LINTANG

BM SK AMBILAN JUN 2021

KANDUNGAN BUKU LOG KRS

BAHAGIAN PERKARA MUKA
A
B SURAT
C
D BIODATA ANGGOTA
E
PENGHARGAAN
F
G CARTA ORGANISASI UNIT BERUNIFORM

SENARAI AHLI KUMPULAN

MAKLUMAT UNIT BERUNIFORM (KRS)

• Latar belakang, Sejarah Penubuhan KRS,

Kepentingan/Objektif, Perlembagaan

• Struktur dan Organisasi Pertubuhan
➢ Nama dan alamat berdaftar
➢ Tujuan KRS dan TKRS
➢ Pengertian logo
➢ Bendera
➢ Keahlian
➢ Pakaian Rasmi KRS & TKRS (Lelaki)
➢ Pakaian Rasmi KRS & TKRS (Perempuan)
➢ Jawatankuasa (Peringkat sekolah)
➢ Kewangan

• Lagu, Nota Lagu dan Bendera

PENULISAN LOG HARIAN

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

• Asas Kawad Kaki

• Kraf Perkhemahan

• Simpulan dan Ikatan

• Jalan Lasak dan Pandu Arah

• Pertolongan Cemas

BIODATA
ANGGOTA

NAMA PENUH : MOHAMMAD FAIZUL BIN WILI

IPG : KAMPUS BATU LINTANG

ALAMAT : KAMPUNG HULU KUALA MATU,

96250 MATU,

SARAWAK.

NO. TELEFON : 011-3196 9169

JAWATAN (KRS) : KETUA PLATUN CHARLIE

KUMPULAN : BAHASA MELAYU (SK)

AMBILAN : JUN 2021

NO. MATRIK : P04200646

ANGKA GILIRAN : 2021042340020

PENGHARGAAN

Assalamualaikum,

Bersyukur kepada ilahi kerana dengan izinnya kami sekumpulan dapat menyiapkan buku
log yang telah diusahakan selama ini. Buku log ini amat penting bagi kami kerana ini
merupakan salah satu syarat bagi memenuhi tugasan kerja kursus dalam subjek
kokurikulum- Unit Beruniform (MPU3062).

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua individu yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung membantu saya dalam usaha melengkapkan tugasan ini. Ucapan
terima kasih ini saya tujukan khusus buat pensyarah kursus Encik V. Rajasegara A/L Veloo
di atas bimbingan dan tunjuk ajar serta nasihat yang berfaedah sepanjang proses
penyediaan buku log ini.

Akhir kata, besarlah harapan saya agar segala usaha yang telah saya lakukan untuk
tugasan ini mendatangkan hasil bermanfaat kepada saya. Selain itu, saya juga berhasrat
agar dengan terhasilnya tugasan buku log ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan
tentang unit beruniform Kadet Remaja Sekolah

SENARAI
NAMA
AHLI

KUMPULAN

SENARAI NAMA AHLI KRS (PISMP JUN 2021)

BIL. NAMA KUMPULAN PLATUN
PENGAJIAN ALPHA
1 MOHAMAD SHAHRUL HAKIMI BIN BM (SK) ALPHA
MOHAMED RAZIF ALPHA
PIM 1 ALPHA
2 MUHAMMAD NAIM FAHMI BIN AHMAD ALPHA
AMIR SEJ (SK) ALPHA
ALPHA
3 RASMAN RIZAL GERANG ANAK CHARLES ALPHA
ALPHA
4 RUSSELL EMPIN ANAK WINSTON RANGGA SEJ (SK) ALPHA
BRAVO
5 MELORA AMATUS@ALBERT TESL (SJKC) BRAVO
BRAVO
6 NURUL SYAFIQAH BINTI SAIDIN BM (SK) BRAVO
7 NUR ATHIRAH BINTI HIBATULLAH BM (SK) BRAVO
BRAVO
8 HII YEE HUI SEJ (SJKC) BRAVO
BRAVO
9 THAIN YI CHI SEJ (SJKC) BRAVO
10 TIONG HIENG KUNG SEJ (SJKC) CHARLIE
11 NOOR FAEZAH BINTI ABDUL HALIM TESL (SJKC) CHARLIE
CHARLIE
12 A'RIF MIZAUDIN BIN SALAUDIN PIM 1
13 MUHAMMAD AIMAN BIN NAIM BM (SK)
14 INTAN NURHUSNA NAJIHA BINTI ASMUR BM (SK)

15 NOOR AINA NABILLA BINTI MOHD. SUHAIMI BM (SK)

16 FERDINAND BANTAN ANAK ANDRUS BM (SK)
17 NUR AIN NAJWA BINTI NAZARI TESL (SJKC)
18 MARYLYN VELARIE BOLOVIN SEJ (SK)
19 NUR SHAZANA BINTI ARSAD SEJ (SK)

20 MUHAMMAD FAHAD BIN MUHAMMAD PIM 1
FADZIL AMEER BM (SK)
SEJ (SK)
21 IMERXIA WEE

22 DJOEYNNA JOECY ANAK SPILAK

23 NURUL IZZATUL ZULAIKHA BINTI AHMAD BM (SK) CHARLIE
ZAIDI BM (SK) CHARLIE
PIM 2 CHARLIE
24 MOHAMMAD FAIZUL BIN WILI PIM 2 CHARLIE
TESL (SK) 1 DELTA
25 SITI NURSYAHIRAH BINTI ABD HAMID SEJ (SK) DELTA
SEJ (SK) DELTA
26 AHMAD HAZIQ HAMDANI BIN AZHAN SEJ (SK) DELTA
SYAMIL BM (SK) DELTA
BM (SK) DELTA
27 MATTHAIZ RISOB ANAK JEFFREY TESL (SJKC) DELTA
BM (SK) DELTA
28 MOHD WAFIQ AZIQ WAKERAN SEJ (SK) DELTA
PIM 2 DELTA
29 SPENCER NGAT ANAK SIBAT

30 RACHEL ELEANOR ANAK JERRY MANCHA

31 NURSYUHADA BINTI OMAR OJEK

32 NOR BAIDURI AMIRA BINTI ABD AZIZ

33 ALESSANDRA SENAN HENRY LALET

34 NUR AIMIE ILYANI MOHAMAD MARDY

35 ARNIE ARDIANA BINTI MOHD NASRUDDIN

36 NOR LIYANA BINTI AHMAD SUKAIMI



MAKLUMAT
UNIT BERUNIFORM

SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad
Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala
Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera
Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan
Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang
pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan | dan 2. Matlamat utama
penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN,
DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketerampilan selaras
dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah
Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan
ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah
sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah
Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul
Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek.
Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang . Selangor di bawah pimpinan En. Abu
Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di
seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara
rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan
pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan
Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis
mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah
dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar
pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau
bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA
ISLAM (KRIS).

Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian
Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan
dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah

membuat keputusan agar nama pasukan ini difukar kepada KADET REMAJA
SEKOLAH KRS | yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama
ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH
Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam
1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri
Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan
Kepong, Kuala Lumpur.

1. LATAR BELAKANG

1.1 Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah
pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan
Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi
membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum
kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar
bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian
mash banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi
yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita
perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualifi serta mempunyai
perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani
dan intelek (JERI).

1.2 Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah ( KRS) dan Tunas Kadet
Remaja Sekolah ( TKRS ) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah
menengah/rendah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai
salah satu pasukan Badan Beruniform di sekolah. Kewujudan KRS/TKRS
sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar
berdasarkan objektif yang dikemukakan.

2. RASIONAL

2.1 MemberI peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri
dalam Pasukan Pakaian Seragam.

2.2 Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat membantu
mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid sekolah seperti
penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.

2.3 Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan
satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang
dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

2.4 Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia
yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah
pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar cemerlang yang berminat, berakhlak mulia, berilmu dan
berketrampilan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arah
menjayakan Wawasan 2020.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan
negara.

4.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
keterampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif
dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

4.3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di
kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan
integrasi nasional.

4.4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.

4.5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan,
pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

5.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS peringkat
Kebangsaan, Negeri dan Daerah ialah seminar dan bengkel konsep dan operasi
KRS/TKRS. Kursus Pemimpin di peringkat sekolah menumpukan kepada aspek-
aspek pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS. Bagi Tunas Kadet Remaja Sekolah (
TKRS ) dicadangkan supaya ditubuhkan di semua sekolah rendah seluruh
Malaysia agar murid-murid didedahkan lebih awal mengenai Kadet Remaja
Sekolah seperti mana pasukan pakaian seragam yang lain ( Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Pergerakan Puteri Islam
Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, St. John Ambulans Malaysia,
Pasukan Pancaragam dan Seni Bela Diri).

1.0 Nama dan Alamat Berdaftar
1.1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah
atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja
Sekolah ( TKRS) bagi Sekolah Rendah.
1.2 Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS:
a. Peringkat Kebangsaan:
Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3 & 4, Blok E2
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Kuala Lumpur.
b. Peringkat Negeri:
Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan
c. Peringkat Daerah:
Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan
d. Peringkat sekolah
Sekolah berkenaan
e. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh
Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa.

2.0 Tujuan
2.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
keterampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi
pelbagai cabaran kehidupan.
2.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan
ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang

mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020.

2.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna
dadah, budaya lepak dan juvana.

2.4 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan
pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran,
kebolehan mengurus dan memimpin.

2.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama,
bangsa dan Negara Malaysia.

2.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

2.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan
mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serra berkeupayaan untuk
bertindak sewajarnya.

3.0 Pengertian Logo

3.1 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak
sihat.

3.2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara
Malaysia.

3.3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan
berketerampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

3.4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan
yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan
kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

3.6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang
mempertahankan negara yang tercinta.

3.7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan
Negara Malaysia.

3.8 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

4.0 Bendera & Cogan Kata
4.1 Warna hijau melambangkan
a. Tunas muda/remaja yang masih belum dibentuk.
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS

4.2 Cogan kata KRS/TKRS ‘ILMU IMAN AMAL’

a. ILMU : Asas keintelektualan dan keterampilan ahli KRS/TKRS.

b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.

c. AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan
merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

5.0 KEAHLIAN

5.1 Keahlian KRS/TKRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan.

5.2 Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di
institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 5. 1.

5.3 KRS/TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh
institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan.

5.4 Keahlian KRS/TKRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau
diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti
yang dinyatakan di atas.

5.5 Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar tahap lI (tahun 4, 5 & 6) di
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

5.6 Ahli KRS / TKRS yang bertukar ke sekolah / negeri lain, keahlian asal
masih diterima pakai.

6.0 PAKAIAN RASMI KRS

6.1 LELAKI
➢ Beret berwarna Sherwood Dark Green.
➢ Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green.
➢ Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. (Ukuran kaki 40 cm - 46 cm)
➢ Tali wisel merah.
➢ Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS.
➢ Spike boot.

6.2 Perempuan
➢ Beret berwarna Sherwood Dark Green.
➢ Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan
warna Sherwood Dark Green.
➢ Seluar panjang warna Sherwood Dark Green.
➢ Spike boot.
➢ Tali wisel merah.
➢ Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.

7.0 Pakaian Rasmi TKRS
7.1 Lelaki
➢ Beret berwarna Sherwood Dark Green.
➢ Baju kemeja lengan pendek warna hijau muda ( L 109 )
➢ Seluar sekolah. (Ukuran kaki 20 cm - 30 cm)
➢ Tali wisel merah.
➢ Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS.
➢ Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam
7.2 Perempuan
➢ Beret berwarna Sherwood Dark Green.
➢ Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan
warna hijau muda ( L 109 ).
➢ Seluar /Kain Sekolah.
➢ Tali wisel merah.

➢ Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam
➢ Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark

8.0 Jawatankuasa Peringkat Sekolah:

a. Penaung : Pengarah Pelajaran Negeri
b. Penasihat : PPD
c. Pengerusi : Pengetua / Guru Besar
d. Timbalan Pengerusi : Pen. Kanan Kokurikulum
e. Setiausaha : Dilantik
f. Penolong Setiausaha : Dilantik
g. Bendahari : Dilantik
h. Ahli-ahli : (7 orang Dilantik + Ketua Platun

i. Juruaudit KRS/TKRS)
(2 orang) : Di kalangan guru

8.1 Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftar
sekolah.

8.2 Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak
menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia.

8.3 Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada
Jawatankuasa Peringkat Sekolah.

8.4 Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program
KRS/TKRS

8.5 Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan
lagi aktiviti KRS/TKRS.

9.0 Kewangan

9.1 Setiap ahli KRS/TKRS dikenakan yuran tahunan sebanyak RM 2.00

9.2 Bendahari bertanggungjawab menguruskan segala yang berkaitan dengan
kewangan KRS/TKRS

9.3 Penyata kewangan KRS/TKRS hendaklah disediakan oleh Bendahari dan
diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira, mengikut Perlembagaan serta disahkan
oleh penolong pendaftar.

9.4 Dua orang guru yang bukan pemimpin KRS/TKRS dilantik dalam mesyuarat
oleh Penolong Pendaftar sebagai Pemeriksa kira-kira atau Juruaudit.

9.5 Pemeriksa kira-kira dikehendaki memeriksa kewangan KRS dari semasa ke
semasa atas arahan penolong pendaftar.

PENULISAN
LOG

HARIAN

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN

PERJUMPAAN Minggu 1
TARIKH 10 Ogos 2022 (Rabu)
MASA 0715 pagi – 0930 pagi
TEMPAT Foyer IPGKBL & Bilik Kuliah 1f4
PENSYARAH ENCIK V. RAJASEGARA A/L M.VELOO

PERKARA ISI KANDUNGAN CATATAN

Perhimpunan Perhimpunan unit beruniform buat

pertama kali yang diketuai oleh Tn Hj

Ahmadi Bin Amnan.

Nyanyian Negaraku dan Ibu Pertiwiku

Siswa guru keluar baris untuk

berkumpul mengikut unit beruniform

masing-masing.

Aktiviti Unit Beruniform Pelantikan ahli jawatankuasa bagi

unit beruniform
Sesi suai kenal di antara guru
penasihat dan ahli-ahli unit
beruniform
Siswa guru bersurai ke kelas masing-

MPU 3062 masing
Siswa guru mendengar taklimat RMK
mengenai kursus MPU 3062 dan
taklimat berkenaan daripadapensyarah
kursus tersebut bagi
setiap kelas masing-masing.
Aktiviti Unit Beruniform Berakhir

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN

PERJUMPAAN Minggu 2
TARIKH 17 Ogos 2022 (Rabu)
MASA 0715 pagi – 0930 pagi
TEMPAT Foyer IPGKBL & Bilik Kuliah 1f4
PENSYARAH ENCIK V. RAJASEGARA A/L M.VELOO

PERKARA ISI KANDUNGAN CATATAN

Perhimpunan Perhimpunan unit beruniform buat

pertama kali yang diketuai oleh Tn Hj

Ahmadi Bin Amnan.

Nyanyian Negaraku dan Ibu Pertiwiku

Siswa guru keluar baris untuk

berkumpul mengikut unit beruniform

masing-masing.

Aktiviti Unit Beruniform Penerangan mengenai baju aktiviti dan

baju uniform Kadet Remaja Sekolah

yang perlu dibeli dan dipakai setiap kali

perjumpaan

MPU 3062 Siswa guru mendengar taklimat
mengenai asas kawad kaki dan berlatih
cara kawad kaki yang betul

Aktiviti Unit Beruniform Berakhir

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN

PERJUMPAAN Minggu 3
TARIKH 24 Ogos 2022 (Rabu)
MASA 0715 pagi – 0930 pagi
TEMPAT Foyer IPGKBL & Bilik Kuliah 1f4
PENSYARAH ENCIK V. RAJASEGARA A/L M.VELOO

PERKARA ISI KANDUNGAN CATATAN

Perhimpunan Perhimpunan unit beruniform buat

pertama kali yang diketuai oleh Tn Hj

Ahmadi Bin Amnan.

Nyanyian Negaraku dan Ibu Pertiwiku

Siswa guru keluar baris untuk

berkumpul mengikut unit beruniform

masing-masing.

Aktiviti Unit Beruniform Siswa guru bersurai ke kelas masing-

Masing.

MPU 3062 Siswa guru belajar tentang jenis ikatan
dan simpulan beserta fungsi serta cara
untuk melakukan ikatan dan simpulan.

Aktiviti Unit Beruniform Berakhir

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN

PERJUMPAAN Minggu 4
TARIKH 7 September 2022 (Rabu)
MASA 0715 pagi – 0930 pagi
TEMPAT Foyer IPGKBL & Bilik Kuliah 1f4
PENSYARAH ENCIK V. RAJASEGARA A/L M.VELOO

PERKARA ISI KANDUNGAN CATATAN

Perhimpunan Perhimpunan unit beruniform buat

pertama kali yang diketuai oleh Tn Hj

Ahmadi Bin Amnan.

Nyanyian Negaraku dan Ibu Pertiwiku

Siswa guru keluar baris untuk

berkumpul mengikut unit beruniform

masing-masing.

Aktiviti Unit Beruniform Siswa guru bersurai ke kelas masing-

masing

MPU 3062 Siswa guru mendengar tentang sejarah
Unit Beruniform, menyanyikan lagu
Unit Beruniform masing-masing
beserta lafaz ikrar.

Aktiviti Unit Beruniform Berakhir

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN

PERJUMPAAN Minggu 5
TARIKH 14 September 2022 (Rabu)
MASA 0715 pagi – 0930 pagi
TEMPAT Foyer IPGKBL
PENSYARAH Tn Hj Ahmadi Bin Amnan

PERKARA ISI KANDUNGAN CATATAN

Perhimpunan Perhimpunan unit beruniform buat

pertama kali yang diketuai oleh Tn Hj

Ahmadi Bin Amnan.

Nyanyian Negaraku dan Ibu Pertiwiku

Siswa guru keluar baris untuk

berkumpul mengikut unit beruniform

masing-masing.

Aktiviti Unit Beruniform Siswa guru bersurai ke kelas masing-

masing

MPU 3062

Aktiviti Unit Beruniform Berakhir

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN

PERJUMPAAN Minggu 6
TARIKH 21 September 2022 (Rabu)
MASA 0715 pagi – 0930 pagi
TEMPAT Foyer IPGKBL
PENSYARAH ENCIK V. RAJASEGARA A/L M.VELOO

PERKARA ISI KANDUNGAN CATATAN

Perhimpunan Perhimpunan unit beruniform buat

pertama kali yang diketuai oleh Tn Hj

Ahmadi Bin Amnan.

Nyanyian Negaraku dan Ibu Pertiwiku

Siswa guru keluar baris untuk

berkumpul mengikut unit beruniform

masing-masing.

Aktiviti Unit Beruniform Siswa guru bersurai ke kelas masing-

masing

MPU 3062

Aktiviti Unit Beruniform Berakhir

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN

PERJUMPAAN Minggu 7
TARIKH 28 September 2022 (Rabu)
MASA 0715 pagi – 0930 pagi
TEMPAT Foyer IPGKBL/Padang Golf
PENSYARAH Tn Hj Ahmadi Bin Amnan

PERKARA ISI KANDUNGAN CATATAN
Perhimpunan Perhimpunan unit beruniform buat
pertama kali yang diketuai oleh Tn Hj
Ahmadi Bin Amnan.
Nyanyian Negaraku dan Ibu Pertiwiku
Siswa guru keluar baris untuk
berkumpul di padang golf

Siswa guru diminta untuk
menyelenggara dan menyemak setiap
khemah mengikut kumpulan Unit
Beruniform masing-masing.
Aktiviti Unit Beruniform Berakhir

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN

PERJUMPAAN Minggu 8
TARIKH 10 Ogos 2022 (Rabu)
MASA 0715 pagi – 0930 pagi
TEMPAT Foyer IPGKBL/Bilik Kuliah 1f4
PENSYARAH ENCIK V. RAJASEGARA A/L M.VELOO

PERKARA ISI KANDUNGAN CATATAN

Perhimpunan Perhimpunan unit beruniform buat

pertama kali yang diketuai oleh Tn Hj

Ahmadi Bin Amnan.

Nyanyian Negaraku dan Ibu Pertiwiku

Siswa guru keluar baris untuk

berkumpul mengikut unit beruniform

masing-masing.

Aktiviti Unit Beruniform Siswa guru bersurai ke kelas masing-

masing

MPU 3062 Siswa guru menjalani amali kawad kaki
asas statik dan dinamik serta amali
ikatan dan simpulan.

Aktiviti Unit Beruniform Berakhir

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN

PERJUMPAAN Minggu 9
TARIKH 26 Oktober 2022 (Rabu)
MASA 0715 pagi – 2200 malam
TEMPAT Kawasan Auditorium TAZA
PENSYARAH Tn Hj Ahmadi Bin Amnan

PERKARA ISI KANDUNGAN CATATAN
Perkhemahan Unit Siswa guru menjalani perkhemahan
Beruniform
selama 4 hari 3 malam bermula 25
Oktober sehingga 28 Oktober

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN

PERJUMPAAN Minggu 10
TARIKH 2 November 2022 (Rabu)
MASA 0715 pagi – 0930 pagi
TEMPAT Foyer IPGKBL
PENSYARAH ENCIK V. RAJASEGARA A/L M.VELOO

PERKARA ISI KANDUNGAN CATATAN

Perhimpunan Perhimpunan unit beruniform buat

pertama kali yang diketuai oleh Tn Hj

Ahmadi Bin Amnan.

Nyanyian Negaraku dan Ibu Pertiwiku

Siswa guru keluar baris untuk

berkumpul mengikut unit beruniform

masing-masing.

Aktiviti Unit Beruniform Siswa guru bersurai ke kelas masing-

masing

MPU 3062

Aktiviti Unit Beruniform Berakhir

PENULISAN
REFLEKSI
(PERKHEMAHAN)

PENULISAN PELAJARAN (PERKHEMAHAN)

KURSUS : PERKHEMAHAN
TARIKH : 25 OKTOBER 2022
HARI : SELASA
LOKASI : IPG KAMPUS BATU LINTANG

MASA AKTIVITI CATATAN
0730 pagi Berkumpul di kafe lama bersama Tuan Hj Ahmadi dan
0735 pagi Guru Penasihat Unit Beruniform masing-masing
0740 pagi Ketua Unit Beruniform melaporkan kehadiran unit
0800 pagi masing-masing kepada Tuan Hj Ahmadi
Mendengar taklimat dan penerangan tentang
0815 pagi perkhemahan MPU3062
Menyemak alatan perkhemahan dan peralatan untuk
0830 pagi masakan yang disediakan oleh Jabatan Gerak Kerja
Kokurikulum
1030 pagi Berkumpul di tapak perkhemahan mengikut Unit
1230 tengahari Beruniform masing-masing dan melakukan
pembahagian tugas.
Mula mendirikan khemah, membina gajet dan
menyiapkan bahan untuk memasak

• Khemah Iglu dan Khemah A
• Tripod bendera, rak peralatan, meja dapur, tong

sampah
Kumpulan yang bertugas untuk memasak mula
memasak setelah meja dapur siap dibina
Berehat untuk makan tengahari

1300 petang Membersihkan tapak perkhemahan, mencuci peralatan
1330 petang masak
Balik ke asrama untuk rehat dan solat

1500 petang Mendengar taklimat berkenaan buku log
1730 petang
Kumpulan memasak mula menyediakan makanan
1830 petang makan malam.
2000 malam Kumpulan lain mengemas lebihan buluh-buluh,
2200 malam membuat sempadan dan membina gerbang pintu KRS.
Semua ahli KRS berkumpul untuk makan malam.
Kemudian balik ke asrama untuk pengurusan diri, solat
dan rehat.
Mendengar taklimat di Foyer Pentadbiran tentang radio
amatur oleh Tuan Mahdi dan taklimat pandu arah oleh
Tuan Nor Aznan.
Bersurai

PENULISAN HARIAN (PERKHEMAHAN)

TAJUK : Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform
TARIKH :
HARI : 25.10.2022
LOKASI : Selasa
Cafe Lama, TAZA, Dewan Brooke, Foyer
KEKUATAN : Pentadbiran
JURULATIH : 158 (36 orang anggota KRS)

SUB TAJUK : 1. Mejar Nor Aznan bin Hj Mahmood (KRS)
2. Mejar Mahadi bin Khalid (KRS)
3. Kapten Dr Agatha Francis Umbit (KRS)
4. Kapten Salehudin bin Hj Sabar (KRS)
5. Tuan Mahdi
Mendirikan Khemah, Gajet Unit Beruniform,
Taklimat Radio Amatur dan Pandu Arah

Seawal jam 0730 pagi semua guru pelatih yang mengambil kursus berkumpul
di cafe lama. Perhimpunan dimulakan dengan laporan kehadiran kepada jurulatih,
Tuan Haji Ahmadi oleh ketua unit beruniform masing-masing. Setelah itu semua
peserta mendengar tentang taklimat berkenaan perkhemahan keselamatan dan
panduan sepanjang sesi perkhemahan 4 hari 3 malam. Tuan Haji Ahmadi kemudian
meminta setiap unit beruniform untuk menghantar AJK Peralatan masing-masing
untuk mendapatkan perkakas memasak dan makan yang dibekalkan oleh pihak
GERKO.

Sementara AJK Peralatan menyemak perkakas, semua ahli lain diminta untuk
berkumpul di tepi dan belakang TAZA mengikut unit beruniform masing-masing.
Semasa dalam unit beruniform KRS, ketua unit, Tuan Wafiq, mengagihkan tugas
untuk setiap platun. Antara tugas yang dijalankan seperti mendirikan khemah,
membina gadjet, membersihkan tapak perkhemahan dan mengangkut perkakas
memasak yang sudah habis disemak. Anggota KRS telah membina gajet tripod
bendera, rak dapur, tong sampah dan rak pinggan.

Setelah khemah dapur dan meja dapur selesai dibina, kumpulan memasak
mula menyediakan bahan untuk makan tengah hari sementara kumpulan lain
menyiapkan dan menyempurnakan gajet. Setelah selesai, dalam jam 1230 tengah
hari, semua ahli KRS berkumpul untuk rehat dan makan makanan yang disediakan.
Makanan pada hari tersebut ialah tomyam campur, telur dadar, nasi putih dan air oren.
Setelah habis makan, semua ahli KRS mengemas tempat makan dan mencuci
peralatan memasak. Sekitar jam 1330 petang, semua ahli KRS dibenarkan untuk balik
ke bilik untuk pengurusan diri, mandi solat dan rehat sebelum aktiviti seterusnya.

Jam 1500 petang, semua ahli KRS berkumpul di Dewan Brooke untuk
mendengar taklimat daripada Dr Agatha berkenaan buku log unit beruniform. Setelah
selesai, semua ahli kembali ke tapak perkhemahan. Platun yang memasak mula
menyediakan bahan masakan menggunakan bahan mentah dan sayur yang
dibekalkan. Manakala ahli lain menyambung tugas untuk membuat sempadan tapak
KRS dan mendirikan pintu gerbang KRS. Sekitar jam 1830 petang, makan telah siap
dihidang dan ahli mula menjamu selera. Menu pada petang tersebut ialah ayam
masak kicap, sayur kubis, nasi putih dan air sirap. Kemudian semua ahli bersiap untuk
balik ke bilik untuk sesi pengurusan diri dan solat.

Jam 2000, semua ahli unit beruniform berkumpul di foyer pentadbiran. Tuan
Mahdi memberikan taklimat berkenaan radio amatur manakala Tuan Nor Aznan
memberikan taklimat berkenaan Pandu Arah. Taklimat selesai lebih kurang jam 2230
dan semua siswa guru balik ke bilik untuk rehat

PENULISAN PELAJARAN (PERKHEMAHAN)

KURSUS : PERKHEMAHAN
TARIKH : 26 OKTOBER 2022
HARI : RABU
LOKASI : IPG KAMPUS BATU LINTANG

MASA AKTIVITI CATATAN

0730 pagi Semua peserta perkhemahan berkumpul di hadapan
TAZA untuk perhimpunan pagi

0830 pagi Semua peserta pulang ke tapak perkhemahan masing-
masing.

Ahli KRS mula mengemas khemah dan khemah dapur,

mengutip daun-daun kering dan sampah untuk tujuan

penilaian dari juri.

0930 pagi Semua peserta bergerak ke Dewan Brooke untuk
taklimat pertolongan cemas (CPR) yang disampaikan

oleh Tuan Jamu.

1100 pagi Semua peserta diarahkan untuk kembali ke tapak
perkhemahan. Kumpulan KRS yang memasak mula

untuk menyediakan makan tengah hari.

1230 tengahAhli KRS berkumpul di tapak perkhemahan untuk
hari menjamu selera

1300 petang Semua peserta dibenarkan balik ke bilik untuk sesi
pengurusan diri, solat dan rehat

1500 petang Semua peserta berkumpul di hadapan TAZA untuk

melaksanakan aktiviti bearing secara berkumpulan

dalam unit beruniform masing-masing. Seorang ahli

pengakap yang mahir ditugaskan untuk mengendalikan

setiap kumpulan.

Setelah selesai setiap kumpulan akan bertukar peta

dengan kumpulan lain dan membaca bearing mereka.

1700 petang Platun KRS yang bertugas mula untuk menyiapkan
1800 petang hidangan makan malam manakala ahli lain mengemas
tapak perkheman dan membantu perkara yang patut.
2030 malam Semua platun berkumpul di dalam kafe lama untuk
2200 malam makan kerana tapak perkhemahan agak becak kerana
hujan.
Setelah selesai makan, semua peserta kembali ke bilik
masing-masing untuk pengurusan diri, solat dan rehat.
Ahli KRS berkumpul di dalam kafe lama diketuai oleh
ketua KRS untuk membuat latihan kawad kaki dan ikatan
dan simpulan.
Bersurai

PENULISAN HARIAN (PERKHEMAHAN)

TAJUK : Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform
TARIKH :
HARI : 26.10.2022
LOKASI : Rabu
Tapak Perkhemahan, Hadapan Taza, Dewan
KEKUATAN : Brooke, Kafe lama
JURULATIH : 158 peserta (36 orang KRS)
1. Kapten Dr Agatha Francis Umbit (KRS)
SUB TAJUK : 2. Tuan Jamu
3. Tuan Kamarudzaman
Taklimat Pertolongan Cemas, Aktiviti Bearing,
Latihan Kawad kaki & Ikatan dan Simpulan

Seawal jam 0730 pagi semua peserta telah berkumpul dengan pakaian uniform
masing-masing di hadapan TAZA untuk perhimpunan dan perbarisan istiadat. Selesai
sahaja perbarisan istiadat, semua peserta diminta untuk kembali ke tapak
perkhemahan masing-masing dan mengemas kawasan tapak perkhemahan sebelum
dinilai oleh juri. Ketua KRS memaklumkan berkenaan aktiviti seterusnya. Setelah itu
semua peserta kembali ke bilik semula untuk menukar pakaian kepada pakaian
aktiviti.

Jam 0930 pagi, semua peserta berkumpul semula di Dewan Brooke untuk
mendengar taklimat berkenaan pertolongan cemas (CPR) yang disampaikan oleh
Tuan Jamu dan dua orang wakil dari Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Setelah
selesai taklimat, Tuan Jamu meminta dua orang wakil dari setiap unit beruniform untuk
menjalankan CPR. Setelah selesai, semua peserta dibenarkan kembali ke kawasan
perkhemahan dan bersedia untuk makan tengah hari. Ahli KRS yang bertugas untuk
memasak telah menyediakan masakan ayam sos, telur dadar, kubis goreng, nasi putih
dan air oren untuk makan tengah hari. Sekitar jam 1300 semua ahli KRS telah selesai
makan dan pulang ke bilik masing-masing untuk pengurusan diri, solat dan rehat.

Jam 3 petang semua peserta berkumpul di hadapan TAZA untuk menjalankan
aktiviti Bearing yang dibimbing oleh pasukan Pengakap diketuai oleh jurulatih Tuan
Kamarudzaman. Beliau meletakkan seorang ahli pengakap untuk setiap kumpulan
kecil bagi membimbing mereka berkenaan bearing. Semua kumpulan mengikut ketua
pengakap masing-masing dan mencipta peta sekitar IPG menggunakan bearing di
samping membuat klu untuk setiap tempat sebagai checkpoint. Setelah selesai setiap
kumpulan bertukar peta dengan kumpulan lain. Mereka diminta untuk membaca peta
tersebut dan pergi ke setiap checkpoint menggunakan klu yang diberikan. Setelah
selesai aktiviti, semua peserta kembali ke tapak perkhemahan masing-masing.

Ahli KRS yang bertugas untuk memasak mula menyediakan bahan untuk
memasak. Menu petang tersebut ialah ikan goreng dan kuah kicap, kubis goreng, labu
air goreng, nasi putih dan air sirap. Setelah selesai makan, semua peserta kembali ke
bilik masing-masing untuk pengurusan diri, solat dan rehat. Pada sebelah malam,
tiada aktiviti yang dijalankan. KRS memanfaatkan masa ini untuk berlatih kawad kaki
serta ikatan dan simpulan. Latihan kadad kaki statik dan dinamik diketuai oleh Tuan
Arif, Tuan Akim, Tuan Naim dan Tuan Wafiq manakala latihan ikatan dan simpulan
dibantu oleh mereka yang mahir dalam setiap ikatan dan simpulan tersebut. Setelah
selesai lebih kurang jam 2200 malam, semua ahli KRS kembali ke bilik masing-masing
untuk rehat.

PENULISAN PELAJARAN (PERKHEMAHAN)

KURSUS : PERKHEMAHAN

TARIKH : 27 OKTOBER 2022

HARI : KHAMIS

LOKASI : IPG KAMPUS BATU LINTANG

MASA AKTIVITI CATATAN
0530 pagi
0630 pagi Platun Charlie (KRS) datang ke tapak perkhemahan
0730 pagi untuk menyediakan sarapan.

0800 pagi Semua peserta datang ke tapak perkhemahan masing-
masing untuk bersarapan.
0815 pagi
0900 pagi Semua peserta berkumpul di hadapan TAZA untuk
1015 pagi istiadat perbarisan. Setelah selesai, peserta-peserta
bersurai ke tapak perkhemahan masing-masing untuk
mengemas bagi penilaian juri

Semua peserta berkumpul di gelanggang bola baling
untuk latihan kawad yang diketuai oleh Mejar Mahadi bin
Hj Khalid

Ketua KRS menyusun kedudukan anggotanya
sementara menunggu kedatangan jurulatih.

Latihan asas kawad kaki dimulakan. Jurulatih membuat
demonstrasi kemudian diikuti oleh kesemua peserta.

Latihan kawad kaki tamat. Semua peserta perkhemahan
kembali ke tapak perkhemahan masing-masing untuk
berehat.

1115 pagi Platun Charlie KRS mula menyediakan hidangan untuk
1300 petang makan tengahari. Anggota yang lain berkumpul di kafe
lama untuk amali ikatan dan simpulan
1430 petang
Makan tengahari siap dihidang. Semua ahli KRS
1600 petang menjamu makan tengahari. Setelah selesai, semua
1815 petang peserta perkhemahan kembali ke bilik masing-masing
untuk pengurusan diri, solat dan rehat.
1845 petang
1915 malam Beberapa orang ahli KRS lelaki mula mencari buluh,
2030 malam kelapa dan kayu api untuk masakan rimba manakala ahli
2155 malam perempuan mula menyediakan bahan untuk masakan
2200 rimba.

Ahli lelaki mula menghidupkan api. Ahli perempuan terus
memasak sejurus api berjaya dihidupkan.

Masakan rimba pun sudah siap. Hiasan pada hidangan
juga sangat cantik. Menu masakan rimba daripada
semua unit beruniform mula dibawa ke cafe lama untuk
penilaian. Platun Charlie mula menyiapkan makan
malam.

Semua peserta kembali ke bilik untuk pengurusan diri,
solat dan rehat.

Semua ahli KRS pergi ke kafe lama untuk makan malam.
Selesai makan, beberapa orang anggota KRS mula
berlatih untuk persembahan malam kebudayaan.

Semua peserta perkhemahan berkumpul di Dewan
Brooke untuk malam kebudayaan dan persembahan dari
semua unit beruniform.

Nyanyian lagu Negaraku kemudian ucapan daripada
ketua jurulatih Tuan Hj Ahmadi.

Bersurai

PENULISAN HARIAN (PERKHEMAHAN)

TAJUK : Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform
TARIKH :
HARI : 27.10.2022
LOKASI : Khamis
Tapak Perkhemahan, Hadapan TAZA,
KEKUATAN : Gelanggang Bola Baling, Dewan Brooke
JURULATIH : 158 (36 orang KRS)
1. Kapten Dr Agatha Francis Umbit (KRS)
SUB TAJUK : 2. Mejar Mahadi Hj Khalid
3. Semua Penasihat UB
Amali kawad kaki, Amali masakan rimba, Malam
Kebudayaan

Seawal jam 0530 pagi Platun Charlie (KRS) datang ke tapak perkhemahan
untuk menyediakan sarapan untuk ahli KRS. Menu pagi tersebut ialah teh o panas
dan cucur ikan bilis. Setelah selesai masak, beberapa orang ahli KRS sudah sampai.
Platun Charlie kembali ke bilik untuk bersiap. 0630 pagi semua ahli KRS bersarapan
di tapak perkhemahan. Seperti biasa selesai sarapan, jam 0730 pagi, semua peserta
perkhemahan mula berkumpul di hadapan TAZA untuk istiadat perbarisan. Semasa
perbarisan, Tuan Kamarudzaman mula menyusun semula kedudukan setiap UB dan
menerangkan mengapa susunannya sedemikian.

Selesai istiadat pagi, semua UB terus bergerak ke gelanggang bola baling
untuk latihan dan amali kawad kaki yang bakal diketuai oleh Mejar Mahadi Hj Khalid.
Sementara menunggu beliau tiba, ketua UB KRS mula menyusun kedudukan ahli
KRS. Jam 0900 pagi, Mejar Mahadi tiba. Beliau mula menerangkan serba sedikit
berkenaan kawad. Kemudian menunjukkan beberapa pergerakan kawad kaki statik
dan meminta peserta untuk mengikut arahannya. Semasa aktiviti kawad kaki,
beberapa orang peserta mula berasa tidak sihat dan dibenarkan untuk berehat.
Latihan dan amali kawad kaki tamat sekitar jam 1015 pagi. Semua peserta kembali ke
khemah masing-masing.

Jam 1100 pagi Platun Charlie mula menyediakan bahan masakan untuk makan
tengahari. Sementara itu, ahli lain berkumpul di dalam cafe lama bersama Tuan Dr
Agatha untuk menjalani amali ikatan dan simpulan. Setelah selesai, semua ahli
menjamu selera makan tengahari tersebut. Menu tengari tersebut ialah ayam masak
kunyit, telur dadar, nasi putih dan air sirap. Setelah selesai makan, ahli KRS
dibenarkan untuk kembali ke bilik untuk pengurusan diri, solat dan rehat. Beberapa
orang ahli KRS lelaki dan perempuan kekal di khemah untuk mencari buluh, kayu api,
kelapa untuk amali masakan rimba pada petang tersebut. Sekitar jam 1630, ahli KRS
lelaki mula menghidupkan api. Walaupun hujan lebat dan angin yang kuat, ahli lelaki
sedaya upaya menghidupkan api dan memastikan api tidak mati terkena air hujan.
Mereka memasang kain seakan khemah di atas api tersebut. Sementara itu ahli
perempuan mula menyediakan makanan dan hiasan untuk masakan rimba. Setelah
api berjaya dihidupkan ahli perempuan mula memasak.

Jam 1815 menu masakan rimba sudah siap. Semua ahli membawa hidangan
tersebut ke dalam cafe lama untuk dinilai. Platun Charlie mula menyiapkan makanan
untuk makan malam. Selesai penilaian masakan rimba ahli yang lain balik ke bilik
untuk pengurusan diri, solat dan rehat. Sekitar jam 1915, semua ahli KRS mula
berkumpul di dalam cafe lama untuk makan. Menu malam tersebut ialah, sambal
kentang ikan bilis, masak lemak kubis, ikan goreng, nasi putih dan air oren. Selesai
makan, beberapa orang ahli KRS mula berlatih persembahan untuk malam
kebudayaan.

Jam 2030, semua peserta perkhemahan mula berkumpul di Dewan Brooke.
Pengacara majlis mula memberi kata aluan sejurus ketibaan semua jurulatih dan
penasihat UB. Hos majlis masuk dan malam kebudayaan pun bermula. Semua
persembahan yang dipersembahkan sangat menarik. Pengakap dengan simulasi,
tarian, dan lakonan, KRS dengan tariannya, PPIM dengan nyanyiannya, PPM
berpoco-poco dan akhir sekali BSMM dengan lakonannya. Malam tersebut sangatlah
meriah kerana semua memberikan sepenuh penglibatan. Selesai semua
persembahan, Tuan Hj Ahmadi mula memberi ucapan ringkas. Sekitar jam 2200
malam, semua peserta kembali ke bilik masing-masing untuk rehat.



PENULISAN PELAJARAN (PERKHEMAHAN)

KURSUS : PERKHEMAHAN
TARIKH : 28 OKTOBER 2022
HARI : JUMAAT
LOKASI : IPG KAMPUS BATU LINTANG

MASA AKTIVITI CATATAN
0530 pagi Platun Delta (KRS) mula menyediakan menu sarapan.
0615 pagi
0730 pagi Semua peserta kembali ke tapak perkhemahan untuk
0755 pagi bersarapan dan mengemas kawasan khemah.
0815 pagi Semua peserta perkhemahan berkumpul di hadapan
0820 pagi TAZA untuk istiadat perbarisan.
0900 pagi Semua peserta bergambar dengan ahli UB maing-
0915 pagi masing
Ahli KRS berkumpul di hadapan TAZA untuk mendengar
1100 pagi ucapan dari Mejar Nor Aznan.
Pemeriksaan pagi. Semua ahli KRS berdiri dalam
1140 pagi barisan sementara juri menilai kawasan khemah
1200 tengahari Pemeriksaan khemah oleh ketua jurulatih Tuan Hj
Ahmadi dan beberapa orang penasihat UB.
Semua peserta mula mengemas tapak perkhemahan.
Khemah diturunkan, perkakas memasak disimpan gajet
dan sempadan dibuka.
Semua peserta berkumpul di hadapan TAZA untuk
Majlis Penangguhan. Tuan Hj Ahmadi dan wakil peserta
Mohd Adjiman memberikan ucapan. Pengumuman
pemenang bagi setiap pertandingan.
Sesi fotografi bersama semua ahli dan guru penasihat
UB.
Bersurai

PENULISAN HARIAN (PERKHEMAHAN)

TAJUK : Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

TARIKH : 28.10.2022
HARI : Jumaat
LOKASI : Tapak Perkhemahan, Hadapan TAZA
KEKUATAN : 158 orang (36 orang KRS)
JURULATIH : Semua guru penasihat UB
SUB TAJUK : Menurunkan Khemah, Majlis Penangguhan
Perkhemahan

Jam 0530 pagi, platun Delta (KRS), mula menyediakan sarapan untuk ahli
KRS. Ahli KRS mula datang untuk bersarapan. Menu pagi tersebut ialah nasi goreng
ikan masin, keropok ikan goreng dan teh o panas. Jam 0730 pagi seperti biasa semua
peserta perkhemahan berkumpul di hadapan TAZA untuk istiadat perbarisan. Selesai
istiadat, ahli KRS menjalankan sesi fotografi dan membuat perjumpaan ringkas
bersama Mejan Nor Aznan. Beliau memberi ucapan dan mengucapkan tahniah
kerana berjaya menghabiskan perkhemahan tanpa sebarang masalah. Kemudian
semua peserta diminta untuk kembali ke kawasan perkhemahan untuk pemeriksaan
pagi dan penilaian juri.

Jam 0900 pagi pemeriksaan khemah oleh Tuan Hj Ahmadi dan beberapa orang
jurulatih yang lain. Jurulatih PPIM mula memeriksa dapur bersama AJK Makanan,
Encik Jamu bersama Penolong Ketua KRS memeriksa khemah manakala Kapten Dr
Salehudin memeriksa kuku ahli KRS. Tuan Hj Ahmadi memberikan beberapa nasihat
kepada ahli KRS. Selesai pemeriksaan, semua peserta mula mengemas tapak
perkhemahan. Setiap platun KRS telah dibahagikan tugas masing-masing. Antara
tugas tersebut ialah, mengemas peralatan dapur untuk dipulangkan semula,
menurunkan khemah dan khemah dapur, membuka gajet serta sempadan dan
membersihkan tapak perkhemahan.


Click to View FlipBook Version