The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUSOLLA AT-TAQWA
SK ALAM MEGAH DUA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-84358996, 2021-03-31 22:08:51

INFO KAABAH

MUSOLLA AT-TAQWA
SK ALAM MEGAH DUA

SK ALAM MEGAH DUA
PERSIARAN KUALA LANGAT, SEKSYEN 27, 40400 SHAH ALAM,

SELANGOR

INFO KAABAH

‫اينفو كعبه‬

KAABAH

SEJARAH KAABAH

Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina
semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Selepas itu, Nabi Ibrahim (as)
dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.

Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci "
Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki
Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum
Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.

Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini
dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-
dindingnya dibina semula, tiba masanya batu Hajarulaswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.
Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad
itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah bin Mughirah al-Makhzumi, ketua suku
tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan
perkara berkenaan.

Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit
mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.
Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin
puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di
tempatnya di dinding Kaabah.

Orang Quraish hanya menggunakan duit bersumber baik dalam membina semula Kaabah. Disebabkan duit
yang dikumpul tidak cukup, mereka memendekkan kira-kira enam ela di sebelah utara Kaabah yang dipanggil Al-Hijr Al-
Hateem. Mereka juga menaikkan pintu Kaabah.[1]

SENI BINA KAABAH

Bangunan yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter ini juga disebut dengan nama Baitullah dan Baitul
Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka.

STRUKTUR BINA KAABAH

KAABAH SEBAGAI KIBLAT

Kiblat menurut bahasa adalah

arah hadap dan kiblat yang dimaksudkan

adalah Kaabah. Manakala menurut ilmu falak

kiblat merujuk kepada arah menghadap ke

Kaabah di atas glob bulatan bumi mengikut

jarak yang terdekat.

Para ulamak sepakat

menyatakan bahawa menghadap ke kiblat

merupakan salah satu daripada syarat sah

solat melainkan dalam keadaan-keadaan

tertentu yang dibenarkan seperti solat ketika

dalam peperangan dan solat sunah dalam

keadaan bermusafir.

Firman Allah SWT dalam surah al-

Baqarah ayat 150 yang bermaksud :

“Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk

mengerjakan sembahyang), maka

hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-

Kejadian matahari istiwa (rembang) di atas Kaabah berlaku dua kali setahun. Fenomena ini Haram (Kaabah); dan di mana sahaja kamu
berlaku pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16 Julai kira-kira jam 5.28 petang
(mengikut waktu piawai Malaysia). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak berada maka hadapkanlah muka kamu ke
di seluruh dunia akan membetuli arah Kiblat. Lihat Rajah 1.
arahnya..”

KISWAH

Kiswah (Bahasa Arab: ‫كسوة‬

‫ الكعبة‬,kiswat al-ka'bah) ialah kelambu kain

yang berwarna hitam bersulam

benang emas yang menutupi

binaan Kaabah di Kota Suci Makkah al-

Mukarramah, Arab Saudi.

Kiswah biasanya berada dalam

keadaan dilabuh tiraikan sehingga

mencecah ke syazarwan lalu diikat pada

kail-kail pengangkuk bagi mengukuhkan

keadaannya.

Biasanya kain Kiswah akan

diganti setiap setahun sekali pada

9 Zulhijjah kalendar Hijrah, yakni sewaktu

musim Haji, lebih tepat lagi ketika para

penunai Haji meninggalkan Makkah dan

Proses penggantian Kiswah menuju ke Gunung Arafah.

HAJARUL ASWAD

Menurut kefahaman Islam, Hajarul Aswad datang daripada
syurga dan warnanya putih asalnya , tetapi bertukar warna kerana ramai orang
mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang
mereka lakukan

Menurut Ibn Ishaq dalam bukunya Sirah Rasul Allah SAW,
diceritakan kisah pembinaan semula Ka'abah oleh kabilah - kabilah Mekah
berikutan banjir besar melanda keatas Ka'abah yang telah memusnahkan
sebahagian struktur nya. Ketika itu, Hajarul Aswad telah dialihkan sementara
bagi memberi laluan kepada pembinaan semula Ka'abah. Setelah pembinaan
semula siap, kabilah - kabilah Mekah bertelingkah sesama sendiri mengenai
kabilah mana yang lebih berhak untuk meletakkan kembali ketempat asalnya
didalam Ka'abah.

Kemudian nya, mereka mengambil keputusan untuk menunggu
sesiapa sahaja yang akan memasuki kawasan Ka'abah selepas itu, akan
diminta membuat keputusan berkenaan perbalahan mereka. Dengan
kehendak Allah jualah, lelaki yang memasuki itu adalah Muhammad bin
Abdullah. Usia beliau ketika itu baru mencecah 35 tahun, iaitu 5 tahun sebelum
beliau menerima wahyu keRasulan. Dengan kebijaksanaan baginda , baginda
meminta disediakan sehelai kain lalu meletakkan Hajarul Aswad ditengah -
tengah kain tersebut. Setiap ketua daripada setiap kabilah Mekah itu diminta
untuk bersama memegang tepian kain tersebut lalu mengangkatnya.

Akhirnya Muhammad SAW sendiri yang meletakkan kembali
Hajarul Aswad ketempat yang sepatutnya sedia ada, sambil memberikan
kepuasan hati setiap kabilah Mekah atas kehormatan yang mereka terima
secara adil. Begitulah asalnya bagaimana Muhammad bin Abdullah mendapat
gelaran "Al-Amin" atau "Orang Yang Dipercayai" dikalangan masyarakat Arab.

MIZAB / PANCUR EMAS

Mizab (dari perkataan yang berbunyi bahasa
Arab) atau Pancur Emas (dalam bahasa Melayu), Talang
Emas (dalam bahasa Indonesia) ialah nama yang
diberikan kepada sebuah lohong pemancur air yang
terbuka yang terletak di bahagian atas
bumbung Kaabah menghala ke Hijir Ismail.

Mizab ini mula muncul/wujud sesudah
pembinaan Kaabah oleh kaum Arab Quraisy dan kini
merupakan salah satu binaan dari "Binaan-Binaan Kaabah
Yang Penuh Kemuliaan". Mizab telah dibina dengan
menggunakan logam Emas tulen.

Selain kegunaan Mizab sebagai aliran air
untuk membuang takungan air yang terletak di atas
bumbung Kaabah tatkala musim hujan, Mizab juga
diriwayatkan merupakan salah satu dari tempat-tempat
mustajab(diangkat dan diterima) doa oleh Allah SWT
di Makkah.

Panjang keseluruhan Pancur Emas 2.53 m,
jumlah bahagian tertanam dalam dinding Kaabah, 58 cm,
Panjang Pancur 1.95 meter. Tinggi 23 cm dan lebarnya 26
cm.

SURAH AL HAJJ AYAT 27

‫َوأَ ِِّذ ْن ِفي النَّا ِس بِا ْل َح ِّجِ َيأْتُو َك ِر َجاًال َو َعلَ ٰى ُك ِّل َضا ِمر‬
‫يَأْ ِتي َن ِم ْن ُك ِّل فَ ِّج َع ِميق‬

Wa ażżin fin-nāsi bil-ḥajji ya`tụka rijālaw wa ‘alā kulli ḍāmiriy ya`tīna ming kulli
fajjin ‘amīq
Artinya: “Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya
mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta
yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh,”.

TERIMA KASIH

Panitia Agama Islam
Musolla At – Taqwa, SK Alam Megah Dua

Kerjasama;
Panitia Matematik
Panitia Bahasa Melayu
Guru - guru, ibu bapa
Warga SK Alam Megah Dua

SILA IMBAS BAGI MEMBACA INFO KAABAH


Click to View FlipBook Version