KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KOKURIKULUM TAHUN 6 SEKOLAH KEBANGSAAN KG. BAKAM, MIRI 2023 TARIKH : 17-18 NOVEMBER 2023 (2 Hari 1 Malam) TEMPAT : MAIRA CAMPING SITE, BAKAM MIRI
1.0PENDAHULUAN Perkhemahan kokurikulum Tahun 6 adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’. 2.0LATAR BELAKANG Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Perkhemahan kokurikulum Tahun 6 pada kali ini akan disertai oleh: i. Semua murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kg. Bakam ii. Semua guru Sekolah Kebangsaan Kg. Bakam iii. AKP Sekolah Kebangsaan Kg. Bakam Perkhemahan ini akan disertai oleh 40 orang murid Sekolah Kebangsaan Kg. Bakam yang mana setiap murid akan dibahagikan mengikut kumpulan. Semua
pelajar tahun 6 terlibat dan ditambah dengan seorang pelajar daripada tahun 5 akan mengikuti perkhemahan. 3.0RASIONAL Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja. 4.0OBJEKTIF 4.1. Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum. 4.2. Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh. 4.3. Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta. 4.4. Membina hubungan komuniti yang baik antara sekolah dan juga masyarakat sekeliling. 4.5. Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing. 4.6 Untuk memupuk budaya memelihara dan memulihara alam sekitar.
5.0 KONSEP PERKHEMAHAN 5.1. Pemantapan Intergrasi 5.1.1 Integrasi melalui pertandingan antara kumpulan 5.1.2 Integrasi melalui aktiviti kumpulan 5.1.3 Intergrasi melalui pemeliharaan alam sekitar 5.2. Pertandingan/aktiviti kumpulan 5.2.1 Pertandingan layang-layang gergasi 5.2.2 Pertandingan membina istana pasir 5.2.3 Unggun api dan BBQ 5.2.4 Senaman pagi 5.2.5 Menyediakan sarapan pagi (sandwich telur) 5.2.6 Sukaneka 5.3. Kerohanian dan moral 5.3.1. Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam (tazkirah) 5.3.2. Aktiviti Moral bagi yang bukan Islam 6.0. PELAKSANAAN 6.1. TARIKH : 17 -18 November 2023 6.2. TEMPAT PERKHEMAHAN : Maira Camping Site, Bakam
7.0. KUMPULAN SASARAN 7.1. Setiap murid yang dipilih, merupakan murid-murid yang mempunyai sahsiah diri terpuji serta aktif dalam menyertai aktiviti yang dianjurkan di sekolah sepanjang tahun 2023. 7.2. Kategori pemilihan peserta: 7.2.1. Peserta yang menyertai perkhemahan ini terdiri daripada murid yang bergiat cergas dan aktif dalam kegiatan yang dijalankan di sekolah. 7.2.2. Pemilihan akan dilakukan oleh guru penasihat setiap bidang. 7.2.3. Peserta juga sihat tubuh badan dan bebas dari sakit kronik. 8.0. JAWATANKUASA PROGRAM Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana Sekolah Kebangsaan Kg. Bakam terlibat secara langsung bagi menjayakan program perkhemahan ini iaitu seramai 30 orang, yang terdiri daripada 27 orang guru dan 4 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Setiapnya akan diberi jawatan yang membantu melicinkan perjalanan program ini.
8.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT : EN. ALEFF BIN AB GHANI (GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN KG. BAKAM) PENGERUSI : EN. ZARIL ISWAN BIN ISMAIL (GPK KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN KG. BAKAM) N. PENGERUSI 1 : PN. AISAH BINTI NOH (GPK PENTADBIRAN) N. PENGERUSI 2 : CIK LAMIAH BINTI SIABAN (GPK HEM) PENYELARAS : PN. CONNIE HII CHENG LING (PENYELARAS PERKHEMAHAN KOKURIKULUM TAHUN 6, 2023) SETIAUSAHA :PN. FIFI SYAZWA SYAFRIEN BINTI NORAINI (SETIAUSAHA KOKURIKULUM) BENDAHARI : PN. LORETA ALAH WAN (BENDAHARI PIBG SK KG. BAKAM) AJK KECIL : SEMUA GURU DAN AKP SEKOLAH
8.2 AHLI JAWATANKUASA KERJA KEM KOMANDAN : PN. NUR AMELIA SYIREEN BINTI JAMINKHIRI TIMB. KEM KOMANDAN : PN. SETINA ANAK MAMAT SEBELUM PERKHEMAHAN AJK NAMA AHLI SKOP KERJA PENYELARAS PN CONNIE -Membentuk jawatankuasa. -Merancang segala pengisian aktiviti. -Mempengerusikan mesyuarat. - Memastikan semua AJK menjalankan tugas dengan teratur dan terancang. URUSETIA PN FIFI -Menyediakan borang pendaftaran, borang deklarasi. -Mengutip yuran peserta. -Menyemak barang yang perlu dibawa murid bertolak ke tapak perkhemahan. KETUA DAN PENOLONG KEM KOMANDAN PN NUR AMELIA (K) PN SETINA -Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan selamat. -Memantau disiplin pelajar dan memastikan setiap
AJK melaksanakan tugas dengan baik. -Menyelia sesi penutupan perkhemahan. -Taklimat kepada peserta perkhemahan. -Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat. MAKANAN PN SETINA (K) PN ASPHALELAWATI PN CONNIE UST. ALI (BBQ) -Merancang dan menentukan menu makanan. -Membeli dan membuat tempahan bahan makanan dan alatan BBQ sepanjang perkhemahan dan semasa BBQ. HADIAH PN ADELINE (K) -Membuat tempahan hadiah murid berdasarkan kumpulan. BANNER PN AMELIA -Menghasilkan banner untuk perkhemahan. SIJIL PN ASPHALELAWATI -Menyediakan sijil untuk semua murid yang terlibat dengan perkhemahan. PERALATAN UST. MOHAMAD ALI (K) EN. ZUBIR EN. SUHAILI EN. ROSDI EN. SURYADI -Semak status alatan untuk perkhemahan. -Sediakan dan bawa ke tapak perkhemahan -Pastikan semua peralatan dijaga semasa
dan disimpan semula selepas perkhemahan. SEMASA PERKHEMAHAN PERSIAPAN TEMPAT/LAMPU PN AMELIA (K) PN SETINA UST. MOHAMAD ALI EN ZUBIR -Tentukan Kedudukan Khemah Murid -Menyedia, membawa dan memasang alat PA Sistem (Alat Mudah Alih) PENDAFTARAN PN FIFI (K) PN CONNIE -Menguruskan pendaftaran peserta. -Memastikan para peserta telah mendaftar di bahagian pendaftaran. -Menyediakan senarai nama kumpulan untuk aktiviti (4 kumpulan x 10 ahli) JURU ACARA MAJLIS (PENUTUP) PN ANGELA (K) PN AZIANNA -Menyediakan teks dan menjadi juru acara untuk majlis penutup. MAKANAN JUMAAT: PN GENEVIE (K) CIK SHAIDATUL PN LORETA SABTU: PN ASPHALELAWATI (K) -Menentukan Kawasan Agihan Makanan Untuk Murid Dan Ajk. -Mengawal Murid Semasa Agihan Makanan
PN TAMISAH PN HYFIQAH -Memastikan urusan makan minum murid dan guru berjalan dengan lancar. JAMUAN MAKAN MALAM BBQ GURU: US. MOHAMAD ALI (K) EN ZUBIR EN SUHAILI EN ROSDI EN SURYADI MURID: PN ZURAWATI (K) PN CORNELIA PN ASMAH PN FIFI USTZH. PUTERI USTZH. FATIN -Merancang dan menentukan menu BBQ. -Menyediakan kelengkapan dan peralatan BBQ. -Memastikan urusan jamuan makan malam BBQ untuk guru dan murid berjalan dengan lancar. KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN JUMAAT: CIK SHAIDATUL SENTI: PN ZURAWATI SABTU: PN AZIANA -Menyedia, semak dan bawa peti pertolongan cemas yang lengkap. -pastikan tahap kesihatan murid sebelum melakukan sebarang aktiviti semasa perkhemahan. -Mengambil tindakan awal dengan pantas
sekiranya berlaku kecemasan. IBADAH DAN KEROHANIAN ISLAM: UST ALI (K) USTZH FARIHAN USTZH SUWAIBAH CIK SHAIDATUL USTZH PUTERI MORAL: PN HASNAH (K) PN CHELCIA PN CORNELIA PN YUHANNA USTZH FATIN -Menentukan pengisian/aktiviti antara solat maghrib dan isya. -Mengetuai Setiap Solat AKTIVITI PERTANDINGAN LAYANG-LAYANG PN LORETA PERTANDINGAN MEMBINA ISTANA PASIR PN CHELCIA UNGGUN API & BBQ PN ZURAWATI (MURID) UST ALI (GURU) MENYEDIA SARAPAN PAGI (SANDWICH) PN AZIANA -Menyediakan modul untuk setiap aktiviti. -Mengagihkan tugasan untuk pembahagian guru yang bertugas untuk setiap aktiviti yang berkaitan. -Memilih kumpulan terbaik sepanjang aktiviti.
SUKANEKA PN ASPHALELAWATI KEBERSIHAN CIK ASPILILA (K) PN SENORITA PN TAMISAH -Memastikan kebersihan tempat, penempatan dan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan. DOKUMENTASI PN AMELIA (K) PN SETINA -Mengambil foto untuk setiap aktiviti. -Menyediakan laporan perkhemahan (OPR). 13. SEMUA GURU DAN AKS SEKOLAH KEBANGSAAN KG. BAKAM ADALAH AJK 14. Sebarang pertanyaan tentang pembahagian tugasan dan tanggungjawab AJK boleh berhubung terus dengan ketua masing-masing.
9.0. TENTATIF PROGRAM Rujuk lampiran A 10.0. SENARAI NAMA MURID DAN KUMPULAN Rujuk lampiran B 11.0. KONSEP PEMARKAHAN DAN PEMBERIAN HADIAH 11.1 Setiap pertandingan akan menyumbangkan mata kepada pasukan masing-masing (Pertandingan layang-layang gergasi; Pertandingan membina istana pasir; Sukaneka) 11.2 Pemberian markah adalah berdasarkan borang pemarkahan setiap pertandingan, markah ini akan dikumpul untuk menentukan kedudukan pasukan. 11.3 Hadiah akan diberikan kepada kesemua ahli kumpulan berdasarkan kedudukan markah terkumpul kumpulan murid iaitu tempat pertama, tempat kedua, tempat ketiga dan tempat keempat. 12.0. PERTANDINGAN/AKTIVITI 12.1. Pertandingan antara kumpulan dan Aktiviti kumpulan 12.1.1 Pertandingan layang-layang gergasi 12.1.2 Pertandingan membina istana pasir 12.1.3 Sukaneka 12.1.4 Unggun api dan BBQ 12.1.5 Senaman pagi 12.1.6 Menyediakan sarapan pagi (Sandwich)
13.0. PENGINAPAN 13.1. Semua peserta dan pegawai akan berkhemah di tapak perkhemahan yang disediakan. 13.2. Segala kemudahan logistik akan menggunakan kemudahan yang terdapat di dataran perkhemahan. 14.0. PENGANGKUTAN 14.1 Pengangkutan peserta ke tempat perkhemahan adalah tanggungjawab ibu bapa. 14.2. Pengangkutan bagi membawa bahan, kelengkapan dan peralatan perkhemahan akan diuruskan oleh sekolah. 15.0. MAKAN MINUM 15.1. Pihak pengelola akan menyediakan makan dan minum bagi setiap peserta dan pegawai bagi sepanjang tempoh perkhemahan. 15.2. Bagi menampung perbelanjaan program, setiap peserta diwajibkan membayar yuran sebanyak RM20.00 seorang bagi murid Sekolah Kebangsaan Kg. Bakam. 16.0. PAKAIAN DAN KETRAMPILAN PERSERTA 16.1. PEGAWAI : T-shirt sekolah (Baju PJ/Sukan) 16.2. PESERTA : T-shirt sekolah (Baju PJ/Sukan) dan seluar track panjang. 16.3. PAKAIAN AKTIVITI: Baju PJ/Sukan, Seluar track panjang
16.4. TUDUNG : Berwarna hitam atau putih sahaja 16.5. KASUT : Kasut sukan yang sesuai 17.0. PETI BANTU MULA 17.1. AJK Keselamatan sentiasa membawa peti pertolongan cemas. 18.0. BORANG PENYERTAAN PEGAWAI DAN PESERTA 18.1 Setiap peserta WAJIB mengisi borang penyertaan dan pelepasan untuk mengikuti aktiviti perkhemahan ini. 19.0. SURAT KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN 19.1. Setiap sekolah perlu menyediakan Borang Deklarasi untuk mengikuti aktiviti luar sekolah dan Surat Kebenaran Waris untuk setiap peserta yang menyertai perkhemahan. 19.2. Setiap sekolah perlu memastikan setiap pegawai dan peserta , tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik dan penyakit semasa.
20.0. PERALATAN YANG PERLU DIBAWA 20.1. SEKOLAH 20.1.1. Surat Kebenaran Waris/Borang deklarasi 20.1.2. Pembesar suara (healer) 20.1.3. Peti pertolongan cemas 20.1.4. Meja dan kerusi lipat 20.1.5. Peralatan aktiviti di tapak perkhemahan. 20.1.6. Plastik sampah 20.1.7. Air minuman 20.1.8. Peralatan memasak 20.1.9. Ubat penghalau nyamuk (spray/krim) 20.1.10. Pinggan, sudu & garpu plastik 21.2. PESERTA 21.2.1. Seluar dan T-Shirt secukupnya 21.2.2. Pakaian Riadah / Sukan termasuk kasut 21.2.3. Pakaian Ibadah 21.2.4. Peralatan penjagaan diri dan peralatan mandi 21.2.5. Ubatan Peribadi 21.2.6. Pinggan, gelas, camca, bekas air (bukan kaca) 21.2.7. Lampu suluh 21.2.8. Air minuman
21.2.9. Barang-barang lain yang dirasakan perlu selepas mendapat kebenaran pihak sekolah. *Peringatan: Para peserta perkhemahan tidak dibenarkan sama sekali membawa peralatan elektronik seperti komputer riba, komputer tablet, telefon bimbit, ipad dan sebagainya. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian sekiranya peserta tidak mematuhi larangan. 22.0 ASPEK KESELAMATAN 22.1. KEM KOMANDAN perlu memberi penekanan tahap keselamatan sebelum bermulanya setiap aktiviti. 22.2. Setiap AJK aktiviti perlu lebih peka tahap keselamatan ahli setiap kumpulan di bawah kelolaan. 22.3. Setiap AJK aktiviti perlu sentiasa mengingatkan setiap ahli kumpulan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri. 23.0. PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN 23.1. ARAHAN UMUM 23.1.1. Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat kerohanian dan kejiwaan secara menyeluruh. Peraturan dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti sepanjang perkhemahan. 23.1.2. Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan / Pihak Urusetia menurut ketetapan yang
sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan. 23.1.3. Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan. 23.1.4. Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya kecuali mendapat kebenaran Kem Komandan, GPK KK atau Guru Besar. 23.1.5. Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing dan dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran ataupun arahan dari pihak urusetia. 23.1.6. Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian. 23.1.7. Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat diutamakan. 23.1.8. Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham. 23.1.9. Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang perkhemahan. 23.1.10. Semua aktiviti yang dijalankan akan di pantau oleh pegawai. “LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA” 23.2. KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI 23.2.1. Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar diputuskan (peserta sahaja).
23.2.2. Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya dibenarkan selepas mendapat kebenaran daripada Kem Komandan. 23.2.3. PERHATIAN: Peserta / murid tidak dibenarkan membawa `Hand Phone’ semasa perkhemahan. 23.3. KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA 23.3.1. Peserta hendaklah bersiap sedia 5 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah ditetapkan. 23.3.2. Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda. 23.3.3. Semua pergerakan di tempat perkhemahan perlu dalam kumpulan minimum 3 orang. 23.3.4. Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan perkhemahan. 23.4. PERATURAN KEBERSIHAN : 23.4.1. Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur. 23.4.2. Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah. 23.4.3. Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan. 23.4.4. Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan. 23.4.5. Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan perkhemahan atau sekitarnya tanpa kebenaran Kem Komandan. 23.4.6. Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih.
23.4.7. Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan teratur sebelum dan selepas solat. 23.4.8. Sila pastikan tandas dan bilik air sentiasa dalam keadaan yang bersih dan dijaga. 23.4.9. Bagi kaum wanita – sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum dibuang ditempat yang sepatutnya. 23.5. PERATURAN KELUAR MASUK 23.5.1. Semua urusan keluar masuk kawasan perkhemahan perlu mendapat kebenaran daripada Kem Komandan. 24.0. ANGGARAN PERBELANJAAN Rujuk lampiran C 25.0. KUMPULAN KHEMAH Rujuk lampiran D 26.0. PENUTUP Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan kokurikulum Tahun 6 ini akan dapat dijalankan dengan jayanya. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pelajaran Daerah MIRI. Semoga tema ”INTEGRASI PEMANGKIN KECEMERLANGAN” dapat direalisasikan sepanjang dan selepas perkhemahan ini dijalankan.
DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH, _______________________ ______________________ _______________________ (CONNIE HII CHENG LING) (ZARIL ISWAN BIN ISMAIL) (ALEFF BIN AB. GHANI) PENYELARAS PERKHEMAHAN PK.KOKURIKULUM GURU BESAR Sekolah Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Kg. Bakam Kg. Bakam Kg. Bakam