KEBUDAYAAN,KESENIAN DAN ESTETIKA
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT DI
MALAYSIA
NAMA: RABI’ATUL ‘ADAWIYAH BINTI MOHTAR
NO.MAKTAB: SC190233
KELAS: 4 BIRUNI
PENGENALAN
Malaysia merupakan negara yang rakyatnya berbilang
kaum. Contohnya,kaum India, Cina, Iban, Melayu, Melanau
dan sebagainya. Bukan itu sahaja, di Malaysia masyarakat
juga bebas mengamalkan adat istiadat dan budaya masing-
masing yang mewujudkan perpaduan yang kukuh sehingga
hari ini. Oleh kerana negara kita mempunyai masyarakat
yang berbilsng kaum tidak hairanlah terdapat pelbagai jenis
pakaian tradisional bagi setiap bangsa.
• Saya ingin memperkenalkan pakaian tradisional setiap kaum di
Malaysia
• Saya juga ingin menambah pengetahuan tentang pakaian
tradisional bagi setiap kaum
Pakaian Tradisonal Melayu
Baju Melayu
Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak
empang. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi
berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain
yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan
Abu Bakar.
Baju Kurung
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada
bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta
perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti
‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah
kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh
atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’
walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.
Pakaian Tradisonal Cina
Samfu
membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina.
Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama
seluar longgar. Pakaian tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti
Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang Manchu.
Cheongsam
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau
Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan corak pakaian
tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.
Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh
dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai
dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara.
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis
perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.
Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Cheongsam dipakai ketat dan
berbelah di kiri dan kanannya.
Pakaian Tradisonal India
Kurta
Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang
sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.
Sari
Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga
6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang
berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang
bersulam diletak di atasbahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain
sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya
indah.
Pakaian Tradisonal Iban
Dandong
Dandong merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong.
Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam
upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.
Bidang
Bidang merupakan pakaian tradisonal wanita Iban. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan
panjangnya cuma separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60
cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan.
Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai
ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan
dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka
corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna
merah.
Pakaian Tradisonal Melanau
Pakaian Lelaki
Lelaki menggayakan baju potongan moden bersampin broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon
dan berkopiah.
Baju Baldu
Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali
pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.
• Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh
• Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih
baik di negeri sendiri
Walau bagaimanapun kelebihan negara orang, tetap negeri sendiri
lebih baik lahi.
KESIMPULAN
Secara generalisasinya, banyak pakaian tradisional yang dapat kita
gunakan. Setiap pakaian mempunyai keistimewaan tersendiri.
Walaupun begitu, masih banyak masyarakat di negara kita belum
terdedah dengan kepelbagaian pakaian tradisional di negara kita.
Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu agar pengetahuan
am seperti pakaian tradisional setiap kaum ini diketahui oleh generasi
pada masa kini serta akan datang bak kata peribahasa ibarat telur
sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
TERIMA KASIH