PERATURAN
ASRAMA
BUKU PERATURAN TATATERTIB
PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL MARA
(PINDAAN 2013)
Panduan
Pelajar
PERATURAN ASRAMA PELAJAR KKTM/IKM
(Pindaan 2013)
1. PENDAHULUAN
1.1. Peraturan Asrama ini hendaklah terpakai kepada semua Pelajar
disepanjang tempoh latihan. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap
mana-mana Pelajar yang melanggar mana-mana peraturan dalam
Peraturan Asrama KKTM/IKM ini.
2. PENEMPATAN DI ASRAMA
2.1 Penginapan Asrama Tidak Diwajibkan.
(Kemudahan Asrama Tidak Mencukupi Bagi KKTM/IKM)
2.1.1 Permohonan untuk tinggal di asrama hendaklah dengan
menggunakan borang permohonan yang boleh didapati
dari Penyelia Asrama/Pembantu Tadbir Kanan (Asrama).
2.1.2 Permohonan hendaklah dibuat pada awal semester bagi
pelajar baru dan pada akhir semester bagi pelajar sedia
ada.
2.2 Penginapan Asrama Diwajibkan
(Mempunyai Kemudahan asrama yang mencukupi di
KKTM/IKM)
2.2.1 Permohonan untuk tinggal di luar asrama hendak
menggunakan borang permohonan yang disediakan.
2.2.2. Permohonan hendaklah dibuat pada awal semester bagi
pelajar baru dan pada akhir semester bagi pelajar sedia
ada.
2.3 Penempatan pelajar di dalam asrama akan ditentukan oleh
Penyelia Asrama.
2.4 Pelajar tidak dibenarkan berpindah tempat tanpa kebenaran
Penyelia Asrama.
3. KELENGKAPAN DAN PERALATAN
3.1 Pelajar hendaklah bertanggungjawab ke atas kerosakan dan
keselamatan peralatan yang disediakan.
1
Panduan
Pelajar
3.2 Pelajar tidak dibenarkan mengubah dan memindah segala
peralatan tanpa kebenaran.
4. KEBERSIHAN BILIK DAN KAWASAN SEKITAR
4.1. Pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan asrama
dan kawasan sekitar.
4.2. Pelajar diwajibkan menyediakan jadual tugas harian
membersihkan bilik.
4.3. Bilik hendaklah sentiasa berada dalam keadaan kemas, teratur
dan bersih.
5. TATA KELAKUAN
5.1. Pelajar diwajibkan menunaikan solat dan bagi pelajar yang uzur
mesti menghormati waktu solat.
5.2. Pelajar digalakkan solat berjemaah di surau asrama.
5.3. Pelajar pada bila-bila masa dilarang bersiul-siul, membuka radio
dengan kuat, memekik, melolong dan bergurau senda yang boleh
dianggap liar atau melebihi batasan.
5.4. Pelajar hendaklah sentiasa menunjukkan akhlak dan keperibadian
yang mulia, menjalinkan hubungan baik serta bersopan-santun
sesama pelajar mengikut peraturan yang ditetapkan oleh
KKTM/IKM.
5.5. Pelajar dilarang mengeluarkan kata-kata kesat yang
menyinggung perasaan dan menimbulkan pergaduhan.
5.6. Pelajar dilarang dan melakukan “ragging”, membuli, mendera dan
memeras ugut.
5.7. Pelajar dilarang mengamal atau menanam sifat kedaerahan,
kenegerian, puak-puak atau kumpulan yang boleh mencetuskan
suasana tidak harmoni.
5.8. Pergaulan sesama Pelajar terutama di antara lelaki dengan
perempuan mestilah mengikut batas-batas hukum Islam serta 2
Panduan
Pelajar
5.9. peraturan yang ditetapkan oleh KKTM/IKM sama ada di dalam
5.10. atau di luar asrama/KKTM/IKM.
Pelajar tidak dibenarkan berdua-duaan di dalam atau di luar
asrama dengan Pelajar atau bukan Pelajar yang bukan Mahram.
Pelajar dilarang memasuki tanpa kebenaran atau menceroboh
asrama lelaki/perempuan.
5.11. Pelajar tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan asrama selepas
pukul 12.00 malam.
5.12. Pelajar dilarang berjudi atau mengadakan sebarang pertaruhan
berbentuk perjudian di dalam kawasan asrama/KKTM/IKM.
5.13. Dilarang menampal gambar/poster atau menconteng pada
dinding atau loker atau lain-lain peralatan.
5.14. Asrama KKTM/IKM adalah kawasan larangan merokok. Pelajar
dilarang membeli, menyimpan, memiliki atau menjual, memberi
atau menghisap rokok.
5.15. Pelajar dilarang membeli, menyimpan, memiliki, menjual atau
bermain mercun dan bunga api atau bahan letupan yang
membahayakan.
6. TATACARA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN ASRAMA
6.1. Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselamatan bagi
kemudahan yang disediakan seperti sick bay, student centre, bilik
riadah, bilik air dan sebagainya.
6.2. Pelajar dilarang membuat pindaan atau membuat sambungan
secara haram pada mana-mana bahagian asrama atau pada
sebarang alat-alat elektrik.
6.3. Pelajar hendaklah melaporkan sebarang kerosakan kepada pihak
berkuasa Asrama/Warden.
6.4. Sebarang kerosakan disebabkan kecualian atau salahguna oleh
pelajar akan dikenakan tindakan tatatertib.
3
Panduan
Pelajar
7. PERATURAN KESELAMATAN
7.1. Apabila mendengar isyarat berlaku kebakaran atau terhidu bau
asap, perkara pertama yang mesti dilakukan ialah pelajar
hendaklah menyelamatkan diri serta rakan-rakan yang lain.
7.2. Segera memberi amaran kepada rakan asrama. Menjerit sekuat
mungkin perkataan “API….. API ….. API…..”
7.3. Segera hubungi Bomba, No. Telefon 999.
7.4. Jika tedapat pelajar yang tidak berupaya untuk bergerak keluar
dari asrama disebabkan pengsan, patah dan sebaginya, pelajar-
pelajar lain hendaklah membantu dengan membawanya keluar.
7.5. Pelajar hendaklah keluar dari asrama secepat mungkin melalui
pintu yang paling hampir (seperti dalam pelan setiap asrama).
7.6. Bergeraklah dengan pantas tetapi teratur meninggalkan asrama
menuju ke tempat yang telah ditetapkan dan berkumpul di situ.
7.7. Semasa bergerak untuk berkumpul :
7.7.1. Ikutlah laluan yang selamat dan yang tidak ada sebarang
halangan.
7.7.2. Elakkan laluan yang berhampiran dengan api
kebakaran.
7.7.3. Elakkan daripada berlaku kesesakan dalam laluan
tersebut.
7.8. Mengesan Pelajar Setiap Asrama :
7.8.1. Semua pelajar hendaklah berkumpul dalam barisan
mengikut asrama masing-masing. Semua ketua
dorm/bilik/aras/blok hendaklah berada di hadapan dan 4
bertindak segera untuk membentuk barisan bagi semua
ahli asrama di bawah pengawasannya. Ketua
dorm/bilik/aras/blok wajib mengetahui bilangan sebenar
ahli asramanya.
Panduan
Pelajar
7.8.2. Ketua dorm/bilik/aras/blok dikehendaki mengira
bilangan pelajar dibawah pengawasannya.
7.8.3. Ketua dorm/bilik/aras/blok hendaklah melaporkan
bilangan pelajar dan nama pelajar yang tidak ada ketika
itu dengan segera kepada Pegawai Bomba/Warden
Asrama yang hadir ketika itu (berikan sebab pelajar
yang tiada).
7.8.4. Tindakan selanjutnya akan dilakukan oleh Warden
Asrama dan Pihak Bomba. Pelajar dikehendaki
mematuhi semua arahan daripada pihak Warden
Asrama dan Bomba.
7.8.5. Latihan Kebakaran (Fire-Drill) akan dijalankan pada bila-
bila masa yang difikirkan sesuai. Semua pelajar
dikkehendaki sentiasa merujuk dan mamahami langkah-
langkah keselamatan yang perlu diambil.
8. KESELAMATAN BARANGAN PERIBADI
8.1. Semua barangan peribadi hendaklah disimpan ditempat yang
selamat. Pelajar adalah bertanggungjawab atas keselamatan
8.2. barang tersebut.
9. ROLL CALL Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk melaporkan dengan
9.1. segera kepada pihak berkuasa KKTM/IKM sekiranya berlaku
9.2. kehilangan barangan peribadi.
Roll Call akan dibuat pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dan
hanya boleh dibuat oleh warden sahaja.
Semua pelajar wajib berkumpul di tempat yang ditentukan.
10. PEMERIKSAAN ASRAMA
10.1. Hanya boleh dilakukan oleh Pengarah/TP HEA/TP KPHP dan lain-
laiin pegawai yang diberi kuasa.
10.2. Boleh dibuat pada bila-bila masa yang difikirkan perlu atau
sekurang-kurangnya sebulan sekali.
5
Panduan
Pelajar
10.3. Pemeriksaan asrama puteri akan dilakukan oleh warden wanita
atau pegawai yang diberikan kuasa.
11. PERATURAN KELUAR/MASUK ASRAMA
11.1. Waktu keluar/masuk asrama ditentukan oleh Pengarah/Pegawai
Pusat.
11.2. Kad keluar/masuk asrama hendaklah digunakan dengan
sempurna setiap kali pelajar hendak keluar/masuk kawasan
asrama/institutsi.
11.3. Kad keluar/masuk asrama yang didapati kotor, rosak, koyak atau
hilang akan dikenakan denda.
11.4. Mana-mana pelajar yang lewat masuk selepas waktu-waktu yang
ditetapkan kad keluar/masuk boleh diambil tindakan tatatertib
oleh pegawai yang diberi kuasa.
11.5. Pelajar yang lewat menuntut semula kad keluar/masuk boleh
diambil tindakan tatatertib.
12. PROSEDUR PELAWAT
12.1 Pelajar hanya dibenarkan menerima pelawat dari keluarga atau
saudara mara sahaja.
12.2. Perjumpaan dengan pelawat hanya dibenarkan pada waktu rehat
di tempat yang disediakan.
12.3. Pelawat mestilah melaporkan diri dan mengisi maklumat di dalam
“Buku Pelawat” dan seterusnya mendapatkan “Pas Pelawat”
daripada Pegawal Keselamatan.
12.4. Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan Asrama Pelajar.
12.5. Pelajar-pelajar yang dilawati bertanggungjawab memastikan
pelawat-pelawat berkenaan mematuhi semua peraturan lawatan
yang ditetapkan.
12.6. Masa lawatan adalah ditentukan oleh Pegawai Mengawal Pusat.
6
Panduan
Pelajar
13. PERATURAN MENGGUNAKAN KENDERAAN PERSENDIRIAN
13.1. Hanya pelajar yang mempunyai kebenaran bertulis daripada
Pegawal Pusat sahaja dibenar menggunakan kenderaan di
dalam kawasan KKTM/IKM.
13.2. Kenderaan hendaklah diletakkan ditempat yang dikhaskan
sahaja.
13.3. Pelajar yang telah diberi kebenaran mesti mematuhi peraturan
penggunaan yang ditetapkan :
13.3.1. Kelulusan bertulis
13.3.1.1. Pelajar perlu memohon kebenaran
bertulis daripada Pegawai Pusat
sekiranya ia berhajat menyimpan atau
mengguna kenderaan bermotor di
KKTM/IKM.
13.3.1.2. Permohonan hendaklah mempunyai
maklumat berikut :
a) Salinan geran pemilik
b) Salinan cukai jalan
c) Lesen memandu yang sah
d) Surat kebenaran daripada
Kenderaan (jika berkenaan)
13.3.1.3. Pemohon juga hendaklah melaporkan
kesalahan lalu lintas yang pernah
dikenakan sebelum ini (sekiranya ada).
13.3.2. Buku Pendaftaran Kenderaan Pelajar :
13.3.3.
Pengawal Pusat perlu menyimpan rekod
pendaftaran kenderaan yang digunakan dan dimiliki 7
oleh pelajar.
Had Laju :
Pelajar tidak dibenarkan memandu melebihi had laju
yang ditetapkan oleh pihak KKTM/IKM.
Panduan
Pelajar
13.3.4. Laluan Dan Jalan Bagi Kegunaan Kenderaan :
13.3.5. Pelajar hanya dibenarkan memandu kenderaan di
13.3.6. jalan yang dikhususkan untuk laluan kenderaan.
13.3.7. Dengan ini kenderaan tidak dibenarkan
dipandu/dibawa di ‘pavement’. ‘sidewalk’, ‘grass
verge’, ‘footpath’ atau lain-lain tempat sama ada di
tepi sepanjang ‘carriage way’ atau di mana-mana
tempat yang sepatutnya bukan untuk laluan
kenderaan.
Papan Tanda dan Peraturan Lalu Lintas :
Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi papan tanda
jalan dan peraturan lalu lintas.
Lesen Memandu Dan Kad Pelajar :
Pelajar yang memandu kenderaan dikehendaki
sentiasa membawa lessen memandu dan Kad
Pelajar, mereka hendaklah bersedia menunjukkan
dokumen tersebut apabila diminta oleh pihak
berkuasa KKTM/IKM.
Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab di atas
sebarang kehilangan, kerosakan dan keselamatan
pelajar.
8
Panduan
Pelajar
14. KECEMASAN DAN KESELAMATAN
14.1. Penggunaan Peralatan Elektrik :
14.1.1. Sebarang penggunaan barangan elektrik di asrama
wajib didaftarkan kepada pihak berkuasa institusi.
14.1.2. Sambungan secara haram (tanpa kebenaran) ke
sebarang alat elektrik tidak dibenarkan.
14.1.3. ‘Plug’ berpin hendaklah ditanggalkan dari soket
selepas digunakan.
14.1.4. Pelajar adalah dilarang dari menggunakan sebarang
peralatan elektrik ketika cuaca membahayakan
seperti kilat/petir.
14.1.5. Alatan eletrik yang telah didaftarkan hanya boleh
digunakan di bilik/tempat yang
dikhaskan/dibenarkan sahaja.
14.1.6. Pengurusan KKTM/IKM berhak merampas mana-
mana peralatan elektrik yang digunakan oleh pelajar
yang gagal mematuhi peraturan serta syarat-syarat
yang telah ditetapkan.
14.1.7. Pelajar dilarang membaiki sendiri sebarang
kerosakan berkaitan dengan elektrik dan hendaklah
dialporkan segera kepada pegawai yang diberi
kuasa.
14.1.8. Sebarang bentuk pembaziran penggunaan tenaga
elektrik adalah dilarang.
14.1.9. Pelajar hendaklah mematuhi peraturan keselamatan
semasa menggunakan alatan elektrik.
14.1.10. Pihak institusi tidak akan bertanggungjawab di atas
sebarang kehilangan, kerosakan dan keselamatan
peralatan elektrik pelajar.
Edited by fauzi19112020 9
GARIS PANDUAN
HUKUMAN
BUKU PERATURAN TATATERTIB
PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL MARA
(PINDAAN 2013)
Panduan
Pelajar
GARIS PANDUAN HUKUMAN
(Pindaan 2013)
Garis Panduan Hukuman adalah merupakan satu panduan hukuman yang dicadangkan dan
boleh dikenakan ke atas Pelajar yang didapati bersalah di bawah Peraturan TatatertibTeknikal
dan Vokasional (PTV) MARA. Bagaimanapunjika didapati hukuman lain yang bersesuaian dan
boleh memberi kesan yang positi kepada Pelajar mengikut budi bicara Jawatankuasa
Tatatertib (JKT), Lembaga Tatatertib (LT) KKTM/IKM maka ianya boleh digunapakai.
KATEGORI I (KESALAHAN BERAT)
BIL. KESALAHAN TINDAKAN
1. Melakukan zina, homoseksual atau lesbian Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
2. Melakukan khalwat atau berdua-duaan Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
3. Mencabul atau cuba mencabul kehormatan atau Buang Latihan dan
melakukan gangguan seksual terhadap orang lain dikenakan Bayaran
Gantirugi
4. Merogol atau melakukan paksaan seksual terhadap Buang Latihan dan
orang lain dikenakan Bayaran
Gantirugi
5. Menggunakan kekerasan dengan senjata merbahaya Buang Latihan dan
bertujuan mengugut atau mengancam nyawa orang dikenakan Bayaran
lain atau dengan sengaja mengakibatkan kecederaan Gantirugi
serius atas Pelajar atau individu lain
6. Memiliki, menyimpan, membawa atau mengguna Buang Latihan dan
senjata merbahaya atau bahan letupan yang dikenakan Bayaran
diharamkan oleh kerajaan Gantirugi
7. Didapati memiliki, menyimpan, memberi atau Buang Latihan dan
mengedar apa-apa jenis bahan dadah atau bahan dikenakan Bayaran
kimia atau racun yang mengkhayalkan dan Gantirugi
merbahaya kepada nyawa yang dilarang oleh
kerajaan
1
Panduan
Pelajar
8. Disahkan menagih apa-apa jenis dadah atau bahan Buang Latihan dan
kimia atau racun yang mengkhayalkan dan berbahaya dikenakan Bayaran
kepada nyawa yang dilarang oleh kerajaan Gantirugi
9. Membawa, memiliki, menyimpan, menjaga, meminum Buang Latihan dan
atau mengedar apa-apa jenis minuman keras atau dikenakan Bayaran
minuman yang memabukkan atau arak di dalam atau Gantirugi
di luar kawasan KKTM/IKM dan termasuk asrama atau
rumah sewa Pelajar
10. Dengan sengaja merosakkan harta benda KKTM/IKM Buang Latihan dan
atau hak orang lain yang berjumlah melebihi RM100 dikenakan Bayaran
Gantirugi
11. Memalsu, menipu, mengguna, mengedar atau Buang Latihan dan
menjual Sijil Cuti Sakit Hospital atau Klinik Kerajaan dikenakan Bayaran
atau apa-apa dokumen kerajaan yang dikawal Gantirugi
12. Mencuri atau menipu yang melibatkan harta atau Diarah membayar semula
wang yang sama atau melebihi dari RM100 jumlah wang yang dicuri
atau ditipu sebagai
Bayaran Gantirugi dan di
Buang Latihan
2
Panduan
Pelajar
KATEGORI II (KESALAHAN RINGAN)
BIL. KESALAHAN TINDAKAN
1. Melakukan ubahsuai atau membaiki mana-mana Surat Amaran dikeluarkan
peralatan, alat jentera, mesin atau penggodam dan dikenakan bayaran
komputer (hacker) harta benda milik KKTM/IKM tanpa kos baikpulih
kebenaran pihak yang bertanggungjawab
2. Bersikap biadap atau tidak sopan kepada Pengawal Amaran dan Denda
Pusat, Pegawai-Pegawai, Tenaga Pengajar atau bersamaan dengan
Kakitangan KKTM/IKM IKM atau pekerja lain yang
bertugas di KKTM/IKM potong elaun tujuh (7)
hari, jika ulangi kesalahan
boleh Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
3. Berkelakuan tidak bermoral di dalam atau di luar Amaran dan Denda
premis IKM dengan apa jua cara yang boleh bersamaan dengan
menjatuhkan reputasi MARA, KKTM/IKM atau pelajar
sendiri. potong elaun tujuh (7)
hari, jika ulangi kesalahan
boleh Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
4. Menceroboh atau memasuki asrama putera/puteri Amaran Keras dan Denda
atau kawasan, tempat larangan yang ditetapkan oleh bersamaan dengan
KKTM/IKM tanpa kebenaran pihak yang
bertanggungjawab potong elaun tujuh (7)
hari, jika ulangi kesalahan
boleh Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
5. Menyalahguna nama Pengawal Pusat, Pegawai- Amaran Keras dan Denda
Pegawai, Tenaga Pengajar atau Kakitangan bersamaan dengan
KKTM/IKM untuk kepentingan sendiri atau individu
lain potong elaun tujuh (7)
hari, jika ulangi kesalahan
boleh Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
6. Meniru tandatangan Pengawal Pusat, Pegawai- Amaran Keras dan Denda
Pegawai, Tenaga Pengajar atau Kakitangan bersamaan dengan
KKTM/IKM atau individu lain untuk kepentingan
sendiri atau individu lain potong elaun tujuh (7)
hari, jika ulangi kesalahan
boleh Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
3
Panduan
Pelajar
7. Menghasut hingga menimbulkan kekacauan atau Amaran Keras dan Denda
suasana tegang atau mengadakan demonstrasi haram bersamaan dengan
potong elaun tujuh (7)
hari, jika ulangi kesalahan
boleh Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
8. Didapati memiliki, membawa, menyimpan, menonton Amaran Keras dan Denda
atau mengedar bahan / barang lucah atau apa saja bersamaan dengan
bahan / barang yang difikirkan lucah potong elaun tujuh (7)
hari, jika ulangi kesalahan
boleh Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
9. Didapati memiliki, menyimpan, membawa atau Amaran Keras dan Denda
menggunakan senjata yang merbahaya bersamaan dengan
potong elaun tujuh (7)
hari, jika ulangi kesalahan
boleh Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
10. Mengugut, membuli, mendera atau menjatuhkan Amaran Keras dan Denda
maruah orang lain bersamaan dengan
potong elaun tujuh (7)
hari, jika ulangi kesalahan
boleh Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
11. Menipu / berbohong kepada Pengawal Pusat, Amaran Keras dan Denda
Pegawaii-Pegawai, Tenaga Pengajar atau Kakitangan bersamaan dengan
KKTM/IKM untuk tujuan tertentu atau kepentingan
sendiri atau individu lain potong elaun tujuh (7)
hari, jika ulangi kesalahan
boleh Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
12. Menghalang mana-mana pelatih yang disyaki terlibat Amaran Keras dan Denda
dengan penyalahgunaan dadah atau racun atau bersamaan dengan
bahan kimia untuk menjalani pemeriksaan doktor atas potong elaun tujuh (7)
arahan Pengawal Pusat atau sesiapa yang diberi hari, jika ulangi kesalahan
kuasa boleh Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
4
Panduan
Pelajar
13. Membuat atau menyebar fitnah dengan apa cara Amaran Keras dan Denda
sekali pun yang boleh merosakkan reputasi Pengawal bersamaan dengan
Pusat atau Kakitangan atau Pelajar KKTM/IKM atau potong elaun tujuh (7)
individu lain hari, jika ulangi kesalahan
boleh Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
14. Membawa keluar dari premis KKTM/IKM sebarang Amaran Keras dan Denda
harta benda milik KKTM/IKM tanpa kebenaran bersamaan dengan
potong elaun tujuh (7)
hari, jika ulangi kesalahan
boleh Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
15. Keluar atau masuk ke kawasan premis KKTM/IKM Amaran Keras dan Denda
tanpa melalui pintu laluan keluar-masuk yang bersamaan dengan
dibenarkan potong elaun tujuh (7)
hari, jika ulangi kesalahan
boleh Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
16. Menganjur atau turut serta dalam pesta atau majlis Amaran Keras dan Denda
yang bercanggah denga nilai-nilai moral dan agama bersamaan dengan
Islam. potong elaun tujuh (7)
Contoh : Judi dan Minum Arak hari, jika ulangi kesalahan
boleh Buang Latihan dan
dikenakan Bayaran
Gantirugi
17. Mencuri atau menipu yang melibatkan harta atau Amaran serta diarah
wang yang kurang daripada RM100.00 membayar semula jumlah
wang yang dicuri atau
ditipu sebagai bayaran
ganti rugi.
5
Panduan
Pelajar
KATEGORI III (KESALAHAN KECIL)
BIL. KESALAHAN TINDAKAN
1. Berambut panjang
Surat Teguran
dikeluarkan dan Tenaga
Pengajar boleh
menggunting rambut
pelajar atau digunting
oleh tukang gunting yang
dikenakan bayaran
2. Berpakaian tidak mengikut peraturan Surat Teguran
dikeluarkan dan sekiranya
diulangi lagi kesalahan
boleh dikenakan
potongan elaun satu
minggu
3. Berhutang dengan pelatih lain dan enggan Surat Teguran
membayar balik
dikeluarkan dan sekiranya
masih enggan elaun
dipotong untuk
menjelaskan hutang
4. Membuang sampah atau mengotorkan kawasan Surat Teguran
KKTM/IKM
dikeluarkan dan sekiranya
ulangi lagi kesalahan
boleh dikenakan
potongan tiga (3) hari
elaun.
5. Menyambung wayar atau sebarang sambungan atau Surat Teguran
mengubahsuai mana-mana bahagian asrama atau dikeluarkan jika ulangi lagi
premis KKTM/IKM tanpa kebenaran atau secara
haram kesalahan disingkirkan
dari asrama
6. Membawa masuk, mengguna, menyimpan, alat Surat Teguran
elektrik ke dalam asrama atau premis KKTM/IKM dikeluarkan jika ulangi lagi
kesalahan disingkirkan
tanpa kebenaran pihak berkuasa KKTM/IKM
dari asrama
7. Didapati memiliki, membawa, menyimpan, menghisap Surat Teguran dan
atau mengedar apa-apa jenis rokok atau curut di direkod dalam fail Pelajar,
jika ulangi lagi Surat
dalam premis atau asrama KKTM/IKM Amaran dikeluarkan, jika
tidak ubah sikap potong
elaun satu (1) minggu
elaun 6
Panduan
Pelajar
8. Keluar meninggalkan asrama atau kawasan Surat Teguran
KKTM/IKM tanpa kebenaran pihak berkuasa dikeluarkan bagi
KKTM/IKM
kesalahan pertama, jika
ulangi kesalahan Surat
Amaran dikeluarkan, jika
diulangi lagi disingkir dari
asrama
Catatan :
Mana-mana kes atau kesalahan yang tidak tersenarai dalam Garis Panduan Hukuman
ini, Jawatankuasa Tatatertib (JKT) dan Lembaga Tatatertib (LT) KKTM/IKM boleh
menggunakan budi bicaranya untuk mengenakan apa-apa jua hukuman yang
bersesuaian kepada Pelajar berkenaan.
Edited by fauzi19112020
7