10.4 KEUNIKAN MASYARAKAT
BUMIPUTERA SARAWAK
bidayuh
Maklumat tentang Bidayuh
Dalam bahasa Bidayuh, ‘Bi’ bermaksud ‘orang’ dan
‘Dayuh’ bermaksud ‘Darat’. Oleh itu, Bidayuh
bermaksud ‘Orang Darat’. Bidayuh dikenali sebagai
Dayak Darat oleh orang Eropah pada masa dahulu
untuk membezakan mereka daripada masyarakat
Iban (Dayak Laut). Bagi Dayak Laut, perkataan ‘Laut’
digunakan disebabkan mereka sudah pandai
menggunakan perahu walapun tinggal di
pedalaman. Tidak seperti orang Bidayuh, mereka
tiada kemahiran menggunakan perahu semasa
kedatangan orang Eropah.
01 02 03
Tempat Agama dan Pakaian
tinggal Kepercayaan Tradisional
Bidayuh
TEMPAT TINGGAL
Kaum bidayuh mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya
Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Orang bidayuh juga
merupakan saudara terdekat masyarakat melanau, kayan, kenyah dan
penan. Etnik bidayuh juga mempunyai reka bentuk rumah yg unik,
bentuk rumah bulat dan juga rumah panjang yang diperbuat daripada
buluh. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh
terletak jauh di kawasan pedalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi
tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.Struktur
rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur
rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum
Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala
dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang
pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula
diperbuat daripada kayu belian.
AGAMA
Zaman dahulu, masyarakat Bidayuh juga turut
percaya terhadap kepercayaan animisme
tetapi pada masa kini, rata-rata masyarakat
Bidayuh Sarawak sekarang menganuti agama
Kristian, segala bentuk pemujaan sudah lama
ditinggalkan sebaliknya upacara sembahyang
mengikut lunas-lunas agama Kristian pula
menggantikannya. Mereka kebanyakannya
beragama Kristian dan sebahagiannya Islam.
PEMAKAIAN
Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat
Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah
termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang
kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik
manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama
iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan
corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna
warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala
wanita masyarakat Bidayuh. Kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula
lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam
separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur
flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru,
merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala
kaum lelaki masyarakat ini.
Pakaian Tradisional
PAKAIAN PAKAIAN PAKAIAN
TRADISIONAL SUKU LELAKI SUKU KAUM PEREMPUAN SUKU
KAUM BIDAYUH BIDAYUH KAUM BIDAYUH
Nama : Nor Syahirah
Binti Abdul Risham
Kelas : 2KAA
Nama Guru : Megala
Munusamy
Thank You
For Watching!