UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEMESTER 2 2020/2021
FAKULTI TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
VRT3043
TEKNOLOGI ELEKTRONIK
TUGASAN BERKUMPULAN
BUTANG TEKAN DENGAN 3 LED DAN LCD
NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK
GOH CHIA HAO D20182085195
SITI SOLEHAH BINTI MOHD DAIM D20182085653
NUR FADHILAH BT MOHAMAD TAJUDIN D20182085664
KUMPULAN KULIAH KUMPULAN KULIAH (B)
NAMA PENGAJAR DR. IRDAYANTI BINTI MAT NASHIR
TARIKH 04 JUN 2022
PENGHANTARAN
ISI KANDUNGAN 1
2
1.0 Pengenalan 2
2.0 Isi kandungan
3
2.1 Jadual Senarai Keperluan Projek Reka Bentuk Litar 3
Elektronik
4
2.2 Lakaran Reka Bentuk Litar Skematik
5
2.3 Penyambungan litar skematik menggunakan perisian
simulasi Tinkercad 7
2.4 Penyambungan Litar pada Papan Litar Elektronik 9
Mikropengawal 9
10
2.5 Menulis Pengaturcaraan Mudah Berdasarkan
Penyambungan Litar Input dan Litar Output
2.6 Membuat Pengujian dan Penilaian Kefungsian Litar
Elektronik
2.7 Mencadangkan Penambahbaikan ke Atas Reka Bentuk
Litar Elektronik
3.0 Kesimpulan
4.0 Rujukan
Page |1
1.0 Pengenalan
Tinkercad Circuit merupakan sebuah perisian simulasi untuk litar elektronik. Di Tinkercad
Circuit, kita boleh menghubungkan pelbagai komponen elektronik menjadi satu litar yang
boleh berfungsi dengan menarik. Selain itu, kita juga boleh menulis kod Arduino dan
mensimulasikan litar dan kod tersebut.
Tinkercad ialah perisian yang sesuai untuk pemula, membolehkan pengguna mempelajari
cara mereka bentuk dan mencetak dalam 3D, serta cara mengekod dan mencipta litar.
Tinkercad membolehkan pengguna mencipta semula objek sedia ada atau menghidupkan
ciptaan unik mereka sendiri dengan memanipulasi bentuk dengan mudah.
Tinkercad ialah program pilihan untuk sesiapa sahaja yang ingin mendalami dunia
pemodelan 3D, elektronik dan pengekodan, kerana ia memberi pengguna pengetahuan asas
untuk maju ke program pencetakan 3D yang lebih maju. Ini menjadikannya alat yang sempurna
untuk guru yang ingin memulakan pelajar mereka dengan alat intuitif yang mudah digunakan
yang menjadikan pembelajaran tentang pemodelan 3D menyeronokkan.
1.1 Tujuan Projek
Tujuan projek ini adalah untuk membangunkan satu projek yang melibatkan LED dan LCD
yang berfungsi sebagai output serta butang tekan yang berfungsi sebagai input.Peranti input
menghasilkan isyarat digital atau analog berdasarkan jenis peranti yang digunakan. Setelah
kesemua komponen dipasang dan disertakan dengan penulisan kod Arduino yang betul maka
lampu LED dan LCD dapat berfungsi seperti yang ditunjukkan di dalam Tinkercad.
Teknologi mikropengawal membolehkan produk harian menjadi lebih pintar sedikit
berbanding dahulu. Teknologi ini banyak berada di sekeliling kita. Tambahan pula, kita berada
di dalam era Revolusi Industri 4.0. Mempelajari cara-cara mengatucara mikropengawal
merupakan langkah awal untuk mempersiapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan dalam
Revolusi Industri 4.0.
Page |2
1.2 Objektif
Objektif projek ini adalah untuk:
i. Menyalakan 3 Diod pemancar cahaya LED yang berlainan warna secara berkelip-
kelip selepas butang tekan ditekankan.
ii. Mempamerkan teks dalam skrin LCD selepas butang tekan ditekankan.
iii. Mengawal fungsi Diod pemancar cahaya LED dan LCD dengan menggunakan
butang tekan.
2.0 Isi kandungan
2.1 Jadual Senarai Keperluan Projek Reka Bentuk Litar Elektronik
Jadual 1: Senarai Komponen yang digunakan
Bil. Nama Komponen Kuantiti
1 Red LED 1
2 Arduino Uno R3 1
3 Pushbutton 1
4 1 kΩ Resistor 4
5 Yellow LED 1
6 Green LED 1
7 MCP23008-based, 32 LCD 16x2 (12C) 1
Page |3
2.2 Lakaran Reka Bentuk Litar Skematik
Rajah 1: Lakaran Skematik dalam perisian Tinkercad
2.3 Penyambungan litar skematik menggunakan perisian simulasi Tinkercad
Rajah 2: Litar simulasi dalam perisian Tinkercad
Page |4
2.4 Penyambungan Litar pada Papan Litar Elektronik Mikropengawal
Jadual 2: Maklumat tentang penyambungan litar secara terperinci
KOMPONEN/ KUANTITI WARNA SAMBUNGAN
PERANTI/ BAHAN WAYAR
Diod pemancar cahaya 1 Hijau Disambung bersama perintang dan
LED warna hijau papan Arduino UNO, iaitu pada
digital pin 11
Hitam Disambung kepada ground
Diod pemancar cahaya 1 Kuning Disambung bersama perintang dan
LED warna kuning papan Arduino UNO, iaitu pada
digital pin 12
Hitam Disambung kepada ground
Diod pemancar cahaya 1 Merah Disambung bersama perintang dan
LED warna merah papan Arduino UNO, iaitu pada
digital pin 13
Hitam Disambung kepada ground
Perintang tetap 1 kΩ 3- Disambung bersama diod pemancar
cahaya kuning, merah dan hijau.
Hitam Disambung kepada ground
1- Disambung kepada push button
- Disambung kepada 5 V
Push button 1 Hitam Disambung kepada ground
Biru Disambung kepada papan Arduino,
iaitu pada digital pin 2.
- Disambung kepada perintang yang
disambung ke 5V
LCD 16x2 (12C) 1 Merah Disambung ke 5V
Hitam Disambung ke ground
Ungu Dan Disambung ke papan Arduino
Biru Gelap UNO.
Page |5
2.5 Menulis Pengaturcaraan Mudah Berdasarkan Penyambungan Litar Input dan
Litar Output
Rajah 3: Pengaturcaraan Projek
// C++ code
//include the library code
#include <Adafruit_LiquidCrystal.h>
//variables
int buttonState = 0; // variables for reading the pushbutton status
int GREEN = 11;
int YELLOW = 12;
int RED = 13;
Adafruit_LiquidCrystal lcd_1(0);
void setup()
{
pinMode(2, INPUT);
pinMode(GREEN, OUTPUT);
pinMode(YELLOW, OUTPUT);
pinMode(RED, OUTPUT);
}
void loop()
{
//read the state of the pushbutton
buttonState = digitalRead(2);
//check if pushbutton is pressed
//if it is, button state is HIGH
if (buttonState == HIGH){
digitalWrite(GREEN, HIGH);
digitalWrite(YELLOW, HIGH);
digitalWrite(RED, HIGH);
Page |6
}
else{
//display lCD
//set up the LCD's number of columns and rows
lcd_1.begin(16, 2);
//print a message to the LCD
lcd_1.print("VRT3043Teknologi");
//line 1 is the second row
lcd_1.setCursor(0, 1);
//print a message to the LCD
lcd_1.print("Elektronik 2022!");
//display Green LED
digitalWrite(GREEN, HIGH);
delay(500); // Wait for 500 millisecond(s)
digitalWrite(GREEN, LOW);
delay(500); // Wait for 500 millisecond(s)
//display Yellow LED
digitalWrite(YELLOW, HIGH);
delay(500); // Wait for 500 millisecond(s)
digitalWrite(YELLOW, LOW);
delay(500); // Wait for 500 millisecond(s)
//display Red LED
digitalWrite(RED, HIGH);
delay(500); // Wait for 500 millisecond(s)
digitalWrite(RED, LOW);
delay(500); // Wait for 500 millisecond(s)
}
}
Page |7
Mengenai projek ini, LCD digunakan untuk menunjukkan teks selepas butang tekan ditekankan.
Oleh itu, ‘library code’ digunakan untuk mendapatkan kod aturcara yang berkenaan untuk
memberi arahan kepada LCD. ‘library code’ yang digunakan adalah
<Adafruit_LiquidCrystal.h>. ‘library code’ merupakan kumpulan ‘code’ yang biasanya
dikumpulkan dalam sebuah ‘namespace’, ‘module’ atau ‘package’ yang dapat digunakan pada
program ini dengan membuat pengaturcaraan seperti #include <Adafruit_LiquidCrystal.h>.
Nilai 16 dalam lcd_1.begin(16, 2); bermaksud jumlah digit atau huruf yang dapat
diletakkan dalam satu baris dan nilai 2 bermaksud LCD mempunyai 2 baris sahaja. Nilai 1 dalam
lcd_1.setCursor(0, 1); bermaksud baris kedua. Oleh itu, output yang diperolehi ialah teks
dalam 2 baris dipamerkan pada skrin LCD.
2.6 Membuat Pengujian dan Penilaian Kefungsian Litar Elektronik
Pengujian dan penilaian kefungsian litar elektronik telah dilaksanakan dengan menggunakan
perisian Tinkercad sahaja.
A. PENGUJIAN
Bil Litar Kekutuban Komponen/ peranti Ujian meter pelbagai
Penyambungan Berfungsi /tidak
Suis tekan tutup berfungsi
Betul/Salah Diod pemancar Berfungsi
cahaya LED warna Berfungsi
1. Input Betul
2. Output Betul hijau Berfungsi
Diod pemancar
3. Output Betul cahaya LED warna Berfungsi
4. Output Betul kuning Berfungsi
Diod pemancar Berfungsi
5. Output Betul cahaya LED warna
6. Output Betul
merah
Perintang tetap 1 kΩ
LCD 16x2 (12C)
Page |8
B. PENILAIAN Berfungsi Atau Catatan
Bil Aspek Yang Dinilai Tidak Berfungsi
Apabila suis ditekan, diod
1. Litar Input Berfungsi
-Suis Tekan Tutup Berfungsi pemancar cahaya akan
2. Litar Output Berfungsi menghasilkan cahaya dan LCD
- LCD 16x2 (12C) Berfungsi
menunjukkan teks.
3. Litar Output Berfungsi
-Diod Pemancar Cahaya LED Selepas menekankan butang tekan,
Warna Hijau
LCD 16X2 (12C) memancarkan
4. Litar Output
-Diod Pemancar Cahaya LED tulisan dengan baik. Teks yang
Warna Kuning
ditunjukkan ialah
5. Litar Output “VRT3043Teknologi
-Diod Pemancar Cahaya LED Elektronik 2022!”.
Warna Merah
Selepas LCD berfungsi, diod
pemancar cahaya LED warna hijau
mengeluarkan cahaya bewarna
hijau dengan baik.
Selepas diod pemancar cahaya
LED warna hijau menyala, diod
pemancar cahaya LED warna
kuning menyala dengan
mengeluarkan cahaya bewarna
kuning dengan baik.
Selepas diod pemancar cahaya
LED warna kuning menyala, diod
pemancar cahaya LED warna
merah berfungsi dengan
mengeluarkan cahaya bewarna
merah dengan baik.
Selepas menghidupkan litar simulasi dalam perisian Tinkercad, ketiga-tiga LED menyala
seperti biasa tanpa berkelip semasa butang tekan tidak ditekan. Selepas butang tekan ditekan
dengan satu klik, proses yang disenaraikan dalam rajah seperti di atas dijalankan secara
berterusan dan berulang sehingga butang tekan dilepaskan.
C. PAUTAN VIDEO RAKAMAN PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM
TINKERCARD
Pautan Video: https://youtu.be/zXcEqXWRmrQ
Page |9
D. PAUTAN PROJEK DALAM PERISIAN TINKERCAD
Pautan Tinkercad:
https://www.tinkercad.com/things/jW3ssjRTR1A?sharecode=kJ3_JTVK4WQJgKpVh4ixemi
Y0jbF88C6WvS_Pj8vKxc
2.7 Mencadangkan Penambahbaikan ke Atas Reka Bentuk Litar Elektronik
Dari segi penambahbaikkan ke atas reka bentuk litar elektronik yang telah dihasilkan, komponen
input yang digunakan boleh digantikan dengan penderia lain seperti ultrasonic distance sensor
supaya lebih berinovatif. Ultrasonic jenis ini dapat memberikan bacaan jarak suatu objek dari
sensor pada jarak 2cm hingga 4cm. Ia juga merupakan antara sensor yang paling terkenal dan
paling murah digunakan oleh diy-ers untuk memberikan bacaan jarak suatu objek dari sensor.
Bil. Penambahbaikan Catatan
1 Input Gantikan dengan penderia yang lain seperti ultrasonic distance
sensor.
2 Output Membuat teks dalam skrin LCD bergerak ke arah kiri. Idea ini
seperti pautan yang dilampirkan:
https://www.youtube.com/watch?v=XpP8QxE0Heg&ab_channel=
ABIDInc.
3.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, berdasarkan reka bentuk litar elektronik yang telah dihasilkan
menunjukkan keputusan yang baik dengan berfungsinya semua komponen yang telah digunakan.
Projek reka bentuk litar elektronik ini juga melalui pengujian di dalam aplikasi tinkercard di mana
semua komponen ini memberikan output serta input yang baik.
Melalui projek ini dapat mengukuhkan pengetahuan pelajar tentang penggunaan aplikasi
Tinkerkad untuk membangunkan suatu projek elektronik secara dalam talian. Selain itu,
pengetahuan baharu yang diperolehi dalam projek ini ialah penggunaan butang tekan sebagai
fungsi input dan skrin LCD sebagai fungsi output dalam projek ini. Sekiranya peluang diberikan
P a g e | 10
untuk menambahbaikan projek ini, ultrasonic distance sensor dan pergerakan teks dalam skrin
LCD akan ditambahkan ke dalam projek ini.
4.0 Rujukan
Mat Gyver. (2019). HC-SR04 Ultrasonic Sensor Jarak – Belajar Arduino 101.
https://matgyver.my/2019/08/15/hc-sr04-ultrasonic-sensor-jarak-belajar-arduino-101/ , 01
Jun 2022.