SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUNSHI ABDULLAH BULAN KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA M A J L I S P E N U T U P A N A N J U R A N : s m k m u n s h i a b d u l l a h , b a t u b e r e n d a m m e l a k a Dirasmikan Oleh : DATUK AMZAH BIN OSMAN D P S M . D S M . B C M . B K T . P J K RABU I 13 SEPTEMBER 2023 I 2:00 PETANG I DEWAN MUNSHI, SMK MUNSHI ABDULLAH “MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN” PERINGKAT SEKOLAH
ATUR CARA MAJLIS 1.50 petang – 2.00 petang : Guru dan pelajar badan beruniform yang terlibat berkumpul di dalam dewan 2.00 petang – 2.15 petang : Ketibaan Tetamu VIP 2.15 petang – 2.30 petanG : Nyanyian 3 buah lagu (Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya, Usaha Tetap Jaya) Bacaan Doa 2.30 petang – 2.35 petang : Tayangan Montaj 2.35 petang – 2.45 petang : Ucapan Tuan Pengetua (tuan HAJI RAMLI BIN ABDULLAH) 2.45 petang – 2.55 petang : Ucapan Perasmi (DATUK AMZAH BIN OSMAN) DPSM.DSM.BCM.BKT.PJK Gimik Perasmian 2.55 petang – 3.05 petang : Penyampaian Hadiah Pertandingan BAGI AKTIVITI SEPANJANG BULAN KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA Penyampaian Cenderamata 3.05 petang – 3.25 petang : Persembahan Sajak : Tanah Darahku (Ahmad Danial Iman – 2Ibnu Sina) Persembahan Nyanyian : Bahtera Merdeka (Irwana Darwisyah – 3Ibnu Khaldun) Persembahan Tarian 3.25 petang – 3. 35 petang : Nyanyian lagu – lagu patriotik (Keranamu Malaysia,Jalur Gemilang, Tanggal 31 Ogos , Saya Anak Malaysia)
latar belakang Hari Kebangsaan disambut oleh rakyat Malaysia pada setiap bulan Ogos, sempena dengan tarikh kemerdekaan iaitu 31 Ogos 1957. Pada tarikh ini, negara kita telah menikmati kemerdekaan dan bebas dari penjajahan kuasa luar. Tahun lepas iaitu 2022, negara kita telah berada di fasa endemik COVID-19 dan ia telah memberi impak yang besar dalam kalangan masyarakat. Justeru itu, pada tahun lepas tema hari kemerdekaan ialah “KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA” bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia dalam mengharungi cabaran dan dugaan pendemik covid-19. Jadi dengan itu, untuk tahun 2023, tema hari kemerdekaan kita pula ialah MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN. Tema ini dipilih bagi mendasari TEKAD serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah bangsa yang memiliki semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu padu, aman dan sejahtera. HARAPAN Malaysia MADANI adalah merupakan PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormatmenghormati dan ihsan. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata namun ianya adalah detik negara tercinta kita bebas daripada cengkaman penjajah dan memungkinkan kita membentuk negara bangsa sendiri. Walaubagaimanapun, sebagai warga Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan tetap diraihkan, namun begitu apa yang diharapkan masih belum sampai ke tahap memuaskan. Kebanyakan generasi muda sekarang masih lagi alpa dengan sejarah negara sendiri, malahan semangat patriotisme juga makin terhakis. Sempena sambutan hari Kebangsaan Malaysia ke-66 bagi tahun 2023 ini, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing. Semoga dengan adanya program seperti ini, para pelajar dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari sejarah lampau sebagai panduan bagi melahirkan jati diri pelajar yang cemerlang, dedikasi, bertanggungjawab serta memiliki semangat cintakan negara.
objektIF Satu saluran untuk memberi hebahan kepada pelajar tentang pentingnya memperingati Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Merangsang semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah. Melahirkan generasi murid yang sedar akan tanggungjawab peranan mereka sebagai seorang warganegara Malaysia. Menggalakkan aktiviti yang mengarah kepada pembentukan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Membina jati diri dan keterampilan generasi muda yang bercirikan Malaysia. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan terhadap masyarakat dan negara. RASIONAL Masih terdapat rakyat Malaysia yang tidak bersemangat patriotik. Para pelajar adalah insan yang paling sesuai untuk memupuk semangat patriotisme. “Melentur buluh biar dari rebungnya” iaitu penerapan semangat patriotisme perlu bermula dari peringat sekolah. Semangat patriotisme penting bagi pembinaan bangsa dan negara. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran program ini adalah warga pelajar, tenaga pendidik dan kumpulan sokongan SMK Munshi Abdullah, Batu Berendam, Melaka.
jawatankuasa pelaksana PENGERUSI : TUAN HAJI RAMLI BIN ABDULLAH (PENGETUA) TIMBALAN PENGERUSI : ENCIK KAMARUDIN BIN KASSIM (GPK PENTADBIRAN) NAIB PENGERUSI : PUAN HAJAH ROSMAH BINTI MOHAMED KASSIM (GPK HEM) : PUAN SUBASHANI A/P SUPPIAH (GPK KOKURIKULUM) : PUAN ALIFAH BINTI SHARUDIN (GPK TINGKATAN 6) PENYELIA/PEMANTAU : TUAN HAJI AZAM SHARAN BIN A. SAMAD (GKMP KEMANUSIAAN) PENYELARAS : PUAN FAIRUJAMIAH BINTI MD. SARIP : PUAN MARIA BINTI MUSA NAIB PENYELARAS : CIK NURHARRA BINTI MOHAMED MOKHATAR BENDAHARI : PUAN NURUL ‘AIN BINTI MAZALAM AHLI JAWATANKUASA : KETUA PANITIA YANG TERLIBAT BULAN KEBANGSAAN jawatankuasa INDUK jawatankuasa KERJA JURUACARA Puan Siti Azlin Shafiza binti Mazlan Puan Nurfarena Nabilah binti Norazmi BACAAN DOA Ustaz Tuan Mohd Hafizudin bin Tuan Seman BROSUR/ANYFLIP/BANNER Puan Izziaty binti Yahya Puan Airinda binti Mustapa TEKS UCAPAN PERASMI & PENGETUA Encik Anuar bin Ismail Puan Mazlin bin Hazin PA SISTEM Encik Muhammad Faez bin Abd. Hamid Encik Muhammad Afiq bin Abu Bakar HIASAN DEWAN Puan Norimah binti Osman Puan Rosellah binti Mohd Shariff Puan Nor Izzati binti Samsu Encik Muhamad Sufian bin Abu Hassan CENDERAMATA VIP Ustazah Masliza binti Rahmat Ustazah Zatun Najahah binti Ahmad KOMPANG Ustaz Bakhtiar bin Ramli JURU GAMBAR Encik Lee Kwee Chiang Encik Shah Rezza bin Noradin pERSIAPAN TEMPAT Encik Muhammad Ammaruddin Shah bin Abdul Malek Encik Nik Muhammad Amri bin Nik Mahmood Encik Muhd Aiman bin Noorazmi GIMIK Puan Maria binti Musa Puan Faezah binti Mohamad KAWALAN DISIPLIN Encik Nor Akmam bin Ahmad Encik Muhammad Zaki Nasution bin Karno Mino PERSEMBAHAN PELAJAR Cik Nurul Fatiha binti Abd. Rashid Cik Nurharra binti Mohamed Mokhatar Cik Nor Fatinaziha binti Mohd Nazmi HADIAH & SIJIL Ustazah Norhashida binti Bachok Puan Norhidayah binti Daud Cik Saidatul Nabihah binti Kadir SAMBUTAN Puan Hasmaliza binti Abdul Malek DokumentasI Cik Wong Yoke Fuen Puan Syarifah Sakinah binti Syed Esa JAMUAN VIP Puan Noor Azilah binti Amar Puan Rosnani binti Idris Ustazah Nur Asma’ binti Kamarulzaman Cik Siti Nuratikah binti Ismail
PENGHARGAAN Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada : Datuk Amzah bin Osman, Barisan Pentadbir, Penolong Kanan dan GKMP Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Semua Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana Semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan semua aktiviti yang dirancang. Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah SWT. Program Bulan Kebangsaan SMK Munshi Abdullah merupakan rutin tahunan yang diadakan bagi merangsang semangat patriotisme dalam diri pelajar, guru dan warga sekolah amnya. Aktiviti yang dirancang juga diharap dapat menjadi nilai tambah bagi subjek. Letih berjalan di tengah pekan, Singgah sebentar di kedai Siti, Terima kasih kami ucapkan, Atas segala jasa dan bakti. Terima kasih kami ucapkan, Kerana kalian selalu membantu, Jasa dan bakti jadi taruhan, Akan dikenang setiap waktu.