ASSIGNMENT SUBMISSION SHEET Course Code : MPU3183 Course Title : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN Course Leader : PUAN NOORHUDA BT ABDUL KARIM Lecturer : PUAN SURIA BT IBRAHIM Title of Assignment :WARISAN BUDAYA MALAYSIA (KELESTARIAN ETIKA MDAN PERADABAN) Submission Date : 16 NOVEMBER 2023 Student’s Affirmation : I, NUR ALIA SHAFIKA BINTI MD ZAINUDDIN (KB230924682) and WAN NURFARAHIN BT WAN ROSLEE (KB230924681) acknowledge the submission of this assignment. I will be responsible if this assignment is found plagiarized and will bear the consequences. Student’s Signature: Lecturer’s Signature: ______________________ ______________________
PENGHARGAAN “ Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang” Segala puji bagi Alllah S.W.T Tuhan yang seluruh alam kerana dengan limpah dan kurniaNya, kami sekumpulan dapat menyiapkan tugasan MPU3183 INI. Saya dan teman sekumpulan saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar kami iaitu Puan Suria Binti Ibrahim kerana telah banyak membantu kami dan memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan EFolio ini. Di samping itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami kerana telah memberikan sokongan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pihak yang terlibat secara tidak langsung atau langsung membantu kami menyiapkan tugasan E-Folio ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semjua pihak amatlah kami hargai. Semoga ilmu dan pengetahuan yang akan dikongsikan ini dapat memberikan manfaat dan dijadikan contoh teladan kepada pembaca yang lain.
PENDAHULUAN Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dan anaknya atau seorang pengikur dengan ketuanya atau seumpamanya. Bukan itu sahaja, Pendidikan juga dikatakan ilmu pendidikan atau pedagogi merupakan displin ilmu yang pemberbudayaan dan pendewasaan manusia. Salah satu upaya untuk membangunkan dan meningkatkan mutu sumber daya manusia menuju era globalisasi yang penuh dengan tantangan, sehingga pendidikan merupakan sesuatu yang sangat fundamental bagi setiap individu. Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan perhubungan beribadah kepada Tuhan. Sistem pendidikan Malaysia bermatlamat melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, intelek, dan rohani seterusnya berupaya berperanan sebagai warganegara produktif yang mampu mendukung visi dan misi negara. Proses belajar dalam konteks kebudayaan bukan hanya dalam bentuk internalisasi dari sistem “pengetahuan” yang diperoleh dari manusia melalui pewarisan atau transmisi dalam keluarga, lewat sistem pendidikan formal di sekolah, melainkan juga diperoleh melalui proses belajar dari berinteraksi dengan lingkungan alam dan sosialnya. Melalui pewarisan kebudayaan dan internalisasi pada setiap individu, pendidikan hadir dalam bentuk sosialisasi kebudayaan, berinteraksi dengan nilai-nilai masyarakat setempat dan memelihara hubungan yang menentukan proses-proses perubahan tatanan sosio-kultur masyarakat dalam rangka mengembangkan kemajuan peradabannya. Oleh itu, pendidikan memberikan kontribusi yang sangat besar terhadap kemajuan suatu bangsa, dan merupakan wahana dalam menerjemahkan pesan-pesan konstitusi serta sarana dalam membangunkan watak bangsa. Masyarakat yang cerdas akan memberikan suasana kehidupan yang cerdas dan secara tidak langsung akan membentuk kemandirian.
MAKNA PENDIDIKAN, KEBUDAYAAN, ETIKA DAN PERADABAN. I. Makna Pendidikan Dalam UU Sisdiknas No. 20 tahun 2003, Pendidikan adalah usaha sadar dan terencana untuk mewujudkan suasana belajar dan proses pembelajaran agar peserta didik secara aktif mengembangkan potensi dirinya untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri, kepribadian, kecerdasan, akhlak mulia, serta keterampilan yang diperlukan dirinya dan masyarakat. Menurut kamus Bahasa Indonesia pendidikan berasal dari kata ‘didik’ dan mendapat imbuhan ‘pe’ dan akhiran ‘an’, maka kata ini mempunyai arti proses atau cara atau perbuatan mendidik. Secara bahasa definisi pendidikan adalah proses pengubahan sikap dan tata laku seseorang atau kelompok orang dalam usaha mendewasakan manusia melalui upaya pengajaran dan pelatihan. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993), mendefinisikan pendidikan ialah perihal mendidik. Selain itu, pendidikan juga ialah ilmu yang merujuk kepada ilmu didik, ilmu mendidik, didikan, latihan dan ajaran. Perkataan pendidikan berakar umbi daripada perkataan ‘didik’ yang membawa maksud ajar, bombing, bentuk dan asuh. Menurut perkataan Inggeris pula, pendidikan adalah ‘Education’ iaitu perkataan yang berasal daripada Latin ‘Educare’ yang bermaksud mengasuh, memelihara dan juga membimbing. Oleh itu, melaui definisi tersebut dapatlah kita memahami pendidikan merupakan proses pertumbuhan kearah yang lebih baik bagi mencapai kesempurnaan akal, mental dan juga perkembangan jasmani, II. Makna Kebudayaan Budaya didefinisikan sebagai perkara-perkara berkaitan dengan budi dan akal. Istilah budi membawa maksud asli, pertama, sejati dan dipandang sempurna manakala daya pula dimaksudkan sebagai akal, jalan fikiran dan ciptaan (Rohana Yusof, 2010). Istilah budaya dalam bahasa Inggeris ialah ‘culture’ yang berasal daripada perkataan bahasa Latin yang berbunyi ‘colere’. Ia bermaksud kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan mengerjakan pelbagai tindakan yang boleh menghasilkan tindakan budaya (Suwardi Endraswara, 2006:4). Pandangan Abdul Latif Abu Bakar (1987) menjelaskan bahawa istilah budaya merupakan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan dan ianya mempunyai pengertian yang luas, jelas menunjukkan teminologi
budaya mempunyai pelbagai pengertian dan tafsiran berbeza dalam kalangan para sarjana.(Subramaniam 2017) Justeru, sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai ‘budaya’ dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Maka, budaya juga dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. III. Makna Etika dan Peradaban. Definisi etika dan peradaban menurut adalah 'etika' yang juga dikenali sebagai falsafah moral merupakan satu cabang falsafah yang membabitkan menyusun, mempertahankan dan mencadangkan kelakuan yang betul dan salah. la merujuk kepada tingkah laku moral manusia dan bagaimana untuk bertindak dalam keadaan tertentu.Seterusnya, etika berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'ethos' yang bermaksud 'watak'. Etika merupakan piawaian yang berasaskan betul dan salah terhadap perbuatan atau tingkah laku seseorang dalam melaksanakan kewajipan manusia. la berkait rapat dengan nilai-nilai moral yang menjadi pegangan seseorang individuatau kumpulan masyarakat dalam menentukkan perbuatan atau tingkah laku masing-masing.Kehidupan yang beretika akan memastikan manusia melaksanakan kewajipan hidup yang member faedah kepada diri sendiri dan juga masyarakat.Sebagai contoh, seseorang itu dikatakan beretika apabila bertindak jujur, menunjukkan perbuatan seperti mencuri, membunuh, minipu dan memfitnah menunjukkan sikap tidak beretika. Seseorang itu dianggap mempunyai etika selagi perbuatannya tidak menyimpang dari norma-norma sosial, peraturan, undang-undang, dan nilai-nilai moral yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
Peranan Pendidikan dalam Menjaga dan Menyampaikan Warisan Budaya. 1. Dapat meningkatkan imej dan potensi sekolah. Apabila kurangnya kes disiplin, ataupun tiada langsung kes displin di sekolah maka sekolah akan dikategorikan sebagai sekolah baik atau cemerlang. Sekolah sebegini akan menjadi tumpuan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Contohya seperti Sek. Keb. Zainab 2, dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif prestasi akademik mereka meningkat dan sekarang sekolah tersebut dianugerahkan sebagai sekolah berprestasi tinggi dan cemerlang di daerah Kelantan. Bukan itu sahaja, apabila budaya ini diamalkan oleh pihak sekolah maka warisan sesebuah budaya dapat ditingkatkan. Dengan itu, warisan budaya amatlah penting bagi meningkatkan imej dan potensi sekolah. 2. Dapat menarik perhatian dari orang atasan atau orang luar. Dengan penampilan sekolah yang baik, serta mempunyai budaya yang baik maka mereka akan sentiasa mendapat kepercayaan daripada pihak atasan untuk menganjurkan sesuatu aktiviti, projek ataupun kem motivasi yang akan diadakan. Pihak atasan akan percaya dengan kemampuan sekolah-sekolah seperti ini. Apabila sesuatu program itu berjaya dilaksanakan dengan lancar dan berkesan maka pihak penganjur tidak akan teragak-agak untuk menganjurkan sekolah tersebut pada masa akan datang. Hal ini kerana dengan penganjuran ini, secara tidak langsung ia akan dapat meningkatkan imej orang atasan tersebut. 3. Dapat menyampaikan isi pembelajaran yang berkesan. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila budaya ini diamalkan dalam pendidikan maka isi pembelajaran yang hendak diajar oleh guru dapat dilaksankan dengan jayanya. Bukan itu sahaja, apabila guru berkomunikasi dengan berkesan maka perkara ini akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah mengenai objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. 4. Dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti. Dengan adanya sifat budaya dalam diri seorang pelajar maka percapaian sekolah dapat dicapai dengan jayanya. Justeru itu, pelajar-pelajar dapat menanam sifat kebudayaan dalam diri mereka untuk menjadikan mereka seorang pelajar yang berkualiti di masa
akan datang. Hal ini dikatakan demikian kerena pelajar tersebut mengamalkan budaya yang positif dan berada dalam kawasan iklim positif. Maka dengan itu, budaya ini amat penting bagi melahirkan seorang insan yang berkualiti di masa akan datang. 5. Dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar dan guru. Guru-guru akan mempunyai sikap sayang dan mengambil berat semasa di sekolah di mana mereka bertugas dan mereka akan sentiasa mengamalkan budaya mesra antara guru dan murid. Dengan itu, mereka pasti akan berasa bangga kerana berada di sekolah tersebut yang sentiasa mengamalkan budaya yang positif. Contohnya, guru dan pelajar akan bertambah mesra kerana mereka sentiasa mengamalkan budaya memberi salam dan bertanya khabar. Dalam keadaan ini, para guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme mereka untuk lebih berjaya. Manakala di kalangan pelajar pula, semangat sayang dan bangga akan sekolah mereka akan sentiasa segar dalam ingatan dan jiwa mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya budaya yang positif di sekolah bagi membentuk pelajar yang berjaya dan cemerlang di masa akan datang.
Etika Pendidikan Budaya dalam Generasi Muda. a) Dapat membina peradaban yang tinggi dalam sesebuah Negara. Dengan adanya, peradaban dalam diri seseorang anak muda maka matlamat sesebuah negara dapat dicapai dengan jayanya. Bukan itu sahaja, peradaban juga dapat dilaksanakan bagi sesebuah negara agar mereka dapat melahirkan generasi muda yang berkualitas di masa akan datang. Contohnya, budaya silaturahim boleh diamalakan oleh generasi muda bagi tujuan perdagangan. b) Dapat mengelakkan masalah sosial yang serius. Hal ini demikian kerana, banyak kes rasuah pada masa kini adalah dalam kalangan eksekutif muda yang mahukan kesenangan dengan cepat tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan berkenaan. Sekiranya ini dibiarkan maka adalah tidak mustahil pada suatu masa nanti kejatuhan nilai murni dan sosial menjadi semakin serius di Malaysia. Permasalahan ini perlu dibendung sejak di sekolah rendah lagi dengan memperkenalkan subjek yang berkaitan dengan etika dan nilai murni. Pengenalan subjek ini dapat membantu mendidik pelajar sejak di sekolah rendah dan pada masa sama dapat mengurangkan sikap prejudis dan iri hati generasi muda. c) Integritas dan Kejujuran dalam diri Integritas dan kejujuran adalah dasar dari etika yang kuat. Generasi muda harus memiliki integritas yang tinggi dalam semua aspek kehidupan mereka. Ini termasuk berbicara jujur, mematuhi aturan, dan tidak terlibat dalam tindakan curang atau penipuan. Integritas adalah pondasi yang kuat untuk membangun reputasi yang baik dan memenangkan kepercayaan orang lain. d) Dapat melahirkan generasi muda yang bekerja keras. Kerja keras dan ketekunan adalah etika yang penting dalam mencapai tujuan dan meraih kesuksesan. Generasi muda harus memiliki semangat untuk bekerja keras, belajar, dan berkembang dalam mata pelajaran yang mereka pelajari. Etika ini dapat membantu mereka mengatasi halangan dan rintangan yang mungkin mereka temui dalam perjalanan mereka menuju kejayaan.
KESIMPULAN Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan dalam arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan. Kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar. Bagi mencapai warisan budaya, kita harusalah tanggungjawab untuk mengekalkan warisan nenek moyang kita dengan menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai satu warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain. Kitia juga perlulah Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! Bagi mencapai wawasan berasama.
RUJUKAN 1) Jimmymie, Disember 2020, “Budaya dalam Pendidikan”, http://jimmymie66.blogspot.com/2010/12/budaya-dalam-pendidikan.html 2) Sharifah Nor Abu, 10 Januari 2022, “Etika Mengikut Kelompak”, https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_ Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan 3) NurulhalwaniAriffin, 18 Feb 2014, “Definisi Kebudayaan”, https://www.slideshare.net/nurulhawaniarifin/definisi-kebudayaan 4) Berita Harian, 13 Januari 2015, “Pembelajaran Etika Didikan Generasi Muda Berakhlak”, https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/01/29086/pembelajaranetika-didik-generasi-muda-berakhlak