The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-78347312, 2023-12-12 11:56:45

MAJLIS GRADUASI SMK BUKIT KAPAR 2023

MAJLIS GRADUASI SMK BUKIT KAPAR 2023

MAJLIS GRADUASI SMK BUKIT KAPAR kali ke2 Dirasmikan Oleh : En. Abdul Muin bin Abdul Majid Yang DiPertua PIBG SMK Bukit Kapar 13 Disember 2023 8:00 pagi - 12:50 tengah hari D’Mawar Biru


MAJLIS GRADUASI SMK BUKIT KAPAR ATUR CARA MAJLIS GRADUASI 2023


PENGENALAN MAJLIS GRADUASI 2023 OBJEKTIF MAJLIS GRADUASI 2023 Majlis Graduasi SMK Bukit Kapar dilaksanakan dengan tujuan untuk meraikan semua calon SPM yang bakal menamatkan alam persekolahan peringkat menengah. Majlis Graduasi ini juga merupakan satu penghargaan dan motivasi untuk semua murid tingkatan 5 agar menjadi pendorong untuk memberikan yang terbaik dalam peperiksaan SPM dan seterusnya dapat merealisasikan impian untuk menjadi graduan yang sebenar di menara gading kelak. Justeru, Unit Bimbingan dan Kaunseling (HEM) dan Jawatankuasa Kurikulum mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan Majlis Graduasi ini dapat direalisasikan seterusnya melonjakkan semangat calon SPM untuk lebih berusaha mencapai keputusan yang cemerlang dan terbaik untuk mereka melangkah ke Institusi Pengajian Tinggi / Institusi Latihan Kemahiran setelah tamat SPM nanti. Mewujudkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menghargai komitmen murid tingkatan 5 yang sedang dalam fasa akhir usaha mereka ke arah kecemerlangan SPM yang akan mereka hadapi dalam masa terdekat Menyediakan murid yang sentiasa bermotivasi tinggi untuk belajar dan mencapai kejayaan cemerlang selaras dengan matlamat untuk membentuk modal insan yang cintakan ilmu pengetahuan. (Konsep Anak Bijak Lagi Cerdik) Memberikan semangat dan sokongan moral kepada semua calon SPM 2023agar mereka dapat mencapai kejayaan cemerlang dan melayakkan mereka untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)dan Institusi Latihan Kemahiran (ILK)


Ucap an Pengetua Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani Tuan Hj. Maswi bin Saion Pengetua SMK Bukit Kapar Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, Majlis Graduasi SMK Bukit Kapar kali ke-2, berjaya dilaksanakan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana Majlis Graduasi yang terdiri daripada Unit Bimbingan & Kaunseling berpadu tenaga dengan Jawatankuasa Unit Kurikulum bagi memastikan majlis ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Majlis Graduasi ini dilaksanakan khususnya bagi meraikan dan menyuntik semangat calon-calon SPM SMK Bukit Kapar tahun 2023/2024 untuk melakarkan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM sebenar yang akan mereka hadapi pada bulan Januari 2024 nanti. Majlis ini juga merupakan pemangkin semangat dan motivasi murid-murid tingkatan 5 dan menjadi titik tolak untuk mereka meraih kejayaan dan kecemerlangan, seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Bak kata pepatah, alang-alang berdakwat biar hitam, alangalang berusaha biarlah sampai menggenggam kejayaan. Pihak sekolah, khususnya guru-guru telah berusaha memberikan komitmen dalam menyampaikan ilmu pengetahuan semasa PdPc dan program secara berterusan seperti Program Motivasi Youth Head Start Remind dengan kerjasama pihak UiTM, Kem Perkasa Juara, Teknik Menjawab SPM, Jom Gempur SPM, Perkampungan Ilmu, Kelas Tambahan Bersiri, Program Mentor Mentee, Program Mentor Muda dan pelbagai lagi. Seterusnya, bagi memastikan murid-murid bergiat aktif dan cergas, Unit Kokurikulum, memberikan ruang dan peluang untuk murid-murid menyertai aktiviti kelab, sukan dan permainan dan unit beruniform di sekolah serta memberikan peluang untuk mereka menunjukkan bakat dalam pertandingan yang diadakan sama ada di peringkat sekolah, zon atau daerah. Penglibatan murid dalam pertandingan yang dijalankan adalah semata-mata untuk memastikan markah murid-murid tingkatan 5 kompeten dalam pencapaian 10% merit bagi melayakkan mereka memohon UPU nanti. Dalam aspek sahsiah dan disiplin pula, pihak sekolah turut melaksanakan program kepimpinan untuk membentuk watak pemimpin murid yang bertanggungjawab, berkemahiran dan berdaya saing melalui Kem Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Kem Kepimpinan Pengawas. Program Latihan Pengawas Pusat Sumber (PSS) dan Latihan Kemahiran Pemimpin Muda Sukan (PMS). Program-program tersebut diharapkan dapat membentuk watak “Anak Bijak Lagi Cerdik” selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Usaha yang telah dilaksanakan ini hendaklah disambut dengan baik oleh muridmurid dengan menunjukkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Pihak sekolah amat berharap agar calon-calon SPM SMK Bukit Kapar dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, seterusnya membina kerjaya yang baik untuk masa hadapan anda. Akhir kalam, tahniah diucapkan kepada para graduan SMK Bukit Kapar yang diraikan dalam Majlis Graduasi pada hari ini. Semoga anda berjaya melakar kejayaan yang cemerlang dalam SPM nanti. Sekian, terima kasih.


Ucap an YD P PIB G Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani Encik Abdul Muin bin Abdul Majid Yang DiPertua PIBG SMK Bukit Kapar Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah kerana memberikan ruang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program Majlis Graduasi SMK Bukit Kapar pada tahun ini. Tahniah saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana Majlis Graduasi yang telah berusaha merealisasikan majlis pada hari ini bagi meraikan anak-anak SMK Bukit Kapar yang akan menamatkan alam persekolahan peringkat menengah sebaik sahaja selesai Peperiksaan SPM nanti. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah menyaksikan usaha murni yang berterusan daripada pihak sekolah khususnya guruguru yang merancang dan melaksanakan pelbagai program seperti Ceramah Motivasi, Teknik Menjawab SPM, Kem Kecemerlangan SPM dan pelbagai lagi program bagi memastikan persediaan yang rapi sebelum anda menghadapi SPM yang sebenar dengan penuh keyakinan. Jawatankuasa PIBG sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada semua program yang dirancang dan dilaksaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum anak-anak di SMK Bukit Kapar. Saya menyeru kepada anak-anak calon SPM tahun 2023/2024 SMK Bukit Kapar agar berusaha dengan lebih gigih dan menghargai segala penat lelah guru-guru yang telah berkorban tenaga, masa dan wang ringgit bagi memastikan ilmu pengetahuan dan perkongsian pengalaman mereka dimanfaatkan sebaik-baiknya dalam menghadapi peperiksaan SPM. Saya juga amat berharap agar anak-anak dapat menghormati dan menghargai jasa ibu bapa anda dengan memberikan kegembiraan kepada mereka dalam keputusan SPM yang bakal ditempuhi tidak lama lagi. Semoga doa insan-insan karamah seperti ibu bapa dan guru-guru akan sentiasa mengiringi perjalanan kehidupan anda. Akhir bicara, saya mengucapkan tahniah dan berdoa semoga anda dapat meneruskan cita-cita yang diidam-idamkan sama ada melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik mahupun menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran dan mempunyai kerjaya yang baik pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.


Ucap an Ke t ua M ur id Assalamualaikum wrt.wbt NUR AQILAH NADHIRAH BINTI NOOR HUDA Ketua Murid SMK Bukit Kapar Saya mewakili semua murid tingkatan 5 SMK Bukit Kapar merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang merupakan Jawatankuasa Pelaksana Majlis Graduasi SMK Bukit Kapar 2023 kerana telah merealisasikan impian kami dengan mengadakan majlis yang sangat bermakna ini untuk kami, muridmurid tingkatan 5, tahun 2023/2024 ‘batch 06’. Kami berasa amat bertuah bersekolah di SMK Bukit Kapar iaitu sekolah yang menjadi kebanggaan dan kesayangan kami. Moto sekolah iaitu “SMK Bukit Kapar : Sekolah Cantik, Warganya Baikbaik” akan sentiasa dalam hati kami. Dan sudah pastinya, para pendidik dan warga sekolah ini akan sentiasa dalam ingatan dan doa kami. Majlis Graduasi yang diadakan pada hari ini memberikan pengertian yang besar dan menjadi pembakar semangat kepada kami untuk berusaha sehabis baik bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Kami amat berharap agar dapat menempa kejayaan dalam SPM dan meneruskan citacita kami dalam melakar kejayaan dengan usaha dan kegigihan kami sendiri. Bak kata peribahasa, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Kita haruslah berusaha untuk menggenggam kejayaan kerana usaha itu tangga kejayaan. Insya-Allah dalam tempoh 3 atau 5 tahun akan datang, sudah pastinya kami akan diraikan dalam majlis konvokesyen yang sebenar sama ada di pentas Dewan Canselor Universiti atau ILK idaman kami. Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana memberikan kami guru-guru yang terbaik dan ibu bapa yang hebat dalam mendidik dan membimbing kami tanpa jemu dan tanpa mengenal erti kepayahan. Mereka sanggup berkorban apa sahaja bagi memastikan kami berjaya dalam hidup sama ada berjaya di dunia mahupun di akhirat. Peperiksaan SPM yang bakal kami tempuhi tidak berapa lama lagi diharapkan akan menjadi permulaan kepada siri-siri kejayaan pada masa akan datang. Akhir kata, kami memohon doa dan restu daripada guru-guru dan ibu bapa kerana dengannya, restu Allah pasti mengiringi kesejahteraan perjalanan kehidupan kami. Kami juga akan sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan untuk guruguru dan ibu bapa yang sangat kami sayangi. Sekian, terima kasih.


MAJLIS GRADUASI SMK BUKIT KAPAR JAWATANKUASA INDUK MAJLIS GRADUASI 2023 PENGERUSI Tn Hj Maswi bin Saion (Pengetua) timbalan PENGERUSI (1) Tn Hj Mustafa Al Bakri bin Rein (PK Pentadbiran) timbalan PENGERUSI (2) Pn Zainura binti Mohd Yusof (PK Hal Ehwal Murid) timbalan PENGERUSI (3) Pn Aziah binti Abu Ziden (PK Kokurikulum) timbalan PENGERUSI (4) Pn Jamaliah binti Laham (PK Petang) Setiausaha Pn Nooraini binti Mohd Ishak naib Setiausaha & bendahari Pn Nor Zuriani binti Mohamed Amin NAIB PENGERUSI Pn Arifah binti Mat Hussin (GKMP Bahasa) Pn Hjh Nuraliza binti Md Dom @ Ab Aziz (GKMP Sains & Matematik) En Ahmad Faisal bin Mohamed Yazid (GKMP Kemanusiaan) Pn Fadzilatul Ahya binti Samsuddin (GKMP Teknik Vokasional)


MAJLIS GRADUASI SMK BUKIT KAPAR JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS GRADUASI 2023 AJK Pendaftaran & Kutipan Penyertaan : Pn Hanizatul Azna binti Muhamad Sahar Semua Guru Kelas Tingkatan 5 AJK Siaraya : En Khairul Azri bin Abdullah AJK Juruacara : Pn Zulhayati Aznita binti Mamat & Pn Nooraini binti Mohd Ishak AJK Pengurusan Penerima Sijil : Pn Haslina binti Mohamad Ali (Floor Manager) AJK Pentas & Photo Booth : Pn Puteri Azilawati binti Megat Ariffin & Pn Fazidah binti Mohd Zainal AJK Disiplin & Parkir : En Mohd Noriszuan bin Azis AJK Multimedia : Pn Norziekin binti Tarizan & Pn Nurdina binti Luqman AJK Buku Program : Cik Aishah binti Musa AJK Makanan : Pn Rosalina binti Mohamad & Pn Sa’anim binti Muhanad Hairi AJK Pengurusan Sijil : Pn Nurul Azwaidah binti Abdullah & Pn Fazilah binti Amri AJK Persembahan : Pn Rosalina binti Mohamad AJK Dokumentasi : Pn. Nor Zuriani binti Mohammed Amin & Pn Haryati binti Zulkifli AJK Fotografi : Jurukamera Ans Picture (dibantu 2 PRS) AJK Teks Ucapan : Pn. Nooraini binti Mohd Ishak


MAJLIS GRADUASI SMK BUKIT KAPAR NUR SABRINA ALIYA BINTI NOR FADHLI (KELAS 5A) Aliran STEM AISYAH BINTI MIERZAH (KELAS 5A) Anugerah MURID HARAPAN


MAJLIS GRADUASI SMK BUKIT KAPAR Aliran KEMANUSIAAN NURFARZANA BINTI AZIMAN (KELAS 5B) NORSHAMILA AMIZA BINTI MOHD ZAINI (KELAS 5F) Anugerah MURID HARAPAN


MAJLIS GRADUASI SMK BUKIT KAPAR Barisan GURU TINGKATAN DAN MURID TINGKATAN 5 2023


5A Guru Tingkatan: Puan Haryati binti Zulkifli Ketua Tingkatan: MUHAMMAD AMINY AIMAN BIN MOHD YUSOF Penolong Ketua Tingkatan: NOORALIEYA MAISARAH BINTI A.RAHID


Guru Tingkatan: Puan Hanizatul Azna binti Muhamad Sahar 5B Penolong Ketua Tingkatan: NUR YASMIN ADRIANA BINTIYUS RIZAL Ketua Tingkatan: SHAHRIL AIZAT BIN MOHD JOHA


5C Guru Tingkatan: Cik Aishah Binti Musa Penolong Ketua Tingkatan: IFFA HAZIQAH BINTIEDDY KESUMAJAYA Ketua Tingkatan: AMMAR DANISH BIN AZWAN


5D Guru Tingkatan: Puan Fazidah binti Mohd Zainal Penolong Ketua Tingkatan: HANNAH ZAHIRAH BINTI ROSNEZAM Ketua Tingkatan: IRFAN HAZIMI BIN ZAMRI


5E Guru Tingkatan: Encik Noriszuan bin Azis Penolong Ketua Tingkatan: UMIE NATASYA BT ROSLAILY Ketua Tingkatan: MUHAMAD MUAZ DANIAL B. MUALLIF


5F Guru Tingkatan: Puan Puteri Azilawati binti Megat Ariffin Penolong Ketua Tingkatan: RABIATUL ADAWIYAH BT NAZRI Ketua Tingkatan: MUHAMMAD DANIALFAIQ B. DORAOF


5G Guru Tingkatan: Puan Sa’anim binti Muhanad Hairi Penolong Ketua Tingkatan: NUR ALIEA NABIHA BT AZMAN Ketua Tingkatan: Muhammad Danial Hakim Bin Khairuddin


PENG HAR G AAN ENCIK ABDUL MUIN BIN ABDUL MAJID YDP PIBG SMK Bukit Kapar TUAN HAJI MASWI BIN SAION PENGETUA SMK Bukit Kapar Barisan Pentadbir AJK PIBG SMK Bukit Kapar AJK Majlis Graduasi UiTM Shah Alam Semua Guru dan Staf Semua murid tingkatan 5 (Batch '06) D'Mawar Biru Penyumbang-penyumbang Dana dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Graduasi SMKBK 2023 Jawatankuasa Majlis Graduasi Kali Ke-2 SMK Bukit Kapar, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Jawatankuasa Majlis Graduasi 2023, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Click to View FlipBook Version