PERAYAAN PELBAGAI KAUM
DI MALAYSIA
EK00203 PENGURUSAN ORGANISASI PELAJAR,
SEKSYEN 1, 1-2021/2022
DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN 3
ALWAN JOUNIS BA21110032
ALYSHERON MAUNSIONG BN21110012
SITI NUR SAIDATUL AKMAL BINTI MUHAMMAD NAFZUL
BA20160884
DOMINIC KALUNGE ANAK CHELING BB20110626
SAMUEL TARA CHUK BB21110872
ALWAN BIN JOUNIS
ISI KANDUNGAN
Kandungan Muka surat
Isi Kandungan 1
Perayaan Kaum Melayu 2-5
Perayaan Kaum Cina 6-9
Perayaan Kaum India
10-15
Perayaan Kaum Kadazandusun 16-17
Perayaan Kaum Bajau 18-19
Perayaan Kaum Murut 20-23
24-25
Perayaan Momogun Rungus 26-28
Perayaan Kaum Iban 29-30
Perayaan Etnik Bisaya
31
Perayaan Kaum Kedayan 32-33
Perayaan Kaum Kenyah 34-35
Perayaan Kaum Kayan 36-37
Perayaan Kaum Melanau 38-39
Perayaan Kaum Bidayuh 40-41
Perayaan Kaum Lundayeh
Perayaan Kaum Idahan 42
Perayaan Suku Kaum Tombonuo 43
Penutup 44
Rujukan 45-47
1
KAUM MELAYU
HARI RAYA PUASA (AIDILFITRI)
Gambar 1 : Amalan Bermohon Maaf Gambar 2 : Amalan Berkunjung Ke
Rumah Saudara Mara Dan Ibu Bapa
Gambar 3 : Amalan Memberi Duit Gambar 4 : Baju Melayu
Raya
Gambar 5 : Lampu Pelita Gambar 6 : Makanan Rendang Dan
Ketupat
Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa, jatuh pada hari pertama Syawal, bulan ke-10 dalam
kalendar Hijrah (Islam) atau disambut pada 1 syawal. Ia adalah majlis perayaan selepas
sebulan berpuasa, yang dikenali sebagai Ramadan. Ramadan jatuh pada bulan kesembilan
tahun Islam. Puasa dalam Islam bermaksud menahan diri daripada makan, minum, merokok
dan melakukan sebarang bentuk tingkah laku yang boleh membatalkan puasa. Pada bulan
2
Ramadan, umat Islam berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari dan melaksanakan
kewajipan agama seperti membaca al-Quran. Pada pagi Hari Raya Puasa, untuk umat Islam
akan mengunjungi masjid dan membaca doa khas dan pada malam Hari Raya Aidilfitri pula
akan dipenuhi dengan takbir raya dari masjid dan surau berhampiran dan solat sunat Aidilfitri
akan dilakukan.
Pada Hari Raya Aidilfitri, akan berlaku amalan bermaaf-maafan dalam masyarakat Islam dan
masyarakat lain dan masa untuk mengeratkan ikatan sesama saudara dan sahabat. Amalan
meminta maaf daripada orang tua dan menziarahi sanak saudara dan rakan-rakan wajib
dilakukan. Kunjungan biasanya bermula dengan rumah ibu bapa, di mana menjadi kebiasaan
di kalangan ramai orang Islam untuk meminta ampun daripada ibu bapa mereka atas
kesalahan yang mereka lakukan pada tahun lalu atau masa lalu dan menjadi kebiasaan untuk
mengucapkan "Salam Aidilfitri" atau "Selamat Hari Raya" dan disertai dengan "maaf zahir dan
batin”.
Amalan memberi duit raya kepada kanak-kanak juga turut dilakukan. sajian istimewa pada
Hari Raya Aidilfitri adalah seperti rendang daging lembu (hidangan pedas daging lembu yang
seperti kari kering), ketupat (kuih beras yang dibungkus dengan daun kelapa), lontong (kuih
beras yang direndam dalam kuah kelapa) dan kuih muih pelbagai jenis.
Rumah akan diterangi dengan lampu pelita atau lampu minyak tanah kecil yang biasanya
buatan sendiri. Trend sekarang ialah menggunakan lampu hiasan yang berkelip-kelip.
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia
pada Hari Raya aidilfitri. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian
pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju
kebaya.
3
HARI RAYA HAJI (AIDILADHA)
Gambar 1 : Upacara Korban Gambar 2 : Solat Sunat Aidiladha
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya korban merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat
Islam di seluruh dunia bertujuan untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s
terhadap anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT . disambut pada setiap
1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada
kalendar Hijrah Islam setiap tahun.
Umat Islam akan menyembelih binatang-binatang korban seperti lembu, kambing dan biri-biri
secara beramai-ramai dan daging korban tersebut akan diagihkan kepada orang ramai
terutamanya golongan fakir miskin. Pada hari raya korban, orang Islam disunatkan
mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian
dan akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada
rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
4
SAMBUTAN MAAL HIJRAH
Gambar 1 : Perarakan Sambutan Maal Hijrah
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana
ia merupakan lambang pengorbanan dan perpaduan ummat Islam di atas segala perjuangan
baginda Rasulullah S.A.W serta para Sahabat yang telah melakukan Hijrah melalui perintah
Allah S.W.T dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Pada hari ke-10 Muharram,
kebanyakan umat Islam akan mula berpuasa ketika matahari terbit dan tidak makan sehingga
lewat petang.
Sambutan ini disertakan dengan perarakan secara beramai-ramai melaungkan takbir
bersama-sama dari sesuatu lokasi ke lokasi yang lain. Selain perarakan, aktiviti ini juga boleh
dilakukan di dalam masjid dan surau secara berjemaah dengan disertakan ceramah, membaca
surah Al Quran dan bacaan doa yang berkaitan.
5
KAUM CINA
TAHUN BARU CINA
Gambar 1 : Jamuan Yee Sang Gambar 2 : Tarian Singa
Gambar 3 : Pemberian Wang Ang Pau Gambar 5 : Baju Tradisional Kaum Cina
Semasa Tahun Baru Cina
Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang
menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka. Orang Cina percaya ada 12
binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular,
kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi
signifikan dan tuahnya tersendiri.
Sebelum tahun baru Cina bermula, rumah akan dibersihkan sebelum tiba untuk "menyapu
segala nasib malang", tetapi penyapu disembunyikan pada Hari Tahun Baru kerana takut
"menghapuskan tuah" yang dibawa oleh kedatangan tahun baru.
Perayaan ini disambut meriah oleh mereka berbangsa Cina selama 15 hari bagi meraikan
kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Pada malam tahun baru, semua ahli
keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama bagi mengeratkan
perhubungan sesama keluarga. Antara hidangan yang popular semasa makan bersama adalah
6
Yee Sang yang terdiri daripada campuran sayur-sayuran, potongan daging ikan mentah (鱼
Yú /yoo/), dan ramuan-ramuan lain yang dimakan dengan melemparkan kepingannya tinggi-
tinggi ke udara dengan penyepit yang dipercayai akan membawa tuah dan hidangan lain
seperti Pulut (Nian Gao), buah Oren, Limau dan sebagainya.
Amalan Ang Paus dalam sampul merah yang berisi wang tunai ini biasanya diberikan oleh
orang dewasa yang sudah berkahwin kepada anak-anak kecil sebagai tanda kemakmuran
yang berterusan.
Upacara tarian singa akan diadakan dengan meniru pergerakan singa menggunakan kostum
singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang penari iaitu seorang memainkan peranan
di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan
memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak
seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong,
dram, dan dentuman mercun sebagai upacara simbolik untuk menghalau puaka dan
mengelakkan musibah daripada berlaku.
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana
dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang.
7
HARI CHAP GOH MEH
Gambar 1 : Lampu Tanglung Gambar 2 : Lampu Tanglung
Gambar 3 : Amalan Melontar Buah Gambar 4 : Makanan Yuan Xiao
Limau Ke Dalam Laut Atau Sungai
Chap Goh Mei bermaksud malam ke-15 Tahun Baru Cina dalam bahasa Hokkien, yang juga
menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.
Semasa Chap Goh Mei, keluarga berkumpul sambil menjamu selera yang merangkumi Yuan
Xiao (bebola pulut). Di kuil semasa Chap Goh Mei, orang ramai berdoa kepada tuhan
kemakmuran untuk memberkati keluarga mereka dengan nasib baik untuk tahun yang akan
dating.
Perayaan ini juga dipanggil Pesta Tanglung iaitu merupakan malam pertama bulan purnama
selepas Tahun Baru Cina. Pada malam tersebut, tanglung berwarna-warni akan dinyalakan
dan mercun akan dibakar untuk memeriahkan lagi sambutan dan rumah-rumah akan diterangi
indah dengan tanglung merah. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau
sungai dengan doa untuk mendapatkan pasangan pada waktu ini.
8
PERAYAAN KUIH BULAN
Gambar 1 : Kuih Bulan
Perayaan ini dilakukan untuk menyambut kemenangan orang Cina dalam mengalahkan
kalahkan orang Mongol pada akhir pemerintahan Dinasti Yuan zaman dulu kala. Perayaan
Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 pada kalendar Cina, iaitu pada akhir bulan
Ogos hingga akhir bulan September. Dalam bahasa Mandarin, 中 秋 节 (zhōngqiūjié)
bermaksud “Perayaan Pertengahan Musim Luruh”, selalunya hampir dengan ekuinoks musim
luruh.
Pada malam perayaan, ahli-ahli keluarga akan berkumpul bersama-sama di bawah bulan
mengambang, sambil menikmati kuih bulan dengan diterangi tanglung-tanglung dan lilin-lilin
sambil menceritakan mitos perayaan ini bersama anak-anak.
Kuih bulan merupakan satu hidangan istimewa pada perayaan ini sejak Dinasti Ming. Kuih
bulan dihantar kepada keluarga, saudara-mara dan sahabat karib sebagai buah tangan untuk
mengeratkan hubungan dan juga menunjukkan penghargaan. Kuih bulan yang berbentuk
bulat seperti bulan membawa maksud “reunion” telah dijadikan makanan tradisional
perayaan. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah atau
adunan biji teratai, adakala ia juga turut ditambahkan dengan kuning telur masin. Selain kuih
bulan tradisional, terdapat juga kuih bulan Shanghai, kuih bulan Snowskin, kuih bulan
Teochew dan sebagainya.
9
KAUM INDIA
HARI DEEPAVALI
Gambar 1 : Upacara Mandi Minyak Gambar 2 : Upacara Sembahyang
Herba
Gambar 3 : Upacara Rangoli Gambar 4 : Upacara Vilakku
Gambar 5 : Pakaian Tradisional Deepavali
Perayaan Hari Deepavali ialah suatu perayaan dalam kalangan penganut agama Hindu yang
menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan. Deepavali atau
lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu
dan Sikh di Malaysia pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu.
10
Upacara mandian minyak herba akan dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit secara
ritual yang bertujuan untuk melambangkan penghapusan dosa masa lalu seseorang. Minyak
herba akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti
ibu atau nenek.
Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara
mandi minyak herba. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan
kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli
keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan
pelbagai manisan yang dinamakan Prasad sebelum pulang ke rumah seperti Thosai, Idhili,
Muruku, kuih Rawa dan Nei Urundai, kuih Jillebhi, Athirasam, Ladhu dan sebagainya.
Rumah dihiasi dengan tanglung kertas berwarna dan dengan hiasan lantai atau kolam atau
Rangoli yang merujuk kepada reka bentuk lantai sementara yang rumit dan diperbuat
daripada beras yang dicelup dan serbuk berwarna-warni. Kebiasaannya, Rangoli akan dibuat
di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat kepada keluarga.
Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita atau Vilakku akan dijalankan dan
disertai oleh seluruh ahli keluarga. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan
kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang melawat rumah mereka pada masa itu.
Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah
Sari untuk kaum wanita dan Dhoti untuk kaum lelaki
11
PERAYAAN THAIPUSAM
Gambar 1 : Upacara Berarak Dengan Kavadi
Gambar 2 : Upacara Membawa Patung Dewa Subramaniam
Gambar 3 : Kavadi
12
Hari Thaipusam disambut Thaipusam secara tradisinya jatuh pada bulan purnama. Perayaan
itu diadakan sebagai penghormatan kepada dewa perang Hindu, dewa Muragan, yang
dihormati dalam tradisi suci kerana membunuh tiga syaitan jahat atas nama kebajikan yang
baik. Hari Thaipusam juga merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau
memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.
Pada Hari Thaipusam, mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu
dianggap paling suci. Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga
aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak, warna, daun dan
benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Lelaki
Hindu akan mencukur rambut pada hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana
dan air di atas kepala
Kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat
daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan
pelbagai saiz dan bentuk. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang
pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik ,
mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain.
Bagi memohon keampunan, mereka akan berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah
perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan. Ada
juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek
dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang
bersaiz 10 sm yang disangkuti dengan buah limau nipis.
13
PERAYAAN HARI PONGGAL
Gambar 1 : Upacara Bhogi
Gambar 2 : Upacara Thai Ponggal
Gambar 3 : Upacara Mattu Ponggal
14
Perayaan Ponggal merupakan perayaan menuai yang disambut selama tiga hari pada bulan
Thai di dalam kalendar kaum india. Ia sempena berakhirnya musim menuai, dimana hasil
tuaian ditujukan kepada Suriabhagawan atau Dewa matahari. Ponggal disambut pada hari
pertama bulan Thai. Bulan Thai merupakan bulan ke-10 di dalam kalendar kaum india. Bulan
ini, disambut dengan hadiah dan pakaian baru untuk ahli keluarga serta doa kepada dewa
untuk kemakmuran di tahun-tahun akan datang.
Hari pertama perayaan Ponggal dikenali sebagai 'Bhogi'. Ia hari untuk Indran iaitu Dewa Awan
dan Hujan. Sebelum matahari terbit, unggun api besar dinyalakan dan dibiarkan membakar
sepanjang malam untuk membakar barang-barang lama. Rumah kemudian dibersihkan dan
dihiasi dengan corak dan bunga. Bhogi membawa maksud yang cukup signifikan menandakan
permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India dengan membakar barang-barang
lusuh bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk.
Hari kedua pula dipanggil 'Thai Pongal' yang khusus untuk Dewa Matahari. Ungkapan
'Ponggal' bermakna 'meluap-luap', ia menggambarkan hasil tuaian yang banyak.Apabila susu
sedang mendidih, ahli keluarga akan berkumpul di sekitar periuk dan melaungkan ucapan
'Ponggal-O-Ponggal' semasa susu mengalir keluar.
Hari ketiga, yang dikenali sebagai 'Mattu Pongal' adalah khusus untuk haiwan lembu. Hari ini
adalah untuk pengembala berterima kasih kepada ternakan mereka.Mereka akan
mewarnakan tanduk lembu dan menghiasi dengan pakaian dan topi logam bersinar. Lembu
diberi makan 'Ponggal' dan loceng diikat di leher mereka.
15
KADAZANDUSUN
PERAYAAN PESTA KAAMATAN
Gambar 1: Menjamu makanan tradisional Gambar 2: Perasmian Tadau Kaamatan
kaum Kadazandusun
Gambar 3: Persembahan Tarian Sumazau Gambar 4: Pertandingan Unduk Ngadau
Perayaan Tadau Kaamatan adalah amalan secara tradisi kaum Kadazan Dusun sejak zaman
berzaman yang biasanya diadakan selepas selesai menuai padi, iaitu pada 31 Mei. Pesta ini
merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati ‘Bambarayon’ iaitu semangat padi.
Pada bulan Kaamatan, masyarakat kaum Kadazandusun memakai baju tradisional mereka
seperti Sinuangga, Sinombiaka, dan Banat Tondu, mengikut daerah masing-masing.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan semasa sambutan ini ialah persembahan dan
pertandingan Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh perempuan dan lelaki dengan iringan paluan
gong. Selain itu, terdapat juga beberapa pertandingan yang dianjurkan seperti sukan
tradisional, pertandingan nyanyian yang dipanggil ‘Sugandoi’ dan pertandingan ratu cantik
atau ‘Unduk Ngadau’.
16
Unduk Ngadau adalah satu pertandingan ratu cantik bagi para gadis berketurunan
KadazanDusun di Sabah. Pertandingan ini dianjurkan setiap tahun semasa perayaan
Kaamatan di Sabah dan diadakan secara berperingkat – dari peringkat daerah hingga ke
peringkat negeri. Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau
berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran
cahaya matahari”. Perkataan ini juga digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan
budi bahasa Huminodun.
17
SUKU KAUM BAJAU
PERAYAAN REGATTA LEPA
Gambar 1: Penunggang Kuda Bajau Gambar 2: Lepa-lepa yang dihias cantik
untuk pertandingan
Gambar 3: Antara aktiviti yang dijalankan Gambar 4: Lepa-lepa yang dihias cantik
semasa Perayaan Regetta Lepa dan Sumandak Bajau
Perayaan Regatta Lepa disambut pada bulan April setiap tahun di daerah Semporna, Sabah.
Ia menjadi perayaan yang penting dalam kalendar masyarakat Bajau Semporna dan boleh
dianggap sebagai ‘hari raya’ mereka. Pada tahun 1994, perayaan Regatta Lepa mula
diperkenalkan sebagai perayaan di peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi
perayaan di peringkat negeri Sabah. Seterusnya pada tahun 2003, Perayaan Regatta Lepa
telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini ia merupakan salah satu
acara tahunan di Malaysia.
18
Setiap tahun pengunjung berpeluang melihat sendiri keunikan lepa yang cantik. Lepa-lepa
tersebut diukir dengan motif bertemakan laut seperti ikan, duyung dan kuda laut. Ia juga
turut dihiasi dengan corak awan larat dan tulisan khat Hiasan ukiran tersebut merangkumi
keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut dihiasi dengan layar dan bendera tiga
segi kecil. Setiap satu lepa juga akan membawa penari-penari dan ahli muzik yang lengkap
dengan pakaian tradisional masyarakat Bajau Laut.
Menjadi tradisi kepada sambutan Regatta Lepa, sebanyak lebih 50 buah perahu akan
menyertai Pertandingan Sambulayang atau juga dikenali sebagai pertandingan layar dan
perahu tercantik. Beberapa acara sukan melibatkan perahu seperti tarik perahu secara
berpasangan, lumba perahu, renang dan persembahan kesenian dan kebudayaan turut
diadakan untuk memeriahkan lagi perayaan ini. Sehubungan itu, semasa perayaan ini,
pelbagai jenis kraftangan masyarakat Bajau juga turut dipamerkan seperti aksesori wanita,
pakaian tradisional, alat-alat tradisional dan lain-lain lagi.
19
SUKU KAUM MURUT
PERAYAAN MANSISIA
Gambar 1: Pakaian Suku Kaum Murut dipakai Gambar 2: Rumah Panjang
oleh masyarakat
Gambar 3: Acara rasmi meminum tapai
Perayaan Mansisia dikenali Hari Pesta Menuai dalam bahasa Murut iaitu "OROU NAPANGAAN
NANANTAB". Walau bagaimanapun nama sebenar perayaan selepas menuai bagi suku kaum
Murut adalah "Mansisia". Sebelum perayaan tersebut diadakan, setiap keluarga akan
menyumbangkan beras hasil dari titik peluh mereka kepada Ketua Masyarakat (Penghulu).
Beras akan dimasak samada dibuat tapai atau untuk nasi. Selain itu,mereka juga akan
menyumbangkan wang untuk membeli lauk-pauk semasa perayaan. Setelah hari Mansisia
menjelang, semua penduduk kampung akan menghadiri jamuan makan/minum di Tulus
(Rumah Panjang) atau di Rumah Ketua Masyarakat jika kampung berkenaan tidak mempunyai
"Tulus".
20
Salah satu acara rasmi yang akan berlangsung dalam perayaan tersebut adalah meminum
tapai yang dipanggil "Pansisiaan". Semua penduduk kampung dikehendaki meminum tapai
tersebut sebagai satu tradisi (adat). Pada masa yang sama, perayaan Mansisia ini akan
membuat semua penduduk kampung dapat menikmati hasil tuaian setiap keluarga
memandangkan beras yang disumbangkan sebelumnya dicampur-gaulkan sebelum dimasak.
Antara tujuan perayaan Mansisia ini dilakukan adalah sebagai hari kesyukuran dan bersukaria.
Hari tersebut juga dianggap sebagai hari Kelepasan Am bagi para petani. Kebiasanya
perayaan tersebut dilengkapi dengan beberapa acara yang menarik seperti persembahan
kebudayaan, minum tapai dan bermacam-macam lagi yang sesuai dengan suasana sambutan"
Mansisia".
21
PERAYAAN PESTA KALIMARAN
Gambar 1: Persembahan Tarian Magunatip dan Pembuatan
Kraftangan oleh Orang Murut.
Gambar 2: Bakul, Takinan Bertiang, Silaung, Bakul Segi Empat,
Kelarai dan Buyung.
Selain daripada Pesta Kaamatan, Pesta Kalimaran juga adalah salah satu perayaan terbesar
di Sabah, yang juga disambut pada 31 Mac setiap tahun. Orang ramai dapat mengenali
dengan lebih dekat kebudayaan dan cara hidup masyarakat Murut melalui perayaan ini kerana
ia disambut dengan pelbagai acara yang berteraskan kesenian dan kebudayaan, seperti tarian,
pembuatan kraf tangan, nyanyian, masakan dan sebagainya.
Pesta Kalimaran merujuk kepada aktiviti pembuatan kraf tangan Murut yang berasal daripada
peristiwa lagenda pengorbanan seorang gadis Murut, Ralaa yang telah mengorbankan dirinya
untuk dijadikan benih padi ladang abangnya. Menurut cerita legenda tersebut, sebelum Ralaa
22
dikorbankan, beliau gigih mengeluarkan pelbagai hasil kraf tangan menggunakan bahan asas
buluh, rotan dan bemban. Dipercayai bahawa kerja terakhir Ralaa ialah menenun kain sempoi
menggunakan benang daripada akar pokok timanhan.
23
SUKU KAUM MOMOGUN
RUNGUS
PERAYAAN MAGAHAU
Gambar 1 dan 2: Tarian Mongigol Sumundai.
Gambar 3: Pertandingan Sugandoi Gambar 4: Pertandingan Unduk Ngadau
Magahau bolehlah ditakrifkan sebagai perayaan besar-besaran suku kaum Rungus yang
bertujuan untuk menzahirkan kegembiraan kerana mendapat rezeki yang berlebihan pada
sesuatu ketika dan berkongsi kegembiran tersebut bersama saudara mara, kampung-
kampung yang berdekatan serta orang ramai. Rezeki di dalam konteks Rungus zaman dahulu
adalah makanan yang berlebihan, hasil tanaman yang banyak dan kehidupan yang makmur.
24
Pada masa dahulu Magahau boleh diadakan pada bila-bila sahaja dirasakan sesuai dan tidak
terikat kepada mana-mana tarikh atau musim seperti selepas menuai atau tahun baru.
Pada zaman ini, Pesta Magahau dianjurkan dengan perisian pertandingan tradisional
KadazanDusun seperti Sugandoi (Pertandingan Nyanyian), Unduk Ngadau (Ratu Cantik) dan
persembahan seperti tarian Mongigol Sumundai. Penganjuran pertandingan seperti ini dapat
menampilkan adat Suku Kaum rungus dari segi pakaian tradisional dan bahasa serta
mencungkil bakat-bakat masyarakat terutamanya mereka yang berbangsa Rungus.
25
KAUM IBAN
HARI GAWAI DAYAK
Kaum Iban menyambut hari Gawai Dayak pada 31 Jun setiap tahun. Perayaan ini disambut
selama sebulan. Antara aktiviti atau upacara yang sering dilakukan semasa hari Gawai ini
ialah upacara Miring, mengelilingi Ranyai.
Gambar 1: Upacara Miring
Upacara yang dilakukan semasa permulaan Hari Gawai ini adalah untuk mempersembahkan
kesyukuran dan tanda terima kasih kepada Tuhan atau ‘Petara’ atas keberkatan hasil tani
yang diperolehi pada tahun tersebut. Menurut kaum Iban ia dipersembahkan kepada dewa
dewi kayangan dan jasad nenek-nenek moyang iaitu ‘Petara Aki Ini’.
26
Gambar 2: Mengelilingi Ranyai
Mengelilingi Ranyai ini sering dilakukan pada malam ambang Gawai. ‘Ranyai’ merupakan
simbolik pohon kayu yang kebiasaannya dibina menggunakan batang pokok pisang atau
batang pohon nyiur bersama pelepahnya. Ranyai ini juga, dibina di tengah ‘ruai’ rumah
panjang, ia akan dikelilingi oleh penduduk rumah panjang semasa acara tersebut. Ranyai ini
digantung dengan pelbagai jenis makanan dan minuman. Contohnya, seperti makanan ringan,
rokok, bir, tuak dan sebagainya.
Upacara ini akan dimulakan dengan seseorang dipilih untuk mengelilingi ranyai tersebut
sambil diiringi wakil keluarga rumah panjang. Sambil itu, mereka akan memilih barang yang
disangkut pada pohon tersebut dengan diiringi paluan gong dan muzik. Individu terakhir akan
menebang pohon ranyai tersebut. Acara terakhir ini dikenali dan dinamakan ‘ngetas ranyai’.
Bukan itu sahaja, sepanjang hari dan bulan Gawai ini aktiviti lain juga akan dilakukan.
Antaranya ialah seperti pertandingan Kumang dan Keling Gawai (ratu dan pahlawan Gawai),
‘ngabang’ (menziarahi), ‘ngalu ke temuai’ (menyambut tetamu), menari tarian Ngajat dan
Ngajat Lesong.
Hari Gawai ini akan ditutup dengan upacara Ngiling Bidai. Penghujung bulan Gawai pula akan
ditutup dengan upacara menggulung tikar atau ‘ngiling bidai’. Ia juga disebut ‘ngiling tikai’
dan mesti dilakukan sejurus selepas tamat sebulan perayaan Gawai. Upacara ini lebih kurang
sama seperti perayaan Chap Goh Mei kaum Cina.
27
Gambar 3: Ngiling Bidai
Penghujung bulan Gawai pula akan ditutup dengan upacara menggulung tikar atau ‘ngiling
bidai’. Ia juga disebut ‘ngiling tikai’ dan mesti dilakukan sejurus selepas tamat sebulan
perayaan Gawai. Upacara ini lebih kurang sama seperti perayaan Chap Goh Mei kaum Cina.
28
ETNIK BISAYA
PESTA BABULANG
Etnik Bisaya merayakan pesta Babulang yang mempunyai pelbagai muzik, lagu, tarian, kostum
traditional, perhiasan, dan kraf tangan. Aktiviti yang paling dikenali ialah Lumba Kerbau. Pesta
Babulang ini selalunya ada di Limbang, Sarawak. Pesta Babulang sangat terkenal bagi
komuniti Bisaya yang mendiami kawasan Batu Danu di Limbang. Pesta Lumba Kerbau yang
dianjurkan oleh persatuan Bisaya ini telah mempromosikan Daerah Limbang dalam sektor
pelancongan. Contoh: https://www.youtube.com/watch?v=Bf0cU5O-y2g
Gambar 4: Lumba Kerbau
29
ETNIK BAGAHAK
PESTA KAAMATAN
Etnik Bagahak merupakan sub-etnik Kadazandusun yang menyambut Kaamatan atau Pesta
Kaamatan. Semasa menyambut Tadau Kaamatan mereka akan menyediakan kuih-muih dan
air tapai. Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam berturut-turut. Malam
pertama diadakan upacara ‘magavau’ atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh
‘bobohigan’ dan beberapa orang pembantunya. Pada malam kedua, upacara ‘habot’ iaitu
beras yang diperam diberikan kepada bobohigan sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran.
Tetamu akan dihiburkan dengan tarian ‘Sumazau’ dan ‘Megalang’ sambil minum air tapai.
Gambar 5: Acara memotong padi oleh Tetamu Kehormat simbolik kepada menuai padi
Gambar 6:Tarian Megalang
30
KAUM KEDAYAN
PESTA MAKAN TAHUN
Kaum Kedayan akan menyambut Pesta Makan Tahun yang hampir sama dengan Tadau
Kaamatan atau Gawai Dayak. Upacara ini diamalkan kerana mempunyai hubungan dengan
upacara slametan yang telah diamalkan hampir sebahagian besar petani di Pulau Jawa. Makan
Tahun merupakan satu bentuk ritual yang dikaitkan dengan alam ghaib dan semangat
pertanian, khususnya padi. Selalunya pesta ini akan disambut antara Mac hingga Julai.
Gambar 7: Pemotongan Tali Kelupis dengan Pakaian Tradisional Kedayan
Dalam ritual Makan Tahun ini, ia mempunyai simbol tersendiri contohnya semasa melakukan
Ratib Saman, solat Dhuha, solat Hajat dan sebagainya adalah untuk memuji akan kebesaran
Allah SWT yang telah memberikan kesejahteraan kepada masyarakat Kedayan.
31
KAUM KENYAH
Gambar 1: Tarian Ngajat Pepatai
● Kaum Kenyah adalah salah satu kaum orang ulu di Sarawak. Kaum kenyah juga
mempunyai sub-kaum seperti Kenyah Uma Baha, Kenyah Badeng, Kenyah Bakong dan
banyak lagi.
● Kaum Kenyah menetap secara luas di daerah Ulu Baram, Tubau dan Belaga di dalam
bahagian Miri, Bintulu dan Kapit.
Gambar 2: Pemenang
Pertandingan Leto Cantik
(Ratu Cantik).
PERAYAAN PELEPEK UMAN MADING
● Perayaan Pelepek Uman Mading ini disambutkan oleh kaum Kenyah Uma Baha.
● Perayaan ini bermaksud hari sesudahnya musim menuai dan bermulanya musim
menuai yang baru.
● Perayaan ini disambut besar-besaran dengan seluruh kampung merayakannya
bagi memuja “ bali pa’dei” (roh padi) agar memberikan hasil yang baik kepada
32
setiap keluarga. Pelbagai aktiviti dan upacara dibuat sempena perayaan ini seperti
persembahan tarian tradisional, minum “burak”(sejenis minuman diperbuat
daripada beras) serta “payuh”(gusti tangan) untuk menguji kekuatan
mempertahankan diri. Pada pagi keesokan selepas perayaan ini, seluruh ahli
keluarga hingga ke anak cucu akan pergi ke sawah untuk menanam padi bagi
mendapatkan rahmat serta rezeki yang baik agar tetap berkekalan.
33
KAUM KAYAN
Gambar 3: Orang Kayan dihari
Perayaan Do Ledoh
● Kaum Kayan juga merupakan kaum orang ulu yang tinggal di kawasan hulu Sungai
Rajang serta Sungai Baram di Borneo.
● Kaum Kayan mendiami tebing-tebing sungai dengan mendirikan rumah-rumah
panjang. Aktiviti yang dilakukan untuk menyara hidup mereka ialah bercucuk tanam,
menanam padi sawah, memungut hasil hutan dan menangkap ikan di sungai. Budaya
kaum Kayan juga agak serupa dengan kaum Kenyah namun berbeza bahasa.
Gambar 4: Perasmian Pesta Do
Ledoh
PESTA DO LEDOH
34
● Pesta Do Ledoh atau perayaan kesyukuran selepas musim menuai padi yang
disambut oleh kaum Kayan dan perlu dikekalkan kerana mempunyai identiti
tersendiri.
● Sebelum memeluk agama, kaum Kayan pada suatu ketika dahulu mengamalkan
sebuah kepercayaan lama iaitu kepercayaan Bungan. Perayaan Do Ledoh akan
ditentukan oleh ketua kaum. Pada masa dahulu, dukun komuniti atau dayong ritual
akan memulakan doa pembukaan setelah tarikh ditetapkan oleh ketua kaum.
Dayong ritual ini merupakan pengamal kepercayaan Bungan.
● Kemudian, sebuah ritual iaitu melangayo akan dibuat. Upacara ini merupakan
upacara rite of passage yang hanya untuk lelaki di komuniti. Dulu, ia merupakan
upacara berkat untuk mereka melakukan headhunting tetapi kini ia dibuat untuk
menerima berkat agar mendapatkan pekerjaan dan/atau pendidikan bagus.
35
KAUM MELANAU
Gambar 5: Wanita kaum Melanau
● Dahulunya,sama seperti kaum Iban, kaum Melanau juga tinggal di dalam rumah
panjang yang dibina dengan tinggi). Namun, masyarakat Melanau pada masa kini
telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung
yang mengikut corak orang Melayu.
● Suku etnik Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara
Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya, dan Bintulu. Masyarakat yang terawal di
Sarawak menetap di Mukah.
Gambar 6: Tarian Melanau
PERAYAAN/PESTA KAUL
36
● Perayaan/Pesta Kaul disambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan
Mac/April setiap tahun dalam bulan Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini
diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh
tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan
pelbagai wabak dan penyakit.
● Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau
permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini, serahang akan disediakan untuk
menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah
dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih
ke dalamnya. Walau bagaimanapun, perayaan ini datang dengan keghairahan dan
kegembiraan.
37
KAUM BIDAYUH
Gambar 7: Orang Bidayuh
● Orang Bidayuh juga merupakan saudara terdekat masyarakat melanau, kayan, kenyah
dan penan. Etnik Bidayuh juga mempunyai reka bentuk rumah yang unik, bentuk
rumah bulat dan juga rumah panjang yang diperbuat daripada buluh. Lazimnya
penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pedalaman
dan tanah tinggi.
● Dalam bahasa Bidayuh, ‘Bi’ bermaksud ‘orang’ dan ‘Dayuh’ bermaksud ‘Darat’. Oleh
itu, Bidayuh bermaksud ‘Orang Darat’. Bidayuh dikenali sebagai Dayak Darat oleh
orang Eropah pada masa dahulu untuk membezakan mereka daripada masyarakat
Iban (Dayak Laut).
Gambar 8: Hari Gawai di
kampung orang Bidayuh.
38
PERAYAAN HARI GAWAI
● Kaum Bidayuh juga menyambut Hari Gawai sama seperti kaum Iban, dimana hari
gawai disambut setahun sekali pada 1 atau 2 Jun. Perayaan ini disambut untuk
menunjukkan bahawa berakhirnya musim menuai padi.
● Suatu ketika dahulu, dikatakan masyarakat Bidayuh akan mengadakan upacara gawai
sepanjang waktu berkabung yang mana ianya bertujuan untuk memperingati roh dan
dikala itulah beberapa persembahan makanan akan disajikan kepada roh si mati. Ianya
dilakukan bagi menghibur roh si mati agar tidak bersedih meninggalkan keluarga yang
masih hidup selain daripada memohon untuk diampunkan dosanya.
39
KAUM LUNDAYEH
HARI GAWAI
Gambar 1 : Kaum Lundayeh yang menyambut Hari Gawai
Suku kaum Lundayeh merupakan pribumi Sabah dan Kalimantan. Pada kebiasaannya,
suku Lundayeh ini sering dikaitkan dengan orang kelabit, orang Lun Bawang di Sarawak
serta orang Ulu Sabah. Lundayeh sememangnya sudah ada di Long Pasia sebelum
memulakan tempatan baru di rumah Panjang kaban di pinggir Sipitang dan Melamam.
40
Gambar 2 : Tarian Panjang Lundayeh
Gambar 3 : Tarian Pinggan dari lelaki Lundayeh
41
KAUM IDAHAN
PESTA MENGALAP
Gambar 4 : Perayaan Kaum Idahan
Perayaan bagi kaum Idahan atau kaum Idaan ini ialah Pesta Menuai Sarang Burung.
Terdapat tiga musim menuai pada setiap tahun iaitu papas, penangoh dan penanging.
Gambar 5 : Pesta Mengalap
42
SUKU TOMBONUO
PERAYAAN RAMI-RAMI PORIAMO
Tombonuo merupakan salah satu suku yang ada di Sabah. Orang kaum suku Tombonuo
ini juga dikenali sebagai orang sungai. Pada setiap tahun, suku tombonuo akan
mengadakan perayaan rami-rami poriamo.
Gambar 6 : Tarian Mongalai
Terdapat cerita disebalik tarian mongalai ini iaitu cerita masyarakat terdahulu dimana
tentang seekor helang yang hendak menangkap seekor kucing.
43
PENUTUP
Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang istimewa
kerana mempunyai masyarakat yang pelbagai dari segi agama dan bangsa. Setiap kaum
mempunyai perayaan dan upacara mereka yang tersendiri dan kerajaan patutlah
menghormati perayaan-perayaan mereka. Perayaan seperti ini bukan sahaja dapat
mengekalkan tradisi nenek moyang tetapi juga dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia
yang berbilang bangsa. Oleh itu, perayaan setiap kaum di Malaysia haruslah disambut bagi
mengapresiasi kewujudan setiap kaum di Malaysia dan bagi mengukuhkan perpaduan
masyarakat.
44
SUMBER RUJUKAN
● Public Holiday Global. (2021). Dipetik dari https://publicholidays.com.my/hari-raya-
aidilfitri/ pada 17 Disember 2021.
● Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. (2021). Dipetik dari
https://www.kkmm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=510:h
ari pada 17 Disember 2021.
● Universiti Malaysia Terengganu. (2014). Dipetik dari
https://www.umt.edu.my/index.php?go=highlight&id=105 pada 17 Disember 2021.
● Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. (2019). Dipetik dari
https://www.jakess.gov.my/index.php/ms/news/85-mrs-gombak-barat/891-salam-
maal-hijrah-1443h-2021m pada 17 Disember 2021.
● Public Holiday Global. (2021). Dipetik dari https://publicholidays.com.my/chinese-
new-year/ pada 17 Disember 2021.
● Kementriaan Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. (2021).
https://www.kkmm.gov.my/en/public/news/65-bahankpkk/dokumen/511-tahun-
baru-cina pada 17 Disember 2021.
● Azrene Jasmine. 2019. 7 Makanan Wajib Hidang Semasa Tahun Baru Cina, Dipetik dari
https://www.butterkicap.com/open-house/7-makanan-wajib-hidang-semasa-tahun-
baru-cina pada 17 Disember 2021.
● Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (2021). Dipetik Dari
https://news.uthm.edu.my/ms/2021/10/perayaan-kuih-bulan-dan-sejarahnya/ pada
17 Disember 2021.
● Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Sekolah Menengah. (2012). Dipetik dari
https://cikgupsk.wordpress.com/tingkatan-4/nota/kepelbagaian-budaya-di-
malaysia/perayaan-deepavali/ pada 17 Disember 2021.
● Public Holiday Global. (2021). Dipetik dari https://publicholidays.com.my/deepavali/
pada 17 Disember 2021.
● Public Holiday Global. (2021). Dipetik dari https://publicholidays.com.my/thaipusam/
pada 17 Disember 2021.
● Sabah.edu.my. (2021). Dipetik dari
http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/pakaian.htm
● Kedung BK. (2021). Dipetik dari https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-
borneo/ketahui-sejarah-di-sebalik-unduk-ngadau-pertandingan-kecantikan-terkenal-
di-sabah/
45
● Perayaan Regatta Lepa. (2021). Dipetik dari
dari
https://pdfslide.tips/documents/perayaan-kaum-bajau.html
● SKBL2113. (2013). Dipetik
https://sumatra93.wordpress.com/2014/03/26/mengenali-kaum-bajau/
● Kaum Murut. (2018). Dipetik dari
http://theonlyguysdat1a.blogspot.com/2018/02/kaum-murut.html
● Nurul Husna Makmud. (2019). Dipetik dari
https://www.hmetro.com.my/santai/2019/03/431198/rasai-kemeriahan-pesta-
kalimaran
● Nur Afifah. (2020). Dipetik dari https://www.iloveborneo.my/event-menarik-di-
borneo/meriahkan-pesta-kalimaran-perayaan-kaum-murut-di-sabah-bermula-26-
mac-ini/
● Utusan Borneo Online. (2021). Dipetik dari
https://www.utusanborneo.com.my/2015/06/13/pesta-magahau-tonjol-identiti-
kaum-rungus-di-kudat
● Anna Vivienne. (2017). Dipetik dari https://borneonews.net/2017/07/10/perayaan-
pesta-magahau-2017-dilancar-dipitas/
● Afifah, N. (2020, May 27). 7 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Hari Gawai
Dayak. I Love Borneo. Retrieved December 3, 2021, from
https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/7-perkara-yang-
perlu-anda-tahu-tentang-hari-gawai-dayak/
● Gumbang, N. (2016, June 17). Lumba kerbau tarik ribuan pengunjung ke Pesta
Babulang di Batu Danau. Sarawakvoice.Com. Retrieved December 3, 2021, from
https://sarawakvoice.com/2016/06/17/lumba-kerbau-tarik-ribuan-
pengunjung-ke- pesta-babulang-di-batu-danau/
● Kiew, P. (2015, September 15). Pesta Makan Tahun highlights Kedayan culture,
traditions. Borneo Post Online. Retrieved December 3, 2021, from
https://www.theborneopost.com/2015/09/16/pesta-makan-tahun-highlights-
kedayan-culture-traditions/
● Magiman, Mohamad & Yatim, Magiman. (2011). Simbol dalam Makan Tahun
Masyarakat Kadayan, Sarawak. Jurnal Melayu (9) 2012. 2012. 259-287.
46
● Pesta Babulang 2020. (2020, November 18). Visit Sarawak 2021
#FightCOVID19. Retrieved December 3, 2021, from
https://sarawaktourism.com/event/buffalo-race-festival-babulang/
● Kenyah-Uma Baha Language and Culture. (2021). Dipetik dari https://ms-
my.facebook.com/KenyahUmaBaha/posts/3016655578346311
● Sarawaktourism. (2020). Dipetik dari https://en.wikipedia.org/wiki/Kaul_festival
● Borneo Tour. (2021). Dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Bidayuh
47