MPU21023
KEHARMONIAN MALAYSIA
SATU TANGGUNGJAWAB BERSAMA
• Oleh :
NUR SYAFIQA SURIATIE BINTI MOHD REJANI
PENGENALAN
Populasi di negara Malaysia dianggarkan antara 32.75 Juta pada suku pertama tahun 2021.
Jumlah ini meningkat sebanyak 0.4% daripada 32.62 Juta dalam tempoh yang sama pada
setahun yang lalu. Mengikut laporan Perangkaan Demografi dari Ketua Perangkawan,
Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin , jumlah pada suku pertama tahun 2021 merangkumi
91.3% adalah warganegara manakala baki 8.7% adalah bukan warganegara. Dengan jumlah
populasi rakyat yang sebegini, negara Malaysia mampu mewujudkan negara yang aman dan
harmoni dengan tidak mengira bangsa dan kaum yang berlainan. Hal ini boleh dikekalkan
kerana berlaku tolenrasi antara kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Keharmonian antara kaum ini dapat menyatupadukan anggota masyarakat dan negara.
MAKSUD KEHARMONIAN
Mengikut Kamus Dewan edisi ketiga, keharmonian bermaksud keaddan
harmoni yang merangkumi kemesraan (mesra). Istilah yang selalu kita
dengar dan selalu dikaitkan dengan keharmonian ialah menghormati.
Dengan adanya sikap hormat-menghormati dalam diri rakyat, ia dapat
melahirkan suasana yang harmoni dalam sesebuah negara.
PERANAN MASYARAKAT
Setiap masyarakat perlulah menanam dalam diri mereka sikap hormat-menghormati
antara satu sama lain walaupun berbilang kaum supaya masyarakat tidak berpecah
belah dan bergaduh antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, masyarakat juga
hendaklah berprihatin antara satu sama lain. Contohnya, jika ada yang memerlukan
pertolongan, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah menolong mereka untuk
meringankan beban mereka walaupun mereka berlainan bangsa dan agama. Hal ini
dapat membentuk sesebuah negara yang aman dan harmoni tanpa masalah
persalahfahaman rakyat antara satu sama lain.
PERANAN DALAM KESELAMATAN NEGARA
Setiap rakyat perlulah mempunyai semangat patriotik untuk
mempertahankan negara daripada dijajah oleh negara lain. Bukan itu sahaja,
kita juga hendaklah mempertahankan negara kita untuk mengingati jasa
nenek moyang kita yang telah berjuang untuk memerdekakan negara
Malaysia ini. Dengan adanya semangat tidak rela negara dijajah, rakyat
dapat mempertahankan kedaulatan negara bersama-sama. Seterusnya,
keselamatan negara juga dating dari pemimpin sendiri.
Jika pemimpin itu amanah, jujur dan berwibawa dalam menjalankan tugas maka
rakyat hidup dengan aman. Contohnya, pemimpin tidak menyalahgunakan kuasa
untuk diri sendiri atau ahli keluarga. Pemimpin hendaklah mengutamakan rakyat
supaya rakyat memberi kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada pemimpin.
Jika keselamatan negara dijaga, rakyat dapat menjalankan hidup mereka dengan
aman.
CABARAN UTAMA
Pada era globalisasi ini, kita dapat melihat segelintir rakyat Malaysia
yang gagal untuk memahami Kehuluran Perlembagaan yang ada dalam
rukun negara. Hal ini menyebabkan kesukaran untuk mengharmonikan
negara kerana sering dipersoalkan tentang berkaitan dengan agama,
kebebasan bersuara dan penghakiman mahkamah. Ia membuktikan bahawa
isu keharmonian antara kaum menjadi cabaran utama walaupun pelgai usaha
suadah diambil untuk mengatasinya.
Pihak politik seharusnya menyatukan rakyat bukan merobohkan.
Sebagai negara yang berbilang bangsa dan agama, kita mestilah hidup dalam
kerukunan. Tidak dinafikan bahawa, perbezaan antara nilai etnik juga
mengakibatkan hubungan antara kaum bertambah rumit. Oleh itu, pihak
politik dan pemimpin tidak mengira agama dan bangsa, mereka haruslah
sedar dan menginsafi bahawa tanggungjawab kebersamaan adalah satu
tanggungjawab yang Bersama. Hal ini untuk mencegah daripada berlakunya
perbecah-belahan masyarakat daripada penyalahgunaan kuasa dalam
kalangan ahli politik dan pemimpin.
Sebarang salah laku yang membawa kemusnahan negara harus
dihukum agar dapat mengatasi negara menjadi porak peranda. Kalau tidak,
ketahanan negara pasti tidak dapat dibina dan akan membawa kehancuran
kepada ekonomi negara yang merugikan secara mutlak. Oleh itu,
penguatkuasaan undang-undang haruslah diperketatkan iaitu bukan sahaja
dihukum, malah memastikan kerukunan dapat dilangsung dengan sempurna
demi kebaikan semua rakyat Malaysia.
BERSATU HATI MEMBINA KESEJAHTERAAN
NEGARA
Perpaduan bagi rakyat Malaysia adalah salah satu keistimewaan dan daya tarikan
bagi negara luar atau pelabur asing. Dengan adanya kepentingan ini, kerajaan dapat
menitikberatkan soal perpaduan. Hal ini kerana dengan bersatu hati kita dapat
membina negara aman dan harmoni.
Bagi konsep 1 Malaysia yang berasaskan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan’ menerangkan bahawa hubungan harmoni dan Kerjasama dalam
pelbagai kaum . Hal ini adalah kunci untuk menghadapi ancaman dan cabaran. Oleh
itu, prangsangka dan ketidakpuasan hati adalah bukan perkara asing bagi rakyat.
KEPENTINGAN MENJAGA KEHARMONIAN
DAN KEAMANAN
Pada zaman pasca kemerdekaan ini, ramai rakyat yang tidak menitikberatkan
tentang kepentingan menjaga keharmonian dan keamanan negara. Hal ini kerana,
mereka tiada kesedaran dalam diri tentang pentingnya keharmonian dalam sesebuah
negara. Antara kepentingan untuk menjaga keharmonian dan keamanan negara
Malaysia ialah mengamalkan tradisi masyarakat dengan penglibatan masyarakat
majmuk untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Contohnya, pada
hari perayaan setiap kaum kita boleh meraikan untuk mengeratkan hubungan
silaturahim antara kaum.
CARA-CARA MENJAGA KEHARMONI DAN
KEAMANANYANG DIAMALKAN DI KEJIRANAN
SAYA
• Mengamalkan masyarakat yang penyayang dan budaya penyayang sebagai sistem
sosial yang mementingkan kepada masyarakat lebih daripada diri sendiri.
• Setiap orang hendaklah saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan
saling faham memahami. Sebagai contoh, yang muda menghormati yang tua dan
yang tua perlulah mengasihi yang muda supaya tiada berlakunya remaja zaman
sekarang yang biadap dengan orang yang lebih tua.
• Setiap individu mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling sayang-menyayangi
antara satu sama lain. Dengan ini, masyarakat hendaklah mengamalkan 17 nilai
murni dalam diri mereka. Hal ini kerana untuk mencegah rakyat daripada
berlakunya peperang antara mereka sesama sendiri.
• Masyarakat sekitar saya yang berpendidikan terdedah dan sedia menerima media
massa yang memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keharmonian
dan keamanan antara masyarakat majmuk di negara Malaysia. Media massa
merupakan mekanisma atau alat sebaran am yang dapat menyampaikan maklumat
atau berita kepada orang ramai dengan cepat dan dalam masa yang singkat.
KESIMPULAN
Kesimpulan, semua pihak haruslah berkerjasama untuk mengekalkan keamanan dan
keharmonian antara masyarakat yang berbilang kaum di negara kita. Dalam konteks
ini, masyarakat haruslah berganding bahu dan bertolak ansur bagi mengekalkan
keharmonian masyarakat pelbagai kaum di masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Oleh itu, sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-58 pada tahun 2021dan
bulan pembentukan Malaysia. Marilah kita bersama-sama bertekad untuk menjadi
lebih patriotic, berikrar untuk memberi sumbangan penuh beerti kepada
masyarakat, lebih bersatu padu dan mahu berkorban kepada negara kerana
sesungguhnya ‘Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’
RUJUKAN
Datuk marzuki yahya- mei 15, 2019 @ Berita harian
Haika khazi – September 9, 2019 @ berita harian
Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri – ogos 31, 2015 @ berita harian
Sumber Rujukan Google Chrome
Sumber Rujukan Gambar Google Chrome
LAMPIRAN