The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2024-04-01 03:22:52

Leftenan Adnan Wira Bangsa

Buku Skrap Digital (Komsas)

Novel Tingkatan 4 1. Lim Xin Yee (11) 2. Adrienne Khong Li Ying (31) 3. Eugine Lee Jun Yi (32) 4. Louis Gan Wu Quan (35) Leftenan Adnan Wira Bangsa


Novel Tingkatan 4: Leftenan Adnan Wira Bangsa


Sinopsis Tema Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa. Keberanian dan keperwiraan anak muda dalam usaha mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh orang asing.


Persoalan 1. Isu Semangat Cinta Akan Negara Contoh: Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjayanya untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air. 2. Persoalan Pengorbanan Seorang Isteri Contoh: Isteri Leftenan Adanan iaitu Sophia sanggup berkorban berpisah dengan suaminya dan menjaga anak-anak. 3. Persoalan Kebijaksanaan Menggunakan Taktik Dalam Peperangan Contoh: Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.


Watak : Adnan Bin Saidi Perwatakan Utama : Leftenan Adnan 1. Seorang yang berani Contohnya Adnan berani menentang tentera Jepun sehingga ke titisan terakhir 2. Seorang yang bijaksana Contohnya Adnan belajar di sekolah Inggeris sehingga berjaya menjadi seorang guru. 3. Seorang yang penyayang Contohnya Adnan menghantar isterinya Sophia dan anaknya ke kampung setelah mendapat berita bahawa Jepun akan menyerang Malaya


Gaya Bahasa 1. Simile Contohnya, macam ayam berak kapur, seumpama ombak besar menghempas pantai. 2. Metafora Sebagai contoh, api kemarahan menyentuh jiwa. 3. Hiperbola Contohnya, bahangnya terasa perit membakar kulit. 4. Peribahasa Contohnya, sediakan payung sebelum hujan. 5. Personifikasi Contohnya, fikirannya melayang-layang mengenang kembali peristiwa dua hari yang lalu.


Latar Masa 1. Waktu Pagi Contohnya setiap pagi sebelum pergi ke sawah Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan sekolah lnggeris di pekan Sungu Karnal. 2. Waktu Malam Contohnya Kompeni C menerima perintah untuk bergerak ke Bukit Candu. 3. Waktu Petang Contohnya tentera Jepun melancarkan serangan berhelah dengan menyamar sebagai tentera India yang berturban.


Latar Tempat 1. Sungai Ramal Contoh: Tempat kelahiran Leftenan Adnan dan tempat Leftenan Adnan dibesarkan 2. Bukit Candu Contoh: Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri 3. Alexandria Contoh: Benteng terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun Kampung Sungai Ramal Dalam Bukit Candu Pasir Panjang


Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang Berani Contoh: Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru. 2. Masyarakat yang Bijaksana Contoh: Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang. 3. Masyarakat Kampung Contoh: Pak Saidi dan penduduk kampung menjalani kehidupan di Kampung Sungai Ramal yang bergantung hidup dengan bersawah.


Nilai Murni 1. Kasih Sayang Contoh: Adnan menghantar isterinya Sophia dan anaknya ke kampung setelah mendapat berita bahawa Jepun akan menyerang Malaya. 2. Kegigihan Contoh: Adnan gigih belajar di sekolah Inggeris sehingga menjadi guru. 3. Keberanian Contoh: Adnan berani menentang tentera Jepun sehingga ke titisan terakhir.


Pengajaran ● Kita perlulah berani mempertahankan negara daripada penjajah agar masyarakat hidup aman, contohnya keberanian Leftenan Adnan dan askar Melayu ketika mempertahankan negara menjadi buah mulut pihak rakan dan musuh. ● Kita perlulah memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi, contohnya perjuangan Leftenan Adnan dan askar Melayu membuktikan mereka memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi sehingga sanggup mengorbankan masa, tenaga dan nyawa hingga titisan darah terakhir. ● Kita perlulah memiliki wawasan dan berpandangan jauh, contohnya Pak Saidi memilih sekolah beraliran Inggeris untuk ketiga-tiga anaknya Adnan, Ahmad dan Amarullah kerana dia sedar banyak ilmu pengetahuan yang dapat ditimba.


Terima Kasih !


Click to View FlipBook Version