TERAJU UTAMA MODUL GILAP PERMATA SEJARAH
SPM 2021
SIC+ UNIT SAINS SOSIAL
SEKTOR PEMBELAJARAN PPD TANGKAK
TUAN HAJI IBRAHIM BIN AWANG
CIKGU NURUL IZZATI SETIA BINTI ABDULLAH
CIKGU ISMAZIAN BINTI MOHD PATANI
CIKGU TUMINAH BINTI YIN
CIKGU ROSMINAH BINTI YOS
CIKGU AZIAN BIN SAM
CIKGU MOHAMAD RIDZUAN BIN HAMZAH@YA
CIKGU MOHD HAFEZ BIN ALI
PENULIS MODUL SEJARAH GILAP PERMATA SEJARAH DAERAH TANGKAK
BIL NAMA GURU SEKOLAH
1 CIKGU ROZITA BINTI AHMAD SMK SAGIL
SMK TENGKU MAHMUD
2 CIKGU HALIDAH BINTI HUSIN ISKANDAR
3 CIKGU NURUL JANNAH LOH BINTI
SMK PARIT BUNGA
ABDULLAH SMA SHAMSUDDINIAH
4 CIKGU NOOR AMANINA BINTI ABD AZIZ SMK BUKIT GAMBIR
5 CIKGU SHAIFUL HISHAM BIN SAMSUDIN SMK TUN MAMAT
6 CIKGU SITI HAMIDAH BINTI SAHRY SMJK PEI HWA
7 CIKGU NORZILAH BINTI MOHAMD SMA LUGHATUL QURAN
8 CIKGU RAHA BINTI ABD. RAHMAN SMA LUGHATIL ARABIAH
9 CIKGU ZALINA BINTI KAHIR SMK TENGKU TEMENGGONG
10 CIKGU MUHAMMAD HAFIZ BIN AHMAD AHMAD
SMK SRI TANGKAK
11 CIKGU DR.M.UTAMAN RAMAN SMK PERSISIRAN PERDANA
12 CIKGU NURSHAHIDA BINTI MUSA
1
TING 4 BAB 1: WARISAN NEGARA BANGSA
1 Bagaimanakah kedudukan raja di Kerajaan Alam Melayu diperkukuhkan? (m/s 4)
A Ditaati oleh rakyat jelata
B Dibantu oleh para pembesar
2 Soalan berikut berkaitan dengan ciri negara bangsa Melayu. (m/s 4)
Undang-undang
Raja Ciri-ciri Negara Bangsa X
Alam Melayu
Rakyat
Apakah X ?
A Lambang kebesaran
B Wilayah pengaruh
3 Kesultanan Melayu Melaka telah mempunyai ciri negara bangsa berikut. (m/s 6)
Kerajaan
Apakah bukti menyokong pernyataan tersebut?
A Kewujudan raja
B Ketaatan rakyat
4 Bagaimanakah kesultanan Melayu Melaka memperoleh wilayah naungan? (m/s 7)
A Persahabatan
B Peperangan
5 Kesultanan Melayu Melaka telah mempunyai pentadbiran yang tersusun.
Apakah sistem pentadbiran tersebut? (m/s 8)
A Pembesar Berlapan
B Pembesar Empat Lipatan
2
6 Terdapat pembesar yang membantu pentadbiran di Kesultanan Melayu Melaka.
Siapakah pembesar tersebut? (m/s 8)
I Bentara
II Orang Kaya
III Ketua adat
IV Lembaga
A I dan II
B III dan IV
7 Pilih pasangan yang betul berkaitan dengan tugasan pembesar Kesultanan Melayu
Melaka. (m/s 9)
PEMBESAR TUGASAN
A Laksamana Menguruskan perbendaharaan secara teratur
B Temenggung Menjaga keselamatan Kota Melaka
8 Maklumat berikut berkaitan dengan Hukum Kanun Melaka.
Mengikut isu kekeluargaan, terdapat larangan yang dikenakan
kepada hamba abdi dan wanita di Melaka
Apakah larangan tersebut? (m/s 10)
A Membayar cukai
B Menjadi saksi nikah
9 Mengapakah pemerintah dan rakyat zaman Kesultanan Melayu Melaka perlu
mengamalkan konsep berikut? (m/s 13)
Waadat
A Mengekalkan kedudukan raja
B Menjamin kesejahteraan kerajaan
3
10 Bagaimanakah pembesar membekalkan tenaga tentera kepada Sultan Melaka? (m/s
13)
A Menggunakan sistem kerah
B Memaksa masyarakat tempatan
4
TING 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME
1 Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme? (m/s 22)
A Pembinaan negara bangsa
B Perasaan cinta terhadap negara
2 Undang-undang berikut dihasilkan oleh ahli falsafah Inggeris iaitu John Locke.
Bill of Rights
Apakah tujuan undang-undang tersebut digubal? (m/s 24)
A Menamatkan penjajahan kuasa asing
B Memberi keutamaan kepada Parlimen
3 Jean Jacques Rousseau telah mengemukakan keunggulan suara rakyat dalam Revolusi
Perancis 1789.
Apakah gelaran terhadap suara rakyat tersebut? (m/s 25)
A Impian bersama
B Hasrat umum
4 Apakah sumbangan tokoh nasionalisme India berikut pada awal abad ke-20? (m/s 26)
Bal Gangadhar Tilak
Bipin Chandra Pal
A Menggerakkan perjuangan militan
B Memberi perhatian isu sosioagama
5 Bagaimanakah Jose Rizal mendesak kerajaan Sepanyol melakukan perubahan politik
dan ekonomi di Filipina? (m/s 28)
A Menubuhkan Katipunan
B Membentuk Liga Filipina
5
6 Jadual berikut berkaitan dengan peristiwa di Burma.
Tahun Peristiwa
1930 – 1932 Pemberontakan Saya San
Mengapakah pemberontakan tersebut mendapat sokongan daripada gologan petani?
(m/s 29)
A Terbeban dengan pelbagai cukai
B Dipaksa melakukan kerahan tenaga
7 Peristiwa berikut berlaku di Vietnam pada tahun 1930.
Peristiwa Viet Nam Quac Dang Dang (VNQDD)
melancarkan pemberontakan
Apakah matlamat pemberontakan tersebut? (m/s 29)
A Mengekalkan tradisi Buddha
B Menubuhkan kerajaan republik
8 Maklumat berikut berkaitan dengan perubahan yang dilakukan di Thailand.
Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah membawa masuk
penasihat Barat untuk melatih pegawai tempatan.
Mengapakah perubahan tersebut dilakukan? (m/s 31)
A Memenuhi tuntutan rakyat
B Memelihara kedaulatan negara
6
9 Senarai berikut merupakan pejuang nasionalisme di negara kita. (m/s 33)
Za’ba
Fatimah Yaakub
Abdul Rahim Kajai
Bagaimanakah tokoh tersebut membangkitkan kesedaran nasionalisme di negara kita?
A Penulisan kreatif
B Penyebar berita
10 Maklumat berikut berkaitan dengan seruan dalam akhbar Fajar Sarawak.
“ fajar telah tersinsing, bangunlah wahai bangsaku “
Apakah tujuan seruan tersebut? (m/s 38)
A Mengukuhkan semangat perpaduan kaum
B Menggesa masyarakat menuju kemajuan
7
TING 4 BAB 3: KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
1
PERANG DUNIA PERTAMA BERMULA PADA TAHUN 1914
Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut? (m/s 54)
A Perancis bersekutu dengan Rusia.
B Bakal raja Austria-Hungry dibunuh.
2 Mengapakah negara baharu berikut muncul selepas Perang Dunia Pertama? (m/s 57)
Austria
Hungry
Yugoslavia
Czechoslovakia
A Keruntuhan empayar Austria-Hungry.
B Kemerosotan pemerintahan beraja.
3 Apakah faktor yang membawa kemenangan Kuasa Bersekutu dalam Perang Dunia
Kedua di Eropah? (m/s 62)
I Kerjasama kuasa besar
II Strategi serangan yang berkesan
III Menggunakan senjata moden dan hebat
IV Bantuan ketenteraan bagi negara berkecuali
A I dan IV
B I dan II
8
4 Carta berikut berkaitan dengan pendaratan tentera Jepun di negara kita. (m/s 69)
Bagaimanakah strategi tentera Jepun untuk mara ke selatan negara kita?
A Bergerak melalui jalan laut.
B Berpecah kepada dua pasukan.
5 Mengapakah Jepun menggabungkan Tanah Melayu dan Sumatera di bawah satu
pentadbiran pada peringkat awal pengenalan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu?
(m/s 70)
A Membentuk Kawasan Pertahanan Khas.
B Mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan.
6 Maklumat berikut berkaitan tindakan Jepun di Tanah Melayu. (m/s 75)
Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Tanah Melayu ?
A Meningkatkan serangan gerila.
B Menimbulkan ketegangan kaum.
9
7 Gambar berikut menunjukkan individu yang menentang pendudukan tentera Jepun.
Gurchan Singh
Bagaimanakah beliau melakukan penentangan terhadap tentera Jepun? (m/s 78)
A Menyuarakan pendapat melalui akhbar.
B Menyebarkan risalah dan propaganda.
8 Operasi Zipper dilancarkan oleh Force 136 dan British pada tahun 1945.
Mengapakah operasi tersebut dilancarkan? (m/s 77)
A Menawan semula Tanah Melayu.
B Melindungi pekerja ladang getah.
9 Maklumat berikut menunjukkan gerakan yang dibentuk oleh orang Melayu semasa
penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu. (m/s 84)
Apakah tujuan pembentukan gerakan tersebut?
I Mempertahankan hak dan harta
II Mempertahankan maruah bangsa
III Memelihara takhta dan kedudukan
IV Mengelak campur tangan kuasa asing
A I dan IV
B I dan II
10
10 Ketegangan antara kaum berlaku di Kuching , Sarawak selepas Jepun menyerah
kalah. Bagaimanakah tentera Australia mengatasi situasi tersebut? (m/s 85)
A Mengenakan perintah berkurung.
B Menghimpunkan semua etnik.
11
TING 4 BAB 4: ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA
1 Mengapakah British Military Administration (BMA) diperkenalkan di Tanah Melayu?
(m/s 94)
I Menentang tentera Jepun
II Mengembalikan keamanan
III Memulihkan kepercayaan rakyat
IV Meningkatkan taraf hidup penduduk
A II dan III
B III dan IV
2 Mengapakah British Military Administration (BMA) gagal memulihkan sosioekonomi
di Tanah Melayu ? (m/s 95)
A Kesukaran membawa masuk jentera
B Kekurangan sumber bahan mentah
3 Maklumat berikut menerangkan tujuan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia
Kedua.
Bagaimanakah tindakan British untuk mencapai hasrat tersebut ? (m/s 96)
A Melaksanakan dasar dekolonisasi
B Memperkenalkan Malayan Union
12
4 Apakah ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union? (m/s 97)
I Kewarganegaraan jus soli
II Kewujudan sebuah kesatuan
III Kekuasaan Raja-raja Melayu diperkukuhkan
IV Keistimewaan penduduk peribumi terpelihara
A I dan II
B III dan IV
5 Raja-raja Melayu menjadi Ahli Majlis Raja-raja dalam sistem pentadbiran Malayan
Union.
Apakah fungsi Raja-raja Melayu dalam sistem pentadbiran tersebut? (m/s 97)
A Membincangkan soal adat istiadat Melayu
B Menjamin hak istimewa semua kaum
6 Apakah akhbar Melayu yang menyuarakan bantahan terhadap pembentukan Malayan
Union ? (m/s 102)
I Berita Harian
II Warta Negara
III Utusan Melayu
IV Lembaga Malaya
A II dan III
B I dan IV
13
7 Vyner Brooke mengalami masalah berikut semasa mentadbir Sarawak. (m/s 107)
Masalah kewangan
Masalah perwarisan takhta
Desakan kerajaan British
Bagaimanakah masalah tersebut diatasi ?
A Sarawak diserahkan kepada British
B Penyerahan kuasa kepada kerajaan tempatan
8 Mengapakah penduduk Sarawak menyokong penyerahan Sarawak ? (m/s 113)
A Memulihkan kuasa pembesar
B Memajukan pembangunan negeri
9 Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran di Sabah selepas tentera Jepun
menyerah kalah. (m/s 114)
Pentadbiran Ketua
British Military C.F.C. Macaskie
Administration (BMA)
A Mengembalikan keamanan negeri
B Memajukan ekonomi negeri
10 Mengapakah penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat bantahan penduduk
tempatan? (m/s 117)
A Kerjasama British dengan pembesar
B Kekurangan kesedaran politik
14
TING 4 BAB 5: PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
1 Maklumat berikut menunjukkan perubahan sistem pemerintahan di negara kita.(m/s
126)
Malayan Persekutuan Tanah
Union 1948 Melayu 1948
Mengapakah Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1948?
A Penduduk menolak Malayan Union
B Menyekat campur tangan kuasa luar
2 Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan pada 25 Julai 1946. Apakah matlamat
penubuhan jawatankuasa tersebut? (m/s 126)
A Menjadi penasihat undang-undang kerajaan British.
B Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan 1948
3 Mengapakah penubuhan Jawatankuasa Kerja mendapat bantahan daripada All Malaya
Council of Joint Action (AMCJA)? (m/s 128)
A Ketiadaan perwakilan bukan Melayu
B Penindasan golongan nasionalis
4 Apakah tujuan Ahmad Boestamam (Presiden API) menerbitkan akhbar Suara Rakyat
? (m/s 129)
A Menjadikan pentadbiran British lebih demokratik.
B Merupakan wadah bagi membuka pemikiran rakyat
5 Namakan perlembagaan yang dicadangkan oleh gabungan PUTERA-AMCJA sebagai
alternatif kepada perjanjian Persekutuan 1948. (m/s 130)
A Perlembagaan Rakyat
B Perlembagaan Merdeka
15
6
20 Oktober 1947
Tarikh di atas telah dipilih sebagai Hari Hartal Se-Malaya. Apakah peristiwa yang
berkaitan dengan hari tersebut? (m/s 131)
A Menutup semua premis
B Memakai lilitan kain putih
7 Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah selaras dengan Piagam Atlantik 1941.
Apakah matlamat prinsip Piagam Atlantik tersebut? (m/s 133)
A Penamatan perluasan kuasa
B Pelaksanaan dasar imperialisme
8
KEWARGANEGARAAN
Jus Soli hanya terbuka kepada rakyat Raja dan rakyat British. Apakah yang difahami
dengan rakyat Raja ? (m/s 135)
A Orang dagang yang lahir di Melaka
B Orang Melayu yang lahir negeri Melayu
9 Peristiwa
Tahun
1 Februari 1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani
Berdasarkan maklumat di atas, apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perjuangan
orang Melayu? (m/s 136)
A Hak istimewa dilindungi
B Syarat kerakyatan dipermudahkan
10 Apakah peranan jawatankuasa Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (CLC) yang
dibentuk selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948? (m/s 137)
A Menentukan kepentingan sah kaum lain
B Mewujudkan prinsip perjuangan rakyat
16
TING 4 BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT
1 Apakah ideologi yang dibawa oleh tokoh berikut ? (m/s 146)
Karl Marx
Friedrich Engels
A Sosialisme.
B Komunisme
2 Mengapakah pengaruh Partai Komunis Indonesia tidak mendapat sambutan di Tanah
Melayu? (m/s 146)
A Menggunakan kekerasan demi mencapai matlamat.
B Menyekat kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat.
3 Maklumat berikut berkaitan pertubuhan yang menjalinkan kerjasama dengan British
dalam usaha memerangi Jepun. (m/s 147)
Apakah pertubuhan X tersebut ?
A Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
B Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA)
4 Undang-Undang Darurat telah dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun
1948. m/s 148
Mengapakah undang-undang tersebut dikuatkuasakan?
A Membanteras ancaman komunis.
B Melakukan penjajahan baharu.
17
5 Jadual berikut berkaitan dengan serangan komunis terhadap pasukan keselamatan
negara.
Tahun Serangan Komunis
17 Jun 1948 Balai Polis Kampung Jeram, Johor
26 Jun 1948 Balai Polis Kuala Krau, Pahang
17 Julai 1948 Balai Polis Gua Musang, Kelantan
22 Februari 1950 Balai Polis Muar, Johor
Apakah kesan serangan tersebut kepada negara? (m/s 150)
A Mengancam keamanan negara
B Mendapatkan sokongan rakyat
6 Bagaimanakah pasukan Cawangan Khas mendapatkan maklumat tentang PKM? (m/s
153)
A Menguasai selok belok hutan
B Menyamar sebagai komunis
7 Petempatan baharu berikut dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Tanah Melayu pada
tahun 1950 dalam Rancangan Briggs? (m/s 157)
Kampung Baru
Apakah tujuan rancangan tersebut?
A Meningkatkan taraf hidup penduduk
B Melemahkan pergerakan komunis
8 Gambar berikut berkaitan dengan Kawasan Putih yang diisytiharkan di Tanah
Melayu? (m/s 160)
Apakah maksud Kawasan Putih?
A Kawasan larangan penduduk keluar
B Kawasan yang diisytiharkan bebas
18
9 Sir Henry Gurney telah mengambil langkah menawan hati penduduk Cina untuk
memerangi komunis. (m/s 161)
Apakah kesan daripada usaha tersebut?
A Penubuhan Malayan Chinese Association
B Pengurangan jumlah anggota komunis
10 Dialog berikut mungkin berlaku pada Zaman Darurat. (m/s 163)
Penduduk A: Selama 12 tahun kita menempuh darurat
Penduduk B: Betul. Kita hidup menderita sepanjang tempoh itu
Bagaimanakah kehidupan rakyat pada tempoh tersebut?
A Kemusnahan harta benda
B Pergaduhan antara kaum
19
TING 4 BAB 7: USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN
1 Hizbul Muslimin ditubuhkan pada 1947 semasa perhimpunan Majlis Agama Islam
Tertinggi (MATA). Apakah matlamat penubuhan tersebut ? (m/s 173)
A Mempertahankan hak bangsa Melayu
B Mencapai kemerdekaan sebagai negara Islam
2
Tanah Melayu Untuk Malayan
Dato Onn Jaafar menubuhkan Independence Malayan Parti (IMP). Bagaimanakah
pemikiran tersebut dilaksanakan ? (m/s 184)
A Menyatukan rakyat pelbagai kaum
B Melonggarkan syarat kewarganegaraan
3 Maklumat berikut berkaitan parti politik yang mencetuskan idea negara merdeka. (m/s
173)
Dipimpin oleh Tengku Nordin dan Zakaria Gunn.
X
Melaungkan “Hidup Melayu Merdeka”.
Apakah parti X tersebut ?
A Parti Kebangsaan Melayu Malaya
B Parti Kebangsaan Melayu Labuan
4 Mengapakah selepas Perang Dunia Kedua kesedaran kerjasama politik dalam
kalangan pemimpin kaum meningkat? (m/s 175)
A Matlamat mencapai kemerdekaan
B Keinginan meningkatkan kemajuan
20
5 Maklumat berikut adalah isu yang dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa
Hubungan Antara Kaum (CLC). (m/s 173)
Orang Melayu tidak memperolehi peluang yang sama seperti kaum
bukan Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan.
Apakah langkah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dalam menangani
isu tersebut ?
A Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
B Penubuhan Jawatankuasa Pendidikan Kebangsaan
6 Pada Januari 1949 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan. Apakah
objektif penubuhannya? (m/s 174)
I Menganjurkan persidangan kebangsaan
II Mengkaji hubungan antara kaum
III Mewujudkan keadaan muhibah
IV Mendapatkan latihan pentadbiran
A I dan IV
B II dan III
7 Maklumat berikut berkaitan ciri-ciri Sistem Ahli. (m/s 179)
Ahli bertaraf Menteri.
X
Ahli diletakkan dibawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
Apakah X ?
A Satu sistem kabinet bayangan
B Ahli mempunyai kuasa veto
21
8 Jadual menunjukkan anggota Sistem Ahli. (m/s 179)
PEMIMPIN AHLI
Dato Onn Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
E.E.C Thuraisingham Ahli Pelajaran
Lee Tiang Keng Ahlikesihatan
Tunku Yaakob Sultan Abdul Hamid AhliPertanian dan Perhutanan
Apakah kepentingan pembentukan Sistem Ahli ?
I Dapat membantu rakyat miskin
II Berjaya memupuk perpaduan kaum
III Melatih dalam pentadbiran negara
IV Menjamin kestabilan politik negara
A II dan III
B I dan IV
9 Berikut adalah dua persidangan yang dianjurkan di Tanah Melayu oleh parti-parti
politik. (m/s 186)
Persidangan Kebangsaan
Konvensyen Kebangsaan
Apakah tujuan kedua-dua persidangan tersebut ?
A Membincangkan soal kewarganegaraan
B Melahirkan kerjasama politik antara kaum
10 Berikut adalah logo Parti Perikatan pada tahun 1954. (m/s 187)
Apakah maksud logo tersebut ?
A Persiapan ke arah berkerajaan sendiri.
B Kesediaan menempuh cabaran.
22
TING 4 BAB 8: PILIHAN RAYA
1 Apakah tujuan pembentukan Jawatankusa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat
Perundangan? (m/s 196)
A Meluluskan Ordinan Pilihan Raya Negeri
B Mengkaji dan membuat cadangan pilihan raya
2 Dimanakah pilihan raya terawal di negara kita diadakan? (m/s 197)
A Kuching
B George Town
3 UMNO Bahagian Kuala Lumpur dan MCA Bahagian Selangor telah bergabung pada
pilihan raya dan dikenali sebagai? (m/s 197)
A Perikatan
B Majlis Daerah
4 Apakah kepentingan pilihan raya di negara kita? (m/s 197)
A Menyedarkan rakyat tentang demokrasi
B Membolehkan rundingan kemerdekaan
5 Gambar berikut menunjukkan pilihan raya umum pada tahun 1955.
Mengapakah pilihan raya pertama tersebut diadakan? (m/s 198)
A Mencontohi birokrasi Barat
B Merintis jalan ke arah kemerdekaan
23
6 Apakah syarat untuk menjadi seorang pengundi? (m/s 200)
I Lahir di Tanah Melayu
II Berumur 21 tahun ke atas
III Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
IV Berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
A II dan III
B III dan IV
7 Apakah tujuan pilihan raya berikut diadakan? (m/s 203)
Tahun Peristiwa
1956
Pilihan raya diadakan bagi kawasan
Kuching Municipal Council (KMC)
A Pemilihan calon pilihan raya
B Persediaan berkerajaan sendiri
8 Manakah yang tepat tentang Majlis Perundangan Persekutuan 1955 ? (m/s 206)
A Raja-Raja Melayu meluluskan undang-undang.
B Pegawai kerajaan ketuai Majlis Tempatan
24
9 Berikut adalah salah satu peranan kabinet pertama yang diperkenalkan pada 1955.
(m/s 206)
Meminta kuasa veto Pesuruhjaya
Tinggi dibatalkan
Mengapakah hak itu dibatalkan?
A Mengurangkan kuasa pentadbiran British
B Memberi kuasa kepada Raja-raja Melayu
10 Pada tahun 2021, Kerajaan Malaysia telah membuat pindaan umur pengundi iaitu 18
tahun.
Apakah alasan munasabah pindaan tersebut dilakukan? (KBAT)
A Melahirkan Mayarakat berbilang kaum
B Menjadi asas perlembagaan negara
25
TING 4 BAB 9: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
1 Apakah perubahan yang mempengaruhi usaha kemerdekaan negara kita? (m/s 216)
I Negara luar bangkit menentang penjajahan
II Cita-cita British membentuk kesatuan politik
III Kegagalan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan
IV Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya umum
A I dan IV
B I dan II
2 Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap sejarah negara kita? (m/s 216)
Dato’ Panglima Bukit Gantang
Dato’ Abdul Razak Hussein
Encik Abdul Aziz Abdul Majid
A Mewakili rombongan kemerdekaan
B Membentuk Parti Perikatan
3 British mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Reid pada 8 Mac 1956.
Apakah tugas suruhanjaya tersebut? (m/s 220)
A Melantik pegawai orang Melayu menerajui kerajaan
B Merangka perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka
4 Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menerima memorandum
daripada pihak Raja-raja Melayu. Apakah yang dikemukakan? (m/s 222)
A Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara.
B Yang Dipertuan Agong dipilih oleh rakyat.
5 Apakah gesaan UMNO dalam memorandumnya kepada Suruhanjaya
Perlembagaan? (m/s 222)
A Menolak kewarganegaraan jus soli
B Kuasa mutlak raja Melayu dikurangkan
26
6 Apakah perkara yang terdapat pada draf perlembagaan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? (m/s 222)
I Kewarganegaraan hanya bagi rakyat Raja
II Meneruskan sistem kerajaan Persekutuan
III Pembentukan Dewan Negara dan Dewan Rakyat
IV Yang Dipertuan Agong dipilih bagi kerajaan negeri
A I dan IV
B II dan III
7 Mengapakah terdapat ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan konsep jus soli? (m/s
223)
A Kedudukan istimewa tergugat
B Bahasa Melayu terancam
8 Badan manakah yang memilih Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan 1957? (m/s 224)
A Majlis Raja-raja
B Majlis Negeri
9 Bagaimanakah cara pemberian kewarganegaraan menurut Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1957? (m/s 224)
I Melalui permohonan
II Persetujuan Raja-raja Melayu
III Sokongan individu professional
IV Melalui kuatkuasa undang-undang
A I dan IV
B I dan II
27
10 Mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 penting kepada negara
kita?(m/s 225)
A Melahirkan masyarakat berbilang kaum
B Menjadi asas kepada Perlembagaan 1957
28
TING 4 BAB 10: PEMASYHURAN KEMERDEKAAN
1 Takrif kemerdekaan menurut Kamus Dewan ialah bebas daripada (m/s 234)
I kurungan
II pencerobohan
III penindasan
IV naungan
A I dan IV
B II dan III
2 Bagaimanakah pengertian kedaulatan sesebuah negara menurut Rasid Rida? (m/s 234)
A Menghidupkan sistem khalifah
B Demokratik tanpa kelas dan kasta
3 Jawatankuasa Persediaan Fizikal ditubuhkan sebagai persediaan menyambut
kemasyhuran kemerdekaan negara.
Mengapakah kerajaan menubuhkan jawatankuasa tersebut? (m/s 236)
A Menyediakan pakaian khas Perdana Menteri
B Menonjolkan identiti negara yang merdeka
4 Berikut adalah lambang negara Malaysia
Lagu Negaraku
Jata Negara
Bendera Kebangsaan
Mengapakah lambang berikut dicipta oleh Kerajaan Persekutuan (m/s 236)
A Sebagai identiti negara
B Simbol keunggulan kerajaan
29
5 Di manakah lokasi detik sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara yang
diraikan pada malam 30 Ogos 1957? (m/s 238)
A Stadium Merdeka
B Padang Kelab Selangor
6 Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan sistem tersebut? (m/s 242)
A Perlembagaan ditetapkan Yang di-Pertuan Agong
B Rakyat berhak bersuara dan memilih wakil
7 Malaysia telah menyertai pelbagai pertubuhan antarabangsa antaranya Komanwel.
Apakah tujuan Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel? (m/s 243)
A Melambangkan kekuatan negara
B Merapatkan hubungan sosio-ekonomi
8 Apakah tujuan penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)? (m/s
244)
A Penempatan semula masyarakat
B Penanaman semula kelapa sawit
9 Agensi kerajaan berikut ditubuhkan pada tahun 1956
Dewan Bahasa dan Pustaka
Apakah kepentingan penubuhan agensi tersebut? (m/s 245)
A Memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu
B Menggalakan masyarakat minat membaca
30
10 Maklumat berikut berkaitan dengan prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu?
(m/s 246)
Mempunyai sempadan
Terdiri daripada negeri-negeri berdaulat
Apakah prinsip kedaulatan tersebut?
A Lambang negeri
B Wilayah pengaruh
31
TINGKATAN 5 BAB 1 : KEDAULATAN NEGARA
1 Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Inggeris . ms 4
Sumber Perkataan
Bahasa Inggeris Soverignty
A Kuasa negara bebas
B Kuasa penuh negara
2 Apakah ciri utama Kedaulatan Tradisional? ms 6
A Pemerintahan berkuasa mutlak
B Berasaskan demokrasi
3 Apakah ciri-ciri negara yang berdaulat? ms 8
A Mempunyai angkatan tentera yang hebat
B Mempunyai sempadan
4 Nyatakan kepentingan sistem perundangan di negara kita? ms 9
A Membolehkan Yang di Pertuan Agong memerintah dengan bebas.
B Memelihara kesejahteraan dan menjamin keadilan rakyat.
5 Mengapakah kecemerlangan hubungan luar negara memberi faedah kepada
Malaysia? ms 11
A Diiktiraf sebagai sebuah kuasa besar dunia.
B Menjalin hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain.
6 Jelaskan peranan rakyat dalam mewujudkan kestabilan politik negara. ms 12
A Sentiasa mementingkan kebajikan diri sendiri
B Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan.
7 Apakah peranan pemerintah dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum? Ms 13
A Mengawal pergerakan politik rakyat.
B Merangka program serta kempen kearah memupuk perpaduan kaum
32
8 Berikan maksud Patriotisme dengan tepat. ms 14
A Perasaan cinta yang mendalam terhadap negara.
B Meluaskan wilayah dan pengaruh untuk membuktikan kekuasaan.
9 Apakah peranan rakyat dalam mengukuhkan pertahanan negara? ms 15
A Menggubal undang-undang untuk melindungi keselamatan negara
B Sanggup berkorban demi mempertahankan negara.
10 Buktikan hubungan pemerintah dan rakyat mampu mengekalkan kedaulatan negara?
ms 15
A Berjaya menghasilkan keamanan dan kesejahteraan.
B Berjaya meluaskan tanah jajahan
33
TINGKATAN 5 BAB 2 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
1 Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang negeri Melayu. Ms 22
. Hukum Kanun Pahang
. Undang – undang Kedah
. Undang-undang Johor
Apakah jenis undang-undang tersebut?
A Undang-undang rasmi di negeri Melayu
B Undang-undang bertulis di negeri Melayu
2 Maklumat berikut berkaitan dengan badan membuat undang-undang. ms 24
Pada bulan Ogos 1956, Perlembagaan Sarawak memberi
kuasa kepada badan membuat undang-undang.
Antara berikut , yang manakah badan yang membuat undang-undang tersebut?
I Majlis Undangan III Council Negeri
II Majlis Tertinggi
A I dan II
B II dan III
3 Gambar berikut merupakan badan perundangan di Malaysia. ms 25
Apakah peranan badan tersebut?
A Membentuk undang-undang negara
B Melaksanakan pentadbiran negara
34
4 Antara berikut, yang manakah Dewan yang mewakili Parlimen ms 27
I Dewan Senat III Dewan Negara
II Dewan Rakyat
A I dan II
B II dan III
5 Maklumat berikut berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong.
Yang Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan melalui perlembagaan
kuasa pemerintahan sebagai pemerintah tertinggi
Apakah tugas Yang di-Pertuan Agong? ms 28
A Membuat pelantikan jawatan utama negara
B Menentukan corak pentadbiran negara
6 Antara berikut, yang manakah tergolong dalam ciri moden Perlembagaan
Persekutuan? ms 29
I Kewarganegaraan III Bahasa Melayu
II Kerajaan Persekutuan
A I dan II
B II dan III
7 Apakah kesan pengenalan kewarganegaraan moden? ms 28
A Taraf kewarganegaraan sama kepada rakyatnya
B Kewarganegaraan perlu dipohon oleh penduduk
8 Apakah tujuan utama penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya? ms 29
A Menjalankan kempen pilihan raya
B Menentukan pilihan raya yang adil
35
9 Apakah perkara utama dalam pindaan Perlembagaan 1963 ms 30
A Jawatan Yang di-Pertua Negeri
B Jawatan Yang di-Pertuan Agong
10 Maklumat berikut berkaitan dengan pindaan Perlembagaan 1965. ms 31
Tunku Abdul Rahman Putra ai-Haj selaku Perdana
Menteri Malaysia telah membawa usul pindaan
perlembagaan 1965.
Apakah kesan pindaan tersebut?
A Singapura keluar daripada Malaysia
B Singapura memasuki Malaysia
36
TINGKATAN 5 BAB 3 : RAJA BERPELEMBAGAAN DAN DEMOKRASI
BERPARLIMEN
1 Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah terserlah kehidupan
bernegara dan ciri sistem berperlembagaan. Buktikan. ms 38
A Taklukan wilayah dengan peperangan
B Pemerintahan berdasarkan undang-undang
2 Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 iaitu selepas perang dunia
kedua memberi cabaran besar terhadap pemerintahan beraja.
Mengapakah hal ini dikatakan sedemikian?ms 40
A Kuasa Raja Melayu diletakkan di bawah Gabenor British
B Kuasa pemerintahan raja diambil alih oleh Raja England
3 Pemerintahan beraja diteruskan selepas kemerdekaan Tanah Melayu 1957.
Antara berikut manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan agar
sesuai dengan konsep demokrasi? ms 41
A Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara
B Raja-raja Melayu berkuasa menggubal undang-undang
4 Apakah fungsi Majlis Raja-Raja Melayu semasa Malayan Union? ms 43
I Mengetuai Malayan Union
II Kuasa penuh dalam pentadbiran
III Membincangkan undang-undang Islam
IV Menasihati Gabenor berkaitan Majlis Raja-Raja Melayu
A I dan IV
B III dan IV
37
5
Rajah 1 pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Bagaimanakah kedudukan Raja-Raja Melayu semasa pendudukan Jepun? ms 40
A Kedudukan Raja-raja Melayu diganti oleh Gabenor Jepun
B Kedudukan Raja-raja Melayu di bawah pengawasan Gabenor Jepun.
6 Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap kedaulatan Raja-
raja Melayu? ms 40
A Kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan
B Raja-raja Melayu tidak kekal di takhta tetapi berkuasa dalam pentadbiran dan
perundangan
7 Rajah berikut tentang sistem pemerintahan Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong
Badan Badan Badan
Perundangan Eksekutif Kehakiman
Sistem pentadbiran tersebut membuktikan Malaysia mengamalkan. ms52
A Dasar politik terbuka
B Konsep pengasingan kuasa
8 Mengapakah kebebasan asasi yang diperuntukkan dalam perlembagaan tidak bersifat
mutlak? ms 51
A Memastikan pembangunan ekonomi negara berterusan
B Memastikan ketenteraman dan kesejahteraan awam terjamin.
38
9 Dalam prinsip pengasingan kuasa di Malaysia, siapakah punca kuasa kepada badan
perundangan, eksekutif dan kehakiman? ms 52
A Perdana Menteri
B Yang di-Pertuan Agong
10 Bagaimanakah pemerintahan beraja mampu mengimbangi pemerintahan demokrasi?
ms 56
A Berdasarkan budi bicara Yang di-Pertuan Agong
B Raja berkecuali dalam hal politik, ekonomi dan dasar negara
39
TINGKATAN 5 BAB 4 : SISTEM PERSEKUTUAN
1 Apakah yang dimaksudkan dengan Persekutuan? ms 66
A Penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk Persekutuan
B Gabungan antara negeri yang berdaulat dan membentuk Persekutuan
2 Siapakah Residen Negeri Sembilan yang pertama? ms 66
A Hugh Low
B Martin Lister
3 Pada tahun 1946, British telah menyatukan pentadbiran semua negeri Melayu serta
Pulau Pinang dan Melaka untuk membentuk sebuah kerajaan berbentuk kesatuan yang
dinamakan. ms 67
A Negeri-negeri Selat
B Malayan Union
4 Antara berikut, yang manakah tidak terkandung dalam Senarai Persekutuan? ms 69
A Tanah
B Pertahanan
5 Kerajaan Tempatan lebih dikenali sebagai. ms 71
A Pihak Berkuasa Daerah
B Pihak Berkuasa Tempatan
40
6 Berikut merupakan tujuan utama kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri.
Memastikan segala usaha
pembangunan dapat memberi
manfaat demi kesejahteraan rakyat
di seluruh negara
Yang berikut merupakan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri kecuali. ms 72-74
A Kerjasama pembangunan ekonomi
B Kerjasama pemuliharaan perhutanan negara
7 Jawatankuasa Pemantau Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) ditubuhkan
bagi meningkatkan keselamatan kawasan Timur Sabah.
Siapakah pengerusi jawatankuasa tersebut? ms 78
A Ketua Pegawai Turus
B Perdana Menteri Malaysia
8 Berikut merupakan faktor yang mengukuhkan Sistem Persekutuan. ms 80
I. Keluhuran perlembagaan
II. Kedaulatan undang-undang
III. Penyelarasan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
IV. Perlembagaan Persekutuan
A I dan III
B II dan IV
9 Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri adalah dipengerusikan oleh Perdana
Menteri.
Apakah tujuan mesyuarat tersebut diadakan? ms 80
A Membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan
B Menyelaras pentadbiran Kerajaan Persekutuan
10 Berikut merupakan antara kebaikan yang diperoleh daripada penyelarasan dan
hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajan Negeri kecuali. ms 81
A Menentukan bidang kuasa dalam persekutuan
B Memberi manfaat kepada kesejahteraan negara
41
TINGKATAN 5 BAB 5 : PEMBENTUKAN MALAYSIA
1 Mengapakah British bersetuju dengan idea pembentukan Malaysia yang dicadangkan
oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961? ms 90
A Memudahkan pentadbiran
B Mengawal kuasa politik orang Melayu
2 Mengapakah Sir Gerald Templer mencadangkan pembentukan Malaysia? ms 91
A Menyatukan penduduk
B Menjamin keselamatan
3 Clandestines Communist Organization (CCO) merupakan gerakan yang pernah
memberikan ancaman terhadap Persekutuan Malaysia. Apakah negeri yang terlibat
dengan ancaman tersebut? ms 93
A Sabah
B Sarawak
4 Antara berikut, parti politik yang manakah menentang rancangan pembentukan
Malaysia? ms 95
A PANAS
B SUPP
5 Mengapakah kerajaan Thailand memberikan sokongan terhadap usaha pembentukan
Malaysia? ms 97
A Mengekalkan keamanan
B Memajukan ekonomi
42
6 Pada Julai 1961, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengadakan lawatan ke Sarawak
dan Brunei. Lawatan ini bertujuan untuk. ms 98
A Membuat perjanjian pembentukan Malaysia
B Merangkan rancangan pembentukan Malaysia
7 Menjelang bulan Jun 1962, Suruhanjaya Cobbold menyerahkan laporan kepada kerajaan
British dan Persekutuan Tanah Melayu . Antara laporan tersebut termasuklah.ms 100
A Menyatakan dua pertiga penduduk menyokong pembentukan Malaysia
B Mengesyorkan pembentukkan Malaysia
8 Antara inti pati Perjanjian Malaysia ialah. ms 103
A Kedaulatan Sabah dan Sarawak
B Islam agama rasmi
9 Siapakah yang membacakan Pengisytiharan Malaysia di Stadium Merdeka? ms 104
A Yang di-Pertuan Agong
B Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
10 Pada 30 September 1965, berlaku peralihan kepimpinan di Indonesia. Apakah kesan
daripada peristiwa ini? ms 109
A Hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia berakhir
B Dasar konfrontasi berakhir
43
TINGKATAN 5 BAB 6 : CABARAN SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA
1 Apakah tuntutan Lee Kuan Yew dalam kempen berikut? ms 119
Malaysian Malaysia
A Persamaan hak antara kaum
B Pembatalan institusi beraja
2 Rusuhan kaum telah berlaku di Singapura pada tahun 21 Julai 1964.
Mengapakah berlaku rusuhan kaum tersebut? ms 119
A Perbuatan provokatif dalam berkempen
B Usaha menuntut persamaan hak
3 Apakah faktor ekonomi sebagai pemisahan Singapura daripada Malaysia? ms 119
A Penambahan kadar cukai
B Pembinaan Pelabuhan bebas
4 Jadual berikut berkaitan dengan proses rundingan pemisahan Singapura daripada
Malaysia. Siapakah tokoh X? ms 120
Tarikh Tokoh
29/6/1965
Lee Kuan
Yew
X
A V.T.Sambanthan
B Tun Abdul Razak
44
5 Maklumat berikut berkaitan ancaman komunis di Sarawak. ms 122
Operasi Hammer
Sarawak
Apakah kesan operasi tersebut?
A Gerakan komunis semakin goyah
B Tawaran pengampunan kepada komunis
6
Perjanjian Damai telah diadakan antara Parti Komunis Malaya (PKM)
kerajaan Malaysia dan Thailand, iaitu Perjanjian Hat Yai pada 2
Disember 1989.
Apakah kesepakatan yang diperoleh melalui perjanjian ini? ms 125
A Thailand bersetuju menerima ideologi PKM
B PKM bersetuju membubarkan unit bersenjata
7 Maklumat berikut berkaitan dengan Perang Saraf yang dilancarkan di Sarawak.
Perhimpunan awam
Program pengampunan
X
Apakah X ? ms 121
A Pembangunan infrastruktur
B Pembubaran Council Negeri
45
8 Maklumat berikut berkaitan dengan langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia.
Strategi Counterinsurgency (COIN)
Perjanjian Kerjasama Sempadan
Mengapakah langkah tersebut diambil ? ms 125
A Meningkatkan ekonomi negara
B Melindungi rakyat daripada ancaman komunis
9 Dalam usaha menangani isu pembangunan dan ekonomi negara, kerajaan
memperkenalkan Rancangan Ekonomi Pertama. Antara isu yang dihadapi oleh kerajaan
ialah. ms 127
A Rusuhan Kaum 13 Mei 1969
B Kedudukan sosioekonomi penduduk berpendapatan rendah
10 Rajah berikut berkaitan dengan usaha mengatasi isu pembangunan ekonomi.
x
Mempelbagaikan kegiatan ekonomi pertanian
Mencari pasaran terbaru bagi getah dan bijih timah
Apakah isu tersebut ? ms 127
A Kejatuhan harga bahan mentah
B Masalah kesihatan dan sosial
46
TINGKATAN 5 BAB 7 : MEMBINA KESEJAHTERAAN RAKYAT
1 Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan pada tahun 1970 hingga tahun 1990.
Apakah strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat DEB? ms 167
A Pembukaan tanah baru
B Menambahkan peluang pekerjaan kepada rakya
2 Konsep perpaduan dan intergrasi nasional adalah berdasarkan prinsip. ms 140
A Rukun Negara
B Perlembagaan negeri
3 Dasar Pentadbiran British di Tanah Melayu menyebabkan kemunculan sistem
Pendidikan vernacular. Sekolah vernacular meliputi sekolah. ms 141
A Melayu, Cina, India dan Inggeris
B Melayu, Cina, Jawi dan Inggeris
4 Aminudin Baki menjawat jawatan sebagai Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia
dalam usia yang muda iaitu ketika beliau berumur 36 tahun. Apakah sumbangan
beliau kepada Dasar Pendidikan Negara kita? ms 145
A Mengubal Dasar Pendidikan Negara.
B Menyusun Dasar Pendidikan Negara
5 Jawatankuasa Kabinet telah mencadangkan pembentukan KBSR untuk memastikan
matlamat pendidikan relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran
abag ke-21. Anatara matlamat yang harus dicapai oleh murid ialah. ms 146
A Menguasai dan menghargai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
sebagai alat perpaduan
B Menulis dan membaca bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
sebagai alat perpaduan
6 Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal pada tahun 1988 untuk memperteguh hala
tuju dan matlamat Pendidikan negara ke arah perpaduan. FPN ditukar kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996. Falsafah ini menekankan Pendidikan yang
menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang dari segi. ms 147
A jasmani, emosi, rohani, dan intelek
B jasmani, emosi, jujur dan intelek
47
7 Universiti ini ditubuhakan pada tahun 1970, untuk memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu. Apakah nama universiti tersebut? ms 149
A Universiti Kebangsaan Malaysia
B Universiti Kebangsaan Malaya
8 Kongres Kebudayaan Kebangsaan Kali Kedua diadakan di UKM pada 15 April 2017.
Antara resolusi kongres tersebut termasuklah. ms 150
A Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan
B Pendidikan sebagai identiti negara
9 Laungan semangat “Malaysia Boleh” oleh penyokong dapat dilihat apabila Malaysia
muncul sebagai juara Piala Thomas Pada Tahun 1992. Sokongan ini membuktikan
bahawa rakyat Malaysia bersatu padu untuk. ms 155
A kejayaan pasukan antarabangsa
B kejayaan pasukan negara
10 Perlembagaan memberikan perlindungan dan hak kepada setiap anggota masyarakat
dalam negara. Prinsip Rukun Negara ini menekankan supaya rakyat. ms 159
A Menerima perlembagaan.
B Mempertahankan kemuliaan perlembagaan.
48
TINGKATAN 5 BAB 8: MEMBINA KEMAKMURAN NEGARA
1 Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan pada tahun 1970 hingga tahun 1990.
Apakah strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat DEB? ms 167
A Pembukaan tanah baru
B Menambahkan peluang pekerjaan kepada rakya
2 Industri Kecil dan Sederhana (IKS) telah diperkenalkan bagi memperbaik taraf hidup
rakyat. Apakah kesan pengenalan IKS? ms 172
A Menyediakan peluang pekerjaan
B Melahirkan ramai usahawan muda
3 Penempatan semula kilang tambahan di negeri yang kurang maju bertujuan untuk. ms
179
A Menyumbang kepada pembangunan wilayah
B Mempertingkatkan pengeluaran kilang
4 Zon Perindustrian Bebas merupakan kawasan perdagangan bebas cukai yang
bertujuan. ms 186
A Menarik pengusaha melabur dan merangsang ekonomi sekita
B Pengeluaran industri kereta nasional
5 Penyusunan semula masyarakat dilaksanakan melalui pembentukan Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Apakah perkara Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai kaitan dengan
tindakan tersebut? ms 177
A Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan
B Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan
49