The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KISAH BERKAITAN SAINS YANG DIAMBIL DARI CERITA DONGENG POPULAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JALILA BINTI HAJI JAMAR Moe, 2020-05-03 06:33:46

SI TUDUNG MERAH

KISAH BERKAITAN SAINS YANG DIAMBIL DARI CERITA DONGENG POPULAR

Keywords: CERITA SAINS

KISAH SI TUDUNG MERAH

Di hujung sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri .
Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang bermata bulat dan muka
berbentuk bujur sireh mirip seperti ibunya. Dia juga berkulit cerah
mewarisi kulit ayahnya. Dia terkenal dengan nama Si Tudung Merah.

Kawan-kawan,

Kenapa dia digelar Si Tudung Merah?
Rupa-rupanya dia sangat suka memakai tudung berwarna merah buatan ibunya.
Ia diperbuat dari bahan terbuang, iaitu plastik yang kalis air.

Pada suatu hari, ibunya meminta beliau menghantar bubur nasi ke
rumah neneknya yang terletak di tepi hutan. Ibunya meletakkan bubur nasi
tersebut di dalam termos makanan agar kekal panas.

“Wah , sedapnya bau bubur nasi ini ibu!” kata Si Tudung Merah
kepada ibunya. Si Tudung Merah tahu ibunya sentiasa memastikan mereka
sekeluarga mendapat hidangan yang lengkap dan seimbang.
Tiada obesiti , tiada kwashiorkor.

Sepanjang perjalanan ke rumah nenek Si Tudung Merah
begitu ceria.

Indah nyaman segarnya hutan
Bungaan indah pelbagai haruman
Rama-rama dan lebah bebas berterbangan
Manisnya madu jadi rebutan

“Pop,pop”, kedengaran bunyi letupan. Dia terus berhenti
berjalan dan memerhati ke kiri dan ke kanan. Hmmm rupa-rupanya
bunyi biji getah meletup , kawan-kawan tentu tahu , yang biji getah
disebarkan melalui mekanisme letupan. Lagi jauh dari induknya lagi
baik.
Tiada persaingan, tiada terbantut.

Sebelum sampai ke rumah neneknya, Si Tudung Merah terserempak
dengan seorang pemuda bernama Badang. Badang memegang sebilah kapak
yang sangat tajam. Si Tudung Merah berasa hairan lalu bertanya.
“ Apa yang abang Badang sedang lakukan ?
” Oh, Abang tebang pokok besar untuk dijadikan perabot, kemudian abang
tanam pokok yang baru. Ini untuk memastikan kawasan ini tidak gondol.
Pokok amat berguna kepada manusia kerana menyerap karbon dioksida dan
membekalkan oksigen kepada kita.” Si Tudung Merah tersenyum lebar

mendengar penerangan si Badang.

Selepas itu , Si Tudung Merah terus ke rumah neneknya
yang terletak hanya 100 meter dari tempat si Badang bekerja. Si
Tudung Merah terus masuk ke dalam rumah neneknya yang tidak
berkunci. Si Tudung Merah terus ke dalam bilik neneknya.

Apabila pintu bilik dibuka, alangkah terperanjatnya
Si Tudung Merah apabila melihat sesuatu berbulu besar di
atas katil. Tanpa berlengah lagi Si Tudung Merah lari keluar
rumah. “Tolong , tolong “ Dia menjerit meminta tolong

Si Badang yang mendengar jeritan tersebut berlari ke arah Si
Tudung Merah. “Kenapa, kenapa apa yang berlaku?” tanya si Badang. Dia
terus menangis dan berkata, “tentu nenek sudah dimakan oleh serigala”.
Mendengar cerita Si Tudung Merah, Badang terus masuk ke dalam bilik
nenek tetapi…

Si nenek sedang tertidur lena
Berselimut tebal kain bulunya ,
Terjaga nenek dari tidurnya
Badang berkisah nenek ketawa

Kawan-kawan nak tahu kenapa nenek ketawa?

Ya, sebenarnya kain selimut yang digunakan oleh nenek bukan bulu haiwan
tetapi ia adalah dari kain kapas yang dibentuk seperti haiwan.
Ingat ye, Tiada pemburu haram, tiada haiwan pupus!

Si Tudung Merah tersipu malu, baru dia teringat serigala tidak sesuai
tinggal di kawasan panas. Si Tudung Merah meminta maaf kepada nenek dan
Badang.

-TAMAT-

PENGAJARAN

- Kita hendaklah sentiasa menghargai alam sekitar .
- Kita perlu sentiasa bertanggungjawab
- Kita mestilah peka dengan keadaan sekeliling .
- Kita perlu sentiasa berhati-hati.

SAINS ADA DI MANA-MANA

- Pewarisan anak adalah dari ibu bapa serta keturunannya.
- Plastik merupakan bahan buangan yang boleh diguna atau dikitar semula.
- Makanan seimbang perlu untuk kesihatan tubuh badan.
- Termos merupakan bekas yang boleh menyimpan makanan agar kekal

panas lebih lama.
- Rama-rama dan lebah bersaing untuk mendapatkan madu bunga.

- Pokok getah menyebarkan biji benih melalui mekanisme letupan.
- Pokok membekalkan oksigen dan menyerap karbon dioksida.
- Penanaman semula pokok membantu mengekalkan keseimbangan alam.
- Pemburuan haram menyebabkan banyak haiwan diancam kepupusan.

Kisah Si Tudung Merah ini pernah menjadi Johan bercerita
sains Daerah Por Dickson 2019.
Tahniah untuk adik Nurul Athirah binti Norzamri sebagai
pencerita.
Terima kasih juga kepada yang membantu membimbing dan
menambah rencah dalam penceritaan, iaitu Ustazah
Noraislda dan Ustazah Asiah.
Moga SK Lukut semakin cemerlang dan berjaya
menghasilkan murid-murid yang terbilang dalam semua
aspek.

Salam Ikhlas ,
Cikgu Jalila binti Jamar
SK Lukut


Click to View FlipBook Version