The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aliya Aliyanna Binti Alihan, 2023-06-11 23:25:55

sejarah

sejarah

ekonomi tradisional Sejarah Sosioekonomi Malaysia sehingga Akhir Abad ke-20


Agraria Maritim peranan org tempatan peranan pedagang srtuktur ekonomi nusantara pertanian tradisi pertanian pindah pemungutan hasil hutan Kerajaan2 awal maritim (Srivijaya, Kedah, Melaka, Johor) pusat pengumpulan barangan perikanan dan hasil2 laut orang asli orang laut pembesar pemerintah Ekonomi Tradisional


Add a main point Briefly elaborate on what you want to discuss. Add a main point Briefly elaborate on what you want to discuss.


MASYARAKAT AGRARIA Definisi masyarakat Agraria Merupakan masyarakat yg bergantung kepada kegiatan ekonomi berasaskan pertanian- bercucuk tanam dan menternak binatang. 1. 2. Tanaman utama- padi sawah, padi huma, ubi taro 3. Tanaman gandum- barli, gandum, oat, kubis dan kekacang 4. Tinggal di kawasan peranian yg subur seperti, lembah sungai (ada tanah lanar yg subur).


STRUKTUR EKONOMI PERTANIAN TRADISI TANAH MELAYU Sejak dulu lagi, Tanah Melayu dikenali oleh pedagang India sebagai 'Suvarnabhumi' (bumi emas). Kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber galian seperti emas dan perak Kedudukan Tanah Melayu strategik, dari segi geografi menjadi daya penarik kepada kegiatan perdagangan. 1. PENGENALAN


2. KONSEP EKONOMI TRADISIONAL a. Kegiatan ekonomi yg hanya cukup untuk memenuhi keperluan diri serta keluarga. b. Tiada pengkhususan dalam pekerjaan- Masyarakat boleh melakukan pelbagai pekerjaan pada masa sama seperti petani, penternak dan pembuat sampan. Tiada pembahagian kerja kecuali berdasarkan jantina dan umur. c. Peralatan tradisional- digunakan untuk membuat suatu pekerjaan. COntohnya, bubu, tangguk, dan lukah untuk tangkap ikan. d. Berskala kecil- Tidak menghasilkan seseuatu keperluan utk orang lain, hanya apabila ada lebihan, baru ada aktiviti penjualan


3. CIRI-CIRI EKONOMI TRADISIONAL TANAH MELAYU Melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada masa sama. Melibatkan semua anggota keluarga termasuk kanak2 dan orang tua. Kanak-kanak= buat kerja ringan seperti jemur ikan, anyam tikar dan pungut rotan. Tertumpu di kawasan berhampiran laut, pinggir sungai atau kawasan pedalaman. Jika penempatan berhampiran laut, maka kegiatan cenderung kepada aktiviti perikanan. Pertanian pula dekat dengan masyarakat di pedalaman kerana kekayaan hasil bumi seperti, rotan, buluh, damar, mengkuang dan akar kayu. a. Tiada pengkhususan pekerjaan b. Kegiatan ekonomi berkait rapat dgn kawasan penempatan


3. CIRI-CIRI EKONOMI TRADISIONAL TANAH MELAYU Melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada masa sama. Melibatkan semua anggota keluarga termasuk kanak2 dan orang tua. Kanak-kanak= buat kerja ringan seperti jemur ikan, anyam tikar dan pungut rotan. Tertumpu di kawasan berhampiran laut, pinggir sungai atau kawasan pedalaman. Jika penempatan berhampiran laut, maka kegiatan cenderung kepada aktiviti perikanan. Pertanian pula dekat dengan masyarakat di pedalaman kerana kekayaan hasil bumi seperti, rotan, buluh, damar, mengkuang dan akar kayu. a. Tiada pengkhususan pekerjaan b. Kegiatan ekonomi berkait rapat dgn kawasan penempatan


3. CIRI-CIRI EKONOMI TRADISIONAL TANAH MELAYU Digunakan untuk mengusahakan suatu pekerjaan. Contoh, bubu dan jala digunakan untuk menangkap ikan. Ada juga yang membajak sawah menggunakan lembu atau kerbau. Amalan gotong royong iaitu berderau menjadi asas kehidupan masyarakat tempatan. Berderau= Amalan yang dilakukan secara berkumpulan untuk mempercepatkan sesuatu pekerjaan, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim. Biasanya dilakukan dalam kegiatan pertanian seperti menanam dan menuai padi. c. Tiada peralatan moden d. Amalan bergotong royong.


Pertanian tradisional yg dijalankan secara tradisional di kawasan terpencil dan kawasan tanah tinggi. berkonsepkan 'pindah tapak' , menggunakan kaedah tebang, bakar, tanam dan tinggal'. kegiatan pertanian ini termasuk mengumpul dan memburu, tangkap ikan, penternakan pindah dan penanaman pindah. Definisi Kawasan pedalaman Malaysia, Sabah dan Sarawak. 0.5 - 10 hektar Milik bersama keluarga atau sekumpulan masyarakat. Modal kecil atau tiada langsung (kerana tiada kos pembelian tanah). Kegunaan sendiri atau sekelompok masyarakat. Hasil pengeluaran rendah. Bersifat tradisional, (kapak, tugal, sabit, cangkul) guna baja asli iaitu abu dari pembakaran kayu dan daun kering. tiada penggunaan input moden spt (racun serangga dan baja kimia). Lokasi Skala Pemilikan tanah Modal Orientasi pengeluaran Teknologi Pertanian Pindah


Pertanian yg diusahakan oleh penduduk tempatan dan warga asing di sebuah kawasan ladang yg dimiliki secara sah. Definisi Kawasan bandar yang luas Kawasan berbukit dan tanah beralun (Johor, Sarawak, Pahang, Perak, Sabah). Melebihi 40 hektar hingga beribu hektar Ladang besar atau estet. Contoh: FELDA, FELCRA dan SIME DARBY. Syarikat besar/swasta, pinjaman bank. Pinjaman bank atau kerajaan. Pasaran tempatan, dan eksport ke luar negara. Menggunakan teknologi moden seperti jentera. Penggunaan racun serangga, baka bermutu tinggi. Lokasi Skala Pemilikan tanah Modal Orientasi pengeluaran Teknologi Pertanian tetap (Pertanian Ladang)


PEMUNGUTAN HASIL HUTAN digunakan sebagai bahan pewangi dan perubatan gaharu digunakan untuk kesihatan dan perubatan sarang burung layang-layang rotan sebagai bahan binaan dan barang kraftangan


Ekonomi maritim merujuk kepada kegiatan perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut untuk kehidupan harian manusia. Ciri kerajaan maritim adalah kerajaan yang terletak di persisiran pantai. EKONOMI MARITIM Konsep ekonomi Maritim Antara kerajaan awal maritim ialah kerajaan Srivijaya, Kedah, Melaka dan Johor


Kerajaan maritim terawal dan terbesar yang didirikan kira-kira pada kurun ke-7 dan berakhir pada kurun ke-13. George Coedas dalam kajiannya menyatakan bahawa kerajaan Srivijaya terletak di Tenggara Sumatera, tebing sungai Musi di Palembang. Kerajaan ini dikatakan memiliki kedaulatan terhadap selat Melaka dan menjadi pusat perdagangan untuk barangan dari India, Asia Barat, China dan juga seluruh wilayah jajahannya. hasil-hasil hutan dan laut dari Srivijaya telah menarik perhatian para saudagar dan dibawa ke banyak tempat. Dalam catatan lain oleh seorang pegawai China pada tahun 1778, menyatakan bahawa kerajaan Srivijaya ialah sebuah bandar yang penting kepada pedagang asing dari negara Jawa di Timur, negeri-negeri Arab serta pantai Malabar di India. Kerajaan Srivijaya


Bekalan hasil tempatan yang tidak pernah putus untuk pasaran tempatan dan perdagangan dengan China menyebabkan kerajaan Srivijaya muncul sebagai kerajaan maritim terkenal di Nusantara. Pusat pelabuhan kerajaan Srivijaya terletak berhampiran dengan tempat pertembungan Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Sunda. Pelabuhan dan kemudahan infrastruktur yang baik dan juga peranan pembesar tempatan yang bijak. Kedudukan kerajaan ini iaitu di tengah-tengah perdagangan rempah ratus di Asia Tenggara menyebabkan kerajaan srivijaya menjadi pusat pengumpulan rempah ratus. Pelabuhan Kerajaan Srivijaya yang sibuk dengan beratus-ratus sampan-kolek yang dapat memuatkan tikar, nipah, kulit kura-kura, lilin lebah, dan kayu wangi. Pada musim angin Monsun ketika cuaca baik, barangan dari seberang laut mudah untuk dipunggah di pelabuhan seperti barangan mutiara, bau-bauan, air wangi, bunga kasturi, batu ambar, sutera dan sebagainya.


Laluan perdagangan enterpot pada pusat pelabuhan kerajaan Srivijaya


Kerajaan Kedah Antara kurun ke-10 hingga ke-12. kegiatan perdagangan semakin meningkat dan berkembang. Hal ini demikian kerana kemajuan penanaman padi di kedah. Pelabuhan yang berbentuk enterpot yang menjalankan perdagangan barangan asing seperti kaca dari Arab dan tembikar dari China. Pelabuhan ini juga mengumpulkan hasil laut dari pemungutan kecil seperti di kawasan Larut, Perak. Terdapat juga kemudahan menyimpan barangan yang menjadikan pelabuhan Kedah sebagai pusat pemunggahan kapal antara dua Monsun. Lembah bujang yang strategik di Kedah menjadi tumpuan para pedagang .dari Timur dan Barat


Kerajaan Melaka Kerajaan Melaka memiliki pelabuhan yang besar membolehkan kapal-kapal banyak dapat berlabuh di pusat pelabuhan Melaka untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Pelabuhan Melaka terletak di persimpangan Jalan Laut dari India dan China. Kerajaan Melaka memiliki iklim yang baik dan bekalan air tawar. Kemudahan fizikal seperti penyediaan gedung bawah tanah untuk memudahkan para pedagang menyimpan barangan.(Kemudahan ini dianggap kerana para pedagang yang datang dari China, India dan Timur Nusantara mengambil masa yang lama untuk tiba di pelabuhan dan berlepas kerana bergantung pada faktor angin Monsun.


Faktor kejayaan pelabuhan enterpot Melaka disebabkan oleh peranan yang dipegang sebagai pusat pemungutan utama bunga cengkih dari Maluku, buah pala dari kepulauan Banda, serta pengagihan barangan tekstil India dari Gujerat, Koromandel, Malabar dan Benggala. Peranan Melaka sebagai pusat perdagangan enterpot dapat dilihat melalui: 1.Bertindak sebagai penerima atau pembeli barangan dan kemudian disimpan. 2.Perantara yang menemukan pedagang dari Barat dan Timur serta Nusantara. 3.Penyebar barangan ke tempat lain oleh para saudagar Melaka.


Kerajaan Johor Kerajaan maritim johor yang penting selepas kejatuhan Melaka. Menjelang pertengahan abad ke-17, Johor muncul sebagai pelabuhan penting kepada pedagang. Johor berjaya mengasaskan perdagangan dengan China, India dan Makassar. Pedagang tertarik dengan pelabuhan johor kerana pelbagai barangan dagangan, cukai rendah dan kemudahan membaiki kapal. Kapal dari benua China, India dan Eropah berlabuh di pelabuhan Johor kerana untuk memperolehi pelbagai barangan dari Nusantara dengan harga yang berpatutan.


Kerajaan maritim dikenal fungsinya sebagai orang tengah yang berperanan mengumpul barangan dari kawasan pedalaman dan pulau yang berhampiran untuk pasaran antarabangsa. Pusat pelabuhan kerajaan maritim berfungsi mengumpul banyak barangan yang berharga. Oleh itu, Kerajaan maritim menjadi tumpuan bagi seluruh pedagangan termasuklah pedagang Arab, India dan Eropah. Sistem perdagangan dalam ekonomi maritim adalah berdasarkan kepada sistem tukar barang. Pusat pengumpulan barangan (feeder point)


Pusat pengumpulan barangan Pelabuhan Barangan yang dikumpul Rempah ratus Emas Biji timah a.Rempah ratus bertujuan menambah kelezatan makanan, mengawet makanan dan tujuan perubatan . b.Biji timah diproses untuk membuat senjata. c.Emas dijadikan sebagai alat perhiasan diri


Aktiviti perikanan atau menangkap ikan dan hasil laut merupakan kegiatan ekonomi utama dalam kerajaan maritim. Perikanan dalam ekonomi maritim dapat dibahagikan kepada dua iaitu perikanan pinggir pantai dan perikanan laut dalam. Aktiviti perikanan memberi sumbangan besar kepada ekonomi kerajaan maritim terhadap pasaran perdagangan ikan antarabangsa. Hasil laut seperti Mutiara, kerang, dan rumput laut turut berfungsi dalam ekonomi maritim. Contohnya mutiara didagangkan sebagai barang perhiasan. Perikanan dan Hasil Laut


Orang Asli Orang Laut Pembesar Pemerintah Peranan Orang Tempatan


Orang Asli Masyarakat orang asli dipercayai mengamalkan ekonomi tradisional melalui cara hidup mereka yang dianggap sebagai “primitif” dengan ekonomi yang berorientasikan ‘cukup hidup’ dan tidak melibatkan ekonomi pasaran. Ekonomi orang asli terbahagi kepada 2 Ekonomi yang bertujuan untuk mendapatkan wang Ekonomi yang bertujuan untuk sara diri


Aktiviti yang berasaskan sara diri atau cukup hidup biasanya melibatkan kegiatan pemburuan di hutan dengan menggunakan peralatan tradisional buatan mereka sendiri (sumpitan, panah, jerat) (menangkap ikan : bubu, lukah, tuai) Penggunaan alat-alat ini masih digunapakai masyarakat orang asli zaman kini terutamanya bagi yang hidup di kawasan pedalaman. sumpitan jerat bubu lukah/tuai


S e b a g ai c o n t o h , m a s y a r a k a t B a e k N e g rit o d a n m a s y a r a k a t S e m a q B e ri ( U l u T e r e n g g a n u ) g u n a p e r a l a t a n s e p e r ti sumpitan untuk menangkap ikan dan mencari sumber hutan sebagai pekerjaan utam a m e r e k a . T a m b a h a n it u , s u k u k a u m T e m u a n j u g a did a p a ti a n t a r a k e l u a r g a y a n g hid u p b e r g a n t u n g s e p e n u h n y a k e p a d a s u m b e r h u t a n.


Orang Asli bergantung kepada sumber hutan untuk kehidupan seharian. Hal tersebut menggambarkan tahap kebergantungan yang tinggi terhadap sumber-sumber hutan. Buktinya, terdapat orang asli yang bekerja sendiri dengan menjual sumber bukan makanan yang diperoleh daripada hutan seperti kayu gaharu, nibong, umbut kelapa, herba dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pekerjaan sampingan bagi orang asli bagi menjana pendapatan secara tradisional seperti menganyam kraftangan daripada rotan, lempit, bertam dan sebagainya.


kayu gaharu umbut kelapa nibong bertam rotan


Orang Laut Orang laut dalam kerajaan Alam Melayu - Membntu meningkatkan ekonomi melalui pengumpulan hasil-hasil laut - Orang laut menjalankan kehidupan mereka dengan melakukan rondaan keselamatan di laut dan mengumpul hasil-hasil laut seperti mengutip kulit penyu,mengumpul tumbuhan laut seperti agar-agar dan sagu yang sangat diperlukan oleh para pedagang pada masa itu. - Bekerja sebagai pembawa utusan dan surat-surat kepada pemerintah luar negeri, menyediakan agar-agar dan sagu kepada raja, berkhidmat di dapur istana, mengangkut kayu api serta menjaga anjing perburuan Sultan.


Ekonomi orang laut dipercayai datangnya dari perdagangan dan hasil memancing Kehidupan mereka yang terasing daripada komuniti lain kerana masyarakat Bajau Laut yang tinggal di air membuatkan mereka sedikit terasing Bot yang dibina sendiri sebagai pengankutan utama Kehidupan mereka dikelilingi lautan, maka, pekerjaan utama mereka ialah sebagai seorang nelayan dan makanan utama dorang ialah ikan. Masyarakat Bajau Laut sangat sinonim dengan laut, maka ada diantara mereka yang boleh bernafas dalam air sehinggga 5 minit Bajau Laut


Orang laut kerajaan Alam Melayu Bajau laut


Pembesar dan Pemerintah Sistem Serah Sistem serah merupakan pemberian sebahagian daripada hasil tanaman yang diusahakan oleh rakyat kepada pemerintah. Pemberian ini dilakukan sebagai balasan kepada pembesar yang menyediakan tanah untuk rakyat. Kadar dan nilai serahan bergantung pada hasil tanaman dan ternakan yang diperolehi. Hasil pungutan cukai Segala jenis urusan perdagangan Ufti ( duit, emas atau lain-lain yang dibayar kepada raja atau negara)


Pada abad ke-16, banyak perubahan terjadi sebagai bukti masuknya Eropah ke dalam jalur perdagangan Nusantara khusunya setelah Portugis menduduki Melaka Masuknya Eropa ke dalam jaringan perdagangan Nusantara didorong oleh tingginya permintaan rempah-rempah.


Para pedagang membantu meningkatkan potensi perniagaan nusantara Rempah-rempah, kapur barus, kayu cendana, dan kemenyan merupakan bahan mentah utama Nusantara yang menjadi bahan mentah internasional


Para pedagang juga membekalkan bekalan dagangan Pedagang luar juga memerlukan sumber asli seperti kayu wangi, damar dan rotan


Kapur barus Rempah-ratus Kayu cendana Kemenyan


E m a s B e r a s K ain B i j i h T i m a h


THANK YOU !


Click to View FlipBook Version