The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by raudhah, 2021-08-20 10:23:13

PANDUAN PENGGUNAAN ALAT INOVASI

PANDUAN PENGGUNAAN ALAT INOVASI

MANUAL PANDUAN
PENGGUNAAN
BAKRAW

Apa itu Bakraw?

❖ Bakraw merupakan satu inovasi yang direka dengan beberapa fungsi
untuk permainan bola baling dan sepak takraw.

❖ Bakraw diberi nama untuk singkatan “baling” dan “takraw”
❖ Bakraw ini dicipta untuk tujuan meningkatkan kemahiran servis bagi

sepak takraw dan permainan bola baling bagi kemahiran menjaring
❖ Istimewanya Bakraw ini ialah ia mudah untuk dibawa ke mana-mana dan

boleh digunakan di mana-mana kerana sangat mudah dan ringan untuk
dibawa.

Objektif

● Alatan dicipta dapat menarik minat pelajar supaya melibatkan diri secara aktif

dalam subjek Pendidikan Jasmani

● Mendorong perubahan dan kemajuan kognitif, efektif dan psikomotor para pelajar
● Dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif pelajar

tentang sesuatu yang dipelajari

● Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi,

pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar serta membolehkan
para pelajar menguasai pembelajaran dengan lebih kreatif, inovatif dan berkesan

● Dapat melahirkan pelajar yang berkeupayaan menentukan hala tuju masa

depannya sendiri

Cara Bakraw digunakan

Aktiviti 1 : Melakukan Servis Takraw

1. Guru perlu selaraskan ketinggian bola mengikut keselesaan

murid.

2. Murid berdiri dalam keadaan sedia dan perlu melakukan servis

sebanyak 3 kali.

3. Kaki murid ketika melakukan servis perlu kena pada bola yang

digantung pada alat.

4. Guru boleh mengubah ketinggian bagi menambah kesukaran.
5. Sebelum aktiviti dijalankan, pastikan Bakraw digunakan pada

kawasan tanah rata seperti padang.

Cara Bakraw digunakan

Aktiviti 2 : Melakukan aktiviti menanduk bola Takraw

1. Guru perlu selaraskan ketinggian bola mengikut keselesaan

murid.

2. Murid berdiri dalam keadaan sedia dan perlu menanduk bola

sebanyak 5 kali

3. Murid perlu mengawal kedudukan bola ketika menanduk.
4. Guru boleh mengubah ketinggian bagi menambah kesukaran.
5. Sebelum aktiviti dijalankan, pastikan Bakraw digunakan pada

kawasan tanah rata seperti padang.



Cara Bakraw digunakan

Aktiviti 3 : Menjaringkan gol (Bola Baling)

1. Letakkan Bakraw di kawasan tanah rata seperti padang.
2. Di setiap bucu Bakraw perlu diletakkan kad sasaran di hujung bucu

kanan dan kiri tiang gol.

3. Kad sasaran berfungsi sebagai fokus utama murid untuk

membaling bola dengan tepat.

4. Murid dikehendaki menjaring ke sasaran dari pelbagai arah.
5. Bakraw perlu diletakkan pada jarak 3 meter untuk aras pertama.
6. Aktiviti dijalankan daripada mudah ke sukar.



Alatan yang digunakan

Kertas kad board untuk kad
sasaran

Tali Batang paip
Penyambung paip

Alatan/Bahan dan Kos
yang Digunakan

Alatan/Bahan

● Paip PVC - 1 batang ● Penyambung PVC - 12
3 kaki

● Jaring -1

6 kaki - 2 batang ● Tali -1
2 kaki - 2 batang
1 kaki - 8 batang ● Kad sasaran -2

Kos RM 80.00


Click to View FlipBook Version