The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by raudhah, 2022-05-12 12:35:07

.

.

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP 3073

Disediakan oleh:

Nama: RAUDHAH BINTI ISMAIL
No. Kad Pengenalan: 011203-11-0108
2020192340121
Angka Giliran: F6
Kumpulan/ Unit
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
KOD/ NAMA KURSUS EDUP3073

Nama Pensyarah: PUAN KHARSIAH BINTI MOHD NOR
Tajuk Tugasan :
Tarikh Penyerahan: PENULISAN ESEI
Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada 11 MEI 2022

Pensyarah

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ............................................................................................................... 1
2.0 KONSEP BILIK DARJAH MESRA BUDAYA ................................................................. 1
3.0 LANGKAH- LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA ............. 2

3.1 LANGKAH- LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA ASPEK
FIZIKAL ............................................................................................................................ 2
3.2 LANGKAH- LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA ASPEK
EMOSI............................................................................................................................... 2
3.3 LANGKAH- LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA ASPEK
SOSIAL............................................................................................................................. 3
3.4 LANGKAH- LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA ASPEK
SOSIOLINGUISTIK........................................................................................................... 3
4.0 KESIMPULAN ................................................................................................................ 4
RUJUKAN ............................................................................................................................ 5

PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana
dengan izin kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod kursus Budaya dan
Pembelajaran (EDUP3073) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini saya
berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Pn. Kharsiah binti Mohd Nor
selaku pensyarah kursus ini kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada
saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dan memberi tunjuk ajar sepanjang tugasan
ini dijalankan. Saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah
banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya. Segala bantuan yang semua telah hulurkan amatlah saya hargai.
Sekian, terima kasih.

i

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang kaum,
bangsa dan agama. Pengetahuan dan kefahaman mengenai kepelbagaian budaya
adalah sangat penting kerana ia dapat membantu untuk mengekalkan perpaduan dan
kestabilan dalam masyarakat. Dalam konteks ini, Seman et al. (2016) mencadangkan
salah satu cara yang terbaik untuk memastikan semua masyarakat memahami dan
menghormati satu sama lain adalah melalui pendidikan. Terdapat banyak strategi yang
boleh digunakan dalam pendidikan untuk menyemai sikap toleransi masyarakat berbilang
kaum. Oleh itu, sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(2012), guru memainkan peranan penting dalam memastikan semua kumpulan etnik
diwakili dengan memuaskan dalam bahan pengajaran di sekolah terutama dalam
pemilihan bahan bantu mengajar supaya pendidikan pelbagai budaya dapat disampaikan
dengan berkesan (Ahmad Ali, 2011; Najeemah, 2011; Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010).

2.0 KONSEP BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Untuk memberikan proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang berkesan dan
menyeronokkan mestilah dirangkumi dengan pengurusan bilik darjah yang cekap dan
efisien yang melibatkan penggunaan konsep bilik darjah mesra budaya. Menurut
Zakkwan, Nurfaradilla dan Asyraf (2020), budaya merupakan rangkuman daripada
pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, dan juga amalan tradisi yang
mempengaruhi kecenderungan dan kefahaman yang wujud antara sesama kaum. Oleh
itu, bilik darjah yang mesra budaya merupakan suatu persekitaran yang harmonis
diwujudkan melalui perkaitan antara budaya untuk memberikan pendidikan terbaik buat
murid-murid. Di samping itu, dengan adanya bilik darjah mesra budaya, murid-murid akan
lebih bermotivasi untuk belajar dalam keadaan yang seronok dan tiada tekanan.
Tuntasnya dalam hal ini, guru mempunyai peranan yang besar untuk mengelakkan
kepelbagaian budaya menghalang atau merencat proses pembelajaran dan sebaliknya
menjadikan kepelbagaian budaya sebagai alat untuk memacu pendidikan yang berkesan
(Abdul Rahim 2009; Omar et al. 2017). Guru mestilah bersungguh-sungguh untuk
memahami dan juga menghayati kepelbagaian budaya setiap murid bagi memastikan
proses pdp dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, terdapat langkah-langkah yang
boleh dilaksanakan untuk menguruskan bilik darjah mesra budaya yang terdiri daripada
aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.

1

3.0 LANGKAH- LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
3.1 LANGKAH- LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA
BUDAYA ASPEK FIZIKAL

Persekitaran aspek fizikal bilik darjah memainkan peranan besar kepada murid-
murid kerana kebanyakan masa mereka dihabiskan dalam persekitaran
pembelajaran bilik darjah, maka kualiti bilik darjah adalah menjadi sesuatu perkara
yang penting untuk dititikberatkan. Menurut Mok (2009), susunan fizikal bilik darjah
juga merupakan aspek fizikal dalam bilik darjah. Oleh itu, langkah yang boleh
dilakukan untuk mengurus bilik darjah mesra budaya melalui aspek fizikal ialah
penyusunan tempat duduk murid-murid. Guru boleh menetapkan kedudukan
murid-murid di dalam kelas dengan susunan berkumpulan dan di dalam kumpulan
tersebut mestilah terdiri daripada murid pelbagai kaum. Dengan ini, pembelajaran
yang aktif dapat dihasilkan melalui interaksi murid yang pelbagai secara
berkumpulan. Menurut Arzi (2003) dalam Che Nidzam et., al (2014) menyatakan
pembelajaran aktif dalam bilik darjah mempunyai hubungan dengan kemudahan
fizikal yang disediakan. Hal ini seterusnya akan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran berlaku dalam keadaan yang selesa dan menyeronokkan (Che
Nidzam et al., 2010). Dalam masa yang sama, murid juga dapat mengenali budaya
dan adat resam rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tuntasnya,
penyusunan kedudukan murid di dalam kelas yang terdiri pelbagai kaum perlu
dirancang dengan baik kerana ia mampu mendorong murid mewujudkan bilik
darjah mesra budaya.

3.2 LANGKAH- LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA
BUDAYA ASPEK EMOSI

Menurut Mahmood, emosi dapat dipamerkan oleh setiap individu dalam bentuk
tindakan dengan tujuan untuk memenuhi kepuasan individu itu sendiri dan ia boleh
dikatakan sebagai satu keadaan di mana perasaan yang ditunjukkan pada proses
fisiologi dan psikologi seseorang individu itu (Wan Anor, Norzihan & Patricia,
2012). Dalam kata mudah, emosi merupakan keupayaan individu dalam
memberikan tindak balas terhadap sesuatu situasi yakni yang melibatkan
perasaan sedih, gembira, marah dan sebagainya. Penjagaan emosi yang positif
adalah sangat penting bagi menghasilkan bilik darjah mesra budaya kerana ia
akan merangsang diri murid apabila melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Memberi pujian serta peneguhan kepada murid-murid tanpa
mengambil kira latar belakang mereka merupakan salah satu langkah yang boleh
guru laksanakan. Contohnya seperti memberi ganjaran terhadap pencapaian yang

2

mereka lakukan. Ganjaran ini merupakan suatu motivasi kepada murid-murid
untuk sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian mereka. Bagi Muhammad
Kamil (2001), motivasi merupakan elemen yang penting dalam menghasilkan
pembelajaran yang sempurna. Dalam memberikan motivasi ini juga, guru perlulah
bersikap adil tanpa adanya diskriminasi terhadap sesuatu kaum. Ini kerana,
layanan yang tidak adil kepada sesetengah murid akan memberikan kesan negatif
terhadap emosi mereka dan ini akan menjadi halangan kepada pewujudan bilik
darjah mesra budaya.

3.3 LANGKAH- LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA
BUDAYA ASPEK SOSIAL

Aspek pengurusan bilik darjah mesra budaya seterusnya ialah aspek sosial yang
melibatkan kemahiran interaksi. Apabila wujudnya kemahiran interaksi, murid
secara langsung dapat mengukuhkan kemahiran sosial mereka terutamanya
dalam pelaksanaan aktiviti pembelajaran. Contohnya seperti melakukan soal
jawab bersama guru atau melakukan perbincangan dengan rakan- rakan di dalam
kelas. Menurut Abdullah et al (2007) kemahiran sosial ialah hubungan
interpersonal dan proses interaksi sesama manusia yang positif (Irwan et al, 2018).
Langkah yang boleh dilakukan guru untuk menggalakkan kemahiran interaksi
murid ialah dengan memperbanyakkan aktiviti suai kenal yang boleh melibatkan
semua murid yang terdiri daripada pelbagai budaya, bangsa dan agama.
Contohnya seperti melaksanakan majlis akhir tahun antara kelas dan semua murid
perlu membawa makanan tradisional kaum masing-masing di samping
mengenakan pakaian tradisional kaum mereka. Dengan adanya aktiviti sebegini,
murid dapat mewujudkan pengalaman mereka dan meluaskan tahap pengetahuan
mereka terhadap mengenali kepelbagaian yang ada pada kaum lain. Sikap
toleransi dan hormat-menghormati sesama murid juga dapat dipupuk apabila
mereka mengetahui kepentingan memahami budaya-budaya yang wujud di
Malaysia. Tamsilnya, adalah sangat penting bagi seorang guru membantu murid
memberikan pemahaman terhadap sesuatu perbezaan antara kaum bagi
memastikan tidak berlakunya perselisihan faham antara murid.

3.4 LANGKAH- LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA
BUDAYA ASPEK SOSIOLINGUISTIK

Sosiolinguistik merupakan bidang yang mengkaji mengenai ciri-ciri dan fungsi
variasi bahasa serta pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang digunakan.

3

Bahasa merupakan lambang dalam budaya dan melalui pembinaan bahasa juga
sesuatu budaya boleh dipengaruhi. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang
diangkat sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia yang dijadikan bahasa
pengantara untuk semua masyarakat di Malaysia untuk berkomunikasi antara satu
sama lain. Penggunaan satu bahasa tidak bererti bahasa lain tidak dapat
memupuk semangat jati diri dalam masyarakat Malaysia tetapi kesamaan
penggunaan satu bahasa dan bahasa Melayu sebagai lambang bahasa rami
negara memantapkan lagi semangat jati diri dalam masyarakat berbilang kaum.
Oleh itu, dalam bilik darjah guru perlu banyak menghasilkan pengajaran yang
menjurus kepada aktiviti sastera seperti sajak, syair dan sebagainya. Aktiviti ini
dilaksanakan bagi membentuk jati diri setiap murid untuk menghayati bahasa
rasmi. Penggunaan satu bahasa dalam bilik darjah juga dapat mengelakkan
berlakunya salah faham antara murid disebabkan kepelbagaian bahasa yang
digunakan. Dalam pada itu, dengan melaksanakan aktiviti sastera, guru dapat
menghasilkan aktiviti pdp yang lebih kreatif dan berkesan dan murid-murid juga
akan lebih seronok terhadap pengajaran yang disampaikan. Sebagai selingan,
guru juga boleh mempersembahkan syair mahupun sajak dalam bahasa ibunda
kaum lain bagi membuktikan keharmonian yang boleh diamalkan oleh semua
masyarakat Malaysia walaupun bahasa Melayu telah pun diangkat sebagai
bahasa kebangsaan.

4.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, mewujudkan bilik darjah mesra budaya adalah sangat bersesuaian dengan
kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dan pemupukan budaya ini haruslah disemai
sedari kecil terhadap murid-murid supaya mereka mudah menerima kepelbagaian budaya
yang wujud di sekitar mereka. Dalam pada itu, dengan adanya budaya yang pelbagai, ia
akan membantu guru menghasilkan proses pdp yang lebih interaktif dan berkesan dan
dalam masa yang sama meningkatkan pengetahuan murid terhadap kepelbagaian
budaya di Malaysia khususnya. Pewujudan bilik darjah yang mesra budaya juga mampu
menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih harmoni dan menyeronokkan. Oleh itu,
guru-guru haruslah sentiasa bertindak aktif dan kreatif bagi memastikan konsep bilik
darjah mesra budaya dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin.

4

RUJUKAN
Abdul Rahim Ramli. (2006). Hubungan Kaum di Malaysia:. Pusat Penerbitan Universiti UiTM.
Ahmad Ali Seman. (2011). Keberkesanan modul pengajaran dan pembelajaran sejarah

berteraskan perspektif kepelbagaian budaya terhadap pembentukan integrasi
nasional. Tesis Dr. Fal, F Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Che Nidzam Che Ahmad, Kamisah Osman & Lilia Halim. (2010). Hubungan ramalan
persekitaran pembelajaran makmal Sains dengan tahap kepuasan pelaja. urnal
Pendidikan Malaysia, 35(2),, 19-30.
Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih, & Mohd Hairy
Ibrahim. (2014). Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap
Keselesaan Pengajaran dan Pembelajaran. Universiti Pendidikan Sulatan Idris.
Irwan Fariza Sidik, Mohd Mahzan Awang & Abdul Razaq Ahmad. (2018). Sokongan
Persekitaran Sosial di Pelbagai Jenis Sekolah Menengah dalam Meningkatkan
Kemahiran Insaniah Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 67-76.
Mok Soon Sang. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor, Malaysia:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mucherah, W. (2008). Classroom climate and.
Muhammad Zakwan Abdul Rahim, Nurfaradilla Mohamad Nasri & Mohamad Asyraf Abd Talib.
(2020). Pedagogi Responsif Budaya: Kesedaran, Pengetahuan dan Kesediaan Guru.
Jurnal Pendidikan Malaysia 45(1), 25-34.
Najeemah Mohd Yusof. (2011). Persekitaran Sekolah dan Guru dalam meningkatkan Interaksi
Sosial Dalam Kalangan Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan. Pendidikan Sosial
DP 11(2), 67-76.
Omar, N., Noh, C., & Hamzah, D. M. I. (2016). Amalan pengajaran Guru Pendidikan Islam
berfokuskan kepelbagaian budaya murid: Kajian kes di Negeri Sarawak. (Doctoral
dissertation, UKM).
Syed Ismail Syed Mustapha, & Ahmad Subki Maskom. (2010). Budaya dan pembelajaran.
Puchong, Malaysia: Penerbitan Multimedia.
Wan Anor Wan Sulaiman. (2012). Kecerdasan Emosi dan Komitemn Terhadap Organisasi
Dalam Kalangan Guru Kauseling di Sekolah. Universiti Malaysia Sabah.

5


Click to View FlipBook Version