Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
EDUP3043
Disediakan oleh:
Nama: RAUDHAH BINTI ISMAIL
No. Kad Pengenalan: 011203-11-0108
2020192340121
Angka Giliran: F6
Kumpulan/ Unit
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH
KOD/ NAMA KURSUS LAKU
Nama Pensyarah: EDU3043
Tajuk Tugasan : PUAN NOR RUL AZLIFAH BINTI ZULKAFLI
Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum TUGASAN 2
Balas Daripada
21 OGOS 2021
Pensyarah
ISI KANDUNGAN 4
1.0 PENGENALAN
2.0 ANALISIS ISU-ISU SEMASA BERKAITAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM
BILIK DARJAH 4
3.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN DAN INTERVENSI 6
4.0 KESIMPULAN 7
RUJUKAN 9
Lampiran 11
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana
dengan izin kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod kursus Pengurusan
Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDUP3043) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang
ada ini saya berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Nor Rul
Azlifah binti Zulkafli selaku pensyarah kursus ini kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dan memberi
tunjuk ajar sepanjang tugasan ini dijalankan. Saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Segala bantuan yang
semua telah hulurkan amatlah saya hargai.
Sekian, terima kasih.
1.0 PENGENALAN
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku
pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran
khasnya di dalam bilik darjah. Pembawakan tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid
dapat dilihat tatkala sistem pendidikan terpaksa dilaksanakan secara atas talian.
Pelaksanaan ini telah menyebabkan sebahagian murid yang tidak berkemampuan tidak
dapat hadir di dalam kelas atas talian yang disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya
seperti tiada peranti dan kemudahan internet di rumah terutamanya bagi murid yang tinggal
di kawasan pedalaman mahupun di luar bandar. Faktor ini secara tidak langsung telah
menyebabkan mereka kurang bermotivasi yang membawa kepada masalah yang lebih
serius iaitu sudah tidak berminat untuk belajar. Hal ini disokong oleh Anuar Ahmad (2021),
yang menyatakan pelajar tidak lagi bermotivasi untuk hadir dalam sesi PdPR dalam talian
bersama guru. Kehadiran juga turut merosot khususnya dalam kalangan murid yang
berprestasi rendah. Oleh itu dalam hal ini, ibu bapa dan guru khasnya perlu mengetahui
dengan lebih khusus cara untuk menangani masalah ini supaya pelajar tidak akan
mengalami keciciran di dalam pembelajaran.
2.0 ANALISIS ISU-ISU SEMASA BERKAITAN TINGKAH LAKU BERMASALAH
DALAM BILIK DARJAH
Menurut laporan Berita Harian Online (2021), sebanyak 15,506 kes kesalahan berkaitan
disiplin murid direkodkan berlaku di daerah Kinta Utara, sepanjang 2019. Menurut Pegawai
Pendidikan Daerah Kinta Utara, Hasni Hasshim data diperoleh daripada Sistem Sahsiah dan
Disiplin Murid (SSDM) itu turut menunjukkan 76.67 peratus atau 11,890 kes daripada jumlah
berkenaan merupakan kesalahan ponteng sekolah. Hal ini menunjukkan, ponteng sekolah
merupakan salah satu masalah disiplin yang paling dominan dan menonjol berlaku kerana
isu ini bukanlah merupakan isu sosial yang baharu dalam kalangan pelajar sekolah di
Malaysia. Pun begitu, salah laku ini tidak boleh dipandang sepi walaupun isu ini sukar untuk
mencapai data sifar dan tidak mustahil ianya boleh berlaku. Menurut Muhammad Abdullah,
Salim dan Arip (2018), ponteng adalah dianggap sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa
mendapat kebenaran daripada pengetua atau guru besar. Isu ini lebih merungsingkan
apabila pendidikan perlu dilaksanakan di atas talian yakni di rumah. Murid-murid yang sudah
terbiasa dengan isu ponteng sekolah akan mengambil ini sebagai satu peluang untuk terus
ponteng kelas dalam talian yang menyebabkan berlakunya isu ketidakhadiran pelajar ketika
sesi PdPr. Menurut Abdullah, Salim dan Arip (2018), gejala ponteng sekolah adalah sikap
anti sosial pelajar yang tidak mahu untuk mematuhi peraturan pihak sekolah. Jika di
sekolah, pelajar yang ponteng akan mengambil peluang ponteng sekolah dengan
menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah seperti lepak, merokok, pergi
ke pusat membeli-belah dan lebih membimbangkan ada yang terpalit dengan kes dadah.
Jika isu tiada tindakan tegas diambil, maka pelbagai masalah yang akan timbul kelak
kepada pelajar dari segi akademik, sahsiah dan psikologi mereka. Oleh itu, orang sekeliling
terutamanya ibu bapa mahupun orang awam harus mengambil cakna akan masalah
ponteng sekolah ini dengan membuat teguran kepada mereka, supaya mereka terdetik
untuk takut melakukan masalah itu lagi.
Tingkah laku hiperaktif adalah dengan wujudnya sesuatu pola tingkah laku dalam diri
seseorang (Ismail, 2009). Antara ciri-ciri tingkah laku hiperaktif ini termasuk sukar
mendengar atau mematuhi arahan sukar mengekalkan tumpuan dan mempunyai tingkah
laku yang lebih agresif. Masalah ini disenaraikan sebagai tingkah laku disruptif dalam
kalangan murid sekolah rendah. Menurut Reinke et, al., (2011), tingkah laku disruptif dalam
bilik darjah merujuk kepada lakuan yang bersifat mengganggu, mengacau serta
mengganggu proses kelancaran pelaksanaan PdP dalam bilik darjah. Ini menunjukkan
murid hiperaktif merupakan seorang individu yang bertindak terlampau aktif berbanding
keadaan yang biasa (Rief, 2007). Lakuan yang mereka lakukan adalah bersifat mengganggu
seperti menyampuk perbualan orang, bercakap banyak serta menyatakan sesuatu tanpa
berfikir. Mereka juga sukar untuk mengekalkan perhatian, sukar menyiapkan satu tugasan
dan sukar dikawal (Ghani & Ahmad, 2009). Namun begitu perkataan ‘hiperaktif’ tidak boleh
sewenang-wenangnya dilabelkan kepada pelajar. Hal ini kerana, melalui temu bual bersama
guru kaunseling SK Kampung Baharu, Serada (Lampiran 1) Puan Noriza menyatakan
bahawa, untuk mengklasifikasikan seseorang murid hiperaktif, guru besar akan membuat
perbincangan bersama pihak ibu bapa pelajar yang dikenalpasti simptom hiperaktif.
Kemudian pihak ibu bapa perlulah terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada
Doktor perubatan. Ini bagi mengesahkan kedudukan murid tersebut di sekolah sama ada
kekal berada di dalam kelas aliran perdana atau ditempatkan di kelas pendidikan khas. Oleh
yang demikian, menurut Roshiza Abdul Wahab (2015), tingkah laku hiperaktif ini berpunca
daripada gaya pengajaran guru di dalam bilik darjah yang tidak menarik. Contohnya, tiada
kepelbagaian dalam menjalankan aktiviti, pengajaran bersifat satu hal dan tiada penglibatan
aktif para pelajar. Hal ini akan menyebabkan pelajar mudah merasa bosan sehingga tidak
berminat untuk meneruskan pembelajaran. Oleh itu sebagai penyelesaiannya, guru perlulah
mengambil berat tentang isu ini dengan mewujudkan pembelajaran yang aktif dan menarik
kepada murid terutamanya pada pembelajaran secara atas talian pada hari ini. Contohnya,
guru boleh mempelbagaikan bahan bantu mengajar dengan permainan video untuk
penilaian murid, penghasilan video serta bahan-bahan yang lebih merangsangkan pemikiran
murid.
Analisis tingkah laku bermasalah yang terakhir dipetik daripada laporan akhbar
Astro Awani yang bertajuk Kes Buli Murid Tahun Enam, Lapan Individu dipanggil polis.
Laporan tersebut bertarikh 26 Februari 2019 dan ditulis oleh seorang wartawan Astro Awani.
Hasil siasatan mendapati berpunca daripada perasaan tidak puas hati pelajar terhadap
mangsa sehingga berlakunya kes buli. Menurut Olweus (2001), buli ialah perbuatan tingkah
laku langsung yang diperlakukan kepada orang lain dengan sengaja. Perlakuan buli
bertujuan mendatangkan kecederaan, ketidakselesaan dan menjatuhkan air muka atau
memalukan pelajar yang selalunya lebih lemah daripada pelajar yang lebih ‘berkuasa’
(Vlachaou et al., 2004). Pembuli akan merasakan mereka lebih kuat dan bangga diri apabila
dapat ‘melemahkan’ pelajar yang lain. Tindakan yang dilakukan bertujuan untuk meraih
perhatian daripada orang sekeliling terutamanya guru dan ibu bapa. Hal ini kerana, menurut
Ahmad Faqih (2019), kesibukan ibu bapa bekerja punca kanak-kanak tidak dapat
memberikan tumpuan dalam pembelajaran. Hal ini menyebabkan anak-anak rasa terpinggir
sekali gus membuatkan mereka kurang kasih sayang yang mendorong mereka mencari
perhatian melalui cara yang negatif. Isu membuli ini juga disenaraikan sebagai jenis-jenis
tingkah laku negatif yang merujuk kepada tingkah laku distruktif. Menurut Haliza Hamzah
dan Samuel (2016), distruktif merupakan sikap agresif yang boleh membahayakan diri,
sekolah dan masyarakat. Menurut Puan Noriza, sikap agresif seperti membuli ini jika tidak
dibendung, pelajar ini boleh mendorong diri mereka kepada pelajar yang berisiko tinggi (high
risk) dalam melakukan masalah disiplin yang lebih kronik. Oleh itu, sebagai ibu bapa
mahupun guru, perlulah sentiasa mendekati murid-murid bermasalah ini untuk mencari
punca diri mereka boleh terjebak dengan masalah disiplin supaya kehidupan mereka akan
lebih terarah untuk masa yang akan datang.
3.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN DAN INTERVENSI
Umum mengetahui bahawa masalah akan berlaku dimana-mana sahaja tanpa mengira
tempat. Namun menurut sekian2 masalah disiplin sering terjadi di sekolah. Oleh itu, adalah
sangat penting untuk seorang guru mengenal pasti punca utama masalah tersebut berlaku
dan dalam masa yang sama mengetahui kaedah untuk mengendalikannya. Pengendalian ini
dapat dibantu melalui penguasaan model pengurusan disiplin yang dipelopori oleh
pakar-pakar. Antaranya adalah Model Disiplin Asertif Canter yang dipelopori oleh Lee dan
Marlene Canter Pada tahun 1976. Model Disiplin Asertif Canter berasaskan peneguhan
terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah
laku yang ditunjukkan (Hamzah & Samuel, 2016). Konsep utama model ini ialah guru dan
murid mempunyai hak tersendiri mengikut peranan mereka sendiri. Pada pelaksanaan
model ini, murid mestilah bertanggungjawab terhadap tingkah laku yang dilakukan dan
menerima akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Disini akan memperlihatkan
peranan guru dalam menetapkan dan menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah
seperti tidak boleh bercakap ketika guru sedang mengajar, murid perlu meminta izin untuk
keluar daripada kelas dan sebagainya. Hal ini akan membantu guru untuk mewujudkan
pengurusan kelas yang kondusif yang akan mempengaruhi kelancaran pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Menurut Eileen (2005) dalam kajiannya tentang
kawalan kelas, selalunya sistem kawalan kelas yang lemah menjadi punca utama
kebanyakkan proses PdP tidak dapat dijalankan dengan baik.
Di samping itu, Canter juga menekankan bahawa guru harus mengajar dan
membimbing murid tentang pelan-pelan pengurusan disiplin. Pelan pengurusan disiplin
boleh dilaksanakan dengan pengaplikasian hierarki tindakan pembetulan Canter amat
digalakkan bagi membentuk disiplin murid dengan lebih terasuh. Contohnya penggunaan
kad warna peneguhan. Kad warna kuning untuk kesalahan pertama, warna biru untuk
kesalahan kedua dan merah untuk kesalahan ketiga. Kemahiran membimbing ini ialah
kemahiran guru mendampingi dan membina hubungan dengan murid secara fizikal dan
psikologi. Kemahiran ini merupakan ciri-ciri guru asertif yang bersifat jelas, tegas dan
dipercayai murid. Manakala kaunseling merujuk kepada satu proses kaunselor membantu
klien, iaitu murid untuk memahami dirinya yang sebenar, kekuatan dan kelemahan diri
supaya murid dapat membuat keputusan-keputusan yang berkesan tentang pilihan-pilihan
dalam hidupnya (Hamzah & Samuel, 2016,). Matlamat utama penyediaan khidmat
kaunseling adalah untuk mengenal potensi individu, membina kemahiran pengurusan diri
dari segi emosi, sosial dan kemahiran komunikasi. Ini boleh dilaksanakan melalui kemahiran
memberi perhatian yang meliputi kedudukan dan postur badan semasa membimbing,
ekspresi muka dan sikap bertenang. Tanggapan pertama murid terhadap murid ini penting
untuk membina keyakinan terhadap guru dalam dirinya. Dengan teknik intervensi bimbingan
dan kaunseling ini, murid yang bermasalah akan lebih terbuka dan yakin untuk meluahkan
tentang dirinya kepada guru disebabkan oleh sikap guru tersebut yang dipercayai. Dalam
masa yang sama, teknik ini dapat membuka jalan kepada murid tersebut untuk keluar
daripada masalah dalam hidupnya.
4.0 KESIMPULAN
Sebagai seorang bakal guru, mengetahui isu-isu semasa masalah tingkah laku pelajar ini
adalah sangat penting bagi persediaan untuk berhadapan dengan situasi yang sebenar
apabila memasuki alam pekerjaan kelak. Menurut Lasser & Fite (2011) dalam Syarinah
Mad Sehat (2015) percaya bahawa dengan melakukan intervensi awal dapat
mencegah pelbagai masalah pendidikan. Tingkah laku yang tidak diingini perlulah
dibendung dari kecil kerana pepatah juga pernah menyebut bahawa melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Justeru itu, ibu bapa dan pihak sekolah sewajarnya memainkan
peranan masing-masing dalam menangani permasalahan ini.
(1529 Patah Perkataan)
RUJUKAN
Abdullah, M.A., Salim, S.S.S. &Arip, M.A.S.M. (2018). Factors that influenced the problem of
truancy among secondary school students. International Journal of Academic Research in
Business and Social Sciences, 8 (3), 343-353.
Adnan, N. (2021, Februari 2). 15,506 Kes Disiplin Pelajar direkodkan di Kinta Utara. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/64304/EDISI/Perak/15506-kes-disiplin-pelajar-di
rekodkan-di-Kinta-Utara
Anuar, A. (2021, Jun 19). Kehadiran Merosot, Murid Mula Bosan Dengan PdPR,. Sabah Post.
https://www.sabahpost.net/2021/06/19/kehadiran-merosot-murid-mula-bosan-dengan-p
dpr-kata-pakar/
Ferrance, E. (2005). Action Research, United States: The Education Alliance Ragbir Kaur A/P
Joginder Singh. In Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah (KPLI). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ghani, M. Z., & Ahmad, A. C. (2009). Ciri dan Punca Berlakunya ADHD dalamKalangan
Kanak-kanak. Diges Pendidik, Jilid 9(Bil 1).
Hamzah, H., & Samuel, J. N. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Ismail, I. (2009). Mengatasi Problem Anak Sehari-hari. PT Gramedia Pustaka Utama.
Kok, N. M. (2009). Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Kelas
Menggunakan Kaedah Ganjaran dan Hukuman Untuk Murid Tahun 3. Seminar
Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 132-146.
Olweus, D. (2001). Peer harassment: A critical analysis and some important issues. Peer
harassment in school: The plight of the vulnerable and victimized.
Reinke, W.M., Herman, K.C., & Sprick, R. (2011). Motivational interviewing for effective classroom
management: The classroom check-up. The Guildford Press.
Rief, S. F. (2007). Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak-kanak ADD/ADHD (PTS Publications,
Trans.). Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Roshiza, A. W. (2015). Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kurang Upaya Tumpuan dan
Hiperaktif (ADHD). Universiti Sains Malaysia.
Syarinah, M. S. (2015). Kesan Token Ekonomi, Peneguhan Dan Peraturan Terhadap Perubahan
Tingkah Laku Disruptif Dalam Kalangan Kanak-Kanak.
Vlachaou, M., Andreou, M., & Botsoglou, K. (2004). Bully/Victim Problems Among Preschool
Children: A Review of Current Research Evidence. Educational Psychology Review,
23(329-358).
Lampiran
Sesi temu bual bersama Puan Noriza Abdul Rahman di aplikasi Whatsapp. Seorang guru
yang pernah memegang jawatan sebagai guru kaunseling di SK Kampung Baharu, Serada,
Kuala Terengganu. Beliau merupakan seorang guru berpengalaman dalam bidang
pendidikan. Beliau telah berkhidmat hampir 30 tahun sebagai guru.