Pertandingan
Kompilasi
Peribahasa
Melayu
Oleh: Nabilah binti
Mohamad Sabri
1
"Terapung sama
hanyut,
terendam sama
basah"
Maksud: Wujudnya permuafakatan
dalam melaksanakan sesuatu
Contoh: Masyarakat di Pulau Tuba itu sentiasa
melaksanakan program sesama mereka dan kelihatan
seperti terapung sama hanyut, terendam sama basah.
2
"Gajah berjuang
sama gajah,
pelanduk mati di
tengah-tengah"
Maksud: Sekiranya orang atasan
bergaduh, orang bawahan yang
mendapat kesusahan.
Contoh: Pergaduhan sesama ahli politik itu hanya
akan merugikan rakyat, perbuatan itu ibarat gajah
berjuang sama gajah, pelanduk mati di tengah-tengah
3
"Kecil-kecil
menjadi anak,
sudah besar
menjadi onak"
Maksud: Anak semasa kecil
menyenangkan hati, apabila besar
menyusahkan orang tuanya.
Contoh: Razman yang sudah berusia 30 tahun tetapi
tidak bekerja lalu sering berfoya-foya dan meminjam
wang ibunya itu ibarat kecil-kecil menjadi anak, sudah
besar menjadi onak
4
" Belum bertaji
hendak
berkokok"
Maksud:
Seseorang yang belum mempunyai
ilmu yang cukup tetapi sudah berlagak
Contoh: Amalin yang acap kali bertengkar dengan
pensyarahnya akibat berselisih pendapat itu tidak
ubah seperti pepatah belum bertaji hendak berkokok.
5
" Kalah menjadi
abu, menang
menjadi arang "
Maksud: Walaupun kalah atau menang
dalam sesuatu perselisihan, masing-
masing akan mengalami kerugian
Contoh: Kancah politik yang semakin kotor dan tidak
telus pada zaman kini membuatkan rakyat sukar dalam
memilih pemimpin ibarat kalah menjadi abu, menang
menjadi arang.
6
" Bagai melulur
bersitungging "
Maksud: Membuat sesuatu
pekerjaan dengan terpaksa
Contoh: Cara Faizal yang sering bermalas-malasan
dalam membuat pekerjaannya dilihat persis bagai
melulur bersitungging.
7
" Campak baju
nampak kurap "
Maksud: Mendedahkan keburukan
diri sendiri
Contoh: Cik Senah yang sibuk menabur fitnah mengenai
Cik Yam dengan suaminya ibarat mencampak baju
nampak kurap kerana memalukan dirinya sendiri yang
tidak pandai menjaga suami.
8
"Balik
belakang
baik bicara"
Maksud: Perbuatan
memungkiri janji
Contoh: Khairul berjanji kepada emaknya untuk berhenti
merokok namun dia tetap merokok selepas beberapa
minggu. Perbuatannya itu seperti balik belakang baik
bicara.
9
" Elok kata dalam
muafakat, buruk
kata diluar
muafakat "
Maksud: Kalau hendak membuat
sesuatu, mesti dirundingkan dengan ahli
keluarga agar pekerjaan itu selamat
Contoh: Hashimah suka merujuk kepada keluarganya
mengenai pekerjaannya. Hal ini kerana dia percaya
bak kata pepatah elok kata dalam muafakat, buruk
kata diluar muafakat.
10
"Bagai ititk
pulang
petang"
Maksud: Berjalan dengan sangat
perlahan
Contoh: Cara Khalisah yang berjalan
terkedek-kedek itu tidak ubah seperti itik
pulang petang.
11
"Anak di
pangkuan
dibiarkan, kera
hutan disusui"
Maksud:
seseorang yang menguruskan sesuatu kerja
sedangkan orang lain sedangkan kerjanya
diabaikan
Contoh: Siti sibuk menderma kepada orang lain,
sedangkan ahli keluarganya yang lain masih ada yang
tidak cukup makanan harian.
12
" Mencabut harus
dengan
akar-akarnya "
Maksud: Sekiranya kita hendak
membasmi sesuatu kejahatan,
hendaklah dihapuskan puncanya
Contoh: Ketua Polis itu tidak menghukum pengedar
dadah tersebut, sebaliknya beliau mencari majikan yang
mengupah mereka kerana beliau yakin bahawa
mencabut harus dengan akar-akarnya.
13
" Bagai kambing
dihalau ke air "
Maksud: Seseorang yang tidak
mahu melakukan sesuatu pekerjaan
yang tidak disukainya
Contoh: Syamel sering menolak jika diminta membuat
persembahan kerana tidak menyukai perhatian orang
ramai, dia ibarat kambing dihalau ke air.
14
" Lain dahulu, lain
sekarang "
Maksud: Masa telah mengubahkan
seseorang dan langkahnya juga
turut berlainan
Contoh: Perubahan Firdaus yang dulunya nakal tetapi
sekarang sangat baik membuktikan peribahasa yang
berbunyi lain dahulu, lain sekarang itu benar,
15
"sekepal
menjadi
gunung, setitik
menjadi laut"
Maksud: sesuatu nasihat yang
diberikan mungkin terlalu sedikit
tetapi adalah amat berharga"
Contoh: Murni sentiasa memegang nasihat ibunya
untuk sentiasa bersedekah, sehinggalah dia berjaya
sekarang
16
" Laut ditimba tak
akan kering "
Maksud: Tidak habis kepandaian
seseorang itu selagi hayat
dikandung badan
Contoh: Helmi tidak pernah berputus asa untuk terus
mencari ilmu pengetahuan walaupun umurnya sudah
banyak kerana dia yakin orang yang cintakan ilmu itu
seperti laut ditimba tak akan kering
17
"Di luar
merah, di
dalam pahit"
Maksud: Seseorang yang zahirnya
baik, tetapi fikirannya jahat.
Contoh: Tiada siapa sangka Fiqhri yang sering
membantu bosnya juga pernah mensabotaj projek
syarikat itu. Dia itu ibarat di luar merah, di dalam pahit.
18
"Awak yang tidak
pandai menari,
dikatakan lantai
yang berjongket"
Maksud: seseorang yang
meletakkan kesalahan atas orang
lain untuk menutup kebodohannya"
Contoh: Siti menyalahkan rakannya, Salwa kerana
menjadi sebab dia leka bermain dan tidak cemerlang
dalam peperiksaan.
19
" Alang-alang
berminyak
biar licin "
Maksud: Berbuat sesuatu jangan
kepalang tanggung
Contoh: Ahmad keluar ke pekan untuk membeli
barang yang dikirim oleh isterinya. Namun Ahmad
singgah sebentar untuk mengisi minyak kereta
kerana pada dia alang-alang berminyak biar licin.
20
"Seperti musang
berbulu ayam"
Maksud: seseorang yang berpura-pura
buat baik untuk menyembunyikan
kesalahannya"
Contoh: Samad berpura-pura baik dan prihatin
dihadapan ibu bapanya setelah mencuri duit
mereka.
Nama: Nabilah binti Mohamad Sabri
Kumpulan: PISMP Jun 2020
Unit: Pendidikan Islam 4
Semester: 3