inovasi sosial
berkenaan dengan
sosial
Presenters
437 365
felicia monica
Presenters monica pearl
253 512felicia berawang
PRAKATA
Puji dan syukur kami panjatkan, kerana kami dapat menyelesaikan penulisan Efolio kami yang bertajuk inovasi
sosial berkenaan dengan perpaduan.
inovasi sosial berkenaan dengan perpaduan. penulisan buku ini adalah berpandukan draf yang telah
dibuat untuk menghasilkan satu efolio yang lengkap serta mempunyai isi kandungan yang bermakna. Buku ini
mengandungi 7 muka surat termasuk muka hadapan. Di atas kesempatan ini saya mengucapkan Terima kasih
kepada Pn Fatin, Selaku pensyarah bagi subjek Penghayatan Etika Dan peradaban yang telah banyak membantu
kami dalam proses penghasil efolio yang lengkap denga nisi yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Tidak lupa
juga kepada rakan sekelas dan keluarga kerana telah memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada kami ketika
menghasilkan Efolio ini.
Efolio ini diharapkan dapat memberi mafaat dan sumbangan ke arah membangunkan sebuah negara yang hidup
dalam perpaduan dan tidak berushan. Dengan memiliki minda perpaduan antara kaum yang baik akan
menggalakkan masyarakat dalam menghayati kehidupan sosial yang Bersatu padu dalam membetuk gagasan
negara yang telah di cadangkan oleh kerajaan negara kita Malaysia.
Usaha dalam melestarikan perpaduan antara kaum menjadi keutamaan kami, dalam penulisan buku ini, untuk
membantu mimbina perpaduan antara kaum.
OBJECTIF
1. Mengenali kepentingan inovasi
dalam perpaduan
2. Memberi kesedaran berkaitan
perpaduan di Malaysia
3. Mengenal pasti kesan dan
cabaran yang
mempengaruhi inovasi
berkenaan perpaduan di
Malaysia.
4. Mengetahui contoh isi yang
memberi kesan inovasi berkenaan
perpaduan.
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN
1 MUKA HADAPAN
2 PRAKATA
3 OBJEKTIF
4 ISI KANDUNGAN
5 FAKTOR CABARAN
6 KESAN CABARAN
7 CARA MENGATASI
8 CONTOH ISU YANG BERLAKU DI
MALAYSIA
9 KESIMPULAN
PENGENALAN
Inovasi merupakan suatu istilah
yang menjelaskan teknologi yang membantu
menghasilkan, memanipulasikan,
menyimpan, berkomunikasi dan
menyebarkan maklumat dengan melibatkan
pelbagai teknologi seta perpindahan dan
perkongsian maklumat dalam kehidupan.
Inovasi semakin berkembang
dengan nilai kesepkatan yang boleh
mengimbangi kehidupan. Selain itu, inovasi
turut memberi impak yang penting dalam
pelbagai urusan kehidupan seharian seperti ;
vPendidikan
vPerniagaan
vPerindustrian
vAspek yang membantu pelbagai urusan.
Bangsa yang maju ialah bangsa yang mementingkan perkembangan intelektual dan
keharmonian sebagai tapak integrasi dan kesepaduan Nasional.
Dalam konteks ini , inovasi maklumat beperanan meluaskan dan mengukuhkan
pemikiran manusia sebagai ejen sosialisi.
Namun kemudian , kesepaduan nasional dapat dikukuhkan dengan kesepaduan sosial
yang diwujudkan dalam sebuah masyarakat dalam keadaan harmoni , stabil ,
makmur dan sejahtera . Kesepakatan sosial yang kuat dalam kalangan masyarakat
dalam bebilang kaum terbina .
FAKTOR CABARAN
Perbezaan parti politik
perbezaan parti politik yang berasakan perkauman telah menyukarkan perpaduan kaum. Dunia politik sememangnya
penuh dengan kontroversidimana terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza. Hasilnya,
masih terdapatpemimpin yang kurang bijak dengan mengharapakan sentimen perkauman dapat memancing perhatian rakyat
tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri sendiri. Oleh itu, bagi menggerakkan negara ke arah kemajuan yang
berdiri sama tinggimdan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain, ahli politik perlu bersikap terbuka dan matang.
Politik sepatutnya membela nasib keseluruhan rakyat bukan mengikut kepentingan mana-mana pihak. Tidak dapat dinafinkan
lagi bahawa fahaman parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan aumdi Negara ini.
Sikap invidu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum
Sikap invidu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum juga antara cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
di negara kita. Sikap individu sedemikian hanya menjarakkan lagi jurang perkauman di Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat majmuk. Contohnya, individu yang berbangsa Melayu tidak bergaul dengan bangsa Cina dan India kerana
merasakan tidak bersefahaman atau sehaluan.
Media Sosial
Media Sosial juga antara cabaran dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum negara kita. Media Sosial telah menjadi
platform utama untuk mendapat maklumat terbaru dalam kalangan masyarakat, seperti Facebook, Whatsapp dan TikTok.
Kebanyakkan orang mudah mempercayai berita yang dapat daripada media sosial dan terdapat banyak berita fitnah dan
menyentuh sensitivi perkauman akan memyebabkan tentangan antara kaum berlaku. Sebagai contoh, terdapat seorang warganet
berkongsi tuturan seperti ini "BAM kutip india(keling) dlm estat mana la jd pmain utama MALAYSIA" di Facebook telah
menyentuh hati kaum india dan kata-kata seperti ini akan menyebabkan pententangan kaum. Oleh itu, jika tidak dibendung
akan menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang.
Sektor ekonomi yang
berbeza
Perkerjaan dalam bidang ekonomi yang berbeza
antara kaum juga menyukarkan perpaduan kaum dicapai.
Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh
dasar penjajahan British di Tanah Melayu .
Contohnya ,masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan
nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi
perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar
manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah
dan tinggal di estet. Pada masa kini, masalah ini masih kekal
walaupun kebanyakkan orang telah bekerjaan di bandar
tetapi sebahagian syarikat memilih pekerja berasaskan kaum.
KESAN CABARAN
KEHARMONIAN NEGARA TERJEJAS
Keharmonian negara akan terjejas bermaksud tiadakesepaduan antara rakyat. Sebagai contoh rakyat tidak mempunyai matlamat
yang jelas danserupa dan tidak dikongsikan Bersama. Ini akan menyebabkan keamanan negara, integrase diperingkat wilayah dan kaum,
keharmonian masyarakat, keadilan untuk rakyat, dan kerjasamaantara masyarakat tidak dapat dipupuk serta disempurnakan dengan jaya
keadaan masyarakat tidak tenteram
Ini kerana tiada perpaduan dan integrase di dalam negara. Ketidakwujudanperpaduan dan integrase boleh menyebabkan rakyat
berasa terkongkong dengan aktiviti-aktivitiyang dijalankan adalah terhad. Oleh itu timbullah perasaan ketidakpuasan hati di kalangan
rakyatdan akhirnya mencetus kepada pertelingkahan dalam etnik.Sebagai contoh, dalam aspek ekonomi. Merujuk kepada peristiwa 13 Mei
1969 di manarusuhan kaum telah berlaku akibat ketidakadilan dalam arus aktiviti ekonomi di mana setiapetnik telah dipisahkan iaitu kaum
melayu bekerja sebagai nelayan dan petani, kaum india pulabekerja di Kawasan estet dan kaum cina pula bekerja di bahagian perindustrian.
Hal ini telahmenimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan semua kaum disebabkan pembahagian dalamsektor ekonomi yang tidal adil untuk
mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya perpaduanuntuk mengelakkan peristiwa 13 Mei ini berulang Kembali.
Wujudnya masyarakat yang tidak bermoral,
tidak bertolak ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Apabila tidak wujud perpaduan maka secara tidak langsung
akan wujud masyarakat yang tidak bermoral dan bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat seperti ini pergaduhan dan pertelingkahan di
kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh
menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang teruk. Masalah adalah etnik sangat sensitif sekiranya tidak dihadapi yang teliti. Implikasi yang
ketujuh ialah negara tidak dapat mengubah semua corak ekonomi dan kehidupan daripada pertanian kepada perindustrian. Seperti mana yang
kita tahu sebelum peristiwa 1969 ekonomi dalam negara lebih dikuasai oleh golongan cina berbanding rakyat tempatan yang hanya bekerja
sebagai nelayan dan petani.
pembangunan ekonomi yang tidak stabil
Menurut Joseph Stiglitz yang merupakan ketuan ahli ekonomi bank dunia, kunci bagi survival Malaysia
ialah hubungan etnik yang harmonis atau dalam erti kata yang lain perpaduan rakyat dalam negara. Beliau
menyatakan sekiranya hubungan etnik tergugat maka survival Malaysia sebagai satu negara bangsa juga turut terjejas.
Peristiwa 1969 jelas membuktikan hubungkait ekonomi dan etnik dimana wujugnya stereotaip di kalangan etnik
pada masa itu. Sehubungan itu, dalam penyelesaian ekonomi ahaja tidak mencukupi seperti yang kita sedia
maklum dimana hubungan ekonomi dan etnik adalah sangat rapat. Masalah ekonomi terjadi maka masalah ini
akan menjadi masalah etnik. Oleh itu, sebarang penyelesaian masalah ekonomi mesti diambil kira dalam etnik. Hal
ini jelas dimana perpaduan dan integrasi rakyat adalah amat penting untuk memastikan pembangunan ekonomi
yang lancar dan konsisten.
menjejaskan sistem pendidikan di Malaysia.
Seperti mana yang kita tahu misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangunkan pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangankan potensi individu dan memenuhi aspirasi negara.
KPM menetapkan matlamat, iaitu melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersepadu, beriman, berakhlak mulia,
berilmu, berketerampilan, sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperlua kemajuan negara dan
memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara.Jelas dinyatakan odalam misi Kementerian Pelajaran
Malaysia yang mana misinya juga amat menitikberatkan hal kesepaduan dan perpaduan. Apabila wujudnya masalah
perpaduan dalam negara maka timbul ketidaksamaan matlamat dan pendapat dalam masyarakat dalam membantu
pendidikan dalam negara dalam erti kata lain menjejas pembangunan pendidikan dalam negara
CARA MENGATASI
menyatukan institusi pendidikan dari
peringkat rendah
Umum mengetahui kita mempunyai sekolah vernakular yang dikenali
sebagai Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC)
dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT). Pembahagian ini bukan
sahaja mejejaskan perpaduan antara kanak-kanak malah mewujudkan
jurang pendidikan antara mereka kerana pelaksanaan kurikulum yang tidak
sama. Oleh itu, kita hendaklah mewujudkan satu jenis sahaja sekolah
kebangsaan yang menghimpun kanak-kanak dan remaja tanpa mengira
latar belakang mereka dan memberikan pendidikan yang terbaik. Secara
langsung dan tidak langsung, mereka akan berinteraksi dan bergaul sesama
mereka dan melahirkan kesefahaman serta kekitaan dalam menghadapi
persekolahan. Tegasnya, dengan menyatukan institusi pendidikan di bawah
satu sistem sahaja semangat perpaduan antara kaum dapat dilahirkan persis
kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
CARA MENGATASI
menyambut hari perayaan bersama-
sama.
Konsep ini sebenarnya telahpun diperkenalkan iaitu penganjuran rumah
terbuka. Negara kita merupakan antara masyarakat yang banyak meraikan perayaan
sepanjang tahun daripada Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha,
Deepavali, Wesak, Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan Hari Natal. Dengan pengajuran
rumah terbuka, bangsa lain yang tidak mengetahui budaya dan tradisi kaum yang
menyambut perayaan tersebut boleh memepelajari dan menikmati hidangan yang
lazimnya dihidangkan. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Pada masa yang
sama, aktiviti kunjung mengunjung semasa hari perayaan dapat mengeratkan
hubungan antara jiran tetangga dan komuniti. Jelasnya, penganjuran rumah terbuka
dapat memupuk perpaduan antara kaum menerusi perayaan yang disambut.
CARA MENGATASI
memperkasa aktiviti sukan dan rekreasi
dalam komuniti.
Selain manfaat kesihatan, aktiviti sukan dan rekreasi juga mampu melahirkan sifat
bekerjasama dan toleransi antara satu sama lain. Nilai ini penting bagi kita untuk saling
memahami budaya dan adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum dan bangsa di Malaysia.
Aktiviti sukan dan rekreasi sangat mudah untuk disertai dan boleh dilakukan pada setiap
hari tanpa mengira waktu dan lapisan umur masyarakat. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan
dan kerajaan persekutuan hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam
menyediakan dan menyelenggara infrastruktur rekreasi dan sukan untuk masyarakat umum.
Intihannya, dengan menyertai aktiviti sukan dan rekreasi, masyarakat bukan sahaja dapat
bersatu padu malah menjadi lebih sihat dan cergas.
mempergiat aktiviti sukarelawan
dan kebajikan dalam komuniti
Serta juga dapat melahirkan perpaduan antara kaum. Usaha ini telapun
dipraktikikan oleh masyarakat kita dari zaman dahulu iaitu dengan
mengadakan gotong-royong. Dalam mendepani situasi ekonomi yang tidak
menentu pada hari ini, kita tidak boleh sahaja mengharapkan bantuan atau
insentif daripada kerajaan. Tetapi masyarakat yang mempunyai rezeki
berlebihan seharusnya turut sama membantu melakukan aktiviti kebajikan
untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Ibarat kata peribahasa,
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Nilai kemanusiaan ini jika
diterapkan dalam setiap individu pastinya perpaduan antara kaum tidak
akan menjadi masalah kepada masyarakat kita. Intihannya, penyertaan dan
penggiatan yang aktif dalam aktiviti sukarelawan atau kebajikan dapat
menambah nilai perpaduan antara kaum.
Perpaduan rakyat Malaysia dilihat jelas apabila dijelmakan dalam keadaan sebenar ketika
negara dilanda cabaran dan musibah termasuk menghadapi gelombang Covid-19.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam tempoh itu, dapat disaksikan
semangat perpaduan yang ditunjukkan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Menurutnya, ramai orang menunjukkan sifat empati dan menzahirkan keupayaan individu
atau kumpulan untuk memahami sentimen, aspirasi, kebimbangan dan cita-cita individu atau
kumpulan yang lain.
"Dalam krisis Covid-19, rakyat Malaysia khususnya petugas barisan hadapan telah
membuktikan sifat empati terhadap satu sama lain tanpa mengira kaum atau agama. Sifat
empati ini harus diperkukuhkan dalam masyarakat kita.
"Sifat ini membantu usaha kita mengatasi cabaran perkauman dengan lebih berkesan. Kita
perlu terus menyuburkan sifat empati ini dalam kita hendak memahami isi kaum daripada
perspektif yang lebih seimbang dan menyeluruh.
"Seperti beberapa negara berbilang kaum lain, kadang-kala kita hanya melihat isu kaum
daripada sudut kaum atau kumpulan tertentu. Perspektif ini perlu diperbaiki supaya menjadi
lebih seimbang dan holistik, dan harus dipupuk melalui sistem pendidikan dan media,"
katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Dasar Perpaduan Negara dan Rangka
Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 yang diadakan secara maya di Facebook
Kementerian Perpaduan Negara, hari ini.
ISU PERPADUAN
13 MEI 1969 tetap relevan untuk diingati dan dicermati
lekukan sejarahnya walaupun jumlah korbannya bukanlah
mencecah puluhan ribu mangsa seperti tragedi ‘ketupat
berdarah’ di Indonesia, pergaduhan etnik di Maunday, sittwe
di Mynmar, konflik Singhalese-Tamil di Sri Langka, tragedi
Fiji 1987 yang membawa rampasan kuasa Mejar Rabuka dan
lain-lain pergeseran kaum. Angka korban bergantung kepada
kecekapan pihak keselamatan menguruskan konflik,
manakala pengajarannya daripada tragedi yang wajib diberi
perhatian.
ISU PERPADUAN
Sejarah bukanlah sekadar untuk tatapan dan dihafal
garis masa perjalanan dengan peristiwa, tokoh-tokoh,
asal muasal sesuatu peristiwa. Paling penting
bagaimana untuk mengambil ibrah dan mengelakkan
sesuatu yang buruk daripada berulang dan terus
mengulangi kesilapan silam. Hari yang suram ini kini
genap 53 tahun berlakunya Peristiwa 13 Mei pada
tahun 1969 yang merupakan satu titik hitam dalam
sejarah negara Malaysia, simbol rapuhnya perpaduan
kaum serta tipisnya tahap kesabaran jika provokasi isu
kaum berterusan.
RUJUKAN
https://www.hmetro.com.my
/mutakhir/2021/02/674621/
covid-19-serlahkan-
perpaduan-sebenar-rakyat-
malaysia-metrotv
https://www.slideshare.net/
mthyz/implikasi-tidak-wujud-
perpaduan-kaum-dan-
integrasi-nasional-di-malaysia
KESIMPULAN
Secara kesimpulan, inovasi bukan hanya tentang kemudahan dan efisien
penggunaan teknologi dalam kehidupanseharian. Malah, teknologi ini merupakan
perkembangan yang luas dan tersusun.
Kesepaduan antara kaum juga merupakan salah satu kesan yang akan terjejas jika
seseorang individu salah mengunaakan inovasi yang kearah membantu kita, akan
tetapi malah menjadi satu platform dalam perusuhan antara kaum.