The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10328194, 2021-12-14 01:38:34

KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3 (2)

KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3 (2)

ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Halaman
1. Penghargaan 1
2. Pendahuluan 2
3. Objektif Kerja Lapangan 3
4. Kawasan Kerja Lapangan 4-5
5. Kaedah kerja lapangan 6
6. Hasil Kerja Lapangan 7-11
7. Rumusan 12
8. Rujukan 13
9. Lampiran 14-36

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
Tuan.Razali bin Tamadi, pengetua, Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Ismail, kerana memberi kebenaran kepada
saya untuk menjalankan kerja lapangan ini. Ucapan terima
kasih juga saya tujukan kepada guru geografi saya, Puan
Hanifah binti Jamaluddin yang sentiasa memberikan bimbingan
dan tunjuk ajar. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang memberikan
sokongan dan dorongan sepanjang kerja lapangan ini
dilaksanakan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya,
Jeremiah ,Zahir,Darren,Pavalan dan juga Hong atas bantuan
dan kerjasama yang telah diberikan. Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada responden dan semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam membantu saya menyiapkan kerja lapangan ini.

1

PENDAHULUAN

Saya telah memilih tajuk Kajian Amalam Kitar Semula Di Larkin
Jaya,Johor Bahru,Johor. Saya memilih tajuk ini kerana kawasan
ini merupakan antara kawasan tumpuan pengunjung yang
datang dari Singapura. Kebanyakan penduduk yang tinggal di
sini terlibat dalam sector ekonomi perkhidmatan , pembinaan,
dan perniagaan.Kawasan ini juga terletak berhampiran dengan
rumah saya, iaitu menepati tema kerja lapangan yang
memerlukan pemilihan kawasan berhampiran dengan tempat
tinggal atau sekolah. Saya akan mengkaji tentang amalan kitar
semula dan cadangan usaha yang dapat meningkatkan amalan
kitar semula yang bersesuaian di kawasan kerja lapangan saya.
Masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja lapangan ini ialah
empat minggu. Kerja lapangan ini perlu dibuat secara individu.

2

OBJEKTIF KERJA LAPANGAN

a) Menjelaskan konsep dan takrifan KITAR SEMULA
b) Menghuraikan Latar belakang kawasan kajian
c) Menjelaskan dapatan tentang amalan kitar semula di
kawasan kajian
d) Mecadangan usaha meningkatkan amalan kitar semula yang
bersesuaian
e) Membentangkan laporan kajian tersebut.

3

KAWASAN KERJA LAPANGAN

Kawasan kerja lapangan saya ialah Larkin Jaya,Johor
Bahru,Johor. Terdapat taman perumahan iaitu,Taman Larkin
Perdana.Selain daripada itu,terdapat juga perkampungan
tradisional seperti Kampung Larkin Jaya. Bentuk muka bumi
kawasan ini ialah tanah pamah yang rata.Keadaan ini
membolehkan pelbagai kegiatan ekonomi dilaksanakan seperti
pembinaan Kawasan perumahan,pengangkutan dan
perniagaan.Tambahan lagi,terdapat “KPJ Puteri Specialist
Hospital” pada selatan Kawasan kajian saya.Kemudian,terdapat
juga Larkin Sentral iaitu terminal bas yang paling terkenal di
Johor.Ada juga Sekolah di Kawasan kerja lapangan saya
seperti,Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Joseph(B).Akhir
sekali,terdapat Kawasan tumbuhan semula jadi di bahagian
Timur Kawasan kerja lapangan saya.Kawasan itu
berkemungkinan rendah berpotensi untuk dijadikan sebagai
Kawasan pertanian dan pembinaan rumah pada masa akan
datang.

4

Peta 1 Larkin Jaya,Johor Bahru,Johor. 5

KAEDAH KERJA LAPANGAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian dalam
menyiapkan kajian ini. Antaranya ialah:

Pemerhatian

Saya telah menggunakan kaedah ini untuk memerhati latar
belakang Kawasan kajian saya .Proses pemerhatian dicatatkan
dalam buku dan disertakan dengan foto berkaitan.

Soal selidik

Saya telah menyediakan borang soal selidik untuk diedarkan
kepada 15 responden di kawasan kerja lapangan .Saya telah
mendapat maklumat berkenaan dapatan tentang amalan kitar
semula di Kawasan kajian.

Rujukan

Saya telah melayari Internet bagi mendapatkan maklumat
tambahan mengenai kawasan kerja lapangan. Saya juga telah
merujuk buku teks bagi mendapatkan segala maklumat yang
diperlukan untuk melengkapkan kerja lapangan saya.Contoh
maklumat yang dicari oleh saya ialah konsep dan takrifan kitar
semula.

Temubual

Saya telah menemu bual dengan untuk mendapatkan

maklumat tentang cadangan usaha meningkatkan amalan kitar

semula yang bersesuaian. 6

HASIL KERJA LAPANGAN

A)Konsep dan takrifan kitar semula.
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, Kitar semula adalah proses
menukar bahan buangan menjadi bahan dan objek baharu. Kitar
semula bahan bergantung pada kemampuannya untuk
mendapatkan semula sifat yang ada pada keadaan asli atau asal.
Ini adalah alternatif untuk pembuangan sampah "konvensional"
yang dapat menjimatkan bahan dan membantu menurunkan
pelepasan gas rumah hijau.
Selain itu,menurut buku teks Geografi tingkatan 3(kssm),ialah
Amalan mengasingkan barangan mengikut jenis untuk
menghasilkan produk yang sama jenis atau baharu semula.
Pengasingan mengikut jenis sisa menjimatkan masa dan
memudahkan proses kitar semula.

7

B)Latar belakang Kawasan kajian.
Kawasan kajian saya,iaitu Larkin Jaya,Johor Bahru,Johor
mempunyai Bentuk muka bumi tanah pamah yang rata.Keadaan
ini membolehkan pelbagai kegiatan ekonomi dilaksanakan
seperti pembinaan Kawasan perumahan,pengangkutan dan
perniagaan.Saya telah mendapat tahu bahawa ada banyak
masyarakat di taman saya mengamalkan amalan kitar semula
dengan berkala.Manakala ada juga masyarakat yang tidak
mempraktikan amalan kitar semula dan membuang sampah di
merata – rata tempat.

8

C)Dapatan tentang amalan kitar semula di Kawasan kajian.

Saya telah mendapat tahu bahawa ramai masyarakat
mempraktikan amalan kitar semula di rumah masing-masing
.Majoriti masyarakat telah menyatakan bahawa mereka akan
mengitar semula 1-2 hari dalam seminggu.Oleh itu,saya harap
amalan kitar semula dapat diamalkan lebih kerap di rumah
setiap masyarakat.

Selain itu,saya juga medapati bahawa ramai masyarakat
mengitar semula bahan kertas diikuti dengan tin &plastik dan
kaca.

Jenis sisa domestic dikitar semula di Bilangan reponden
Larkin Jaya

Kertas 8

Tin dan plastik 6

kaca 1

JUMLAH 15

JADUAL1:Jadual kekerapan yang menunjukkan data tentang jenis sisa
domestik yang dikitar semula di Larkin Jaya.

9

Berdasarkan graf bar di atas,seramai lapan orang responden
menyatakan bahawa kertas ialah jenis sisa yang selalu dikitar
semula di rumah.Seramai 6 orang responden memilih tin
&plastik ialah jenis sisa yang selalu dikitar semula di
rumah.Manakala,seorang responden telah menyatakan kaca
merupakan jenis sisa yang selalu dikitar semula di rumahnya.

10

D)Cadangan usaha meningkatkan amalan kitar semula yang
bersesuaian.

1)menerusi didikan ibu bapa. Sebagai contoh, anak watan
hendaklah dilatih tentang mekanisme yang betul untuk
melupuskan sampah sarap. Ibu bapa juga harus menjadi suri
teladan dengan tidak membuang sampah merata-rata dan
mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula mengikut
kategori. Gerak geri ibu bapa ini pasti akan diwarisi oleh anak-
anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.

2)pihak sekolah turut memikul obligasi untuk memberi
kesedaran dan menggalakkan para pelajar mengamalkan kitar
semula. Sebagai contoh, pihak sekolah hendaklah mengadakan
kempen kesedaran seperti ceramah dan pameran tentang kitar
semula kepada pelajar. Nilai-nilai murni juga mesti disemai
dalam sanubari pelajar-pelajar pada waktu Pendidikan Moral
atau Pendidikan Sivik. Penubuhan Kelab Alam Sekitar juga
prakarsa mapan bagi membantu usaha ini.

3)kerajaan perlu menggubal polisi tentang pembuangan

sampah sarap dan kitar semula. Sebagai contoh, kerajaan boleh

menetapkan peraturan pembuangan sampah mengikut

kategori. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa tempatan

pula wajar memperbanyak tong-tong kitar semula dan pusat

kitar semula. Hal ini akan memudahkan orang ramai untuk

menguruskan sampah mereka. 11

RUMUSAN

Hasil daripada kerja lapangan yang telah saya jalankan, saya
dapati kawasan Larkin Jaya ,Johor Bahru,Johor sangat
berpotensi untuk menjalankan dan mempraktikkan amalan
kitar semula.Kemudahan yang telah disediakan seperti tong
kitar semula dapat mengalakkan lagi masyarakat untuk
mengitar semula . Walau bagaimanapun, masih terdapat
beberapa perkara yang perlu dititikberatkan agar dapat
meningkatkan kadar kitar semula lagi dan dapat meningkatkan
lagi taraf kawasan tersebut. Kawasan Larkin Jaya ,Johor
Bahru,Johor mampu untuk menjadi kawasan perindustrian
yang terbaik dengan mengurangkan kuantiti sampah kerana
bahan buangan seperti surat khabar, botol minuman dan besi
boleh dikitar semula dan diproses menjadi bahan mentah untuk
kegunaan pelbagai industri.

12

RUJUKAN

BUKU
● Ahmad Abd Rahman, Rajini Gauri dan Pau Anak Utek, 2018.

Geografi Tingkatan 3.Johor Bharu: IMS Books Trading SDN.
BHD

INTERNET
● https://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula
● http://koleksicikguharlina.blogspot.com/2020/10/usaha-usaha-

ORANG SUMBER
● Pn.Rajammah A/P Thoeasy Perumal ,59 tahun,no 219,blok

A,tingkat 12,Flat Larkin,Larkin Jaya ,80350,Johor Bahru,
Johor.
● Pn.Rozalina,no 216,blok A,tingkat 12,Flat Larkin,Larkin
Jaya,80350,Johor Bahru,Johor.

MELAWAT TEMPAT KERJA LAPANGAN

● Rumah Pangsa Larkin,Flat Larkin,Larkin Jaya,80350,Johor

Bahru,Johor. 13

LAMPIRAN

14

15

16

BORANG SOAL SELIDIK YANG BELUM DIISI.

17

BORANG SOAL SELIDIK YANG TELAH DIISI OLEH
SEMUA RESPONDEN.

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

Kedua-dua gambar di atas menunjukkan bahawa saya telah
memberikan borang soal selidik kepada jiran saya iaitu,Pn.Rozalinadi
no216,blok A,tingkat 12,Flat Larkin,80350,Larkin Jaya,Johor
Bahru,Johor.

33

DIALOG TEMU BUAL DENGAN JIRAN SAYA
IAITU,PN.RAJAMMAH A/P THOEASY PERUMAL,59
TAHUN,NO,219,BLOK A,TINGKAT 12,FLAT
LARKIN,80350,LARKIN JAYA,JOHOR BAHRU,JOHOR.

34

Kedu-dua gambar ini menunjukkan bahawa saya telah menemu bual
dengan jiran saya, Pn.Rajammah A/P Thoeasy Perumal,59 tahun.no
219,blok A ,Tingkat 12,Flat Larkin,80350,Larkin Jaya,Johor Bahru,Johor.

35

1)Gambar 1 menunjukkan bahawa adapapan 2)Gambar 2 menunjukkan
Tanda di depan lif dan pada dinding . bahawa ada 3 tong kitar
Semula,,kertas,plastik&kaca.

3)Gambar 3 menunjukkan bahawa ada 4)Gambar 4 menunjukkan bahawa
juga sesetengah masyarakat Yang tidak ada sesetengah orang yang tidak
mengasingkan sampah sarap. Menikut peraturan lalu membuang
sampah merata-rata tempat.

36


Click to View FlipBook Version