The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurasyiqinzahari.naz, 2018-02-22 22:55:03

Buku KOT Latest (one page sheet)

Buku KOT Latest (one page sheet)

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
OLEH:

Seuntai Kata

DR. YAZID BIN ABDUL MANAP
PENGARAH
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Tahunan 2018 atas usaha dan
kegigihan merealisasikan penganjuran kejohanan ini. Kejohanan Olahraga
Tahunan seperti ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk mencungkil dan
melahirkan bakat-bakat baharu dalam olahraga khususnya dalam kalangan
guru pelatih. Melalui penganjuran kejohanan ini, banyak ilmu dan
pengalaman baru yang dapat dibina oleh guru pelatih untuk memenuhi
tuntutan kecemerlangan profesionalisme keguruan.

Secara tidak langsung, aktiviti ini juga diharap mampu melahirkan
modal insan berminda kelas pertama disamping memiliki kesihatan fizikal
yang cergas. Kejohanan ini juga diharap dapat memupuk semangat
berpasukan, kepimpinan dan memberi pengalaman yang kukuh dalam
penganjuran kejohanan dan urusan teknikal serta impak yang positif dalam
pembangunan dan pengelolaan sukan di sekolah.

Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali
Keenam ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Ucapan
syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya, dan kepada yang
kurang berjaya, jangan berputus asa.

Sekian, selamat bertanding dan selamat maju jaya.

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Secebis Bicara

EN. ROSLAN BIN KHALID
KETUA UNIT KOKURIKULUM
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat dan
limpah kurnia-Nya saya berkesempatan menyusun bicara dalam buku program
ini. Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) merupakan salah satu program
kesukanan yang diadakan secara tahunan di IPG Kampus Pendidikan Teknik
yang mana matlamat amnya adalah bagi memenuhi hasrat dan kehendak
Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, adalah
menjadi tanggungjawab semua pelajar semester 4 Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan mengelola dan menguruskan Kejohanan Olahraga Tahunan di
IPG.

Guru yang cemerlang akan melahirkan murid yang memiliki
kecerdasan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.
Penglibatan guru pelatih dalam program ini dapat membina serta mendidik
sikap bertanggungjawab, berketrampilan dan kompeten, khususnya bagi
memperolehi kepakaran pengurusan dalam bidang sukan selaras dengan dasar
‘1 Murid, 1 Sukan’. Segala pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi
melalui penganjuran kejohanan ini, diharapkan dapat menjadi wadah kepada
pembinaan dan pengukuhan jati diri guru yang cemerlang.

Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan
syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran
Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Keenam ini. Besar harapan saya agar melalui
penganjuran kejohanan ini dapat dijadikan panduan terbaik kepada pelajar ke
arah pengurusan sukan yang berkualiti di sekolah kelak.

Sekian. Terima Kasih.

PENGENALAN

Kejohanan Olahraga ini merupakan
komponen wajib bagi kursus Kokurikulum

Olahraga (MPU 3071). Penganjuran ini
memberi ruang dan peluang kepada pelajar
dalam menguasai kemahiran 4K (kemahiran,

kepegawaian, kepengelolaan dan
kepengadilan) yang merupakan komponen
utama dalam kokurikulum. Kejohanan ini
merupakan platform untuk para pensyarah
membuat penilaian terhadap pelajar bagi

kursus tersebut.

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

OBJEKTIF
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018

Memenuhi keperluan kursus Kokurikulum Olahraga 4 PISMP
(MPU 3071).

Memberi peluang dan ruang kepada pensyarah penasihat
untuk membuat penilaian kepada pelajar-pelajar yang
mengambil kursus MPU 3071.

Memberi peluang kepada pelajar (khasnya semester 4) untuk
mengendalikan sesuatu program peringkat IPG.

Memberi pengetahuan dari aspek perancangan kejohanan
olahraga.

Memberi pengalaman dari aspek pengelolaan kejohanan
olahraga dan pengurusan pasukan.

Menggalakkan penghasilan idea-idea kreatif dan inovatif
dalam usaha menjayakan pertandingan yang dirancang.

Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dalam
melaksanakan tugas secara berkumpulan.

Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal berdasarkan
pengalaman dan mampu melakukan penambahbaikan secara

proaktif dan berterusan.

Menjalinkan hubungan mesra dan semangat kekitaan antara
pelajar dan kakitangan IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Melahirkan warga IPG Kampus Pendidikan Teknik yang sihat,
berjiwa kental serta kreatif dan inovatif dalam apa jua situasi.

IKRAR
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018

KAMI BERIKRAR,
KAMI AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN,

DALAM KEJOHANAN OLAHRAGA
TAHUNAN,

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
KALI KEENAM,

DAN AKAN BERTANDING
DENGAN PENUH SEMANGAT

KESUKANAN,
PATUH KEPADA UNDANG-UNDANG,

DAN MENINGKATKAN
MUTU SUKAN NEGARA.

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

LIRIK LAGU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMI SENTIASA BERSEDIA
MENJULANG ETIKA KERJA
BERKORBAN JIWA RAGA
MENJUNJUNG ASPIRASI
BANGSA NEGARA TERCINTA

BERWIBAWA BERINTEGRITI
KEUNGGULAN PERIBADI

BERTERASKAN KEIMANAN
MENDIDIK ANAK BANGSA
KAMI BANGGA MENJADI GURU

KERJAYA DIHORMATI
TIDAK JEMU MENIMBA ILMU
BAKTI SETULUS HATI DAN BUDI

IPG MALAYSIA BERIKRAR
MEMBENTUK GURU BERKUALITI
PENYAYANG BERAKHLAK MULIA

MENDUKUNG VISI MISI IPG

SENARAI AKTIVITI
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018

01 SENAM KREATIF

23 FEBRUARI 2018

02TARIK TALI

26 FEBRUARI 2018

03 KEJOHANAN OLAHRAGA

27 FEBRUARI 2018

KEMUNCAK KEJOHANAN

OLAHRAGA 2018 04
28 FEBRUARI 2018

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

ATURCARA
MAJLIS PENUTUPAN KOT 2018

28 FEBRUARI 2018 | STADIUM USIM, NILAI

Masa Acara

8.00 pagi - Ketibaan VIP
11.30 pagi - Acara bermula

 VIP mengambil tempat
 Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Sembilan
 Perarakan masuk Kontinjen Rumah Sukan
 Bacaan doa
 Persembahan:

 Gimik Penutupan
 Johan Senam Kreatif
 Silat
 AJK KOT 2018

 Ucapan Pengerusi KOT
 Penyampaian Hadiah
 Upacara penurunan dan penyerahan

bendera kejohanan
 Majlis Penyampaian Cenderamata kepada

Yang Berbahagia Dr. Yazid Bin Abdul Manap,
Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik
oleh Ketua Unit Kokurikulum
 Ucapan Perasmian Penutupan Pengarah IPG
Kampus Pendidikan Teknik
 Nyanyian lagu IPGM
 Jamuan VIP
 Bersurai

JADUAL PERTANDINGAN
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018

SENAM KREATIF

JUMAAT, 23 FEBRUARI 2018 | PADANG BLOK PENSYARAH, IPGKPT

MASA ACARA
2.30 petang Pendaftaran Peserta
3.00 petang Ketibaan Pengarah
3.05 petang Senam Kreatif (Rumah Sukan A)
3.20 petang Senam Kreatif (Rumah Sukan B)
3.35 petang Senam Kreatif (Rumah Sukan C)
3.50 petang Senam Kreatif (Rumah Sukan D)
4.05 petang Pengiraan Markah (Persembahan AJK Senam Kreatif)
4.15 petang Pengumuman Pemenang
4.25 petang Penyampaian Cenderamata
4.30 petang Bersurai

TARIK TALI

ISNIN, 26 FEBRUARI 2018 | PADANG BLOK PENSYARAH, IPGKPT

MASA ACARA
1.45 petang Pendaftaran pegawai
2.00 petang
2.15 petang Pendaftaran peserta
2.30 petang
Cabut undi perlawanan
2.35 petang
Ketibaan Pengarah
2.50 petang
3.05 petang Pelancaran Pembukaan Tarik Tali
3.20 petang Tarik Tali—Rumah Sukan A lwn Rumah Sukan B
3.35 petang
(Pusingan Kalah Mati Perempuan)
3.50 petang Tarik Tali—Rumah Sukan C lwn Rumah Sukan D
4.05 petang
4. 20 petang (Pusingan Kalah Mati Perempuan)
4. 35 petang Tarik Tali— Pensyarah lwn Staf (Lelaki)

Tarik Tali— Pensyarah lwn Staf (Perempuan)
Tarik Tali—Rumah Sukan A lwn Rumah Sukan B

(Pusingan Kalah Mati Lelaki)
Tarik Tali—Rumah Sukan C lwn Rumah Sukan D

(Pusingan Kalah Mati Lelaki)
Tarik Tali— Pusingan Akhir (Perempuan)

Tarik Tali— Pusingan Akhir (Lelaki)

Bersurai

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

OLAHRAGA

SELASA, 27 FEBRUARI 2018 | STADIUM USIM, NILAI

MASA NO. ACARA ACARA KATEGORI PERINGKAT
7.45 pagi 3001 1500 m Lelaki Akhir
8.00 pagi 3002 Lontar Peluru Perempuan Akhir
8.00 pagi 3003 Rejam Lembing Lelaki Akhir
8.15 pagi 3004 1500 m Perempuan Akhir
8.30 pagi 3005 Lompat Kijang Perempuan Akhir
8.30 pagi 3006 100 m Lelaki Akhir
8.45 pagi 3007 100 m Perempuan Akhir
9.00 pagi 3008 Lontar Peluru Lelaki Akhir
9.00 pagi 3009 Rejam Lembing Perempuan Akhir
9.30 pagi 3010 Lompat Kijang Lelaki Akhir
9.30 pagi 3011 Lompat Tinggi Perempuan Akhir
10.00 pagi 3012 Lempar Cakera Perempuan Akhir
10.00 pagi 3013 400 m Lelaki Akhir
10.15 pagi 3014 400 m Perempuan Akhir
11.00 pagi 3015 Lompat Jauh Perempuan Akhir
11.00 pagi 3016 Lempar Cakera Lelaki Akhir

OLAHRAGA

RABU, 28 FEBRUARI 2018 | STADIUM USIM, NILAI

MASA NO. ACARA ACARA KATEGORI PERINGKAT
8.00 pagi Lelaki Akhir
8.00 pagi 4001 Lompat Jauh Lelaki Akhir
8.15 pagi Perempuan Akhir
9.00 pagi 4002 800 m Lelaki Akhir
9.00 pagi Lelaki Akhir
9.15 pagi 4003 800 m Perempuan Akhir
10.00 pagi Lelaki Akhir
10.15 pagi 4004 Lompat Tinggi Perempuan Akhir
10.30 pagi Lelaki Akhir
11.00 pagi 4005 200 m Perempuan Akhir

4006 200 m

4007 4 x 100 m

4008 4 x 100 m

4009 4 x 400 m

4010 4 x 400 m

AHLI JAWATANKUASA INDUK KOT 2018

PENASIHAT
Dr. Yazid Bin Abdul Manap
(Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik)

PENGERUSI
Dr. Tajul Ariffin Bin Yang Hussin
(Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik)

SETIAUSAHA PERALATAN
En. Roslan Bin Khalid En. Rohaizad Bin Agil
En. Ahmad Syakir Bin Arshad
PENOLONG SETIAUSAHA 1 En. Zubair Bin Salleh
Pn. Rashida Binti Awang En. Mohamad Fauzie Bin Zullkifle

PENOLONG SETIAUSAHA 2 PENUTUPAN
En. Mohamad Arshad Bin Mohd Ali En. Mohamad Arshad Bin Mohd Ali
Pn. Che Rohani Binti Che Aziz
BENDAHARI
En. Roslan Bin Mohd Damri KEHADIRAN DAN DISIPLIN
Pn. Rashida Binti Awang
PENGURUS KEJOHANAN
En. Ghazali Bin Ismail PENGANGKUTAN
En. Ahmad Syakir Bin Arshad
KEPEGAWAIAN
En. Mohamad Arshad Bin Mohd Ali PROTOKOL DAN SAMBUTAN
Pn. Rashida Binti Awang Pn. Che Rohani Binti Che Aziz
Cik Halimatun Sa’adiah Binti Harith
KESELAMATAN
PENDAFTARAN PESERTA En. Ahmad Syakir Bin Arshad
Pn. Che Rohani Binti Che Aziz

JURI RAYUAN HADIAH DAN CENDERAMATA
En. Ghazali Bin Ismail (Pengerusi) Cik Hapidah Binti Ab Razak
En. Roslan Bin Khalid (Setiausaha)
Pn. Che Rohani Binti Che Aziz BUKU PROGRAM
En. Azulhaimi Bin Ahmad Pn. Che Rohani Binti Che Aziz
En. Jalil Bin Osman
MAKANAN
TEKNIKAL Pn. Che Rohani Binti Che Aziz
En. Azulhaimi Bin Ahmad
En. Awang Abdullah Bin Yaakob KECERIAAN DAN KEBERSIHAN
En. Jalil Bin Osman En Ahmad Syakir Bin Arshad

SIARAYA DAN SERANTA KECEMASAN DAN KESELAMATAN
En. Palakrishnan A/L Rajamanikam Dr. Ramlan Bin Hamzah
En. Ahmad Syakir Bin Arshad Pn. Rashida Binti Awang

REKOD DAN STATISTIK PENGACARAAN DAN TEKS
Pn. Evelyn Gnanam A/P William George En. Patarai Bin Cholen
En. Abd Hadi Bin Kudin

DOKUMENTASI
En. Patarai Bin Cholen
En. Rohaizad Bin Agil

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

AHLI JAWATANKUASA KERJA KOT 2018

Pengerusi : Amin Nurrashid Bin Helmy
Naib Pengerusi : Thelma Edison Thony

Setiausaha : Zahirah Binti Zawawi
Naib Setiausaha : Siti Nur Athirah Binti Md Aseri

Bendahari : Nur Izyan Insyirah Binti Nazeli
Naib Bendahari : Ahmad Fadhil Bin Che Kamarulldin

KETUA RUMAH SUKAN SIARAYA DAN SERANTA
Mohd Ramzi Bin Taufik (Cheetah) Naziratun Najihah Binti Mohd Nasir
Muhammad Ikhwan Hakim (Puma) Mohd Izzat Bin Sarifin
Mohd Faqih Izzan Bin Hamilin (Jaguar) Nur Aina Najwa Binti Kamaruzzaman
Ahmad Helmi Bin Mohd Rasid (Leopard) Ain Syahidah Binti Azami

KEPEGAWAIAN REKOD DAN STATISTIK
Abdul Hakim Bin Mahamad Norrezi Sylvester Thomas
‘Ain Syazwani Binti Raman Siti Aida Sabrina Binti Ismail
Ahmad Safuan Bin Muhamad
PENDAFTARAN Muhammad Akmal Bin Hazman
Sofiana Godon Lee Jia Ying
Jacqueen Dior Jitol Brenie Elley Binti Soong Pin
Khoo Yun Li
Tan Gaik Min PERALATAN
Muhammad Hadeef Bin Mohd Hanafi
TEKNIKAL Roger Marius
Lin Cha Lie Muhd Izwan Bin Ismail
Wan Muhammad Zulhafizie Muhammad Ikram Bin Zawawi
Nor Aina Syakirah Binti Mohd Nor Muhammad Akmal Bin Hazman
Siok Pei Ke
Siti Nur Amirah Anati Binti Shafruddin PENUTUPAN
Nur Arissa Shafiqa Binti Zulkefli Wee Nop A/L Ea Wee
Nor Aqilah Binti Khairul Said Siti Aminah Binti Mohd Sharan
Nur Adila Binti Adlin Tan Lee Chun
Noornee Nabilah Binti Razak Leong Yuan Loong
Siti Najwa Binti Adnan
Mohd Ramzi Bin Taufik SAMBUTAN DAN PROTOKOL
Lo Kam Siong Nurul Shuhadah Binti Bolhassan
Ahmad Helmi Bin Mohd Rasid Nur Atikah Binti Azlan
Mohd Faqih Izzan Bin Hamilin Nor Aqilah Binti Khairul Said
Muhammad Akmal Bin Hazman

HADIAH DAN CENDERAMATA BUKU PROGRAM
Fatin Munirah Binti Ismail Nur Asyiqin Binti Zahari
Joanne Elodea Jonis Anisa Binti Nordin
Siti Hakimah Binti Suib Nur Adila Yasmin Binti Wahib
Nor Aqilah Binti Khairul Said Nurul Shazwanie Binti Aman
Sazwani Binti Eliassak
PENGANGKUTAN
PENGACARAAN Tan Lee Chun
Taif Ezwan Bin Yusuf Yong Yue Chin
Flora Anak Dawat Aqeela Binti Azhar
Nur Faraain Binti Abdullah
Clarice Adrian KEHADIRAN DAN DISIPLIN
Nur Asyiqin Binti Zahari Siti Najiihah Binti Amir Saifudin
Ilyana Afiera Binti Mohd Azaman
PA SISTEM Clarice Adrian
Muhammad Hamizan Bin Musa Nurin Awatif Auni Binti Mohd Nazor
Muhammad Irsyad Aiman
Joshua Duanik PERSIAPAN TEMPAT
Nik Nur Wardatul Jannah Binti Mahadi
MAKANAN Adiman Nazrullah Bin Abdullah
Nur Ain Binti Malek
Nur Farhana Izzati Binti Zulkifli KESELAMATAN
Nadiatul Adilla Binti Mahatin Ahmad Nabil Bin Baher@Biha
Mohamad Firdaus Haris Bin Abdullah Mohd Izzat Bin Sarifin
Nur Farhana Izzati Binti Zulkifli
KECERIAAN DAN KEBERSIHAN Muhammad Akmal Bin Azman
Tan Kah Lok
Aqeela Binti Azhar KECEMASAN
Muhammad Irsyad Aiman Joshua Duanik
Shajaratuddur Binti Zol Akmar Stella Ann Anak Oliver
Jesie Joseph
DOKUMENTASI Thelma Edision Thony
Joshua Tan Chungyi
Muhammad Fadzwan Bin Junaidi ACARA SAMPINGAN: SENAM KREATIF
Alya Binti Ashrof Roger Marius
Nurin Awatif Auni Binti Mohd Nazor
Aqeela Binti Azhar ACARA SAMPINGAN: TARIK TALI
Nurul Atikah Binti Che Azami Adiman Nazrullah Bin Abdullah

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

AHLI JAWATANKUASA KEPEGAWAIAN

KOT 2018

Pengerusi : Amin Nurrashid Bin Helmy
Naib Pengerusi : Thelma Edision Thony

Setiausaha : Zahirah Binti Zawawi
Naib Setiausaha : Siti Nur Athirah Binti Md Aseri

Bendahari : Nur Izyan Insyirah Binti Nazeli
Naib Bendahari : Ahmad Fadhil Bin Che Kamarulldin

1. Ketua: 36. Nur Asyiqin Binti Zahari
Abdul Hakim Bin Mahamad Norrezi 37. Nur Atikah Binti Azlan
38. Nur Faraain Binti Abdullah
2. Penolong Ketua: 39. Nur Farhana Izzati Binti Zulkifli
‘Ain Syazwani Binti Raman 40. Nur Farralisa Maisara Binti Ibrahim
41. Nur Izyan Insyirah Binti Nazeli
3. Adiman Nazrullah Bin Abdullah 42. Nurin Awatif Auni Binti Mohd Nazor
4. Ahmad Fadhil Bin Che Kamarulldin 43. Nurul Atikah Binti Che Azami
5. Ahmad Nabil Bin Baher@Biha 44. Nurul Faaiqah Binti Shaari
6. Ain Syahidah Binti Azami 45. Nurul Shazwanie Binti Aman
7. Alya Binti Ashrof 46. Nurul Shuhadah Binti Bolhassan
8. Amin Nurrashid Bin Helmy 47. Ramizah Binti Abu Naim
9. Anisa Binti Nordin 48. Roger Marius
10. Aqeela Binti Azhar 49. Sazwani Binti Eliassak
11. Clarice Adrian 50. Shajaratuddur Binti Zol Akmar
12. Fatin Munirah Binti Ismail 51. Siti Aisyah Binti Azhar
13. Ilyana Afiera Binti Mohd Azaman 52. Siti Aminah Binti Mohd Sharan
14. Jesie Joseph 53. Siti Hakimah Binti Suib
15. Joshua Duanik 54. Siti Nur Amirah Anati Binti Shafruddin
16. Leong Yuan Loong 55. Siti Nur Athirah Binti Md Aseri
17. Mohammad Hafizi Bin Zulkifli 56. Stella Ann Anak Oliver
18. Mohd Iman Bin Rashid 57. Tan Kah Lok
19. Mohd Izzat Bin Sarifin 58. Tan Lee Chun
20. Muhammad Akmal Bin Azman 59. Tuan Muhammad Hariz Iskandar
21. Muhammad Firdaus Haris Bin Abdullah 60. Wee Nop A/L Ea Wee
22. Muhammad Hadeef Bin Mohd Hanafi 61. Yong Yue Chin
23. Muhammad Ikhwan Hakim Bin Ibrahim 62. Zahirah Binti Zawawi
24. Muhammad Ikram Bin Mohd Zawawi 63. Akmal Asyraf Bin Mohd Zin
25. Muhd Izwan Bin Ismail 64. Edalyia Anak Amie
26. Nadia Hanum Binti Noor Haseni 65. Nur Hasmawati Binti Junaidi
27. Nadiatul Adilla Binti Mahatin 66. Nur Hikmah Binti Salamat
28. Naziratun Najihah Binti Mohd Nasir 67. Syafiyah 'Aliyah Binti Azhar
29. Nik Nur Wardatul Jannah Binti Mahadi
30. Nor Hidaya Binti Ali
31. Nur Adila Yasmin Binti Wahib
34. Nur Ain Binti Malek
35. Nur Aina Najwa Binti Kamaruzzaman

AHLI JAWATANKUASA KEJOHANAN

ANJURAN UNIT KOK
KELOLAAN SEMESTER 4 P

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

OLAHRAGA TAHUNAN IPGKPT 2018

KURIKULUM IPGKPT
PISMP AMBILAN JUN 2016

AHLI JAWATANKUASA

PERTANDINGAN SENAM KREATIF 2018

Pengerusi : Roger Marius
Naib Pengerusi : Muhammad Firdaus Haris Bin Abdullah

Setiausaha : Siok Pei Ke
Naib Setiausaha : Tan Lee Chun
Bendahari : Nur Farhana Izzati Binti Zulkifli

Naib Bendahari : Lin Cha Lie

KEPEGAWAIAN HADIAH DAN CENDERAMATA
Nur Asyiqin Binti Zahari Nik Nur Wardatul Jannah Binti Mahadi
Zahirah Binti Zawawi Aqeela Binti Azhar

BUKU PROGRAM PENDAFTARAN PESERTA
Nurul Faaiqah Binti Shaari Nor Hidaya Binti Ali
Siti Najwa Binti Adnan Siti Aisyah Binti Azhar

PENGACARAAN JEMPUTAN DAN PROTOKOL
Muhammad Irsyad Aiman Siti Aminah Binti Mohd Sharan
Nur Faraain Binti Abdullah Siti Aida Sabrina Binti Ismail

PERSIAPAN TEMPAT KESELAMATAN
Yong Yue Chin Alya Binti Ashrof
Brenie Elley Binti Soong Pin Nurul Atikah Binti Che Azami
Jesie Joseph
KEHADIRAN DAN DISIPLIN
PA SISTEM Siti Najiihah Binti Amir Saifudin
Muhammad Akmal Bin Hazman Shajaratuddur Binti Zol Akmar
Nur Adila Yasmin Binti Wahib
SIARAYA DAN SERANTA
PERALATAN Nur Farhana Izzati Binti Zulkifli
Nur Adila Binti Adlin Mohd Iman Bin Rashid
Noornee Nabilah Binti Razak
Nur Izyan Insyirah Binti Nazeli TEKNIKAL
Wan Muhammad Zulhafizie
DOKUMENTASI Nik Nur Wardatul Jannah Binti Mahadi
Amin Nurrashid Bin Helmy
Muhammad Akmal Bin Azman

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

AHLI JAWATANKUASA

PERTANDINGAN TARIK TALI 2018

Pengerusi : Adiman Nazrullah Bin Abdullah
Naib Pengerusi : Stella Ann Anak Oliver
Setiausaha : Lo Kam Siong
Naib Setiausaha : Siok Pei Ke

Bendahari : Nur Aina Najwa Binti Kamaruzzaman
Naib Bendahari : Nur Faraain Binti Abdullah

KEPEGAWAIAN HADIAH DAN CENDERAMATA
Fatin Munirah Binti Ismail Nor Aqilah Binti Khairul Said
Siti Nur Athirah Binti Md Aseri Siti Hakimah Binti Suib

BUKU PROGRAM PENDAFTARAN PESERTA
Nurul Faaiqah Binti Shaari Khoo Yun Li
Siti Najwa Binti Adnan Tan Gaik Min

PENGACARAAN JEMPUTAN DAN PROTOKOL
Amin Nurrashid Bin Helmy Sazwani Binti Eliassak
Nor Aina Syakirah Binti Mohd Nor Siti Nur Amirah Anati Binti Shafruddin
Nur Asyiqin Binti Zahari
PERSIAPAN TEMPAT Aqeela Binti Azhar
Nurin Awatif Auni Binti Mohd Nazor
Nur Farralisa Maisara Binti Ibrahim KESELAMATAN
Alya Binti Ashrof
PA SISTEM Nurul Atikah Binti Che Azami
Lin Cha Lie
Nor Hidaya Binti Ali KEHADIRAN DAN DISIPLIN
Muhammad Akmal Bin Azman
PERALATAN Shajaratuddur Binti Zol Akmar
Brenie Elley Binti Soong Pin
Lee Jia Ying SIARAYA DAN SERANTA
Nur Arissa Shafiqa Binti Zulkefli Nur Farhana Izzati Binti Zulkifli
Nadia Hanum Binti Noor Haseni Mohd Iman Bin Rashid

DOKUMENTASI TEKNIKAL
Flora Anak Dawat Wan Muhammad Zulhafizie
Sofiana Godon Nik Nur Wardatul Jannah Binti Mahadi

PERATURAN AM
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018

1. Pertandingan adalah secara individu dan berpasukan.

2. Pendaftaran peserta dan kemasukan.

i. Pendaftaran peserta hendaklah dibuat sebelum atau pada hari 25
Januari 2018 melalui Borang Masuk Rasmi sebagaimana yang telah
disediakan oleh pihak pengelola.

ii. Borang yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pihak
Pendaftaran Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Pendidikan
Teknik 2018.

iii. Pendaftaran yang lewat daripada tarikh yang ditetapkan tidak akan

diterima.

iv. Bilangan maksimum penyertaan seorang peserta adalah seperti yang
berikut :

Acara individu - 3 acara
Acara berpasukan - 2 acara

3. Undian lorong

i. Undian lorong akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pendaftaran.

ii. Sebarang pembetulan atau pindaan kemasukan boleh dibuat sebelum
pengundian lorong dilaksanakan. Selepas itu, sebarang pindaan atau
pembetulan tidak akan dilayan.

4. Penyertaan

i. Setiap rumah sukan akan menghantar 2 wakil bagi acara 100m, 200m,
400m dan 800m (kecuali acara 1500m).

5. Pendaftaran / Lapor diri

i. Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Pihak Pendaftaran
Peserta sekurang-kurangnya 40 minit bagi acara padang dan 30 minit
bagi acara balapan sebelum acara berkenaan bermula.

ii. Peserta hendaklah berpakaian rumah sukan masing-masing dan
lengkap dengan nombor bib serta disematkan dengan pin pada
keempat-empat sudut kain nombor bib yang dipakai di bahagian dada
dan belakang kecuali lompat tinggi yang dibenarkan dengan satu
nombor bib sama ada di bahagian dada atau belakang.

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

iii. Para peserta yang gagal melaporkan diri di arena pertandingan 10
minit sebelum acara bermula tidak akan dibenarkan mengambil
bahagian dan dianggap telah menarik diri.

iv. Hebahan tentang panggilan peserta untuk melaporkan diri bagi
acara yang akan dijalankan akan dibuat sebanyak dua (2) kali sahaja.

6. Pembatalan Penyertaan

i. Semua pembatalan penyertaan dalam sesuatu acara hendaklah
dibuat oleh Pengurus Pasukan masing-masing kepada Pihak
Pendaftaran Peserta sekurang-kurangnya satu (1) jam sebelum acara
berkenaan dijadualkan.

7. Gantian dan Penarikan Diri

i. Gantian kepada peserta yang telah pun disahkan bertanding tidak
akan dibenarkan bagi acara selepas undian lorong dibuat kecuali
peserta gantian yang telah didaftarkan.

ii. Penggantian bagi acara Lari Berganti-Ganti dibenarkan kepada dua
orang peserta yang namanya telah didaftarkan dalam Borang Masuk
Rasmi.

iii. Jika didapati seseorang peserta yang telah mendaftarkan diri tidak
mengambil bahagian di dalam sesuatu acara, maka peserta itu akan
dianggap menarik diri tanpa sebab. Oleh itu, peserta tersebut tidak
dibenarkan menyertai mana-mana acara yang telah didaftarkan atas
namanya.

iv. Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acaranya
selepas mengambil bahagian dalam acara awalnya tanpa surat
pengesahan doktor adalah dianggap menarik diri daripada semua
acara yang didaftarkan atas namanya.

v. Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas
nasihat doktor hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam
acara-acara yang didaftarkan atas namanya dengan syarat
mengemukakan surat pengesahan daripada doktor kepada Pengurus
Kejohanan.

vi. Tidak ada gantian bagi peserta yang menarik diri atau yang dianggap
menarik diri.

8. Gelanggang dan Alatan

i. Gelanggang dan alatan adalah seperti di dalam undang-undang
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

ii. Spesifikasi alatan adalah seperti berikut :

ACARA LELAKI PEREMPUAN
Lontar Peluru 7.260 kg 4.000 kg

Rejam Lembing 800 gram 600 gram

Lempar Cakera 2.000 kg 1.000 kg

9. Nombor Bib dan Huruf Peserta
i. Semua peserta termasuklah peserta yang bertanding dalam acara Lari
Berganti-Ganti, hendaklah menggunakan nombor bib peserta atau
abjad yang telah ditetapkan.

ii. Setiap peserta hendaklah memakai kain nombor bib pengenalan (satu
di dada dan satu di belakang) yang disematkan menggunakan pin
pada keempat-empat penjuru kain.

iii. Nombor bib peserta hendaklah dicap dengan jelas dan tidak luntur
apabila basah.

iv. Nombor bib peserta hendaklah berukuran :

Tinggi tulisan : 12 sentimeter

Lebar tulisan : 1.5 sentimeter

v. Nombor bib peserta hendaklah disediakan oleh pasukan
masing-masing.

vi. Peserta yang tidak mematuhi etika pemakaian tidak dibenarkan
mengambil bahagian.

vii. Pembahagian nombor adalah seperti berikut :

RUMAH LELAKI PEREMPUAN ABJAD

Cheetah 1___ 1_ _ _ A
2___ 2___ B
Jaguar 3___ 3___ C
(MERAH)

Puma

Leopard 4___ 4___ D

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

10. Pakaian Peserta

i. Peserta-peserta hendaklah berpakaian yang sesuai dan kemas semasa
mengambil bahagian dan juga semasa menerima hadiah.

ii. Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah.

iii. Bilangan pepaku pada tapak dan tumit kasut hendaklah tidak
melebihi 11 batang.

iv. Panjang paku kasut (spikes) dibenarkan tidak melebihi 9mm kecuali
untuk acara lompat tinggi dan merejam lembing tidak melebihi
12mm.

11. Bantuan kepada Peserta

i. Peserta tidak dibenarkan menerima apa jua bentuk bantuan yang
boleh memberi advantage dalam pertandingan.

ii. Pacing daripada peserta-peserta lain atau sesiapa sahaja tidak
dibenarkan dan boleh menyebabkan penyertaan peserta tersebut
dibatalkan.

12. Penyingkiran Peserta

i. Peserta-peserta yang didapati tidak mematuhi peraturan
pertandingan tidak akan dibenarkan mengambil bahagian

13. Hadiah dan Pemberian Mata

i. Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga
tempat ketiga sahaja dalam semua acara.

ii. Pemberian mata bagi setiap acara adalah seperti berikut:

KEDUDUKAN INDIVIDU BERPASUKAN
Pertama 7 9
Kedua 5 7
Ketiga 4 5
Keempat 3 3
Kelima 2 0
Keenam 1 0

iii. Jika seri, jumlah mata akan diberikan sama rata kepada pasukan atau
peserta yang terlibat.

ATLET TERBAIK (OLAHRAGAWAN & OLAHRAGAWATI)

a. Atlet Terbaik akan dipilih daripada setiap kumpulan (lelaki dan
perempuan) berdasarkan kepada Prestasi Pencapaian Terbaik dalam
mana-mana acara yang disertai dan diputuskan oleh Juri Rayuan
Kejohanan.

b. Prestasi Pencapaian Terbaik ditentukan berdasarkan kepada
kriteria-kriteria berikut :

i. Mencipta rekod dalam mana-mana acara. Jika terdapat lebih
daripada seorang peserta, peserta yang mendapat mata tertinggi
akan diisytiharkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati.

ii. Sekiranya tiada rekod dicipta, peserta yang mendapat mata
tertinggi akan diisytiharkan sebagai Olahragawan dan
Olahragawati.

iii. Selain daripada (i) dan (ii) di atas, Olahragawan dan Olahragawati
akan dipilih dan diputuskan mengikut budi bicara Juri Rayuan
Kejohanan dan keputusan adalah muktamad.

14. Bantahan

i. Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dengan
menggunakan borang yang telah disediakan oleh Pihak Penganjur
Kejohanan.

ii. Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang sebanyak
RM200 kepada Juri Rayuan melalui Setiausaha Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan dalam masa 30 minit selepas keputusan
rasmi diumumkan. Jika didapati bantahan tersebut tidak diterima
dan ditolak oleh Juri Rayuan, wang tidak akan dikembalikan.

iii. Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOM,
kecuali perkara berikut :

a. Jika bantahan berkenaan dengan kelayakan peserta tidak dapat
diselesaikan sebelum pertandingan bermula, peserta tersebut
boleh mengambil bahagian di “bawah bantahan” dan perkara
tersebut akan dikemukakan kepada Juri Rayuan Kejohanan.

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

15. Kawasan Pertandingan

i. Hanya pegawai yang sedang bertugas dan peserta yang mengambil
bahagian sahaja dibenarkan berada di tempat atau kawasan
pertandingan.

ii. Orang lain tidak dibenarkan berada dalam kawasan acara
pertandingan kecuali diminta berbuat demikian oleh Pengurus
Kejohanan.

iii. Peserta dikehendaki berbaris sewaktu masuk dan keluar dari arena
pertandingan.

16. Tanggungjawab Pengurus Pasukan

i. Semua pengurus pasukan adalah bertanggungjawab untuk
memastikan peserta masing-masing mematuhi semua peraturan
pertandingan.

ii. Pengurus pasukan hendaklah bekerjasama dengan Pihak
Pendaftaran Peserta bagi melaporkan peserta masing-masing
mengikut masa yang telah ditetapkan.

iii. Pengurus dan Pegawai Pasukan adalah bertanggungjawab
mengawal disiplin peserta di bawah jagaan mereka.

17. Hak-hak Jawatankuasa Pengelola

i. Setiap acara yang dijalankan mengikut masa dan tarikh yang telah
ditetapkan tetapi Jawatankuasa Pengelola berhak meminda susunan
acara jika difikirkan perlu dan keputusan Jawatankuasa Pengelola
adalah muktamad.

ii. Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang
tidak tersedia dalam peraturan ini atau undang-undang KOM.

18. Hal-hal Lain

i. Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab terhadap
apa-apa kehilangan sama ada di kawasan berdekatan atau di dalam
kawasan pertandingan. Jawatankuasa Pengelola juga tidak
bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan tidak kira
sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

PERATURAN
PERTANDINGAN SENAM KREATIF 2018

1. Kumpulan Sasaran Penyertaan

i. Siswa pendidik IPG Kampus Pendidikan Teknik yang terdiri daripada
2PPISMP, 2PISMP, 4PISMP, 6PISMP dan 8PISMP.

2. Tema Senam Kreatif

i. Tema Pertandingan Senam Kreatif ialah bebas.
ii. Tema yang bebas memudahkan pemilihan lagu yang pelbagai oleh

peserta dan juga melihat sejauh mana kreativiti peserta dalam
memilih gabungan lagu yang akan digunakan sepanjang masa yang
ditetapkan.
iii. Gerak tari yang direka adalah berdasarkan kreativiti peserta, namun
perlu mematuhi syarat pertandingan.
iv. Terdapat bahagian gimik dalam persembahan tarian ini. Semasa
gimik, peserta dikehendaki memasukkan tarian tradisional dan muzik
instrumental yang bersesuaian dengan tarian tersebut.
v. Gimik muzik instrumental tradisional digunakan untuk
memartabatkan muzik tradisional di samping memperkenalkan
keindahan gerak seni tarian tradisional antara pelbagai kaum.

3. Syarat Pertandingan

i. Bilangan peserta setiap rumah sukan perlu terdiri daripada 14 orang
peserta termasuk 2 orang peserta simpanan (kurang daripada itu
tidak layak untuk bertanding).

ii. Setiap pasukan perlu mempunyai gabungan 7 orang peserta lelaki
dan 7 orang peserta perempuan. Digalakkan penglibatan peserta
daripada pelbagai kaum.

iii. Peserta simpanan boleh terdiri daripada peserta perempuan atau/
dan lelaki.

iv. Bilangan peserta bagi setiap bahagian persembahan boleh
berubah-ubah mengikut kesesuaian, tetapi tidak boleh kurang
daripada 9 orang bagi satu-satu pergerakan pola variasi yang
ditunjukkan.

v. Kemantapan dan keseragaman peserta pasukan akan diambil kira
sepanjang pertandingan berlangsung.

vi. Tempoh masa persembahan ialah maksimum 12 minit dan minimum
10 minit, termasuk gimik. Pada minit ke-10 airhorn akan dibunyikan
1 kali menunjukkan masa berbaki 2 minit, dan dibunyikan 2 kali
menandakan masa telah tamat.

vii. Sebanyak 5 markah akan dipotong bagi pasukan yang melebihi had
masa pertandingan dan had masa gimik yang ditetapkan.

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

viii. Setiap kumpulan hendaklah mempunyai salinan muzik sendiri yang
berformat mp3.

ix. Gerak seni tarian yang berunsur negatif dan mencolok mata adalah
dilarang.

x. Jika terdapat masalah teknikal semasa persembahan, pengulangan
persembahan boleh dilakukan, namun jika terdapat sebarang
kerosakan pada lagu yang datang daripada peserta, tiada
pengulangan persembahan dibenarkan.

xi. Persembahan hendaklah mengandungi gimik berdasarkan syarat
gimik yang telah ditetapkan.

4. Gimik

i. Masa yang ditetapkan untuk gimik ialah 1 minit dan boleh melebihi
antara ±10 saat secara berterusan.

ii. Muzik gimik yang digunakan hendaklah mempunyai elemen muzik
instrumental tradisional sama ada mengandungi suara atau tanpa
suara.

iii. Unsur lagu remix tidak dibenarkan.
iv. Setiap kumpulan perlu memasukkan tarian tradisional termasuk

tarian tradisional Sabah dan Sarawak yang sesuai dengan lagu untuk
gimik.
v. Gimik perlu diletakkan pada permulaan persembahan.
vi. Bilangan peserta yang menari adalah bebas pada bahagian gimik.

5. Syarat Penggunaan Muzik

i. Muzik bebas iaitu muzik yang mengandungi atau tanpa suara
penyanyi.

ii. Muzik berformat mp3 perlu diserahkan 2 hari sebelum hari
pertandingan.

iii. Unsur lagu remix dibenarkan kecuali di bahagian gimik.

6. Kod Pakaian

i. Semua peserta dikehendaki berpakaian kemas dan sopan.
ii. Pakaian yang mencolok mata adalah dilarang.
iii. Rambut yang panjang mestilah diikat.
iv. Pemakaian aksesori tambahan adalah dibenarkan.

7. Kriteria Pergerakan dan Pengadilan

i. Panel hakim akan dilantik oleh pihak penganjur.
ii. Semua pergerakan berdasarkan prinsip asas iaitu :

a. Gimik
b. Warm up
c. Pergerakan berpola
d. Pergerakan bervariasi
e. Cooling down
f. Kreativiti pakaian
g. Pemilihan muzik

8. Hak Penganjur

i. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang
kemalangan, kecederaan dan kehilangan harta benda sepanjang
pertandingan berlangsung.

ii. Keputusan pertandingan adalah muktamad. Semua bantahan tidak
akan dilayan.

iii. Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah apa-apa perkara
atau syarat-syarat dan peraturan.

iv. Pihak penganjur boleh membatalkan penyertaan pasukan yang
melanggar peraturan-peraturan yang telah dinyatakan dan
keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

v. Pasukan yang lewat 10 minit atau lebih daripada masa tamat
pendaftaran akan dibatalkan penyertaan.

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PERATURAN
PERTANDINGAN TARIK TALI 2018

1. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksimum sepuluh (10) orang
peserta dan hanya lapan (8) orang peserta yang akan dibenarkan untuk
mengambil bahagian. Dua orang peserta yang lain itu berperanan
sebagai pemain simpanan.

2. Permainan akan dimulakan dengan menentukan tempat melalui undian
toss-coin oleh Pengadil Perlawanan.

3. Setiap pasukan dibenarkan melantik SEORANG KONDUKTOR SAHAJA.
4. Penggantian dibenarkan selepas satu (1) kali tarik (pusingan). Peserta

yang diganti dibenarkan masuk semula ke dalam pusingan yang
berikutnya.
5. Hujungan tali atau orang yang dihujung boleh menyepit tali itu melalui
bawah ketiak dan meletakkan hujung tali di atas sebelah bahu iaitu
bersilang di badan.
6. Hanya satu amaran sahaja akan diberikan sebelum pasukan tersebut
dibatalkan.
7. Jika kedua-dua pasukan melepaskan tali sebelum pengadil meniup wisel,
pusingan tersebut dikira batal dan tarikan semula akan dilakukan.
8. Pertandingan akan bermula dengan arahan Hakim/Pengadil seperti
berikut:
i. Angkat Tali
ii. Tegangkan Tali
iii. Tiupan wisel (Menandakan permulaan pertandingan)
iv. Tiupan wisel (Menandakan tarikan selesai)
v. Tiupan wisel dua kali (Menandakan tarikan batal)
9. Sekiranya kedua-dua pasukan seri selepas 2 tarikan, masa rehat 5 minit
akan diberikan dan tarikan ke-3 dimulakan selepas Hakim menentukan
tempat melalui undian toss-coin.
10. Peserta yang jatuh hendaklah bangun dengan serta merta. (Masa yang
diberikan ialah 10 saat).
11. Semasa tarikan, peserta tidak dibenarkan mengubahsuai struktur tanah
seperti membuat lubang. Peserta tidak dibenarkan berdiri dengan
mana-mana bahagian badan mereka kecuali kaki sahaja.

12. Kelewatan
i. Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat.
Sekiranya tidak hadir mengikut masa yang ditetapkan, pihak lawannya
akan diberi kemenangan secara percuma.

13. Hadiah disediakan mengikut jumlah peserta yang mendaftar.
14. Pertandingan dijalankan secara kalah mati berpasukan.
15. Rumah sukan yang menjadi juara akan mendapat 9 mata, naib juara 7

mata, tempat ketiga dan keempat 5 mata.
16. Peserta yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit jantung

DILARANG sama sekali menyertai pertandingan tarik tali ini.
17. Hanya kasut sukan biasa sahaja dibenarkan untuk diguna oleh peserta

tarik tali. Kasut yang mempunyai stuck/spike tidak dibenarkan.
18. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan mestilah

dalam bentuk bertulis dan disertakan dengan bayaran sebanyak
RM50. Sekiranya keputusan pengadil adalah sama, bayaran yang dibuat
tidak akan dikembalikan semula.

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2018
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

SEKALUNG PENGHARGAAN

Dengan sukacitanya, kami Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga
Tahunan Kali Keenam bagi tahun 2018 ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

Pengarah Kompleks Sukan Tunku Najihah (USIM)
Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB)
Pengarah Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
Pengarah Politeknik Nilai
Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik

Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik
Ketua-ketua Jabatan
Ketua-ketua Unit
Pensyarah-pensyarah
Staf-staf sokongan

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)

Hakim Jemputan Senam Kreatif
Pihak Penaja
dan

Semua pihak serta individu yang turut sama menjayakan Kejohanan
Olahraga Tahunan IPG Kampus Pendidikan Teknik Kali Keenam.

Terima kasih.

KELOLAAN
4 PISMP AMBILAN JUN 2016

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


Click to View FlipBook Version