The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syamilah ahamed, 2023-12-20 08:06:14

busana tradisional melayu

BUSANA MELAYU TRADISI BERBUSANA ELEGAN MELAYU K E A N G G U N A N A B A D I , K E S E N I A N M O D E N : P E L U K T R A D I S I D A L A M B U S A N A M E L A Y U . "


AHLI KUMPULAN - B U S A N A M E L A Y U - 01 Muhammad Adib Rahimi bin Zainal Abidin ( 297322 ) 02 03 04 05 06 07 08 09 10 Nur Auni Yasmina Binti Shahbani ( 297290 ) Nurdini ilyasya Binti Mohd Suhaili ( 297343 ) Farah Aleeya binti Azli ( 297357 ) Iman Najihah Binti Mohd Zabidi ( 297292 ) Putri Nur Amni Farisha binti Amirol ( 297267 ) Wan Farah Alisya Binti Wan Zarihan ( 297355 ) Nur Syamilah binti Saleem Ahamed ( 297297 ) Auni Nadiah Binti Samsul (297260 ) Putri Hanny Julia Binti Ahmad Zemry ( 297329 )


TABLE OF CONTENTS Pendahuluan 03 Busana Johor 06 11 Kesimpulan 24 Busana Kelantan 16 Busana Terengganu 18 20 Busana Kedah Baju Melayu Teluk Belanga Baju Kurung Teluk Belanga Baju Melayu Cekak Musang Busana Pahang Baju Riau Pahang Baju Melayu Cekak Musang dan Seluar Pak Sekarap Kebaya Kota Bharu Baju Sikap Pakaian Petani Baju Belah Busana Perempuan Busana Lelaki


Pakaian tradisional merupakan lambang budaya dan warisan bagi setiap kaum di Malaysia. Jelaslah bahawa setiap kaum mempunyai pakaian tradisional tersendiri. Definisi pakaian tradisional dapat dijelaskan lagi dengan jenis pakaian yang diguna oleh satu kelompok masyarakat dan budaya selama berabad-abad. Di samping itu, pakaian tradisional memainkan banyak fungsi selain daripada menutupi tubuh badan. Fungsi – fungsi ini dapat memberi impak kepada setiap kaum bahawa mereka mempunyai status social yang sangat bagus contohnya seperti di majlis perayaan dan upacara keagamaan. Konteks yang ingin kami jelaskan ialah tentang pemakaian tradisional yang terdapat di etnik Melayu. Setiap kaum pasti mempunyai sejarah mengenai pakaian tradisional tersendiri. Fokus kami mengenai etnik melayu dapat dijelaskan bahawa pada zaman dahulu orang melayu tempatan mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dalam membuat pakaian dengan menggunakan kulit kayu. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu penerap yang digunakan oleh mereka untuk menjadi penumbuk kulit kayu supaya menjadi lembut dan nipis. Pendahuluan


Sebelum kedatangan islam. Masyarakat melayu dipengaruh oleh penganut hindu dan buddha yang hanya memakai pakaian yang ringkas iaitu hanya menyarung pakaian di bahagian tertentu sahaja. Di samping itu mereka juga mempunyai perbezaan kain diantara golongan bangsawan dan rakyat iaitu golongan bangsawan menggunakan pakaian yang lebih mahal dan bergaya serta memakai barang perhiasan emas . Jelaslah disini bahawa terdapat jarak social yang wujud pada zaman ini dari segi pemakaian sebelum kedatangan islam. Pada abad ketujuh, pengaruh islam semakin tersebar luas. Di kesempatan itu , mereka mempengaruhi reka bentuk pakaian yang sopan secara berperingkat. Dari abad ketujuh sehinggalan abad ke-13 agama islam tersebar luas di masyarakat Melayu. Dengan transisi ini, masyarakat tempatan mulai berpakain sopan dan menutup badan mereka dengan pakaian yang sesuai. Selepas abad ke -13, pengaruh islam menunjukkan kesan yang sangat luas dan mula dihayati oleh masyarakat tempatan . Hal ini dapat dibuktikan dengan masyarakat tempatan mula dipengaruhi oleh orang Arab dengan pemakaian jubah Dalam Melayu yang megah, tradisi berkilau, Busana bersejarah, kisah emas yang terbina.


KENANGAN ABADI BUSANA WARISAN ELEGAN, BUSANA TRADISIONAL YANG ABADI." Jelaslah disini bahawa setiap kaum mempunyai sejarah tersendiri mengenai pakaian tradisional. Objektif kami ingin ditekankan lagi mengenai pakaian tradisional etnik melayu di beberapa negeri seperti Johor, Pahang , Kedah , Kelantan dan Terengganu.


TRADISI MELAYU BUSANA JOHOR BAJU TELOK BELANGA BEGITU SINONIM DENGAN NEGERI JOHOR. SEHINGGA KINI, BUSANA WARISAN INI TERUS MENJADI PILIHAN ORANG RAMAI TERMASUK GOLONGAN DEWASA DAN KANAKANAK UNTUK DIPAKAI SEMASA MUSIM PERAYAAN DAN MAJLIS PERKAHWINAN Sejak dahulu lagi, Baju Melayu Telok Belanga menjadi pakaian tradisi para lelaki Johor yang sangat popular. Busana ini dikenali semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar, apabila baginda bersemayam di Telok Belanga, Singapura. Beberapa cadangan telah diberi oleh Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad supaya mengubah sedikit bentuk asalnya dengan memendekkan labuh baju hingga ke paras punggung dan menambah kocek tiga serta mengekalkan pesak dan kekek. Leher busana ini dikemaskan dengan jahitan tulang belut atau dijahit dengan menggunakan mesin jahit sahaja serta dipasangkan dengan sebutir butang. Sehingga ke hari ini, potongan busana tradisi ini masih sama di mana baju dan seluar dipakai sedondon dari fabrik berwarna yang kosong tanpa corak. Tambahan pula, busana ini terlihat istimewa apabila kerabat diRaja Johor mengenakan baju Melayu Telok Belanga ini secara tidak sedondon, iaitu baju berwarna yang dipadankan dengan seluar hitam serta ‘kain sampin berdagang luar’.


Baju Melayu Telok Belanga terlihat kemas dan menarik apabila dipadankan dengan songkok sebagai penutup kepala. Baju Melayu Telok Belanga juga menjadi busana untuk tarian zapin dan lain-lain sehinggalah ke hari ini. Pakaian ini dilengkapi lagi dengan kain tenun corak jalur berdiri, melintang atau tapak catur atau kain samping songket. Kain samping yang dipakai ketika berdagang selalu dikenakan oleh kebanyakkan orang. Baju Melayu Teluk belanga dipakai untuk zapin Baju Melayu Teluk belanga


Baju Kurung Teluk Belanga Baju Kurung Telok Belanga adalah busana tradisi wanita Johor yang masih cantik dan anggun dipakai sehingga ke hari ini. Baju Kurung Telok Belanga atau nama lain, Baju Kurung Johor menjadi pakaian tradisional yang sangat popular di Negeri Johor dan Kepulauan Riau. Busana ini mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar bersemayam di Telok Belanga Singapura dan berpindah ke Johor Bahru pada tahun 1866. Potongan baju yang mengandungi lengan, badan, kekek dan pesak longgar dan selesa dipakai serta anggun dikemaskan dengan sebutir. Terdapat pelbagai bentuk sulaman yang dipadankan pada bahagian leher seperti mata lalat, tulang belut dan insang pari. Busana ini dilengkapi dengan kocek yang terletak di bawah dada kiri dan dipasang kemas di sisi bahagian dalam baju. Busana ini kebiasaannya dipakai sedondon baju serta kainnya atau bajunya dari fabrik kosong dikenakan dengan kain songket atau kain batik. Busana ini juga cantik dan anggun dipadankan dengan kain sarung ikatan ‘Ombak Mengalun’. Pada masa dahulu, sehelai kain sarung dipakai sebagai kain selubung dan kerabat diraja Johor menghiasi bahu dengan selendang sulaman bercorak kelingkan. Pemakaian baju kurung yang cantik dan anggun ini adalah satu simbolik kesederhanaan dan kesopanan dalam berpakaian masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Baju Kurung Telok Belanga ini juga terdapat sedikit perubahan bagi melengkapi keperluan dan keselesaan cara masyarakat berpakaian pada masa itu, malahan telah diteruskan ciri-cirinya pada hari ini.


Bagi menyesuaikannya dengan keadaan setempat, baju Gamis itu dipotong singkat separas di bahagian punggung dan ditambah kocek. cekak musang Pada suatu ketika dahulu, Baju Melayu Cekak Musang dipanggil sebagai "Baju Wan". Orang pertama yang memakainya ialah Haji Busu, di mana nama sebenar beliau adalah Haji Othman, seorang penduduk Teluk Belanga. Pada asalnya, baju tersebut memperoleh inspirasi daripada baju Gamis orang-orang haji Oleh itu, baju tersebut diberi nama Baju Melayu Cekak Musang. Oleh kerana baju ini dijahit menggunakan kain yang lebih berkualiti dan sepadan dengan minat generasi pada masa ini, baju Cekak Musang tidak boleh dipakai secara kerap terutamanya bagi orang yang kuat berpeluh. Ini kerana kolar baju mudah kotor. Baju Melayu Cekak Musang merupakan baju Melayu yang mempunyai kolar tinggi berkancing lima yang dipadankan dengan seluar Pak Sekarap, iaitu seluar berpotongan longgar agar dapat menjamin keselesaan. Tambahan pula, pakaian ini digayakan bersama sampin yang diikat pada sarung keris dan disusun lipat umpama Ombak Beralun. BAJU MELAYU


Selain itu, Baju Melayu Cekak Musang juga semakin terkenal dalam kalangan wanita. Pada masa ini, golongan wanita sikit-sikit menjadi terbuka bagi meneruskan keterampilan pakaian tradisional Johor dan mengekspresikan gaya wanita dengan menggunakan elemen-elemen Melayu Cekak Musang. Reka bentuk disesuaikan termasuk menghasilkan corak yang lebih feminin dan potongan yang sesuai mengikut bentuk badan serta corak warna-warni yang cerah dan menyerlah. Bukan itu sahaja, tetapi wanita dapat menambah aksesori seperti manik-manik emas dan perak pada pakaian mahupun simpul rambut untuk menambah keanggunan dan keayuan pada penampilan mereka yang anggun dan ayu. Bagi hiasan kepala pula, ia dipadankan dengan Tanjak Helang Menyosong Angin bersama dokoh sebagai penghias dada dan keris. Kain yang digunakan untuk membuat pakaian ini diperbuat daripada kain kapas atau tenun. Ia memiliki ciri-ciri tersendiri sehingga membezakannya daripada pakaian tradisional Melayu yang lain. Salah satunya ialah kolar berbentuk cekak haiwan musang yang mempamerkankan konsep elegan. Potongan baju longgar dan panjang yang mampu menjamin keselesaan dan keanggunan. Kepelbagaian kain seperti sutera, brokad dan kapas menawarkan pilihan reka bentuk yang unik. Konklusinya, Baju Cekak Musang tetap menjadi pilihan utama dalam majlis istimewa dan formal sehingga pada hari ini, termasuklah majlis perkahwinan dan pertunangan. Aura baju tersebut yang ringkas tetapi anggun, diselaraskan dengan kraftangan rumit, menonjolkan pakaian yang sungguh memukau untuk menampilkan keanggunan yang mempersonakan.


Baju riau pahang direka dengan kolar cekak musang. Busana ini bersifat eksklusif dan diberikan untuk puteriputeri istana dan golongan bangsawan sahaja yang dapat dipakaiakn. Kain tenun pahang sepasang adalah fabrik yang digunakan untuk menghasilkan busana ini dan dipadankan dengan kain songket yang dilipat pijung sebelah kanan. Baju Riau Pahang adalah sejarah di dua negeri Riau dan Pahang yang mempunyai hubungan sosial budaya dan politik yang baik pada zaman kerajaan Melaka. Oleh kerana mempunyai hubungan politik dan sosial budaya yang baik walaupun dua buah negeri ini berjauhan, potongan baju ini tercipta. Puteri kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah adalah pereka cipta kepada busana ini pada tahun 1880-an iaitu Tengku Mariam. Busana Pahang


Baju Riau Pahang mempunyai pelbagai ciri yang boleh dibezakan dengan baju kurung lain. Busana ini berbelah pada bahagian depannya sampai ke kaki baju, dikenali sebagai persalinan diraja karena raja biasanya menggunakan angka 7 yang dapat dapat dibuktikan melalui Tujuh butir kancing yang bertahtakan permata. Busana ini memiliki kolar tegak, seperti baju kurung cekak musang dan di bahagian rusuk badan mempunyai pesak yang kembang di kiri dan kanan, yang membantu keanggunan potongannya. Baju tradisional ini mempunyai potongan yang paling rumit dan mempunyai tradisi tersendiri. Lengan bahunya lebar dan lurus seperti baju kurung dan pada bawah lengannya disambungkan dengan kekek bergantung. Rusuk baju ini berpesak kembang yang disambungkan pada bahagian belakangnya yang menerus ke bawah.Bahagian tepi baju ini Keduadua disambungkan dengan kekek gantung.


Busana ini dipakai oleh golongan bangsawan sewaktu ketika dahulu dan baju ini sesuai dipadankan dengan cucuk sanggul dan selendang panjang dari fabrik tenun songket. Sebagaimana Riau Pahang Baju riau pahang masih popular hingga sekarang walaupun banyak baju kurung yang menjadi trend untuk dipakai terutamanya pada musim perayaan. Baju riau pahang ini mempunyai nilai sentimen yang tinggi sehinggakan busana ini terlihat klasik apabila diperagakan. ini menjadi pilihan oleh banyak pihak yang menjual baju kurung seperti MYRAVALLYN, HIJABISTAHUB, JANNAH NOE dan sebagainya untuk dijual. Busana ini juga turut menjadi pilihan pengantin untuk dipakai pada hari istimewa mereka kerana ia terlihat kemas dan klasik. Baju kurung riau pahang akan tetap menjadi pilihan masyarakat walaupun telah lama diciptakan kerana ia mempunyai nilai sentimen yang sangat indah dan dan cantik apabila dipakai oleh orang melayu kita. yang kita tahu, dengan reka cipta baju yang sangat unik membolehkan baju riau pahang ini menjadi pilihan masyarakat kini untuk dipakai bahkan hingga kini busana ini sesuai diperagakan di mana- mana majlis sebagai contoh hari raya, majlis perkahwinan. Bahkan reka bentuk busana


Baju Melayu Pahang Baju melayu sering dipakai oleh para lelaki berbangsa Melayu di hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri,solat Jumaat dan hari-hari istimewa yang memerlukan mereka untuk memakai baju melayu. Terdapat dua jenis baju melayu iaitu Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Teluk Belanga. Namun begitu, di negeri Pahang lebih dikenali dengan Baju Melayu Cekak Musang. Baju Melayu Cekak Musang merupakan pakaian tradisional yang berasal dari negeri Johor namun, pada masa kini pakaian tradisional ini sudah berkembang pesat seiring waktu. Oleh itu, kita dapat melihat Baju Melayu Cekak Musang ini bukan sahaja di negeri Pahang, namun di seluruh negeri di Malaysia. Ciri-ciri yang terdapat pada baju melayu cekak musang ini adalah berbutang lima dan berkolar tinggi serta lima butang tersebut mempunya maksud tersendiri dalam menurut kaum Melayu lima butang itu merujuk kepada lima rukun Islam dan dua butang yang terasing diatas daripada tiga butang dibawah membawa maksud mengucap dua kalimah Syahadah.


Selain itu, Baju Melayu ini tidak akan lengkap jika tiada kian sampinnya. Kain samping yang sering dikenakan oleh Baju Melayu Cekak Musang adalah kain samping yang diperbuat daripada kain songket tenun Pahang. Cara memakai kain samping adalah dengan menyarungnya kain tersebut dan diikat serta dilipat di keliling pinggang. Ikatan dan lipatan yang dikenakan juga mempunyai cara yang tersendiri dan maksud-maksud tersendiri, di negeri Pahang baju Melayu Cekak Musang ini dikenakan dengan samping yang diikat dengan cara Ombak Beralun. Seterusnya, baju Melayu Cekak Musang ini tidak akan lengkap tanpa seluar Pak Sekarap iaitu seluar yang mempunyai potongan longgar agar selesa apabila berhadapan dengan musuh di luar dugaan. Akhir sekali, bagi menampakkan lagi keindaan pakaian tradisional ini, mereka mengenakan hiasan kepala iaitu Tanjak Helang Menyosong Angin. Kemudian, dokoh sebagai penghias dada dan keris di pinggang. Dalam Pahang yang megah, tradisi berkilau, Busana bersejarah, kisah emas yang terbina.


Meskipun terdapat perbezaan dari segi reka bentuk, gaya dan pilihan warna, namun itu tidak menjadi satu penghalang untuk mengayakannya meskipun di negeri lain. Hal ini telah membuktikan bahawa pakaian tradisional di negeri Kelantan telah pun mendapat sambutan bukan hanya di Malaysia malah serantau dunia. Busana& Kelantan Negeri Kelantan Darul Naim atau lebih dikenali dengan negeri Che Siti Wan Kembang juga tidak asing dalam mempamerkan keunikan dan tradisi turun temurun mereka. Negeri Kelantan mempunyai ciri-ciri kebudayaan yang tersendiri, termasuklah dikenali sebagai lubuk budaya. Terdapat pelbagai keunikan yang dipamerkan oleh Kelantan sama ada dalam aspek budaya, makanan, permainan tradisional dan tidak lupa juga dalam aspek pakaian tradisional negeri Kelantan. Baju Sikap juga merupakan salah satu pakaian tradisional selalu dipakai oleh raja atau golongan bangsawan. Baju sikap ini terdiri daripada dua helai baju di mana bahagian dalam baju itu tidak berlengan Bahagian luar pula adalah jenis songket berbelah di hadapan, berkolar tinggi dan berbutang satu. Baju sikap ini turut dipadankan dengan seluar panjang bersongket dan dipakai dengan tengkolok untuk dijadikan hiasan di kepala. Terdapat beberapa jenis pakaian tradisional yang menjadi pilihan hati rakyat terutamanya rakyat Kelantan sama ada kaum Adam mahupun Hawa. Antaranya adalah baju sikap dan baju melayu cekak musang bagi kaum Adam serta pakaian cik Siti Wan Kembang dan kebaya Kota Bharu bagi kaum Hawa. BAJU SIKAP


Baju Cik Siti Wan Kembang juga menjadi salah satu pakaian yang pernah digayakan oleh pemerintah wanita di negeri Kelantan. Pakaian ini mengandungi tiga helai kain iaitu sehelai songket sarung dan dua helai songket lepas. Kain songket sarung dipakai pada paras pinggang ke kaki. Manakala sehelai kain songket akan dijadikan sebagai kain kemban yang diikat pada paras dada dan lebihan kain dijuraikan secara tergantung. Ia turut dipakaikan tali pinggang serta pending agar nampak lebih kemas. Sehelai kain selendang songket dipakai di atas bahu bagi menutupi bahu dan sebahagian leher. Baju Melayu Cekak Musang pula masih relevan pada masa kini. Baju ini sering kali digayakan sewaktu majlis keramaian dan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Baju dan seluar fabrik kapas atau satin ini lengkap mempunyai 3 kocek iaitu satu kecil di dada dan 2 besar di bahagian bawah sebesar dua jari dari tepi baju. Pakaian ini dipadankan dengan samping warna hijau sedondon songket bercorak kotak atau bunga bertabur sarat atau jarang, dengan ikatan gulung kembung. Manakala songkok dipakai di atas kepala bagi melengkapkan pakaian pada keseluruhannya. BAJU CIK SITI WAN KEMBANG BAJU MELAYU CEKAK MYSANG Seperti yang kita sedia maklum, Kota Bharu merupakan ibu negeri bagi Kelantan. Oleh itu, Kebaya Kota Bharu diperkenalkan bagi menggambarkan pakaian bagi negeri Kelantan. Baju ini diperbuat daripada kain net yang jarang yang disulam dengan benang sutera bercorak flora. Baju ini menyerupai baju kebaya pendek tetapi mempunyai lidah di bahagian hadapan seperti bentuk tiga segi dan berkancing butang tekan. Baju ini dipadankan dengan kain sarung batik dengan ikatan tindih kasih di mana kepala kain dipakai pada bahagain belakang iaitu cara pemakaian wanita Kelantan. Baju Kebaya ini masih relevan pada masa kini, tidak hanya di negeri Kelantan malah di negeri seluruh Malaysia juga seantero dunia. Baju ini kerap kali dapat kita lihat sama ada di majlis hari raya, majlis perkahwinan bahkan majlis keramaian. KEBAYA KOTA BHARU


Terengganu Darul Iman atau nama pendeknya Terengganu ialah salah sebuah negeri di Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di bahagian utara dan barat lautnya, Terengganu bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian Selatan dan barat dayanya pula, Terengganu bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12955 km2 Terengganu ialah negeri yang mempunyai banyak tradisi turun temurun seperti busana tradisional. Busana tradisional negeri Terengganu mempunyai banyak persamaan dengan busana tradisional dengan negeri lain tetapi terdapat keunikannya yang membuatkannya berbeza daripada yang lain. BUSANA TERENGGANU


Baju Belah Salah satu pakaian yang boleh dijadikan contoh ialah baju belah. Baju belah mempunyai potongan seperti baju kurung tetapi mempunyai belahan di bahagian depan, kemasan kelepek seruas jari dan labuh hingga ke paras lutut. Baju belah ini dihiasi dengan butang lima atau tujuh mengikut keselesaan pemakai dan biasa menggunakan Butang Kunang-kunang sebagai butang. Kain susun yang dipanggil Susun Ombak Mengalun boleh dipakaidi sebelah kanan dan kiri mengikut kehendak pemakai. Baju belah biasa digayakan dengan selendang dan rantai emas labuh ke paras dada. Bagi lelaki pula ialah pakaian petani. Ini kerana pada zaman dahulu rakyat Terengganu menjalankan aktiviti bercucuk tanam sebagai aktiviti sara hidup menyebabkan pakaian ini menjadi pilihan pakaian harian rakyat Terengganu. Pakaian petani adalah gabungan baju putih berleher bulat daripada sejenis kepas dan berseluar Panjang berwarna hitam. Pemakaian semutar menjadi kegemaran sebagai pengganti songkok dan kain batik di bahu yang mempunyai banyak fungsi dalam keadaan terdesak sama ada sebagai alas tempat duduk, perlindungan bila berlaku perubahan cuaca dan mengangkat barang atau bekalan


Baju Kurung Kedah, yang terkenal ini mengandungi warisan dan asal-usul yang teguh dengan negeri Kedah yang merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan budaya Melayu. Nama lain untuk pakaian tradisional ini ialah Baju Sekerat Kedah. SEJARAH BUSANA BAJU KURUNG KEDAH Dari pesisir pantai hingga bukit permai, Busana warisan, keindahan terpancar. Lembaran sejarah, di kain teranyam, Pakaian Kedah, simbol keabadian. Rakyat biasa pada masa itu dilarang memakai Baju Kurung Kedah ketika menghadap raja. Pada tahun 1907 , Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah menetapkan peraturan baharu yang membenarkan semua rakyat biasa mengenakan Baju Kurung Kedah ini. Pakaian ini asalnya berkongsi beberapa ciri dengan baju tradisional orang Melayu di Pattani, Kelantan, dan Terengganu. Juga mempunyai hubungan dengan pakaian penduduk selatan Thailand.Keunikan Baju Kurung Kedah semakin meluas apabila terlihat persamaan dengan pakaian wanita Singhalese di Sri Lanka dan Mindanao di Filipina. Baju ini kemudiannya menjadi pilihan pakaian bagi rakyat Kesultanan Melayu Melaka juga iaitu zaman sebelum pemerintahan Tun Hassan Temenggung. Baju Kurung Kedah, yang merupakan salah satu pakaian tradisional yang membuktikan kekayaan kebudayaan Melayu, yang datang dari utara Semenanjung Malaysia, iaitu negeri Kedah Darul Aman. Pakaian ini tidak hanya berfungsi sebagai elemen pakaian, tetapi juga menjadi simbolik dan identiti yang menunjukkan keunikan budaya negeri Kedah, sekaligus mewarisi nilai-nilai dan tradisi masyarakat Melayu . Sejarah Baju Kurung Kedah dapat dijejak kembali pada tahun 1803 dari zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Baju ini mulai menjadi perhatian masyarakat apabila dipopularkan oleh Wan Hajar Wan Ismail, yang lebih dikenali sebagai Mak Wan Besar, yang merupakan nenekanda kepada Sultan Abdul Halim di Muadzam Shah.Pada era 80- an, penggunaan baju ini adalah terhad kepada wanita-wanita kerabat diraja, orang-orang besar negeri dan golongan bangsawan. Busana Kedah


Ciri-ciri busana Baju Kurung Kedah ini yang paling ketara adalah kain bajunya disarongkan dengan kain batik yang membuatkan pakaian ini lain daripada negeri lain. Dan juga bajunya yang dijahit singkat hingga ke paras punggung. Baju Kedah selalunya diperbuat daripada kain fabrik yang berbunga kecil ataupun kainnya yang jarang dan keras.Di lehernya pulak dijahit berbentuk ‘V’ tetapi telah diubahsuai berbentuk bulat seperti Baju Kurung Teluk Belanga atas sebab perubahan zaman yang juga menyelesakan lagi untuk dipakai. Kemudian, pakaian ini juga turut dilengkapi dengan rantai leher dan gelang tangan dan dihiasi dengan cucuk sanggul serta bunga kecil. Diserikan lagi si pemakai dengan meragakannya menggunakan selendang songket dari motif bunga tabur. Ciri-ciri busana Baju Kurung Kedah ini yang paling ketara adalah kain bajunya disarongkan dengan kain batik yang membuatkan pakaian ini lain daripada negeri lain. Dan juga bajunya yang dijahit singkat hingga ke paras punggung. Baju Kedah selalunya diperbuat daripada kain fabrik yang berbunga kecil ataupun kainnya yang jarang dan keras.Di lehernya pulak dijahit berbentuk ‘V’ tetapi telah diubahsuai berbentuk bulat seperti Baju Kurung Teluk Belanga atas sebab perubahan zaman yang juga menyelesakan lagi untuk dipakai. Kemudian, pakaian ini juga turut dilengkapi dengan rantai leher dan gelang tangan dan dihiasi dengan cucuk sanggul serta bunga kecil. Diserikan lagi si pemakai dengan meragakannya menggunakan selendang songket dari motif bunga tabur. Di desa-desa Kedah, kebaya berkembang, Pesona tradisi, di setiap helaian yang terpang. Warna-warni kain, berkilau di bawah mentari, Busana Kedah, kecantikan yang tak terkalahkan.


BAJU MELAYU KEDAH Dalam kain, cerita bangsa terukir indah. Di Kedah, pakaian tradisional yang terkenal ialah Baju Kedah. Baju Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai. Pakaian ini dipakai oleh ramai wanita Kedah. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian harian atau pakaian basahan. Ia dibuat singkat sampai ke paras punggung dan biasanya dipakai dengan kain batik ataupun kain pelikat tanpa banyak hiasan. Orang lelaki Kedah pula gemar memakai Seluar Hitam dan Baju Baba yang berwarna hitam. Selain daripada Baju Baba, dipakai juga baju Melayu Cekak Musang dan Baju Petani Leher Johor, sampingnya Kain Pelikat Tapak Catur dan setangan dikepala ialah kain batik. Di bahagian pinggang pula sentiasa terselit Golok Kedah. Masing-masing tidak berkasut dan yang berada Berpayung Cina. Orang-orang yang dihormati pula memakai Kain Bebat di pinggang. Bebat yang baik ialah dari Sutera Siam atau pun Kain Cindai.


Perhiasan pakaian kepala pula merupakan jenisjenis pakaian kepala seperti tengkolok, selendang, songkok dan semutar. Perhiasan diri pula merupakan barang-barang kemas yang terdiri dari rantai, gelang tangan, gelang kaki, subang dan cincin. Pakaian & Perhiasan Baju Melayu sering dikenakan dalam pelbagai acara adat, pernikahan, perayaan, dan upacara keagamaan. Corak, warna, dan jenis kain yang digunakan dalam pakaian Melayu dapat bervariasi sesuai dengan daerah dan budaya tempatan. Pakaian Melayu merupakan bahagian penting dari identiti budaya Melayu dan merupakan simbol kebanggaan bagi masyarakat Melayu di Negeri Kedah dan seluruh Malaysia. hingga yang lebih mewah, tergantung pada acara atau kesempatan penggunaannya. Sampin dapat menambahkan sentuhan elegan dan formal pada pakaian Melayu. Kasut pula terdiri daripada terompah kayu, kasut-kasut yang bertekat dan ditaburi dengan manik. Kehebatan dan kepelbagaian Pakaian Tradisional Kedah dianggap sebagai satu cabang kebudayaan tradisi negeri Kedah yang menekankan bentuk-bentuk dan reka corak yang tersendiri. Seterusnya, Sampin adalah salah satu aksesori tradisional yang sering digunakan bersama pakaian tradisional Melayu seperti Baju Melayu atau Baju Kurung. Sampin adalah sejenis kain yang dililitkan di sekitar pinggang sebagai bagian dari pakaian. Sampin biasanya terbuat dari kain dengan warna dan corak yang khas. Kainnya dapat bervariasi dari yang sederhana


Ketika berbicara tentang pakaian tradisional kaum Melayu, setiap busana menjadi lambang keistimewaan yang tersendiri. Oleh yang demikian, janganlah memandang enteng kepada nilai pemakain tradisional sehingga risiko kehilangan ilmu tentang keindahan dan makna di balik setiap helai kain. Bak kata Mutiara. “biar mati anak jangan mati adat”. Marilah Bersama-sama bangkit sebagai bangsa Melayu, menjaga dengan penuh kasih sayang warisan nenek moyang kita agar tetap megah dan mampu menebus sepanjang zaman. Penutup Warisan budaya mencerminkan keunikan sesebuah kaum. Kecemerlangan warisan budaya yang utuh bukan sahaja memberikan keagungan kapada kaum tersebut di mata masyarakat lain, tetapi juga melintasi sempadan negara dan membentuk imej yang anggun dia mata dunia. Oleh itu amat penting kepada kita untuk memelihara dan mengekalkan warisan budaya kaum Melayu bukan hanya di Malaysia tetapi juga hingga ke penjuru dunia.


RUJUKAN KUMPULAN 1 Alias, A dan Md. Nawawi, N (2003). Pakaian dan Perhiasan Tradisional Negeri Kedah . Pakaian Dan Perhiasan tradisional Negeri Kedah - pakaian tradisional. https://www.memoridddlkedah.com/page_pengenalan.php DddipageNum_Recordset1=12&p=2&idstopic=1&idskandungan=7 Asal Dari Johor, Ini Asal Usul Baju Melayu Cekak Musang Yang Tak Ramai Orang Tahu. (2023, April 21). SYOK. Retrieved December 19, 2023, from Ccclhttps://bm.syok.my/info/21-4-asal-usul-baju-melayu-cekak-musang Arianna., (2017). "Ciri-ciri Yang Unik Bagi Baju Melayu Cekak Musang." Baju Melayu Cekak Musang. https://kainku.shop/baju-melayu-cekak-musang/ Evolusi pakaian tradisional masyarakat Melayu lambang jati diri turun temurun. (2019, December 16). Retrieved 19 December 2023, from Daily Rakyat website: Hhhihttps://dailyrakyat.com/pakaian-tradisional-masyarakat-melayu/15746 Maluhi, N. (2019). Baju Riau Pahang. Academia.edu from Gggihttps://www.academia.edu/38454264/BAJU_RIAU_PAHANG Nurul Husna, M., (2023). "Keaslian Baju Melayu." MyMetro. https://www.hmetro.com.my/WM/2023/04/958906/keaslian-baju-melayu National Department for Culture and Arts. (n.d.). Kurung Pahang. Pemetaan Budaya JKKN from Gggihttps://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/512 Portal Diraja Pahang. (n.d.). BUSANA. Retrieved December 19, 2023, from Gggihttp://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=1219 Zainul, U., (2019). "Sejarah Baju Cekak Musang." Buana Melayu. https://www.facebook.com/sahayalaksamanamuda/posts/sejarah


BENANG WARISAN DIPAKAIAN DISUSUN


Click to View FlipBook Version