The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESY. KURI KALI 1 2019 anyflip-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aidai Mohd Razali, 2019-06-13 22:26:56

MINIT MESY. KURI KALI 1 2019 anyflip-converted

MINIT MESY. KURI KALI 1 2019 anyflip-converted

KEHADIRAN MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2019
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) BANDAR BARU SERTING

Tarikh : 26 DISEMBER 2018
Hari : RABU
Masa : 10.00 PAGI
Tempat : Bilik Gerakan SK(F)BBS
Kehadiran : 57/60

HADIR

1. Rohayati bt. Baba (Guru Besar) 34. Nik Mahani bt Nik Mahmud

2. Rosli bin Talib (GPK 1) 35. Nur Aminah bt Hassanuddin

3. Mohd Amar bin Mohamad (GPK HEM) 36. Nurhidayah binti Yaakop

4. Irwan Farid bin Idris (GPK 37. Nurul Khairiah bt Kahar

Kokurikulum)

5. Asiah Bt. Mohd Dom (GPK PPKI) 38. Rabiatul Adawiyah binti Ahzarisham

6. Aidai bt Mohd Razali 39. Rohiza bt Said

7. Ainin Syakirah binti Adzman 40. Roslizaini bt Harun

8. Anumanthan A/L Muniandy 41. Romie Sophian bin Johari

9. Aliyes bin Ahmad 42. Rozita bt Md Isa

10. Ayat bt Sidik 43. Rubiah bt Mohd Razali

11. Aziana binti Adam 44. Saerah bt Karin

12. Darnadalis binti Abd Raoh 45. Samah bt Khamis

13. Fatimah bt Rajak 46. Siti Kartini bt Abd Kadir

14. Faiza bin Abdu Rahman 47. Siti Rahmah bt. Dahlan

15. Ibrahim Gunalan bin Abdullah 48. Suraya Liza bt Rosli
16. Jamilah bt Abdul Latif 49. Syed Ahmad Jufri b Syed Aziz

17. Kamariah bt Husin 50. Zainor bin Mohd Noor

18. Khadijah bt Salleh 51. Zakiah bt Hasim@Hussain

19. Khairul Azman bin Abd Kadir 52. Zaiton bin Md Isa

20. Marliza bt Ghazalli 53. Zahriah bt Mohd Razali

21. Mohamad Fairus bin Mohamad Shah 54. Zuraidah bt M.Ayob

22. Mohammad Hakimin bin Abdul Rahman 55. Mohd. Razib bin Ab Hamid

23. Mohd Norsani bin Mahat 56. Nordin bin Md. Nor

24. Nor Aini bt Yusof 57. Kamaruddin bin Abd Rani

25. Norlatipah bt Gimon

26. Naufirah bt Shamsudin

27. Norsimah bt Nasari TIDAK HADIR BERSEBAB
28. Noorliza binti Mihat

29. Noraziah binti Shaharum 1. Sharizad binti Mohd Sulaiman (Cuti Bersalin)
30. Nordaliyana bt Abdullah 2. Rozita bt Chik
31. Norjunaini binti Amanan

32. Norzila binti Hamid 3. Zuri bt Mansor

33. Nurhayati bt Zainudin

1

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1/ 2019

TARIKH : 26 DIS 2018
HARI : RABU
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : BILIK GERAKAN SK(F)BBS
PENGERUSI : GPK 1

AGENDA MESYUARAT :

1. Ucapan Guru Besar
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Perkara penting dalam kurikulum:

4.1 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
4.1.1 J/Kuasa Kurikulum
4.1.2 J/Kuasa Tugas-Tugas Khas
4.1.3 Mesyuarat Kurikulum

4.2 Peruntukan Kewangan
4.3 Perancangan Strategik /OPPM
4.4 Pengurusan Panatia
4.5 KPI Sekolah dan Akademik

4.5.1 Analisa UPSR 2018
4.5.2 Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2018
4.6 Sukatan Pelajaran/RPT/RPH
4.7 Program Dasar-Dasar Kerajaan
4.7.1 LINUS
4.7.2 PBS/PBD
4.8 Penilaian dan Peperiksaan
4.9 Takwim Akademik
4.10 Pengurusan Pemantauan
4.10.1 Pencerapan Guru (PdPc)

4.11 Program Peningkatan Akademik
4.11.1 Program Gemilang UPSR 2019
4.11.2 Program Panatia
4.11.3 Frog Vle
4.11.4 PAK 21

4.12 Pemulihan
4.13 PRA Sekolah
4.14 PPKI
5. Hal-Hal lain
6. Penutup

2

PERKARA 1 : UCAPAN ALUAN GURU BESAR

1.1. Guru Besar memulakan mesyuaratdengan bacaan surah Al-Fatihah.

1.2. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat
kurikulum kali pertama sesi 2019.

PERKARA 2 : MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Pn. Norlatipah binti Gimon mencadangkan minit mesyuarat kurikulum kali kedua
bertarikh 19 April 2018 diterima serta disahkan dan disokong oleh En. Anumanthan A/L
Muniandy.
Tindakan : Makluman

PERKARA 3 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara 1.1.2 : Guru Besar memaklumkan sekiranya ada penjaga yang ingin
mengeluarkan anak mereka dari kelas DLP, mereka perlu membuat surat kepada GPK 1
dan rujuk UBK dan satu salinan ke PPD untuk rayuan.

3.2 Perkara 4.2.5 : Ketua panitia Bahasa Inggeris memaklumkan masih ada 2 orang murid
yang tidak melepasi Literasi.

3.3 Perkara 4.18.1 : Guru Besar meminta semua guru menggunakan kembali VLE Frog
kerana data sekolah ada ketika naik dan ada ketika turun.
Tindakan : Makluman

PERKARA 4 : ISU / LAPORAN/ PEMBENTANGAN / PERBINCANGAN

4.1 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 2019

4.1.1 Jawatankuasa Kurikulum dan jawatankuasa tugas-tugas khas telah pun dibentuk
dan sila rujuk kepada buku pengurusan kurikulum 2019.
Tindakan : Semua Guru

4.2 Peruntukan Kewangan

4.2.1 Guru besar menyarankan semua panitia agar membuat perbelanjaan berhemah
menggunakan PCG panitia masing-masing. Duit lebihan PCG tahun lepas boleh
digunakan untuk yahun 2019. Barang-barang yang dibeli perlu ada catatan.

Tindakan : Semua Panitia

3

4.3 Perancangan Strategik

4.3.1 GPK 1 mengingatkan semua panitia dan unit kurikulum agar merangka
perancangan strategik dan OPPM bagi yang belum ada. Bagi panitia yang telah
ada perancangan strategik dan OPPM, ketua panitia perlu tengok semula samada
relevan atau tidak untuk tahun semasa.

Tindakan : Semua Guru

4.4 Pengurusan Panitia

4.4.1 GPK1 mengingatkan kepada semua panitia agar dapat menjalankan mesyuarat
panitia empat kali setahun bagi membincangkan tentang masalah dalam panitia
dan penyelesaiannya. Antara perkara yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat
ialah,

mesyuarat 1 - postmortem peperiksaan akhir tahun,
perancangan strategic, OPPMdan kewangan

mesyuarat 2 & 3 - bincang aktiviti dan perjalanan program
- bincang kekuatan dan kelemahan program

mesyuarat 4 - Penilaian dan pemantauan untuk program yang
dijalankan dan penetapan guru yang mengajar
pada yahun hadapan.

Tindakan : Semua Panitia

4.5 KPI Sekolah dan Akademik

4.5.1 Analisa UPSR 2018

- Rujuk lampiran.

4.5.2 Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2019

- GPK1 meminta semua guru menetapkan TOV untuk tahun 2019 berdasarkan
keputusan peperiksaan akhir tahun.

Tindakan : Makluman

4.6 Sukatan Pelajaran/RPT/RPH

4.6.1 GPK 1 meminta agar RPH dan RPT dirangka berdasarkan minggu kalendar
akademik.
Tindakan : Makluman

4

4.7 Program Dasar-Dasar Kerajaan

4.7.1 LINUS
- GPK1 memaklumkan tiada lagi LINUS di peringkat KPM tapi masih lagi boleh
digunakan di peringkat sekolah.
Tindakan : Makluman

4.7.2 PBS/PBD
- GPK1 memaklumkan tahun 1, 2,dan 3 tiada lagi peperiksaan. Pncapaian murid
akan diukur berdasarkan PBD. PBD boleh dijalankan dalam pelbagai cara antaranya
ialah pemerhatian, cerita, kerja dalam kumpulan dan sebagainya. Rekod transit
perlu disediakan sekurang-kurangnya mencapai TP 3.

Tindakan : Makluman

4.8 Penilaian dan Peperiksaan

4.8.1 GPK 1 memaklumkan mulai tahun hadapan PPSR (Pelaporan Pentaksiran Sekolah
Rendah) akan dilaksanakan. PPSR merangkumi PBD, PAJSK, UPSR dan Psikometrik.
Tindakan : Makluman

4.9 Takwim Akademik

4.9.1 Rujuk takwim kurikulum sekolah.

Tindakan : makluman

4.10 Pengurusan Pemantauan

4.10.1 Pencerapan Guru (PdPc)
- GPK 1 memaklumkan pencerapan PdPc akan dilaksanakan dalam bulan Mac dan
Oktober. PdPc perlu ada ciri-ciri PAK 21 dan KBAT.
Tindakan : Makluman

4.11 Program Peningkatan Akademik

4.11.1 Program Gemilang UPSR 2018
- Penyelaras Kecemerlangan Tahun 6, Pn. Rubiah binti Mohd Razali telah
masukkan dalam takwim sekolah. Sila rujuk takwim sekolah.

4.11.2 Program Panitia
- Rujuk Takwim Sekolah

4.11.3 Frog VLE
- GPK1 berharap semua guru dapat meneruskan kecemerlangan dan pencapaian
yang lebih baik.

5

4.11.4 PAK 21
- GPK1 memaklumkan antara ciri Pdpc PAK 21 ialah berpusatkan murid, di mana
guru-guru digalakan menggunakan komputer, telefon bimbit atau sebagainya
dalam pdpc.
Tindakan : Semua guru

4.12 Pemulihan

4.12.1 Guru Pemulihan Khas memaklumkan bilangan murid pemulihan khas tahun 2018
seramai 13 orang dari kelas 2 Cerdik, 2 orang dari kelas 3 Cerdik dan 1 orang dari
kelas 5 Cerdik.

4.12.2 Beliau memaklumkan jadual kelas pemulihan khas akan dibuat berdasarkan jadual
induk sekolah.
Tindakan : Makluman

4.13 Pra Sekolah

4.13.1 Penyelaras Pra sekolah memaklumkan bilangan murid seramai 41 orang.

Tindakan : Makluman

4.14 PPKI

4.14.1 GPK PPKI memaklumkan bilangan murid PPKI seramai 32 orang, pra PPKI seramai
8 orang, PPM seramai 5 orang, guru seramai 11 orang dan kelas kekal dengan 6
kelas.
Tindakan : Makluman

PERKARA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Guru Besar memaklumkan pertandingan Heroes Teacher akan diadakan
.

Tindakan : Makluman

PERKARA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 GPK 1 berharap agar semua guru dapat menjalinkan hubungan yang mesra dan dapat
memberi kerjasama yang baik dan semua masalah dapat diselesaikan bersama.

6.2 Dengan ucapan terima kasih, beliau menangguhkan mesyuarat pada jam 12:00 tengahari.

Disediakan oleh,

---------------------------------
(Aidai binti Mohd Razali)
Urusetia Mesyuarat.

6


Click to View FlipBook Version