The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by momocute520, 2020-06-06 13:57:19

ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA

SEJARAH BAB 3

Keywords: PRASEJARAH,MALAYSIA

Zaman Prasejarah di Malaysia

CIKGU LIM SOOK KHENG

1. APAKAH ITU ZAMAN HOABINHIAN?
Madeleine Colani merupakan ahli arkeologi Perancis yang telah
memperkenalkan istilah Hoabinhian pada Zaman Prasejarah Asia Tenggara
pada tahun 1932. Hoabinhian diambil sempena nama satu tempat di utara
Vietnam, iaitu Hoa-binh.

2. ADAKAH ASIA TENGGARA MENGALAMI ZAMAN MESOLITIK?
Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik dikenali sebagai Zaman Hoabinhian. Hal
ini demikian kerana unsur-unsur Zaman Mesolitik sebagaimana yang
ditemukan di Eropah tidak ditemukan di Asia Tenggara.

3. BILAKAH PERMULAAN ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA?
Penemuan tinggalan manusia Zaman Prasejarah menunjukkan sejak 40,000
tahun yang lalu.

Zaman Prasejarah di Malaysia

ZAMAN TAPAK

40,000 SM Tingkayu, Sabah
Paleolitik Gua Niah, Sarawak
Kota Tampan, Perak
12,000 SM – 2,800 SM Lembah Mansuli, Sabah
Mesolitik (Hoabinhian)
Jenderam Hilir, Selangor
2,800 SM – 500 SM Gua Madai, Sabah
Neolitik Gua Cha, Ulu Kelantan
Bukit Tegun Lembu, Perlis
500 SM – 500 M
Logam Gua Kecil, Pahang
Sungai Tembeling, Pahang
Lubang Angin, Sarawak
Gua Tapadong, Sabah
Jenderam Hilir, Selangor

Sungai Tembeling, Pahang
Lembah Bernam, Selangor

Zaman Prasejarah di Malaysia

TEKNOLOGI TEMBIKAR & MANIK

• Kemahiran menghasilkan peralatan • Penemuan pelbagai jenis
batu dan logam. tembikar ditemukan di Gua Niah,
Sarawak.
• Peralatan ini digunakan memotong,
menetak atau memecahkan tulang. • Tembikar ini mempunyai pelbagai
bentuk, saiz dan corak hiasan.
• Penemuan di Kota Tampan, Perak
dan Tingkayu, Sabah menunjukkan • pelbagai jenis manik telah
wujud bengkel membuat peralatan ditemukan, seperti di Kuala
batu. Selinsing, Perak dan di Lembah
Bernam, Selangor.
• Peralatan batu Zaman Neolitik di
Hulu Perak menunjukkan manusia
telah mampu menggilap alatan
tersebut.

• Peralatan logam yang ditemukan di
Klang, Selangor membuktikan
kewujudan Zaman Logam di negara
ini.

Zaman Prasejarah di Malaysia

LUKISAN GUA UKIRAN BATU

• Lukisan gua dan ukiran batu ini • Ditemukan di Sabah dan Sarawak,
merupakan cara komunikasi sementara di Semenanjung
untuk menyampaikan maklumat Malaysia, hanya ditemukan di
tentang kehidupan mereka. Pengkalan Kempas, Negeri
Sembilan.
• Lukisan dan ukiran
menggambarkan kehidupan • Kaitan dengan budaya megalit
harian manusia, seperti aktiviti (budaya berasaskan penggunaan
memburu dan amalan ritual. batu-batu bersaiz besar).

• Lukisan gua ini biasanya
menggunakan arang dan oker
merah.

Zaman Prasejarah di Malaysia

EKONOMI • Kegiatan perdagangan melalui
sistem pertukaran barang berlaku
• Aktiviti memburu dan memungut sama ada melalui laluan daratan
hasil hutan dan sara diri oleh atau maritim. Antara barang
masyarakat Zaman Paleolitik dagangan yang penting
hingga Zaman Haobinhian. termasuklah loceng dan gendang
gangsa.
• Manusia Neolitik menjalankan
aktiviti penanaman di pinggir
sungai dan lembah yang subur,
seperti di Hulu Tembeling,
Pahang; Jenderam Hilir, Selangor;
dan Lembah Nenggiri, Ulu
Kelantan.

• “Pisau Tembeling” di Pahang.
digunakan ketika menuai padi.

• Pertukaran lebihan padi dalam
masyarakat ketika itu.

Zaman Prasejarah di Malaysia

KEPERCAYAAN • Pengebumian Memanjang di Gua Cha,
Kelantan.
• Penemuan ideofak di beberapa tapak
perkuburan. • Pengebumian Melentur di Gua Gunung
Runtuh, Perak.
APAKAH ITU IDEOFAK?
“Hasil tinggalan manusia Zaman • Pengebumian Keranda Kayu di Pantai
Prasejarah yg berkaitan dengan ideologi Timur, Sabah.
atau kepercayaan”.
• Kubur Kepingan Batu di Lembah
• Masyarakat mengamalkan kepercayaan Bernam, Selangor.
dan memberikan penghormatan kepada
orang mati.

• kepercayaan masyarakat Zaman • Pengebumian Perahu di Kuala Selinsing,
Prasejarah di Malaysia turut Perak.
ditunjukkan melalui budaya megalit.
Replika batu megalit Pengkalan • Pengebumian tempayan di Sabah,
Kempas, Negeri Sembilan. Sarawak dan Kampung Limbongan,
Terengganu.
*mempunyai kaitan dengan amalan
kepercayaan dan ritual.

KUIZ

1. Dalam perkembangan Zaman Prasejarah di Asia Tenggara, Zaman Hoabinhian merujuk
kepada zaman ...
A. Mesolitik B. Paleolitik C. Neolitik D. Logam

2. Yang manakah lokasi Zaman Prasejarah terletak di Malaysia?
I. Ban Chiang II. Hagop Bilo III. Gua Liang Bua IV. Bukit Tegun Lembu
A. I dan II B. II dan III C. II dan IV D. I dan IV

3. Rangka manusia yang ditemukan di X berusia antara 11,000 hingga 10,000 tahun dan
menjadi bukti penting tentang kewujudan manusia prasejarah di negara ini. Di manakah X?

A. Gua Niah B. Gua Cha C. Lenggong D. Jenderam Hilir
4. Mayat dikebumikan bersama-sama pelbagai peralatan.

Mengapakah manusia prasejarah bertindak sedemikian?
A. Menggambarkan kedudukan seseorang semasa hidup.
B. Mempercayai kehidupan selepas mati.
C. Membuktikan keunikan amalan ritual.
D. Memberikan penghormatan terakhir.

PERBINCANGAN JAWAPAN:

1. MESOLITIK

2. I. Ban Chiang (Thailand) II. Hagop Bilo (Baturong, Sabah
Malaysia) III. Gua Liang Bua (Pulau Flores, Indonesia) IV. Bukit
Tegun Lembu (Perlis, Malaysia) – Jawapan : II & IV (C)

3. Orang Perak atau Perak Man berumur antara 11,000 hingga 10,000
tahun merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai
di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di
dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di
Lembah Lenggong. – Jawapan : C

4. Jawapan A (kedudukan istimewa)

Di Gua Cha, Kelantan, kepala mayat diletakkan di atas 'bantal' batu.


Click to View FlipBook Version