The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurul atika, 2019-05-05 11:31:17

Frasa nama 1

Frasa nama 1

MODUL
BAHASA MELAYU

FRASA NAMA
TINGKATAN 2

NURUL ATIKA YAHYA
NUR FATEHAH ZAINI
VERENE MAGUNDING
KUILHAM ABD KADIR
NUR AIMAN KAMARUDIN
AINI NADIA ABD KARIM

FRASA NAMA

1.0 DEFINISI FRASA NAMA

Frasa nama (FN) ialah binaan yang boleh mengandungi satu kata atau lebih, kata intinya
ialah kata nama. Frasa nama merupakan salah satu daripada unsur utama dalam binaan
ayat.
Secara ringkasnya, inti frasa nama ialah kata nama.

2.0 FORMULA

(Penerang) +inti+( Penerang)

Inti + Penerang

Inti merupakan kata nama, manakala perkataan yang mengikutinya merupakan unsur
penerang bagi kata nama tersebut. Terbahagi kepada dua jenis iaitu:

a) inti + penerang nama

Binaan frasa nama jenis ini terdiri daripada intinya ialah kata nama dan penerangnya juga
ialah kata nama.

Bil. Frasa Nama Inti + Contoh Ayat

Penerang Nama

i. Pulau Langkawi “Jelas sekali Pulau Langkawi mempunyai kelebihan
tersendiri dalam menawarkan produk pelancongan

sukan terutama aktiviti air,” kata Mohammad Syawal.

ii. lesen perniagaan (Utusan Online, 02 April 2019 )
lesen perniagaan yang disediakan

2

dalJaemnis pseisrtmemohobnearnkieLneasaenn daidalah lesen industri,
perniagaan, penyediaan makanan, tadika, iklan,
usahawan kecil dan penjaja, (pemilikan) anjing serta
trak makanan,” katanya pada majlis pelancaran

-baru ini.
Wisma MBSA, baru

Berita Harian Online, 10 April 2019 )

iii. bahan pengawet (
Menurut Pengarah KPDNKK Sarawak Datuk Stanley
Tan, kelompok kicap berkenaan adalah yang tamat
tempoh pada 15 Ogos 2017 apabila ia dikesan
mengandungi asid benzoik iaitu bahan pengawet yang
berlebihan.

(Utusan Borneo Online, 26 Mei 2015 )

b) inti + penerang bukan nama

Binaan frasa nama jenis ini terbentuk daripada inti yang diikuti oleh penerangnya bukan
daripada kata nama.

Bil. Frasa Nama Inti + Contoh Ayat
Penerang Bukan Nama

i. tempat ketiga Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Anuar
Manan berpuas hati dengan kejayaannya meraih
tempat ketigapada peringkat pertama perlumbaan Le
Tour de Langkawi (LTdL) 2015 sejauh 99.2 kilometer
(km) yang bermula dan berakhir di Pantai Cenang, di
sini hari ini.

(Berita Harian Online, 08 Mac 2019 )

ii. sumbangan kita kepada Akhirnya, jangan tanya apa sumbangan negara kepada

negara kita sebaliknya tanyalah apa sumbangan kita kepada

negara tercinta ini.

(Utusan Online, 09 Julai 2018 )

3

iii. makanan ini “Pemberian RMT untuk murid tahun satu hanya akan
bermula pada bulan depan tetapi Mohd. Hisyam tidak
lokek berkongsi makanan dengan adiknya. Budaya
menyuap makanan ini memang sebati dengannya
kerana di rumah dia turut menyuap dua lagi adik lain,”
katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

(Utusan Online, 24 Januari 2019 )

AKTIVITI.

1. Pelajar diminta oleh guru untuk menampal soalan berkaitan formula disekeliling
bilik darjah.

2. Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari satu soalan ke satu soalan yang
lain dengan menunggu arahan guru sebelum bergerak.

3. Semua murid mesti bergerak ke setiap tempat yang diletakkan soalan dan meneliti
soalan tersebut.

4. Murid diminta berbincang atau menulis jawapan mereka dalam kertas.

5. Setiap kumpulan mesti berbincang dan menjawab semua soalan.

LATIHAN PENEGUHAN

Sila baca petikan yang berikut dan kenal pasti frasa nama yang terdapat dalam petikan itu.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada guru-guru penolong kanan, guru-
guru, dan murid-murid yang disayangi. Bersyukur kita kerana dapat
bersama-sama dalam majlis perasmian program Minggu Peraduan pada hari
ini.

Tujuan program ini diaadakan adakah untuk memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan murid. Selain itu, murid dapat menimba ilmu dan
maklumat tentang keunikan budaya kaum lain.

Terdapat berbagai-bagai aktiviti yang akan diadakan bersemperna
dengan program Minggu Perpaduan ini. Antaranya termasuklah persembahan
drama, persembahan tarian, pertandingan melukis poster, kuiz dan acara
sukaneka.

Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah telah memberikan peruntukan
yang agak besar untuk program ini. Peruntukan tersebut

4

melibatkan kos peralatan untuk drama dan sukaneka, hadiah kepada para
pemenang dan jamuan.

Saya berharap agar murid-murid memberikan sokongan dan kerjasama
yang padu terhadap penganjuran program Minggu Perpaduan ini. Sertailah setiap
aktiviti yang dianjurkan. Semoga murid-murid beroleh manfaat

daripada program ini.

Sekian, terima kasih.

Contoh :

1. Inti + penerang nama perkara

Majlis perasmian

Inti + Inti

Binaan frasa nama jenis ini tidak mempunyai unsur penerang yakni tidak wujud hukum D-
M kerana makna keseluruhan frasa didukung oleh kedua-dua kata nama. Binaan frasa
nama jenis ini terbahagi kepada dua, iaitu:

a) inti + inti dengan persamaan makna

Perkataan dalam binaan frasa nama jenis ini membawa makna yang sama erti. Binaan
seperti ini tidak dianggap lewah kerana merupakan salah satu struktur bagi frasa nama.
Contoh frasa nama dengan binaan ini ialah:

BIL FRASA NAMA INTI + CONTOH AYAT
. INTI DENGAN
PERSAMAAN
MAKNA

i. tubuh badan Pertubuhan Kesihatan Se-dunia (WHO)
mendefinisikan sihat sebagai suatu keadaantubuh
badan yang sempurna fizikal, mental dan sosial serta
bukan sekadar bebas daripada penyakit.

(Utusan Online, 19 Februari 2018)

5

ii. hamba abdi Lima wanita warga Indonesia diselamatkan pihak
iii. wang ringgit berkuasa selepas dieksploitasi dan dijadikan
pembantu rumah ‘hamba abdi’ sejak lebih dua tahun
lalu.

(Harian Metro Online, 28 November 2018)

Setiap yang berlaku pasti ada pro dan kontra, begitu
juga dalam kejatuhan kadar mata wang ringgit.

(Harian Metro Online, 22 Jun 2015)

AKTIVITI.
Lari dan Tulis
a) Kelas dibahagikan kepada dua kumpulan atau lebih.
b) Guru membahagikan papan putih itu kepada dua bahagian.
c) Guru mengarahkan pelajar menyenaraikan binaan frasa nama inti + inti dengan

persamaan makna di papan putih.
d) Setiap pelajar diminta untuk menyenaraikan satu jawapan sahaja.
e) Kumpulan yang paling banyak menyenaraikan jawapan yang tepat dalam tempoh masa

tiga minit dikira sebagai pemenang.

LATIHAN PENEGUHAN
Nyatakan binaan frasa nama inti + inti dengan persamaan makna dalam ayat di bawah.
1. Sahabat taulan pada majlis hari lahirnya datang dari jauh dan dekat.
2. Pinggan mangkuk yang disusun rapi oleh kakak sentiasa bersih.

6

b) inti + inti dengan pertentangan makna

Perkataan dalam binaan frasa nama jenis ini membawa makna yang berlawanan. Contoh
frasa nama dengan binaan ini ialah:

Bil. Frasa Nama Inti + Inti Contoh Ayat
Dengan Pertentangan
Makna

i. ibu bapa Mungkin sekali-sekali boleh diterima tetapi
sekiranya dianggap ibu bapa sebagai pengasuh
tetap maka perbuatan itu adalah kurang wajar.

(Utusan Online, 13 Januari 2019)

ii. suami isteri Oleh itu, Mohd Nor mengingatkan jiksuaabmekieirsjtaeri
iii. tuan puan untuk keluarga, ia akan memperkukuhkan lagi

ikatan kasih sayang ahli keluarga.

(Berita Harian Online, 12 2019)
Februari

Kami janji boleh bagi tapi dengan syarat,ptuan

benarkan kami curi duit tapi kami tidak boleh

curilah.

(Utusan Online, 25 2018)
Ogos

7

Pengukuhan:

8


Click to View FlipBook Version