The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahrom Hussein, 2019-08-05 02:42:17

PROFIL MGB PERAK

PROFIL MGB PERAK

MAJLIS GURU BESAR NEGERI PERAK.

Profil Majlis Guru Besar Perak.

Nama : Majlis Guru Besar Negeri Perak
Alamat Pejabat
: Sekolah Kebangsaan Sentosa
Taman Bandar Baru
31900 Kampar
Perak Darul Ridzuan

YANG DIPERTUA :

Tn. Haji Rustam Affandy Bin Abdul Aziz, PMP, AMP, PJK.

SK. Jalan Pegoh. Ipoh.

Telefon bimbit : 012 - 520 6681

e-mel : [email protected]

TIMBALAN YANG DIPERTUA :

En Abdull Aziz Bin Ahmad.

SK. King Edward V11 (1), Taiping.

Telefon bimbit : 013 - 514 1910

e-mel : [email protected]

NAIB YANG DIPERTUA 1 :

Tn Haji Muhammad Halili Bin Mohd Isa.

SK. Dato’ Yahya Subban, Teluk Intan.

Telefon bimbit : 019 - 433 5562

e-mel : [email protected]

NAIB YANG DIPERTUA 2 :

En Zakaria Bin Hussin.

SK. Talang, Kuala Kangsar.

Telefon bimbit : 012 - 517 5950

e-mel : [email protected]

SETIAUSAHA AGUNG :

En Shahrom Bin Hussien

SK. Sentosa, Kampar.

Telefon bimbit : 016 - 557 4407

e-mel : [email protected]

Terbitan MGB Perak -2-

MAJLIS GURU BESAR NEGERI PERAK.

PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG :

En Shuhaime Bin Ishak

SK. Methodist, Ayer Tawar.

Telefon bimbit : 016 - 536 4145

e-mel : [email protected]

BENDAHARI AGUNG :

En Fauzi Bin Mohd Noor

SK. Raban, Lenggong.

Telefon bimbit : 013 - 416 5411

e-mel : [email protected]

Bank-Bank : MALAYAN BANKIN BERHAD
(Cawangan Setiawan)

MAKLUMAT PENGURUSAN.

Rustam Affandy bin Abdul Aziz, PMP, AMP, PJK Pengerusi
(Bachelor in Education Management - UIAM ,TESL)

Shahrom bin Hussien Setiausaha

(Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) dengan Kepujian

- Universiti Terbuka Malaysia )

Fauzi Bin Mohd Noor Bendahari

(Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) dengan Kepujian

- Universiti Terbuka Malaysia)

Terbitan MGB Perak -3-

MAJLIS GURU BESAR NEGERI PERAK. -4-

Yang Dipertua atau Timbalan YDP Daerah-Daerah

Alias Bin Hamid
SK. Toh Tandewa Sakti, Tapah
(YDP Batang Padang & Muallim)

A Zamri Bin Husin
SK. Batu 10, Lekir
(YDP Manjung)

Ahmad Zahudi Bin Abdul Aziz
SK. Cator Avenue, Ipoh
(Timb. YDP Kinta Utara)

Mohd Ridzuan Bin Hj. Mohd Adnan
SK. Malim Nawar
(YDP Kinta Selatan)

Mohamad Salji Bin Hj Yunus
SK. Alor Pongsu
(YDP Kerian)

Mohd Anuar Bin Jamaluddin
SK. Kota Lama Kanan
(Timb. YDP Kuala Kangsar)

Jamaluddin Bin Mustafa
SK. Sultan Abdul Aziz
(Timb. YDP Hilir Perak)

Zainal Bin Bahari
SK. Khir Johari
(YDP Bagan Datuk)

Zamri Bin Yakin
SK. Kampong Perak
(Timb. YDP Larut Matang & Selama)

Shahri bin Abdul Rani
SK. Kenering
(YDP Hulu Perak)

Zainal Anuar Bin Abdul Rashid
SK. Dato Sagor
(YDP Perak Tengah)

Terbitan MGB Perak

MAJLIS GURU BESAR NEGERI PERAK.

Juruaudit Dilantik:
- Archunan A/L Muniandy
SJKT. Kampar
- En Aziman Bin Abu Bakar
SK. Raja Muda Musa

Visi MGB Perak.

 Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

Misi MGB Perak.

 Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan

Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
MGB Perak Mendukung Penuh Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia.

PERLEMBAGAAN MAJLIS GURU BESAR NEGERI
PERAK

FASAL 1. NAMA DAN TEMPAT
1.1. Nama Majlis ini ialah Majlis Guru Besar Negeri Perak, ringkasnya ialah MGB Perak dan
selepas ini disebut MAJLIS.

1.2. Pejabat majlis ini ialah di sekolah Setiausaha Agung bertugas atau ditentukan oleh
Jawatankuasa Tadbir majlis ini.

1.3. Tempat mesyuarat Majlis akan ditentukan oleh Jawatankuasa Tadbir majlis dari masa ke
semasa.

Terbitan MGB Perak -5-

MAJLIS GURU BESAR NEGERI PERAK.

FASAL 2 : DEFINISI

2.1. Perkataan “Guru Besar” bermakna semua guru yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia sebagai Guru Besar, Pemangku Guru Besar atau mana-mana guru yang menjalankan
tugas-tugas Guru Besar di Sekolah Rendah.
2.2. “Penaung” maknanya Menteri Pendidikan Malaysia dan “Pendaftar” maknanya Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia.
2.3. “Penasihat” maknanya sesiapa yang dilantik untuk menjadi “Penasihat” Majlis. “Majlis”
pula bermakna Majlis Guru Besar Negeri Perak.
2.4. “Ahli” maknanya semua ahli MGB Daerah-Daerah.
2.5. “Pegawai” maknanya mereka yang dipilih dalam Persidangan Perwakilan Negeri sebagai
Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua I, Naib Yang Dipertua II ,
Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.
2.6. “Jawatankuasa Tadbir” maknanya Majlis EXCO yang terdiri daripada Yang Dipertua dan
Setiausaha Agung Majlis Guru Besar Daerah-Daerah ataupun mana-mana nama yang
dicadangkan oleh Majlis Guru Besar Daerah-Daerah.

FASAL 3 : TUJUAN

3.1. Merapatkan hubungan muhibbah antara Guru Besar-Guru Besar di semua peringkat dan
semua jenis sekolah dalam Malaysia.
3.2. Memberi kerjasama kepada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan bagi melicinkan pelaksanaan dan kehendak Dasar Pendidikan
Kebangsaan.
3.3. Bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pengalaman-pengalaman pentadbiran dan
pendapat-pendapat yang boleh meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah-
sekolah rendah.
3.4. Mendukung dan mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
3.5. Berusaha meninggikan prestasi perkhidmatan dan profesional Guru Besar.
3.6. Berusaha meningkatkan kebajikan, kemasyarakatan dan tatasusila guru.

Terbitan MGB Perak -6-

MAJLIS GURU BESAR NEGERI PERAK.

FASAL 4 : AHLI GABUNGAN

4.1. Keahlian majlis ini terdiri daripada Majlis Guru Besar Daerah-Daerah.

FASAL 5 : KEWAJIPAN AHLI

5.1. Patuh kepada perlembagaan ini.
5.2. Menjelaskan yuran tahunan mengikut kehendak perlembagaan.
5.3. Melaksana segala keputusan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir atau dalam
Persidangan Perwakilan Kebangsaan biasa / luar biasa.

FASAL 6 : HAK AHLI

6.1. Mendapat faedah menurut Fasal 3.
6.2. Hak bersuara dan mengundi / memilih dan dipilih.

FASAL 7 : BERHENTI DARIPADA MENJADI AHLI

7.1. Mana-mana ahli yang tidak mematuhi perlembagaan, peraturan atau arahan Jawatankuasa
Tadbir, maka keanggotaannya akan digantung ataupun diberhentikan daripada menjadi Ahli
Majlis.
7.2. Mana-mana ahli Majlis yang telah digantung atau diberhentikan keanggotaannya maka ia
boleh membuat rayuan bertulis kepada Yang Dipertua untuk dipertimbangkan dalam
Persidangan Perwakilan Negeri. Keputusan majoriti Persidangan Perwakilan adalah muklamad.

FASAL 8 : PENTADBIRAN -7-

8.1. Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia.
8.2. Penasihat: Pengarah Pendidikan Perak.
8.3. Majlis ini akan ditadbirkan oleh sebuah Jawatankuasa Tadbir seperti berikut:
8.3.1. Pegawai Tadbir terdiri daripada :

a. Seorang Yang Dipertua.
b. Seorang Timbalan Yang Dipertua.
c. Seorang Naib Yang Dipertua I.
d. Seorang Naib Yang Dipertua II.

Terbitan MGB Perak

MAJLIS GURU BESAR NEGERI PERAK.

e.. Seorang Setiausaha Agung,
f. Seorang Penolong Setiausaha Agung.
g. Seorang Bendahari Agung.

8.3.2. Ahli Jawatankuasa Tadbir terdiri daripada Yang DiPertua dan Setiausaha Agung Majlis
Guru Besar Daerah-Daerah ataupun mana-mana nama yang dicadangkan oleh Majlis Guru Besar
Daerah-Daerah.
8.4. Semua Pegawai Majlis ini hendaklah dipilih dalam Persidangan Perwakilan Negeri setiap
tiga (3) tahun sekali.
8.5. Jawatankuasa Tadbir ini diberi kuasa boleh melantik mana-mana Pegawai Majlis jika
berlaku kekosongan.
8.6. Jawatankuasa Tadbir ini diberi kuasa untuk menubuhkan Jawatankuasa Kecil.
8.7. Sekiranya Jawatankuasa Tadbir yang mewakili daerah-daerah (Yang Dipertua atau
Setiausaha Agung daerah-daerah) dipilih dalam mana-mana Jawatan Pegawai Majlis,
Jawatankuasa Tadbir tersebut hendaklah diganti oleh mana-mana pegawai dari daerah berkaitan
mengikut kekananan.

FASAL 9 : MESYUARAT

9.1. Persidangan Perwakilan Kebangsaan hendaklah diadakan tiap-tiap tahun selewat-lewatnya
bulan Julai. Persidangan perwakilan ini diadakan untuk membentangkan dan meluluskan hal-hal
seperti berikut:
9.1.1. Menerima dan mengesahkan Peringatan Persidangan Perwakilan Negeri yang lepas;
9.1.2. Menerima dan mengesahkan Laporan Tahunan Jawatankuasa Tadbir Majlis;
9.1.3. Menerima dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan;
9.1.4. Membentang dan menerima Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Tahunan;
9.1.5. Melantik seorang Pengerusi Tetap dan seorang Timbalan Pengerusi Tetap;
9.1.6. Memilih Pegawai dan Anggota Jawatankuasa seperti FASAL 8.3;
9.1.7. Memilih dua orang Juruaudit Dalam ;
9.1.8. Menerima dan menimbang usul-usul yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Majlis atau
daripada Jawatankuasa Tadbir.

Terbitan MGB Perak -8-

MAJLIS GURU BESAR NEGERI PERAK.

9.2. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan
sekali. Mana-mana Jawatankuasa Tadbir yang tidak dapat hadir bolehlah diwakili dan perlu
dinyatakan secara bersurat.
9.3. Persidangan Perwakilan Negeri Luar Biasa boleh diadakan dengan kehendak Jawatankuasa
Tadbir bagi membincangkan dan membuat keputusan mengenai perkara-perkara yang tertentu
atau kerana permintaan bertulis oleh satu pertiga (1/3) daripada Ahli Majlis. Tujuan mengadakan
Persidangan Perwakilan Negeri Luar Biasa itu hendaklah dinyatakan terlebih dahulu oleh
Jawatankuasa Tadbir dan notisnya hendaklah disampaikan kepada semua ahli sekurang-kurang
empat belas hari (14) dari tarikh surat notis.
9.4. Persidangan Perwakilan Negeri Tahunan dan Luar Biasa hendaklah dipengerusikan oleh
Pengerusi Tetap Persidangan dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan.
9.5. Pengerusi Tetap Persidangan mempunyai hak undi pemutus yang muktamad. Ia juga
hendaklah menandatangani Peringatan Persidangan Perwakilan setelah diluluskan dalam
persidangan.

FASAL 10 : KORUM

10.1. Ahli-ahli persidangan perwakilan adalah terdiri daripada;
10.1.1. Semua Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir;
10.1.2. Semua Ahli Perwakilan hendaklah terdiri daripada 10 orang wakil daripada setiap daerah.
10.1.3. Korum Persidangan Perwakilan Tahunan dan Luar Biasa hendaklah tidak kurang
daripada satu pertiga (1/3) daripada jumlah ahli mesyuarat.
10.1.4. Korum Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir hendaklah sekurang-kurang satu perdua ( ½ )
daripada jumlah Jawatankuasa Tadbir.

FASAL 11 : TUGAS-TUGAS PEGAWAI MAJLIS.

11.1. Yang DiPertua.
11.1.1. Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir.
11.1.2. Mempunyai hak undi pemutus yang muktamad
11.1.3. Menanda tangani peringatan mesyuarat Jawatankuasa Tadbir yang diluluskan.
11.1.4. Mengawasi pentadbiran Majlis

Terbitan MGB Perak -9-

MAJLIS GURU BESAR NEGERI PERAK.

11.1.5. Memerhati bahawa undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan ini dipatuhi
oleh Ahli-Ahli Majlis.
11.1.6. Menghadiri dalam mana-mana majlis perjumpaan mesyuarat jika diundang oleh mana-
mana pihak.
11.1.7. Mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar, ulasan dan sebarang maklumat mengenai
perjalanan badan ini dari masa ke semasa.
11.1.8. Bersama-sama Bendahari Agung hendaklah menandatangi segala cek dan baucar
pembayaran bagi pihak majlis.
11.2. Timbalan Yang DiPertua.
11.2.1. Membantu Yang DiPertua Majlis dan menjalankan tugas Yang DiPertua semasa
ketiadaannya.
11.2.2. Tugas-tugasnya adalah seperti terkandung di dalam Fasal 11.1.
11.3. Naib Yang DiPertua I.
11.3.1. Membantu Yang Dipertua Majlis dan Timbalan Yang Dipertua dan menjalankan tugas
Yang DiPertua / Timbalan Yang Dipertua semasa ketiadaan mereka.
11.4. Naib Yang DiPertua II.
11.4.1. Membantu Yang Dipertua Majlis, Timbalan Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua I
menjalankan tugas Yang DiPertua / Timbalan Yang DiPertua / Naib Yang DiPertua I semasa
ketiadaan mereka.
11.5. Setiausaha Agung
11.5.1. Mencatat segala peringatan mesyuarat majlis.
11.5.2. Bertanggungjawab tentang hal surat menyurat.
11.5.3. Menjalankan atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir dari
semasa ke semasa.
11.5.4. Menyedia Laporan Tahunan.
11.5.5. Menyimpan semua surat-menyurat atau semua dokumen majlis.
11.5.6. Menyimpan semua data peribadi Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir.
11.5.7. Setiausaha Agung hendaklah menandatangi semua cek, baucar dan dokumen kewangan
bersama-sama Bendahari Agung semasa ketiadaan Yang DiPertua.

Terbitan MGB Perak - 10 -

MAJLIS GURU BESAR NEGERI PERAK.

11.5.8. Bertanggungjawab mengeluarkan sebarang maklumat dan siaran berita ,mengenai aktiviti
Majlis kepada media massa setelah mendapat persetujuan Yang DiPertua.
11.6. Penolong Setiausaha Agung
11.6.1 Penolong Setiausaha Agung membantu kerja-kerja Setiausaha Agung.
11.6.2 Menjalankan tugas Setiausaha Agung semasa ketiadaannya seperti FASAL 11.5.
11.7. Bendahari Agung
11.7.1. Menerima dan menyimpan di bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tadbir segala
wang kepunyaan Majlis.
11.7.2. Menyimpan dengan kemaskini segala buku kira-kira kepunyaan Majlis ini.
11.7.3. Menyedia laporan kira-kira Tahunan Majlis atau pun kira-kira semasa jika dikehendaki
oleh Jawatankuasa Tadbir.
11.7.4. Membayar bil-bil majlis.
11.7.5. Bendahari dibenarkan memegang wang tunai Majlis ini tidak lebih daripada RM500.00
dalam satu-satu masa.
11.7.6. Bendahari tidak dibenarkan mengeluarkan atau menggunakan wang lebih daripada
RM 1000.00 tanpa kebenaran Jawatankuasa Tadbir .
11.7.7. Bendahari bersama-sama Yang DiPertua atau Setiausaha Agung hendaklah menandatangi
cek dan baucar yang dikeluarkan oleh Majlis ini.

FASAL 12 : KEWANGAN

12.1. Yuran
12.1.1. Bayaran masuk Ahli Gabungan Majlis ialah sebanyak RM100.00 sahaja.
12.1.2. Yuran Tahunan bagi tiap-tiap orang Guru Besar ialah sebanyak RM 50.00 setahun. Yuran
ini diperuntukkan adalah seperti berikut :-
(a) Untuk Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ialah RM10.00.
(b) Untuk Majlis Guru Besar Negeri-Negeri dan Wilayah ialah RM10.00.
(c) Untuk Majlis Guru Besar Daerah-Daerah ialah RM30.00.
12.1.3. Yuran ini hendaklah dipungut oleh Majlis Guru Besar Daerah / Negeri / Wilayah.
12.1.4. Yuran hendaklah dijelaskan pada tiap-tiap tahun sebelum 31 Mac.
12.2. Derma

Terbitan MGB Perak - 11 -

MAJLIS GURU BESAR NEGERI PERAK.

12.2.1. Dengan persetujuan bersurat daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Perak, Majlis ini
boleh memungut derma / sumbangan daripada orang perseorangan / syarikat untuk
menambahkan wang tabung.
12.2.2. Semua sumbangan derma yang diterima daripada mana-mana pihak hendaklah diluluskan
dan dipersetujui terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Tadbir.
12.2.3. Wang Majlis ini hendaklah disimpan di mana-mana bank yang diluluskan dan
dipersetujui oleh Jawatankuasa Tadbir.
12.2.4. Tahun Kewangan Majlis ini bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun
dan hendaklah di audit.

FASAL 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1. Sebarang pindaan Perlembagaan Majlis ini tidak boleh dilakukan kecuali mendapat
kelulusan Ahli Perwakilan dalam Persidangan Perwakilan Negeri atau Luar Biasa.
13.2. Sebarang pindaan perlembagaan majlis ini mengikut FASAL 13.1, akan berkuatkuasa
setelah mendapat persetujuan daripada Pendaftar Majlis.

FASAL 14 : PENTAFSIRAN
14.1. Jika kekeliruan pentafsiran perlembagaan majlis, maka hendaklah dirujukkan kepada
Jawatankuasa Tadbir ini. Pentafsiran yang dibuat oleh Jawatankuasa Tadbir adalah muktamat.

FASAL 15 : PERTIKAIAN
15.1. Sebarang pertikaian yang berlaku tidak boleh dibawa ke mahkamah, ianya hendaklah rujuk
kepada Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Pendaftar Majlis.

FASAL 18 : PEMBUBARAN
18.1. Majlis ini tidak boleh dibubarkan tanpa mendapat persetujuan daripada Pendaftar Majlis.
18.2. Kiranya Majlis ini dibubarkan segala hutang-hutang majlis ini hendaklah dijelaskan. Dan
wang yang berlebihan itu hendaklah dibahagi-bahagikan kepada ahli-ahli Majlis ataupun
mengikut budi bicara dan keputusan Jawatankuasa Tadbir bagi tujuan kepentingan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah rendah seluruh negara.

Terbitan MGB Perak - 12 -


Click to View FlipBook Version