The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2017-05-31 21:57:43

FINAL TRANSFORMASI JPS.compressed (1)

FINAL TRANSFORMASI JPS.compressed (1)

PELAN TRANSFORMASI

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

KANDUNGAN

Pendahuluan 2
Perutusan Ketua Pengarah 3
Kembara Transformasi JPS 4
Perspektif Transformasi JPS 4
Objektif Transformasi 5
Penyataan Masalah 6
Senarai Troopers 22
Penutup 23

PENDAHULUAN

Dalam menghadapi era globalisasi dan liberalisasi, muncul landskap politik, ekonomi dan sosial yang
semakin mencabar dan dinamik yang terbentuk dari kepesatan teknologi dan impak krisis ekonomi
dunia. Permintaan dan ekspektasi daripada pelanggan dan pihak berkepentingan semakin meningkat
menjurus kepada keperluan kepada sumber yang besar, kepakaran yang tinggi dan perkhidmatan
lebih daripada apa yang sedia ada.

Realitinya, kewibawaan perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan supaya sealiran dengan perkembangan
yang sedang pesat berlaku. Organisasi awam yang lebih dinamik dan tangkas dengan penjawatnya
yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi akan membolehkan perkhidmatan awam memberikan
sumbangan dan menggerakkan negara ke hadapan.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) salah satu agensi perkhidmatan awam tidak dapat lari
dari perkara ini. JPS mempunyai tanggungjawab yang penting dalam mencapai Visi Strategik Jabatan
untuk menjadi ‘Peneraju Perkhidmatan Kepakaran Kejuruteraan dan Pengurusan Sumber Air Negara’.
Oleh yang demikian, JPS perlu melaksanakan beberapa perubahan strategik selaras dengan perubahan
semasa. Beberapa aspek perkhidmatan perlu dikaji semula termasuklah tadbir urus,
perjawatan, pengetahuan, kemahiran, perkongsian maklumat dan engagement di peringkat frontliners
dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan.

2

PERUTUSAN KETUA PENGARAH

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, JPS telah berjaya
membangunkan Pelan Transformasi JPS selaras dengan Dasar Transformasi Negara
bagi menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dan arahan
Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada tahun 2014
supaya semua agensi di bawah NRE membangunkan pelan transformasi masing-masing.

Dato’ Sri Ir. Zainor Rahim bin Ibrahim Sebagaimana Visi Strategik JPS untuk menjadi ‘Peneraju Perkhidmatan Kepakaran
Ketua Pengarah JPS Malaysia Kejuruteraan dan Pengurusan Sumber Air Negara’, JPS akan memfokuskan permodenan
frontliners dan tadbir urus dalam mempertingkatkan sistem penyampaian JPS sebagai
Inisiatif Transformasi JPS. Hasil daripada kajian dalaman dan luaran, beberapa isu
dan cabaran telah disenaraikan dan dianalisis bagi menetapkan Langkah Strategik
yang berorientasikan keutamaan dan kepentingan kepada rakyat dan pihak
berkepentingan.

Hasilnya, Pelan Transformasi JPS menggariskan lima (5) Teras Strategik berdasarkan Manual Penyediaan Pelan
Transformasi Perkhidmatan Awam. Teras strategik ini akan menjadi fokus utama gerak kerja JPS dalam melaksanakan
agenda transformasi frontliners Jabatan dan disokong oleh beberapa Langkah Strategik dan Inisiatif Strategik.
Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan khususnya kepada troopers dari kalangan warga JPS dan semua
pihak amnya yang telah mencurahkan idea dan tenaga dalam menyediakan pelan transformasi ini. Semoga semua
usaha yang diberikan akan mendapat keredhaan dan petunjuk Allah SWT serta memperoleh ganjaran daripada-Nya.

Akhir kalam, besar harapan saya untuk melihat semua Warga JPS menegakkan tekad dan bersama-sama menjayakan
transformasi frontliners dan tadbir urus JPS yang akan menghasilkan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti
kepada rakyat serta menangkis perspektif negatif khususnya kepada Jabatan agar kewujudan JPS akan kekal relevan.

3

Kembara Transformasi JPS

2015 PELAN Perspektif Transformasi JPS
TRANSFORMASI
JPS Definisi Transformasi kepada
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Kelulusan oleh Pengurusan Tertinggi
11 September 2015 “Permodenan frontliners dan
tadbir urus dalam
2015 PELAN memperkasa
TRANSFORMASI
NRE sistem penyampaian JPS“

PELAN TRANSFORMASI PELAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2014 TRANSFORMASI
PERKHIDMATAN
AWAM

2014 FASA 2
NRE (5 AGENSI)

2012 FASA 1
PERHILITAN & JAS
4

Objektif Transformasi JPS PELAN TRANSFORMASI

1 Meningkatkan kecekapan dan kepimpinan transformasi frontliners JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
dalam membentuk modal insan yang berdaya saing.

Memperkukuh perkhidmatan dan sistem penyampaian 2
dengan meningkatkan keupayaan dan memberi nafas

baru kepada organisasi.

3 Membentuk sebuah institusi yang berupaya menyelami denyut
nadi rakyat dan memupuk penyertaan rakyat dalam perkhidmatan
yang disediakan.

Mengaplikasikan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 4
dengan memantapkan perkongsian maklumat bagi
mengurangkan kerenah birokrasi.

5 Membudaya nilai-nilai murni dan integriti di kalangan warga JPS
dalam mewujudkan institusi yang gemilang.

5

011 022 033 044 055

Isu kecekapan Sistem Kurang Perkongsian Aduan dan
dan kepimpinan perkhidmatan penyertaan maklumat yang tohmahan di
dan penyampaian masyarakat peringkat
di peringkat dalam aktiviti terhad dan
frontliner. yang tidak penyampaian tidak menyokong frontliner
bersepadu. semakin
PELAN TRANSFORMASI JPS. sistem terkini. bertambah.

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA Penyataan Masalah

*Sumber : i. Kajian Latar Belakang Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS)
ii. Kajian Keberkesanan Perkhidmatan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS)

6

Kecekapan Pemimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua kakitangan. PELAN TRANSFORMASI
dan Pemimpin dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya yang dikira dapat
membantu organisasi, antaranya memainkan peranan-peranan penting mewakili organisasi. JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
kepimpinan Dalam kepimpinan, kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah kecemerlangan
di peringkat sesebuah organisasi. Oleh itu, pengaruh kepimpinan dan kecekapan amat penting dalam
frontliner menentukan kejayaan organisasi di bawah pimpinannya. Peranan pemimpin dalam menangani
pelbagai masalah yang melibatkan sama ada kakitangan di bawah pimpinannya,
masyarakat di sekitarnya ataupun urusan di peringkat atas mempengaruhi prestasi
sesebuah organisasi. Kerangka etika yang boleh dijadikan pegangan oleh pemimpin organisasi
haruslah mempunyai unsur-unsur nilai yang dapat menjamin organisasi terus berdaya saing
bagi mencapai matlamat, visi, misi dan objektif yang diharapkan oleh sesebuah organisasi.

Cabaran yang dihadapi oleh Jabatan menjadi semakin rumit berikutan perubahan teknologi, Sistem
budaya serta pergerakan manusia yang semakin pantas. Peningkatan taraf hidup dan perkhidmatan
pendedahan kepada perkhidmatan global telah menyebabkan permintaan rakyat atau
pelanggan menjadi lebih sofistikated yang memberikan cabaran kepada sistem perkhidmatan dan
dan penyampaian. Bagi menangani cabaran ini, Jabatan perlu merangka sistem penyampaian
perkhidmatan dan penyampaian yang cekap dan perlu mengguna pakai model baharu
penyampaian perkhidmatan yang sepadan dengan teknologi terkini dan kehendak rakyat. yang tidak
Model penyampaian dan perkhidmatan baharu ini membolehkan Jabatan melaksanakan bersepadu
pembaharuan dan pengukuhan supaya operasi menjadi lebih efektif. Di samping itu,
Jabatan juga akan lebih bersedia untuk memenuhi permintaan dan ekspektasi rakyat
menjelang tahun 2020 dan seterusnya.

7

Kurang Revolusi sains dan teknologi di bidang komunikasi menyaksikan penggunaan komputer,
penyertaan internet, kamera digital dan telefon selular telah memberi impak yang cukup besar
masyarakat terhadap hubungan sesama manusia secara individu mahupun secara kumpulan.
dalam aktiviti Perubahan pantas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah berjaya mengubah
penyampaian cara dan jangka masa manusia membuat, melaksana dan membuat keputusan mengenai
pelbagai isu politik, ekonomi dan sosialnya. Justeru penggunaan teknologi maklumat dan
JPS komunikasi haruslah menjadi sesuatu yang mampu dimanfaatkan secara berkesan di
dalam menggalakkan penyertaan masyarakat di dalam aktiviti JPS dalam memberikan
PELAN TRANSFORMASI pendekatan yang lebih seimbang bagi mewujudkan kesedaran alam sekitar dan dalam
penyampaian maklumat terkini selain dapat membentuk kerjasama demi kesejahteraan
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA masyarakat.

Dalam menjalankan kerja seharian, terdapat aktiviti-aktiviti generik yang dijalankan oleh Perkongsian
semua pegawai dalam sesebuah agensi seperti pengurusan personel, rekod dan inventori, maklumat yang
kewangan dan komunikasi antara agensi-agensi kerajaan. Era teknologi maklumat yang
semakin pesat dengan perkongsian maklumat secara global dan boleh dicapai di hujung terhad dan
jari merupakan senario yang tidak boleh disangkal oleh sektor awam pada hari ini. Tambahan tidak
pula Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah sebagai enabler atau pemboleh daya
kepada tadbir urus negara, organisasi, penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta menyokong
kegunaan dalam kehidupan harian. Justeru, JPS selaku peneraju dalam kepakaran sistem
perkhidmatan pengurusan sumber air perlu melakukan sedikit perubahan dan terkini
penambahbaikan dalam sistem sedia ada bagi mendapatkan perkongsian maklumat yang
lebih pantas dan terkini di kalangan pegawai agar produk yang dihasilkan lebih
komprehensif, inovatif dan bersistematik.

8

Membudaya Arus globalisasi menjadikan sektor awam lebih terdedah kepada cabaran persaingan global PELAN TRANSFORMASI
nilai-nilai khususnya dari segi keperluan meningkatkan urus tadbir dan sistem penyampaian
murni dan perkhidmatan yang telus dan berintegriti. Fenomena dunia tanpa sempadan serta JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
integriti di pergerakan bebas maklumat yang dipacu oleh kemajuan Teknologi Maklumat dan
kalangan Komunikasi (ICT) turut memberi kesan sampingan dari segi moral dan etika. Tanpa
warga JPS disedari, sifat-sifat terpuji dan nilai moral di kalangan pegawai terhakis sedikit demi
sedikit yang seterusnya memberi kesan terhadap kualiti kerja dan produktiviti pegawai.

9

LANGKAH STRATEGIK DI BAWAH SETIAP TERAS STRATEGIK

TS 1: TS 2: TS 3: TS 4: TS 5:
Mendaya Upaya Bakat Merekayasa Organisasi Merakyatkan Merangkum dan Membudaya Nilai
Penyampaian
Perkhidmatan Sepunya

PELAN TRANSFORMASI 1. Mempertingkatkan 1. Memperkukuh 1. Mewujudkan dan 1. Memantapkan 1. Mempertingkatkan
kecekapan dan perkhidmatan dan memantapkan perkongsian maklumat akauntabiliti dan
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA kompetensi Jurutera pengurusan berkualiti penyertaan masyarakat bagi mengurangkan integriti di kalangan
Daerah (frontliner) dalam pengurusan kerenah birokrasi warga JPS
2. Mempertingkatkan lembangan sungai
2. Mempertingkatkan sistem penyampaian 2. Membudayakan
daya kepimpinan perkhidmatan 2. Mengurangkan impak nilai-nilai murni yang
transformasi Jurutera bencana banjir dikongsi bersama di
Daerah (frontliner) kalangan warga JPS
3. Memantau isu dan ma
salah berkaitan jps
secara atas talian

4. Meningkatkan akses
maklumat berkaitan
JPS oleh orang awam

10

TERAS STRATEGIK 1 : MENDAYA UPAYA BAKAT PELAN TRANSFORMASI

LANGKAH STRATEGIK 1: MEMPERTINGKATKAN KECEKAPAN DAN KOMPETENSI JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
(FRONTLINER)

BIL PROJEK KETERANGAN KPI / OUTPUT OUTCOME
1. District Engineer Talent
Kursus ini merupakan kursus khas Bilangan kursus dan Peningkatan kecekapan, kompetensi
Programme (DETP) yang dilaksanakan untuk peserta: dan daya kepimpinan Jurutera-
meningkatkan kecekapan,
Tarikh Mula : membangunkan kompetensi 2 kali setahun / 88 orang jurutera Daerah dalam memberikan
Januari 2016 dan menggilap daya kepimpinan Jurutera Daerah berkursus perkhidmatan kepada rakyat.
Jurutera-jurutera Daerah.
Tarikh Siap :
Disember 2016

Tindakan : : Bahagian Pembangunan Modal Insan
: Bahagian Pembangunan Modal Insan
Pelaksana : Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan)
Penyelaras
Pengurus Program

11

TERAS STRATEGIK 1 : MENDAYA UPAYA BAKAT

LANGKAH STRATEGIK 2: MEMPERTINGKATKAN DAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI JURUTERA DAERAH
(FRONTLINER)

BIL PROJEK KETERANGAN KPI / OUTPUT OUTCOME
Satu (1) siri program
1. Program OTAI JD (Coaching Program ini merupakan satu Peningkatan kecekapan, kompetensi
dan daya kepimpinan Jurutera-jurutera
Programme) program khas yang dilaksanakan
Daerah dalam memberikan
untuk pegawai yang perkhidmatan kepada rakyat

Tarikh Mula : berpengalaman luas dalam

PELAN TRANSFORMASI Januari 2016 pengurusan daerah berkongsi

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA pengalaman dan maklumat

Tarikh Siap : kepada Jurutera Daerah baru /

Disember 2016 pegawai pelapis

Tindakan : : Pengarah Negeri
: Bahagian Pembangunan Modal Insan
Pelaksana : Timbalan Ketua Pengarah I (Sektor Bisnes)
Penyelaras
Pengurus Program

12

TERAS STRATEGIK 2 : MEREKAYASA ORGANISASI PELAN TRANSFORMASI

LANGKAH STRATEGIK 1: MEMPERKUKUH PERKHIDMATAN DAN PENGURUSAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
BERKUALITI

BIL PROJEK KETERANGAN KPI / OUTPUT OUTCOME

1. Program Transformasi Mentransformasikan pengurusan Transformasi pengurusan Pengurusan berdasarkan
organisasi 88 daerah lembangan yang lebih efisien dan
Organisasi Pejabat JD organisasi JPS Daerah yang
holistik
mengikut sub lembangan berasaskan fungsi kepada

pengurusan berasaskan sub

Tarikh Mula : lembangan

Januari 2016

Tarikh Siap :
Disember 2016

Tindakan : : Pengarah JPS Negeri
: Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai
Pelaksana : Timbalan Ketua Pengarah I (Sektor Bisnes)
Penyelaras
Pengurus Program

13

TERAS STRATEGIK 2 : MEREKAYASA ORGANISASI

LANGKAH STRATEGIK 2: MEMPERTINGKATKAN SISTEM PENYAMPAIAN
PERKHIDMATAN

BIL PROJEK KETERANGAN KPI / OUTPUT OUTCOME
1. Disaster Response Team
Mewujudkan satu pasukan DaRT Setiap negeri satu (1) Meminimumkan kadar kerosakan
(DaRT) untuk tindakan serta merta pasukan DaRT dan mengurangkan masa tindak
sekiranya berlaku bencana balas dalam menangani isu-isu
Tarikh Mula :
Januari 2016 bencana setempat

PELAN TRANSFORMASI Tarikh Siap :
Disember 2016
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
Tindakan : : Pengarah JPS Negeri
: Bahagian Pengurusan Mekanikal dan Elektrikal
Pelaksana : Timbalan Ketua Pengarah II (Sektor Pakar)
Penyelaras
Pengurus Program

14

TERAS STRATEGIK 3 : MERAKYATKAN PENYAMPAIAN PELAN TRANSFORMASI
PERKHIDMATAN
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
LANGKAH STRATEGIK 1: MEWUJUDKAN DAN MEMANTAPKAN PENYERTAAN MASYARAKAT DALAM
PENGURUSAN LEMBANGAN SUNGAI

BIL PROJEK KETERANGAN KPI / OUTPUT OUTCOME

1. Public Engagement, Program outreach dalam Satu (1) program setahun Meningkatkan penyertaan,
Participation dan Public mempertingkatkan kefahaman bagi setiap daerah kerjasama dan tanggungjawab
Outreach Programme dan kesedaran terhadap antara masyarakat, media dan pihak
(POP) Sub Lembangan penjagaan alam sekitar melalui berkepentingan terhadap Jabatan
penglibatan masyarakat, media dalam penjagaan alam sekitar
Tarikh Mula : dan pihak berkepentingan secara
Januari 2016 efektif

Tarikh Siap :
Disember 2016

Tindakan : : JPS Daerah
: Pengarah Negeri
Pelaksana : Timbalan Ketua Pengarah I (Sektor Bisnes)
Penyelaras
Pengurus Program

15

TERAS STRATEGIK 3 : MERAKYATKAN PENYAMPAIAN
PERKHIDMATAN

LANGKAH STRATEGIK 2: MENGURANGKAN IMPAK BENCANA
BANJIR

BIL PROJEK KETERANGAN KPI / OUTPUT OUTCOME

1. Public Preparedness Kesiapsiagaan rakyat dalam Katalog banjir untuk setiap Tahap kesiapsiagaan banjir
ditingkatkan
(Sistem hebahan ramalan menghadapi bencana banjir daerah.

awal banjir)

PELAN TRANSFORMASI Mewujudkan sistem ramalan dan

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA Tarikh Mula : amaran banjir

Januari 2016

Tarikh Siap :
Disember 2016

Tindakan : : JPS Negeri
: Bahagian Pengurusan Banjir
Pelaksana : Timbalan Ketua Pengarah I (Sektor Bisnes)
Penyelaras
Pengurus Program

16

TERAS STRATEGIK 3 : MERAKYATKAN PENYAMPAIAN PELAN TRANSFORMASI
PERKHIDMATAN
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
LANGKAH STRATEGIK 3: MEMANTAU ISU DAN MASALAH BERKAITAN
JPS SECARA ATAS TALIAN

BIL PROJEK KETERANGAN KPI / OUTPUT OUTCOME
1. I-Watch Satu (1) modul
Mewujudkan satu modul aplikasi Pelaporan dan maklumbalas segera
Tarikh Mula : online untuk memudahkan isu-isu berkaitan Jabatan
Januari 2016 pelaporan isu dan masalah di
peringkat daerah dengan
Tarikh Siap : menggunakan ArGIS Online
Disember 2016

Tindakan : : Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Pengurusan Fasiliti dan GIS
: Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Pengurusan Fasiliti dan GIS
Pelaksana : Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan)
Penyelaras
Pengurus Program

17

TERAS STRATEGIK 3 : MERAKYATKAN PENYAMPAIAN
PERKHIDMATAN

LANGKAH STRATEGIK 4: MENINGKATKAN AKSES MAKLUMAT BERKAITAN
JPS OLEH ORANG AWAM

BIL PROJEK KETERANGAN KPI / OUTPUT OUTCOME
1. MyJPS Apps
Membangunkan aplikasi mobile Satu (1) aplikasi mobile Memudahkan capaian maklumat
Tarikh Mula : berkaitan JPS dibangunkan oleh orang awam dan meningkatkan
Januari 2016
kesedaran mengenai Jabatan

PELAN TRANSFORMASI Tarikh Siap :
Disember 2016
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
Tindakan : : Bahagian Pengurusan Maklumat
: Bahagian Pengurusan Maklumat
Pelaksana : Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan)
Penyelaras
Pengurus Program

18

TERAS STRATEGIK 4 : MERANGKUM DAN SEPUNYA PELAN TRANSFORMASI

LANGKAH STRATEGIK 1: MEMANTAPKAN PERKONGSIAN MAKLUMAT BAGI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
MENGURANGKAN KERENAH BIROKRASI

BIL PROJEK KETERANGAN KPI / OUTPUT OUTCOME

1. Program Sistem Maklumat Mewujudkan Katalog Sumber Air Satu (1) katalog sumber air Perkongsian maklumat yang lebih

Sumber Air Negara Negara yang boleh digunakan efisien

sebagai sumber rujukan kepada

Tarikh Mula : stakeholder dan pelanggan

Januari 2016

Tarikh Siap :
Disember 2016

Tindakan : : Bahagian Korporat
: Bahagian Korporat
Pelaksana : Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan)
Penyelaras
Pengurus Program

19

TERAS STRATEGIK 5: MEMBUDAYA NILAI

LANGKAH STRATEGIK 1: MEMPERTINGKATKAN AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI
DI KALANGAN WARGA JPS

BIL PROJEK KETERANGAN KPI / OUTPUT OUTCOME
1. Program Penerapan Penurunan sabitan aduan integriti
Mewajibkan JPS Daerah Satu (1) inisiatif setiap
Integriti mewujudkan satu inisiatif daerah
penerapan integriti
Tarikh Mula :
PELAN TRANSFORMASI Januari 2016

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA Tarikh Siap :
Disember 2016

Tindakan : : Unit Integriti
: Unit Integriti
Pelaksana : Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan)
Penyelaras
Pengurus Program

20

TERAS STRATEGIK 5: MEMBUDAYA NILAI PELAN TRANSFORMASI

LANGKAH STRATEGIK 2: MEMBUDAYAKAN NILAI-NILAI MURNI YANG DIKONGSI BERSAMA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
DI KALANGAN WARGA JPS

BIL PROJEK KETERANGAN KPI / OUTPUT OUTCOME
1. JPS Goes Green Prihatin kepada alam sekitar
Mewajibkan JPS Daerah Satu (1) inisiatif setiap
Tarikh Mula : mewujudkan satu inisiatif daerah
Januari 2016 amalan budaya hijau

Tarikh Siap :
Disember 2016

Tindakan : : JPS Daerah
: Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal
Pelaksana : Timbalan Ketua Pengarah II (Sektor Pakar)
Penyelaras
Pengurus Program

21

PELAN TRANSFORMASI SenaraiTroopers ALAMAT E-MEL

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA NO. NAMA PEGAWAI [email protected]
[email protected]
1. Ir. Abdullah bin Isnin [email protected]
2. Ir. Bibi Zarina binti Che Omar [email protected]
3. Ir. Muhammad Suhaimi bin Md. Ali [email protected]
4. Ir. Rozman bin Mohamad [email protected]
5. Ir. Shukri bin Muslim [email protected]
6. Ir. Mohd Fuad bin Buang [email protected]
7. En. Azren bin Khalil [email protected]
8. En. Surdiman Zahuri bin Sulaiman [email protected]
9. En. Shahar bin Md. Salleh [email protected]
10. Pn. Kalsom binti Mean [email protected]
11. Ir. Atikah binti Shafie
12. En. Ahmad Fauzan bin Mohd Sabri

22

Penutup PELAN TRANSFORMASI

Pelan Transformasi JPS menggariskan teras strategik berdasarkan Manual Penyediaan Pelan Transformasi Perkhidmatan JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA
Awam. Teras Strategik ini akan menjadi fokus utama gerak kerja JPS dalam melaksanakan agenda transformasi
frontliners Jabatan dan disokong oleh beberapa langkah strategik, inisiatif strategik dan program-program yang
menyumbang kepada transformasi frontliners JPS. Pelan Transformasi JPS telah mengenalpasti beberapa isu dan
cabaran dalam menetapkan program-program yang berorientasikan keutamaan dan kepentingan kepada rakyat dan pihak
yang berkepentingan dalam mencapai wawasan dan misi nasional kerajaan. Kunci kepada kejayaan pelaksanaan program
pelan transformasi frontliners JPS adalah sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berprestasi tinggi. Di
samping itu tumpuan juga harus diberikan terhadap beberapa aspek perkhidmatan termasuklah tadbir urus, perjawatan,
pengetahuan, kemahiran, perkongsian maklumat dan engagement di peringkat frontliners dalam mencapai matlamat
yang disasarkan.

23






Click to View FlipBook Version