The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TARIKH : 26 DISEMBER 2018
MASA: 8:30 - 10:00

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kyoe56, 2019-11-11 19:58:21

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1/2019

TARIKH : 26 DISEMBER 2018
MASA: 8:30 - 10:00

Keywords: MESYUARAT GURU

Minit Mesyuarat Guru 1/ 2019
Sekolah Kebangsaan Palong 2 (F), Gemas

Tarikh : 26 Disember 2018
Masa : 8.30 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan, SK Palong 2 (F)

Kehadiran : - Guru Besar
- Pen. Kanan 1
1) En. Azhar Bin Ayob - Pen. Kanan HEM
2) En. Abd. Mulki Bin Gaisun - Pen. Kanan KK
3) Pn. Anita Binti Bosman - Guru Akademik
4) En Johari Bin Osman - Guru Akademik
5) Pn. Thavamani A/P Krishnan - Guru Pemulihan Khas
6) Pn. Rozalita Abdul Kadir - Guru Akademik
7) En. Mohd. Khairulrizal Bin Mohd Razi - Guru Akademik
8) Pn. Adibah Ismail - Guru akademik
9) Pn Siti Nuraishah Binti Che Suhaimi - Cuti rehat khas
10) Pn. Haslina Bt Abu - Guru Akademik
11) Pn Noor Faiqah Bt Kernaini - Guru Akademik
12) En. Nahafiz B Amran - Guru Akademik
13) Pn. Norliza Isnin - Guru Akademik
14) En. Haizam B Ismail - Guru Akademik
15) Pn. Tuan Ragayah Bt Tuan Mat - Guru Prasekolah
16) Pn. Norliza Binti Yusof - Guru Akademik
17) Pn Nor Hasliza Binti Hashim - Guru Akademik
18) Pn Siti Mariam Binti Mat Seden - Guru Akademik
19) Pn Roslizaini Binti Mohd Yasin
20) Cik Zawani Binti Mokhtar - Kursus Kelas Agama Petang
- Cuti
Tidak hadir : -

1) En Mohd Nor Azli Che Manshor
2) Pn. Hajjah Hafidzah Binti Mohd Nopiah
3) En. Zainuri Bin Zamani

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan selamat pagi, selamat datang, selamat kembali ke
sekolah dan terima kasih kepada guru-guru yang telah hadir ke Mesyuarat Guru
kali ke 1/2019.

1.2 Guru-guru diperingatkan dengan visi dan misi sekolah iaitu:
i. Visi – Menjadikan SK Palong 2 (F) antara sekolah yang terbilang di
Palong menjelang tahun 2020.
ii. Misi – bersama meningkatkan kecemerlangan Pendidikan berteraskan
‘PPPM’ dalam bidang:
• Pengurusan kepimpinan yang berkesan.
• Akademik berasaskan PdP yang berkualiti dan berkesan bagi
mencapai keputusan peperiksaan yang terbilang.

• Sahsiah dalam pembangunan insan bagi mewujudkan individu
yang mempunyai jati diri.

• Sukan dan kokurikulum secara sainstifik dan bersistematik.

1.3 Objektif dan matlamat guru SK Palong 2 (F) adalah sebagai institusi untuk
mendidik murid peringkat sekolah rendah sebagai persediaan ke sekolah
Menengah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Makluman Semua

2. Arahan Pentadbiran
2.1 Kehadiran Bertugas
2.1.1. Semua guru hendaklah merekodkan kehadiran dengan menulis sendiri
dan menurunkan tanda tangan di dalam buku kehadiran waktu kehadiran
sebaik tiba di sekolah.
2.1.2. Semua guru hendaklah merekodkan waktu tamat bertugas dengan
menulis sendiri dan menurunkan tanda tangan di dalam buku kehadiran
waktu balik sebelum pulang dari sekolah.
2.1.3. Memaklumkan lebih awal kepada pihak pentadbiran sekolah sekiranya
tidak dapat hadir bertugas. Sekiranya tidak hadir kerana sakit, sijil cuti
sakit hendaklah diserahkan segera kepada Guru Besar sebaik sahaja
hadir bertugas semula.
2.1.4. Pada hari persekolahan, guru-guru hendaklah hadir di sekolah selewat-
lewatnya pada jam 7.15 pagi dan balik seawal-awalnya pada jam 2.00
petang.
2.1.5. Semua Guru dan kakitangan lain diwajibkan hadir ke sekolah sekiranya
diarahkan bertugas dalam sesuatu majlis, mesyuarat atau lain-lain acara
yang berkait dengan aktiviti sekolah.
2.1.6. Sekiranya guru diarahkan menghadiri mesyuarat di luar sekolah, pastikan
borang kebenaran keluar awal di isi dengan lengkap dan mendapat
kebenaran bertulis dari Guru Besar atau GPK.
2.1.7. Semua Guru dan kakitangan hendaklah mematuhi arahan-arahan lain
daripada Guru Besar dari semasa ke semasa.

2.2. Etika Berpakaian

2.2.1. Guru hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sesuai mengikut peraturan

berpakaian yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Isnin & Selasa Pakaian rasmi

Rabu Pakaian rasmi / Uniform Kokurikulum

Khamis Batik Malaysia

Jumaat Pakaian rasmi / Baju Melayu lengkap bersamping bagi
lelaki Islam dan bersongkok

2.2.2. Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas atau menghadiri
majlis rasmi sekolah atau di luar sekolah.

2.2.3. Ketika menjalankan gerak kerja Pendidikan Jasmani dan Sukan, guru-guru
hendaklah memakai seluar track yang sesuai, kemeja-T / baju sukan dan
kasut getah / kasut sukan.

2.3. Waktu Rehat
2.3.1. Guru-guru dibenarkan ke kantin sekolah untuk makan dan minum pada
waktu rehat murid sahaja sama ada rehat Fasa 1 atau 2. Jika kes-kes khas
, sila gunakan waktu ”free”. Minum pagi sebelum jam 7.30 pagi adalah
dibenarkan kecuali pada hari Isnin dan kepada guru yang bertugas.
2.3.2. Masa tidak mengajar ”free period” bukanlah waktu rehat guru. Oleh itu, guru-
guru hendaklah menggunakan waktu tersebut untuk membuat perancangan,
perbincangan profesional, kerja-kerja pentadbiran dan lain-lain kerja yang
bersesuaian dengan profesion perguruan seperti memeriksa buku murid,
membuat perancangan mengajar, membuat alat bantu mengajar, membina
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk perisian kursus. (
soft copy dan hard copy) dan lain-lain perkara yang bermanfaat.

2.4. Pengurusan Bilik Darjah Dan Bilik-Bilik Khas
2.4.1. Semua guru hendaklah memastikan peralatan ICT / komputer, papan
kenyataan, sudut mata pelajaran, kerusi, meja, pemadam, papan tulis,
kapur/ alat tulis, bakul sampah, penyapu dan lain-lain peralatan termasuk
lampu kipas dan ”plug” yang sepatutnya ada di bilik darjah / bilik khas
mencukupi, bersih, berfungsi dan tersusun kemas.
2.4.2. Sebarang kkerosakan seperti lampu, kipas, tingkap atau lain-lain peralatan
perlu dilaporkan secara bertulis kepada Guru Besar.
2.4.3. Setiap guru yang mengajar dan memasuki kelas hendaklah memastikan
bilik darjah dan bilik-bilik khas sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan

ceria sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran pastikan bilik darjah dalam keadaan bersih.
2.4.4. Papan kenyataan di bilik darjah / bilik khas hendaklah diuruskan dengan
baik. Sediakan sudut / ruang untuk jadual waktu, jadual bertugas, carta
organisasi dan lain-lain maklumat yang bersesuaian.
2.4.5. Pastikan suis lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup selepas
digunakan.
2.4.6. Semua guru hendaklah memastikan bilik darjah / bilik khas dikunci selepas
tamat waktu persekolahan dan kunci bilik-bilik tersebut hendaklah
diletakkan di pejabat sekolah.

2.5. Buku Rekod Mengajar Dan Persediaan Mengajar
2.5.1. Setiap guru mesti mempunyai buku rekod mengajar dan atau mesti
membuat persediaan mengajar di dalam buku rekod mengajar atau di dalam
fail dan mesti dibawa bersama ke bilik darjah, bilik sains, bilik kemahiran
hidup atau makmal komputer sewaktu pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.
2.5.2. Buku rekod mengajar dan persediaan mengajar hendaklah dilengkapkan
dengan maklumat guru, senarai tugas guru, skop dan bidang tugas, jadual
waktu kelas / persendirian yang telah disahkan oleh Guru Besar atau Guru
Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Sukatan Pelajaran,
Rancangan Pelajaran Tahunan, Rancangan Harian, senarai nama murid
serta markah ujian / peperiksaan murid dan lain-lain perkara yang berkaitan.
2.5.3. Persediaan mengajar hendaklah ditulis sehari lebih awal. Buku rekod
mengajar dan fail persediaan mengajar hendaklah dihantar untuk semakan
Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran pada setiap hari Jumaat
atau pada hari sebelumnya jika cuti umum jatuh pada hari Jumaat yang
berkenaan sebelum jam 11.30 pagi.
2.5.4. Setiap guru hendaklah menulis refleksi / impak setiap kali selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran.

2.6. Pengajaran Dan Pembelajaran
2.6.1. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermula sepenuhnya pada waktu
kedua hari pertama sesi persekolahan tahun semasa.
2.6.2. Setiap guru hendaklah masuk ke kelas dan keluar dari kelas mengikut masa
seperti jadual waktu.

2.6.3. Guru mata pelajaran hendaklah memastikan tempoh jam mengajar bagi
setiap mata pelajaran dalam satu tahun persekolahan mencukupi
sebagaimana dikehendak oleh peraturan yang berkuat kuasa. (Dasar MMI
KPM )

2.6.4. Guru perlu memastikan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran
mengikut Sukatan Pelajaran.

2.6.5. Guru hendaklah mempelbagaikan kaedah mengajar mengikut kebolehan
murid dengan disokong oleh bahan pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian. Penggunaan alatan bantu mengajar audio, video dan ict
sangat digalakkan.

2.6.6. Semua guru hendaklah menggunakan peralatan dan perisian ICT yang
terdapat di sekolah semaksimum mungkin.

2.6.7. Beri latihan yang mencukupi dan bersesuaian kepada murid-murid setiap
hari.

2.6.8. Setiap latihan yang telah diberi hendaklah disemak dengan segera .
2.6.9. Latihan yang diberi kepada murid-murid hendaklah diperiksa oleh guru

sendiri dan pastikan murid-murid membuat pembetulan setiap kesalahan
dalam latihan yang dibuat.
2.6.10. Elakkan mengajar sambil duduk.
2.6.11. Masa pengajaran dan pembelajaran hendaklah digunakan secara optimum
dan berkualiti.
2.6.12. Guru yang bertugas diluar atau bercuti rehat dikehendaki menyediakan
lembaran kerja secukupnya bagi membolehkan guru ganti menjalankan
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tersebut.
2.6.13. Guru yang masuk mengganti guru yang tidak hadir hendaklah mengajar
subjek guru yang tidak hadir atau subjek guru berkenaan kecuali bagi mata
pelajaran agama dan Bahasa Inggeris

2.7. Kawalan Disiplin Murid
2.7.1. Semua guru adalah bertanggungjawab menjaga disiplin murid-
murid.Teguran berhemah secara serta-merta hendaklah dibuat kepada
murid-murid yang melanggar peraturan sekolah.
2.7.2. Guru dilarang menggunakan kata-kata kesat semasa membuat teguran.
2.7.3. Sebarang bentuk tindakan disiplin terhadap murid-murid hendaklah
mengikut peraturan dan garis panduan disiplin yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.7.4. Guru dilarang daripada merotan, memukul, menampar, mencubit dan apa-
apa juga bentuk tindakan fizikal yang boleh mendatangkan kecederaan
pada tubuh murid-murid. Tindakan tatatertib akan diambil terhadap guru
yang melanggar arahan ini.

2.7.5. Merotan murid yang telah dijatuhkan hukuman hanya boleh dilakukan oleh
Guru Besar dan guru yang diturunkan kuasa secara bertulis sahaja.

2.7.6. Sila buat laporan kepada Guru Besar, GPK HEM dan Guru Disiplin serta-
merta, jika murid-murid melakukan salah laku berat seperti bergaduh,
mencerca guru, mencuri, peras ugut, membuli, merosakkan harta benda
sekolah, gangguan seksual dan sebagainya.

2.7.7. Buat laporan kepada Guru Disiplin, GPK HEM atau Guru Besar jika murid-
murid melakukan salah laku ringan dan sederhana berulang kali seperti
ponteng kelas, tidak membuat kerja rumah,ponteng sekolah, membuat
bising, membuang sampah merata-rata dan sebagainya.

2.7.8. Setiap salah laku, pelanggaran disiplin murid mestilah direkodkan.

2.8. Aktiviti Luar Bilik Darjah
2.8.1. Guru-guru yang bertugas menghantar / membawa / melatih murid-murid di
luar kawasan sekolah hendaklah mendapatkan surat kebenaran daripada
ibu bapa / penjaga murid yang berkenaan. Sila patuhi semua prosedur dan
tatacara yang telah ditetapkan oleh KPM.
2.8.2. Pastikan murid-murid sentiasa dibawah pengawasan guru dalam setiap
aktiviti.
2.8.3. Pastikan keselamatan dan kebajikan murid-murid diutamakan.

2.9. Perhimpunan
2.9.1. Semua guru diwajibkan hadir dalam perhimpunan rasmi sekolah pada hari
Isnin sebelum pukul 7.15 pagi. Kegagalan untuk hadir ke perhimpunan
boleh diberikan surat tunjuk sebab.
2.9.2. Sekiranya perhimpunan rasmi tidak dapat dijalankan kerana hari hujan, guru
kelasa dikehendaki masuk ke kelas dan dan membuat pengurusan kelas
dan setelah itu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.
2.9.3. Semasa perhimpunan harian guru dikehendaki memastikan murid
menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan.
2.9.4. Guru bertugas hendaklah memastikan semua persiapan dan alatan yang
diperlukan disediakan sebelum perhimpunan bermula. (Buku aturcara,
kerusi, pembesar suara berfungsi dengan baik )

2.10. Tugas Dan Perjawatan

2.10.1. Setiap guru adalah bertanggungjawab mengetahui, memahami,
merancang dan melaksanakan tugas yang diamanahkan dalam mesyuarat
guru dengan mengikut peraturan dan kehendak KPM dengan sempurna.

2.10.2. Adalah menjadi tanggungjawab guru sendiri untuk memastikan segala
maklumat diri dan perjawatan di dalam sistem eOperasi, HRMIS, eSPLG
dan lain-lain sistem KPM adalah betul dan tepat dan memastikan hal
mengenai perjawatan mereka dibereskan tanpa sebarang masalah.

2.10.3. Dokumen, fail, harta benda sekolah tidak dibenarkan dibawa keluar dari
kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan
Pentadbiran dan sebarang penggunaan dengan kebenaran mestilah
direkodkan di dalam buku pergerakan harta modal dan borang yang di
tentukan.

2.10.4. Guru dilarang memungut sebarang bayaran tanpa mendapat kebenaran
bertulis daripada Pendaftar Sekolah / Pengarah Pelajaran / Guru Besr.

2.10.5. Permohonan cuti rehat khas bagi guru hendaklah di buat secara terancang
melalui sistem “online “dan dipohon 2 minggu lebih awal. Guru hanya boleh
bercuti selepas mendapat kelulusan bercuti.

2.10.6. Guru yang ingin keluar negara mestilah mendapatkan kelulusan dan
Jabatan Pendidikan dan KPM terlebih dahulu mengikut prosedur yang
ditetapkan sebelum berlepas keluar negara. Keluar Negara tanpa
kebenaran adalah satu kesalahan yang serius dan akan diambil tindakan
tatatertib.

2.10.7. Setiap guru yang dipanggil untuk menghadiri upacara rasmi sekolah
termasuk mesyuarat guru, mesyuarat PIBG, Latihan Dalam Perkhidmatan,
sukan, perkemahan, dan lain-lain acara tertentu sekolah hendaklah
menghadirinya.

2.10.8. Setiap guru yang dipanggil untuk menghadiri upacara / mesyuarat oleh
Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan,
Kementerian Pelajaran Malaysia wajib menghadirinya dan tidak boleh
mewakilkannya.

2.10.9. Sekiranya guru berkenaan tidak dapat hadir atas sebab yang munasabah
dan dibenarkan, guru berkenaan hendaklah memberi kenyataan bertulis
kepada Guru Besar.

2.10.10. Semua guru dan kakitangan sekolah sebagai kakitangan kerajaan
adalah tertakluk kepada perintah kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

2.10.11. Masalah disiplin guru yang terlibat dengan mahkamah, mahkamah
syariah, ponteng kerja, salah guna kuasa, keterhutangan melampau dengan
syarikat kewangan akan dikenakan tindakan tatatertib sebagaimana
peraturan yang sedang berkuatkuasa.

2.11. Keselamatan
2.11.1. Sila laporkan segera kepada pihak pentadbiran jika ada peralatan yang
rosak yang boleh mendatangkan bahaya kepada murid dan warga sekolah.
2.11.2. Jangan tinggalkan kelas tanpa ada guru lain yang mengawasinya. Guru
bertugas dan guru disiplin hendaklah memastikan keselamatan murid-murid
sewaktu datang dan balik sekolah.
2.11.3. Guru bertugas perlu berada di kantin semasa murid-murid rehat dan
hendaklah sentiasa mengawal disiplin murid-murid yang sedang membeli
makan dan yang sedang makan supaya mematuhi peraturan.
2.11.4. Guru jawatankuasa kantin hendaklah sentiasa mengawasi kebersihan
kawasan dalam dan luar kantin serta memantau kebersihan penyediaan
makanan oleh pengusaha kantin.
2.11.5. Kunci bilik-bilik khas dan bilik darjah perlu diambil sendiri oleh guru dari
pejabat dan direkodkan sewaktu mengambil dan memulangkannya.
2.11.6. Pastikan aset berharga seperti komputer riba dan projektor LCD sentiasa
disimpan di tempat yang selamat selepas menggunakannya. Sekiranya
berlaku kehilangan akibat kecuaian pengurusan peralatan tersebut,
tindakan tatatertib dan surcaj akan dikenakan terhadap guru atau
kakitangan yang berkaitan.
2.11.7. Peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan berhubung dengan penggunaan
dan kawalan harta benda awam / sekolah hendaklah sentiasa dipatuhi.
2.11.8. Rahsia Kerajaan dan Rahsia Sekolah adalah tidak dibenarkan sama sekali
disebarkan kepada orang lain / pihak lain / media.
2.11.9. Membuat kenyataan kepada akhbar atau media adalah dilarang
sebagaimana di dalam perintah am kerajaan untuk kakitangan awam. Jika

terdapat sebarang berita / maklumat / hal-hal berkaitan dengan sekolah
hendaklah segera dilaporkan kepada Guru Besar sebelum pihak-pihak
tertentu mengetahuinya.

2.12. Pekeliling Dan Pengumuman
2.12.1. Sebarang kenyataan, pekeliling, atau surat siaran kepada murid-murid,
guru-guru, kakitangan, ibu bapa atau orang awam hendaklah mendapat
kebenaran, pengesahan dan tanda tangan daripada Guru Besar sahaja.
2.12.2. Sebarang petisyen, surat bantahan, atau undangan kepada mana-mana
pihak luar adalah dilarang.
2.12.3. Pekeliling, surat pekeliling, surat siaran, surat arahan dari Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Pejabat Pelajaran
Daerah dan sekolah hendaklah dibaca, difahami, diteliti, dihalusi, dihayati
dan diambil tindakan sewajarnya.

2.13. Pembelian Dan Pesanan Barang
2.13.1. Pembelian Barang hanya boleh dibuat oleh Guru Besar atau kakitangan
tertentu yang telah diturunkan kuasa untuk membuat perolehan. Guru-guru
dikehendaki memohon perolehan melalui Ketua Panitia masing-masing.
2.13.2. Semua urusan perolehan hendaklah mengikut prosedur yang telah
ditetapkan oleh Perbendaharan Malaysia sebagaimana buku panduan
pengurusan kewangan dan lain-lain arahan yang berkuatkuasa daripada
Jabatan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Perbendaharaan Malaysia.
2.13.3. Sebarang pembelian / perolehan / perbelanjaan yang tidak mengikut
peraturan dan tidak diluluskan oleh Guru Besar adalah ditanggung oleh guru
/ kakitangan berkenaan.
2.13.4. Ketua Panitia / guru yang bertanggungjawab adalah dikehendaki mengawal
atau menjaga stok / inventori, mengemaskini buku stok / inventori dan
menguruskan perkara yang berkaitan dengan aset tersebut dari segi
keselamatan dan penggunaannya.

2.14. Kecemasan
2.14.1. Apabila berlaku sebarang kecemasan di kawasan sekolah hendaklah
segera memaklumkan kepada Guru Besar, GPK Pentadbiran, GPK HEM
atau wakil yang diturunkan kuasa dan tindakan sewajarnya hendaklah
diambil.

2.14.2. Sekiranya memerlukan perkhidmatan AMBULAN / BOMBA / POLIS sila
telefon kecemasan 999

2.15. Penerimaan dan Penyerahan Wang PIBG
2.15.1. Semua penerimaan wang derma PIBG hendaklah dikeluarkan resit PIBG
serta-merta kepada pembayar.
2.15.2. Sila patuhi prosedur dan peraturan kewangan semasa.
2.15.3. Semua kutipan bayaran kepada PIBG hendaklah diserahkan ke Bendahari
PIBG SK Palong 2 (F) dengan kadar segera dan pastikan resit diperolehi
bagi setiap bayaran.

3. Penurunan Kuasa – Agihan Tugas

3.1 Sila rujuk lampiran pengagihan tugas bagi tahun 2019 yang telah dan akan
dipersetujui bersama.

4. Hal-hal lain

4.1 Tiada hal-hal lain yang dibincangkan.

Makluman semua

Oleh kerana tiada hal-hal yang dibincangkan lagi, mesyuarat ditangguh pada jam
10.00 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………... …………………………
(EN. MOHD KHAIRULRIZAL (EN. AZHAR BIN AYOP)
MOHD RAZI)
Setiausaha, Guru Besar,
SK Palong 2, Gemas SK Palong 2, Gemas

Tarikh : 8 Januari 2019


Click to View FlipBook Version