The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitisakinah, 2020-03-06 01:02:13

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

Kerjasama Strategik bersama Pusat Perlindungan
Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam
Kunjungan hormat ke Pusat Perlindungan Wanita
Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),
Sabak Bernam Selangor telah dilaksanakan pada 27
September 2018. Program ini merupakan sebahagian
perancangan untuk mewartakan pusat tersebut
sebagai pusat pemulihan bagi pesalah Syariah Wilayah
Persekutuan.

Kerjasama Strategik bersama Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS)
Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah mengadakan
kunjungan hormat ke Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 7 Ogos
2018. Program ini bertujuan untuk berkongsi
maklumat dan pengalaman dalam pelaksanaan tugas,
bertukar pandangan dalam menyelesaikan isu rentas
sempadan di samping memperkukuhkan hubungan
antara kedua-dua pihak.

AKTIVITI PEMANTAUAN BERKALA

Tindakan Bersepadu bersama Agensi Sahabat
JAWI telah menjalinkan kerjasama strategik bersama
agensi-agensi sahabat dalam pelaksanaan undang-
undang Syariah. Antaranya ialah:
• Pemantauan Bersepadu Ke Atas Aktiviti
Maksiat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Imigresen
Malaysia (JIM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK).
• Pemantauan Bersepadu Ke Atas Aktiviti
Kutipan Derma Tanpa Kebenaran bersama Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM).
• Operasi Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH)
anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

47

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

Tindakan pemantauan dilaksanakan bertujuan untuk
mencegah aktiviti haram yang menyalahi undang-
undang sivil dan undang-undang jenayah Syariah
daripada berleluasa di negara ini.

Pemantauan terhadap segelintir orang Islam
yang didapati tidak menghormati Ramadhan juga
dilaksanakan dengan mengadakan rondaan ke
premis-premis berdasarkan kepada aduan orang
ramai. Usaha ini bertujuan memberi nasihat kepada
umat Islam supaya menghormati bulan Ramadhan
yang penuh dengan keberkatan.

Bahagian ini juga membuat pemantauan ke atas aktiviti Kawal Selia Orang Kena Tuduh (OKT) di Mahkamah
pungutan khairat tanpa kebenaran dan perbuatan Syariah
tidak menunaikan sembahyang Jumaat. Pemantauan
sebegini dijalankan secara berkala sepanjang tahun Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) juga
dan pamplet juga diedarkan bagi memberi kesedaran bertanggungjawab dalam mengawal selia dan
kepada masyarakat mengenai perkara tersebut. mengiring OKT yang dibicarakan di Mahkamah
Syariah. Tindakan ini dibuat dengan penuh berhemah
48 dengan menjaga kebajikan dan keselamatan OKT.

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

Taklimat Pencegahan Kebakaran

Taklimat Pencegahan Kebakaran kepada pegawai dan
kakitangan Bahagian Penguatkuasaan telah diadakan
pada 19 September 2018. Program ini diadakan
dengan kerjasama Pertubuhan Pencegah Kebakaran
Kuala Lumpur bertujuan memberikan pendedahan
berkenaan pencegahan kebakaran di tempat kerja.

Latihan Bagi Mempertingkatkan Bengkel Pengendalian Alcometer
Kompetensi Pegawai Penguatkuasa
Agama (PPA) Bengkel Pengendalian Alcometer telah diadakan
pada 12 Disember 2018 bertempat di Institut Latihan
Bengkel Pencegahan Jenayah Syariah Akidah di Islam Malaysia (ILIM) Bangi. Bengkel ini dihadiri oleh
Alam Siber 30 orang PPA dari JAWI Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bengkel ini bertujuan bagi mempertingkatkan
Bengkel Pencegahan Jenayah Syariah Akidah di Alam kecekapan dan pengetahuan dalam pengedalian
Siber dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & alcometer yang digunakan bagi mengesan alkohol
Multimedia (SKMM) telah diadakan di Masjid Wilayah dalam darah Orang Yang Disyaki (OYDS).
Persekutuan Kuala Lumpur pada 25 April 2018.
Bengkel ini telah dihadiri oleh 30 orang Pegawai Pertandingan Bowling Persahabatan Antara
Penguatkuasa Agama (PPA) bertujuan mengenalpasti Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA)
dan memantau laman web dan media sosial yang
menyebarkan ajaran sesat di alam siber. Pertandingan bowling persahabatan antara PPA bagi
acara bowling telah diadakan pada 12 Disember
2018 di Putrajaya. Pertandingan ini bertujuan untuk
mengeratkan silaturahim antara PPA di samping
menerapkan budaya bersukan di kalangan PPA.

49

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

INFORMASI DAN STATISTIK

LAPORAN STATISTIK BAHAGIAN PENGUATKUASAAN TAHUN 2018

ANALISIS STATISTIK JENAYAH SYARIAH
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH TAHUN 2018

Kesalahan Seksyen bagi Kesalahan Seksyen bagi

AKTA 303 AKTA 559

SEKSYEN KESALAHAN 2018 SEKSYEN KESALAHAN 2018
0
35 Tidak Hadir Di 15 Tidak Menghormati 17
Hadapan Pendaftar Ramadan
11
40 Kesalahan Berhubung 507 18 Berjudi 13
Akad Nikah
2
123 Poligami Tanpa 252 19 Minum Minuman
Kebenaran Memabukkan 259
16
124 Cerai Tanpa 401 23 Persetubuhan Luar
Kebenaran Nikah 821

Mahkamah 27 Khalwat

133 Percubaan Dan 249 28 Orang Lelaki Berlagak
Subahat Seperti Perempuan

29 Perbuatan Tidak
Sopan Di Tempat

Awam

50

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

BAHAGIAN
PELAJARAN

51

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

BAHAGIAN peLAJARAN

PENGENALAN BAHAGIAN



Bahagian Pelajaran bertanggungjawab mengurus tadbir hal ehwal Pendidikan Islam di Sekolah Rendah Agama
(SRA), Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Bahagian ini terbahagi kepada tujuh cawangan:

1 Cawangan 2 Cawangan
Naziran Pembangunan Guru

3 Cawangan Pengurusan 4 Cawangan Pengurusan
Sekolah Akademik

5 Cawangan Penilaian 6 Cawangan Kurikulum
dan Peperiksaan dan Kokurikulum

7 Cawangan Pengurusan
Hal Ehwal Murid

FUNGSI-FUNGSI

1 Mengurus pentadbiran sekolah dan hal ehwal
perkhidmatan guru-guru

2 Mengurus penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
sekolah

3 Merancang dan mengurus pembangunan infrastruktur dan
fasiliti sekolah

4 Membangun dan memantapkan kurikulum dan
ko-kurikulum

5 Mengurus pendaftaran penubuhan dan memantau sekolah
agama dan tah z swasta.

52

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

PROGRAM DAN AKTIVITI

Lawatan Pengarah JAWI pada Hari Pertama Sesi Pelajaran JAWI. Seramai 90 orang peserta yang terdiri
Persekolahan 2018 daripada guru besar SRA/SIRAJ turut serta dalam
persidangan tersebut. Tujuan utama persidangan ini
YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI dilaksanakan adalah bagi mendapatkan maklumat
telah mengadakan lawatan rasmi hari pertama secara terperinci berkenaan perkembangan yang
sesi persekolahan pada 4 Januari 2018 di beberapa berlaku di SRA dan SIRAJ serta membincangkan hala
buah sekolah iaitu SIRAJ Al-Alusi, Kg Datuk Keramat, tuju sekolah terbabit.
SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari, Jinjang, SIRAJ Abdullah
Ibnu Abbas, Pantai Dalam, SRA Al-Rahah, Bangsar
dan SRA Mahmoodiah Presint 18 Putrajaya. Tujuan
utama lawatan kerja tersebut adalah untuk meninjau
perjalanan hari pertama sesi persekolahan 2018.

Majlis Persidangan Guru Besar Sesi 2018 Majlis Silaturrahim, Taklimat Semasa dan Sarana
Ibu Bapa
JAWI melalui Bahagian Pelajaran telah mengadakan
Persidangan Guru Besar pada 24 Januari 2019 Bahagian Pelajaran JAWI melalui Sekolah Integrasi
bertempat di Dewan Al Ghazali Masjid Abdul Rahman Agama JAWI Saidina Uthman Bin Affan (SIRAJ SUBA)
bin Auf, Jalan Puchong. Persidangan ini telah dirasmikan telah mengadakan Majlis Silaturrahim, Taklimat
oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Semasa dan Sarana Ibu Bapa bersama YBrs. Tuan
Hashim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Ketua
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran JAWI
pada 24 Februari 2018. Tujuan program ini ialah
untuk menyampaikan maklumat dan info-info terkini
berkaitan SIRAJ SUBA terutamanya berkaitan sarana
yang diutarakan oleh ibu bapa. Perasmian Surau
Ar-Rayyan juga telah disempurnakan dalam masjlis
tersebut oleh YBhg. Datuk Mohd Salleh bin Yusop,
Pengerusi SIRAJ SUBA.

53

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

Kursus Penyeliaan Berkesan; Ke Arah
Membentuk Guru Yang Cemerlang
Kursus Penyeliaan Berkesan kepada pentadbir
Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Integrasi
Rendah Agama JAWI (SIRAJ) telah diadakan pada 10
dan 11 April 2018 di Dewan Perkasa 2, Masjid Al-Shafie,
Taman Maluri. Seramai 88 orang guru telah menyertai
kursus tersebut. Tujuan kursus ini diadakan adalah
untuk membantu mempertingkatkan kecekapan
proses penyeliaan oleh para pentadbir terhadap
guru-guru serta meningkatkan mutu pengajaran di
SRA dan SIRAJ.

Kunjungan Yang Berhormat (YB) Tuan Ahmad
Fahmi bin Mohamad Fadhil, Ahli Parlimen
Lembah Pantai
Kunjungan YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamad
Fadhil, Ahli Parlimen Lembah Pantai ke SRA Umar bin
Abd. Aziz disambut mesra oleh Pengarah JAWI, YBrs.
Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail serta pegawai tertinggi
JAWI pada 2 November 2018. Tujuan kunjungan
tersebut ialah untuk mencari mekanisme dalam
meningkat Pendidikan Islam di Wilayah Persekutuan
serta memberi penekanan pendidikan anak-anak di
Wilayah Persekutuan supaya mendapat pendidikan
yang sempurna.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik JAWI
JAWI telah meraikan murid cemerlang Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) dan
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dalam Majlis
Anugerah Kecemerlangan Akademik Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2017 di Dewan
Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur pada
23 April 2018. Majlis ini diadakan bagi memberikan

54

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

pengiktirafan kepada murid cemerlang yang telah
berusaha gigih untuk mendapat keputusan terbaik
serta memberi galakan dan motivasi kepada guru
agar sentiasa meningkatkan usaha dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan murid
yang benar-benar cemerlang dari segi akademik dan
sahsiah. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan
Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.

Program Ihtifal SRA, SIRAJ dan KAFA 2018 Majlis Taklimat dan Ujian Kelayakan Tahun Satu
SIRAJ
Bahagian Pelajaran JAWI dengan kerjasama
Jawatankuasa Zon 1 hingga 8 Sekolah SRA, SIRAJ dan JAWI melalui Bahagian Pelajaran telah mengadakan
KAFA telah menganjurkan Program Ihtifal Zon yang Ujian Kelayakan Kemasukan Tahun Satu ke SIRAJ bagi
telah dilaksanakan pada 8, 15, 22 dan 29 April 2018. sesi persekolahan 2019 pada 19 Mei 2018. Ujian ini
Seramai 5400 peserta menyertai ihtifal peringkat telah diadakan di empat buah SIRAJ secara serentak
zon. Manakala ihtifal akhir dilaksanakan pada 17 iaitu di SIRAJ Saidina Uthman bin Affan Bandar
November 2018 yang disertai oleh 430 orang peserta. Tun Razak, SIRAJ Al-Alusi Datuk Keramat, SIRAJ
Program tersebut bertujuan untuk mengasah bakat Abdullah Ibnu Abbas Pantai Dalam dan SIRAJ Abu
murid di dalam bidang ko-kurikulum selain membina Dzar Al-Ghifari Kepong. Seramai 1173 orang murid
sahsiah murid ke arah pembentukan insan cemerlang, pra sekolah/tadika telah menduduki ujian bertulis
berkarisma dan berinovasi. tersebut. Ujian tersebut diadakan bertujuan menguji
dan mengetahui tahap kebolehan pelajar yang akan
memasuki SIRAJ serta memberi taklimat kefahaman
dan penjelasan kepada ibubapa tentang hala tuju
SIRAJ.

55

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

Sambutan Hari Guru Peringkat Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan

JAWI melalui Bahagian Pelajaran telah mengadakan
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 3 Julai 2018
bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dihadiri
lebih daripada 1200 orang guru dari semua SRA, SIRAJ
dan KAFA seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Putrajaya. Majlis yang bertemakan ‘Guru Pemacu
Transformasi Pendidikan’ telah disempurnakan oleh
YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Pendidikan Islam) (ISMPPI-UniSZA)

Mahasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Pendidikan Islam) ISMPPI-UniSZA telah mengadakan
Projek Mahasiswa@School pada 2 November 2018
di SRA/SIRAJ Al-Alusi, Kampung Datuk Keramat, Kuala
Lumpur yang melibatkan 40 orang guru-guru SRA,
SIRAJ dan KAFA. Program ini bertujuan memberi
pendedahan kepada mahasiswa untuk mengadakan
aktiviti kokurikulum seperti pasukan Persatuan
Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan
Persekutuan Pengakap Malaysia serta digerakkan
oleh mahasiswa UniSZA yang terdiri daripada guru-
guru SRA dan KAFA JAWI yang menyambung pelajaran
secara separuh masa di Universiti Sultan Zainal Abidin
(UniSZA).

Kursus Training Of Trainers (ToT) Pengkaedahan
Jawi

Bahagian Pelajaran JAWI telah mengadakan Kursus
Training of Trainers (ToT) Pengkaedahan jawi pada
18 Oktober 2018 di Menara Pusat Islam, JAWI yang
melibatkan 15 orang guru mata pelajaran jawi dari
SRA. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan
tentang Pengajaran, Pemudah Cara (PDPC) serta
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) dalam PdPc mata
pelajaran jawi berorientasikan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT).

56

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

Majlis Taklimat Pelantikan Guru KAFA Siri Jelajah Bengkel Penyeragaman Pengurusan
Rekod dan Cuti SRA/ SIRAJ
Bahagian Pelajaran JAWI telah mengadakan Taklimat
Pelantikan Guru Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) JAWI melalui Bahagian Pelajaran telah mengadakan
2019 pada 18 Disember 2018 di Dewan Serbaguna, Bengkel Pengurusan Rekod dan Cuti pada 6 hingga 13
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Taklimat Ogos 2018. Bengkel ini melibatkan Pentadbir SRA dan
dihadiri seramai 1065 orang guru baru yang telah SIRAJ yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong
dilantik ini bertujuan memberi kefahaman dan Pentadbiran, Setiausaha Sekolah dan Pembantu
penjelasan tentang hala tuju KAFA. Majlis Pelantikan Tadbir. Bengkel tersebut bertujuan untuk memberi
Guru KAFA telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji kefahaman tentang tatacara pengurusan cuti selaras
Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Ketua Penolong dengan kehendak pekeliling dan menyeragamkan
Pengarah Kanan (KPPK) Bahagian Pelajaran JAWI. sistem fail supaya lebih bersistematik.

57

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

INFORMASI DAN STATISTIK

DATA SEKOLAH, GURU DAN MURID SRA/KAFA JUMLAH
KESELURUHAN
KUALA LUMPUR PUTRAJAYA LABUAN
81
JUMLAH 68 3 10
SEKOLAH 15,018 710 1,575 17,303

JUMLAH 14,688 710 1,526 16,924
MURID
LELAKI 192 3 22 217
767 38 48 853
JUMLAH 61 01 62
MURID 89 02 91
PEREMPUAN
GURU
LELAKI
GURU
PEREMPUAN
GURU LANTIKAN
LELAKI
GURU LANTIKAN
PEREMPUAN

JUMLAH MURID, GURU DAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)

KUALA LUMPUR PUTRAJAYA
JUMLAH KELAS MURID LELAKI
JUMLAH KELAS MURID LELAKI 20 5,881
76 5,428

GURU KAFA (L) MURID PEREMPUAN GURU KAFA (L) MURID PEREMPUAN
154 6,879 162 6,396

GURU KAFA (P) GURU KAFA (P)
276
KAFA408
JUMLAH KESELURUHAN

Kelas Al-Quran dan Fardu Ain JUMLAH KELAS MURID LELAKI
11,866
JUMLAH KELAS LABUAN 207
MURID LELAKI MURID PEREMPUAN
111 557 GURU KAFA (L) 13,826
340
GURU KAFA (L) MURID PEREMPUAN MURID
24 551 GURU KAFA (P)
766 25,692

GURU KAFA (P) GURU 1,106
82

JUMLAH SEKOLAH, GURU DAN MURID KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (KAFA)

58

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

KUALA LUMPUR PUTRAJAYA LABUAN

22 1 2
SMA 3 SMA 0 SMA 0
SRA 15 SRA 5 SRA 0
PONDOK 1 PONDOK 0 PONDOK 0

49KESELURUHAN
TAHFIZ 25

SMA 3 SRA 20
1PONDOK

JUMLAH SEKOLAH AGAMA DAN TAHFIZ SWASTA

JUMLAH GURU SEKOLAH AGAMA DAN TAHFIZ SWASTA

59

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

60

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

BAHAGIAN
PENYELIDIKAN

61

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

BAHAGIAN pENYELIDIKAN

PENGENALAN BAHAGIAN



Bahagian Penyelidikan diwujudkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,
bertanggungjawab untuk mengkaji dan menyelidik isu-isu semasa yang berkaitan dengan akidah dan syariah.
Bahagian ini terdiri dari tiga cawangan iaitu:

Cawangan Pemantauan Akidah & Syariah

1 Cawangan Pemantauan Akidah & Syariah

1Cawangan Pengurusan Halal

22 Cawangan Pengurusan Halal
33CCaawwaannggaannPPeennapaipsaisnaMneMdieadia

FUNGSI-FUNGSI

11 Menjalankan kajian dan Mengkaji dan menapis media

Mepnenjaylealnidkikaannkbaejrikaanitadnanisu baharMu,ebnahgakna-jbi adhaann mpeennearbpitiasnmedia
peankyidealihd, iskyaanriabhedraknaiitsaunseimsuasa
akidah, syariah dan isu semasa 2 dan bbahaahnagruu,nbaaanhabner-ubnashuar nIslpamenerbitan

3 Menjalankan pemantauan 2 yang mdaenrabguakhaann gunaan berunsur Islam
Medbnaenrjakpalaietnnankeraibsnuitapankeibmdeaarhun,nstsayuaurraiIasnhlam yang meragukan
3 berkaitan isu akidah, syariah Melaksanakan aktiviti-aktiviti
daMnepnyeanrienrgbpitearmnobheonruannbsuagriIslam pengurusan halal seperti kursus
tujuan pengeluaran surat sokongan penyeMmbeelalikhsaannhaaklaalndaanktpivemitia-antkatuivainti
5
Mewkneapyrgaadarinanepggeapnrgeaaramjsairnoaghgoamnaan bagi 4 halal bpeersnagmuaraugseannsih-aaglaelnssiebpeerrktaiitkaunrsus
5 tujuan pengeluaran surat sokongan penyembelihan halal dan pemantauan
keMpeandyaaripngenpegramjaohroangaanmbaagi tujuan 4Menhgaelnaldbaelirksaanmpaeargmeonhsio-angaennsi berkaitan
7 wapergngaenlueagraanrasuarastinsogkongan
pertukaran nama (maksud nama yang 6 bagi tujuan pengeluaran tauliah
tidak elok / tiada maksud / salah ejaan) kebenMaeranngpeenndyeamlikbaenlihpaeyrammohonan
Menyaring permohonan bagi tujuan 6 bagi tujuan pengeluaran tauliah
kebenaran penyembelih ayam

7 pengeluaran surat sokongan
pertukaran nama (maksud nama yang
tidak elok / tiada maksud / salah ejaan)

62

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

PROGRAM DAN AKTIVITI

Program Pemantauan Premis Sembelihan Ayam disertai oleh seramai 42 orang pegawai-pegawai
Kanan JAWI. Bengkel tersebut telah disempurnakan
Sepanjang tahun 2018, Bahagian Penyelidikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) JAWI.
telah melaksanakan pemantauan ke atas premis
sembelihan ayam yang berdaftar ataupun tidak
berdaftar dengan JAKIM. Terdapat 37 premis
sembelihan ayam yang mempunyai penyembelih
yang bertauliah dengan JAWI dan enam daripadanya
berdaftar dengan Halal JAKIM.

Bengkel Perancangan SKS JAWI 2019 Program Diskusi Bersama Penerbit Bahan
Penerbitan Berunsur Islam
JAWI melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan
Bengkel Perancangan SKS JAWI 2019 pada 21 hingga Bahagian Penyelidikan JAWI dengan kerjasama
22 Disember 2018 bertempat di Institut Latihan Islam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM telah
Malaysia (ILIM), Bangi. Bengkel ini diadakan bertujuan menganjurkan Program Diskusi Bersama Penerbit
untuk menilai pencapaian program-program JAWI bagi Bahan Penerbitan Berunsur Islam pada 7 Ogos
tahun 2018 dan menyelaras penyusunan program 2018, bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah
serta aktiviti JAWI bagi tahun 2019. Program ini telah Persekutuan, Kuala Lumpur. Objektif program adalah
untuk berkongsi maklumat dan kefahaman yang
sebenar berkaitan dengan bahan penerbitan berunsur
Islam yang selaras dengan hukum syarak. Program
diskusi ini merupakan program julung kali diadakan
dengan menghimpunkan seramai 90 orang peserta
terdiri dalam kalangan penulis, penerbit, pencetak
dan pengedar bahan penerbitan berunsur Islam yang
beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh
YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah
Operasi, JAWI.

63

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

Kursus Sembelihan Halal Lawatan Kerja Ke Kementerian Dalam Negeri
(KDN)
Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Surau Al-Falah, Bahagian Penyelidikan JAWI telah mengadakan
Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi, Kuala Lumpur Lawatan Kerja ke Bahagian Penguatkuasaan dan
telah menganjurkan program Kursus Penyembelihan Kawalan, kementerian Dalam Negeri, Putrajaya pada
Halal Peringkat JAWI pada 6 Mei 2018 bertempat di 17 Julai 2018. Lawatan Kerja ini diketuai oleh YBrs.
Surau Al-Falah, Bandar Tasik Selatan. Kursus yang Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah
disertai seramai 60 orang peserta ini untuk memberi Operasi, JAWI. Rombongan JAWI telah disambut oleh
panduan, teknik dan cara penyembelihan mengikut Tuan Haji Nawardi bin Saad, Setiausaha Bahagian
hukum syarak. Majlis Perasmian kursus telah Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam
disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Negeri. Lawatan kerja ini bertujuan mengukuhkan
Ismail, Pengarah JAWI. jalinan kerjasama dan perkongsian maklumat di
antara dua agensi dalam bidang tugas yang berkaitan.

64

Operasi Pelupusan Teks Al-Quran Di Darul Kalam LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

JAWI telah memulakan operasi pelupusan teks al- diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan,
Quran di Darul Kalam mulai bulan Julai 2018. Sejak kefahaman, pengetahuan dan praktikal sembelihan
mula beroperasi, Darul Kalam telah menerima yang betul sebagaimana yang dituntut oleh syarak.
sebanyak 8,250 kilogram bahan-bahan teks al-Quran
dan sebanyak 2,870 kilogram telah berjaya dilupuskan
sehingga Disember 2018.

Seminar Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Program Kursus Sembelihan Secara Kerjasama Bahagian Penyelidikan, JAWI telah mengadakan
Seminar Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah pada 2
Sepanjang tahun 2018, Bahagian Penyelidikan JAWI Ogos 2018 bertempat di Dewan Jejantas, Kompleks
telah mengadakan beberapa siri kursus sembelihan Pusat Islam, JAWI. Program ini dihadiri oleh 100 orang
halal di pelbagai agensi dan institusi. Antara institusi peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan
dan agensi yang terlibat seperti UNIKL, Maktab JAWI serta agensi-agensi kerajaan sekitar Wilayah
Tentera Darat, Masjid Negara, masjid-masjid dan Persekutuan Kuala Lumpur. Program ini bertujuan
surau-surau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat
dan Sekolah Rendah Agama (SRA) sekitar Wilayah awam mengenai manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah
Persekutuan Kuala Lumpur. Kursus-kursus ini dan ancaman fahaman liberal kepada masyarakat
Islam. Program telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji
Yusuf bin Mamat, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI.

65

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

Seminar Fiqh Kontemporari Wilayah Persekutuan Seminar Program Kesedaran Penjagaan
Al-Quran Dan Penerangan Rasm Uthmani
JAWI dengan kerjasama PUSRAWI International Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
College Of Medical Science (PICOMS) telah 2018
menganjurkan program Seminar Fiqh Kontemporari
Wilayah Persekutuan pada 5 September 2018 di JAWI dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri
Dewan Utama, PICOMS Kampus Batu Muda. Objektif (KDN) telah menganjurkan Program Kesedaran
program ini adalah untuk menarik minat golongan Penjagaan al-Quran dan Penerangan Rasm Uthmani
anak-anak muda dan remaja terhadap isu-isu fiqh Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada
semasa. Program dihadiri seramai 200 orang peserta 8 November 2018 bertempat di Masjid Usamah bin
yang terdiri daripada pelajar diploma pelbagai jurusan Zaid, Wangsa Maju. Program ini dirasmikan oleh
perubatan di kolej tersebut. Perasmian program YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.
telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan
bin Ismail, Pengarah JAWI. dan kefahaman kepada masyarakat Islam mengenai
penjagaan naskhah al-Quran Rasm Uthmani khasnya
mengenai garis panduan yang berkaitan penulisan,
penerbitan dan pengedaran al-Quran yang selaras
dengan Akta Percetakan Teks al-Qur’an (APTQ)1986.

66

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

BAHAGIAN
PEmbangunan

67

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

BAHAGIAN pEmbangunan

PENGENALAN BAHAGIAN



Bahagian Pembangunan berperanan untuk menguruskan hal ehwal penyelenggaraan dan pembinaan baru
masjid, surau Jumaat, surau, sekolah rendah agama, kuarters masjid dan tanah perkuburan Islam bagi memastikan
keselesaan umat Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk beribadat dan
menuntut ilmu.

FUNGSI-FUNGSI

1 Merancang, melaksana dan menyelia kemajuan projek pembangunan yang melibatkan
pembinaan baru bangunan institusi Islam seperti masjid, kuarters masjid, surau jumaat,
sekolah rendah agama (SRA) dan tanah perkuburan Islam(TPI)

2 Menguruskan hal ehwal pembangunan dan penyelenggaraan masjid, kuarters masjid,
surau jumaat, SRA dan TPI

3 Menyediakan anggaran belanjawan pembangunan dibawah bajet Akaun Amanah serta
Akaun Mengurus

4 Menyelenggara sistem mekanikal, elektrikal dan sivil di Kompleks Pusat Islam, Masjid
Wilayah, Darul Kalam dan Kompleks Darul Hidayah.

PROGRAM DAN AKTIVITI

Projek Menaik Taraf, Penyelenggaraan Dan
Pembaikan

Bahagian Pembangunan, telah berjaya melaksanakan
103 kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan
penyelenggaraan masjid, surau Jumaat, surau,
sekolah rendah agama dan tanah perkuburan Islam
sepanjang tahun 2018. Kerja-kerja penyelenggaraan
yang dilaksanakan adalah berdasarkan permohonan
daripada bahagian-bahagian di JAWI dan juga hasil
daripada lawatan tapak yang dilakukan secara berkala
oleh kakitangan teknikal ke premis-premis seliaan
JAWI. Antara skop kerja-kerja penyelenggaraan dan
pembaikan yang dilaksanakan adalah kerja-kerja
pembaikan sivil, mekanikal dan elektrikal.

68

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

Kerja-kerja pemasangan jubin
di Surau Taman Tayton View, Kuala Lumpur

Kerja-kerja penggantian bumbung dataran perhimpunan
SRA Imam al-Ghazali, Manjalara, Kuala Lumpur

Perasmian Tanah Perkuburan Islam (TPI)
Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 2

Perasmian TPI Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 2 telah
disempurnakan pada 30 Mac 2018 oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Datuk Seri
Jamil Khir Bin Baharom (B). TPI yang berkonsepkan
“Kubur Dalam Taman” ini telah mula dibina pada tahun
2015 dan mempunyai 4452 plot kubur. Pembinaan TPI
Bukit Kiara 2 adalah pelengkap kepada tiga Raudhatul
Sakinah yang telah dan sedang dibangunkan oleh
JAWI iaitu Raudhatul Sakinah KL-Karak dan Raudhatul
Sakinah Kampung Melayu Kepong.

Kerja-kerja pembinaan bilik makmal SRA Abu Zar Al-
Ghifari, Taman Beringin, Kuala Lumpur

69

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

Perasmian Surau As-Sobirin, Taman Alam Damai Projek Pembinaan Baru

Surau As-Sobirin, Taman Alam Damai, Cheras, Kuala Projek pembinaan baru yang masih berjalan ialah
Lumpur telah disempurnakan masjlis perasmiannya projek pembinaan Kuarters Masjid At-Taqwa, Taman
pada 1 Mei 2018 oleh YB Datuk Seri Tengku Adnan Tun Dr. Ismail, pembinaan dewan tambahan Sekolah
Bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan. Rendah Agama (SRA) Al-Mukhlisin, Alam Damai,
Surau ini boleh memuatkan seramai 1000 orang projek pembinaan bangunan tambahan Masjid
Jemaah pada satu satu masa. Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar dan pembinaan
Surau Presint 11K, Putrajaya.

Pembinaan kuarters Masjid At-Taqwa

70

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

Lawatan Ke Tapak-Tapak Projek Pembinaan Dan
Penyelenggaraan

Lawatan Menteri Ke Projek-Projek Seliaan JAWI
Sepanjang tahun 2018, tapak-tapak projek pembinaan
seliaan Bahagian Pembangunan telah menerima
lawatan daripada pihak pengurusan teringgi JAWI/
MAIWP dan juga daripada YB Dato’ Seri Jamil Khir Bin
Haji Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Antara tapak projek yang dilawati ialah Masjid Ibnu
Khaldun, Sungai Besi dan Masjid Abu Hurairah, Jalan
Ipoh.

Lawatan Kerja ke Raudhatul Sakinah TPI Kg.
Melayu Kepong
YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib Bin Ismail, Pengarah JAWI
telah melakukan lawatan kerja ke Raudhatul Sakinah
TPI Kg. Melayu Kepong pada 21 Julai 2018. Lawatan
bertujuan untuk memantau dan melihat kemajuan
kerja di tapak projek tersebut.

Pembinaan baru Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar

Pembinaan Surau Presint 11K, Putrajaya Lawatan Kakitangan Teknikal Bahagian
Pembangunan Ke Labuan

Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan
oleh Bahagian Pembangunan tidak hanya terhad di
Kuala Lumpur dan Putrajaya malah turut meliputi
premis-premis di Labuan. Bermula 27 Februari 2018
hingga 1 Mac 2018, kakitangan teknikal bahagian

71

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

telah melawat ke tapak-tapak cadangan kerja-kerja
penyelenggaraan di Labuan. Premis-premis yang
telah dilawati adalah Sekolah Rendah Agama Integrasi
(SRAI) Al-Mahmuddiah, SRAI Al-Lamudin, SRAI Abu
Bakar, SRAI At-Tarbiyah dan SRAI Kampung Bebuloh.
Hasil dapatan daripada lawatan tersebut akan
digunakan dalam merancang kerja-kerja pembaikan
dan penyelenggaraan yang akan dilaksanakan di
Labuan bagi tahun 2018.

INFORMASI DAN STATISTIK

JUMLAH PROJEK PENYELENGGARAAN MENGIKUT PREMIS BAGI TAHUN 2018

LAIN-LAIN 6

SEK. REN. AGAMA 5 KUARTERS

33 2 TANAH PERKUBURAN
ISLAM

17

45

MASJID

SURAU JUMAAT / SURAU / MADRASAH

JUMLAH KESELURUHAN 103

72

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

UNIT
INTEGRITI

73

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

UNIT INTEGRITI

PENGENALAN BAHAGIAN


Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh jabatan untuk menguruskan integriti dalam sebuah
jabatan. Unit ini diletakkan terus di bawah Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
dan bertanggungjawab untuk melaksanakan enam fungsi teras seperti berikut:

FUNGSI-FUNGSI

1 Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan

2 Pengukuhan Integriti dengan memastikan pembudayaan,

penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi

3 Pengesanan dan Pengesahan

i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku
jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika
organisasi serta memastikan tindakan susulan yang
sewajarnya diambil; dan

ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi
penguatkuasaan yang bertanggungjawab;

4 Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/

maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran
tatakelakuan dan etika organisasi

5 Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan

peraturan yang berkuatkuasa

6 Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

74

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

PROGRAM DAN AKTIVITI

Diskusi Intelektual di Institut Integriti Malaysia

JAWI melalui Unit Integriti dengan kerjasama Institut
Integriti Malaysia telah menjayakan satu program
iaitu Diskusi Intelektual pada 16 Januari 2018
bertempat di Menara Integriti, Jalan Duta Kuala
Lumpur. Program bertemakan “Membina Negara
Bangsa Berintegriti Dari Perspektif Institusi Pelbagai
Agama dan Pendidikan” bertujuan meningkatkan
peranan institusi-intitusi agama dan pendidikan
dalam memperkukuhkan persefahaman dan
perpaduan antara kaum ke arah pembinaan sebuah
negara bangsa berintegriti tinggi. Seramai 400 orang
peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai
agensi termasuk JAWI.

Ceramah bertajuk “Aidilfitri dan Integriti”

Ceramah bertajuk “Aidilfitri & Integriti” telah
dilaksanakan semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan
JAWI pada 8 Jun 2018 bertempat di Dewan Muktamar,
JAWI yang melibatkan seramai 400 orang peserta.
Objektif utama ceramah ini diadakan adalah untuk
meningkatkan kerjasama bekerja secara berpasukan,
memastikan pembudayaan kerja secara harmoni,
menambahbaik pelaksanaan integriti dalam
organisasi serta meningkatkan ukhuwah dalam
kalangan pegawai dan kumpulan pelaksana.

Ceramah Urus Tadbir & Undang-undang
Pencegahan Rasuah

Ceramah Urus Tadbir & Undang-undang Pencegahan
Rasuah telah berjaya diadakan pada 11 Oktober
2018 bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan
JAWI bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah
Persekutuan. Ceramah tersebut telah disampaikan
oleh Penguasa Kanan, Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu YBrs. Nik Sukiman bin
Nik Yusof. Tujuan ceramah ini adalah untuk memberi
kefahaman kepada warga JAWI mengenai urus tadbir
dan undang-undang pencegahan rasuah bahawa
setiap kakitangan boleh melaporkan salahlaku
jenayah yang wujud di jabatan kepada Unit Integriti
mahupun kepada agensi penguatkuasaan yang
bertanggungjawab. Majlis ini telah disempurnakan
oleh YBrs, Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah
JAWI.

75

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018
INFORMASI DAN STATISTIK

76

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

77

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

78

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

JAWI
CAWANGAN
LABUAN

79

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

JAWI CAWANGAN LABUAN

PENGENALAN BAHAGIAN



JAWI Cawangan Labuan telah ditubuhkan pada 15 April 1984 bagi mengurus hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan
Labuan dan terdiri daripada tujuh unit utama iaitu;

A Unit Khidmat Unit Perkahwinan
Pengurusan
B dan Pembangunan
Keluarga

C Unit D Unit
Penyelidikan Penguatkuasaan
Unit Unit

E Pengurusan F Pengurusan
Dakwah Masjid

G Unit Pelajaran

FUNGSI-FUNGSI 4 Meningkatkan kesedaran

1 Mempertingkatkan masyarakat terhadap
kepentingan pendidikan
program dakwah dan Islam.
penjelasan isu semasa
akidah serta syariah. 5 Mempertingkatkan

2 Menjalankan kajian bagi penguatkuasaan
undang-undang syariah.
memantapkan akidah
ummah.

3 Mempertingkatkan 6 Mempertingkatkan

kecekapan sistem pengurusan nikah, cerai
pengurusan masjid dan serta pembangunan
surau. keluarga Islam.

80

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

PROGRAM DAN AKTIVITI

Program Adikku Sayang

Cawangan Penguatkuasaan JAWI Cawangan Labuan
dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita
telah menganjurkan program Adikku Sayang :
Generasi Muslim Unggul Dan Celik Akta pada 16
Oktober 2018. Peserta kursus terdiri daripada
pelajar-pelajar Sekolah Menengah di sekitar Labuan.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk
memberikan kesedaran tentang kesalahan-kesalahan
Jenayah Syariah dan penalti.

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Wilayah
Persekutuan Labuan

JAWI Cawangan Labuan telah menganjurkan Majlis
Tilawah Al Quran 1439H/2018M Peringkat Wilayah
Persekutuan Labuan pada 10 Jamadilawal 1439H / 27
Februari 2018M di Dewan Syura, Masjid Jamek An-Nur.
Seramai 15 orang peserta qari dan qariah menyertai
Majlis Tilawah pada kali. Penyampaian hadiah telah
disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Sabarudin bin
Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan.

Kursus E-Perolehan

Cawangan Khidmat Pengurusan JAWI Labuan telah
menganjurkan Kursus Kursus E-Perolehan pada 14
hingga 16 Mei 2018 bertempat di Bilik Al-Qardhawi,
JAWI Labuan. Penyertaan kursus melibatkan 30 orang
peserta yang terdiri daripada staf JAWI. Tujuan utama
kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan
kefahaman mengenai sistem e-Perolehan dalam
kalangan warga JAWI Labuan.

81

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBrs.
Wilayah Persekutuan Labuan Tuan Haji Sabarudin bin Hassan, Ketua Penolong
Pengarah Kanan JAWI Cawangan Labuan.
JAWI Cawangan Labuan telah menganjurkan Majlis
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah
Persekutuan Labuan 1440H/2018M pada 12
Rabiulawal 1440H / 20 November 2018M. Majlis
ini disertai seramai 83 buah kontinjen yang terdiri
daripada Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun,
sektor swasta & NGO, kampung-kampung, sekolah
menengah, sekolah rendah/SRAI dan pasukan
beruniform. Jarak perarakan adalah sepanjang 3
kilometer. Sambutan Maulidur Rasul ini merupakan
salah satu cara untuk menzahirkan rasa kecintaan
terhadap Rasulullah SAW. Majlis Perasmian telah
disempurnakan oleh YB Datuk Rozman bin Datuk
Haji Isli, Ahli Parlimen Labuan Merangkap Pengerusi
Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

Kursus Pemantapan Sahsiah Agensi
Penguatkuasaan

JAWI Cawangan Labuan telah menganjurkan Kursus
Pemantapan Sahsiah Agensi Penguatkuasaan pada 6
Mac 2019 di Dewan al Biruni, Ibu Pejabat Polis Labuan.
Penyertaan kursus melibatkan anggota-anggota dari
Polis diRaja Malaysia, Angkatan Penguatkuasaan
Maritim Malaysia, Perbadanan Labuan, Jabatan
Pengangkutan Jalan, Kastam diRaja Malaysia, Jabatan
Imigresen dan Jabatan Perhilitan. Tujuan utama
kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan
sahsiah dan jati diri para penguatkuasa.

Kursus Pemantapan Kualiti Pegawai Penguatkuasa
Agama

Kursus Pemantapan Kualiti Pegawai Penguatkuasa
Agama telah dianjurkan pada 31 Oktober 2018 hingga
2 November 2018 di Pusat Latihan Islam Kundasang,
Sabah. Penyertaan kursus melibatkan 20 orang
peserta yang terdiri dari Pegawai Penguatkuasa
Agama. Tujuan utama kursus ini dianjurkan adalah
untuk memantapkan kerjasama berpasukan di
samping meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan.

82

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

Program Ihya Ramadhan Program Sinar Ambang Ramadhan

JAWI Cawangan Labuan saban tahun mengadakan Cawangan Pengurusan Masjid JAWI Labuan telah
Program Ihya Ramadan Peringkat Wilayah bagi tujuan menganjurkan Program Sinar Ambang Ramadhan
mengajak masyarakat Labuan untuk memakmurkan pada 16 Mei 2018 bertempat di Dewan Syura, Masjid
bulan Ramadan dengan aktiviti keagamaan dan An-Nur. Program ini dihadiri seramai 150 orang yang
kerohanian. Permulaan Ihya Ramadan adalah dengan terdiri daripada kakitangan jabatan kerajaan dan
penganjuran Program Wacana Muslimah pada 14 Mei swasta. Tujuan utama program ini adalah sebagai
2018 dan kemudian disusuli dengan Program Sinar persiapan awal bagi menyambut ketibaan bulan
Ambang Ramadan pada 16 Mei 2018. Kedua-dua Ramadhan Al-Mubarak. Ceramah telah disampaikan
program ini bertujuan untuk memperingati kehadiran oleh Al Fadhil Ustaz Ghazali Bin Ibrahim.
bulan Ramadan dan persiapan yang perlu dilakukan
sebelum menjelangnya bulan yang penuh keberkatan
ini. Bagi menyantuni golongan yang kurang
berkemampuan, JAWI telah penganjurkan program
Iftar Jamaie Perdana pada 5 Jun 2018 bertempat di
Masjid Al-Munawwar, Kg Pohon Batu. Seramai 50
orang asnaf dan fakir miskin dari kampung tersebut
telah diraikan. Program Ihya Ramadan diakhiri
dengan program Qiamullail Perdana yang diadakan
di Surau Al-Hijrah, Kg Sg Miri pada 8 Jun 2018.

Program Wacana Muslimah

Program Wacana Muslimah telah dianjurkan pada
14 Mei 2018 di Dewan Rafflessia, Ujana Kewangan.
Program ini melibatkan 150 orang peserta yang
terdiri daripada kakitangan Jabatan kerajaan dan
swasta bertujuan sebagai persiapan wanita sebagai
ibu dan isteri bagi menyambut ketibaan bulan
Ramadan. Ceramah disampaikan oleh Ustazah Asni
Binti Mansor.

Program Ceramah Nuzul Al-Quran

JAWI Cawangan Labuan telah menganjurkan
Ceramah Nuzul Al-Quran pada 2 Jun 2018 di Surau
Al-Hikmah, Universiti Malaysia Sabah Kampus
Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Program yang
melibatkan 150 orang peserta yang terdiri daripada
kakitangan jabatan kerajaan dan swasa bertujuan
untuk mengingati sejarah penurunan al-Quran
dan kesannya kepada masyarakat. Ceramah telah
disampaikan oleh YBhg. Dato’ Hassan Mahmud Al-
Hafiz.

Bengkel Semakan Fail Terperingkat JAWI Labuan

Bengkel Semakan Fail Terperingkat JAWI Labuan telah
diadakan pada 2 hingga 3 Mei 2018 bertempat di
Bilik Mesyuarat Al-Qardhawi, JAWI Cawangan Labuan.
Penyertaan kursus melibatkan 10 orang peserta yang
terdiri dari Ketua-ketua Cawangan dan kakitangan
JAWI Labuan. Tujuan utama kursus ini diadakan

83

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

adalah untuk melupuskan dokumentasi terperingkat Seminar Fiqh Semasa : Pengurusan Ibadah
dari tahun 1989-2013 yang tidak pernah didaftarkan. Pesakit
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Nadzri
Bin Sofian, Pegawai dari Pejabat Ketua Keselamatan Seminar Fiqh Semasa : Pengurusan Ibadah Pesakit
Negara. JAWI Cawangan Labuan telah menganjurkan Seminar
Fiqh Semasa : Pengurusan Ibadah Pesakit pada 31
Oktober 2018 di Dewan Syura Masjid Jamek An-
Nur, Labuan. Seminar tersebut dihadiri seramai 92
orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam
pelbagai jabatan dan masyarakat setempat. Tujuan
utama seminar ini diadakan adalah untuk memberi
pengetahuan dan pendedahan kepada peserta
tentang kepentingan pengurusan ibadah kepada
pesakit.

Kursus Asas Penyembelihan Simposium Munakahat Wali Dalam Pernikahan

JAWI Cawangan Labuan telah menganjurkan Kursus Simposium Munakahat Wali Dalam Pernikahan
Asas Penyembelihan pada 21 Oktober 2018 di telah dianjurkan pada 9 Oktober 2018 bertempat
Balairaya Kampung Bebuloh Laut, Labuan. Seramai di Dewan Syura Masjid Jamek An Nur. Program ini
53 orang peserta yang terdiri daripada belia dan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berkaitan
beliawanis serta penduduk kampung telah menghadiri dengan hal ehwal pengurusan munakahat. Selain itu,
kursus tersebut. Kursus yang merangkumi ceramah, program ini juga bertujuan untuk melahirkan individu
teori dan amali penyembelihan ayam ini bertujuan muslim yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang
untuk memberi pengetahuan dan pendedahan fiqh pengurusan nikah serta membentuk komuniti
kepada peserta tentang kaedah penyembelihan yang yang berwibawa serta mempunyai akauntabiliti
selari dengan syariat Islam. sesama muslim.

Kursus Pegawai Perunding Cara Dan
Peningkatan Kerjaya

JAWI Cawangan Labuan telah menganjurkan Kursus
Pegawai Perunding Cara Dan Peningkatan Kerjaya
Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan
Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Labuan pada
12 hingga 14 Oktober 2018 di Hotel Grand Borneo,
Sabah. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah
untuk meningkatkan kefahaman berkaitan dengan
hal ehwal pengurusan munakahat dan memberi
kefahaman secara komprehensif kepada pendaftar
tentang fiqh pengurusan munakahat serta prosedur
mengikut hukum syarak.

84

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

INFORMASI DAN STATISTIK

STATISTIK MASJID, SURAU JUMAAT, SURAU BIASA DI LABUAN

16 Masjid
14 Surau

Jumaat

26 Surau
Biasa

56 Jumlah Keseluruhan
di Labuan

85

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

86

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

JAWI
CAWANGAN
putrajaya

87

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

JAWI CAWANGAN PUTRAJAYA

PENGENALAN BAHAGIAN


JAWI Cawangan Putrajaya mula beroperasi semenjak bulan September 2001. Pada 5 Disember 2016 cawangan
ini beroperasi di Aras 2, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100 Wilayah
Persekutuan Putrajaya. Terdiri daripada beberapa unit:

1 Unit Khidmat Unit Perkahwinan
Pengurusan
2 dan Pembangunan
Keluarga

3 Unit 4 Unit
Penyelidikan Penguatkuasaan
Unit Unit

5 Pengurusan 6 Pengurusan
Dakwah Masjid

7 Unit Pelajaran

FUNGSI-FUNGSI

1 Memastikan kesucian ajaran Islam dari sudut aqidah, syariah dan
akhlak terpelihara dalam masyarakat

2 Memberikan khidmat kepada masyarakat di sekitar Wilayah
Persekutuan Putrajaya berkaitan hal ehwal pengurusan Islam
dalam aspek perkahwinan, kekeluargaan, kebajikan dan dakwah
Islamiah

3 Memastikan pengurusan surau Jumaat dan surau-surau di
Wilayah Persekutuan Putrajaya berjalan lancar.

88

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

PROGRAM DAN AKTIVITI

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Putrajaya

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Wilayah
Persekutuan Putrajaya telah diadakan pada 25 Januari
2018 bertempat di Auditorium Ibnu Sina, Masjid
Putra, Putrajaya. Majlis pada kali ini telah disertai
oleh seramai 4 orang qari dan 4 orang qariah yang
bertanding bagi pemilihan calon untuk pertandingan
Tilawah al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan
yang diadakan pada 12 hingga 14 Februari 2018.

Seminar Keluarga : Love Till Jannah

JAWI Cawangan Putrajaya telah menganjurkan
Seminar Keluarga 2018: Love Till Janah pada 5 Julai
2018 bertempat di Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Putrajaya. Tujuan
utama seminar ini dianjurkan adalah untuk memberi
pendedahan kepada peserta berkenaan isu nikah
tanpa mengikut prosedur. Program ini merupakan
anjuran bersama JAWI Cawangan Putrajaya dan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat.

Wacana Pemikiran Islam (WAPIS 2018) Kristian
Evangelis: Suatu Sorotan Di Malaysia

JAWI Cawangan Putrajaya telah menganjurkan Wacana
Pemikiran Islam (WAPIS 2018) Kristian Evangelis: Satu
Sorotan di Malaysia pada 30 April 2018. Program
ini telah dihadiri seramai 50 orang peserta dalam
kalangan warga JAWI Cawangan Putrajaya. Program
ini dianjurkan untuk memberi penjelasan berkenaan
kewujudan dan modus operandi Gerakan Kristian
Evengalis di Malaysia.

89

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

Kem Mumtaz Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
Zon Putrajaya

JAWI Cawangan Pelajaran telah menganjurkan
sebanyak tiga siri Kem Mumtaz yang melibatkan
seramai 1500 pelajar, 150 murid dan 18 penceramah
yang dijemput khusus bagi memberi tunjuk ajar dan
bimbingan menghadapi peperiksaan UPKK 2018.
Program ini merupakan salah satu langkah untuk
meningkatkan pencapaian UPKK Zon Putrajaya bagi
tahun 2018. Program ini telah disempurnakan oleh
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran
JAWI, YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd
Hashim.

Majlis Tautan Aidilfitri Surau-Surau Jumaat
Putrajaya

Majlis Tautan Aidilfitri surau-surau Jumaat telah
dianjurkan pada 7 Julai 2018 bertempat di Surau
Mahmoodiah Presint 18, Putrajaya. Program tersebut
telah dilaksanakan secara kerjasama dengan surau-
surau Jumaat Putrajaya dan dimeriahkan dengan
kehadiran Pengarah JAWI, YBrs.Tuan Haji Mohd Ajib
bin Ismail. Tujuan utama program tersebut diadakan
adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara pihak
JAWI dan masyarakat setempat.

Seminar Belaian Kasih

Seminar Belaian Kasih telah diadakan di Dewan
Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal
Abidin pada 8 Ogos 2018 yang melibatkan penyertaan
seramai 300 orang terdiri daripada kakitangan
pelbagai agensi sekitar Putrajaya. Program yang
membicarakan berkenaan isu konflik rumahtangga
dan tanggungjawab pasangan dalam perkahwinan ini
memberi banyak maklumat dan pendedahan kepada
peserta bagi mendepani pelbagai isu kehidupan dan
alam rumahtangga.

90

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

Mega Wedding Putrajaya Program Kembara Tautan Ukhwah Bersama
Masyarakat Orang Asli Di Pos Hendrop Gua
Majlis Pernikahan Beramai-Ramai (Mega Wedding) Musang Kelantan
Putrajaya 2018 telah diadakan di Hotel Pullman,
Putrajaya pada 3 Mac 2018 yang melibatkan Program Kembara Tautan Ukhuwah Bersama
penyertaan seramai 9 pasangan pengantin. Majlis Masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, Gua Musang
seumpama ini diadakan bagi memberikan peluang Kelantan telah diadakan pada 9 hingga 11 Ogos
kepada pasangan pengantin untuk merealisasikan 2018. Program ini merupakan salah satu program
majlis pernikahan dengan kos yang rendah, serta kolaborasi antara JAWI Cawangan Putrajaya dengan
menjadi kenangan terindah sepanjang hidup. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan (MAIK). Program ini turut dijayakan dengan
keterlibatan Wanita PERKIM An-Nidaa’ Cawangan
Putrajaya, MAIWP, Yayasan Taqwa, Surau Al-
Muqarrabin dan Sukarelawan Dakwah, JAWI (SUDI).
Seramai 40 peserta telah menyertai program yang
diadakan selama 3 hari 2 malam ini dengan pelbagai
aktiviti yang berbentuk pengisian dan pemantapan
ilmu.

LADAP Guru KAFA Putrajaya

Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
Guru KAFA Putrajaya telah berlangsung di Pusat
Kurikulum Hulu Langat, Selangor pada 19 dan 20
Oktober 2018 dengan penglibatan seramai 197 orang
guru KAFA di Putrajaya. Program ini bertujuan untuk
memberi pendedahan mengenai pengajaran dan
pemudahcaraan abad ke 21 untuk diaplikasikan di
dalam kelas KAFA bagi melahirkan generasi yang

91

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

patuh kepada perintah Allah serta cemerlang di dunia
dan akhirat. Majlis perasmian disempurnakan oleh
Puan Mursilalaili binti Mustafa Sa’di, Ketua Penolong
Pengarah Bahagian Pelajaran, JAWI.

Solat Hajat Dan Bacaan Yasin Perdana Calon UPKK
dan UPSRA Zon
Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Perdana bagi
calon-calon UPKK dan UPSRA Zon Putrajaya 2018
telah diadakan pada 14 September 2018 bertempat
di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dihadiri
oleh seramai 151 guru, 950 murid dan 1500 ibu bapa.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh oleh
YBrs. Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, KPPK
JAWI Cawangan Putrajaya.

Heart to Heart 2018
JAWI Cawangan Putrajaya telah menganjurkan
Program Heart to Heart bertajuk Jangan! Hulur,
Kawtim, Settle bertempat di ibu pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Presint 7,
Putrajaya pada 29 Ogos 2018 . Tujuan utama program
ini diadakan adalah untuk meningkatkan jati diri
dan kualiti sebagai penjawat awam yang menerajui
hal ehwal pentadbiran agama Islam di Wilayah
Persekutuan Putrajaya.

92

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

JAWI Special Talk (JAST) : Memahami Fiqh Al-
Muwatanah Dan Maqasid Syariah Dalam Konteks
Malaysia Baharu

Program JAWI Special Talk (JAST) telah menjadi
platform bagi memberi penerangan kepada
masyarakat berkenaan konsep Fiqh Al-Muwatanah
dan Maqasid Syariah dalam konteks kepimpinan
Malaysia Baharu. Program ini telah dilaksanakan
pada 30 Oktober 2018 di Dewan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Putrajaya yang melibatkan kehadiran 300 peserta
dari pelbagai agensi.

Rehlah Islahiyah Dan Street Dakwah Surau Putra
Al-Amin

JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama
Surau Putra Al-Amin, Presint 8, Putrajaya telah
melaksanakan program Rehlah Islahiyah dan Street
Dakwah Pada 2 hingga 5 Ogos 2018. Program turut
menampilkan selebriti seperti Ali XPDC, Mel Wings
dan Ejam Medicine ini bertujuan untuk menggalakkan
komuniti ke surau serta memberi penerangan
berkaitan keindahan Islam. Program yang turut
disertai oleh Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama
(PPA) JAWI Cawangan Putrajaya disempurnakan
perasmiannya oleh YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat,
Timbalan Pengarah Operasi, JAWI.

Program Semarak Kasih Ke Pulau Ketam 2018

JAWI dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
telah berganding bahu menjalinkan kerjasama
strategik bersama 23 jabatan/ agensi/ persatuan
dan pertubuhan bukan kerajaan bagi menganjurkan
Program Semarak Kasih ke Pulau Ketam yang
bertujuan untuk menyantuni masyarakat berbilang
etnik iaitu Cina, Melayu dan Asli di pulau berkenaan.
Program tersebut diadakan pada 17 hingga 19
Disember 2018. Pengisian program adalah berbentuk
khidmat komuniti dan street dakwah melalui
pelbagai aktiviti serta pemberian sumbangan kepada
penduduk yang kurang berkemampuan.

93

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

Program 1Surau 1Sukan

JAWI Cawangan Putrajaya telah menjalinkan
kerjasama dengan surau-surau Jumaat di Putrajaya
untuk melaksanakan program 1Surau 1Sukan.
Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk
merapatkan ukhwah dan semangat kerjasama
dalam kalangan jemaah dan barisan jawatankuasa
surau-surau dengan pihak JAWI. Antara acara sukan
yang telah dianjurkan adalah Pertandingan Golf dan
Kejohanan Bowling.

INFORMASI DAN STATISTIK

1 Masjid
14 Surau

Jumaat

STATISTIK MASJID, SURAU JUMAAT, 77 Surau
SURAU BIASA DI PUTRAJAYA Biasa

92 Jumlah Keseluruhan
di Putrajaya

94

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

masjid
wilayah
persekutuan

95

LAPORAN TAHUNAN JAWI 2018

masjid wilayah persekutuan kuala lumpur

PENGENALAN BAHAGIAN


Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) merupakan masjid yang diberi status Masjid Negeri di bawah
projek Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Masjid yang
siap dibina pada tahun 2000 ini mempunyai keunikan dari sudut seni binanya dan berkongsepkan “Masjid Dalam
Taman”. Kepelbagaian aktiviti pembelajaran dan kemasyarakatan yang diatur dan disusun selain menjadikan
masjid sebagai pusat ibadah telah menarik perhatian orang ramai untuk terus mengimarahkan masjid. Misi
utama masjid ini adalah untuk melaksanakan pengurusan yang berkualiti bagi merealisasikan penghayatan Islam
sebagai ad-din melalui aktiviti pengimarahan. MWPKL terbahagi kepada :

1 Cawangan Khidmat
Pengurusan.

2 Cawangan Pengimarahan

3 Cawangan Khidmat Sosial
dan Kebajikan

FUNGSI-FUNGSI

1Menyediakan tempat ibadah yang selesa.
2 Menyediakan program pembelajaran dan

pendidikan.

3 Menyediakan perkhidmatan kebajikan
dan sosial.

4 Menyediakan kemudahan mendapatkan sumber
ilmu.

5 Menyediakan perkhidmatan penerangan
dakwah.

96


Click to View FlipBook Version